www.ppfmy.com Forum Index www.ppfmy.com
Forum ini dibangunkan untuk memudahkan ahli-ahli PPFM berdiskusi dan mengadakan perbincangan sesama ahli
 
 FAQFAQ   SearchSearch   MemberlistMemberlist   UsergroupsUsergroups   RegisterRegister 
 ProfileProfile   Log in to check your private messagesLog in to check your private messages   Log inLog in 

AGM NATIONAL UNION PHARMACY ASSISTANT ( NUPA ) 2008
Goto page 1, 2  Next
 
Post new topic   Reply to topic    www.ppfmy.com Forum Index -> Diskusi Ahli Forum
View previous topic :: View next topic  
Author Message
hius2007



Joined: 29 Jul 2007
Posts: 90
Location: Perak

PostPosted: Mon Mar 03, 2008 5:45 pm    Post subject: AGM NATIONAL UNION PHARMACY ASSISTANT ( NUPA ) 2008 Reply with quote

Tahun 2008 adalah tahun kebangkitan Pembantu Farmasi. Semua Pembantu Farmasi perlu menjalankan tugas masing-masing.

1. Jika Belum Jadi Ahli, jadilah ahli. Proses menjadi ahli telah dipermudahkan oleh Biro Keahlian , macam ABC je.
A. isi borang.
B. bank in kan RM 10.00 MAYBANK : 0140-2031-0915
C. poskan resit bank dan borang ke Setiausaha Agong.HSA Johor Bahru

2. Jika ada tunggakan, sila jelaskan segera sebab akaun tutup 31/3/2008

3. Jika ada masaalah salurkan ke tempat yang betul iaitu, Biro Masaalah di alamat mel : hius2007@yahoo.com.my

4. Jika ada cadangan, salurkan ke tempat yang betul untuk tindakan iaitu di alamat mel : hius2007@yahoo.com.my

5. Lain-lain hal serahkan kepada EXCO untuk perancangan dan tindakan.

Jika hanya pandai cakap je, kita tak kan ke mana.Kalau nak cakap lebih, datanglah ke Persidangan Tahunan di Terengganu Jun nanti.

He, he, he, jgn lupa mengundi pada 8 Mac nanti.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail AIM Address Yahoo Messenger MSN Messenger
paksitung



Joined: 24 Sep 2006
Posts: 14
Location: Narathiwat

PostPosted: Mon Mar 17, 2008 9:00 am    Post subject: AGM NUPA Reply with quote

Assalamualaikum Tuan HIUS,
Saja nak tanya,
Bila masa KKPFKMB ditukar ke NUPA - National Union????
Kan Kesatuan kite ni utk Malysia Barat je,
Back to top
View user's profile Send private message
hius2007



Joined: 29 Jul 2007
Posts: 90
Location: Perak

PostPosted: Tue Mar 18, 2008 11:41 pm    Post subject: Reply with quote

Alahai paksitung dan PF Sabah & Sarawak. Maaflah kerana membuat anda semua berfikir.Kita didaftarkan masa penjajah dulu. Nama penuhnya ialah National Union Of Goverment Pharmacy Assistants Peninsular Malaysia atau dalam bahasa melayunya Kesatuan Kebangsaan Pembantu Farmasi Kerajaan Malaysia Barat. Itu sahaja yang saya tahu. Mungkin semasa Mesyuarat Agong Tahunan Jun nanti kita boleh gunakan separuh hari untuk bincangkan nama ringkasnya, NUPA ke KKPFKMB ke ataupun P sahaja.

Jika ada Cendiakawan dari kalangan Pembantu Farmasi, sila hantar silibus basik dan silibus pos basik ke KKM sebab itulah yang akan dibincangkan di Port Dickson nanti.Nama ringkas tu, lain tahun pun boleh bincang.

Sebagai Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, seorang Pegawai Farmasi boleh menggunakan budi bicara mereka dalam mentadbir aktiviti seharian di jabatan farmasi. Berbeza dengan Pembantu Farmasi, yang berada di dalam katogeri kumpulan sokongan, kuasa kita amat terhad. Pernah seketika dahulu, Pembantu Farmasi pergi kursus induksi bersama Jururawat Masyarakat, Kerani dan Juruteknik sahaja.

Jika dilihat dari penggunaan laman web ini juga, rasanya tak sampai 2 peratus sahaja dari bilangan semua Pembantu Farmasi di Malaysia yang menggunakannya. Yang lain tu berada di zon selesa dan tak perlu buat apa-apa.

Sebenarnya Pembantu Farmasi bukan dalam dilema, Pegawai Farmasi yang pening sekarang ni sebab, kemanakah mereka nak export semua Pembantu Farmasi yang ramai ni.Apa pun selamat berfikir kepada semua Pembantu Farmasi. he, he, he.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail AIM Address Yahoo Messenger MSN Messenger
bob utara



Joined: 13 Apr 2007
Posts: 7
Location: Utara

PostPosted: Wed Mar 19, 2008 9:02 pm    Post subject: Reply with quote

Haloo Bro, bukan pegawai farmasi yang pening kepala tetapi sebahagian pembantu farmasi yang gilakan kuasa....... apa-apa pun Pegawai dapat juga Rm 750.00 Elaun Kritikal, kita apa ada habuk pun tak dak....
Jangan suka cakap memalut bro..... aktiviti yang dirancang tak terlaksana macammana nak tunjuk tauladan kpd ahli kesatuan untuk support kesatuan lu lalutla bro.....
Back to top
View user's profile Send private message
ZAHA



Joined: 16 Jul 2007
Posts: 11

PostPosted: Sun Mar 23, 2008 4:50 pm    Post subject: Reply with quote

Apa la lu bob utara, jgn guna bahasa kasar kat Sdr Hius. Tak baik la...kita ni sama2 Pf, tambahan plak dia tu org kuat Kesatuan, kena hormat sikit. Banyak yg Kesatuan dah buat kat kita Pf....Apa dia yg Kesatuan buat saya pun tak tau. Tak apalah saya pun dah keluar dah.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
hius2007



Joined: 29 Jul 2007
Posts: 90
Location: Perak

PostPosted: Sun May 18, 2008 11:09 pm    Post subject: Reply with quote

Lama dah tak lawat laman webni, maklumlah PF sebok 24H, tujuan laman web ni 50% dah tercapai. Ianya membuka minda PF yang dah lama tak adakan sessi percambahan minda. Tapi selagi AGM 2008 tak berlalu, web ni pasti panas dgn isu-isu semasa. Nanti lepas AGM barulah semua PF lega sebab segala yang terbuku di dalam dada dah diluahkan, hanya menunggu hasilnya sahaja.
Tapi dengan kekuatan seramai 1036 ahli, kita takkan ke mana. Nak ambil tindakan perusahaan mengikut undang-undang pun tak boleh. Majikan lebih cekap dalam hal ni, jika ada sesuatu permohonan dari kesatuan, KKM akan dapatkan maklumat keahlian daripada Kementerian Sumber Manusia, berapakah ramai ahli kita. Di situ kita dah kalah sebab hanya ahli yang berdaftar sahaja yang boleh mengambil tindakan perusahaan.
Apapun harap 2008 ni minda PF semua dah terbuka sebab, banyak maklumat dah disalurkan, akhirnya selamat bersidang. he he he he by.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail AIM Address Yahoo Messenger MSN Messenger
hius2007



Joined: 29 Jul 2007
Posts: 90
Location: Perak

PostPosted: Wed Nov 19, 2008 3:26 pm    Post subject: Reply with quote

Agm 2008 dah berlalu dan membawa 11 usol :-
1. Menempatkan U36 di Hospital Yg Ada Pakar ( Regional Hospital )
2. Menempatkan PPF di Unit Penguatkuasaan
3. Minimum 2 PPF di KK
4. PPF di Pusat Maklumat Ubat Hospital Utk Bantu U41
5. Elaun Kritikal PPF
6. Elaun Hazard PPF
7. Memohon Senarai tugas terkini PPF semua Gred
8. Mohon Beri Penajaan Pelajar Dip Farmasi di IPTS
9. Back Dated Gaji Diploma Farmasi Sejak 1993 Ikut Tribunal
10. Mohon Pbf ke PPF di percepatkan ( Selesai )
11. Mohon Agar PPF Jadi Skim Bersepadu.

Sebelum 31 Dis 2008, semua PPF perlu cari idea bagaimana nak capai semua tu . by
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail AIM Address Yahoo Messenger MSN Messenger
hius2007



Joined: 29 Jul 2007
Posts: 90
Location: Perak

PostPosted: Fri Nov 21, 2008 9:42 am    Post subject: Reply with quote

AGM 2008 dah berlalu dgn jayanya di trg tempoh hari. Semasa AGM 11 usol dah dibawa oleh ahli2 utk tindakan exco dan exco tlh mengadakan mesyuaratnya di perak pada Oktober yg lalu.

Usol no 1 hingga 4 telah dipanjangkan ke KKM dan tugas semua PPF sekarang ni ialah siapkan Borang Permohonan Jawatan Baru iaitu ABM8
(Anggaran Belanja Mengurus). Isikan borang ABM8 tersebut dan hantar ke KKM melalui ketua jabatan. Lepas ni, semua jawatan akan dapat dan diisi.

Berkenaan ABM8, satu penerangan kaedah mengisinya telah di adakan di Rumah Rehat Pengkalan Hulu, satu contoh borang yg lengkap telah diberikan kepada PPF yg hadir.

Jika memerlukan contoh borang tersebut, bolehlah dihubungi
Pn Rosmah Mahmud (U29)
Jabatan Farmasi
Hospital Teluk Intan
36000 TELUK INTAN, Perak. ( Tel : 019 5603669 )

Apa yg perlu dibincangkan ialah usol No 5.
Elaun Kritikal PPF.

Kerajaan memang nak beri elaun ini kpada PPF, tetapi PPF sendiri perlu mengemukan satu kertas kerja yg eklusif, komprenhensif dan dinamik untuk dipertimbangkan. Semasa mesyuarat MBJ tempoh hari, klu yg di beri ialah, PPF mesti membuktikan Farmasi tidak akan dibuka dan beroperasi tampa kehadiran PPF. Ini di tiru dari Penolong Pengawal Trafik Lapangan Terbang. Airplane tak akan di benarkan mendarat jika tiada kebenaran Penolong Pengawal Trafik, dan mereka dapat elaun kritikal.

PPF perlu deskripsikan tugas semasa, Nyatakan tentang latihan selama 3 tahun tersebut, dan implikasi jika PPF tak jalankan tugasnya.
Jika PPF pandai olah kertas kerja tersebut, tentu kita akan dapat elaun itu.

Tetapi masih ada masa, kajian semula Elaun Kritikal ialah pada 2013. Dan amatlah diharapkan semua PPF jgn timbulkan isu ini lagi kerana hanya pada 2013 kerajaan akan mempertimbangkannya ( Lima Tahun Sekali ) Kerja kita sekarang ialah siapkan kertas kerja yg power.

Jika seramai 3500 PPF bergabung tenaga, tak mustahil satu kertas kerja yg berkualiti dapat dihasilkan. Hantar semua cadangan kertas kerja / idea / dll ke hius2008@yahoo.com TQ
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail AIM Address Yahoo Messenger MSN Messenger
hius2007



Joined: 29 Jul 2007
Posts: 90
Location: Perak

PostPosted: Sat Dec 06, 2008 3:33 pm    Post subject: Reply with quote

Elaun Kritikal Penolong Pegawai Farmasi.

Isu ini amat mudah untuk di selesaikan. Sebagaimana yg semua tahu, elaun ini di kaji setiap lima tahun, maksudnya pada 2013. Tetapi jika semua PPF smart, kena buat kertas kerja yg komprehensive, lepas tu boleh dapat. Jika PPF berjuang sendirian, 2013 baru dapat. PPF masih ada jalan singkat untuk mencapainya. Itu pun terpulang kepada pilihan PPF sendiri.

Sebagaimana yg saya beritahu dahulu, jika nama farmasi di gunakan di Malaysia ini, kerajaan pasti akan merujuk kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM. Hanya BPF KKM je yg mengetahui selok belok farmasi di Malaysia. Seterusnya PPF perlu mendesak BPF KKM bagi mendapatkan elaun tersebut. Langkah pertama ialah bertemu dgn BPF KKM dan minta pendapat mereka, apakah PPF layak utk elaun tersebut. Jika mereka kata no, jawapnya tak ada harapanlah. Kena mogok ataupun work to rule, baru kerajaan akan timbangkan. Tapi kena ingat, hanya ahli Union sahaja yg boleh buat begitu, yg lain2 jika join, kena tindakan tatatertib.

Jika PPF betul-betuk nakkan elaun ni, kena atur strategi. Pertama lantik JK Pengelola yg berkaliber. Kedua bermesyuarat dan hasilkan kertas kerja yg bagus. Lepas tu adakan majlis tahlil dan bacaan yasin serta doa selamat. Lepas tu jumpa BPF KKM minta restu. Lepas tu hantar ke JP/KKM dan tunggu hasilnya. PPF perlu berani. Tak ada yg mustahil dlm dunia ni. Itu hanyalah jawapan bagi orang yg dah tak ada semangat utk hidup.
Jgn terkejut, baru2 ni kerajaan baru sahaja luluskan kenaikan gaji Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM). Alasannya ialah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) baru sahaja naik gaji 40% dan tugas APMM sama dgn ATM dan melayakkan mereka dapat kenaikan 40% juga.

PPF perlu gunakan isu ini utk dapatkan elaun tersebut. Isu yg perlu di ketengahkan ialah PPF adalah penolong kepada Peg. Peg dapat dan mengapa PPF tidak sedangkan membuat tugas yg sama. PPF juga perlu ketengahkan bahawa bilangan PPF lebih ramai dari Peg, ini menunjukkan memang PPF jadi penolong Peg. Jika di atur dgn baik, tentu pada 2009, PPF akan dapat Elaun tersebut. Satu perkara yg paling penting yg tak pernah di bincangkan ialah isu RM. Jika PPF banyak RM tentu isu ni mudah dikendalikan. PPFM/Union memang tak mampu utk tanggung kosnya. RM dlm tabung mereka hanya mampu utk menguruskan organisasi tersebut sahaja. Contoh yg paling nyata ialah Kes Tribunal Perkhidmatan Awam oleh Union pada 1993. Kos guaman yg perlu di tanggung ialah RM7000. Pada masa tu derma di pohon dari semua PPF. Jika tabung union digunakan, alamat muflislah pada tahun tu. Hasilnya kita menang dan semua U7 dapat kenaikan gaji, dapat tambahan cuti tahun, dan imej PPF kembali meningkat.

Semasa PPF nak atur strategi, kena fikirkan juga apa musibahnya. Sebab sekali kita kehadapan, amat sukar utk kita berundur. Jika BPF KKM tak sokong permohonan kita, kita kena cari alternatif lain yg bersesuaian. Apapun jika BPF KKM sokong, perjalanan kita jadi lancar. Saya amat berharap PPF kena lantik JK Pengelola ni yg lain dari PPFM/Union sebab semua Ahli Majlis dan Exco berkenaan, telah ada tanggungjawabnya yg tersendiri dan amat sukar utk membahagikan masa, tenaga dan RM. PPF di Malaysia ada lebih 2500, tentu boleh di selesaikan.

