www.ppfmy.com Forum Index www.ppfmy.com
Forum ini dibangunkan untuk memudahkan ahli-ahli PPFM berdiskusi dan mengadakan perbincangan sesama ahli
 
 FAQFAQ   SearchSearch   MemberlistMemberlist   UsergroupsUsergroups   RegisterRegister 
 ProfileProfile   Log in to check your private messagesLog in to check your private messages   Log inLog in 

PELUANG UNTUK PEMBANTU FARMASI

 
Post new topic   Reply to topic    www.ppfmy.com Forum Index -> Diskusi Ahli Forum
View previous topic :: View next topic  
Author Message
arifhti



Joined: 10 Apr 2007
Posts: 3
Location: Teluk Intan

PostPosted: Sun May 04, 2008 4:02 pm    Post subject: PELUANG UNTUK PEMBANTU FARMASI Reply with quote

Sekiranya anda berminat untuk melanjut pelajaran dalam bidang sains farmasi, peluang menanti anda. Cuba buat permohonan di UGM iaitu Universiti Gadjah Mada Indonesia. Setelah permohonan anda diterima buat permohonan ke JPA melalui melalui saluran tertentu, ketua jabatan. Sudah ada pembantu farmasi yang berada disana. Bagi anda yang yang mempunyai diploma pembantu farmasi/farmasi cuba lah nasib anda.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
hius2007



Joined: 29 Jul 2007
Posts: 90
Location: Perak

PostPosted: Sat Dec 13, 2008 11:17 pm    Post subject: Reply with quote

Peluang belajar memang ada. Bergantung kepada PPF sendiri. Tak perlu pergi ke Indon, Mahsa dah ada program Bac in Pharm. IPTS tersebut juga ada kolej cawangan di setiap negeri. Kepada semua PPF yg berminat, ambil cuti satu hari, pergi KL dan daftar di Mahsa. Memandangkan Mahsa adalah IPTS, pengambilan adalah terbuka dan tiada limit. Lagi ramai studen, lagi ia suka sebab dapat banyak RM dan untung besar.

Yg paling penting ialah semangat utk menimba ilmu kpd semua PPF. Tetapi jgn pula lupa diri sebab jika jadi PPF, hujung bulan tentu dapat gaji sedangkan student berdepan dgn risiko 3R. First R ialah Refer Exam, second R ialah Repeat Sem/Year and last R ialah Reject from the universiti. Tetapi dgn prasarana yg lengkap, semangat yg tinggi dll, ramai PPF kini dah bergelar Peg dan dapat Elaun Kritikal RM750 sebulan.

Terdapat juga cadangan dari sahabat kita dari taiping utk PPF menjadi Juruteknologi Farmasi. Dari apa yg di paparkan, jelas menunjukkan jawatan tersebut berjaya di luar negara dan terutamanya di negara maju. PPF perlu berfikiran rasional dlm perkara ini kerana implikasinya sangat besar kepada profesion kefarmasian dan kepada negara. Pada pendapat saya , apabila malaysia menjadi negara maju pada 2020, perkara ini akan menjadi kenyataan.

Tetapi gerak kerjanya bolehlah dimulakan pada masa sekarang. PPF di Malaysia ada seramai 2500 orang dan setiap PPF perlu menjalankan kewajipan masing2 . Jika ramai PPF jadi ahli PPFM/Union, segala kesulitan pasti dapat diatasi.

Kepada yg ingin sambung pelajaran dan ambil Bac in Pharm , teruskan niat anda. Peluang sentiasa ada di hadapan. Banyak KSKB akan di buka pada masa akan datang dan PPF yg ada ijazah boleh memohon jadi pengajar. Juga disertakan disini perkembangan profesion kefarmasian.

Pada Jun 2007, UiTM ada mengeluarkan tawaran Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) dalam bidang-bidang berikut :-Phd 38 Bidang dan Sarjana 17 bidang : Cardiopharmacology, Social Pharmacy, Pharmacy Education, Toxicology ( General & Target Organ Toxicology ), Pharmacy Practice, Radiopharmacy, Physiology, Pharmaceutics : Drug Delivery / Physical Pharmacy , Pharmacy Management, Pharmaceutical Biotechnology, Pharmacoinformatics, Pharmacognosy, Toxicogenomics, Pharmacogenomics, Evidence- Based Pharmacy Practices, Biocomputing, Pharmaceutical Bioprocessing, Neuropharmacology, Pharmaceutical Engineering, Neurotoxicology, Pharmacoeconomics, Forensic Pharmacy, Forensic Toxicology, Genetic Toxicology, Environmental Toxicology, Immunotoxicology, Pharmaceutical Chemistry: Drug Synthesis, Endocrine Pharmacology, Cancer Pharmacotherapeutics, Pathophysiology, Pharmaceutical Chemistry : Combinatorial Chemistry, Pharmaceutical Analysis, Cosmeceuticals, Nutraceuticals, Phytochemistry, Veterinary Pharmacy, Marine Biopharmaceuticals, Sport Pharmacy,

Semua kursus tersebut dijalankan diluar negara. Ini menunjukkan di negara maju, bidang2 tersebut telah lama berkembang sehinggakan Malaysia pun menghantar pelajar ke sana.

Rancangan Malaysia Ke 9 (RM9), beberapa buah Kolej Sains Kesihatan Bersekutu ( KSKB ) akan dibina.iaitu di Ulu Kinta Perak ( 2009 ), KSKB Sabah 2010, Johor ( 2011 ) dan Sarawak ( 2012 ) .Mengikut keperluan negara maju, nisbah Penolong Pegawai Farmasi dan penduduk ialah 1:5000 dan pada 2020 Malaysia memerlukan lagi 2500 PPF.

Lagi ramai orang sakit, tentulah lagi ramai PPF di perlukan.
Apapun jgn lupa jadi ahli PPFM/Union. he he he . by.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail AIM Address Yahoo Messenger MSN Messenger
hius2007



Joined: 29 Jul 2007
Posts: 90
Location: Perak

PostPosted: Thu Mar 12, 2009 7:18 pm    Post subject: Reply with quote

PERKEMBANGAN KKM PADA TAHUN 2009

Farmasi :
Pengarah Perkhidmatan Farmasi ( Jusa A )
Timbalan Pengarah Perkhidmatan Farmasi ( Jusa C )
Ketua Penolong Pengarah Kanan ( U54 )
Polisi Ubat Kebangsaan ( U52 )
Pengurusan Ubat & IT ( U52 )
Pembangunan Organisasi & Sumber Manusia ( U52 )
Pengurusan Kualiti ( U52 )

Amalan Farmasi Klinikal ( U48 )
Amalan Farmasi ( Hospital dan Kesihatan ) – ( U48 )
Pemonitoran Harga Ubat ( U48 )
Urusetia Senarai Ubat-Ubatan KKM ( U48 )
Keselamatan Pesakit dan Penggunaan Ubat ( U48 )
Maklumat Ubat dan Pendidikan Pengguna ( U48 )
Pengurusan Latihan dan CPD ( U48 )
Pembangunan Inter Organisasi dan Antarabangsa ( U48 )
Penyelidikan Pembangunan dan Perolehan Teknologi ( U48 )
Urusetia Lembaga Farmasi ( U48 )

Kepada semua PPF, sila siapkan satu kertas kerja agar PPF U32 di tempatkan di Bahagian Bahagian tersebut agar dapat membantu Peg dalam menjalankan tugas-tugas seharian mereka dengan lebih cekap dan effisien tampa meninggalkan kepentingan PPF

Lain-Lain Paramedik :
Semasa ABM8 2009 di keluarkan, amat jelas di perhatikan KKM telah berkembang maju. Di seretakan di sini di mana jawatan-jawatan baru dan tambahan yang telah di luluskan . Di bahagian tersebut terdapat juga Pakar Pakar KKM :

A KESIHATAN AWAM
Pengurusan Kesihatan Awam Ibu Pejabat / Negeri
- Pembangunan Kesihatan Keluarga
- Pendidikan Kesihatan

B RAWATAN PERUBATAN
- Pengurusan Perubatan Ibu Pejabat / Negeri
- Pengurusan Hospital

C FARMASI DAN BEKALAN
( kosong – tiada bahagian dan unit )

Unit-Unit Rawatan Perubatan:
Rawatan Kecemasan dan Pesakit Luar
Rawatan Am Pesakit Dalam
Perubatan Am
Pembedahan Am
O & G
Pediatrik
Orthopedik
Anastesiologi
ENT
Oftalmologi
Dermatologi
Neurologi
Pembedahan Neuro
Perubatan Transfusi
Perubatan Forensik
Urologi
Pembedahan Plastic
Radioterapi dan Onkologi
Pengimejan Diagnostik
Patologi
Pembedahan Kardiothorasik
Kardiologi
Perubatan Nuklear
Perubatan Respirotori
Psykiatrik dan Kesihatan Mental
Rehabilitasi

Jika PPF ingin terus maju, sejajar dgn perkembangan KKM, PPF perlulah berfikir apa kah tugas-tugas PPF di Unit-unit dan bahagian tersebut, dan mengaturkan strategi bagaimana ingin mencapainya.

Ini juga adalah sejajar dengan tugas-tugas utama PPF :
- Tugasan Penyelengaraan Setor
- Tugasan Pembantu Makmal Kimia Ubat
- Tugasan Penolong Pegawai Farmasi


he he he
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail AIM Address Yahoo Messenger MSN Messenger
hius2007



Joined: 29 Jul 2007
Posts: 90
Location: Perak

PostPosted: Wed Apr 08, 2009 1:01 pm    Post subject: Reply with quote

FORUM TERBUKA PENOLONG PEGAWAI FARMASI.

Salam muhibbah kepada semua PPF. Dah lama saya tidak mencoretkan sesuatu di sini kerana terlalu sebok dengan jadual kehidupan seharian. Sehingga kan nak talipon kawan-kawan pun tak ada masa. Maklumlah sejak di timpa kemalangan tempoh hari, diari kehidupan seharian juga telah berubah 100 %. Pada hari ini genap sudah 8 bulan saya kemalangan.

Saya ingin merujuk kepada Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembangan Kerjaya PPF. Perkara ini telah di umumkan oleh YB Dato’ M Mahalinggam, semasa AGM PPFM di Hotel Seri Malaysia, Ipoh, pada tahun1997. Bahagian ini adalah di bawah Amalan Perubatan KKM. Semua paramedik bergabung di bahagian tersebut kecuali PPF.

Bahagian tersebut juga membincangkan Expanded dan Extended Role bagi semua paramedik, kecuali PPF kerana PPF tiada wakil di bahagian tersebut. Alasan yang paling munasabah dengan ketiadaan PPF di sana ialah tiada kelepasan dari BPF KKM.

Tetapi kini pada tahun 2009, Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu telah di tubuhkan oleh KKM. Namun nasib PPF masih sama iaitu tiada wakil di sana bagi membincangkan Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembangan Kerjaya PPF.

Nama PF telah bertukar kepada PPF sejak 1 Jun 2008. Usia kita belumpun setahun. Apa yang pasti ialah pertukaran nama gelaran jawatan sahaja sedangkan Skim Perkhidmatan masih Pembantu Farmasi. Oleh itu janganlah semua PPF beranggapan kita pada masa ini adalah Penolong Pegawai Farmasi dari segi tugasan hakiki.

Pada Januarai 2009, Bahagian Sumber Manusia KKM ada mengeluarkan senarai jawatan baru yang di luluskan pada tahun 2009. Dan apabila di semak adalah di dapati perkembangan perjawatan PPF adalah amat sedikit jika di bandingkan dengan lain2 para medik. Jika di bandingkan dengan Peg Far, lagi jauh, ibarat langit dengan bumi.

Tetapi ini bukanlah salah sesiapa, tetapi adalah salah diri PPF sendiri yang tidak peka dengan Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembangan Kerjaya. Pada Julai 2008, Negeri Perak ada mengadakan satu bengkel pengisian borang ABM 8 tahun 2010. Dan di harap pada tahun 2010 semua jawatan PPF tambahan akan dapat di luluskan oleh kerajaan. Sebenarnya oleh JPA setelah di sokong oleh KKM.

Jika di buka laman web Bahagian Farmasi KKM, akan didapati satu Dorektori Farmasi pada tahun 2007. Jika di semak, didapati Pegawai Farmasi bertugas di semua Hospital dan Klinik Kesihatan seluruh negara. Walaupun bilangan mereka ramai, tetapi tiap seorang Pegawai Farmasi tersebut telah ada Unit nya yang tersendiri bersama tugas dan tanggungjawabnya. Oleh itu jangan terkejut, jika sebuah hospital ibu negeri mempunyai 40 orang Peg sedangkan PPF hanya 21 orang. PPF sendiri memang tiada unit yang tersendiri dan sebab itulah di kumpulkan di OPD sebagai filling oficer. Oleh itu, masa depan PPF adalah di tangan PPF sendiri. Jika PPF rajin memperjuangkan nya, maka akan adalah sedikit peningkatan.
Berbalik kita kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi ( BPF KKM ). Tiga katogeri jawatan yang paling ramai di BPF KKM ialah Peg. Far, PPF dan Pembantu Tadbir
(Setor). Nasib Peg Far memang terbela sebab mereka lah yang berkuasa di BPF KKM dan di Ketuai oleh seorang Jusa A. Nasib Pembantu Tadbir ( Setor ) juga terbela kerana mereka berada di berbagai jabatan kerajaan dan tentu ada orang di JPA yang akan mempertahankan mereka. Tetapi bagaimana pula dengan nasib PPF. Hanya PPF yang tahu. Tetapi masih belum terlambat. Asalkan jangan terlajak, sudahlah.

BPF KKM adalah macam parent bagi PPF. Perkara ini telah di terapkan semasa di sekolah Latihan Pembantu Farmasi lagi dan amat sukar di kikis. Itulah sebabnya setiap perjuangan PPF akan menghadapi jalan buntu. Pada hari ini, semangat PPF yang tulen perlu datangnya dari PPF yang mendapat latihan Out Sourcing. Sebab PPF KKM dah terikat dengan fakta dan sejarah sejak dahulu. Contohnya pertukaran namapun memakan masa selama 6 tahun. Permohonan lain-lain mungkin 2020 akan tercapai (lagi 11 tahun) .

Kita imbau sejarah yang berlaku pada 1996. Pada masa itu pemimpin tertinggi PPF mempunyai semangat juang yang kental. Berbagai masaalah PPF di bawa ke pengetahuan pihak atasan KKM. Hasilnya ialah satu surat di keluarkan oleh BPF KKM. Surat tersebut telah berjaya mengunci mulut PPF hingga kini ( 13 tahun ).

Jika ingin tahu apakah maksud surat tersebut, sila rujuk surat bil. surat bil. KKM-55/160 Bhg.1 (47) bertarikh 25 Oktober 1996. dan surat bil KKM-55/160 Bhg.1 (4Cool bertarikh 28 Oktober 1996 . Banyak PPF sudah melupakan surat tersebut dan pejuang PPF pada masa itu, ramai yang telah bersara. Surat tersebut di tujukan kepada semua Pegawai Farmasi KKM dan di arahkan untuk memaklumkan kepada semua PPF di kawasan masing-masing. Tajuk surat tersebut ialah :Tohmahan-Tohmahan Terhadap Perkhidmatan Farmasi Yang Dianggap Tidak sensitif Terhadap Keperluan Pembantu Farmasi. Surat tersebut di tanda tangani oleh Pengarah Perkhidmatan Farmasi KKM dan SK kepada
Ketua Pengarah Kesihatan, Tim. Ketua Setiausaha ( Pengurusan ) KKM, Setiausaha Bahagian (P), Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembagunan Tenaga Manusia dan Latihan KKM , Penolong Pegawai Tadbir Cawangan Paramedik dan Auksiliari,

Kandungan surat tersebut ialah menyatakan BPF KKM di tuduh tidak sensitif kepada peluang kemajuan kerjaya dan masa depan Pembantu Farmasi. Dan BPF KKM memberi jawapan , Bhg BPF KKM ingin memberi maklumat yang benar untuk menghindarkan dari penyebaran maklumat yg tidak tepat dan berat sebelah oleh pihak-pihak tertentu.

2.1 Surat dari Setiausaha Agong Kesatuan

2.2 Keputusan Tribunal Perkhidmatan Awam PF Kanan dari U8 ke U 7

2.3 ... maka bahagian ini berpendapat bahawa kurikulum berkenaan perlu di ubahsuai mengikut keadaan semasa memandangkan peluang untuk Pembantu Farmasi melanjutkan pelajaran dalam bidang profesional farmasi lebih cerah dan terbuka. Atas dasar ini, kurikulum berkenaan telah di ubah suai dan di gubal sedemikian rupa agar graduan latihan ini bukan sahaja layak di beri sijil diploma, malah pelajar2 yang cemerlang seterusnya boleh menggunakan sijil diploma ini sebagai asas untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi di universiti-universiti tempatan yang menawarkan kursus ijazah farmasi. Jika masih gagal mendapatkan surat tersebut, sila rujuk Arkib Negara..

