17 Ogos 2017
Bulan Kemerdekaan
Tanggal 31 Bulan 8 57

03 Disember 2014
MESYUARAT AGUNG MyCAHP
Mesyuarat Agung Konfederasi Persatuan Sains Kesihatan Bersekutu (Malaysian Confederation of Allied Health Associations) telah berjaya diadakan di Dewan Mesyuarat 1, Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu,... lagi

23 November 2014
MESYUARAT AGUNG KONFEDERASI PERSATUAN SAINS KESIHATAN BERSEKUTU MALAYSIA (MYCAHP)
Mesyuarat Agung MYCAHP akan diadakan pada 29 November, 2014 bertempat di BSKB,Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Persatuan Penolong Pegawai Farmasi Malaysia akan menghantar perwakilan ke Mesyu... lagi

23 November 2014
PPFM Admin Training
PPFM Admin Training di Hotel Brisdale Kuala Lumpur

21 Jun 2012
PENDAFTARAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI
Pekeliling dari Lembaga Farmasi Malaysia KKM-55/BPF/101/004/05 JLD. (14) bertarikh 14 Jun 2012 telah pun diedarkan bersama borang pendaftaran. Pendaftaran ini adalah pendaftaran secara ADMINISTRATIF. ... lagi

12 Julai 2011
TAHUKAH ANDA?
Tahukah anda bahawa satu Jawatankuasa Teknikal PPF Malaysia telah ditubuhkan pada 16 November 2009? Jawatankuasa ini di pengerusikan oleh Timb.Pengarah Bhg.Pengurusan Perkhid.Farmasi KKM, Dr.Nour Hana... lagi

 

F.A.Q

Siapakah yang layak menjadi ahli Persatuan Penolong Pegawai Farmasi Malaysia?

Terdapat 3 katogeri ahli persatuan:

1. Ahli biasa/ Ahli seumur hidup.
Keahlian untuk katogeri ini terbuka kepada semua Pembatu Farmasi di Malaysia Barat dan Malaysia Timur yang mempunyai Sijil Penolong Pegawai Farmasi atau Diploma Farmasi, samada sedang berkhidmat dengan kerajaan, swasta atau persendirian. Ahli dari katogeri ini layak untuk hadir mesyuarat agong, dipilih sebagai Ahli Majis Persatuan,dan mengundi.

2. Ahli bersekutu.
Keahlian kategori ini terbuka kepada yang tidak memiliki Sijil/Diploma Penolong Pegawai Farmasi tetapi bekerja dalam bidang kefarmasian seperti di Premis – premis yang menjalankan perniagaan yang ada kaitan dengan Farmasi contohnya kedai farmasi, klinik-klinik, pusat SPA dan
lain-lain. Pelatih Penolong Pegawai Farmasi dalam Latihan juga diterima sebagai ahli bersekutu. Keahlian ini boleh menghadiri mesyuarat
tiada hak mengundi dan dipilih sebagai Ahli Majlis Persatuan.

3 . Ahli Kehormat
Keahlian ini dianugerahkan oleh Persatuan Penolong Pegawai Farmasi Malaysia kepada sesiapa sahaja warga Negara Malaysia yang telah memberi sumbangan dan kerjasama kepada persatuan.


Bagaimana cara untuk menjadi ahli ?

Isikan borang keahlian dan hantarkan kepada urusetia Persatuan. Borang keahlian juga boleh didapati dalam Buleting Penolong Pegawai Farmasi yang diterbitkan dua kali setahun. Anda boleh berdaftar secara on-line di sini. Daftar Keahlian Secara On-line.


Berapakah yuran keahlian ?

1. Ahli biasa RM20.00
2. Ahli bersekutu RM5.00 setahun
3. Yuran Pendaftaran RM5.00 (bayaran sekali sahaja )



Apakah keistimewaan menjadi ahli persatuan?

Semua ahli yang berhak kecuali ahli bersekutu / ahli kehormat layak Untuk mengundi / dipilih sebagai Ahli Majlis Persatuan. Semua ahli
Berhak menggunakan kemudahan dan mendapat khidmat dari Persatuan.


Apakah yang dimaksudkan dengan ahli yang tidak berhak?

Maksudnya :
1. Ahli yang telah diberhentikan olih sebab-sebab dispilin Seperti termaktub dalam perlembagaan Persatuan.
2. Ahli yang yurannya tertunggak selama 12 bulan.



Apakah dia ahli seumur hidup?

Ahli yang menjelaskan yuran sebanyak RM100 (seratus ringgit ) berserta RM5.00 yuran pendaftaran sekaligus sewaktu beliau mendaftar.



Bolehkah saya menjadi kekal menjadi ahli Persatuan jika saya bertukar Ke jawatan lain?

Anda layak menjadi ahli Persatuan Penolong Pegawai Farmsi Malaysia Walaupun ada telah bertukar jawatan asalkan pada satu ketika anda
Adalah Penolong Pegawai Farmasi yang terlatih.




Kenapa saya perlu menjadi Ahli Persatuan Penolong Pegawai Farmasi Malaysia?

Piagam persatuan menggariskan matlamat berikut:

1. Meningkatkan dan menjaga nama baik profesion Penolong Pegawai Farmasi
2. Mengggalakan dan meningkatkan kemahiran ilmu kefarmasian dikalangan ahli.
3. Mempertahankan dan meningkatkan taraf profesion ini.
4. Bergabung dan bekerjasama dengan lain NGO yang sealiran perjuangan persatuan.
5. Penyebar maklumat dan candangan ahli-ahli untuk kepentingan profesionalisma ahli.



Apakah program yang dilaksanakan olih Persatuan untuk meningkatkan Profesionalisma Penolong Pegawai Farmasi ?

1. Persatuan menerbit majalah ilmiah Suara Penolong Pegawai Farmasi. Terbitan dua kali setahu. Percuma untuk ahli.
2. Persatuan adakan mesyuarat dan roadshow dalaman.
3. Mengadakan kursus dengan kerjasama Pengarah Kesihatan Negeri ( Farmasi ) dari masa ke masa.
4.Ceramah Perubatan setiap kali mesyuarat agong di adakan.
5. Lain-lain program yang di adakan dengan kerjasama cawangan Negeri-Negeri bila di perlukan.


Bagaimana hendak mendapatkan majalah "Suara Pemantu Farmasi" ?

Hantarkan alamat anda kepada kealamat berikut atau email kepada:

Nama : PERSATUAN PEMBANTU PEGAWAI FARMASI MALAYSIA
Alamat HQ. : Lot 512 Belakang Taman Norwina, Demit, Kubang Kerian, 16150 Kelantan.
Email: Setiausaha khormat: YDP



 
 
No.KP Baru
Katalaluan
Permohonan Menjadi Ahli
Terlupa Katalaluan?