Jika dah bersemangat, bolehlah diteruskan. Jika tidak tunggulah pada 2013. Utk makluman semua jika semua PPF menyumbang RM10 seorang, kita akan dapat kumpul RM 25,000. Dgn RM sebanyak tu tak mustahil kita akan dapat elaun kritikal 10% dari gaji pokok. Gaji pokok saya ialah RM2500 dan dah tentu akan dapat RM 250 setiap bulan. Tu yang saya berminat sangat ni. Tapi bab RM ni, kena berhati2 sikit sebab, kerajaan memang tak suka organisasi yg ada banyak RM dlm tabung masing2. Masa nak kutip tu kena di luluskan dulu dlm mesyuarat. Dan RM kena masuk akaun dan di beri resit. Lepas tu baru boleh belanja dan penyata perbelanjaan kena lengkap dan di sokong oleh resit2. Tu yg lemah tu. Apapun cadangan saya biarlah JK Pengelola ni orang KL sebab dekat dgn Putrajaya dan utk jimatkan kos.

Seperkara lagi yg amat penting, seingat saya sejak jadi PPF hanya pada 1993 sahaja surat memohon derma di keluarkan. Itu pun setelah perlaksanaan SSB menggantikan gaji JK Kabinet. Kini SSM ada isu PTK pulak, tapi tak ada pun usol mohon derma bagi mengatasi isu PTK.

Apa pun harap semua PPF bersikap terbuka, telus dan prihatin. Jgn ada isu kecil yg diperbesarkan. Jika ada salah dan silap saya mohon maaf. Kita kena ingat, PPF ada 2500 di Malaysia, dan juga ada 2500 pandangan bagi setiap isu yg di bincangkan. Itulah kehidupan namanya. Selamat berforum kepada semua PPF. Time moving
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail AIM Address Yahoo Messenger MSN Messenger
hius2007



Joined: 29 Jul 2007
Posts: 90
Location: Perak

PostPosted: Thu Mar 12, 2009 7:26 pm    Post subject: Reply with quote

PERKEMBANGAN KKM PADA TAHUN 2009

Farmasi :
Pengarah Perkhidmatan Farmasi ( Jusa A )
Timbalan Pengarah Perkhidmatan Farmasi ( Jusa C )
Ketua Penolong Pengarah Kanan ( U54 )
Polisi Ubat Kebangsaan ( U52 )
Pengurusan Ubat & IT ( U52 )
Pembangunan Organisasi & Sumber Manusia ( U52 )
Pengurusan Kualiti ( U52 )

Amalan Farmasi Klinikal ( U48 )
Amalan Farmasi ( Hospital dan Kesihatan ) – ( U48 )
Pemonitoran Harga Ubat ( U48 )
Urusetia Senarai Ubat-Ubatan KKM ( U48 )
Keselamatan Pesakit dan Penggunaan Ubat ( U48 )
Maklumat Ubat dan Pendidikan Pengguna ( U48 )
Pengurusan Latihan dan CPD ( U48 )
Pembangunan Inter Organisasi dan Antarabangsa ( U48 )
Penyelidikan Pembangunan dan Perolehan Teknologi ( U48 )
Urusetia Lembaga Farmasi ( U48 )

Kepada semua PPF, sila siapkan satu kertas kerja agar PPF U32 di tempatkan di Bahagian Bahagian tersebut agar dapat membantu Peg dalam menjalankan tugas-tugas seharian mereka dengan lebih cekap dan effisien tampa meninggalkan kepentingan PPF

Lain-Lain Paramedik :
Semasa ABM8 2009 di keluarkan, amat jelas di perhatikan KKM telah berkembang maju. Di seretakan di sini di mana jawatan-jawatan baru dan tambahan yang telah di luluskan . Di bahagian tersebut terdapat juga Pakar Pakar KKM :

A KESIHATAN AWAM
Pengurusan Kesihatan Awam Ibu Pejabat / Negeri
- Pembangunan Kesihatan Keluarga
- Pendidikan Kesihatan

B RAWATAN PERUBATAN
- Pengurusan Perubatan Ibu Pejabat / Negeri
- Pengurusan Hospital

C FARMASI DAN BEKALAN
( kosong – tiada bahagian dan unit )

Unit-Unit Rawatan Perubatan:
Rawatan Kecemasan dan Pesakit Luar
Rawatan Am Pesakit Dalam
Perubatan Am
Pembedahan Am
O & G
Pediatrik
Orthopedik
Anastesiologi
ENT
Oftalmologi
Dermatologi
Neurologi
Pembedahan Neuro
Perubatan Transfusi
Perubatan Forensik
Urologi
Pembedahan Plastic
Radioterapi dan Onkologi
Pengimejan Diagnostik
Patologi
Pembedahan Kardiothorasik
Kardiologi
Perubatan Nuklear
Perubatan Respirotori
Psykiatrik dan Kesihatan Mental
Rehabilitasi

Jika PPF ingin terus maju, sejajar dgn perkembangan KKM, PPF perlulah berfikir apa kah tugas-tugas PPF di Unit-unit dan bahagian tersebut, dan mengaturkan strategi bagaimana ingin mencapainya.

Ini juga adalah sejajar dengan tugas-tugas utama PPF :
- Tugasan Penyelengaraan Setor
- Tugasan Pembantu Makmal Kimia Ubat
- Tugasan Penolong Pegawai Farmasi


he he he
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail AIM Address Yahoo Messenger MSN Messenger
hius2007



Joined: 29 Jul 2007
Posts: 90
Location: Perak

PostPosted: Wed Apr 08, 2009 12:47 pm    Post subject: Reply with quote

FORUM TERBUKA PENOLONG PEGAWAI FARMASI.

Salam muhibbah kepada semua PPF. Dah lama saya tidak mencoretkan sesuatu di sini kerana terlalu sebok dengan jadual kehidupan seharian. Sehingga kan nak talipon kawan-kawan pun tak ada masa. Maklumlah sejak di timpa kemalangan tempoh hari, diari kehidupan seharian juga telah berubah 100 %. Pada hari ini genap sudah 8 bulan saya kemalangan.

Saya ingin merujuk kepada Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembangan Kerjaya PPF. Perkara ini telah di umumkan oleh YB Dato’ M Mahalinggam, semasa AGM PPFM di Hotel Seri Malaysia, Ipoh, pada tahun1997. Bahagian ini adalah di bawah Amalan Perubatan KKM. Semua paramedik bergabung di bahagian tersebut kecuali PPF.

Bahagian tersebut juga membincangkan Expanded dan Extended Role bagi semua paramedik, kecuali PPF kerana PPF tiada wakil di bahagian tersebut. Alasan yang paling munasabah dengan ketiadaan PPF di sana ialah tiada kelepasan dari BPF KKM.

Tetapi kini pada tahun 2009, Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu telah di tubuhkan oleh KKM. Namun nasib PPF masih sama iaitu tiada wakil di sana bagi membincangkan Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembangan Kerjaya PPF.

Nama PF telah bertukar kepada PPF sejak 1 Jun 2008. Usia kita belumpun setahun. Apa yang pasti ialah pertukaran nama gelaran jawatan sahaja sedangkan Skim Perkhidmatan masih Pembantu Farmasi. Oleh itu janganlah semua PPF beranggapan kita pada masa ini adalah Penolong Pegawai Farmasi dari segi tugasan hakiki.

Pada Januarai 2009, Bahagian Sumber Manusia KKM ada mengeluarkan senarai jawatan baru yang di luluskan pada tahun 2009. Dan apabila di semak adalah di dapati perkembangan perjawatan PPF adalah amat sedikit jika di bandingkan dengan lain2 para medik. Jika di bandingkan dengan Peg Far, lagi jauh, ibarat langit dengan bumi.

Tetapi ini bukanlah salah sesiapa, tetapi adalah salah diri PPF sendiri yang tidak peka dengan Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembangan Kerjaya. Pada Julai 2008, Negeri Perak ada mengadakan satu bengkel pengisian borang ABM 8 tahun 2010. Dan di harap pada tahun 2010 semua jawatan PPF tambahan akan dapat di luluskan oleh kerajaan. Sebenarnya oleh JPA setelah di sokong oleh KKM.

Jika di buka laman web Bahagian Farmasi KKM, akan didapati satu Dorektori Farmasi pada tahun 2007. Jika di semak, didapati Pegawai Farmasi bertugas di semua Hospital dan Klinik Kesihatan seluruh negara. Walaupun bilangan mereka ramai, tetapi tiap seorang Pegawai Farmasi tersebut telah ada Unit nya yang tersendiri bersama tugas dan tanggungjawabnya. Oleh itu jangan terkejut, jika sebuah hospital ibu negeri mempunyai 40 orang Peg sedangkan PPF hanya 21 orang. PPF sendiri memang tiada unit yang tersendiri dan sebab itulah di kumpulkan di OPD sebagai filling oficer. Oleh itu, masa depan PPF adalah di tangan PPF sendiri. Jika PPF rajin memperjuangkan nya, maka akan adalah sedikit peningkatan.
Berbalik kita kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi ( BPF KKM ). Tiga katogeri jawatan yang paling ramai di BPF KKM ialah Peg. Far, PPF dan Pembantu Tadbir
(Setor). Nasib Peg Far memang terbela sebab mereka lah yang berkuasa di BPF KKM dan di Ketuai oleh seorang Jusa A. Nasib Pembantu Tadbir ( Setor ) juga terbela kerana mereka berada di berbagai jabatan kerajaan dan tentu ada orang di JPA yang akan mempertahankan mereka. Tetapi bagaimana pula dengan nasib PPF. Hanya PPF yang tahu. Tetapi masih belum terlambat. Asalkan jangan terlajak, sudahlah.

BPF KKM adalah macam parent bagi PPF. Perkara ini telah di terapkan semasa di sekolah Latihan Pembantu Farmasi lagi dan amat sukar di kikis. Itulah sebabnya setiap perjuangan PPF akan menghadapi jalan buntu. Pada hari ini, semangat PPF yang tulen perlu datangnya dari PPF yang mendapat latihan Out Sourcing. Sebab PPF KKM dah terikat dengan fakta dan sejarah sejak dahulu. Contohnya pertukaran namapun memakan masa selama 6 tahun. Permohonan lain-lain mungkin 2020 akan tercapai (lagi 11 tahun) .

Kita imbau sejarah yang berlaku pada 1996. Pada masa itu pemimpin tertinggi PPF mempunyai semangat juang yang kental. Berbagai masaalah PPF di bawa ke pengetahuan pihak atasan KKM. Hasilnya ialah satu surat di keluarkan oleh BPF KKM. Surat tersebut telah berjaya mengunci mulut PPF hingga kini ( 13 tahun ).

Jika ingin tahu apakah maksud surat tersebut, sila rujuk surat bil. surat bil. KKM-55/160 Bhg.1 (47) bertarikh 25 Oktober 1996. dan surat bil KKM-55/160 Bhg.1 (4Cool bertarikh 28 Oktober 1996 . Banyak PPF sudah melupakan surat tersebut dan pejuang PPF pada masa itu, ramai yang telah bersara. Surat tersebut di tujukan kepada semua Pegawai Farmasi KKM dan di arahkan untuk memaklumkan kepada semua PPF di kawasan masing-masing. Tajuk surat tersebut ialah :Tohmahan-Tohmahan Terhadap Perkhidmatan Farmasi Yang Dianggap Tidak sensitif Terhadap Keperluan Pembantu Farmasi. Surat tersebut di tanda tangani oleh Pengarah Perkhidmatan Farmasi KKM dan SK kepada
Ketua Pengarah Kesihatan, Tim. Ketua Setiausaha ( Pengurusan ) KKM, Setiausaha Bahagian (P), Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembagunan Tenaga Manusia dan Latihan KKM , Penolong Pegawai Tadbir Cawangan Paramedik dan Auksiliari,

Kandungan surat tersebut ialah menyatakan BPF KKM di tuduh tidak sensitif kepada peluang kemajuan kerjaya dan masa depan Pembantu Farmasi. Dan BPF KKM memberi jawapan , Bhg BPF KKM ingin memberi maklumat yang benar untuk menghindarkan dari penyebaran maklumat yg tidak tepat dan berat sebelah oleh pihak-pihak tertentu.

2.1 Surat dari Setiausaha Agong Kesatuan

2.2 Keputusan Tribunal Perkhidmatan Awam PF Kanan dari U8 ke U 7

2.3 ... maka bahagian ini berpendapat bahawa kurikulum berkenaan perlu di ubahsuai mengikut keadaan semasa memandangkan peluang untuk Pembantu Farmasi melanjutkan pelajaran dalam bidang profesional farmasi lebih cerah dan terbuka. Atas dasar ini, kurikulum berkenaan telah di ubah suai dan di gubal sedemikian rupa agar graduan latihan ini bukan sahaja layak di beri sijil diploma, malah pelajar2 yang cemerlang seterusnya boleh menggunakan sijil diploma ini sebagai asas untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi di universiti-universiti tempatan yang menawarkan kursus ijazah farmasi. Jika masih gagal mendapatkan surat tersebut, sila rujuk Arkib Negara..

Tetapi sejak surat tersebut keluar, semua PPF terkunci mulut dan tiada suara yang boleh keluar lagi. Diploma Farmasi di mulai pada 2003, sedangkan lain-lain paramedik sejak SSB iaitu 1992.( ketinggalan 11 tahun ). Lain-lain paramedik bila kerja terus ke P1T6 sedangkan PPF P1T1, beza gaji ialah RM220 sebulan . Gaji PPF yang dah bekerja 6 tahun sama dengan lain-lain paramedik yang baru melapor diri.

Tetapi semua PPF perlu berasa bangga sebab BPF KKM dah perjuangkan jawatan PPF
U38 dan U40 yang mana gaji mereka lebih tinggi dari U41. Sebab itulah semua PPF membisu dan bila tiba masanya dapat Promotion. Cuma nasib PPF U29 je yang belum terbela lagi. Saya suka mencadangkan agar pada masa hadapan, tiada lagi U29, sebab setelah bekerja selama 7 tahun, kita mohon agar PPF U29 secara KPSL terus ke U32.

Berbalik kepada taraf pemikiran PPF sendiri. Ramai PPF beranggapan membayar yuran Union RM2 sebulan dan yuran seumur hidup PPFM RM100 adalah membazir dan tiada berfaedah. Fikiran sebegini perlu di kikis. Jika benar PPF prihatin dengan profesion PPF, pejam mata dan bayar je yuran Union dan PPFM tu. Jangan tanya mereka buat apa dengan yuran yang kita bayar tu, tentu ada sesuatau yang bermunafaat daripadanya.
Nasib baik PPF bukan doktor pakar, jika tidak terpaksalah membayar RM 1000 bagi yuran Persatuan Doktor Pakar selama tiga tahun. Dan yuran ini wajib bagi semua doktor pakar. MMA jangan ceritalah, jika tak bayar yuran, pasti tak boleh jadi doktor.

Pendaftaran Pembantu Perubatan di bawah Akta Pembantu Perubatan telah di pinda mulai,1982. Bermaksud dah 27 tahun bersama Akta . Tetapi PPF pada 2009 pun masih belum mempunyai kesedaran untuk menjadi Ahli PPFM/Union. Harap semua PPF dapat berkumpul di Langkawi sempena AGM PPFM pada Julai nanti. Sambil tu bolehlah bercuti sambil shooping sakan. Jika naik Air Asia , murah je dari KL.