Tetapi sejak surat tersebut keluar, semua PPF terkunci mulut dan tiada suara yang boleh keluar lagi. Diploma Farmasi di mulai pada 2003, sedangkan lain-lain paramedik sejak SSB iaitu 1992.( ketinggalan 11 tahun ). Lain-lain paramedik bila kerja terus ke P1T6 sedangkan PPF P1T1, beza gaji ialah RM220 sebulan . Gaji PPF yang dah bekerja 6 tahun sama dengan lain-lain paramedik yang baru melapor diri.

Tetapi semua PPF perlu berasa bangga sebab BPF KKM dah perjuangkan jawatan PPF
U38 dan U40 yang mana gaji mereka lebih tinggi dari U41. Sebab itulah semua PPF membisu dan bila tiba masanya dapat Promotion. Cuma nasib PPF U29 je yang belum terbela lagi. Saya suka mencadangkan agar pada masa hadapan, tiada lagi U29, sebab setelah bekerja selama 7 tahun, kita mohon agar PPF U29 secara KPSL terus ke U32.

Berbalik kepada taraf pemikiran PPF sendiri. Ramai PPF beranggapan membayar yuran Union RM2 sebulan dan yuran seumur hidup PPFM RM100 adalah membazir dan tiada berfaedah. Fikiran sebegini perlu di kikis. Jika benar PPF prihatin dengan profesion PPF, pejam mata dan bayar je yuran Union dan PPFM tu. Jangan tanya mereka buat apa dengan yuran yang kita bayar tu, tentu ada sesuatau yang bermunafaat daripadanya.
Nasib baik PPF bukan doktor pakar, jika tidak terpaksalah membayar RM 1000 bagi yuran Persatuan Doktor Pakar selama tiga tahun. Dan yuran ini wajib bagi semua doktor pakar. MMA jangan ceritalah, jika tak bayar yuran, pasti tak boleh jadi doktor.

Pendaftaran Pembantu Perubatan di bawah Akta Pembantu Perubatan telah di pinda mulai,1982. Bermaksud dah 27 tahun bersama Akta . Tetapi PPF pada 2009 pun masih belum mempunyai kesedaran untuk menjadi Ahli PPFM/Union. Harap semua PPF dapat berkumpul di Langkawi sempena AGM PPFM pada Julai nanti. Sambil tu bolehlah bercuti sambil shooping sakan. Jika naik Air Asia , murah je dari KL.

BPF KKM boleh mendaftarkan semua PPF melalui Arahan Jabatan. Dengan adanya pendaftaran, kerajaan boleh tahu berapakah bilangan sebenar PPF yang berada di Malaysia . Samaada berkhidmat dengan KKM, badan berkanun dan swasta. Tetapi KKM telah terlepas pandang semasa pindaan Akta Farmasi 2003. Pada 2003, semua lulusan Ijazah Farmasi perlu menjalani PRP dan FRP iaitu selama 4 tahun bersama KKM. Jabatan Bomba dan Penyelamat pernah mengeluarkan arahan jabatan agar semua alat pemadam api jenis ABC di periksa dan di luluskan oleh mereka. Semua rakyat Malaysia boleh pun mematuhi arahan tersebut. Walaupun tiada Akta yang mewajibkan pemeriksaan tersebut. Oleh itu secara ringkasnya, biarlah PPFM yang mendaftarkan semua PPF. Yuran seumur hidup Cuma RM 100 je. Union pulak, biarlah PPF yang bermasaalah je yang jadi ahli. Sebab salah satu tugas Union ialah menyelesaikan masaalah ahli dengan pihak majikan.

Dah banyak yang tertulis, nanti habis idea pulak. Dan biarkan lain-lain PPF berikan pandangan mereka, sebab PPF ni bijak-bijak belaka. By.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail AIM Address Yahoo Messenger MSN Messenger
hius2007



Joined: 29 Jul 2007
Posts: 90
Location: Perak

PostPosted: Sun May 03, 2009 4:48 pm    Post subject: Reply with quote

MAKLUMAT PENOLONG PEGAWAI FARMASI ( PPF )

Semasa AGM PPF di Terengganu tempoh hari, sebanyak 10 Kertas kerja telah di bentangkan dan kesemua nya telah di majukan ke pihak atasan. Apa pun hubungan yang berterusan sesama PPF amatlah di perlukan dalam memberikan beberapa maklumat-maklumat tambahan . Ini adalah kerana ada antara maklumat-maklumat tersebut telah tidak relevan lagi pada masa ini. Kertas Kerja yang di bentangkan adalah seperti berikut :

Penempatan U38 di Hospital Kawasan ( Regional Hospital ) Seluruh Negara
Penempatan PPF di Unit Penguatkuasaan Farmasi JKN Seluroh Negara
Menempatkan Minima Dua PPF di Klinik Kesihatan KKM
Menempatkan PPF di Pusat Maklumat Ubat di semua Hospital KKM
Memohon Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal ( BIPP ) bagi PPF
Memohon Elaun Harzard bagi PPF Yang Bertugas di Unit CDR
Memohon Kajian Semula Senarai Tugas Jawatan PPF 40 / 38 /36 / 32 / 29
Memohon Diberi Tajaan Kepada Pelajar Diploma Farmasi di IPTA / IPTS
Memohon Pengiktirafan Diploma Farmasi Mulai 1993
Memohon PPF Dijadikan Skim Bersepadu 29 / 32 / 36 / 42 / 44 / 48 / 52 / 54

Mulai 1 Jun 2008, pertukaran nama jawatan telah dilaksanakan dan lahirlah gelaran jawatan Penolong Pegawai Farmasi di KKM. Semasa PPF memohon pertukaran nama jawatan tersebut, beberapa aspek telah tertinggal dan tidak di ambil kira, dan hasilnya ada pihak yang berasa hati dengan nama jawatan baru ini.Perkara ini boleh di atasi jika PPFM / Union mencari jalan damai bagaimana untuk mengatasinya.

Pada Jun 2009, genaplah setahun usia Jawatan Penolong Pegawai Farmasi. Sebenarnya masih banyak lagi jalan-jalan yang berliku yang perlu PPF hadapi untuk mencapai kegemilangan . Sejak jawatan Pembantu Farmasi di wujudkan, belum ada satu perubahan yang Universal bagi kemajuan PPF. PPF hanya melihat keadaan sekeliling. Apabila Paramedik KKM lain berubah, barulah PPF cuba mengekori mereka. Dan PPF semua perlu akur bahawa dah banyak Paramedik lain dalam KKM yang maju dan berdikari dengan sendirinya, sehingga boleh mengawal Akta Pendaftaran mereka sendiri.

PPF pun boleh juga macam tu. Kita boleh bina satu asas yang kukuh dan berusaha untuk membina beberapa kejayaan di atasnya. Satu cadangan yang boleh di buat ialah dengan menanamkan azam bahawa setelah PPF berusia genap setahun, kita perlu ubah cara kita bertindak. Mulai 1 Jun 2009 , suara PPF biarlah hanya keluar dari Setiausaha Kehormat PPFM dan Setiausaha Agong Union. Lain-lain PPF hanya berikan cadangan dan idea sahaja. Dengan itu kita akan mengujudkan Bank Idea PPF. Dengan ini, kita telah menaikkan martabat PPFM dan Union dalam menjaga Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembang Kerjaya PPF.

Kalau semua PPF Malaysia tak bersetuju, mudah sahaja. PPFM dan Union hanya JAGA KEBAJIKAN AHLI sahaja. By.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail AIM Address Yahoo Messenger MSN Messenger
nori



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 120

PostPosted: Mon Oct 26, 2009 9:35 am    Post subject: Reply with quote

Kertas kerja ni di sediakan pada 14 Julai 2009, pada hari ini ianya sudah tidak relevan lagi. Apa pun PPF masih terus ketinggalan. Pada pembentangan budget yang lalu, nasib PPF memang tidak tersentuh langsung. Cuma mungkin PPF U29 akan di tempatkan di Klinik Satu Malaysia yang akan beroperasi nanti iaitu seramai 100 orang, jika satu klinik dua orang. PPF. Jika tidak hanya 50 orang sahaja ataupun tiada langsung. Mungkin ubat akan dibekalkan oleh JM atau PPP sendiri ataupun SN. Ini amat berbeza dengan keputusan WHO iaitu bahagian farmasi perlu diilibatkan secara langsung dalam mencapai penjagaan kesihatan sepenuhnya.

Kertas kerja ini disediakan selepas kerajaan meluluskan pembayaran saguhati kepada penerima Pingat Gagah Berani ( PGB ) dan Pingat Setia
( SP ). Pada masa dahulu penerima pingat-pingat ini tiada elaun, tetapi kerajaan telah bersetuju untuk memberikan elaun sebanyak RM300 sebulan kepada setiap penerima pingat tersebut, dan ianya bermula tahun 1983.

Penerima yang paling banyak mendapat faedah ialah Kanang anak Langkau iaitu RM 143,000, kerana ia menerima kedua-dua pingat tersebut. Pada 2009 kerajaan juga telah menaikkan kadar elaun tersebut. Tetapi di pihak PPF, ianya masih belum berjaya. Sejak 1993, dengan skop tugas yang baharu, Pem Makmal Kimia Ubat di serapkan ke PPF, tetapi masih belum berjaya mendapatkan tunggakan.

PPF mempunyai alasan yang kukuh dan munasabah untuk mendapatkan tunggakan kerana semua PPF yang terlibat sedang berkhidmat, sedangkan penerima pingat PGB dan SP, ramai yang telah bersara. Cuba PPF bayangkan, kerajaan masih menerima permohonan pesara dan di terima, tentu PPF yang masih berkhidmat akan di beri peluang yang sama juga.

Paramedik lain, jangan cerita, semasa bertukar menjadi Skim Bersepadu, mereka di tawarkan dua kenaikan gaji. Dengan kegagalan KKM mengisi jawatan PPF U29 yang kosong, rasanya PPF masih ada harapan untuk mrendapatkannya, walaupun peluangnya adalah tipis. PPFM dan KKPFKMB perlu menggunakan kaedah win-win solution. KKM menang dan PPF menang. Apa yang perlu ialah bersatu dalam PPFM dan KKPFKMB. Tetapi kalau ramai yang tak bayar yuran, memang PPF sendiri yang ada masaalah. 24 Oktober2009, PPF Perak ada Kursus di Di Ambulance Care Complex ( ACC ) Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh ( HRPBI ) dan tentu ramai PPF Perak dah dapat manfaatnya.

PROGRAM PERKEMBANGAN KERJAYA DAN

PENINGKATAN MUTU PERKHIDMATAN

PEN PEG FARMASI DI KKM




KERTAS KERJA

CADANGAN TUNGGAKAN

GAJI DIPLOMA

PEN PEG FARMASI MULAI

3NOVEMBER 1993.


Oleh :



Penolong Setiausaha Agong
Kesatuan Kebangsaan Pembantu Farmasi
Kerajaan Malaysia Barat.



14 Ogos 2009


1. PENDAHULUAN :

Pen Peg Farmasi adalah satu skim perkhidmatan kumpulan sokongan di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia. Ianya sama taraf seperti lain-lain paramedic dan diletakkan pada tangga gaji permulaan U29.

Profesion Farmasi di negara ini telah wujud sejak tahun 50’an lagi. Sejak itu, profesion ini telah berkembang dengan begitu pesat sekali sehinggalah ke hari ini. Pada satu ketika, profesion ini telah berkembang dengan begitu pesat sehinggakan bilangan Ahli-Ahli Farmasi yang diperlukan bagi menjalankan tugas-tugas di hospital-hospital kerajaan adalah tidak mencukupi. Langkah utama yang diambil ketika itu ialah untuk mengujudkan tenaga pembantu bagi mengatasi kekurangan Ahli Farmasi di hospital-hospital kerajaan. Oleh itu, Sekolah Latihan Pembantu Farmasi yang pertama telah diwujudkan pada tahun 1957 di Pulau Pinang dan meminjam bangunan Sekolah Latihan Jururawat. Bilangan pelajar pada ketika itu ialah seramai 11 orang sahaja. dan pengajarnya adalah Pegawai Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Selepas itu Sekolah Latihan Pembantu Farmasi telah di bina di Petaling Jaya, Selangor.

Kini , setelah 51 tahun berlalu, Sekolah Latihan Pembantu Farmasi Petaling Jaya telah berpindah ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu ( KSKB ) Sungai Buloh, Selangor.

Mulai 1 Jun 2008, kerajaan telah bersetuju untuk menukar gelaran nama jawatan Pembantu Farmasi kepada Penolong Pegawai Farmasi .

Perjawatan pada 30 Jun 2007 ialah terdapat sebanyak 3035 jawatan Pen Peg Farmasi didalam Gred Jawatan U 40, U38, U36, U32 dan U29 dan pengisian jawatan hanyalah 86 % sahaja dan masih terdapat 14 % kekosongan.

Pada masa ini, tugas Pen Peg Farmasi ialah :

Mengendalikan sumber perolehan bekalan drug dan iventori
Mengendalikan kaunter pesakit luar
Mengendalikan kaunter bekalan wad
Mengendalikan makmal persediaan.

Tugas tambahan Pen Peg Farmasi :

Makmal TPN ( Total Parental Nutrition )
Makmal IV Admikstur
Makmal Sitotoksik
Makmal TDM ( Therapeutik Drug Monitoring )
Khidmat Nasihat Pendidikan Pesakit

Pen Peg Farmasi juga bertugas di makmal-makmal di Biro Pengawalan Farmasiutikal Kebangsaan Petaling Jaya .


2. KRONOLOGI MASAALAH :

Setelah SSB diperkenalkan pada 1992, Pembantu Farmasi telah diletakkan didalam kumpulan sokongan II iaitu gaji permulaan U29 P1T1 . Lain-lain paramedic yang mempunyai kelayakan diploma diletakkan pada matagaji U29 P1T6

Tetapi pada 5 November 1993, Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah mengeluarkan satu surat bil ( 63 ) dlm. KKM-55 ( 36 ) menyatakan tentang Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Pembantu Farmasi Dalam Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) telah mengiktiraf Diploma Farmasi KKM adalah setaraf dengan Diploma bagi tujuan perlantikan dalam Perkhidmatan Awam melalui surat bil. JPA ( L )S.130 / 1 Jld.2 ( 63 )
bertarikh 28 Ogos 1998

Program Diploma Pembantu Farmasi di KKM bermula Julai 2000 sebagaimana surat bahagian Latihan KKM bil ( 112 ) dlm.KKM-74 / INF / 91 Jld.2
bertarikh 23 Jun 2000

Skim Perkhidmatan Pembantu Farmasi telah dipinda mulai I Julai 2000 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2001 bertarikh 20 Disember 2001.


3. PERMOHONAN KESATUAN :

Kesatuan Kebangsaan Pembantu Farmasi Kerajaan Malaysia Barat memohon agar Skim Diploma tersebut berkuatkuasa mulai 5 November 1993 sebagaimana perubahan Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Pembantu Farmasi dalam Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ini adalah kerana terdapat Ahli Kesatuan iaitu batch latihan no 28 yang merasakan diri mereka terinaya kerana mereka tidak mendapat gaji diploma sedangkan mereka telah menamatkan latihan selama 3 tahun seperti yang diperlukan. Berbeza dengan lain-lain paramedic, mereka terus ke gaji diploma iaitu U29 P1T6.





4. LATARBELAKANG MASAALAH :

Pembantu Farmasi latihan batch no 28 telah mengisi borang permohonan latihan separa perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1996 dan menghadiri temuduga pada tahun yang sama. Pada tahun 1997 mereka ditawarkan tempat latihan di Sekolah Latihan Pembantu Farmasi Petaling Jaya dan mula melapor diri pada 1 Julai 1997. Setelah menamatkan latihan selama 3 tahun dan lulus semua peperiksaan, mereka telah mula ditawarkan berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1991. tetapi apabila SSB diumumkan, pada tahun 1992 gaji mereka hanyalah pada matagaji U29 P1T1, sedangkan lain-lain paramedik di KKM terus ke mata gaji P1T6.

Masaalah yang sama juga timbul kepada Pembantu Farmasi Kanan sebelum SSB iaitu telah diletakkan ke Gred U29, tetapi masalah ini telah selesai apabila dirujuk kepada pihak Tribunal Perkhidmatan Awam

Tetapi pada 5 November 1993, Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah mengeluarkan satu surat bil ( 63 ) dlm. KKM-55 ( 36 ) menyatakan tentang Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Pembantu Farmasi Dalam Kementerian Kesihatan Malaysia. Dalam surat tersebut amat jelas dimaklumkan bahawa Jawatan Pembantu Makmal Kimia Ubat telah di assimilasikan dan tugasnya diambil alih oleh Pembantu Farmasi.

