| |
|
No. |
Berita & Aktiviti |
| 1 | UPDATED : 2012-01-02 00:29:05 PERUTUSAN TAHUN BARU 2012 YDP PPFM Salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam muhibah kepada semua Penolong Pegawai Farmasi Malaysia.
Tahun 2011 sudahpun berlalu. Kita telah mengorak langkah ke tahun 2012 dan akan bermulalah episod baru dalam kehidupan kita khasnya kepada para Penolong Pegawai Farmasi Malaysia.
Rakan-rakan seperjuangan sekelian, ingin saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun baru 2012 kepada anda semua semoga anda semua diberkati dengan kesihatan yang baik, bahagia bersama keluarga tersayang, kejayaan dalam karier dan komited dalam tugas harian demi pembangunan negara dan kesejahteraan pelanggan kita.
Saya selaku Yang DiPertua Persatuan Penolong Pegawai Farmasi, ingin menyeru semua Penolong Pegawai Farmasi agar terus cemerlang dan produktif dalam tugas seharian serta menunjukkan kualiti perkhidmatan yang tinggi dan penuh tanggungjawab kepada Jabatan, negara dan masyarakat. Saya juga menyeru kepada semua ahli-ahli agar turut aktif dalam Persatuan dan Kesatuan serta sama-sama berusaha menambah keahlian dalam Persatuan dan Kesatuan. Kejayaan aktiviti serta tuntutan Persatuan dan Kesatuan adalah di tangan anda.
Adalah sangat penting untuk memastikan bilangan ahli yang ramai dan majoriti. Sebarang tuntutan tidak akan di endahkan jika jumlah keahlian kita masih seperti tahun-tahun sebelumnya yang kurang dari 60%.
Seperti yang sedia maklum, skim SBPA akan dikuatkuasaka mulai 1 Jan 2012 walaupun tarikh akhir SBPA diletakkan pada 15 Jan 1011. Saya andaikan sudah pasti ramai yang menandatangani borang opsyen tersebut. Skim tersebut dilihatkan sebagai satu kaedah penjenamaan semula sistem penyampaian perkhidmatan awam yang lebih kualiti, efisien, memenuhi stake holder, Lean Services, tegas mengendalikan aspek disiplin anggota dan yang bermasalah supaya Virus dalam perkhidmatan awam tidak merebak kepada rakan-rakan yang bekerja dengan baik.
Semoga skim baru ini memberi satu motivasi ditempat kerja dan karier. Bagi mereka yang masih tidak berpuashati, haruslah membuat pendirian mengubah sikap dan terus maju ke hadapan (Move Forward).
Rakan-rakan seperjuangan yang di kasihi, baru-baru ini kita digemparkan dengan isu kes kehilangan ubat hampir RM1 juta ringgit di salah sebuah Hospital terkemuka di Malaysia dan didalangi oleh anggota Farmasi sendiri. Walaupun kita telah tahu mereka yang terlibat bukanlah di kalangan Pen.Pegawasi Farmasi, tetapi Persatuan ingin mengambil iktibar dan menyeru kepada semua PPF supaya teruskan sikap Profesionalisma, komitmen tinggi, amanah dan jujur dalam melaksanakan tugas seharian demi masyarakat, pelanggan, Jabatan dan negara tercinta.
Buangkan sikap terlalu berkira dalam tugas seharian, tingkatkan komitmen dan tanamkan kesabaran serta nilai-nilai positif dan juga semangat kerja berpasukan bersama-sama dengan Pegawai Farmasi. Kita harus mencari jalan seiring dengan Pegawai Farmasi demi kemajuan Perkhidmatan Farmasi dan aktiviti-aktiviti yang di rancangkan. Libatkan diri dalam semua aktiviti yang dijalankan dengan penuh ikhlas dan tonjolkan kebolehan anda sebagai PPF yang berkaliber dan efisien.
Akhir sekali, saya bagi pihak Persatuan Penolong Pegawai Farmasi Malaysia ingin mengucapkan syabas kepada semua Penolong Pegawai Farmasi di atas kejayaan sepanjang tahun 2011 baik ditempat kerja mahupun kejayaan dalam keluarga disayangi. Juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada PPF yang dinaikkan pangkat Gred U32, U36, U38 dan U40.
SELAMAT MAJU JAYA DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS 2012 !
GANESAN G.NARAYANAN
YANG DIPERTUA
PERSATUAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI MALAYSIA
1 JANUARI 2012
| | 2 | UPDATED : 2011-10-16 01:13:31 MESYUARAT AHLI MAJLIS DAN WAKIL2 NEGERI 2011 Satu Mesyuarat Wakil-wakil negeri akan diadakan pada 14hb Oktober jam 8.00 malam di Hotel Brisdale dan di susuli Mesyuarat Ahki Majlis keesokkan hari jam 9.00 pagi. Pada pagi 14hb jam 9.00 pagi, PPFM juga bercadang utk bertemu dgn Ketua Profesion dan pihak Kesatuan utk membincangkan dgn hal-hal berkaitan peluang pendidikan lanjutan PPF | | 3 | UPDATED : 2011-07-22 12:31:09 TAWARAN PENGAJAR PENOLONG PEGAWAI FARMASI Berita baik kpd semua PPF Msia !