BPF KKM boleh mendaftarkan semua PPF melalui Arahan Jabatan. Dengan adanya pendaftaran, kerajaan boleh tahu berapakah bilangan sebenar PPF yang berada di Malaysia . Samaada berkhidmat dengan KKM, badan berkanun dan swasta. Tetapi KKM telah terlepas pandang semasa pindaan Akta Farmasi 2003. Pada 2003, semua lulusan Ijazah Farmasi perlu menjalani PRP dan FRP iaitu selama 4 tahun bersama KKM. Jabatan Bomba dan Penyelamat pernah mengeluarkan arahan jabatan agar semua alat pemadam api jenis ABC di periksa dan di luluskan oleh mereka. Semua rakyat Malaysia boleh pun mematuhi arahan tersebut. Walaupun tiada Akta yang mewajibkan pemeriksaan tersebut. Oleh itu secara ringkasnya, biarlah PPFM yang mendaftarkan semua PPF. Yuran seumur hidup Cuma RM 100 je. Union pulak, biarlah PPF yang bermasaalah je yang jadi ahli. Sebab salah satu tugas Union ialah menyelesaikan masaalah ahli dengan pihak majikan.

Dah banyak yang tertulis, nanti habis idea pulak. Dan biarkan lain-lain PPF berikan pandangan mereka, sebab PPF ni bijak-bijak belaka. By.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail AIM Address Yahoo Messenger MSN Messenger
hius2007



Joined: 29 Jul 2007
Posts: 90
Location: Perak

PostPosted: Sun May 03, 2009 5:00 pm    Post subject: Reply with quote

MAKLUMAT PENOLONG PEGAWAI FARMASI ( PPF )

Semasa AGM PPF di Terengganu tempoh hari, sebanyak 10 Kertas kerja telah di bentangkan dan kesemua nya telah di majukan ke pihak atasan. Apa pun hubungan yang berterusan sesama PPF amatlah di perlukan dalam memberikan beberapa maklumat-maklumat tambahan . Ini adalah kerana ada antara maklumat-maklumat tersebut telah tidak relevan lagi pada masa ini. Kertas Kerja yang di bentangkan adalah seperti berikut :

Penempatan U38 di Hospital Kawasan ( Regional Hospital ) Seluruh Negara
Penempatan PPF di Unit Penguatkuasaan Farmasi JKN Seluroh Negara
Menempatkan Minima Dua PPF di Klinik Kesihatan KKM
Menempatkan PPF di Pusat Maklumat Ubat di semua Hospital KKM
Memohon Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal ( BIPP ) bagi PPF
Memohon Elaun Harzard bagi PPF Yang Bertugas di Unit CDR
Memohon Kajian Semula Senarai Tugas Jawatan PPF 40 / 38 /36 / 32 / 29
Memohon Diberi Tajaan Kepada Pelajar Diploma Farmasi di IPTA / IPTS
Memohon Pengiktirafan Diploma Farmasi Mulai 1993
Memohon PPF Dijadikan Skim Bersepadu 29 / 32 / 36 / 42 / 44 / 48 / 52 / 54

Mulai 1 Jun 2008, pertukaran nama jawatan telah dilaksanakan dan lahirlah gelaran jawatan Penolong Pegawai Farmasi di KKM. Semasa PPF memohon pertukaran nama jawatan tersebut, beberapa aspek telah tertinggal dan tidak di ambil kira, dan hasilnya ada pihak yang berasa hati dengan nama jawatan baru ini.Perkara ini boleh di atasi jika PPFM / Union mencari jalan damai bagaimana untuk mengatasinya.

Pada Jun 2009, genaplah setahun usia Jawatan Penolong Pegawai Farmasi. Sebenarnya masih banyak lagi jalan-jalan yang berliku yang perlu PPF hadapi untuk mencapai kegemilangan . Sejak jawatan Pembantu Farmasi di wujudkan, belum ada satu perubahan yang Universal bagi kemajuan PPF. PPF hanya melihat keadaan sekeliling. Apabila Paramedik KKM lain berubah, barulah PPF cuba mengekori mereka. Dan PPF semua perlu akur bahawa dah banyak Paramedik lain dalam KKM yang maju dan berdikari dengan sendirinya, sehingga boleh mengawal Akta Pendaftaran mereka sendiri.

PPF pun boleh juga macam tu. Kita boleh bina satu asas yang kukuh dan berusaha untuk membina beberapa kejayaan di atasnya. Satu cadangan yang boleh di buat ialah dengan menanamkan azam bahawa setelah PPF berusia genap setahun, kita perlu ubah cara kita bertindak. Mulai 1 Jun 2009 , suara PPF biarlah hanya keluar dari Setiausaha Kehormat PPFM dan Setiausaha Agong Union. Lain-lain PPF hanya berikan cadangan dan idea sahaja. Dengan itu kita akan mengujudkan Bank Idea PPF. Dengan ini, kita telah menaikkan martabat PPFM dan Union dalam menjaga Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembang Kerjaya PPF.

Kalau semua PPF Malaysia tak bersetuju, mudah sahaja. PPFM dan Union hanya JAGA KEBAJIKAN AHLI sahaja. By.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail AIM Address Yahoo Messenger MSN Messenger
nori



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 120

PostPosted: Thu Oct 29, 2009 3:32 pm    Post subject: Reply with quote

British pernah berada di Tanah Melayu.Mengapa British datang ke Tanah Melayu, tiada yang tahu. Great Britain adalah rangkuman Scotland, Wales , Ireland dan England. Oleh itu memang PPF pun terdiri daripada berbagai latarbelakang juga. Ada yang Sijil Pembancuh Ubat, ada yang Sijil Juru Ubat, ada yang Sijil Pembantu Farmasi, ada yang Diploma Pembantu Farmasi dan akhir sekali ialah pemegang Diploma Farmasi. Semuanya sama sahaja, yang membezakan ialah Tahun Latihan dan Tahun Mula Bertugas.

Oleh kerana telah lama wujud, masaalah pun berbagai ragam. PPFM dan KKPFKMB memang ada bagi membantu, tetapi bidang kuasa mereka adalah terhad. Bawa ke AGM, diusolkan oleh ahli, diluluskan dalam AGM, barulah boleh bertindak. Tak kan PPF pun kena adakan EGM juga , macam lain-lain parti politik tu.

Memang semua keputusan kerajaan di buat di Putrajaya. Tetapi keputusan tersebut pasti tidak akan dapat memuaskan hati semua PPF di Malaysia. Jika masih ada beberapa ketidak puasan hati PPF, ianya perlulah di salurkan kepada saluran yang betul. Kerajaan memang tak dapat memenuhi kehendak 4000 PPF seluruh negara.

Pada masa ini PPFM dan KKPFKMB telah dapat membina jambatan yang kukuh antara PPF dan kerajaan. Tetapi ianya haruslah disedari, iaitu perkara tersebut hanyalah untuk memenuhi keperluan pentadbiran negara sahaja. Iaitu bagi memilih wakil dalam MBJ, bagi mematuhi Akta Kesatuan Sekerja dan bagi mematuhi Akta Pendaftar Pertubuhan.

Terdapat PPF yang masih mempunyai problem tersendiri dan ini di panggil kes terpencil. Jika ada problem seperti ini, kemanakah PPF harus salurkan. Maka wujudlah PPF yang bersendiri dan tidak mahu jadi ahli PPFM dan KKPFKMB . Siapa yang nak di salahkan. Takkan PPFM dan KKPFKMB kena pujuk setiap PPF agar jadi Ahli.

Budget dah dibentangkan oleh PM. Belanja kerajaan telah susut 11 %. PPF pasti akan dapat merasai kesannya pada tahun hadapan. Pada masa ini, setiap kakitangan awam wajib menghadiri kursus selama 7 hari setahun. Dengan budget yang telah mengecil, pasti kursus meningkatkan modal insan ini tidak dapat di penuhi. Pada hari ini pun, masih ada PPF yang masih belum pergi berkursus . Inikan pula nak capai 7 hari dalam masa lagi dua bulan ( Nov dan Dis ).

Arahan kerajaan dalam penjimatan ialah, perbelanjaan kursus adalah hanya 1% daripada jumlah bayaran omulumen setahun. Macam katogeri Paramedik lain, mereka ada RM Program, dan memang boleh buat kursus setiap minggu. PPF memang tiada program. Segala RM yang di terima hanya untuk beli ubat dan peralatan. Sebab itulah tiada kursus.

Bagi 2010, harap U36 / U38 / U40 ada di JKN bagi mencari ruang dan peluang utk PPF buat kursus. Paramedik lain telah lama ada jawatan tersebut di JKN. Disertakan Kertas kerja bertarikh 14 Ogos 2009. Lepas ni tentu PPF tiada masaalah terpencil.

PROGRAM PERKEMBANGAN KERJAYA DAN

PENINGKATAN MUTU PERKHIDMATAN

PEN PEG FARMASI DI KKM










PERMOHONAN PENGISIAN JAWATAN

PENOLONG PEGAWAI FARMASI U36

DI JABATAN KESIHATAN NEGERI

SELURUH NEGARA

Oleh :


Penolong Setiausaha Agong
Kesatuan Kebangsaan Pembantu Farmasi
Kerajaan Malaysia Barat.


14 Ogos 2009


1. RINGKASAN EKSEKUTIF :



Pada masa ini tiada Penolong Pegawai Farmasi Gred U 36 di tempatkan di Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri ( Farmasi ) Jabatan Kesihatan Negeri di seluruh negara. Ini adalah berbeza dengan lain-lain paramedik dalam Kementerian Kesihatan Malaysia. Lain-lain paramedik telah lama menempatkan jawatan kanan katogeri masing dan hasilnya perkhidmatan mereka lebih menonjol dan menyeluruh jika dibandingkan dengan Penolong Pegawai Farmasi.

Pada asalnya jawatan ini dinamakan Pembantu Farmasi dan telah bertukar kepada Penolong Pegawai Farmasi mulai 1 Jun 2008.


2. RASIONAL :

Penolong Pegawai Farmasi yang bertugas di Hospital dan Klinik Kesihatan di seluruh negara, mempunyai peranan, tugas dan tanggungjawab terhadap penjagaan pesakit seperti mana yang telah di gariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu seperti di bawah:

Peranan, Tugas Dan Tanggungjawab Penolong Pegawai Farmasi
di Hospital dan Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia:

Penolong Pegawai Farmasi berperanan sebagai kumpulan sokongan dalam memberikan Perkhidmatan Farmasiutikal di bawah penyeliaan Pegawai Farmasi di dalam set up penjagaan kesihatan. Peranan Penolong Pegawai Farmasi yang bertugas di Hospital dan Klinik Kesihatan adalah tulang belakang kepada Perkhidmatan Farmasi .

Selari dengan assimilasi Skim Perkhidmatan Pembantu Makmal Kimia Ubat
( PMKU ) ke dalam Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi, tugas PMKU di bidang pengeluaran ubat-ubatan dan kawalan mutu yang dahulunya dilaksanakan oleh PMKU, kini di ambil alih oleh Penolong Pegawai Farmasi.

Perkembangan yang pesat dalam Farmasi Klinikal dan Pemonitoran Program – Program Utilizasi Ubat-Ubatan telah mencetuskan keperluan kumpulan sokongan Penolong Pegawai Farmasi yang mahir serta membolehkan membantu keberkesanan dalam pengurusan ubat-ubatan dan “Pharmaceutical Care “ .

Walaubagaimanapun pendispensan ubat-ubatan samaada ianya dalam konteks Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar mahupun Perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam, masih menjadi teras tugas dan tanggungjawab Penolong Pegawai Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI FARMASI :

MEMESAN , MENERIMA, MENYIMPAN DAN MENDISPEN UBAT-UBATAN
(Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar dan Perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam)

2.1Memesan :

Memeriksa baki stok dan keperluan ubat-ubatan yang digunakan berdasarkan penggunaan sebelumnya
Menganggar kuantiti ubat-ubatan untuk dipesan berdasarkan keperluan
Memesan ubat-abatan menggunakan kod-kod yang ditetapkan
Mengemukakan indent untuk kelulusan dan tandatangani Pegawai Farmasi yang menjaga selaras dengan Akta Racun 1952.
Menyerahkan indent yang telah ditandatangani ke Stor Farmasi untuk bekalan.


2.2Penerimaan dan Penyimpanan :

menerima dan memeriksa bekalan yang diterima dari Stor Farmasi berdasarkan pesanan bagi memastikan bekalan betul dan berkedaan baik.
Menyimpan dan merekod ubat-ubatan serta merta secara teratur.
Melaksanakan pemeriksaan dari masa kesemasa untuk mengesan ubat-ubat yang melewati tarikh luput, rosak, ubat-ubat lambat bergerak, ubat / bekalan dipanggil balik ( Recall Product ) atau tidak boleh digunakan dan mencatatkan keputusannya.
Menyerahkan keputusan kepada Pegawai Farmasi yang menjaga dan membantu dalam menyediakan senarai ubat-ubatan untuk pelupusan mengikut prosedur – prosedur seperti yang digariskan dalam arahan Perbendaharaan atau senarai Ubat-Ubat Yang Lambat Bergerak untuk diedarkan kepada pengguna-pengguna lain jika perlu.

2.3 Pengrekodan :

Bertanggung jawab menjaga rekod penerimaan, penyimpanan dan pengeluaran ubat-ubatan samaada secara sistem kad atau komputer
Bertanggungjawab menyimpan rekod dan mengawal ubat-ubatan yang bertarikh luput.




2.4Pendispensan ( Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar )

Menjaga kebersihan farmasi terutamanya kaunter-kaunter ubat.
Memastikan alat sukatan, bekas-bekas ubat, alat-alat keengkapan farmasi , botol ubat,sampul ubat adalah bersih dan dalam keadaan yang baik untuk digunakan.
Menapis preskripsi untuk menentukan maklumat-maklumat yang terkandung lengkap, kepalsuan, interaksi ubat-ubat dan dos-dos yang dipreskrib dalam kadar lingkungan bukan norma ( not within normal range ) .
Mendispen ubat kepada pesakit-pesakit dengan menyampaikan arahan-arahan yang terang tentang cara penggunaan / pengambilan ubat dalam bahasa yang difahami.
Menyimpan rekod ubat psikotropik dan ubat-ubat terkawal yang didispen kepada pesakit sebagaimana peruntukan Akta Racun 1952.
Membantu Pegawai Farmasi yang menjaga dalam pemonitoran kegunaan ubat-ubatan.


2.5 Penyedian Sediaan Extemporaneous :

Menyediakan sediaan-sediaan extemporaneous berpandukan format standard yang diluluskan oleh Pegawai Farmasi yang menjaga apabila perlu.

2.6Perkhidmatan Pesakit Dalam :

Menyertai dalam perancangan pelaksanaan dan pemonitoran ubat-ubatan dan alat-alat perubatan / pembedahan ke Wad.
Menyediakan disinfektan untuk kegunaan wad mengikut ‘ SOP (Standard Operating Procedures ) ‘ .
Membantu Pegawai Farmasi yang menjaga semasa Pemeriksaan Wad / Unit bila perlu.
Mengisi troli dan mendokumentasikan profail ubat pesakit didalam kes ‘System Individualised Drug Distribution ‘ .
Memastikan label-label , botol-botol dan sebagainya untuk kegunaan wad adalah di dalam keadaan yang baik.