5. ALASAN PERMOHONAN :

Pembantu Farmasi yang terlibat merasakan diri mereka adalah paramedik kelas kedua kerana bekerja dibawah satu bumbung iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia , menjalani latihan yang sama iaitu tiga tahun, lulus semua peperiksaan tetapi apabila bertugas hanya diberi gaji sijil sahaja. Jururawat, Pembantu Perubatan, Juruteknologi Makmal Perubatan, Inspektor Kesihatan, Juru X Ray semuanya diberikan taraf Diploma pada masa itu.

Ditambah lagi pada awal 2008 ni, banyak paramedik di berikan Skim Bersepadu dan semua mereka mendapat dua kenaikan mata gaji. Pembantu Farmasi terus menjadi paramedik kelas kedua.


6. LAIN-LAIN ALASAN :


6.1 PENGAJAR SEKOLAH LATIHAN ADALAH PEMEGANG IJAZAH:

Semua Pembantu Farmasi di Sekolah Latihan Pembantu Farmasi Petaling Jaya adalah di ajar oleh, Pegawai Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia, berbeza dengan lain-lain paramedik yang mana pengajar mereka bukanlah pemegang ijazah dalam bidang mereka.

6.2 TIADA PERUBAHAN DALAM SKIM PEMBANTU FARMASI

Sejak dahulu lagi, Skim Perkhidmatan Pembantu Farmasi adalah terkebelakang dan tiada perubahan, berbanding dengan lain-lain paramedik KKM sendiri telah gagal memastikan Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembangan Kerjaya Pembantu Farmasi, walaupun ada Jawatankuasa Teknikal bagi setiap katogeri.

Disertakan disini perubahan lain-lain skim perkhidmatan didalam KKM:

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1999 -Pindaan Skim-Skim Jururawat Pergigian U 8 dan Juruteknik Pergigian U8.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2003 Pindaan Skim Jururawat Masyarakat

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2003 Pindaan Skim Attandan

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2004 Pindaan Skim-Skim Pembantu Perubatan ,Jururawat Pergigian , Juruteknik Pergigian , Juruteknologi Makmal Perubatan dan Pegawai Sains.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2005, Pindaan Skim Pembantu Pembedahan Pergigian.
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 tahun 2005 Pindaan Skim Pembantu Kesihatan Awam

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2005 Pindaan Skim Pengajar

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2005, Pindaan Skim Jururawat

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2005 Pindaan Skim
Juru X ray

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2005 Pindaan Skim Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 27 Tahun 2005, Pindaan Skim Jururawat, Juru X ray, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran / Pegawai Kesihatan Persekitaran.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2006 Pindaan Skim Jurupulih Perubatan

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2006 Pindaan Skim Pembantu Perubatan


6.3 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MENGENDALIKAN BANYAK SKIM

Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) mengendalikan melebihi 500 skim jawatan perkhidmatan awam kerajaan dan ada kemungkinan Skim Perkhidmatan Pembantu Farmasi telah terlepas pandang.


6.4 SEKOLAH LATIHAN PEMBANTU FARMASI KKM

Sekolah Latihan Pembantu Farmasi KKM Petaling Jaya pada masa dahulu adalah di bawah pengurusan Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM dan mereka memang tiada kemahiran tentang latihan dan ianya amat berbeza dengan lain-lain paramedik yang mana mereka di letakkan di bawah Bahagian Latihan KKM.

Mesyuarat Mengkaji Kurikulum Latihan Asas Pembantu Farmasi yang diadakan di Langkawi pada 6 – 11 September 1993, adalah mesyuarat yang julong kali di adakan dan hasilnya ialah keperluan perubahan yang terkini perlu dilakukan mengikut kehendak semasa, tetapi perubahan yang hendak dilakukan perlulah setimpal dengan ganjaran yanag akan diterima oleh semua Pembantu Farmasi.

Perubahan tersebut adalah dari segi Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Pembantu Farmasi.

Semasa Mesyuarat Pengarah Perkhidmatan Farmasi dengan Pengarah Makmal Ubat dan Stor / Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan Pegawai-pegawai farmasi Negeri Bil. 1/93 pada 21 – 22 Oktober 1993, perkara ini telah di bincangkan dan di persetujui.

Surat edaran Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM Ruj ( 63 ) dlm KKM-55(36) bertarikh 5 November 1993 di nyatakan dengan jelas Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Pembantu Farmasi dalam Kementerian Kesihatan.


6.5 KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU FARMASI :

Perjawatan pada 30 Jun 2007 ialah 3035 jawatan Pembantu Farmasi didalam Gred Jawatan U 40, U38, U36, U32 dan U29 dan pengisian jawatan hanyalah
86 % dan masih terdapat 14 % kekosongan. Dari statistik diatas, dapat dilihat dengan amat jelas bahawa bilangan Pembantu Farmasi amat sedikit jika dibandingkan dengan jawatan lain-lain paramedik.

Dengan bilangan jawatan sebanyak 3035 orang Pembantu Farmasi seluroh negara dan pengisian hanya 86 % beban tugas kami di hospital dan klinik kesihatan kerajaan adalah amat berat dan dengan pemberian taraf diploma ini di kebelakangkan, bebanan tersebut dapat dikurangkan.

6.6 KEPUTUSAN TRIBUNAL PERKHIDMATAN AWAM :

Keputusan Tribunal Perkhidmatan Awam amat jelas menyatakan Pembantu Farmasi Sebelum SSB dan selepas SSB adalah sama sahaja, maka wajarlah semua Pembantu Farmasi di bayar gaji diploma selepas SSB iaitu sama seperti lain-lain paramedik.


PENUTUP :


Kesatuan kami berasa kecewa kerana lain-lain paramedik mempunyai syarat kemasukan yang sama iaitu lulus SPM dan tiga kepujian , bekerja dalam organisasi yang sama , menjalani latihan yang sama iaitu selama tiga tahun, mendapat biasiswa yang sama semasa menjalani latihan, tetapi apabila bertugas di KKM, Pembantu Farmasi hanya di berikan gaji bertaraf sijil sahaja sedangkan lain-lain paramedik bertaraf Diploma.

Pembantu Farmasi merasakan diri mereka tidak dihargai di atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah diberikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, motivasi kerja juga sukar ditingkatkan, ini berlaku apabila ada perjumpaan dengan lain-lain kumpulan paramedik, mereka berasa diri mereka dipencilkan.

Pada 5 November 1993, kerajaan telah mengeluarkan satu senarai tugas yang baru bagi semua Pembantu Farmasi.Ini adalah selaras dengan assilimilasi skim Pembantu Makmal Kimia Ubat ( PMKU ) ke dalam skim Pembantu Farmasi.
Sehubungan dengan itu, kesatuan kami berasa, gaji bertaraf Diploma sepatutnya di bayar mulai tarikh surat itu.

Kesatuan kami juga pernah membawa kes Pambantu Farmasi Kanan ke Mahkamah Tribunal Perkhidmatan Awam, dan kami telah berjaya.




SEKIAN.


Penolong Setiausaha Agong
Kesatuan Kebangsaan Pembantu Farmasi
Kerajaan Malaysia Barat.


14 Ogos 2009
Back to top
View user's profile Send private message
ppfkkp



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 26

PostPosted: Sat Jul 31, 2010 12:58 pm    Post subject: Reply with quote

Expanded and Extended Role PPF
Telah Timbul Semasa AGM Minggu Lalu
PPF Telah Ada Extended and Expanded Role
Pada 1998 Ada Pekeliling Dari KKM
Tapi apabila PPF Mohon Tunggakan Gaji Diploma
Semua Jabatan Membisu
JPA, Kem Kewangan, KKM, Dll
PPF Pun Akan Ada Next Extended And Expanded Role
Cuma Masa Yang Akan Menentukan
BPF KKM Adalah Di Terajui Oleh PF
Semua PF Berdaftar Dengan MPS
MPS Sebenarnya Yang Menentukan Hala Tuju PPF
Jika IPTA / IPTS Nak Buka Fakulti Farmasi
MPS Akan Membuat Lawatan
Yang Lebih Utama Ialah
PPF Jadi Ahli MPS
Di Luar Negara
Juruteknologi Farmasi / Teknisyen Adalah Ahli Persatuan Farmasi
Malaysia Belum Lagi Begitu
Semua Ahli MPS Adalah PF
Back to top
View user's profile Send private message
nori



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 120

PostPosted: Wed Feb 09, 2011 7:40 pm    Post subject: Reply with quote

SELAMAT TAHUN BARU 2011 :

PPF telah memberikan khidmat kepada rakyat negara ini bermula dari Negeri Perlis Ingera Kayangan sehinggalah ke Sabah Negeri Di Bawah Bayu. Setelah 53 tahun mencurahkan bakti, terdapat ramai antara mereka telah bersara dan sedang meniti liku-liku hidup ini dalam keadaan yang amat sukar. Maklumlah semasa berkhidmat dahulu, tenaga dan keringat mereka telah di perah sehabis-habisnya, sehingga tiada lagi kudrat untuk meneruskan hidup ini. Tetapi ada PPF yang bernasib baik, kerana telah memohon untuk bersara awal. Tetapi rata-rata PPF boleh meneruskan sisa kehidupan mereka kerana segala jenis ubat-ubatan dan vitamin adalah di tangan mereka. Mereka hanya perlu telan sahaja mana-mana yang patut.

Kehidupan pada 2011 adalah amat sukar. Ini adalah kerana hasil daripada kejayaan sistem pendidikan yang teratur dan berkesan dan telah berjaya memasmi buta huruf oleh kerajaan yang memerintah. Rata-rata penduduk negara pada masa ini adalah amat bijak, dan PPF perlu berhati-hati dalam setiap tindakan, tingkah laku dan perbuatan. Segalanya akan di persoalkan jika ada pihak yang tidak berpuas hati terhadap PPF.

Jika di lihat semasa waktu lawatan pesakit di sebuah hospital kerajaan. Jika yang datang melawat itu adalah rakyat biasa, ia akan membawa buah-buahan dan berkata ” inilah buah tangan yang saya bawa ” dan berharap agar pesakit tersebut akan cepat sembuh. Tetapi jika yang datang itu adalah peguam, ayatnya akan berbeza. Mungkin ayatnya akan berbunyi begini ” terimalah buah ini yang saya bawa untuk di hadiahkan kepada anda. Anda boleh makan buah ini, dan anda juga boleh memberikannya kepada orang lain. Anda berkuasa penuh terhadap buah yang saya berikan ini. Saya tidak akan bertanggungjawab jika semasa anda makan buah ini anda tercekik ataupun mendapat penyakit atau komplikasi yang lain. Saya juga tidak boleh dipersalahkan jika anda buang sampah dari hasil buah ini dan anda di telah saman oleh majlis daerah, Anda sendirilah yang akan bertanggungjawab di atas perbuatan anda tersebut. ”
Sebab itulah waktu melawat di hospital kerajaan jarang di patuhi kerana, banyak arahan, amaran dan nasihat perlu di berikan kepada pesakit oleh orang yang datang melawatnya.

Tetapi PPF harus terus memberikan khidmat kepada negara, walaupun beribu persoalan dan msaalah datang melanda. Yakinlah bahawa setiap sesuatu itu, pasti akan ada kebaikannya jika di lihat dari sudut yang positif. Oleh itu marilah kita PPF bersama-sama memohon agar kursus pos basik PPF dapat di tambah. Adalah tak logik, setelah berkhidmat selama 53 tahun, hanya ada satu kursus pos basik sahaja. Jururawat yang bawa lampu macam Florence Nigthangle pun dah ada 23 kursus pos basik. Keutamaan kursus pos basik ni ialah kepada junior, sebab merekalah yang akan berkhidmat pada 2020. Ramai senior PPF akan besara pada 2020. Bila dah ada sijil pos basik, bolehlah memohon elaun pos basik pula. Itulah namanya PPF perlu bekerja setiap masa, sepanjang masa dan setiap masa.

DRAFF KERTAS KERJA POS BASIK )
PENDAHULUAN
LATAR BELAKANG MASAALAH
PERMOHONAN PPF
ALASAN PERMOHONAN
LAIN-LAIN ALASAN :
TIADA PERUBAHAN DALAM SKIM PPF
SEKOLAH LATIHAN PEMBANTU FARMASI KKM
KEKOSONGAN JAWATAN PPF
PENUTUP :


Jawatan PPF di wujudkan oleh kerajaan di KKM. Oleh itu PPF juga bertanggungjawab bagi memenuhi dan mencapai visi serta misi BPF KKM. Jawatan ini pada mulanya di kenali sebagai Pembantu Farmasi dan telah bertukar mulai 1 Jun 2008. Mulai 1 Jun 2008, kerajaan telah bersetuju untuk menukar gelaran nama jawatan Pembantu Farmasi kepada PPF .
VISI
Untuk memberikan perkhidmatan farmasi yang terbaik demi kesihatan dan kesejahteraan
negara

MISI
Untuk menerajui perkhidmatan farmasi yang dinamik dengan memberi penekanan pada
tahap kewibawaan yang tinggi, profesionalisme dan kecemerlangan sejajar dengan aspirasi
dan cabaran negara.

OBJEKTIF

a. Objektif Umum
Untuk memastikan pesakit mendapat bekalan ubat dan bukan ubat serta bahan-bahan
penjagaan kesihatan yang berkualiti, selamat dan berkesan.

b. Objektif Khusus ( Hospital )
i. Untuk memastikan bahawa semua keluaran farmaseutikal yang dibekalkan
kepada pesakit adalah selamat, berkesan, berkualiti,dan mudah diperolehi,

ii. Untuk mengoptimakan terapi ubat-ubatan dan pemberian penjagaan
farmaseutikal melalui perkhidmatan yang berkesan dan profesional yang terkini.

iii. Untuk menentukan perbelanjaan ubat-ubatan adalah di tahap optimal dan ubat
berkualiti terdapat pada masa dan keadaan yang diperlukan.

iv. Untuk meningkatkan tahap kesedaran pengguna ke atas penggunaan ubat
secara rasional dan kesan-kesan advers serta kepentingan maklumat yang
mengiringi penggunaan ubat melalui pendidikan pengguna dan pesakit yang
berterusan.

v. Untuk mengoptimakan penggunaan tenaga kerja bagi perkhidmatan farmasi .

vi. Untuk meningkatkan perkhidmatan farmasi setanding dengan perkembangan
farmasi di negara maju.

Objektif Khusus ( Kesihatan Awam )

A. Memberi kepuasan perkhidmatan pendispensan ubat-ubatan kepada pesakit
dengan mengurangkan masa menunggu pesakit.

B. Memperluaskan perkhidmatan pembekalan ubat-ubatan kategori A di Klinik-klinik
kesihatan bagi kemudahan pembekalan ubat kepada pesakit yang tinggal
berhampiran dengan klinik-klinik kesihatan tersebut.

C. Memastikan pembekalan ubat dan alat yang mencukupi dan bermutu diperolehi
untuk program rawatan pesakit.

PENDAHULUAN

Bahagian Perkhidmatan PPF merupakan salah satu cabang yang kian berkembang pesat dan dipengaruhi oleh kemajuan sains perubatan berteknologi tinggi, peningkatan sosio-ekonomi rakyat Malaysia serta ekspektasi pelanggan dalam penjagaan kesihatan. Oleh itu, adalah wajar untuk memperkembangkan perkhidmatan PPF Malaysia agar seiring dengan penjagaan kesihatan yang mencabar.

Sejak tahun 2005, BPF KKM telah memulakan Perkhidmatan Wajib bagi jawatan PF U41. Perancangan yang teliti terhadap setiap aktiviti farmasi dari aspek pengurusan farmasi telah ditekankan dan memastikan agar perancangan tersebut selaras dengan setiap anggota yang terlibat dalam aktiviti farmasi. Ini termasuk bagi jawatan PPF.

Perkhidmatan Farmasi Hospital telah memainkan peranan dalam pembekalan ubat-ubatan seperti aktiviti perolehan, pengeluaran, penyimpanan, pengawalan mutu dan pengedaran bekalan. Walau bagaimanapun, peranan ini telah diperluaskan daripada “product orientated” kepada “patient orientated” di mana hasil terapeutik yang positif adalah menjadi tanggungjawab Perkhidmatan Farmasi. Antara aktiviti rawatan pesakit yang telah diperluaskan adalah Perkhidmatan Farmasi Klinikal seperti Perkhidmatan Nutrisi Parenteral, Perkhidmatan Wad Farmasi, Perkhidmatan Maklumat Ubat dan Racun, Perkhidmatan Kaunseling Pesakit, Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal dan Perkhidmatan Rekonstitusi Ubat Sitotoksik.

