Persatuan ini telah ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1974. Ianya didaftarkan di bawah akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftarannya 1717. Kelulusan pendaftara diperolehi pada 22 Oktober 1975. Keahliannya terbuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai Sijil Pembantu Farmasi (kini Diploma Pembantu Farmasi).
Pada Peringkat awal penubuhannya, persatuan ini menghadapi pelbagai masalah. Tahun 1980'an, ianya dipindahkan ke Ipoh, Perak dimana ianya hanya aktif dikalangan ahli di sekitar negeri tersebut. Di Ipoh juga persatuan menghadapi masalah akhirnya. Dengan baki akaun hanya RM5.50 ianya dipindahkan pula ke pantai timur papada tahun 1990 dimana ahli majlisnya terdiri dari mereka yang bertugas di Kelantan dan Terengganu.
Ahli Majlis telah mengadakan beberapa "Road Show" - Kempen untuk menambahkan ahli. Aktiviti ini dibuat dengan menggunakan perbelanjaan sendiri. Kini, persatuan boleh berbangga kerana ianya telah dapat diaktifkan kembali dan tabung persatuan telah meningkat hasil usaha Ahli Majlis.
Tujuan Penubuhan
1. Untuk menjaga dan meningkatkan nama baik dan kepentingan profesion Pembantu Farmasi.
2. Mempertahankan dan meninggikan taraf dan etikaprofesion Pembantu Farmasi.
3. Untuk menggalakkan dan mengembangkan ilmu farmasi.
4. Memupuk hubungan professional dalaman dikalangan ahli.
5. Berhubung dan bekerjasama dengan mana-mana organisasi demi kemajuan profesion Pembantu Farmasi.
6. Menjadi wadah untuk ahli menyatakan pendapat dan pandangan dalam perkara yang menyentuh profesion Pembantu Farmasi. |