2.7Perkhidmatan Farmasi Klinikal -
Perkhidmatan Pemonitoran Drug Terapeutik (TDM)

Menerima sampel darah serta dengan borang permintaan TDM dan memastikan nama dan nombor pendaftaran pesakit atas label sampel darah adalah sama seperti di atas borang.
Memeriksa kehendak-kehenda penyimpanan dan memastikan samada sampel darah yang diterima normal , ‘ haemolysed’ atau ‘ icteric ‘
Centrifugekan sampel darah.
Memulakan prosedur-prosedur assay di atas serum darah yang telah dicentrifuge, dengan menggunakan mesin Analisis Serum Drug Concentration.
Merekod dan menfailkan semua maklumat mengenai pesakit dan keputusan assay yang diperolehi.
Mengemukakan keputusan ujian kepada Pegawai Farmasi yang menjaga untuk diperiksa dan dinilai.
Menjalankan calibrasi reagen sebulan sekali atau bila perlu di bawah penyeliaan Pegawai Farmasi yang menjaga.
Memastikan semua sampel darah yang tidak diguna, dimusnahkan mengikut ‘ SOP – Standard Operating Procedures ‘ .
Memastikan semua stok reagen dan ‘ disposables ‘ mencukupi.
Memaklumkan kepada Pegawai farmasi yang menjaga jika berlaku sebarang kerosakan alat/mesin atau lain-lain masaalah untuk tindakan selanjutnya.

2.8Perkhidmatan Farmasi Klinikal –
Perkhidmatan Rekonstitusi Drug Sitotoksik ( CDR )

Menyediakan bilik Rekonstitusi Drug Sitotoksik dan kabinet ‘ cytogard ‘ setiap pagi mengikut SOP – Standard Operating Procedures .
Menyediakan label-label yang perlu selaras dengan borang permintaan rekonstitusi yang telah disemak dan diluluskan oleh Pegawai Farmasi yang menjaga.
Menyedia dan mengatur drug dan alat-alat yang diperlukan dalam kabinet ‘ Cytogard “ untuk Rekonstitusi Drug Sitotoksi – CDR selaras dengan Standard Operating Procedures ( SOP ) .
Menbantu Pegawai Farmasi yang menjaga dalam aktiviti-aktiviti aseptk rekonstitusi.
Membungkus dan melabel drug sitotoksik yang direkonstitusi untuk disemak dan diluluskan oleh Pegawai Farmasi yang menjaga.
Membersihkan kabinet ‘ cytogard ‘ selepas persediaan drugsitotoksi , selaras dengan SOP.
Memusnahkan semua drug yang tidak digunakan serta ‘soiled item ‘ dengan betul selaras dengan ‘ Cytotoxic Drug Reconstitutions Procedure Manual ‘ .
Menghubungi Jururawat yang menjaga wad untuk memungut drug yang direkonstitusi dan memastikan drug tersebut diterima oleh Jururawat yang berkenaan.
Bertanggungjawab ke atas kawalan iventori drug, reagen dan alat-alat yang diperlukan serta memastikan stok yang mencukupi sentiasa dijaga. Apabila paras stok rendah atau lambat bergerak, Pegawai Farmasi yang menjaga diberi makluman untuk tindakan susulan.





2.9Perkhidmatan Farmasi Klinikal –
Perkhidmatan Total Parentral Nutrition ( TPN ) :

Mengawal item floor stok yang diperlukan untuk penyediaan TPN.
Memeriksa dan memastikan bekalan drug dari stor mencukupi.
Menjaga kebersihan umum bilik bersih selaras dengan Standard Operating Procedures ( SOP)
Mendisinfak kabinet luminar flow sebelum dan selepas digunakan mengikut Standard Operating Procedures ( SOP ) .
Menyediakan alat-alat , drug dan label untuk penyediaan TPN mengikut Standard Operating Procedures ( SOP ) .
Membantu Pegawai Farmasi dalam penyediaan solusi TPN menggunakan teknik aseptik.
Memastikan isipadu setiap solusi yang digunakan dalam penyediaan TPN sebagaimana dalam kertas kerja yang disediakan oleh Pegawai Farmasi.
Menghantar sampel ke makmal untuk analisa dan pensterilan kandungannya.
Mengeluarkan sediaan TPN untuk kegunaan wad setelah memperolehi kelulusan .



2.10Perkhidmatan Maklumat Drug ( PMD ) –
Penerangan Ubat-Ubatan Di Kaunter

Memberi arahan-arahan penerangan dalam penggunaan medikasi yang betul dalam kes-kes yang tidak rumit.

2.11Perkhidmatan Maklumat Drug ( PMD ) –
Pusat Penerangan Ubat-Ubatan :

Penyusunan penerangan ubat-ubatan ( Compilation ) . Membantu Pegawai Farmasi yang menjaga di dalam pengumpulan dan menfailkan maklumat-maklumat mengenai ubat-ubatan, artikal / abstrak yang berkaitan selaras dengan sistem yang ada di pusat tersebut. Membantu dalam dokumentasi dan kemasukan data yang ada hubungkait dengan perkhidmatan maklumat ubat-ubatan. Membantu dalam pengumpulan dan pemprosesan data yang dikumpulkan semasa semakan utilisasi ubat-ubatan atau lain-lain kajian atas aktiviti yang bersangkutan dengan Perkhidmatan Farmasi.
‘ Retrieval ‘ maklumat ubat-ubatan . Membantu Pegawai Farmasi yang menjaga dalam pengeluaran dokumen / artikal / abstrak yang berkaiatan dengan permintaan dan mengemukakan kepada Pegawai Farmasi untuk penilaian dan pembentukan yang berpatutan dengan keperluan peminta.
Percetakan Buletin , Newsletter dan lain-lain maklumat ubat-ubatan dan perkhidmatan pendua. Membantu Pegawai Farmasi dalam setting, artwork, pembacaan proof, mencetak dan menyampaikan maklumat ubat-ubatan melalui Buletin / berita yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Drug ( PMD ).
Penjagaan iventori. Membantu Pegawai Farmasi dalam penjagaan iventori , alat-alat kelengkapan, alat-alat sumber, dan sebagainya di Pusat Maklumat Drug ( PMD )

2.12 Pengeluaran dan Kawalan Mutu Dalam Proses :

Perolehan bahan-bahan mentah. Membantu dalam perolehan bahan-bahan mentah, komponen-komponen bungkusan, alat-alat pembungkusan dan label mengikut kertas kerja yang standard.
Membantu dalam pemeriksaan / penapisan dan pengrekodan maklumat-maklumat berkaitan nombor kontrol , nombor kumpulan dan tarikh pengeluaran terhadap bahan mentah , komponen-komponen bungkusan, bahan-bahan pembungkusan dan label-label.
Menyediakan kawasan kerja dan alat-alat untuk proses pengeluaran.
Menjalankan proses pengeluaran sebagaimana tertera di dalam ‘ Standard Operating Procedures ‘ selaras dengan ‘ Good Manufacturing Practice’ di bawah penyelian Pegawai Farmasi Kawalan Mutu .
Menjaga dokumentasi yang teratur bagi semua proses pengeluaran yang dijalankan sebagaimana yang tertera dalam ‘ Standard Operating Procedur ‘ selaras dengan kehendak-kehendak ‘ Good Manufacturing Practice ‘ di bawah penyelian Pegawai Farmasi Kawalan Mutu.
Melaksanakan Ujian Kawalan Mutu dalam Proses ( IPQC ) sepanjang proses pengeluaran sebagaimana tertera dalam ‘ Standard Operating Procedures ‘ selaras dengan ‘ Good Manufacturing Practice ‘ di bawah penyelian Pegawai Farmasi Kawalan Mutu .
Membantu dalam pemonitoran proses pengeluaran untuk memastikan komplian kepada ‘ Good Manufacturing Practice .
Bertanggungjawab keatas operasi dan penjagaan mesin-mesin serta alat-alat kelengkapan yang digunakan dalam proses pengeluaran.
Menjaga rekod yang teratur berkenaan dengan operasi dan penjagaan mesin-mesin serta alat-alat kelengkapan.
Bertanggungjawab secara bersama menentukan keselamatan kakitangan kawasan pengeluaran.
Membungkus ubat-ubat mengikut ‘ Standard Operating Procedures ‘ .

2.12Fungsi Kawalan Mutu - Di Dalam Makmal Analitikal :

Menjalankan Sampling bahan-bahan mentah, komponen-komponen bungkusan, bahan-bahan intermediate dan produk-produk siap selaras dengan ‘ Sampling Protocol ‘ yang ditetapkan di bawah penyeliaan Pegawai Farmasi Kawalan Mutu.
Menerima, memeriksa dan merekod samada semua sampel yang diterima sebagaimana yang tertera di bawah ‘ Standard Operating Procedures ‘ .
Menyediakan reagen dan bahan-bahan ujian yang diperlukan di dalam analisis sampel selaras dengan kaedah-kaedah analisis yang ditentukan.
Menganalisa sampel-sampel di bawah arahan dan penyeliaan Pegawai Farmasi Kawalan Mutu.
Mendokumentasikan semua data-data analitikal dan laporan-laporan ujian selaras dengan Amalan Makmal Yang Baik ‘ Good Laboratoring Practice ‘ .
Menyelaraskan tentuanukur ( Calibration ) semua alat-alat analitikal dan alat-alat kelengkapan selaras dengan Amalan Makmal Yang Baik ‘ Good Laboratoring Practice ‘ .
Menjaga rekod-rekod yang teratur bagi hal-hal yang berkaitan dengan tentuanukur
( Calibration ) , operasi penjagaan dan iventori semua instrumen analitikal dan alat-alat kelengkapan.
Membantu dalam penubuhan ( Establishment ) dan piawaian bahan-bahan kimia dan ‘Biological Reference Standard ‘ .
Bertanggungjawab ke atas penjagaan rekod iventori untuk bahan-bahan kimia, reagen, glassware dan sebagainya.
Mahir dalam penggunaan komputer yang berhubungkait dengan automasi makmal.
Bertanggungjawab bersama menentukan kebersihan dan keselamatan makmal.

2.14 Fungsi Kawalam Mutu Di Dalam Hospital ( Expanded Role )

Dengan perkembangan ‘ Terapeutic Drug Monitoring – ( TDM ) ‘ di Hospital, keperluan segera timbul untuk tenaga mahir yang diperlukan dalam memberi sokongan teknikal bagi melaksanakan fungsi-fungsi analitikal.
Applikasi Kawalan Mutu Asas Ujian Dosage Form yang siap dan bahan-bahan mentah ( Net Delivered And Non Standard Item ) .

2.15 Penjagaan Kebersihan :

Bertaqnggungjawab keatas kebersihan semua kawasan kerja.
Bertanggungjawab ke atas kebersihan sanitasi dan kesihatan serta kebersihan seluruh kawasan selaras dengan ‘ Good Manufacturing Practice ‘ .

Mamandangkan tugas-tugas Penolong Pegawai Farmasi di Hospital dan Klinik Kesihatan adalah kompleks dan memerlukan pemerhatian yang tinggi, maka wajarlah Penolong Pegawai Farmasi Gred U36 di wujudkan di semua Jabatan Kesihatan Negeri di seluruh negara bagi tujuan mengkordinasi semua tugas-tugas Penolong Pegawai Farmasi dari segi pentadbiran dan teknikal .

3SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATAN :

Jika permohonan ini di luluskan, tugas dan tanggungjawab Penolong Pegawai Farmasi Gred U36 di Bahagian Perkhidmatan Farmasi ,Jabatan Kesihatan Negeri di seluruh negara adalah seperti berikut :
SENARAI TUGAS PENOLONG PEGAWAI FARMASI GRED U 36
BAHAGIAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI
JABATAN KESIHATAN NEGERI SELURUH NEGARA

1. Pengurusan Ubat dan Teknologi Maklumat :
Membuat kerja-kerja teknikal tentang pengurusan ubat-ubatan dan teknologi maklumat bagi kegunaan Hospital dan Klinik Kesihatan serta kerja-kerja penyeliaan bagi semua Hospital dan Klinik Kesihatan .

2. Pembangunan Organisasi dan Sumber Manusia :
Membuat kerja-kerja teknikal tentang pembangunan organisasi dan keperluan tenaga manusia serta kerja-kerja penyeliaan bagi semua Hospital dan klinik Kesihatan.

3. Program Kualiti dan Pengurusan Kualiti :
Membuat kerja-kerja teknikal tentang program kualiti seperti MQH, ISO, KEIZEN, 5S , National Indicator Approach serta kerja-kerja penyeliaan bagi semua Hospital dan Klinik Kesihatan.

4. Amalan Farmasi Klinikal :
Membuat kerja-kerja teknikal tentang farmasi klinikal seperti TPN, CDR, TDM serta kerja-kerja penyeliaan bagi semua Hospital dan Klinik Kesihatan.

5. Amalan Farmasi Hospital dan Kesihatan Awam :
Membuat kerja-kerja teknikal tentang amalan farmasi di Hospital dan di Klinik Kesihatan serta kerja-kerja penyeliaan bagi semua Hospital dan Klinik Kesihatan.

6. Keselamatan Pesakit dan Penggunaan Ubat :
Membuat kerja-kerja teknikal tentang keselamatan pesakit dan penggunaan ubat di Hospital dan Klinik Kesihatan serta kerja-kerja penyeliaan bagi semua Hospital dan Klinik Kesihatan.

7. Maklumat Ubat dan Pendidikan Pengguna :
Membuat kerja-kerja teknikal tentang maklumat ubat dan pendidikan pengguna di Hospital dan Klinik Kesihatan serta kerja-kerja penyeliaan bagi semua Hospital dan Klinik Kesihatan.

8. Pengurusan Latihan dan CPD :
Membuat kerja-kerja teknikal tentang latihan dan CPD di Hospital dan Klinik Kesihatan serta kerja-kerja penyeliaan bagi semua Hospital dan Klinik Kesihatan.



9. Penyelidikan , Pembangunan dan Perolehan Teknologi :
Membuat kerja-kerja teknikal tentang penyelidikan, pembangunan, perolehan teknologi di Hospital dan Klinik Kesihatan serta kerja-kerja penyeliaan bagi semua Hospital dan Klinik Kesihatan.

10. Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.


4.TEMPAT-TEMPAT PENEMPATAN :

Apabila cadangan menempatkan Penolong Pegawai Farmasi Gred U 36 di semua Jabatan Kesihatan Negeri di seluruh negara di terima, bilangan jawatan yang diperlukan adalah sebanyak empat belas jawatan sahaja. Ini adalah kerana Jabatan Kesihatan Negeri hanya terdapat satu sahaja di setiap negeri di Malaysia.

5.DATA-DATA SOKONGAN :

Fungsi-fungsi utama Penolong Pegawai Farmasi Gred U 36 di Jabatan Kesihatan Negeri seluruh negara ialah membantu Penolong Pegawai Farmasi yang berkhidmat di Hospital dan Klinik Kesihatan di seluruh negara :
Untuk mengukuhkan sistembekalan supaya dapat memenuhi keperluan farmaseutikal dan lain-lain keperluan kesihatan dalam program Perkhidmatan Farmasi Hospital dan Program Perkhidmatan Farmasi Klinik Kesihatan.
Untuk memberi Perkhidmatan Farmasi yang cekap dan berkesan di Hospital dan Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Untuk menentukan kualiti, efikasi dan keselamatan dalam penggunaan ubat-ubatan dan lain-lain produk farmaseutikal di Hospital dan Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia .
Membantu dalam mempastikan rasionaliti dalam penggunaan ubat-ubatan di Hospital dan Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Fungsi Penolong Pegawai Farmasi Gred U 36 di Jabatan Kesihatan Negeri seluruh negara juga ialah membantu Penolong Pegawai Farmasi yang berkhidmat di Hospital dan Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan malaysia di seluruh negara dalam menyampaikan perkhidmatan yang menyeluruh ( Total Pharmaceutical Care ) , dengan membantu :

Mendispen ubat-ubatan kepada pesakit luar
Pengawasan prekripsi
Kaunseling pesakit luar dan pesakit dalam
Penerangan maklumat ubat-ubatan
Pembelajaran berterusan ( Latihan )
Pembekalan ubat kepada pesakit dalam
Pengeluaran persediaan farmaseutikal
Perkhidmatan Total Parenteral Nutrition ( TPN )
Perkhidmatan Therapeutic Drug Monitoring ( TDM )
Perkhidmatan Rekonstitusi Ubat Sitotoksik ( CDR )
Kawalan mutu dalam proses pengeluaran ( IPQC )
Amalan Pengeluaran Yang Baik ( GMP )
Amalan Pengsetoran Yang Baik ( GSP )
Rekod berkaitan Undang Undang Farmasi
Penerangan melalui Pusat Maklumat Drug ( PMD )
Latihan Penolong Pegawai Farmasi Pelatih dan Orientasi
Program Kualiti Assurance ( QAP )

Dengan adanya jawatan Penolong Pegawai Farmasi Gred U 36 di Jabatan Kesihatan Negeri seluruh negara, semua aktiviti farmasi seperti di atas boleh dijalankan dengan lancar. Ini adalah kerana tugas pentadbiran dan tugas teknikal yang akan djalankan oleh Penolong Pegawai Farmasi Gred U 36 tersebut :

6.IMPLIKASI KEWANGAN :

Penempatan Pembantu Farmasi Gred U 36 di Hospital Kawasan ( Regional Hospital ) tidak akan melibatkan implikasi kewangan yang tinggi kerana jawatan yang dipohon tidak banyak iaitu 30 jawatan sahaja.

