F.A.Q |
Siapakah yang layak menjadi
ahli Persatuan Penolong Pegawai Farmasi Malaysia?
Terdapat 3 katogeri ahli persatuan:
1. Ahli biasa/ Ahli seumur hidup.
Keahlian untuk katogeri ini terbuka kepada semua
Pembatu Farmasi di Malaysia Barat dan Malaysia
Timur yang mempunyai Sijil Penolong Pegawai Farmasi atau
Diploma Farmasi, samada sedang berkhidmat dengan
kerajaan, swasta atau persendirian. Ahli dari
katogeri ini layak untuk hadir mesyuarat agong,
dipilih sebagai Ahli Majis Persatuan,dan mengundi.
2. Ahli bersekutu.
Keahlian kategori ini terbuka kepada yang tidak
memiliki Sijil/Diploma Penolong Pegawai Farmasi tetapi
bekerja dalam bidang kefarmasian seperti di Premis
– premis yang menjalankan perniagaan yang
ada kaitan dengan Farmasi contohnya kedai farmasi,
klinik-klinik, pusat SPA dan
lain-lain. Pelatih Penolong Pegawai Farmasi dalam Latihan
juga diterima sebagai ahli bersekutu. Keahlian
ini boleh menghadiri mesyuarat
tiada hak mengundi dan dipilih sebagai Ahli Majlis
Persatuan.
3 . Ahli Kehormat
Keahlian ini dianugerahkan oleh Persatuan Penolong Pegawai
Farmasi Malaysia kepada sesiapa sahaja warga Negara
Malaysia yang telah memberi sumbangan dan kerjasama
kepada persatuan.
|
Bagaimana cara untuk menjadi ahli ?
Isikan borang keahlian dan hantarkan kepada urusetia
Persatuan. Borang keahlian juga boleh didapati
dalam Buleting Penolong Pegawai Farmasi yang diterbitkan
dua kali setahun. Borang boleh di muaturun (download
) dari laman web atau klik di sini Borang
Keahlian.
|
Berapakah yuran keahlian ?
1. Ahli biasa RM20.00
2. Ahli bersekutu RM5.00 setahun
3. Yuran Pendaftaran RM5.00 (bayaran sekali sahaja
)
|
Apakah keistimewaan menjadi ahli persatuan?
Semua ahli yang berhak kecuali ahli bersekutu
/ ahli kehormat layak Untuk mengundi / dipilih
sebagai Ahli Majlis Persatuan. Semua ahli
Berhak menggunakan kemudahan dan mendapat khidmat
dari Persatuan.
|
Apakah yang dimaksudkan dengan ahli
yang tidak berhak?
Maksudnya :
1. Ahli yang telah diberhentikan olih sebab-sebab
dispilin Seperti termaktub dalam perlembagaan
Persatuan.
2. Ahli yang yurannya tertunggak selama 12 bulan.
|
Apakah dia ahli seumur hidup?
Ahli yang menjelaskan yuran sebanyak RM100 (seratus
ringgit ) berserta RM5.00 yuran pendaftaran sekaligus
sewaktu beliau mendaftar.
|
Bolehkah saya menjadi kekal menjadi
ahli Persatuan jika saya bertukar Ke jawatan lain?
Anda layak menjadi ahli Persatuan Penolong Pegawai Farmsi
Malaysia Walaupun ada telah bertukar jawatan asalkan
pada satu ketika anda
Adalah Penolong Pegawai Farmasi yang terlatih.
|
Kenapa saya perlu menjadi Ahli Persatuan
Penolong Pegawai Farmasi Malaysia?
Piagam persatuan menggariskan matlamat berikut:
1. Meningkatkan dan menjaga nama baik profesion
Penolong Pegawai Farmasi
2. Mengggalakan dan meningkatkan kemahiran ilmu
kefarmasian dikalangan ahli.
3. Mempertahankan dan meningkatkan taraf profesion
ini.
4. Bergabung dan bekerjasama dengan lain NGO yang
sealiran perjuangan persatuan.
5. Penyebar maklumat dan candangan ahli-ahli untuk
kepentingan profesionalisma ahli.
|
Apakah program yang dilaksanakan olih
Persatuan untuk meningkatkan Profesionalisma Penolong Pegawai
Farmasi ?
1. Persatuan menerbit majalah ilmiah Suara Penolong Pegawai
Farmasi. Terbitan dua kali setahu. Percuma untuk
ahli.
2. Persatuan adakan mesyuarat dan roadshow dalaman.
3. Mengadakan kursus dengan kerjasama Pengarah
Kesihatan Negeri ( Farmasi ) dari masa ke masa.
4.Ceramah Perubatan setiap kali mesyuarat agong
di adakan.
5. Lain-lain program yang di adakan dengan kerjasama
cawangan Negeri-Negeri bila di perlukan.
|
Bagaimana hendak mendapatkan majalah
"Suara Pemantu Farmasi" ?
Hantarkan alamat anda kepada kealamat berikut
atau email kepada:
Nama : PERSATUAN PEMBANTU PEGAWAI FARMASI MALAYSIA
Alamat HQ. : Lot 512 Belakang Taman Norwina, Demit,
Kubang Kerian, 16150 Kelantan.
Email: Setiausaha khormat: YDP
|
| |