Adalah dimaklumkan Bhg.Pengurusan Latihan KKM telah menawarkan kembali Jawatan Pengajar kpd PPF yg mempunyai Ijazah dlm bidang: 1.Ijazah Farmasi, 2.Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kimia, 3. Ijazah Pharmaceutical Science, 4.Ijazah Evidence Based Practice, 5.Ijazah TCM, 6.Ijazah Pharmacy Technician. Bagi mereka yang mempunyai kelayakan diatas, sila mohon melalui SPA online dan hantar sesalinan resume anda kepada Puan Nik Hasnida bt Nik Leh, Unit Pembangunan Kurikulum, Bahagian Pengurusan Latihan,Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 6,No. 26 Persiaran Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62675 Putrajaya, Malaysia.
SELAMAT MAJU JAYA KPD SEMUA PPF YANG BERKELAYAKAN! | | 4 | UPDATED : 2011-07-13 10:20:13 TAHUKAH ANDA? Tahukah anda bahawa satu Jawatankuasa Teknikal PPF Malaysia telah ditubuhkan pada 16 November 2009? Jawatankuasa ini di pengerusikan oleh Timb.Pengarah Bhg.Pengurusan Perkhid.Farmasi KKM, Dr.Nour Hanah bt Othman dan dianggotai oleh 5 Pegawai Kanan BPF KKM (Lembaga Farmasi, Bhg.A&P,Biro, Kesihatan, Hosp.) dan 4 Exco Kesatuan, 3 Exco PPFM, 4 wakil PPF , 1 wakil Sabah dan 1 wakil Sarawak. Wakil PPFM ialah En.Ganesan G.Narayanan, Hjh.Khamsiah bt Brahim, Tn.Hj.Sulaiman b Harun dan wakil utk Kesatuan pula ialah En.Rohin Daud, En.Razalle Dollah, En.Zamri Arifin dan Tn.Hj.Mohd Noor b Adam. Wakil PPF ialah Puan Faridah Saidi(CPD-PTK), Hjh.Norhaini bt Othman(HKL), Puan Juriah bt Wakidi(Labuan), En.Talib b Tawil(Biro). Wakil Sarawak ialah En.James Yiek Hua Kuong dan wakil Sabah ialah En.Johnson Chin Nyat Min. Urusetia JK ini ialah Ketua Profesion En.Muhammad B Awang PPF U40 dan juga Tn Hj.Abd Ghani b Yusof, PPF U38 BPF KKM. Semoga dengan penubuhan JK ini, PPF akan lebih cemerlang dan maju kehadapan ! Jika ada sebarang masalah yang perlu di bangkitkan, sila hubungi nama-nama seperti yang tertera diatas dalam Jawatankuasa ini. Sekian, terima kasih. YDP | | 5 | UPDATED : 2011-07-12 22:23:57 RUANGAN INFO TERKINI Makluman kepada semua ahli: Adalah di harapkan semua ahli-ahli aktif memberikan informasi sebarang aktiviti-aktiviti di tempat anda untuk di kongsi bersama dengan lain-lain PPF di seluruh Malaysia. Sebarang kursus-kursus, persidangan, aktiviti boleh di laporkan kepada Admin, chatbox atau kpd YDP- pfganesh@gmail.com. Sekian terima kasih | | 6 | UPDATED : 2011-07-12 22:21:18 NO. AKAUN PERSATUAN No akaun Persatuan Penolong Pegawai Farmasi Malaysia: AFFIN BANK 100180003775. Untuk membayar yuran atau apa-saja bayaran tuan/puan boleh menggunakan CASH DEPOSIT MACHINE di AFFIN BANK yang berdekatan tempat tuan/puan, buat salinan fotostat dan kembarkan bersama borang dihantar kepada saya dialamat:
PT 201 TAMAN DESA WANGI,
PASIR TUMBOH, 16150 KOTA BHARU,
KELANTAN. | | 7 | UPDATED : 2011-07-12 22:13:17 LAMAN RASMI FACEBOOK PERSATUAN Salam sejahtera dan salam 1Malaysia! Untuk makluman semua ahli, Persatuan telah melancarkan laman Facebook untuk komunikasi antara ahli-ahli yang aktif dalam Facebook. Ini adalah ekoran perkembangan zaman dan pilihan ramai "Netizen" PPF yang banyak meluangkan masa di Facebook serta untuk mendekatkan diri dengan semua ahli-ahli dan juga perkongsian maklumat dengan lebih cepat. Sila layari Facebook Persatuan. Pelancaran rasmi akan dilakukan dalam masa terdekat ini. |
|
|
|
|