Tanggan Gaji Pembantu Farmasi Gred U 36

U36P1T1 RM 2209.90 - U6P1T10 RM 3153.70
U36P2T1 RM 2285.80 - U6P2T10 RM 3315.40
U36P3T1 RM 2365.00 - U6P3T10 RM 3491.40

14 Jawatan x RM 2209.90 x 12 bulan = RM

Implikasi kewangan setahun ialah RM 3,712,632.00

Ini adalah lebih rendah apabila dibandingkan dengan pembaziran antiobiotik
( kes yang tidak perlu ) RM 2 juta setahun bagi sebuah hospital utama di Malaysia ( Kajian 1992 )

7.CARTA ORGANISASI.

Apabila cadangan menempatkan Pembantu Farmasi Gred U 36 di semua Hospital Kawasan ( Regional Hospital ) di luluskan, carta organisasi nya adalah seperti berikut .





CARTA ORGANISASI PEMBANTU FARMASI GRED U 36


Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri ( Farmasi )


Penolong Pegawai Farmasi Gred U 36


Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi
di Hospital / Klinik Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia


8.LAIN-LAIN FAKTA :

Penempatan Penolong Pegawai Farmasi Gred U 36 di Jabatan Kesihatan Negeri di seluroh negara, akan meningkatkan jenis-jenis perkhidmatan yang boleh di berikan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi kepada pesakit di Hospital dan Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia di seluruh negara. Ini akan sekaligus akan meningkatkan taraf kesihatan penduduk . Penjagaan farmaseutikal yang menyeluruh ( Total Pharmaceutical Care ) boleh di berikan kepada semua rakyat negara ini dan ianya adalah setanding dengan negara maju.

Penolong Pegawai Farmasi juga berganding bahu bersama Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memastikan kesejasteraan rakyat Malaysia dalam aspek perubatan dan kesihatan serta mempunyai visi dan misi yang tersendiri iaitu seperti berikut :-

VISI PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI :

Visi Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi ialah memberikan perawatan yang sempurna dengan cara pembekalan ubat-ubatan secara profesional , bekalan yang tepat, berkesan dan selamat serta mendidik masyarakat supaya mendapatkan ubat-ubatan daripada premis yang bertanggungjawab bagi menjamin perawatan yang optimum, penyembuhan yang segera serta kesan sampingan yang minimum.

MISI PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI :

Misi Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi ialah menjalankan tugas-tugas seharian dengan penuh beretika, berdedikasi, mengikut organisasi, menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab yang telah ditetapkan, dengan tujuan keyakinan pesakit akan bertambah dan seterusnya Perkhidmatan Pharmaceutical Care yang diberikan akan mencapai hasrat yang optimum seperti yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Organisasi Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi akan lebih mantap dan berketerampilan dengan adanya jawatan Pembantu Farmasi Gred U 36 yang akan menjalankan tugas-tugas berikut :-

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI FARMASI GRED U 36 DI JABATAN KESIHATAN NEGERI SELURUH NEGARA :

Penolong Pegawai Farmasi Gred U 36 di Jabatan Kesihatan Negeri seluruh negara adalah seorang pegawai perunding Penolong Pegawai Farmasi di peringkat negeri berkenaan .

Fungsi beliau ialah menjalankan tugas-tugas dalam semua aspek kefarmasian seperti berikut :-
Pentadbiran
Penyeliaan
Latihan
Lain-Lain Tugas

BIDANG KUASA :

Penolong Pegawai Farmasi Gred U 36 di Jabatan Kesihatan Negeri seluruh negara adalah beranggungjawab dalam perancangan pentadbiran Penolong Pegawai Farmasi di negeri berkenaan.

PERHUBUNGAN :

Seorang Penolong Pegawai Farmasi Gred U 36 di Jabatan Kesihatan Negeri seluruh negara adalah ketua bahagian dalam bidang kefarmasian yang melibatkan Penolong Pegawai Farmasi di negeri berkenaan dan bertanggungjawab kepada Pengarah Kesihatan Negeri dalam menjalankan tugas sehariannya yang berkaitan dengan pentadbiran.

Beliau bertanggungjawab kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri
( Farmasi ) negeri berkenaan berkaitan dengan bidang kefarmasian.

Berhubung dan menyelaras dengan Pengarah Kesihatan Negeri, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri ( Farmasi ) , Ketua Pegawai Farmasi, Pegawai Farmasi Yang Menjaga dan lain-lain pegawai yang terlibat dalam melaksanakan Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi.

Sebagai ketua bahagian dalam bidangnya, beliau dikehendaki berhubung rapat dengan lain-lain pegawai iaitu :
Pakar-Pakar Perubatan
Ketua –Ketua Jururawat
Penyelia Hospital
Pegawai Pendidikan Kesihatan
Dan lain-lain pegawai.

PENTADBIRAN :

Menyemak dan mengambil tindakan ke atas semua surat-surat berkaitan dengan Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi
Merancang dan menempatkan Penolong Pegawai Farmasi di dalam negeri berkenaan mengikut keperluan dan keutamaan
Menyediakan Nilaian Prestasi Kerja kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri ( Farmasi ) , Ketua Pegawai Farmasi dan menganggotai Jawatankuasa Penilaian Prestasi Penolong Pegawai Farmasi
Menyemak dan memberi sokongan keatas permohonan tuntutan perjalanan dan permohonan pinjaman kenderaan dan lain-lain .
Menerima , menyemak dan mengumpul data-data Penolong Pegawai Farmasi dari Unit-Unit bagi laporan bulanan, suku tahun, tahunan dan dari masa kesemasa.
Menyimpan dan mengemaskini data-data Penolong Pegawai Farmasi termasuk latihan dan CPD.
Mengawas supaya disiplin Penolong Pegawai Farmasi sentiasa baik dan dipatuhi
Bertemu dan merundingcara Penolong Pegawai Farmasi khusus yang bermasaalah dan menyiasat aduan-aduan mengenai Penolong Pegawai Farmasi serta menyediakan laporan apabila sesuai
Menentukan Penolong Pegawai Farmasi menerima pembayaran elaun-elaun , pengesahan dalam jawatan , semua kemudahan asas dan keselamatan
Mengatur dan menjalankan mesyuarat dengan semua peringkat Penolong Pegawai Farmasi
Menghadiri mesyuarat , dialog, perbincangan dengan Penolong Pegawai di seluruh negeri apabila perlu.
Memastikan semua urusan Penolong Pegawai Farmasi seperti kenaikan pangkat, latihan, pertukaran diedarkan
Menjadi Ahli Lembaga Temuduga untuk memilih Penolong Pegawai Farmasi mengikuti latihan / kursus.
Menyediakan Program Pelawat untuk pelawat-pelawat dari luar negeri/ daerah yang datang berkursus atau membuat lawatan sambil belajar.
Merancang dan memberi syor-syor mengenai pertukaran Penolong Pegawai Farmasi kepada Jawatankuasa Pertukaran.
Memastikan peralatan, ubat-ubatan dan bekalan mencukupi dan dalam keadaan baik.




PENYELIAAN :

Penolong Pegawai Farmasi Gred U 36 di Jabatan Kesihatan Negeri seluruh negara adalah dikehendaki membuat lawatan penyeliaan secara teratur dan kerap ke semua Hospital / Klinik Kesihatan dalam negeri berkenaan dan memberi nasihat serta bantuan kepada Penolong Pegawai Farmasi

Memeriksa dan memastikan rekod-rekod kefarmasian adalah lengkap dan teliti.
Penilaian rekod-rekod agar selaras dengan dasar-dasar Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi
Memerhatikan semua prosedur-prosedur dilakukan dengan betul
Memeriksa penyimpanan biologikal dan rantaian sejuk yang betul
Memeriksa bekalan ubat-ubatan , peralatan, alat-tulis mencukupi dan mengikut peraturan
Menilai beban-kerja di Hospital / Klinik Kesihatan berkenaan dan mengesyorkan langkah-langkah untuk memperbaiki Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi
Membuat pemeriksaan fizikal ke Hospital / Klinik Kesihatan untuk menentukan kebersihan, kecantikan dalam keadaan sempurna
Menyelaras masaalah kebajikan dan memberi bimbingan, galakan dan dorongan kepada Penolong Pegawai Farmasi.
Berbincang dengan Pengarah Hospital, Ketua Pegawai Farmasi , Pegawai Kesihatan Daerah dan lain-lain pegawai jika perlu berkaitan dengan masaalah dan Perkembangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi.
Memastikan perhubungan yang baik diantara Penolong Pegawai Farmasi, katogeri-katogeri lain serta orang awam.
Menyediakan laporan maklumbalas kepada Pengarah Kesihatan Negeri, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri ( Farmasi ) Pengarah Hospital , Pegawai Kesihatan Daerah dan lain-lain pegawai.
Menyelia aspek latihan Penolong Pegawai Farmasi Pelatih.

LATIHAN :

Membantu Pengarah Kesihatan Negeri Pengarah Hospital, Ketua Pegawai Farmasi, Pakar-Pakar Perubatan , Pegawai Kesihatan Daerah dalam menganjurkan dan merancang kursus – kursus dan latihan-latihan dalam perkhidmatan.

Memilih calon-calon yang sesuai untuk kursus-kursus latihan, kursus dalam perkhidmatan dan kursus lanjutan bagi Penolong Pegawai Farmasi.
Merancang dan mengambil bahagian dalam melaksanakan kursus-kursus dalam perkhidmatan bagi Penolong Pegawai Farmasi, kursus orientasi Penolong Pegawai Farmasi yang baru dan lain-lain kakitangan Perkhidmatan Farmasi.

LAIN-LAIN TUGAS :

Khidmat Nasihat :

Mengesyorkan semua permohonan tuntutan kenderaan, perbatuan dan permohonan pinjaman kepada Pengarah Hospital dan Pegawai Kesihatan Daerah untuk kelulusan
Memberi nasihat dan cadangan dalam projek projek pembangunan seperti keutamaa dan kesusuaian tempat.
Memberi nasihat kepada Pengarah Kesihatan Negeri, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri ( Farmasi ) ,Pengarah Hospital , Ketua Pegawai Farmasi dan Pegawai Kesihatan Daerah dalam penempatan dan pertukaran Penolong Pegawai Farmasi.
Memberi penjelasan jika perlu kepada Lembaga Tindakan Tatatertib mengikut peraturan Perintah Am.
Memberi cadangan-cadangan kepada Pengarah Kesihatan Negeri, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri ( Farmasi ), Pengarah Hospital , Pakar-Pakar Perubatan, Ketua Pegawai Farmasi, Pegawai Kesihatan Daerah dan lain-lain pegawai mengenai Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi.

Pendidikan Lanjutan dan Penyelidikan :

Penolong Pegawai Farmasi Gred U 36 di Jabatan Kesihatan Negeri seluruh negara hendaklah melengkapkan diri dan mengemaskinikan pengetahuannya dalam kemajuan semasa khususnya dalam aspek kefarmasian :

Menyebarkan maklumat-maklumat , majallah-majallah kepada semua Penolong Pegawai Farmasi
Menghadiri seminar-seminar dan bengkel-bengkel di dalam dan di luar negeri.
Menjadi ahli yang bergiat aktif dalam persatuan profesyennya dan agensi-agensi yang berkaitan
Mengambil bahagian dan membantu menjalankan kajian-kajian yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.

LAIN-LAIN TUGAS :

Penolong Pegawai Farmasi Gred U 36 di Jabatan Kesihatan Negeri akan mengambilalih tugas-tugas Penolong Pegawai Farmasi Gred U 36 di Hospital dan Klinik Kesihatan semasa ketiadaan beliau.

Menganggotai Lembaga / Jawatankuasa Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi, Jawatankuasa Pembangunan, Jawatankuasa Pentadbiran, Jawatankuasa Kewangan, Jawatankuasa Sukan
Menjalanakan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.
SEKIAN.



Penolong Setiausaha Agong
Kesatuan Kebangsaan Pembantu Farmasi
Kerajaan Malaysia Barat.




14 Ogos 2009
Back to top
View user's profile Send private message
ppfkkp



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 26

PostPosted: Sat Jul 31, 2010 12:44 pm    Post subject: Reply with quote

AGM 2010 Dah Berlalu
Terdapat Perubahan AJK
Harap AJK Baru Lebih Maju
Masa AGM 2008 dan 2009
Banyak Usol Telah Di Bawa
AJK Baru Tentu Banyak Kerja
Sebab Nak Selesaikan Semua Usol
Usol 2 PPF Setiap KK
Mula Di Bawa Pada 1992
Oleh PPF KK Batu Rakit Terengganu
Hasilnya Pada 2010 Cuma Berjaya 40% Je
Apapun Jika Di Atur strategi Dengan Bijaksana
Semuanya Akan Berjaya
Tahniah Dan Selamat Bertugas AJK 2010 / 2012
Back to top
View user's profile Send private message
nori



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 120

PostPosted: Mon Jan 31, 2011 9:03 pm    Post subject: Reply with quote

SELAMAT TAHUN BARU 2011 :

Pada masa ini, rakyat Malaysia amat bertuah kerana PPF telah menyumbangkan khidmat di seluruh negara. Khidmat ini telah bermula sejak 50 tahun yang lalu. Maka bolehlah semua PPF menyambut Ulangtahun Ke 50, Sambutan Jubilee Emas, kerana telah menyumbang untuk kemajuan negara. Jika tiada PPF, ramailah rakyat Malaysia tersilap makan ubat.

Dilema PPF terkini ialah beban kerja yang semakin bertambah, rakyat Malaysia juga semakin hari semakin bijak. Banyak soalan yang perlu di jawab semasa membekalkan ubat, terutama di Klinik Kesihatan KKM. Pada masa ini, guru Pra Sekolah pun dah ada Ijazah, tetapi PPF masih bekerja keseorangan sejak 20 tahun yang lalu.

Kertas kerja asal bagi menempatkan minimun 2 PPF di setiap Klinik Kesihatan KKM telah di sediakan oleh PPF KK Batu Rakit, Terengganu pada tahun 1992. Tetapi lihatlah hasilnya, masih ada lagi KK yang hanya seorang PPF je.