Dibawah konsep penjagaan pesakit secara individu Pengurusan Farmasi (Pharmaceutical Care), pendekatan berikut telah diikuti :

i. Melakukan penilaian terhadap terapi pesakit dan lain-lain keperluan berkaitan ubat termasuk mengenalpasti sebarang masalah berkaitan ubat.

ii. Membangunkan pelan penjagaan pengubatan yang bertujuan memenuhi matlamat terapeutik pesakit. Ini hendaklah menggariskan tanggungjawab PF dan PPF dll dan pesakit-pesakit dalam usaha mencapai matlamat tersebut.

iii. Menyempunakan penilaian terapi pesakit yang meliputi perancangan khidmat susulan bagi tempoh tertentu untuk memantau perkembangan ke arah matlamat terapeutik.

Perkhidmatan Farmasi Kesihatan merangkumi Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar (perolehan bekalan ubat dan bukan ubat dan pendispensan ubat), Prabungkusan Ubat dan Perkhidmatan Kaunseling Pesakit. Di bawah Program Kesihatan Awam, penjagaan kesihatan merangkumi aktiviti pencegahan, penggalakkan, perawatan dan pemulihan di mana ianya merupakan landasan dalam memastikan pembentukan keluarga dan masyarakat yang sihat. Ini merujuk kepada Perkhidmatan Kesihatan Keluarga, Epidemiologi (Kawalan Penyakit Berjangkit dan Tidak Berjangkit), Kesihatan Primer, Kesihatan Mental dalam Komuniti, Kanak-kanak Berkeperluan Khas, Remaja, Warga Tua, Warga Sihat, Orang Asli dan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah. Penglibatan Perkhidmatan Farmasi Kesihatan dalam program ini telah menyempurnakan lagi objektif utama Program Kesihatan Awam.

Perkhidmatan PPF , Kesihatan Awam memberikan tugas utama dalam sektor farmaseutikal yang bertanggungjawab untuk memastikan ubat-ubatan adalah berkualiti, selamat, berkesan serta mampu dan mudah diperolehi dengan mencukupi dan saksama; agar penggunaanya dapat dimanfaatkan oleh pesakit untuk meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan mereka.

Program Perkhidmatan PPF adalah termasuk aktiviti Perkhidmatan Kaunter Farmasi Pesakit Luar dan Perkhidmatan Setor dan Bekalan Farmasiutikal.

Bidang Pengurusan Logistik Farmaseutikal merupakan satu cabang yang penting dalam Perkhidmatan Farmasi. Perkembangan bidang ini banyak dipengaruhi oleh perkembangan pesat dalam perkhidmatan kesihatan terutama dalam penggunaan teknologi terkini. Bidang ini merangkumi perolehan dan bekalan ubatan, barangan perubatan “disposable”, alat-alat kelengkapan perubatan dan perabot perubatan yang merupakan tanggungjawab Stor Farmasi Hospital. Bagi Penjagaan Kesihatan Primer (Farmasi Kesihatan), urusan kewangan bagi perolehan ubat dan bukan ubat telah mula diuruskan oleh Pejabat Kesihatan Daerah masing-masing. Sistem Perolehan Klinik (CPS) bagi semua klinik kesihatan di Malaysia telahpun dimulakan pada awal tahun 2004.
Beban tugas yang paling nyata bagai PPF ialah bilangan preskripsi yang diterima dan bilangan perkara di dalam preskripsi yang di bekalkan kepada pesakit.

PPF adalah satu skim perkhidmatan kumpulan sokongan di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia. Ianya sama taraf seperti lain-lain paramedic dan diletakkan pada tangga gaji permulaan Gred U29.

Profesion Farmasi di negara ini telah wujud sejak tahun 50’an lagi. Sejak itu, profesion ini telah berkembang dengan begitu pesat sekali sehinggalah ke hari ini. Pada satu ketika, profesion ini telah berkembang dengan begitu pesat sehinggakan bilangan Ahli-Ahli Farmasi yang diperlukan bagi menjalankan tugas-tugas di hospital-hospital kerajaan adalah tidak mencukupi. Langkah utama yang diambil ketika itu ialah untuk mengujudkan tenaga pembantu bagi mengatasi kekurangan Ahli Farmasi di hospital-hospital kerajaan. Oleh itu, Sekolah Latihan Pembantu Farmasi yang pertama telah diwujudkan pada tahun 1957 di Pulau Pinang dan meminjam bangunan Sekolah Latihan Jururawat. Bilangan pelajar pada ketika itu ialah seramai 11 orang sahaja. dan pengajarnya adalah Pegawai Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Selepas itu Sekolah Latihan Pembantu Farmasi telah di bina di Petaling Jaya, Selangor.

Kini , setelah 51 tahun berlalu, Sekolah Latihan Pembantu Farmasi Petaling Jaya telah berpindah ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu ( KSKB ) Sungai Buloh, Selangor.

Perjawatan pada 30 Jun 2007 ialah terdapat sebanyak 3035 jawatan PPF didalam Gred Jawatan U 40, U38, U36, U32 dan U29 dan pengisian jawatan hanyalah 86 % sahaja dan masih terdapat 14 % kekosongan.

Pada masa ini, tugas PPF ialah :

Mengendalikan sumber perolehan bekalan drug dan iventori
Mengendalikan kaunter pesakit luar
Mengendalikan kaunter bekalan wad
Mengendalikan makmal persediaan.

Tugas tambahan PPF :

Makmal TPN ( Total Parental Nutrition )
Makmal IV Admikstur
Makmal Sitotoksik
Makmal TDM ( Therapeutik Drug Monitoring )
Khidmat Nasihat Pendidikan Pesakit

PPF juga bertugas di makmal-makmal di Biro Pengawalan Farmasiutikal Kebangsaan Petaling Jaya .

LATAR BELAKANG MASAALAH :

Setelah SSB diperkenalkan pada 1992, PPF telah diletakkan didalam kumpulan sokongan II iaitu gaji permulaan U29 P1T1 . Lain-lain paramediK yang mempunyai kelayakan diploma diletakkan pada matagaji U29 P1T6

Tetapi pada 5 November 1993, BPF KKM telah mengeluarkan satu surat bil ( 63 ) dlm. KKM-55 ( 36 ) menyatakan tentang Peranan, Tugas dan Tanggungjawab PPF Dalam KKM.

Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) telah mengiktiraf Diploma Farmasi KKM adalah setaraf dengan Diploma bagi tujuan perlantikan dalam Perkhidmatan Awam melalui surat bil.
JPA ( L )S.130 / 1 Jld.2 ( 63 ) bertarikh 28 Ogos 1998

Program Diploma Pembantu Farmasi di KKM bermula Julai 2000 sebagaimana surat bahagian Latihan KKM bil ( 112 ) dlm.KKM-74 / INF / 91 Jld.2 bertarikh 23 Jun 2000

Skim Perkhidmatan Pembantu Farmasi telah dipinda mulai I Julai 2000 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2001 bertarikh 20 Disember 2001.

Tetapi walaupun PPF adalah setaraf dengan lain-lain paramedik, namun Kursus Pos basik bagi PPF masih tiada dijalankan oleh KKM.

PERMOHONAN PPF :

PPF memohon agar Kursus Pos Basik bagi PPF di adakan bagi meningkatkan Mutu perkhidmatan dan Perkembangan Kerjaya PPF agar standing dengan lain-lain paramedik di KKM.

ALASAN PERMOHONAN :

PPF merasakan diri mereka adalah paramedik kelas kedua kerana KKM tiada memberikan ruang dan peluang kepada Penolong Pegawai Farmasi bagi Meningkatkan Mutu Perkhidmatan dan Perkembangan Kerjaya bagi kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat.

LAIN-LAIN ALASAN :

Adalah amat malang sekali jika kursus pos basik tambahan ini tidak diluluskan kerana perkhidmatan PPF telah bermula sejak 1957 di Pulau Pinang. Ianya hanya berubah sebanyak dua kali sahaja iaitu, berpindah ke Makmal Ubat Petaling Jaya Selangor pada 1960 dan berpindah ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh Selangor pada 2003. Lain-lain paramedik telah banyak berubah, sedangkan PPF masih tidak banyak perubahan.

TIADA PERUBAHAN DALAM SKIM PPF

Sejak dahulu lagi, Skim Perkhidmatan PPF adalah terkebelakang dan tiada perubahan, berbanding dengan lain-lain paramedik. KKM sendiri telah gagal memastikan Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembangan Kerjaya PPF, walaupun ada Jawatankuasa Teknikal bagi setiap katogeri.

Disertakan disini perubahan lain-lain skim perkhidmatan didalam KKM:

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1999 -Pindaan Skim-Skim Jururawat Pergigian U 8 dan Juruteknik Pergigian U8.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2003 Pindaan Skim Jururawat Masyarakat

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2003 Pindaan Skim Attandan

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2004 Pindaan Skim-Skim Pembantu Perubatan ,Jururawat Pergigian , Juruteknik Pergigian , Juruteknologi Makmal Perubatan dan Pegawai Sains.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2005, Pindaan Skim Pembantu Pembedahan Pergigian.
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 tahun 2005 Pindaan Skim Pembantu Kesihatan Awam

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2005 Pindaan Skim Pengajar

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2005, Pindaan Skim Jururawat

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2005 Pindaan Skim
Juru X ray

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2005 Pindaan Skim Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 27 Tahun 2005, Pindaan Skim Jururawat, Juru X ray, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran / Pegawai Kesihatan Persekitaran.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2006 Pindaan Skim Jurupulih Perubatan

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2006 Pindaan Skim Pembantu Perubatan

Dan lain-lain.

SEKOLAH LATIHAN PPF KKM

Sekolah Latihan PPF KKM Petaling Jaya pada masa dahulu adalah di bawah pengurusan BPF KKM dan mereka memang tiada kemahiran tentang latihan dan ianya amat berbeza dengan lain-lain paramedik yang mana mereka di letakkan di bawah Bahagian Latihan KKM.

Mesyuarat Mengkaji Kurikulum Latihan Asas PPF yang diadakan di Langkawi pada 6 – 11 September 1993, adalah mesyuarat yang julong kali di adakan dan hasilnya ialah keperluan perubahan yang terkini perlu dilakukan mengikut kehendak semasa, tetapi perubahan yang hendak dilakukan perlulah setimpal dengan ganjaran yanag akan diterima oleh semua PPF.

Perubahan tersebut adalah dari segi Peranan, Tugas dan Tanggungjawab PPF.

Semasa Mesyuarat Pengarah Perkhidmatan Farmasi dengan Pengarah Makmal Ubat dan Stor / Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan Pegawai-Pegawai Farmasi Negeri Bil. 1/93 pada 21 – 22 Oktober 1993, perkara ini telah di bincangkan dan di persetujui.

Surat edaran Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM Ruj ( 63 ) dlm KKM-55(36) bertarikh 5 November 1993 di nyatakan dengan jelas Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Pembantu Farmasi dalam Kementerian Kesihatan.

KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU FARMASI :

Perjawatan pada 30 Jun 2007 ialah 3035 jawatan PPF didalam Gred Jawatan U 40, U38, U36, U32 dan U29 dan pengisian jawatan hanyalah
86 % dan masih terdapat 14 % kekosongan. Dari statistik diatas, dapat dilihat dengan amat jelas bahawa bilangan Pembantu Farmasi amat sedikit jika dibandingkan dengan jawatan lain-lain paramedik.

Dengan bilangan jawatan sebanyak 3035 orang PPF seluroh negara dan pengisian hanya 86 % beban tugas kami di hospital dan klinik kesihatan kerajaan adalah amat berat dan dengan pemberian kursus pos basik tambahan ini, bebanan tersebut dapat dikurangkan.

BPF KKM

BPF KKM terletak di Petaling Jaya , Selangor. Di sana terletaknya pejabat yang mengawal perkhidmatan farmasi di seluruh negara. Pada masa lalu, tempat tersebut di namakan Makmal Ubat dan Setor ( MUS PJ ) .

Bahagian perkhidmatan Farmasi tersebut di ketuai oleh seorang Pengarah Perkhidmatan Farmasi dan di bantu oleh beberapa pegawai kanan yang lain. Bahagian-Bahagian dan Unit-Unit tersebut adalah seperti berikut :-

• Pengarah Perkhidmatan Farmasi
• Timbalan Pengarah Perkhidmatan Farmasi ( Amalan dan Pentadbiran Farmasi )
• Ketua Penolong Pengarah Kanan ( Pengurusan Ubat dan Praktis )
• Penggunaan Ubat dan IT
• Pembangunan Organisasi dan Sumber Manusia
• Pengurusan Kualiti
• Amalan Farmasi Klinikal
• Amalan Farmasi ( Hospital dan Kesihatan )
• Keselamatan Pesakit dan Penggunaan Ubat
• Maklumat Ubat dan Pendidikan Pesakit
• Pengurusan Latihan dan CPD ( Contonious Profesional Development )
• Pembangunan Inter Agensi dan Antarabangsa
• Penyelidikan Pembangunan dan Perkembangan Teknologi

Walaupun BPF KKM mempunyai lebih daripada 13 bahagian/ unit / jabatan, tetapi Kursus Pos Basik bagi PPF masih belum banyak. Didalam maklum balas yag PPF terima sebelum ini, ialah ianya sedang di usahakan. Tetapi pihak PPF masih belum di beritahu tentang kemajuan usaha tersebut dan bilakah ianya akan menjadi kenyataan.

Norma Perjawatan PPF :

Aktiviti / Perkhidmatan : Nisbah :

- Penguatkuasaan Farmasi 1 orang : setiap unit penguatkuasa
- Pesakit Luar 1 orang : 1 Unit
( Tambahan ) 1 orang setiap 50 pesakit tambahan
- Pesakit Dalam 1 orang : setiap 2 wad (28-30 katil)
- Khidmat TPN / IV Admix 1 orang : setiap 300 kes sebulan
- Khidmat Farmasi Onkologi 1 orang : setiap hospital
- Perkhidmatan Pengeluaran Farmaseutikal 1 orang : setiap 300 pek sehari
- Gantian 1 orang : setiap 5 orang

TUJUAN KURSUS POS BASIK PPF :

i) Untuk mengemukakan cadangan bagi peningkatan dan penambahbaikan Perkhidmatan PPF dari aspek penjawatan PPF , latihan, dll.

ii) Untuk memastikan segala aktiviti berdasarkan cadangan ini dapat dijalankan dengan selaras mengikut aktiviti Pengurusan Farmasi (Farmasi Hospital dan Kesihatan) .

iii) Untuk merangka aktiviti – aktiviti PPF Hospital dan Kesihatan yang bakal diadakan pada masa hadapan.

iv) Untuk memastikan segala rumusan yang dibuat berkaitan dengan aktiviti Pengurusan Farmasi adalah demi kemajuan karier PPF .


PENUTUP :

Cadangan ini di harap akan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang daripada kalangan warga PPF kepada rakyat dan Negara .
Semua pandangan dan cadangan di atas adalah dari perspektif akademik / ilmiah dan harus juga di lihat dari sudut yang sama juga.


Tamat : 9 Februari 2011
Back to top
View user's profile Send private message
nori



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 120

PostPosted: Mon Oct 03, 2011 4:13 pm    Post subject: Reply with quote

FORUM PPF 3 OKTOBER 2011

Salam Satu Malaysia.

Peluang bagi PPF sentiasa ada dan peluang tersebut akan berubah sepanjang masa mengikut pusingan roda. Kadang-kadang di atas dan kadang-kadang di bawah. Cuma PPF yang berusaha sahaja yang akan berjaya. Selamat mencuba.

Forum ini hanya membenarkan 10 muka surat sahaja, sebab itulah segalanya perlu diringkaskan, padat dan mesra PPF. Boleh juga cut, copy and paste. Bersedia untuk Majlis Reunion PPF Sempena 50 Tahun Nov 2011 dan Mesyuarat Saintifik PPF Dis 2011.

