17 Ogos 2017
Bulan Kemerdekaan
Tanggal 31 Bulan 8 57

03 Disember 2014
MESYUARAT AGUNG MyCAHP
Mesyuarat Agung Konfederasi Persatuan Sains Kesihatan Bersekutu (Malaysian Confederation of Allied Health Associations) telah berjaya diadakan di Dewan Mesyuarat 1, Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu,... lagi

23 November 2014
MESYUARAT AGUNG KONFEDERASI PERSATUAN SAINS KESIHATAN BERSEKUTU MALAYSIA (MYCAHP)
Mesyuarat Agung MYCAHP akan diadakan pada 29 November, 2014 bertempat di BSKB,Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Persatuan Penolong Pegawai Farmasi Malaysia akan menghantar perwakilan ke Mesyu... lagi

23 November 2014
PPFM Admin Training
PPFM Admin Training di Hotel Brisdale Kuala Lumpur

21 Jun 2012
PENDAFTARAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI
Pekeliling dari Lembaga Farmasi Malaysia KKM-55/BPF/101/004/05 JLD. (14) bertarikh 14 Jun 2012 telah pun diedarkan bersama borang pendaftaran. Pendaftaran ini adalah pendaftaran secara ADMINISTRATIF. ... lagi

12 Julai 2011
TAHUKAH ANDA?
Tahukah anda bahawa satu Jawatankuasa Teknikal PPF Malaysia telah ditubuhkan pada 16 November 2009? Jawatankuasa ini di pengerusikan oleh Timb.Pengarah Bhg.Pengurusan Perkhid.Farmasi KKM, Dr.Nour Hana... lagi

Persatuan ini telah ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1974. Ianya didaftarkan di bawah akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftarannya 1717. Kelulusan pendaftara diperolehi pada 22 Oktober 1975. Keahliannya terbuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai Sijil Penolong Pegawai Farmasi (kini Diploma Penolong Pegawai Farmasi).

Pada Peringkat awal penubuhannya, persatuan ini menghadapi pelbagai masalah. Tahun 1980'an, ianya dipindahkan ke Ipoh, Perak dimana ianya hanya aktif dikalangan ahli di sekitar negeri tersebut. Di Ipoh juga persatuan menghadapi masalah akhirnya. Dengan baki akaun hanya RM5.50 ianya dipindahkan pula ke pantai timur papada tahun 1990 dimana ahli majlisnya terdiri dari mereka yang bertugas di Kelantan dan Terengganu.

Ahli Majlis telah mengadakan beberapa "Road Show" - Kempen untuk menambahkan ahli. Aktiviti ini dibuat dengan menggunakan perbelanjaan sendiri. Kini, persatuan boleh berbangga kerana ianya telah dapat diaktifkan kembali dan tabung persatuan telah meningkat hasil usaha Ahli Majlis.

gambo

Tujuan Penubuhan

1. Untuk menjaga dan meningkatkan nama baik dan kepentingan profesion Penolong Pegawai Farmasi.

2. Mempertahankan dan meninggikan taraf dan etikaprofesion Penolong Pegawai Farmasi.

3. Untuk menggalakkan dan mengembangkan ilmu farmasi.

4. Memupuk hubungan professional dalaman dikalangan ahli.

5. Berhubung dan bekerjasama dengan mana-mana organisasi demi kemajuan profesion Penolong Pegawai Farmasi.

6. Menjadi wadah untuk ahli menyatakan pendapat dan pandangan dalam perkara yang menyentuh profesion Penolong Pegawai Farmasi.

No.KP Baru
Katalaluan
Permohonan Menjadi Ahli
Terlupa Katalaluan?