Semasa merasmikan mesyuarat PPF di Hotel Brisdale pada tahun 2010 yang lalu, KKM memberitahu bahawa memang mereka tahu bahawa masih banyak lagi PPF yang bekerja secara lone ranger. Tetapi PPF masih ingin tahu, berapa peratuskah usaha tersebut telah berjalan untuk mengatasinya dan pada tahun berapakah, minimin 2 PPF setiap KK akan berjaya di laksanakan.

Sepatutnya bagi setiap PPF yang telah senior di KK tersebut, bilangan pesakit perlulah menurun sebab, umur dah meningkat, rambut dah puteh, berjalan dah perlahan dan selalu pula mc, tetapi apa yang berlaku ialah sebaliknya. Semasa melapor diri untuk bertugas sebagai PPF, rakyat Malaysia hanya ada 18 juta sahaja, tetapi pada 2011 dah jadi 28 juta, MA dah ada 3 orang, Dr dah ada 2 orang, SN dah ada 5 orang dan JM dah ada 5 orang di KK tersebut. Tetapi PPF masih sorang je. Ni yang buat PPF tersebut nak lari malam. Di tambah pula dah ada FMS, tentu ubat pakar berjela-jela. Tetapi masih belum terlambat. Bilangan PPF setiap hari semakin bertambah sebab dah ada IPTA dan IPTS yang anjurkan Dip in Pharmacy. Tambahan pula Ubat SPUB, Ubat SMS, Ubat Pos Laju dan Farmasi 24 jam .Hanya keadaan je yang menentukan.

DRAFF KERTAS KERJA MENEMPATKAN MINIMUM
DUA ORANG PPF DI KLINIK KESIHATAN KKM SELUROH NEGARA.

1. Ringkasan Eksekutif :

Kertas kerja ini bertujuan bagi menempatkan MINIMUM dua orang PPF bagi setiap Klinik Kesihatan KKM seluruh negara. Penempatan ini adalah penting bagi membolehkan pesakit mendapat ubat yang lebih cekap, teratur dan mesra serta cepat. Jika sekali pandang, memang tiada bezanya antara seorang dan dua orang PPF.

Tujuan penempatan MINIMUM dua orang ialah :-

- Memastikan pesakit berpuas hati dengan segala perkhidmatan yang diberikan. Ruang masa antara pesakit dan PPF di kaunter akan bertambah.

- Menjelaskan segala kesulitan samaada dari segi pengetahuan tentang drug dan pengetahuan tentang rawatan terhadap pesakit . Dan ini akan keyakinan pesakit terhadap rawatan serta sekaligus mengurangkan risiko kegagalan rawatan.

- Memastikan semua ubat dalam keadaan terkawal dan mencukupi kerana aktiviti pre-packing boleh dijalankan sepanjang masa tampa mengganggu urusan di kaunter.

- Kawalan iventory setor, pungutan, menghantar pesanan ke Setor Intergrasi, merekod, memeriksa setok dan lain-lain tugas Pengurusan Setor dan Bekalan Farmasiutikal cekap dan teratur. Ini akan dapat mengurangkan pembaziran dalam tarikh luput dan setok yang berlebihan. Perkhidmatan Setor Farmasi akan lebih cekap.

- Bekalan Farmasiutikal kepada lain-lain unit juga akan lebih berkesan kerana pada masa ini semua Klinik Desa ( KD ) mengambil bekalan ubat dalam bentuk Bulk (kuantiti yang besar) dan akan di bungkus semula di Klinik Desa masing-masing tampa pengawasan PPF dari segi kebersihan, label dan tarikh luput .

- Penempatan PPF Kedua juga akan memastikan semua pesakit akan mendapat bekalan ubat daripada PPF terutama apabila PPF Pertama bercuti rehat, bercuti bersalin ataupun berkursus.

- Dengan adanya dua orang PPF Perkhidmatan Farmasi Masyarakat ( Community Pharmacy ) akan lebih berkembang kerana terdapat ruang bagi menyampaikan ceramah, melawat pesakit di rumah tentang penyimpanan ubat, nasihat kepada ahli keluarga tentang penyakit dan rawatan dll.

-

2. Rasional :

PPF adalah satu golongan kakitangan yang paling ramai sekali di Bahagian Perkhidmatan Farmasi. Boleh dikatakan, PPF adalah tulang Belakang perkhidmatan. Tetapi jika dibandingkan nisbah antara penduduk dan Pembantu Farmasi, bilangan Pembantu Farmasi masih terlalu sedikit. 28 juta orang Penduduk : 2124 orang PPF ( 1 : 11,770 )

Jika cadangan menempatkan dua orang PPF bagi setiapKlinik Kesihatan KKM diluluskan , bilangan PPF akan dapat ditingkat kepada 4000 orang. Dengan bilangan seramai 4000 orang PPF, Perkhidmatan Pesakit Luar di Klinik Kesihatan akan lebih berkesan dan ini akan mengurangkan kegagalan rawatan .

PPF perlu mempunyai bilangan yang mencukupi bagi menjayakan konsep Penjagaan Yang Menyeluruh ( Total Care ) memandangkan hanya PPF yang dilatih dalam pemberian ubat di kaunter dan pengurusan setor. Latihan yang diperolehi boleh digunakan sepenuhnya bagi membantu kejayaan Wawasan Kemeneterian Kesihatan Malaysia.


3. Senarai Tugas PPF

Perkhidmatan PPF terdapat di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia dan Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia. Perkhidmatan Hospital diletakkan di bawah Bahagian Hospital dan Klinik Kesihatan di letakkan di bawah Bahagian Kesihatan Awam.

Tugas-tugas PPF adalah mengikut dimana mereka ditempatkan, iaitu :-

- Pembantu Farmasi Gred U 29 di Bahagian Farmasi Pesakit Luar ( Hospital )
Bahagian Kaunter
- Pembantu Farmasi Gred U 29 di Bahagian Farmasi Pesakit Luar ( Hospital )
Bahagian Pengeluaran ( Prabungkus )
- Pembantu Farmasi Gred U 29 di Bahagian Farmasi Pesakit Luar ( Klinik Kesihatan )
Bahagian Kaunter
- Pembantu Farmasi Gred U 29 di Bahagian Farmasi Pesakit Luar ( K. Kesihatan )
Setor dan Bekalan Farmasiutikal

Senarai Tugas PPF Gred U 29 di Bahagian Farmasi Pesakit Luar (Hospital)
Bahagian Kaunter Ubat.

Nama : PPF Gred U 29
Unit : Bahagian Farmasi Pesakit Luar ( Hospital ) – Kaunter Ubat.

1. Bertanggungjawab kepada Pegawai Farmasi y/m melalui saluran tertentu.
2. Memastikan kebersihan tempat bertugas setiap waktu.
3. Menokoktambah stok ubat-ubatan dan bahan-bahan mendispen di kaunter.
4. Memeriksa semua preskripsi supaya jelas , lengkap dan sempurna.
5. Mengisi dan melabel ubat-ubat yang betul dalam kuantiti yang mencukupi mengikut preskripsi yang diterima.
6. Mendispen dan memberi arahan penggunaan ubat kepada pesakit yang betul dengan jelas dan lengkap.
7. Mengendali penyediaan “ extemporaneous bila diperlukan.
8. Merekod ubat-ubatan tertentu seperti yang ditetapkan
9. Menjalankan tugas lebih masa atau atas panggilan mengikut jadual yang ditetapkan
10. Merujuk sebarang masaalah yang timbul kepada pegawai atasan.
11. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.


Senarai Tugas PPF Gred U 29 di Bahagian Farmasi Pesakit Luar (Hospital)
Bahagian Pengeluaran ( Prabungkus )

Nama : PPF Gred U 29
Unit : Bahagian Farmasi Pesakit Luar ( Hospital ) –Pengeluaran ( Prabungkus )

1. Bertanggungjawab kepada Pegawai Farmasi y/m melalui saluran tertentu.
2. Memastikan kebersihan tempat bertugas setiap waktu dan memakai pakaian seragam dengan kemas.
3. Menjalankan tugas harian dengan teliti, cekap, berdedikasi, berkesan dan bersopan santun.
4. Memastikan semua aktiviyi dalam penyediaan ubat dilakukan mengikut “ Standard Operating Procedures ( SOP ) “ dan Amalan Perkilangan Baik ( GMP ) .
5. Menentukan kerja-kerja kebersihan bilik penyediaan ubat dijalankan mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh Amalan Perkilangan Baik ( GMP ).
6. Memastikan bahan-bahan mentah dan kertas yang diperlukan sentiasa mencukupi untuk penyediaan ubat setiap hari .
7. Melibatkan diri dalam penyediaan Farmaseutikal Non-Steril dan antiviti prabungkus.
8. Mengambil sampel semua sediaan non-steriluntuk ujian-ujian kawalam mutu dilakukan.
9. Merekod ubat-ubat tertentu seperti yang ditetapkan.
10. Menjalankan tugas lebih masa atau atas panggilan mengikut jadual yang ditetapkan.
11. Merujuk sebarang masaalah yang timbul kepada pegawai atasan.
12. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

Senarai Tugas PPF Gred U 29 di Bahagian Farmasi Pesakit Luar
( Klinik Kesihatan ) Bahagian Kaunter Ubat.

Nama : PPF Gred U 29
Unit : Bahagian Farmasi Pesakit Luar ( KK Jenis 1 & 2 ) – Kaunter Ubat.

1. Bertanggungjawab kepada Pegawai Farmasi y/m melalui saluran tertentu.
2. Memastikan kebersihan tempat bertugas setiap waktu.
3. Menokoktambah stok ubat-ubatan dan bahan-bahan mendispen di kaunter.
4. Memeriksa semua preskripsi supaya jelas , lengkap dan sempurna.
5. Mengisi dan melabel ubat-ubat yang betul dalam kuantiti yang mencukupi mengikut preskripsi yang diterima.
6. Mendispen dan memberi arahan penggunaan ubat kepada pesakit yang betul dengan jelas dan lengkap.
7. Mengendali penyediaan “ extemporaneous bila diperlukan.
8. Merekod ubat-ubatan tertentu seperti yang ditetapkan
9. Menjalankan tugas lebih masa atau atas panggilan mengikut jadual yang ditetapkan
10. Merujuk sebarang masaalah yang timbul kepada pegawai atasan.
11. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

Senarai Tugas PPF Gred U 29 di Bahagian Farmasi Pesakit Luar
( Klinik Kesihatan ) Bahagian Kaunter Ubat.

Nama : PPF Gred U 29
Unit : Bahagian Farmasi Pesakit Luar ( K.Kesihatan Jenis 3 ) – Kaunter Ubat.

1. Bertanggungjawab kepada Pegawai Perubatan & Kesihatan y/m
2. Memastikan kebersihan tempat bertugas setiap waktu.
3. Menokoktambah stok ubat-ubatan dan bahan-bahan mendispen di kaunter.
4. Memeriksa semua preskripsi supaya jelas , lengkap dan sempurna.
5. Mengisi dan melabel ubat-ubat yang betul dalam kuantiti yang mencukupi mengikut preskripsi yang diterima.
6. Mendispen dan memberi arahan penggunaan ubat kepada pesakit yang betul dengan jelas dan lengkap.
7. Mengendali penyediaan “ extemporaneous bila diperlukan.
8. Merekod ubat-ubatan tertentu seperti yang ditetapkan
9. Memastikan stok ubat-ubatan dan barang-barang bukan ubat sentiasa mencukupi dan tiada pembaziran.
10. Mengambil, menerima, memeriksa, merekod serta menyimpan barang yang diterima.
11. Mengeluar, merekodkan pengeluaran, memeriksa dan membekalkan semua pesanan yang diluluskan.
12. Menyimpan dan merekodkan baucer penerimaan dan pengeluaran.
13. Menyimpan data-data statistik untuk keperluanlaporan tahunan dan projek-projek tertentu.
14. Menjalankan tugas lebih masa atau atas panggilan mengikut jadual yang ditetapkan
15. Merujuk sebarang masaalah yang timbul kepada pegawai atasan.
16. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.


Apabila Cadangan Penempatan Tambahan PPF di luluskan, Senarai Tugas PPF Gred U 29 adalah terbahagi kepada dua tugas utama iaitu Perkhidmatan Kaunter Farmasi dan Perkhidmatan Setor dan Bekalan Farmasiutikal.
Tugas serta tanggungjawab PPF Gred U 29 tersebut adalah seperti berikut :


PERKHIDMATAN KAUNTER FARMASI .

Senarai Tugas PPF Gred U 29 di Bahagian Farmasi Pesakit Luar (K.Kesihatan )
Bahagian Kaunter Ubat.

Nama : PPF Gred U 29
Unit : Bahagian Farmasi Pesakit Luar ( Poli. Komuniti Jenis 3 ) – Kaunter Ubat.

1. Bertanggungjawab kepada Pegawai Perubatan & Kesihatan y/m
2. Memastikan kebersihan tempat bertugas setiap waktu.
3. Menokoktambah stok ubat-ubatan dan bahan-bahan mendispen di kaunter.
4. Memeriksa semua preskripsi supaya jelas , lengkap dan sempurna.
5. Mengisi dan melabel ubat-ubat yang betul dalam kuantiti yang mencukupi mengikut preskripsi yang diterima.
6. Mendispen dan memberi arahan penggunaan ubat kepada pesakit yang betul dengan jelas dan lengkap.
7. Mengendali penyediaan “ extemporaneous bila diperlukan.
8. Merekod ubat-ubatan tertentu seperti yang ditetapkan
9. Memastikan stok ubat-ubatan dan barang-barang bukan ubat sentiasa mencukupi dan tiada pembaziran.
10. Mengambil, menerima, memeriksa, merekod serta menyimpan barang yang diterima.
11. Mengeluar, merekodkan pengeluaran, memeriksa dan membekalkan semua pesanan yang diluluskan.
12. Menyimpan dan merekodkan baucer penerimaan dan pengeluaran.
13. Menyimpan data-data statistik untuk keperluanlaporan tahunan dan projek-projek tertentu.
14. Menjalankan tugas lebih masa atau atas panggilan mengikut jadual yang ditetapkan
15. Merujuk sebarang masaalah yang timbul kepada pegawai atasan.
16. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.


PERKHIDMATAN SETOR DAN BEKALAN FARMASIUTIKAL.

Senarai Tugas PPF Gred U 29 di Bahagian Farmasi Pesakit Luar
( Setor dan Bekalan Farmaseutikal ) - Hospital / P. Komuniti Jenis 1, 2 dan 3

Nama : PPF Gred U 29
Unit : Bahagian Farmasi Pesakit Luar ( Setor dan Bekalan Farmasiutikal )
( Hospital / p. Komuniti Jenis 1, 2 & 3 )


1. Bertanggungjawab kepada Pegawai Farmasi y/m melalui saluran tertentu.
2. Memastikan kebersihan tempat bertugas setiap waktu dan memakai pakaian seragam dengan kemas.
3. Menjalankan tugas harian dengan teliti, cekap, berdedikasi, berkesan dan bersopan santun.
4. Memastikan semua aktiviyi dalam penyediaan ubat dilakukan mengikut “ Standard Operating Procedures ( SOP ) “ dan Amalan Perkilangan Baik ( GMP ) .
5. Menentukan kerja-kerja kebersihan bilik penyediaan ubat dijalankan mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh Amalan Perkilangan Baik ( GMP ).
6. Memastikan bahan-bahan mentah dan kertas yang diperlukan sentiasa mencukupi untuk penyediaan ubat setiap hari .
7. Melibatkan diri dalam penyediaan Farmaseutikal Non-Steril dan antiviti prabungkus.
8. Mengambil sampel semua sediaan non-steriluntuk ujian-ujian kawalam mutu dilakukan.
9. Merekod ubat-ubat tertentu seperti yang ditetapkan.
10. Memastikan stok ubat-ubatan dan barang-barang bukan ubat sentiasa mencukupi dan tiada pembaziran.
11. Mengambil, menerima, memeriksa, merekod serta menyimpan barang yang diterima.
12. Mengeluar, merekodkan pengeluaran, memeriksa dan membekalkan semua pesanan yang diluluskan.
13. Menyimpan dan merekodkan baucer penerimaan dan pengeluaran.
14. Menyimpan data-data statistik untuk keperluanlaporan tahunan dan projek-projek tertentu
15. Menjalankan tugas lebih masa atau atas panggilan mengikut jadual yang ditetapkan.
16. Merujuk sebarang masaalah yang timbul kepada pegawai atasan.
17. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

4. Tempat-tempat Penempatan PPF Gred U 29 Tambahan.

Pada masa ini semua kemudahan kesihatan milik Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai PPF Gred U 29. Ini adalah selaras dengan Norma Perjawatan Pembantu Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Norma Perjawatan adalah seperti berikut :-

Aktiviti Perkhidmatan : Nisbah :

Pesakit Luar ( Klinik Kesihatan / Hospital ) 1 orang : 1 Unit Farmasi
( Tambahan Pembantu Farmasi ) 1 orang setiap tambahan 50 pesakit
sehari.