EXCO KEBANGSAAN
KESATUAN KEBANGSAAN PEMBANTU FARMASI
MALAYSIA BARAT 2010 – 2012

Presiden : Encik Rohin bin Daud ( Hospital Setiu, Terengganu )

Naib Presiden : Encik Razalle bin Dollah ( Hospital Tanah Merah, Kelantan )

Setiausaha Agong : Encik Zamri bin Ariffin ( Hos Tg Nur Zahirah KT )

Penolong Setiausaha : Pn Norhayati binti Mohamad

Bendahari : Tuan Haji Zulfakhar bin Abd Malek


Ahli Jawatankuasa :

Encik Bakeri bin Songep ( Hospital Sri Manjung, Perak )

Haji Mohamad Nor bin Haji Adam (Hospital Kuala Kubu Baru , Selangor)

Puan Maisom binti Hamat ( HRPZ II , Kota Bahru, Kelantan)

Tn Hj Harun bin Hussin ( Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan )

YM Ku Ngah bin Ku Long

Juru Odit Dalam :
En Velayuzam a/l Muniandy
En Gunasegaran a/l Maruthammuthoo


Wakil negeri kesatuan PPF 2010 – 2012 :

Melaka : Pn Marzimah bt Ramli
Negeri Sembilan : Pn Ng Bee Wah
Johor : En Mohd Zaki bin Mutalib
Selangor : Tn Hj Jamhari bin Warmat
Perak : Pn Rosmah bt Mahmud
Pulau Pinang : Tn Hj Mohd Dali bin Mastan
Kedah : Tn Hj Rosli bin Napiah
Perlis : Tn Hj Rahmat bin Amin
Kelantan : En Abdul Rahim bin Abdullah
Terengganu : En Fauzi bin Omar
Pahang : En Zakaria bin Ahmad
Wilayah Persekutuan (Hospital) : Pn Sh Roshadah bt Sd Mustaffa Endruss
Wilayah Persekutuan (Kesihatan) : Pn Hjh Che Su bt Mohd Yusof
Biro : Pn Yam Chow Yit



SENARAI AHLI MAJLIS
PERSATUAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI
2011 – 2013

Penasihat
YBhg.Tan Sri Prof Dzulkifli Abdul Razak
Mantan Naib Canselor
Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang

Yang Dipertua
Encik Ganesan A/L G.Narayanan
Penolong Pegawai Farmasi U32
Klinik Kesihatan Taiping
Perak

Naib Yang Dipertua
Puan Khamsiah bt Brahim
Penolong Pegawai Farmasi U36
Hospital Sg.Buloh
Selangor

Setiausaha Kehormat
Haji Ab. Manan Kechik
Penolong Pegawai Farmasi U38
Hospital USM, Kubang Kerian, Kelantan.

Penolong Setiausaha Kehormat
En. Mohamad Nazri b Mohd Esa
Penolong Pegawai Farmasi U38
Jab.Farmasi
Hospital Kuala Lumpur

Bendahari Kehormat
Haji Sulaiman Harun
Penolong Pegawai Farmasi U36
Hospital Kuala Krai
18000 Kuala Krai, Kelantan

Ahli-ahli

Puan Samidah Binti Rahmat
Penolong Pegawai Farmasi U40
Hospital Sultanah Bahiyah
Alor Setar

Puan Hjh. Rohana bt Musa
Penolong Pegawai Farmasi U36
Hospital Sg.Buloh
Selangor

Puan Siti Hanisah bt Md.Said
Penolong Pegawai Farmasi
KPJ Johor Specialist
Johor

En. Asrul Effendi Bin Jamaludin
Penolong Pegawai Farmasi U32
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia,
Cheras, Kuala Lumpur

En.Suhaimi b Esa
Penolong Pegawai Farmasi U29
Hospital USM, Kubang Kerian
Kelantan

Juruaudit Persatuan PPF :

Puan Lau Swee Gim
Penolong Pegawai Farmasi U32
Hospital USM, Kubang Kerian
Kelantan

Puan Hjh. Rahani bt Awang
Penolong Pegawai Farmasi U36
Hospital Selayang
Selangor



Perjawatan di KKM pada 31 Dis 2010 PF=7048, PPF = 3502 ( 2.7% kosong )


U40 mempunyai 12 jawatan
U38 mempunyai 37jawatan
U36 mempunyai 116 jawatan
U32 mempunyai 459 jawatan
U29/U32KUP mempunyai 2870 jawatan

Penglibatan PPF U32 / U36 / U38 / U40 dalam persatuan dan kesatuan masih belum menyeluruh. Perkara ini amat jelas jika di halusi dan di semak taraf keahlian mereka di dalam persatuan dan kesatuan. Banyak persoalan akan dapat di atasi dan di cari jalan penyelesaikannya apabila semua PPF golongan ini menjadi ahli dan melibatkan diri dalam semua aktiviti persatuan dan kesatuan. Apapun sikap dan komitmen serta tahap pemikiran dan pandangan yang berbeza sesama mereka akan menyukarkan segala usaha dan ini amat di alu alukan oleh golongan Pengurusan dan Professional kerana segala perancangan mereka akan berjalan lancar tampa mendapat laluan yang sukar, dan akhirnya menguntungkan mereka.

UCAPAN DASAR NYDP PERSATUAN PPF SEMASA AGM DI BATU PAHAT :

Terima kasih Saudara / Saudari Pengerusi Majlis

SALAM SEJAHTERA, SELAMAT PETANG DAN SALAM SATU MALAYSIA,

• Yang Berbahagia Dr.Salmah bt Bahri,
Pengarah Amalan & Perkembangan BPF KKM
mewakili Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Malaysia
• Yang Berusaha Puan Rosidah bt Md.Din,
Timb.Pengarah Kesihatan Negeri (F) Bhg Perkhidmatan Farmasi Negeri Johor
• Yang Berusaha Puan Siti Hanidah bt Maksom,
Ketua Pegawai Farmasi, Perkh.Farmasi, Pejabat Kesihatan Bt.Pahat
• Yang Berusaha En.Zaini b Tahir, Ketua Peg.
Farmasi, Jabatan Farmasi Hospital Batu Pahat
• Yang DiHormati, En.Muhammad b Awang,
Ketua Profesion Penolong Pegawai Farmasi Malaysia
• Yang Dihormati rakan seperjuangan
Presiden dan Exco Kebangsaan Pembantu Farmasi Kerajaan Malaysia Barat.
• Yang DiHormati, Pengerusi JK Penganjur , Pn.Samidah bt Rahmat
• Ahli-Ahli Majlis Tertinggi Kebangsaan, ahli-ahli,
para Pen.Pegawai Farmasi Malaysia
dan para hadirin dan hadirat yang saya hormati sekelian

Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian,

1. Terlebih dahulu marilah kita panjatkan kesyukuran kepada tuhan yang maha esa di atas limpah kurnianya sehingga membolehkan kita dapat bersama-sama pada petang yang mulia ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk menyampaikan salam daripada YDP En.Lee Kim Huat kepada Yg Bhg Dr.Salmah, Dif2 jemputan dan semua para hadirin sekelian serta memohon maaf bagi pihak beliau di atas keuzuran beliau menghadiri majlis ini. Saya selaku NYDP mewakili Persatuan Penolong Pegawai Farmasi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yg Berbahagia Dr.Salmah di atas kesudian beliau hadir dan merasmikan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan PPFM bagi tahun 2011/2013. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua dif-dif jemputan yang dimuliakan di atas kesudian melapangkan masa untuk ke Majlis ini. Tidak dilupakan juga saya ucapkan terima kasih kepada semua perwakilan dan para hadirin yang datang dari segenap sudut di Malaysia ini. Selamat datang, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.
Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian,

2. Bagi pihak Persatuan, saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Puan Samidah Rahmat dan semua Ahli Jawatankuasa Penganjur di atas usaha gigih menjadikan Malam Mesra ini malam yang penuh bermakna dan juga syabas di atas usaha mengelolakan Persidangan yang bakal diadakan esok.Untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian, Persatuan kita telah masuk tahun ke 37 umurnya sehingga hari ini. Namun masih ramai yang keliru akan peranannya serta juga peranan Kesatuan.
Bagi ahli-ahli baru ingin saya perjelaskan peranan Persatuan. Persatuan adalah komited kepada aspek profesionalsima Penolong Pegawai Farmasi, pembangunan profesional dan CPD, pendidikan, berkongsi pengetahuan, respon kepada keperluan ahli-ahli , membantu untuk profesion mencapai dan kekal dalam satu standard yang relevan dan menyokong kepada peranan atau “expanded & extended roles” Penolong Pegawai Farmasi.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian,

3. Sebagai penjawat awam kita perlulah sentiasa mengambil tahu sebarang maklumat terkini dari Kementerian dan Kerajaan Malaysia serta bersedia untuk berubah dan mengikuti perkembangan semasa dan terkini. Ekoran itu, saya amat tertarik dengan ucapan YAB Perdana Menteri dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke 11 di PICC pada 9 Mac 2010 yang lalu dan menyeru semua Penolong Pegawai Farmasi merenung kembali kepada amanat beliau dalam ucapan tersebut. Ingin saya mengupas beberapa petikan ucapan YAB Perdana Menteri yang memfokuskan kepada pembaharuan dalam sektor awam dengan menggariskan Lapan Tonggak Perdana dan dalam ucapan tersebut beliau menyebut : “mahu tidak mahu para penjawat awam mesti berfikir di luar lingkungan kotak. (Think out of the box). Saya tidak mahu budaya “automation’’ menjadi satu hakikat kehidupan dalam sektor awam. Kita seharusnya berfikiran kritis dan konstruktif dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah dengan mencari penyelesaian-penyelesaian kreatif dan inovatif di luar kelaziman”. Ini ditujukan kepada semua penjawat awam. YAB juga menyentuh Lapan Tonggak Perdana iaitu 4 Tonggak Utama (The Four Pillars) dan 4 Tonggak Nilai untuk kecermerlangan perkhidmatan awam dan pembangunan Negara.

4. THE FOUR PILLARS
Tiang Utama Pertama :
Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan - Tonggak pertama ini menyentuh aspek perpaduan nasional yang kita sedia maklum. Dalam gagasan ini juga diujudkan sebanyak 50 Klinik 1 Malaysia.
Tiang Utama Kedua:
Program Transformasi Kerajaan(GTP) – Ia adalah mencerminkan satu kerajaan yang lebih responsive terhadap aspirasi dan prihatin kepada denyut nadi rakyat. Seperti yang sering disebut, era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berakhir. Jadinya, kerajaan perlu bersifat sebagai pemudahcara dan bukannya “absolute arbiter of wisdom”.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan, dalam aspek ini ia mengingatkan semua penjawat awam yang mana Pen.Pegawai Farmasi juga sebagai penjawat awam, harus memenuhi minda mereka dengan ilmu yang “uptodate” dan mahir dalam komunikasi, sentiasa kreatif, inovatif serta sentiasa peka kepada perubahan, bersedia berubah dan effisien sebelum menghadapi pelanggan yang kebanyakannya “educated”.
Tiang Utama Ketiga dan Ke Empat adalah dua prakarsa penting ekonomi iaitu Model Baru Ekonomi (NEM) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10). YAB Perdana Menteri menerangkan untuk mencapai cita-cita nasional bagi menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi, memerlukan kita keluar dari perangkap atau kepompong paradigma. “Kita tidak boleh takut atau bimbang untuk melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan kerana jika kita mengambil sikap suka melewatkan apa yang perlu diubati dengan segera hanya kerana kita kuathir terhadap kesakitan yang bakal ditempuhi dek kerana rawatan tersebut, maka kita sebenarnya sedang mendedahkan diri untuk ditimpa bencana yang lebih serius.”
YAB Perdana Menteri juga mahukan lebih diberi perhatian kepada ehwal ‘’continuing education’’, ‘’skills upgrading”, “succession planning” dan ‘’career advancement’’para penjawat awam.

Yang Bhg Dr, Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian,

5. Pihak Persatuan sentiasa menerima berbagai-bagai pertanyaan dan desakan dari para ahli iaitu Penolong Pegawai Farmasi yang sentiasa dahagakan ilmu dan pembangunan karier. Saban hari pertanyaan diajukan kepada Persatuan untuk membawa masalah pembangunan pendidikan dan karier PPF. Persatuan amatlah berharap Bahagian Perkhidmatan Farmasi khasnya dan Kementerian Kesihatan Malaysia amnya akan memberi lebih ruang dan peluang kepada Penolong Pegawai Farmasi untuk memajukan diri dalam karier dan penambahan ilmu bagi memantapkan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal sebagaimana yang disebutkan oleh YAB Perdana Menteri dalam petikan ucapan yang saya sampaikan tadi iaitu continuing education, skills upgrading dan career advancement.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian,

6. Persatuan Pen.Pegawai Farmasi amat berterima kasih kepada Bhg Perkhidmatan Farmasi KKM di atas sokongan dan kelulusan mengadakan Pos Basik pertama. Persatuan juga amat bersyukur dan mengucapkan penghargaan di atas sokongan Bhg Perkhidmatan Farmasi kerana memberi peluang dalam memperkembangankan skop perkhidmatan atau “expanded scope” dengan melibatkan para PPF dalam peranan baru iaitu Program Terapi Methadone.
Persatuan juga sangat mengharapkan PPF diberi juga peluang dalam lain-lain skop baru seperti MTAC Athma, Perkhidmatan Nasihat Ubat-Ubatan, HMR, Stor Integrasi (Bhg Ubat), Unit Penguatkuasaan dan lain-lain Unit baru yang difikirkan sesuai untuk tugas Teknikal dan bekerja dalam satu pasukan. Dengan penambahan aktiviti baru, akan juga memberikan lebih ruang kepada Pegawai Farmasi dengan memberi lebih tumpuan kepada bidang klinikal dan membantu mempertingkat tahap kesihatan pesakit. Perkara ini telah terbukti berjaya apabila satu Inovasi perkhidmatan di lakukan di USA yang memenangi Award oleh sekumpulan Ahli Farmasi dan Pharmacy Technician pada tahun 2006 di mana kumpulan ini mencipta satu inovasi. Petikan dari Medscape: “New York (MedscapeWire) Dec 13 — Five teams of pharmacists and certified pharmacy technicians were declared the winners of this year's Innovations in Pharmaceutical Care Award on December 4th at the American Society of Health-System Pharmacists (ASHP) Midyear Conference in Las Vegas, Nevada.
Winners included a team at Duke University Medical Center that reengineered pharmacy work functions to allow pharmacists more time to focus on patient care. Another winning team, from North Mississippi Medical Center - Department of Pharmacy Services, uses a certified pharmacy technician in the medication error tracking and reporting process, giving pharmacists and other health professionals more time to implement new patient care programs.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

7. Bagi meningkatkan mutu, imej dan moral Profesion, Persatuan berharap para Penolong Pegawai Farmasi di dedahkan dan dilibatkan dengan Health System Research secara menyeluruh serta sebagai sesuatu yang harus di galakkan di setiap negeri. Penglibatan PPF dalam HSR akan meningkatkan tahap dan moral profesion di samping membantu Bhg.Perkhidmatan Farmasi dalam semua aktiviti sebagai satu pasukan.

8. Sebagai “Benchmark” profesion ini, jika kita perhatikan di luar Negara contohnya United Kingdom, Pharmacy Technician mempunyai Journal sendiri dan hasil kajian mereka di terbitkan dalam majalah journal 4 kali setahun (februari, april, julai, oktober) melalui Association of Pharmacy Technician, UK (Aptuk- http://www.aptuk.org). Peranan mereka diiktiraf oleh Royal Pharmaceutical Society of Great Britain dan didaftarkan di bawah Akta Farmasi di sana seterusnya menjadikan profesion tersebut dikawal dan di “Regulate”. Keadaan yang sama juga di USA (NPTA, PTCB) dan Kanada (CAPT).

Tuan-tuan dan Puan-puan sidang hadirin sekelian,

9. Persatuan dimaklumkan PPF juga akan di daftarkan dalam masa terdekat ini dan bersyukur sekiranya ia menjadi kenyataan. Pendaftaran ini adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh semua ahli-ahli dan Penolong Pegawai Farmasi baik dalam kerajaaan atau Institusi swasta. Pendaftaran ini akan menjadikan profesion ini lebih dihormati, menaikkan imej dan moral, mudah dikawal, dan memotivasikan semua Penolong Pegawai Farmasi. Motivasi dan kepuasan dalam tugas (Motivation and Job Satisfaction) adalah amat penting sekali dalam kerja seharian. Ini disokong dalam buku Ronald L.Pardee (1990) yang menyebut “ Motivation is such an important element in improving work productivity”. Beliau juga menyebut “one major means of increasing an employee’s level of intrinsic motivation is through changing the work itself or called Job Enrichment (Herzberg, 1976) . Job enrichment is a critical element of Quality Of WorkLife (QWL). Dengan mewajibkan pendaftaran ini secara tidak langsung juga akan menaikkan imej, motivasi dan moral profesion serta mengelak dari pengambilan Penolong Pegawai Farmasi yang tidak bertauliah terutamanya di sektor swasta serta juga penggunaan gelaran jawatan yang tidak standard atau disalah gunakan oleh mereka yang tidak layak atau tidak bertauliah.

Yang Berbahagia Dr, Tuan-tuan dan Puan-puan,


10. Pendidikan adalah elemen paling penting dalam mana-mana profesion bagi melahirkan anggota yang bermutu, berkualiti dan berilmu. Justeru itu semua Penolong Pegawai Farmasi adalah di sarankan melibatkan diri dalam mana-mana peluang kursus atau memohon mendapatkan kursus contohnya Kursus Intan yang boleh dipohon melalui Online. Persatuan berharap semua PPF tidak menolak peluang sekiranya ditawarkan kerana dimasa akan datang PPF perlu memenuhi mata CPD minima 40 untuk memperolehi PTK aras 4 berpandukan kepada kriteria yang ditetapkan.

