FASAL 1 : NAMA, ALAMAT, TEMPAT MESYUARAT, COGANKATA;
- Persatuan ini hendaklah dinamakan PERSATUAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI MALAYSIA dan selepas ini disebut sebagai "PERSATUAN"
- Alamat berdaftar dan tempat mesyuarat persatuan ini hendaklah di Lot 512, Belakang Taman Norwina, Demit, 16150 Kubang Kerian, Kelantan. Alamat berdaftar persatuan ini tidak boleh diubah tanpa mendapat kebenaran dari Pendaftar Pertubuhan.
- Cogankata Persatuan ini ialah “Sepakat mencapai Hasrat”
Definasi logo adalah:
- Tiga warna iaitu merah, kuning dan biru, melambangkan warna bendera Malaysia. Persatuan ini meliputi seluruh Malaysia.
- Tiga bulatan mengelilingi cogankata (motto) Persatuan bermakna bersepadu dan beriltizam tanpa berbelah bagi demi kejayaan bersama.
- lambang segi tiga diilhamkan dari bentuk piramid yang memberi erti kecekalan dan ketegasan pendirian dalam menempuh apa jua keadaan.
- Neraca melambangkan keseimbangan, prihatin dan ketepatan maklumat serta tujuan.
- Lambang buku memberi maksud pentingnya ilmu pengetahuan dan pembelajaran yang sentiasa berterusan untuk mencapai tujuan setiap sasaran.
- Ular dan staf melambangkan kesihatan
- Cogankata (motto) ‘Sepakat Mencapai Hasrat’ bermaksud usaha dan pakatan yang utuh beserta dengan ketabahan dan kecekalan akan pasti membuahkan hasil.
FASAL 3 : WILAYAH
- Wilayah yang diliputi oleh persatuan ini hendaklah yang di ketahui sebagai Malaysia.
[Kembali]
|