Cadangan Norma Perjawatan yang baru ialah Dua Orang PPF Gred U 29 bagi setiap Klinik Kesihatan / Farmasi Pesakit Luar.

PPF Gred U 29 tambahan ini boleh ditempatkan diseluroh negara yang mana di Klinik Kesihatan tersebut hanya mempunyai seorang PPF Gred U29 sahaja.


Cadangan Norma Perjawatan PPF Yang Baru Adalah Sepoerti Berikut :-

Aktiviti / Perkhidmatan : Nisbah :

- Pesakit Luar ( Hospital ) 1 orang : 1 unit farmasi
( tambahan ) 1 orang setiap tambahan 50 pesakit / hari

- Pesakit Luar ( k Kesihatan ) 2 orang : 1 unit farmasi
( tambahan ) 1 orang setiap tambahan 50 pesakit sehari.

- Pesakit Dalam 1 orang : setiap 2 wad ( 28-30 katil / wad )

- Khidmat TPN / IV Admix. 1 orang : setiap 300 kes sebulan.

- Khidmat Farmasi Onkologi 1 orang : setiap hospital

- Perkhidmatan Pengeluaran Farmasiutikal 1 orang : setiap 300 pek mendispen sehari

- Gantian Tambahan untuk gantian 1 orang setiap
5 orang PPF

5. Data-Data Sokongan :

Dengan bertambahnya bilangan PPF di Klinik-Klinik Kesihatan di seluroh negera, peranan dan tanggungjawab yang lebih besar boleh di serahkan kepada PPF bagi kesejasteraan rakyat.

Didalam Rancangan Malaysia Ke sembilan ( RM9 ) beberapa hospital baru dan klinik kesihatan baru akan di bina dan ini akan menyebabkan, akan terdapat hospital dan klinik kesihatan yang berhampiran dengan rumah pesakit. Perawatan yang menyeluruh akan dapat diberikan melalui penglibatan PPF di dalam aktiviti rawatan pesakit dan termasuk pencegahan. Perkhidmatan PPF akan menjadi lebih berkesan dan selamat.

6. Implikasi Kewangan :

Pada masa ini, satu pertiga dari Klinik Kesihatan di seluroh negara , telahpun mempunyai dua orang PPF Gred U 29. Pengisian tambahan dua pertiga PPF di Klinik Kesihatan lain, tidak akan membebankan kerajaan kerana , pesakit akan mendapat ubat yang berkualiti dan perkhidmatan yang cekap dan selamat.

Skim Gaji PPF ialah Gred U 29

P1T1 RM 830.50 - P1T26 RM 2137.30
P2T2 RM 883.20 - P2T26 RM 2295.70
P3T1 RM 936.10 - P3T26 RM 2435.40

Implikasi Kewangan Tambahan adalah tidak begitu ketara jika dibandingkan kemudahan yang pesakit akan dapat . Penempatkan seorang PPF Gred U 29 tambahan akan menyebabkan sistem rawatan kesihatan KKM akan dipertingkatkan lagi .

Faedah yang diperolehi daraipada penempatan Tambahan PPF Gred U29 ialah :-
- Pengurusan Setor dan Bekalan Farmasiutikal Yang Lebih Baik Tampa Pembaziran.
- Pesakit Akan Mendapat Ubat Yang Berkualiti, Berkesan dan Selamat.
- Pessakit Akan Mendapat Ubat Dalam Masa maksimum 10 minit (dlm keadaan biasa)
- Pengawalan Ubat Mahal Dengan Lebih Cekap Tampa Pembaziran.
- Peningkatan Aktiviti Pusat Maklumat Drug ( PMD )

Apabila dibandingkan Kebaikan Yang Diperolehi dan Implikasi Kewangan, kebaikan Penempatan PPF Gred U 29 adalah lebih banyak daripada keburukan.


7. Carta Organisasi PPF Gred U 29 Tambahan di Poliklinik Komuniti.

PEGAWAI PERUBATAN DAN KESIHATAN Y/M


PPF Gred U 29 PPF Gred U 29
( Pesakit Luar ) ( Setor dan Bekalan Farmasiutikal )


8. Lain-lain Fakta dan Data :

Sebagaimana yang diketahui umum, semakin negera bertambah maju, jenis-jenis penyakit juga bertambah. Klinik Kesihatan akan sentiasa penuh sesak dengan pesakit yang ingin mendapatkan rawatan. Ini ditambah pula dengan peningkatan harga ubat-ubat baru yang berkualiti serta kesan sampingan yang minimum. , pesakit yang tidak mampu akan membanjiri Farmasi KKM. Kemelesetan ekonomi juga akan menyebabkan perkhidmatan Farmasi KKM akan digunakan sepenuhnya oleh rakyat negara ini.

Dengan adanya PPF Gred U 29 tambahan, PPF sedia ada akan menumpukan tugas-tugas yang lebih penting di kaunter. Tugas di kaunter bukanlah hanya membekalkan ubat sahaja. Beberapa aspek perawatan yang sepenuhnya boleh dimainkan oleh PPF . Sessi kaunseling dengan pesakit semasa pemberian ubat boleh dijalankan agar pesakit benar-benar faham tentang penyakit serta tatacara perawatannya.

Apabila terdapat dua orang PPF Gred U 29 di setiap Klinik Kesihatan di seluroh negara, kedua-dua PPF tersebut ada mempunyai peranan masing dalam memajukan perkhidmatan farmasi agar setanding dengan negara-negara lain di dunia ini.

Antaran tajuk-tajuk ceramah dan tugas-tugas pendidikan serta latihan yang boleh dilakukan oleh PPF Gred U 29 kedua ialah :-

INTERAKSI UBAT-UBATAN
( DRUG INTERACTION )

Interaksi ubat-ubatan dikatakan berlaku apabila kesan sesuatu ubat di dalam badan kita berubat di sebabkan kehadiran ubat lain , makanan , minuman atau sesuatu bahan kimia dan kesan keracunan akan terjadi. Betapa beratnya interaksi ubat haruslah di pandang secara serius oleh semua Pembantu Farmasi dan pesakit agar perawatan yang maksimum boleh dicapai. Tugas ini penting semasa pemberian ubat kepada pesakit di kaunter.

Pada masa dekad ini, terdapat berbagai-bagai jenis penyakit yang memerlukan rawatan. Jika pesakit mendapatkan rawatan untuk 2 jenis penyakit , kemungkinan berlakunya interaksi ubat tetap ada. Terdapat berbagai-bagai jenis ubat yang bertindak secara berlawanan dan jika di beri bersama akan menyebabkan keracunan ubat.

Bagi kejayaan perawatan, PPF perlu mempunyai banyak masa bersama pesakit bagi menilai kesan-kesan positif dan negatif interaksi ubat .

Faktor-faktor interaksi ubat :

 mekanisma penyerapan yang tidak sama
 perubahan pH gasterousus
 penyerapan berkurang disebabkan pengabungan ion
 perubahan kadar peristalsis
 perubahan tapak di lasma antara 2 ubat
 perubahan pada metabolisma ubat
 tindakan enzim dalam badan
 perubahan aliran darah
 perubahan pada buah pinggang dan air kencing
 interaksi berlawanan ( antagonis )
 dan lain-lain.

Sehubungan dengan itu, apabila dua orang PPF Gred U 29 ditempatkan di setiap Klinik Kesihatan, PPF dikaunter boleh menitikberatkan aspek mengenai interaksi ubat semasa membekalkan ubat kepada pesakit dan PPF kedua menumpukan kepada tugas-tugas Setor dan Bekalan Farmasiutikal.
PENGELUARAN FARMASIUTIKAL MAKMAL FARMASI
( MANUFACTURING PHARMACY )

Dengan adanya dua orang PPF Gred U 29 di Klinik Kesihatan , tugas-tugas semasa membuat kerja bungkus semula boleh dilakukan secara sistemetik serta teratur mengikut prosedur GMP. . Aspek-aspek GMP amat sukar dipraktikkan jika hanya seorang sahaja PPF Gred U 29 bertugas di Klinik tersebut.

Objektif bahagian Pengeluaran Farmasi ialah :
- memberi perkhidmatan yang cekap
- perlaksanaan program kualiti ( Quality Assurance Program – QAP )
- memberi kefahaman tentang amalan pengilangan yang baik ( Good Manufacturing Practice – GMP )
- mendedahkan tentang kawalam mutu dalam proses.

Kebaikan GMP ialah memastikan hasil-hasil pengeluaran adalah tetap kepada satu tahap yang ditetapkan. Tetapi semasa ianya dikendalikan oleh semua paramedik, tahap tersebut haruslah dijaga supaya tidak tercemar. Kerosakan boleh berlaku apabila paramedik cuai semasa mengendalikan hasil pengeluaran tersebut.

Jenis-Jenis Hasil Pengeluaran Farmasi :
- ubat ubat cecair kegunaan luar dan dalam
- ubat titis ( persediaan steril )
- ubat kerin dll.

Dengan adanya dua orang PPF Gred U 29 di setiap Klinik Kesihatan, keluaran yang bersih serta selamat boleh dibekalkan dengan lebih cekap , teratur serta berkesan.


AMALAN DISPENSING YANG BAIK
( GOOD DISPENSING PRACTICE )

Apabila dua orang PPF Gred U 29 di tempatkan di setiap Poliklinik Komuniti, amalan dispensing yang baik boleh dipraktikkan sepenuhnya.


Takrif dispensing bagi ubat dan racun menurut undang-undang ialah

“ membekalkan ubat atau racun mengikut preskripsi yang di terima dari pengamal perubatan , doktor gigi atau doktor haiwan yang berdaftar “

Dalam praktis sebenar, aktiviti dispensing melangkaui lebih dari maksud perundangan dan melibatkan pembancuhan, pengbungkusan, penglabelan dan pembekalan.

Pada masa ini ubat-ubat lebih banyak terdapat dalam bentuk siap untuk digunakan yang tersedia untuk dibekalkan. Ubat-ubat yang perlu disediakan terlebih dahulu semakin berkurangan.

Pengetahuan yang mendalan perlu semasa menjalankan tugas mendispen drug kerana ianya bukan sekadar membekalkan ubat tetapi juga merangkumi pemberian maklumat dan nasihat kepada pesakit.

Matlamat dispensing ialah membekalkan ubat dengan cekap, tepat dan selamat. Ciri-ciri komunikasi yang baik mesti terjalin semasa dispensing. Disamping itu, keadaan fizikal juga perlu.

Antara aktiviti dispensing ialah :
- pembancuhan
- pembungkusan
- pengisian ubat
- melabel dengan sempurna
- membekalkan
- nasihat tentang drug.

PPF Gred U 29 boleh mengamalkan amalan dispensing yang baik semasa membekalkan ubat kepada pesakit. Penempatan PPF Gred U 29 tambahan akan membantu dalam pemberian ubat yang berhati-hati dan menumpukan perhatian kepada pesakit.

UBAT-UBAT SAIKIATRIK
( PSYCHIATRIC DRUG )

Ubat saikiatric ialah ubat yang mengawal sistem otak manusia. Ia di gunakan bagi mengurangkan kesan-kesan penyakit mental. Satu paras yang stabil ubat di dalam darah diperlukan sebelum kesan sesuatu ubat tersebut di peolehi. Amatlah penting bagi semua pesakit saikiatrik mengambil ubat dengan dos yang betul dan dalam kuantiti yang betul. Kadar pematuhan yang tinggi akan menyebabkan penyakit mental boleh di rawat.

Dalam keadaan biasa apabila pesakit tidak mengambil ubat tersebut, terdapat penurunan kepekatan ubat dalam darah yang mendadak dan akan menyebabkan perubahan dalam diri pesakit . PPF mesti mempunyai masa yang mencukupi semasa mendispen . Ubat saikiatrik juga adalah racun terkawal dan kefahaman tentang aspek undang-undang akan membantu PPF semasa menjalankan tugas seharian. Penyimpanan yang rapi dan rekod yang tepat perlu kerana ubat ini sering di salahgunakan.

Kesan yang lebih serius adalah akibat dari tidak mengambil ubat dan diantaranya ialah membunuh diri sendiri dan juga orang lain. Kebanyakan ubat saikiatrik juga adalah di bawah pengawasan Doktor Pakar dan ubatnya adalah mahal, sukar diperolehi dan mempunyai kuasa yang amat kuat. Pengetahuan yang mendalam serta tambahan PPF Gred U 29 perlu bagi mengendalikan pesakit dan ubat berkenaan memandangkan semua pesakit tersebut perlu diberi perhatian yang lebih sedikit berbanding dengan pesakit-pesakit biasa.


PENGURUSAN SETOR
( STORE MANAGEMENT )

Setor peralatan dan setor perubatan mempunyai sistemnya yang tersendiri . Ini adalah kerana semua barang-barang nya adalah cepat rosak dan mempunyai tarikh luput .

Sepintas lalu organisasi setor adalah seperti berikut :
- Bahagian Kawalan Setok
- Bahagian Perolehan Barang-Barang
- Bahagian Iventori

Aktiviti bahagian penyimpanan ialah :
- Penerimaan Barang-barang
- Penyimpanan Barang-Barang
- Pengeluaran Barang-Barang
- Pengiraan Setok
- Pelupusan Barang-Barang.

Aktiviti Bahagian Perolehan Barang-Barang :
- Pembelian Runcit
- Pembelian Terus
- Sebut Harga
- Tender
- Kontrak Pusat

Aktiviti Bahagian Iventory
- Borang Pesanan Rasmi
- Buku Vot
- Buku Ledger
- Kad Kawalan Setok
- Kad Petak

Aktiviti Penerimaan barang-Barang :
- Pemeriksaan
- Bilangan Kotak
- Timbangan

Aktiviti Bahagian Penyimpanan :
- Suhu yang terkawal
- Bahan mudah terbakar
- Bahan mneghakis
- Mengikut Abjad, jenis, kelas , kegunaan, bentuk dan lain-lain.

Aktiviti Bahagian Pengeluaran :
- Masuk dahulu keluar dahulu


Aktiviti bahagian Pengiraan setok :
- Sekali Setahun
- Catitan dan Fizikal mesti sama

Aktiviti bahagian Pelupusan :
- Lembaga Pemeriksa
- Tampa Lembaga Pemeriksa
- Cara-cara pelupusan.