11. Dalam aspek latihan pulak, Persatuan berharap bilangan Pengajar perlu di tambah bagi melahirkan lebih ramai graduan-graduan di Institusi latihan KKM iaitu KSKB. Pihak Persatuan juga dimaklumkan sehingga kini bilangan Pengajar masih tidak mencukupi dan keadaan ini akan menjadi lebih kritikal apabila Kolej Sains Kesihatan baru yang bakal beroperasi iaitu KSKB Ulu Kinta pada tahun 2012. Pengambilan Tenaga Pengajar amatlah memerlukan kelayakan sewajarnya. Kualiti pendidikan harus di pelihara dan di kawal sebaiknya. Bagi memenuhi keperluan tenaga pengajar dalam subjek teknikal dan farmaseutik, Persatuan juga ingin mencadangkan sekiranya dapat di jalankan Top-Up Degree 2 tahun dalam bidang Pharmaceutical Science atau Pharmaceutical Technology seperti yang di jalankan di UK dan USA serta juga Teaching Methodology untuk pembangunan karier PPF. Pemilihan dan tawaran perlulah kepada mereka yang benar-benar layak dan cemerlang serta berpengalaman. Bagi memelihara kualiti Diploma Farmasi di IPTA, KSKB dan IPTS, persatuan juga bersetuju proses pengambilan pelajar, kurikulum pendidikan dan mutu pengajaran di pantau supaya negara dapat melahirkan graduan yang berkualiti dan bermutu. Bagi mata pelajaran klinikal, seharusnya Kolej mempunyai para Pensyarah yang berpengalaman luas dalam bidang teknologi farmasi serta berpengetahuandalam Teaching Methodology. Kita tidak sama sekali mahu mana-mana Institusi pendidikan yang seolah-olah menjual Diploma kepada pelajar semata-mata inginkan perniagaan di Institusi tersebut dengan tidak menggagalkan pelajar yang lemah dan tidak kompeten. Dan bagi mereka yang benar-benar cemerlang dan layak pula, Persatuan merasakan mereka harus di beri peluang untuk sambung belajar Ijazah Farmasi dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.5 setelah menghabiskan 3 tahun di dalam Diploma dan mereka ini tidak seharusnya diletakkan setaraf dengan pelajar Foundation, Matrik yang hanya belajar setahun tanpa pengetahuan asas dalam bidang Farmaseutikal serta pengalaman.
Mungkin bagi pelajar-pelajar Foundation/Matriks/ STPM harus diletakkan kelayakan minima CGPA 3.8 tetapi bukan pelajar lulusan Diploma Farmasi. Bagi mereka yang telah berkhidmat 5 tahun dan ke atas pengalaman harus menjadi ukuran dalam penentuan kelayakan dan pengetahuan yang diperolehi haruslah mendapat pengiktirafan. Persatuan berharap golongan ini mendapat peluang menyambung pelajaran ke Ijazah Farmasi dengan kelayakan CGPA minima 3.0. Biarlah Universiti yang menentukakan samada mereka layak mendapat Ijazah atau tidak melalui peperiksaan yang dijalankan dan jika mereka tidak kompeten, sudah tentu mereka akan di gagalkan.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian,

12. Perubahan drastik yang bakal berlaku selepas pendaftaran perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi, memerlukan komitmen jitu dari semua. Penolong Pegawai Farmasi haruslah bersedia untuk berubah (Ready To Change). Dunia bergerak dengan begitu pantas, begitu juga bidang farmaseutikal dan penyampaian kesihatan. Kita tidak boleh leka dan berpuashati dengan apa yang diterima sebaliknya berusaha memberi dan sentiasa proaktif serta bersikap positif. Mereka yang bersikap negative akan ketinggalan dalam arus pembangunan ini.

13. Yang Bhg Dr, Dif-dif jemputan, Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian, pihak Persatuan ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Bhg.Perkhidmatan Farmasi di atas sokongan dan keprihatinan yang di berikan dalam semua tuntutan oleh pihak Persatuan. Pewujudan Jawatankuasa Teknikal Pen.Pegawai Farmasi Malaysia adalah sebagai bukti keperhatinan dan perhatian yang diberikan oleh Dato Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi ke atas profesion ini. Untuk pengetahuan semua Penolong Pegawai Farmasi, Jawatankuasa ini telah di ujudkan pada tanggal 16 November 2009 sebagai mesyuarat yang pertama di adakan. Ahli-ahli nya adalah terdiri dari Para Pegawai Kanan Bhg.Perkhidmatan Farmasi, Exco Persatuan dan Exco Kesatuan. Tujuan di ujudkan JK ini adalah untuk membincangkan semua hal-hal berkaitan profesion, merancang latihan yang perlu dan sesuai seluruh Negara termasuk untuk PPF sektor swasta, pelaksanaan mata CPD/PTK, penetapan tanda aras korikulum Diploma dan Pos Basik mengikut keperluan semasa dan perancangan keperluan sumber manusia. Oleh yang demikian jika ada sebarang masalah dari ahli-ahli, bolehlah disalurkan melalui Persatuan atau Kesatuan berpandukan isu yang berkaitan untuk dibawa berbincang dalam mesyuarat ini.

14. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya menyeru kepada semua Penolong Pegawai Farmasi yang belum lagi menjadi ahli supaya berbuat demikian. Marilah sama-sama kitamenjadi ahli Persatuan dan Kesatuan. Kekuatan organisasi ini adalah ditangan anda. Kita memerlukan ahli yang aktif dan pemimpin-pemimpin muda yang boleh mengambil alih kepimpinan sedia ada. Berapa lama lagi kita boleh mengharapkan Ahli Majlis – Ahli Majlis Tertinggi senior yang telah begitu lama menyumbangkan tenaga iaitu hampir 30 tahun. Mereka sebenarnya ingin berehat tetapi kita ketandusan kepimpinan sebenarnya. Kepada PPF baru, anda boleh lawati laman web Persatuan: ww.ppfmy.com untuk berinteraksi sesama PPF atau bersama Ahli Majlis Tertinggi dalam chatbox atau juga dalam forum.

15 Sebelum saya menamatkan ucapan ini, izinkan saya sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yg Bhg Dr.Salmah bt Bahri kerana sudi hadir bersama kita dan merasmikan majlis ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua Dif-dif jemputan, para hadirin sekelian dan khasnya kepada AJK Penganjur yang bertungkus lumus bekerja menjayakan Majlis dan persidangan ini. Bagi pihak Persatuan, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor yang sudi memberi sumbangan dalam majlis malam mesra, juga kepada syarikat-syarikat farmaseutikal, wakil-wakil negeri, Ahli Majlis – Ahli Majlis Tertinggi, orang perseorangan yang sudi memberikan derma, tenaga, buah fikiran dan material bagi menjayakan majlis ini.
Akhir sekali saya bagi pihak Ahli Majlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan para perwakilan kepada kami untuk menerajui Persatuan penggal ini.
Kemaafan dipohon sekiranya terdapat kesilapan dan kelemahan sepanjang kepimpinan ahli majlis sesi 2009-2011.

“KESILAPAN ITU DARI MANUSIA, KESEMPURNAAN ADALAH DARI TUHAN “

Saya sudahi dengan dua rangkap pantun

Dari Perlis ke Batu Pahat
Singgah di Tapah Berhenti Makan
Para hadirin kelihatan Hebat
Semuga bergembira menikmati hidangan

Bunga Dedap di Atas Para
Anak Dusun Pasang Pelita
Kalau Tersilap Tutur Bicara
Jemari Disusun Maaf Dipinta

Sekian, terima kasih. Selamat malam dan selamat bersidang.


Ganesan G.Narayanan
Naib Yang DiPertua
Persatuan Penolong Pegawai Farmasi Malaysia

Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal.


Tamat : 3 Oktober 2011
Back to top
View user's profile Send private message
nori



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 120

PostPosted: Thu Jan 12, 2012 11:17 am    Post subject: Reply with quote

FORUM PPF 12 JANUARI 2012

Salam Satu Malaysia dan Selamat Bertugas kepada semua PPF.

Segala cadangan, nukilan dan pandangan di bawah, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal. Segala salah dan silap semasa menaipnya, adalah tidak disengajakan, maklumlah teknologi ICT memungkinkan segalanya. Wawasan 2020 Cuma tinggal lagi 8 tahun sahaja.

Banyak ruang dan peluang bagi PPF di Malaysia. Tetapi kena bersatu dahulu. Semasa KUP U32 di wujudkan, Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM yang di ketuai oleh PF mensyaratkan semua PPF yang KUP menulis KUP selepas nama mereka. Sepatutnya ini tidak berlaku kerana yang hakiki pun tidak tulis hakiki. Mungkin PF ingin menurunkan pengiktirafan yang diberikan oleh kerajaan setelah berkerja selama 15 tahun. PPF KUP juga perlu menunjukkan bahawa dengan pengalaman selama 15 tahun, mereka wajar dapat KUP, sebab KKM sendiri telah gagal mengiktiraf PPF sebab tiada U32 hakiki baru yang di wujudkan. Ratio kenaikan pangkat PPF U32 dan U29 sepatutnya lebih baik lagi kerana banyak tugas kefarmasian boleh di spesifikasikan. KUP juga adalah kenaikan gaji, dan apabila gaji naik, kerja juga perlu meningkat. Baru lah ada ummph. PPF lihat pula tentang AHP.


Bahagian AHP KKM telah melangkau jauh meninggalkan waktu dan ketika, kejayaan PPF dalam AHP masih boleh di kira dengan jari jika di bandingkan dengan lain-lain paramedic. Tetapi masih belum terlambat, kerana segalanya perlulah bermula dari satu langkah yang pasti. Jika di mulai dengan beberapa langkah, hasilnya juga akan berlipat kali ganda.

ORGANISASI BHG AHP KKM :

Senarai Timbalan Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu KKM
Pn Farina bt Zulkernain
Pn Asmah bt Ismail
En Patrick Guda anak Benjamin
En Mohd Amran b Johari

Senarai Ketua Kejururawatan & Ketua Ketua Profession Sains Kesihatan Bersekutu Sessi Jun 2011 – Jun 2013

Pengarah Kejururawatan Malaysia
Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia
En Mohammad b Awang ( PPF )
Pegawai Kesihatan Persekitaran
Jururawat Pergigian
Juruteknologi Makmal Perubatan
Juru X Ray ( Diagnostik )
Pegawai Kesihatan Persekitaran
Pegawai Pemulihan Perubatan ( Anggota )
Pegawai Pemulihan Perubatan ( Carakerja )
Juruteknologi Pergigian
Pengajar
Pegawai Pemulihan Perubatan ( Pendengaran )
Pegawai Pemulihan Perubatan ( Pertuturan )
Pegawai Optometri
Pegawai Dietetik
Pegawai Pendidikan Kesihatan
Pegawai Psikologi ( Klinikal )
Pegawai Psikologi ( Kaunseling )
Pegawai Kerja Sosial Perubatan
Pegawai Teknologi Makanan
Penolong Pegawai Teknologi Makanan
Penolong Pegawai Penyediaan Makanan
Pegawai Sains ( Zat Makanan )
Pegawai Sains ( Forensik )
Pegawai Sains ( Kaji Kuman )
Pegawai Sains ( Kaji Serangga )
Pegawai Sains ( Embriologi )
Pegawai Sains ( Genetik )
Pegawai Sains ( Kimia Hayt )
Pegawai Sains ( Fizik )
Pegawai Sains ( Biomedikal )

( 32 jawatan AHP )

Jika diteliti, kedudukan PPF bukanlah no 1 dan bukan juga no 32. Dan jika nak tahu nombor sebenarnya ialah, semua PPF kena jawab semua soalan yang di sertakan di bawah, dan lepas tu baru tahu jawapannya. PPF hanya di bahagikan kepada dua skim perkhidmatan sahaja iaitu PF dan PPF. Sila semua PPF lihat katogeri lain, contohnya makanan :
Penolong Pegawai Penyediaan Makanan
Penolong Pegawai Teknologi Makanan
Pegawai Teknologi Makanan
Pegawai Sains ( Zat Makanan )
Pegawai Dietetik
Ini juga bermaksud dalam aspek makanan, ianya telah dibahagikan kepada 5 bidang tugas. PPF masih bernasib baik sebab hanya 2 sahaja.


PPF telah Berjaya mengharungi segala cabaran sejak 50 tahun yang lalu, dan cabaran pada masa terkini adalah berlainan secara total dan pendekatan yang sistematik adalah amat perlu di cari bagi menyelesaikan segalanya. Langkah awal ialah memperincikan setiap persoalan itu dan mencari jalan penyelesaiannya secara terus kerana setiap persoalan akan mempunyai jalan penyelesaianya secara berbeza. Dan pembahagian tugas sesame PPF juga adalah amat penting kerana setiap PPF ada mempunyai kemahiran yang tersendiri dan bukan semua PPF mempunyai semua kemahiran yang diperlukan. Seterusnya ialah memperkasakan Biro Pendidikan PPF kerana segalanya adalah bermula dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang berpanjangan.

Usaha peningkatan mutu perkhidmatan dan perkembangan kerjaya PPF adalah satu usaha bertrusan.
Laluan kerjaya baru PPF telah di gariskan pada tahun 2000 semasa persidangan pengarah2 KKM di Genting Highland.

Cadangan Laluan Kerjaya PPF Pada Tahun 2000 :

PPF U 29 ( Diploma )

PPF U32 ( 8-10 tahun berkhidmat sebagai U29 minima )

PPF U36 ( 3 tahun berkhidmat sebagai U32 minima)

PPF U38 ( 3 tahun berkhidmat sebagai U36 minima)

PPF U40 ( 3 tahun berkhidmat sebagai U38 minima )


Kejayaan dan perjalanannya, hanya PPF senior yang tahu.


Guru lebih bernasib baik kerana berkhidmat 8 tahun , KUP dan 8 tahun lagi KUP. PPF berkhidmat selama 15 tahun, baru sekali KUP.
KP JPA dalam wawancara di TV1 memaklumkan bahawa rakyat Malaysia di sarankan meningkat taraf pendidikan dan kerajaan memberi kelebihan kepada guru. Begitu juga ATM dan PDRM. Mereka semuanya ada saluran istimewa bagi menunjukkan kepada kerajaan bahawa mereka adalah penting. PPF juga perlu belajar dari mereka di manakah mereka dapat laluan express tersebut.

PPF juga perlu bertindak secara aktif dalam perjalanan seharian kerana apabila berlaku sesuatu situasi, akan terdapat PPF yang untung dan terdapat juga PPF yang rugi. Dalam SBPA juga keadan ini berlaku. Semasa jawatan KUP di wujudkan, PPF U32 hakiki, berasa dukacita kerana KUP dan hakiki mempunyai gaji yang sama, tetapi tugas berbeza. Jalan penyelesaian jangka pendek dan panjang perlulah di rangka agar semua PPF berpuas hati. Tetapi siapa nak rangka dan jalankanya. Tepuk dada tanya selera. Tetapi jika PPF ingin mengikuti jejak langkah lain-lain paramedic, perlulah bersedia dari sekarang. Iaitu semua jawatan KUP di jadikan hakiki dengan pembahagian tugas secara teratur dan berkesan, dan semua U32 hakiki, di naik taraf sebagi U36 dengan memberikan imej baru dan tugasan yang berterusan. Baru ada UMMPH. Dan selepas ini jika katogeri lain ada banyak U36, jangan salhkan mereka, Mereka lebih pantas mennyusuri masa dan lain-lain pihak hanya perlu akur sahaja kepad kehendak dan kemahuan mereka.

SBPA PPF menyebabkan peperiksaan PTK tidak lagi relevan. Semua PPF juga perlu terus meningkatkan ilmu pengetahuan bagi menyesuaikan diri dalam tugasan seharian dan memberikan perkhidmatan yang optima.

Biro Pendidikan PPF perlu menyediakan jawapan bagi semua persoalan di bawah kerana memang KKM telah gagal menjaga kebajikan PPF dari segi menambahkan ilmu pengetahuan yang terkini dan penambahbaikan terhadap laluan kerjaya kepada semua PPF. Hanya peratusan yang kecil sahaja yang berjaya, sedangkan sepatutnya semua PPF patut mernerimanya. Secara ringkasnya PPF pada tahun 2012. Adalah sama sahaja kedudukan dan keadaanya pada tahun 2002 ( iaitu ketinggalan selama 10 tahun ) sedangkan tugasan seharian adalah berbeza pada tahun 2012 iaitu SPUB, Pandu Lalu , Ubat Melalui Pos dan Farmasi 24 jam / sehingga 10 malam. Pakar Perubatan di KKM juga telah bertaburan di seluruh negara dan patent penulisan Rx juga telah berbeza, meningkat dan bertambah. Tetapi gaji PPF cuma naik 7 % sahaja selepas SBPA. SBPA telah di mulai di rancang pada 2008 sedangkan PPF pada waktu tersebut masih tercari-cari indentiti sendiri yang telah hilang entah ke mana. Tugasan bagi Biro Pendidikan PPF :


Preskripsi yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia didaftar dibawah senarai borang perubatan. Apakah nombor borang preskripsi ini?

a)
Perubatan 6 A Pindaan 1996
b) Perubatan 9 A Pindaan 1996
c) Perubatan 16 A Pindaan 1996
d) Perubatan 19 A Pindaan 2000




Apakah yang dimaksudkan dengan ubat-ubat dibawah kategori ‘A’ ?
Ubat-ubat yang boleh dipreskrib oleh:

a)
Pakar Perunding dan Pakar Perubatan
b) Pegawai Perubatan
c) Paramedik
d) Pegawai Pergigian

Apakah prosedur-prosedur pelupusan sisa klinikal dalam perkhidmatan sokongan Farmasi Klinikal?(10 Markah)

( DI SEDIAKAN JAWAPANNYA OLEH BIRO PENDIDIKAN PPF NEGERI PERLIS )


Apakah yang dimaksudkan dengan Polifarmasi ?

a)
Kombinasi dua (2) atau lebih ubat yang sama kegunaannya
b) Dua (2) atau lebih ubat yang berlainan kegunaannya
c) Satu (1) ubat yang digunakan untuk semua penyakit
d) Ubat yang tiada didalam simpanan stok

Apakah kegunaan formula ini ?
Body Surface area (m ²) x adult dose
1.8

a)
Untuk mengira dos kanak-kanak
b) Untuk menyukat isipadu persediaan
c) Untuk menyukat berat badan
d) Untuk mengira dos dewasa


Apakah jenis alat/mesin yang digunakan dalam proses perkhidmatan TDM? Berikan 3 komponen alat yang digunakan di dalam proses tersebut pada mesin itu.(10 Markah)



( DI SEDEIAKAN JAWAPANNYA OLEH BIRO PENDIDIKAN PPF NEGERI KEDAH )





Contoh-contoh ubat NSAIDS adalah

i)
Indomethacine
ii) Paracetamol
iii) Acetyl Salicylic Acid
iv) Phenacetin





Apakah kegunaan “bin card “ dalam perkhidmatan stor ?

a) Merekod stok yag telah luput didalam stok
b) Merekod stok fizikal yang ada didalam simpanan stor
c) Merekod nama pengilang dan pembekal stok yang disimpan didalam stor
d) Merekod tarikh pemesanan dan penerimaan stok yang disimpan didalam stor


Bagaimanakah untuk anda memastikan perkhidmatan kaunter Farmasi (Farmasi Luar) berkualiti seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA)?(10 Markah)



( DI SEDEIAKAN JAWAPANNYA OLEH BIRO PENDIDIKAN PPF NEGERI PULAU PINANG )




Tincture Ipecacuanha terdapat didalam persediaan berikut :

a) Mixture Magnesium Trisilicate
b) Mixture Expectorant
c) Syrup Simplex
d) Mixture Carminative


Acetycystene ( Parvolex) adalah digunakan untuk keracunan ubat apa ?

a) Keracunan Phenytoin Sodium
b) Keracunan Theophylline
c) Keracunan Paracetamol
d) Keracunan makanan

Sila nyatakan proses kerja pembekalan ubat kepada pesakit luar?
Sedia rajah carta aliran.(10 Markah)


( DI SEDIAKAN JAWAPANNYA OLEH BIRO PENDIDIKAN PPF NEGERI PERAK )




Ubat ini boleh menyebabkan mengantuk contoh: Tablet Chlopheniramine maleate
Apakah arahan tambahan yang perlu diberikan kepada pesakit ?

a) Jangan membaca surat khabar atau majalah
b) Jangan menonton televisyen atau mendengar radio
c) Jangan membawa kenderaan atau mengendalikan mesin
d) Jangan buang ubat ini dimerata tempat

Berapa lamakah Sirap Ampicillin boleh digunakan selepas direkonstitusi ?

a) 1 bulan
b) 1 minggu
c) 3 bulan
d) 6 minggu

Apakah peranan dan tanggungjawab Pembantu Farmasi U32 di dalam unit sokongan Farmasi Klinikal (Perkhidmatan TPN)?(10 Markah)
( DI SEDIAKAN JAWAPANNYA OLEH BIRO PENDIDIKAN PPF NEGERI SELANGOR )








Yang manakah persediaan bukan persediaan sterile?
a) Ubat sediaan mata
b) Persediaan TPN
c) IV Admixture
d) Sediaan Enema

Therapeutic Drug Monotoring. ialah proses

a) Mengukur jumlah ubat dalam badan
b) Mengetahui jumlah sel platelet dalam darah
c) Mengetahui jenis ubat dalam badan
d) Mengukur kepekatan ubat tertentu dalam plasma.untuk rawatan

Apakah kebaikan pembekalan ubat kepada wad melalui sistem “Unit Of Use”?Nyatakan alat-alat/borang yang diperlukan dalam sistem ini.(10 Markah)

( DI SEDIAKAN JAWAPANNYA OLEH BIRO PENDIDIKAN PPF NEGERI SEMBILAN )







Yang manakah ubat yang diklasifikasikan sebagai ubat kemoterapi?

a) Ampicillin
b) Tetracycline
c) Doxorubicin
d) Erythromycin

Mengapakah persediaan TPN , iv admixture perlu disediakan didalam cabinet Laminar Flow ?

a) Untuk menentukan kebersihan
b) Untuk membunuh kuman
c) Untuk menentukan steriliti.
d) Untuk menentukan bebas pyrogen



Apakah yang dikatakan perkhidmatan prabungkusan di unit Farmasi pengeluaran? Apakah tugas-tugas teknikal dalam pengendalian perkhidmatan prabungkus dan tujuannya?(10 Markah)

( DI SEDIAKAN JAWAPANNYA OLEH BIRO PENDIDIKAN PPF NEGERI MELAKA )





Gred Kualiti udara dalam bilik persediaan komponen TPN ialah sekurang-kurangnya :

a) Gred A 5,000
b) Gred B 10,000
c) Gred C 100,000
d) Gred D 100,000

Apakah yang anda faham mengenai “apyrogenic IV fluid”?

a)
ubat IV yang mengandungi bacteria
b) ubat IV yang tercemar dengan pyrogen
c) ubat IV yang lulus ujian pyrogen
d) ubat IV yang tidak tercemar dengan pyrogen


Apakah proses untuk pengeluaran Lesen Kelas A?(10 Markah)

( DI SEDIAKAN JAWAPANYA OLEH BIRO PENDIDIKAN PPF NEGERI JOHOR )




. Binatang apakah yang digunakan dimakmal untuk ujian kandungan glukosa dalam darah?

a)
tikus albino besar
b) tikus kecil putih (mencit)
c) arnab
d) Gerbil


“Heavy metals” yang khusus dimaksudkan untuk ujian ubat-ubat herba ialah:

a)
aluminium, peroxide dan magnesium
b) oxygen, hydrogen dan argon
c) Sodium hypochlorate
d) arsenic, raksa dan plumbum


Sila terangkan proses pendaftaran ubat-ubatan sebelum kelulusan Pendaftaran Ubat dapat dikeluarkan?(10 Markah)

( DI SEDIAKAN JAWAPANNYA OLEH BIRO PENDIDIKAN PPF NEGERI PAHANG )



Limulus Amybocyte Lysate adalah ujian untuk mengesan…..?

a)
LD 50
b) Heavy metal
c) pyrogen
d) kepekatan Tahap Heparin dalam darah



Apakah herba yang telah ada monograf dan digunakan mengikut piawaian?

a)
Bunga pakma
b) Bunga mawar
c) Tongkat Ali
d) bunga raya


Sila terangkan proses “Rangkaian Sejuk” dari Stor Integrasi ke Klinik Kesihatan yang jaraknya 100 km. untuk Insulin?(10 Markah)

( DI SEDIAKAN JAWAPANNYA OLEH BIRO PENDIDIKAN PPF NEGERI TERENGGANU)



Gas yang digunakan untuk ujian “Gas chromatrography” ialah:

a)
Karbon dioksida
b) hydrogen
c) Nitrous oksida
d) Gas asli

Pendaftaran dan pelesenan ubat-ubatan melalui beberapa tahap?

a)
1 tahap
b) 2 tahap
c) 3 tahap
d) 4 tahap

Nyatakan tugas-tugas teknikal bagi memastikan stok ubat-ubatan dan bahan mendispen sentiasa mencukupi dan tiada pembaziran?(10 Markah)

( DI SEDIAKAN JAWAPANNYA OLEH BIRO PENDIDIKAN PPF NEGERI KELANTAN )



Akta Racun telah diluluskan oleh parlimen buat kali pertama pada tahun:

a)
2003
b) 1994
c) 1952
d) 1960

Apakah yang dimaksudkan dengan sistem “Unit of Use:?

a) Bekalan ubat dari Jururawat.
b) Bekalan ubat untuk pesakit secara individu.
c) Bekalan setiap hari.
d) Pembekalan ubat selang sehari.


Sila terangkan proses bagi memastikan ubat-ubatan disimpan mengikut keperluan penstoran tertentu?(10 Markah)

Sila terangkan dengan terperinci carta aliran dan proses kerja pembekalan ubat-ubatan dalam sistem “Unit Of Use”(10 Markah)


( DI SEDIAKAN JAWAPANNYA OLEH BIRO PENDIDIKAN PPF WILAYAH PERSEKUTUAN )







Vaksin Bacillus Calmete Gourine (BCG) perlu disimpan dalam

a) Almari DD
b) Almari besi berkunci
c) Peti sejuk
d) Pejabat




Ubat-ubat “Senarai A” hanya boleh dipreskrib oleh?

a) Pegawai Perubatan
b) Pegawai Pergigian
c) Pakar Perunding/Pakar
d) Ketua Jururawat

Ubat manakah tidak termasuk di dalam ketegori “Antibiotik?

a) Amoxycillin.
b) Cefuroxime
c) Sultamicillin.
d) Cinnarizine.

Berikan nama generik untuk Tablet Clarityne
a) Loratadine
b) Levodopa
c) Lomotil
d) Lamotrigine

Pembekalan ubat melalui Sistem Tradisi ialah:-

a) Bekalan ubat mengikut buku inden/pesanan
b) Bekalan ubat mengikut pesakit.
c) Bekalan ubat Unit of Dose
d) Bekalan untuk kegunaan luar

Dari senarai berikut yang manakah Antiseptik ?

a) Lotion Chlorohexidine.
b) Lotion Calamine
c) Lotion Gamma Benzene Hydrochloride
d) Liquid Sodium Hypochlorite.


Apakah yang perlu dilakukan semasa membantu Pegawai Farmasi menjalankan pemeriksaan wad-wad/unit dan nyatakan kriteria yang perlu
diikuti seperti di dalam Format/Borang pemeriksaan wad/unit?(10 Markah)

Sila terangkan carta aliran dan proses kerja bagi membuat pesanan ubat-ubatan ke Stor Integrasi dan nyatakan juga Borang/Format yang digunakan?(10 Markah)

( DI SEDIAKAN JAWAPANNYA OLEH BIRO PENDIDIKAN PPF NEGERI SARAWAK )




Ubat-ubat berikut adalah untuk rawatan penyakit kencing manis KECUALI

a) Inj.Insulin Zinc Suspension
b) Tab.Gliclazide 80mg
c) Tab.Metformin 500mg
d) Tab.Metoprolol 100mg





Dari senarai ubat berikut yang manakah digunakan untuk rawatan penyakit
BARAH.?

a) Inj.Synthometrin
b) Inj.Gemcitabine
c) Inj.Gentamicin
d) Inj.Amiodarone




Prinsip manakah yang mesti diamalkan dalam kawalan stok untuk mengelakkan ubat itu luput tempoh penggunaannya?

(a) FIFO (First In First Out)
(b) FILO (First In Last Out)
(c) LIFO (Last In First Out)
(d) FINO (First In No Out)
(e) Simpan suka hati sahaja


Dalam mendispens ubat-ubatan di Jabatan Pesakit Luar, preskripsi yang diterima didapati :
tidak lengkap
polifarmasi
ubat “List A” tiada dalam simpanan

Sila terangkan tindakan dan langkah yang perlu diambil untuk membolehkan pesakit mendapat bekalan tanpa mengambil masa yang lama.(10 Markah)


( DI SEDIAKAN JAWAPANNYA OLEH BIRO PENDIDIKAN PPF NEGERI SABAH )

Sepatutnya pada tahun 2012 ni, semua PPF telah mengetahui akan jawapan sebenar tentang semua soalan berkaitan PPF. Sebab ianya adalah penting semasa menjalkankan tugasan seharian. Jika masih belum menemui jawapannya, harap PPF berkenaan bolehlah menghubungi Biro Pendidikan PPF negeri yang berkaitan.

PPF adalah bertugas di semua unit dan bahagian KKM. Pada masa dahulu selepas skim pembantu makmal kimia ubat, di serapkan ke dalam skim PPF, maka semua mereka telah menghadapi saat yang amat sukar kerana terpaksa belajar semula bagi menyesuaikan diri di tempat kerja yang baharu. Masa peperiksaan PTK juga . keadaan mereka amat sukar kerana terpaksa menjawab soalan-soalan yang begitu jauh daripada jangkauan mereka. Tetapi bilangan mereka adalah sedikit dan suara mereka jauh ketinggalan daripada PPF yang lain. Tetapi PPF di Kesihatan Awam adalah separuh daripada jumlah bilangan PPF di KKM, maka kesukaran mereka telah terpanggil untuk di ketengahkan. Begitu juga semasa temuduga kenaikan pangkat, amat sukar PPF dari Kesihatan awam untuk berjaya. Tetapi sebagai PPF alaf baru, dan sentiasa berusaha bagi memperbaiki diri dan mempertingkatkan ilmu dan pengetahuan, keadaan ini akan berubah suatu hari nanti. Dan bantuan dai senior dan persatuan dan kesatuan amat diperlukan dan diharapkan. Antara kesukaran dan kemusyikilan PPF di Kesihatan Awam ialah :-

Apakah prosedur-prosedur pelupusan sisa klinikal dalam perkhidmatan sokongan Farmasi Klinikal?

Apakah jenis alat/mesin yang digunakan dalam proses perkhidmatan TDM? Berikan 3 komponen alat yang digunakan di dalam proses tersebut pada mesin itu.

Bagaimanakah untuk anda memastikan perkhidmatan kaunter Farmasi (Farmasi Luar) berkualiti seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA).

Sila nyatakan proses kerja pembekalan ubat kepada pesakit luar?
Sedia rajah carta aliran.

Apakah peranan dan tanggungjawab Pembantu Farmasi U32 di dalam unit sokongan Farmasi Klinikal (Perkhidmatan TPN)?

Apakah kebaikan pembekalan ubat kepada wad melalui sistem “Unit Of Use”?Nyatakan alat-alat/borang yang diperlukan dalam sistem ini.

Apakah yang dikatakan perkhidmatan prabungkusan di unit Farmasi pengeluaran? Apakah tugas-tugas teknikal dalam pengendalian perkhidmatan prabungkus dan tujuannya?

Apakah proses untuk pengeluaran Lesen Kelas A?

Sila terangkan proses pendaftaran ubat-ubatan sebelum kelulusan Pendaftaran Ubat dapat dikeluarkan?

Sila terangkan proses “Rangkaian Sejuk” dari Stor Integrasi ke Klinik Kesihatan yang jaraknya 100 km. untuk Insulin?

Nyatakan tugas-tugas teknikal bagi memastikan stok ubat-ubatan dan bahan mendispen sentiasa mencukupi dan tiada pembaziran?

Sila terangkan proses bagi memastikan ubat-ubatan disimpan mengikut keperluan penstoran tertentu?

Sila terangkan dengan terperinci carta aliran dan proses kerja pembekalan ubat-ubatan dalam sistem “Unit Of Use”

Apakah yang perlu dilakukan semasa membantu Pegawai Farmasi menjalankan pemeriksaan wad-wad/unit dan nyatakan kriteria yang perlu diikuti seperti di dalam Format/Borang pemeriksaan wad/unit?

Sila terangkan carta aliran dan proses kerja bagi membuat pesanan ubat-ubatan ke Stor Integrasi dan nyatakan juga Borang/Format yang digunakan?

Dalam mendispens ubat-ubatan di Jabatan Pesakit Luar, preskripsi yang diterima didapati :
tidak lengkap
polifarmasi
ubat “List A” tiada dalam simpanan

Sila terangkan tindakan dan langkah yang perlu diambil untuk membolehkan pesakit mendapat bekalan tanpa mengambil masa yang lama.

Dan diharap selepas ini semua PPF boleh bertugas dengan jayanya walaupun dimana sahaja di tugaskan.