Semua Klinik Kesihatan haruslah mempunyai PPF Gred U 29 ( Setor dan Bekalan Farmasiutikal ) tambahan agar segala tatacara pengurusan dan pengendalian setor dapat dipraktikkan secara berkesan .

KAUNSELING
( COUNCELLING )

Kaunseling bertujuan memberi pendidikan kepada pesakit khasnya dan kaum keluarga pesakit amnya agar membolehkan beliau mengamalkan cara-cara tertentu dalam pengubatan dan perawatan dengan tujuan menyembuhkan dari penyakit serta mengelakkan komplikasi-komplikasi tertentu.

Objektif kaunseling ialah :
- mengekalkan status kesihatan pesakit
- menyebarkan maklumat di kaunter berkenaan penyakit dan ubatnya.
- membantu kaum keluarga pesakit agar memahami keadaan penyakit pesakit
- mengubah tingkahlaku terhadap kepentingan menjaga kesihatan
- membantu pesakit memahami dirinya sendiri
- membantu pesakit mengubah tabiat hidupnya untuk kepentingan perawatannya
- menekankan kepentingan pematuhan memakan ubat.

Tumpuan kaunseling :
- pesakit sendiri
- kaun keluarganya yang akan membantu

Pematuhan memakan ubat :
- nama ubat
- kegunaan ubat
- tempoh dimakan
- cara mengambil / menggunakan
- kesan sampingan
- penyimpanan
- dan lain-lain.

Apabila semua Klinik kesihatan mempunyai dua orang PPF Gred U 29 , Aktiviti kaunseling boleh ditingkatkan kepada pesakit agar penyembuhan yang segera diperolehi.

PENGGUNAAN UBAT SECARA RASIONAL
( RATIONAL USE OF DRUG )

WHO dalam konvensyennya di Nairobi Kenya pada 1985 menyatakan :

Penggunaan Ubat Secara Rasional ialah pesakit menerima ubat yang sepatutnya untuk tujuan klinikalnya, dalam dos yang sesuai pada dirinya, dalam jangka masa yang sepatutnya, pada kos yang rendah untuk dirinya sendiri dan masyarakat amnya.

Kriteria yang perlu ada pada penggunaan ubat secara rasional ialah :
- kegunaan yang sesuai dalam keadaan penyakitnya dan ubat tersebut selamat serta berkesan
- jenis ubat tersebut adalah sesuai pada dasar keberkesananya , keselamatan dan kos yang berpatutan.
- Ubat tersebut diberikan kepada pesakit yang tiada kontraindikasi , sesuai dan kesan sampingan yang minimum
- Memberikan maklumat yang secukupnya kepada pesakit tentang kepekatan dos, kestabilan ubat, cara penyimpanan dan kesan kepada perawatanya.
- Pemantauan yang secukupnya bagi mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini.

Kesalahan yang biasa dilakukan semasa memberikan ubat :
- pemberian ubat yang salah apabila tiada ubat diperlukan
- pemberian antibiotik kepada kanak-kanak yang tidak perlu
- pemberian ubat yang tahap kesannya tidak diketahui
- pemberian ubat yang tahap keselamatanya tidak diperolehi
- gagal memberikan ubat yang paling berkesan yang boleh diperolehi
- memberikan ubat yang betul dalam persediaan yang salah

Sebab berlakunya penggunaan ubat yang tidak rasional :
- kurang latihan dan pengetahuan
- role model yang tidak mencukupi
- tiada maklumat ubat yang terkini
- pesakit yang terlalu ramai dan beban tugas tinggi
- kurang pengalaman dan pengetahuan yang silap tentang keberkesanan ubat

Kesan penggunaan ubat yang tidak rasional :
- mengurangkan kualiti rawatan
- ubat yang berkesan kurang digunakan dan berlaku pembaziran
- menambahkan kesan sampingan ubat
- menambahkan kekebalan kuman terhadap ubat

Cara meningkatkan penggunaan ubat secara rasional :
- komunikasi antara paramedik dan pesakit akan membantu pesakit mematuhi pengambilan ubat.
- Pembungkusan ubat yang sesuai bagi memudahkan pesakit mengambilnya
- Label yang terang, lengkap serta penerangan yang jelas kepada pesakit.

Apabila terdapat dua orang PPF Gred U 29 di Poliklinik Komuniti berkenaan, aspek Penggunaan Ubat Secara Rasional boleh dipraktikkan secara serius serta berkesan.


KOMUNIKASI
( COMMUNICATION )

Terdapat dua jenis kominikasi iaitu :
- komunikasi massa ( maklumbalas berbeza , penyebaran luas )
- komunikasi bersemuka ( maklumbalas baik, penyebaran terhad )

Komunikasi massa amat sesuai bagi maklumat-maklumat ternyata ( factual imformation ) manakala komunikasi bersemuka lebih berkesan dalam mempengaruhi perubahan sikap, pemikiran dan amalan.

Kandungan dan mesej komunikasi :
- banyaknya komunikasi
- kekerapan komunikasi
- penglibatan satu pihak atau dua pihak

Komunikasi antara PPF Gred U 29 dan pesakit amatlah penting dalam kejayaan sesuatu rawatan kerana Pembantu Farmasilah yang akan membekalkan semua maklumat yang diperlukan oleh pesakit. Dengan adanya PPF Gred U 29 tambahan, semua pesakit akan dilayan dengan mesra dan jujur adil dan saksama memandangkan terdapat banyak masa untuk mendispen.


KESELAMATAN SETOR
( SECURITY OF STORE )

Sebuah setor samaada setor perubatan ataupun setor barang-barang mesti dijaga keselamatannya agar perkara yang buruk boleh di elakkan.

Ciri-ciri keselamatan setor :
- menyediakan sistem pengawasan dan penyimpanan kunci-kunci.
- mengadakan peraturan memeriksa setor pada akhir waktu pejabat.
- menyediakan senarai semak tentang keselamatan setor

Menyediakan sistem keselamatan setor yang lengkap dan teratur :
- lokasi setor tersebut
- penggunaan ruang ang maksimum
- rak yang boleh diubah-ubah bentuknya serta rak yang teguh
- penyimpanan barang-barang berat
- penyimpanan barang-barang dalam bekas standard
- penyimpanan barang-barang tercerai, berharga dan menarik.
- penyimpanan cecair mudah terbakar, gas, asid, bahan kimia dan lain-lain.
- pemeriksaan keluar masuk pegawai dan kakitangan
- sistem pencegahan dan melawan kebakaran.

Keselamatan setor yang baik bererti penjagaan harta yang mustahak dan berharga. Setor yang baik akan sentiasa berusaha untuk membekalkan barang-barang tampa ada gangguan . Apabila terdapat PPF Gred U 29 tambahan, penjagaan setor dari aspek keselamatan akan menjadi lebih mudah dan teratur.


PERKHIDMATAN FARMASI 24 JAM /
BEKERJA PADA MASA YANG DILANJUTKAN /
TINGGAL ATAS PANGGILAN .

Aktiviti farmasi telah banyak mengalami peribahan pada masa ini. Salah satunya ialah perkhidmatan farmasi 24 jam.

Farmasi perlu di buka 24 jam kerana :
- memberikan ubat kepada pesakit luar dan pesakit dalam dan ini akan membantu pesakit dalam perawatannya
- pesakit boleh mengambl bekalan ubatnya pada bila-bila masa sahaja dan ini penting kepada pesakit yang mempunyai rawatan berpanjangan yang mana jika tidak mengambil ubat akan menyebabkan rawatannya tergendala.
- pesakit akan dibekalkan ubat dengan berkesan, selamat, pantas dan cekap serta kos terhadap pesakit akan berkurangan.
- pengendalian ubat secara individu boleh dilakukan.
- kekerapan menyukat paras ubat dalam darah dapat di kawal
- perkhidmatan 24 jam perlu bagi menampong keperluan yang tidak dapat diperolehi dari pengilang.

Sejarah perkhidmatan farmasi 24 jam :
- pada permulaanya hanya pada waktu pejabat sahaja
- ditambah kepada selepas waktu pejabat dan sehingga pesakit habis
- seterusnya dilanjutkan hingga 10 malam bagi unit kecemasan
- kini perkhidmatan 24 jam di perkenalkan

Kebaikan perkhidmatan 24 jam :
- bekalan yang sedikit sahaja dibekalkan kerana 24 jam beroperasi
- tiada ubat yang luput tarikh dan tiada pembaziran
- percampuran ubat iv boleh dibuat pada bila-bila masa
- berhubung rapat dengan unit dos/unit use
- semua pesakit akan ada ubat secara individu
- paramedik hanya memberi sahaja ubat yang telah disediakan.

Percampuran ubat iv yang lebih baik kerana :
- jika farmasi tidak buat, paramedik pasti akan membuatnya sendiri
- farmasi mencampurkan ubat tersebut secara steril
- terdapat ubat yang hanya stabil pada masa yang tertentu dan farmasi mencampurkanya hanya apabila hendak digunakan .

Dengan adanya Tambahan PPF Gred U 29 , tugas membekalkan ubat akan tiada batasan
( Seamless, Borderless Dispensing ).

PROGRAM JAMINAN KUALITI
( QUALITY ASSURANCE PROGRAM – QAP )

Qap Bahagian Perkhidmatan Farmasi mula diperkenalkan pada tahun 1987 dan dilancarkan secara rasminya pada tahun 1990. Pada peringkat awalnya , kualiti yang dititikberatkan ialah :

- purata bilangan perkara bagi setiap preskripsi
- bilangan pesakit yang faham cara pengambilan ubat setiap 1000 preskripsi

Memandangkan Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah berkembang, beberapa indikator baru telah diperkenalkan dan dijadikan indikator kebangsaan, antaranya ialah :

- maksima bilangan perkara yang di tulis atas preskripsi ( 3 )
- kesalahan semasa mendispen ( 0 % )
- kadar ‘ turn over ‘ jumlah nilai stok di setor perubatan ( antara 3-6 )
- kadar nilai lupus dari setor ( kurang dari 0.5 % )

Dengan adanya PPF Gred U 29 tambahan, beberapa indikator boleh dipantau dan ini meningkatkan lagi kecekapan perkhidmatan farmasi.


PERKHIDMATAN MAKLUMAT DRUG
( DRUG IMFORMATION SERVICES – DIS )

Tujuan DIS di ujudkan ialah :
- memberi pendedahan kepada paramedik tentang pusat tersebut, matlamat penubuhanya dan perkhidmatan yang boleh diberikan.
- memberi pengetahuan kepada paramedik tentang berbagai sumber rujukan, jenis maklumat drug yang penting dan menerangkan bagaimana sumber-sumber ini dapat digunakan dalam melaksana tugas-tugas seharian.
- memberi satu rangkaian sumber terhadap racun dan ubat yang terdapat di Malaysia serta cara-cara sistem ini dapat di manfaatkan dalam usaha meningkatkan penjagaan kesihatan pesakit.

Sumber-sumber rujukan :
- rujukan umum seperti artikal-artikal dan monograf sesuatu ubat
- rujukan primer seperti Medline, Medicus, IOWA, laporan klinikal, laporan kes, penyelidikan farmakologi, laporan epidemiologi dan lain-lain.

Fungsi yang berguna bagi DIS :
- penilaian ubat dari segi penggunaan, kekerapan dan dos
- melaporkan kesan buruk drug
- mengedarkan formula standard
- pendidikan dan latihan mengenai DIS

Dengan adanya PPF Gred U 29 Tambahan, perkhidmatan DIS akan diperluas dan semua maklumat yang perlu akan disebarkan kepada pesakit / paramedik / Doktor.


PENGLABELAN UBAT-UBATAN DENGAN NAMA GENERIK
( WRITING PRESCRIPTION IN GENERIC )

Peraturan ini bertujuan bagi melatih semua paramedik / Doktor agar membiasakan diri dengan penulisan secara generik. Nama generik sesuatu ubat itu tidak akan berubah walau di negara manapun ianya di gunakan . Ianya adalah tetap. Sedangkan nama perdagangan adalah sentiasa berubah mengikut syarikat yang mengeluarkan ubat tersebut.
Contoh yang paling jelas ialah PANADOL;
Nama Generik ialah PARACETAMOL

Nama Synonim ialah ACETAMENOPHANE

Nama Perdagangan Nama Syarikat
Panadol Smith Kline Beecham Sdn Bhd
Setamol Hovid Pharmacy Sdn Bhd
Uphamol Upha Pharmaciutical Sdn Bhd

Banyak kekeliruan yang timbul jika nama perdagangan yang digunakan. Ketua Pengarah Kesihatan juga telah mengeluarkan perkeliling pada tahun 1992 mengarahkan penulisan dengan nama generik.

Pemantauan yang dilakukan pada tahun 2000 mendapati hanya 40 % sahaja paramedik / Doktor mematuhi arahan ini. Pengetahuan tentang penulisan generik ini perlu dipelajari oleh semua paramedik / Doktor agar perlaksanaannya serta kebaikannya boleh diperolehi bersama.
Dengan adanya PPF Gred U 29 Tambahan, aspek latihan dan bimbingan tentang penulisan secara generik dapat di pergiatkan.


PENYALAHGUNAAN DADAH
( DRUG ABUSE )

Masyarakat perlu mengetahui isu-isu berkaitan dengan penyalahgunaan dadah, serta memahami dan menghargai usaha-usaha dan rancangan antidadah. Masyarakat juga boleh membantu dalam usaha-usaha mencegah penyalahgunaan dadah.

Jenis-jenis dadah yang sering disalahgunakan :
- heroin (77 % )
- morphin ( 8.7 % )
- ganja ( 3.27 % )
- candu ( 1.7 % )
- amphetamin ( 0.4 % )
- barbiturate ( 0.29 % )
- Dadah Dadah Lain ( 7.61 % ) ( sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat )

Penyalahgunaan dadah akan memberi akibat buruk kepada negara dari segi ekonomi, politik dan sosial. Pengawalannya juga sukar jika tidak mendapat kerjasama semua lapisan masyarakat.

Agensi-Agensi Pencegah Bidang Kuasa
Jabatan Peguan Negara perundangan
Polis, Kastam,UPP penguatkuasa undang-undang
Bahagian Farmasi KKM penguatkuasa undang-undang dan pengawalan bahan-bahan racun dan psikotropik
Bahagian Rawatan dan Pemulihan rawatan dan pemulihan penagih dadah
Kementerian Dalam Negeri
Jabatan Penjara rawatan dan pemulihan banduan dadah
Hospital KKM penentuan penagih dan rawatan detoksifikasi
Jabatan Kebajikan Masyarakat kemudahan latihan kaunseling
Kementerian Pendidikan pendidikan pencegahan
Kementerian Penerangan penerangan dan pencegahan umum
Kementerian Belia dan Sukan penerangan dan pencegahan umum.
Pusat Dadah USM Penang kajian-kajian epidemiologi dan sosiologi
Pemadam dan lain-lain NGO jagaan lajutan, pencegahan dan penerangan.

Dengan adanya PPF Gred U 29 Tambahan, aspek pencegahan dan penyalahgunaan dadah boleh ditingkatkan dengan penglibatan Pembantu Farmasi di Kaunter.

Cadangan dan pandangan ini adalah dari sudut akademik / ilmiah dan perlu di lihat juga dari sudut akademik / ilmiah .

Tamat : 31 Januari 2011
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    www.ppfmy.com Forum Index -> Diskusi Ahli Forum All times are GMT + 8 Hours
Goto page 1, 2  Next
Page 1 of 2

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum


Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group