PENINGKATAN MUTU PERKHIDMATAN DAN PERKEMBANGAN KERJAYA PPF.

CGPA IPTA / IPTS TAHUN 2012 :

Markah Nilai Gred Gred Pencapaian

90-100 A+ 4.00 Cemerlang
80-89 A 4.00 Cemerlang
75-79 A- 3.67 Cemerlang
70-74 B+ 3.33 Kepujian
65-69 B 3.00 Kepujian
60-64 B- 2.67 Kepujian
55-59 C+ 2.33 Lulus
50-54 C 2.00 Lulus
47-49 C- 1.67 Gagal
44-46 D+ 1.33 Gagal
40-43 D 1.00 Gagal
30-39 E 0.67 Gagal
0-29 F 0.00 Gagal

Apabila semua PPF diberikan kertas soalan, pastinya jawapan yang di berikan adalah berbeza. Jawapan yang sahih dan tepat selalunya dating dari PPF junior yang masih fresh lagi, sebab segalanya masih baru di pelajari semasa di kolej dahulu. Ini adalah berbeza dengan PPF senior yang sudah berkhidmat selama 25 tahun. Tentu iq pun dah menurun sebab sentiasa di perah tenaga dan keringat dan juga mempunyai beberapa komitment lain yang amat penting juga.

Pada tahun 2006, PPF ada memohon agar bilangan PPF yang di tempatkan di unit penguatkuasaan di tambah. Jawapan pihak atasan pada masa itu ialah tenaga PPF adalah amat diperlukan di hospital dan kesihatan awam, berbanding dengan di unit penguatkuasaan. Tetapi jawapan tersebut adalah secara lisan sahaja. Masih tiada dokumen yang di keluarkan tentang kebenaran situasi tersebut. PPF juga telah gagal dalam merancang perkembangan PPF setiap 5 tahun. Maka hasilnya pada 2012 pun, bilangan PPF di unit penguatkusasaan masih di takuk lama. Sebagai jalan pintas, agar nasib PPF tidak terus ketinggalan, di harap PPF dapat merancang peningkatan mutu perkhidmatan dan perkembangan kerjaya PPF bagi tempoh 5 tahun, 10 tahun dan car-cara bagaimana hendak mencapainya.


Pada 2012 jika PPF di berikan kertas soalan, jawapannya antara senior dan junior adalah berbeza.Sepatutnya penilaian adalah berdasarkan tahun berkhidmat. Pasti jarak markah antara senior dan junior adalah ibarat langit dan awan. Kursus ulangkaji pun dah lama di pinggirkan oleh KKM. KKM ada menggariskan agar setiap 5 tahun , satu kursus ulangkaji akan di adakan dan melibatkan semua PPF
Ianya adalah bagi menjelaskan beberapa perkembangan terbaru dalam peningkatan mutu perkhidmatan PPF

Pada masa dahulu ada PPF yang baru berkhidmat selama 8 tahun dan lulus PTK, terus dapat naik pangkat U32.
Tentunya IQ PPF ini masih fresh kerana baru keluar dari kolej.
Apakah nasib PPF senior yang sudah berkhidmat selama 29 tahun.
Dan KUP juga di wujudkan agar PPF 15 tahun terus ke KUP U32.

Sepatutnya PPF perlu merangka agar terdapat pula KUP U36 dan seterusnya.

Perbezaan KUP dan Hakiki ialah, jika hakiki bersara, perlu ada pengganti, tetapi jika KUP bersara, tidak memerlukan pengganti.

Juga laluan kerjaya baru PPF
Terdapat juga kekangan dari segi peruntukan bagi PPF dalam menganjurkan kursus dll aktiviti bagi PPF. Perkara yang sama juga di hadapi oleh lain-lain paramedic, tetapi mereka telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam mengatasinya.

Profession PPF adalah satu kerjaya sehingga bersara. Kepada PPF yang sudah tidak sayangkan profession ini, bolehlah membuka lembaran baru bagi menambah ilmu dan bertukar bidang baru yang lebih mencabar. PPF akan terus menyumbang bakti dan tenaga bagi kemajuan negar Malysia, tetapi dalam cara yang amt tersendiri.


PTK telah menjadi hari ini dalam sejarah dan kursus pos basic PPF telah ditangguhkan bagi sessi Jan 2012 kerana beberapa alas an yang jitu. Salah satu tugas PPF ialah memastikan agar PPF terus relevan dahulu, kini dan selamanya.

Sewajarnya semua PPF perlu memastikan :-
MBJ PPF
Mesyuarat Pengurusan PPF
Mesyuarat JK Teknikal PPF
Mesyuarat persatuan / kesatuan PPF
Dll
Dapat menyumbang sesuatu yang bererti dan bernilai buat semua PPF di Malaysia.

Pastikan juga semua minit mesyuarat tersebut mematuhi Pekeliling Kemajuan Perkhidmatn Awam Pengurusan Minit Mesyuarat Berkualiti iaitu persediaan sebelum, semasa dan selepas mesyuarat. Perkataan dan tindakan perlulah selari.


Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal.


Tamat : 12 Januari 2012
Back to top
View user's profile Send private message
nori



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 120

PostPosted: Sat May 19, 2012 7:03 pm    Post subject: Reply with quote

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Salam Satu Malaysia dan Selamat Bertugas kepada semua PPF

Deskripsi :

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pihaknya melalui perbelanjaan berhemah mengambil pendekatan hanya memberi ubat kepada pesakit bagi tempoh sebulan dan bukannya tiga bulan seperti amalan sebelum ini.

Serah semula pil, ubat belum guna :

Pesakit yang menerima pil dan ubat tetapi belum digunakan diminta mengembalikan kepada farmasi hospital atau klinik berdekatan bagi mengelakkan pembaziran.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pihaknya melalui perbelanjaan berhemah mengambil pendekatan hanya memberi ubat kepada pesakit bagi tempoh sebulan dan bukannya tiga bulan seperti amalan sebelum ini.

"Kami dapati sejumlah besar pil dan ubat diberikan kepada pesakit bagi tempoh yang lama, akhirnya ubat itu tidak digunakan dan dibuang begitu saja. Sesetengah pesakit tidak memikirkan ubat itu bernilai, malah mereka memperolehnya secara percuma daripada kerajaan.

"Justeru, saya memohon mana-mana pesakit yang mempunyai ubat yang tidak dipakai tetapi kandungan masih dalam keadaan baik supaya memulangkannya kepada farmasi di mana mereka memperolehnya, " katanya pada sidang media selepas merasmikan Kursus Antarabangsa 'Program Pengurusan dan Kecerdasan Epidemiologi Kali Kelima? di Institut Pengurusan Kesihatan (IHM),

Tiong Lai berkata, pihaknya mengakui pelaksanaan pemberian ubat bagi tempoh sebulan mendatangkan kesukaran kepada pesakit terutama di luar bandar dan meminta mereka memahaminya.

Sementara itu, dalam ucapannya, beliau berkata, sistem pengesanan awal penyakit tibi yang efektif di negara ini menyaksikan 19,337 kes dicatatkan pada tahun lalu berbanding 17,000 kes pada 2009.

"Walaupun kita memberi rawatan yang khusus, namun statistik penghidapnya di negara ini terus meningkat. Ia disebabkan sebelum ini rakyat tidak mengetahuinya mereka mengidap penyakit berkenaan sehingga datang ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan tidak hairanlah jumlahnya bertambah berikutan kesedaran orang ramai mengenainya.

Katanya, pemerhatian kerajaan juga mendapati mereka berusia antara 15 hingga 54 tahun paling ramai dijangkiti tibi di negara ini.

Mengenai Kursus Antarabangsa 'Program Pengurusan dan Kecerdasan Epidemiologi Kali Kelima, Tiong Lai berkata, ia satu usaha mempertingkatkan keupayaan kerajaan mengesan, mengawal dan mencegah penyakit berjangkit terus menular.

"Kursus ini membawa peserta berbincang dan mencari cara terbaik negara di dunia, menguruskan segala aspek berkaitan penyakit berjangkit. Ia termasuk kajian di makmal, diagnosis dan membincangkan langkah pencegahan," katanya.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pihaknya melalui perbelanjaan berhemah mengambil pendekatan hanya memberi ubat kepada pesakit bagi tempoh sebulan dan bukannya tiga bulan seperti amalan sebelum ini.


Next :

All public hospitals and health clinics must have sufficient supply of medicine at all times, said Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai.
He said no patient should be turned away because the hospital or health clinic had no more medicine.

"Hospitals and clinics must check their stock regularly. If they know that they are running low on a particular medicine, then they have to contact the nearest hospital or clinic for temporary supply until their regular ones arrive."

He said repeat medication given to patients must also be for a month's supply and not three months as previously practised to prevent wastage.
Liow was responding to complaints by some patients that they had been turned away because the hospitals or clinics had run out of a particular medicine.

Last year, the Government spent RM1.6bil on its supply of drugs to public hospitals and health clinics.

The minister, who was met after opening the Sixth Public Health Conference here, also denied claims that the drugs supplied by public medical establishments were inferior.

"The drugs are of good quality. Although these are cheaper, they are as good as the patented ones," he said.
However, he said patients had the right to lodge complaints with the ministry if they had doubts over the quality of medicine prescribed to them.

On another matter, Liow said the Traditional and Complementary Medicine Bill, which aimed to regulate the industry, would be tabled in Parliament by the year-end.

"The Bill has been handed over to the Attorney-General's office. We expect to have this tabled once we get the necessary feedback," he said, adding that there were now departments for traditional medicine in six hospitals nationwide.

'Medication programme' aims to cut waste at govt hospitals :
As healthcare costs soar, the Health Ministry has found that a substantial amount of medicine dispensed by government hospitals goes unused or expired.

Through its "return medication programme" implemented last year, the ministry now wants to find out more about the causes of this waste and reduce it.

According to Datuk Eisah A. Rahman, the ministry's senior director of pharmaceutical services, the medicine returned to the pharmacy at Kuala Lumpur Hospital for the first half of the year was valued at RM128,818 while at the Sarawak General Hospital, it was valued at RM82,436.
The returned medicine last year at Seberang Jaya Hospital in Penang, Tuanku Fauziah Hospital in Perlis and Tuanku Ja'afar Hospital in Seremban was valued at RM27,899, RM53,769 and RM190,616 respectively.

The boxes at government hospitals where people can drop off unused medicine. The yellow box is for expired medication, while the blue box is for pills and tablets that are unused.

The ministry is collating data from the other government hospitals.
Eisah said the current figures alone reflect the amount of medicine wasted.
"If we take into account all the hospitals, it would be a substantial amount," said Eisah.

There are 135 hospitals in the country with the ministry spending RM1.6bil on medicine in 2010, an increase of 14.48% from the previous year.
Eisah said one reason behind the campaign was to help reduce the possibility of the prescription drugs being misused by others.

Most government hospitals and clinics have counters or containers where patients can return or deposit unused medicines
"There is still lack of awareness about the programme," she said, adding that Australia, Canada and the United States had similar programmes.

She said that only medicine that had not expired would be reused.
Eisah admitted that a large amount of the returned medicine had to be disposed of, and this was done in a proper way to reduce harm to the environment.

"Improper disposal through the water sewage might pollute our water supply," she said.

Eisah said the most common medication returned comprised those used to treat cardiovascular diseases, diabetes, anti-hypertensive agents and anti-cholesterol drugs.

Eisah also said a study in the United States showed that one-third of all medicine prescribed ended up unused or expired.

"The amount of medicine dispensed is based on the prescription. Theoretically, they should be finished, and we encourage patients to finish their medicine. If for some reason they can't, then they can return them to us," she said.


Juga makluman kepada semua PPF..... mesyuarat agung (AGM) Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Farmasi Kerajaan Malaysia Barat ( KKPPFKMB ) di jangka akan diadakan pada 13 Julai 2012 - 15 Julai 2012 bertempat di TOWER REGENCY HOTEL IPOH, PERAK.


Kepada PPF yang belum menjadi ahli kesatuan sila daftarkan diri dan kepada mereka yang masih ragu ragu tentang status keahlian anda sila hubungi wakil kesatuan daerah/negeri masing masing.


Segalanya adalah di lihat dari sudut akademik / ilmiah dan seharusnya juga semua PPF melihat perkara di atas dari perspektif dan sudut yang sama juga agar ianya tidak menyimpang dari tujuan dan matlamat asal serta mempunyai natijah yang sama.


Selamat Maju Jaya PPF.


Tamat : 19 Mei 2012
Back to top
View user's profile Send private message
nori



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 120

PostPosted: Wed Dec 12, 2012 10:10 am    Post subject: Reply with quote

Salam satu Malaysia
Selamat Bertugas Kepada Semua PPF

Segalanya di lihat dari sudut akademik / ilmiah

Tahun 2013 yang akan menyingsing sedikit waktu lagi akan memberikan seribu pengharapan kepada semua PPF kerana tahun 2012 akan melabuhkan tirainya sedikit masa lagi. Sepanjang tahun 2012 sebanyak 365 hari yang berlalu, pastinya akan meninggalkan kenangan yang manis kepada semua PPF. Antaranya ialah kenaikan pangkat, bertukar tempat kerja ke destinasi yang di idamkan, menerima orang baru dalam keluarga, mendapat menantu dan juga berehat panjang kerana telah bersara. Ketahuilah bahawa semua PPF akan mengalami suasana tersebut, tetapi ianya bergantung kepada masa dan keadaan.

Tetapi perjuangan sebagai PPF perlulah diteruskan bagi meneruskan kesinambungan perkhidmatan yang telah wujud melebihi 50 tahun ini. Penghargaan dari pihak kerajaan melalui insentif kritikal, laluan kerjaya baru dan lain-lain kemudahan adalah bergantung kepada usaha dan inisiatif PPF sendiri bagi membuka laluan mengharungi segalanya sebelum ianya menjadi kenyataan. Secara ringkasnya ialah segalanya perlulah di usahakan dengan semangat yang tinggi, usaha yang berterusan dan pengorbanan masa, tenaga dan RM. Selepas itu, baru lah hasilnya di perolehi, walaupun positif atau negatif.

R&D telah bertapak dalam aspek akademik dan ilmiah sejak dahulu lagi dan semua PPF perlulah mendokumenkan segalanya. Ada R&D yang membuahkan hasil dalam masa singkat dan ada juga R&D yang hanya akan memberikan hasil selepas 50 tahun. Ianya adalah berantung kepada keperluan dan kehendak pelanggan.

Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) telah wujud di negara ini sejak 15 tahun yang lalu, dan ianya akan di semak semula setiap 5 tahun. Penyemakan yang terkini ialah pada tahun 2013. Jika PPF telah membuat R&D yang rapi, pastinya pada tahun 2013 PPF akan tersenarai dalam penerima BIPK. Jika belum bersedia dan masih kabur, siapkan segala dokumen dan satu Seminar Pembentangan dan Pencapaian PPF Tahun 2012 akan di adakan sedikit masa lagi. ICT memudahkan segalanya.

Dari perkembangan keadaan semasa, MA dan SN dapat BIPK kerana mereka ada banyak dokumen yang perlu di isi setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun. Tetapi PPF hanya menghantar dokumen bilangan pesakit dan bilangan rx yang di bekalkan setiap bulan. Seterusnya semua PPF perlu memohon kepada PF agar melibatkan diri dalam menghantar segala dokumen ke BPF KKM. Dalam keadaan sekarang, memang PPF tidak layak menikmati BIPK dan sepatutnya selepas simposium tempoh hari, satu pekeliling menengenai tugas-tugas tambahan PPF perlulah di keluarkan dan dengan itu amat jelas bahawa PPF juga layak mendapat BIPK kerana tugas telah bertambah.

Tetapi jika PPF berasa selesa dengan keadaan semasa, buatlah semua kerja yang telah di gariskan, tampa ada penambahan dan selain dari itu, serahkan semuanya kepada PF kerana mereka memang layak dan mendapat elaun kritikal yang bukan sedikit.

Lain-lain PPF letakkan harapan yang tinggi kepada semua ahli Majlis Persatuan dan Exco Kesatuan seramai 20 orang tersebut, dan nasib semua PPF memang terletak di bahu mereka.

Positive thinking, positive result. Tetapi jangan lupa, mereka semua juga adalah insan biasa. Sama macam lain-lain PPF. Tepuk dada tanya selera.

Pada masa inilah Biro Pendidikan, Biro Kebajikan dan Sosial, Biro Multimedia perlulah memainkan peranan sebab usia persatuan dan usia kesatuan telah matang, tetapi PF masih tidak mahu menerima pandangan dan cadangan keduanya. Ini menunjukkan PF memang terror, dan eloklah semua PPF sambung belajar dan jadi PF.

Segalanya di lihat dari perspektif akademik / ilmiah.

Tamat

12 Disember 2012
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    www.ppfmy.com Forum Index -> Diskusi Ahli Forum All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 1

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum


Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group