www.ppfmy.com Forum Index www.ppfmy.com
Forum ini dibangunkan untuk memudahkan ahli-ahli PPFM berdiskusi dan mengadakan perbincangan sesama ahli
 
 FAQFAQ   SearchSearch   MemberlistMemberlist   UsergroupsUsergroups   RegisterRegister 
 ProfileProfile   Log in to check your private messagesLog in to check your private messages   Log inLog in 

apa sudah jadi nasib si pembantu farmasi ni?

 
Post new topic   Reply to topic    www.ppfmy.com Forum Index -> Diskusi Ahli Forum
View previous topic :: View next topic  
Author Message
mamatwins



Joined: 17 Nov 2007
Posts: 1

PostPosted: Wed Nov 28, 2007 9:44 pm    Post subject: apa sudah jadi nasib si pembantu farmasi ni? Reply with quote

saya baru dapat join ruangan diskusi ni.sedih campur geram dengan nasib kita ni.saya ada cadangan nak memperjuangkan nasib kita ni tapi saya tak tahu bagaimana nak lakukannya.mehla ramai-ramai jadi ahli.berjuang habis-habis sebab sekarang pegawai farmasi dah terima elaun kritikal sama jumlah dengan doktor dah RM 750.00 sebulan.Kita bila lagi?MA pun bulan januari ni terima 10 %.apa le nasib jawatan macam kita ni?
Back to top
View user's profile Send private message
iJUL



Joined: 03 Jul 2007
Posts: 18

PostPosted: Mon Dec 24, 2007 8:10 pm    Post subject: sokong.. Reply with quote

ya betulll... aku sokong.. knapa tiada siapa yg memperjuangkan nsb kite..
paramedik2 lain dapat sedangkan persatuan mereka tidak la sekuat mana.. mcm kite jugak.. kecuali nurse laa.. ape dah jadi, ape dah jadi, sampai skrg xjd2..
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger MSN Messenger
Nustrule



Joined: 09 Dec 2007
Posts: 5
Location: Perak

PostPosted: Wed Jul 16, 2008 3:51 pm    Post subject: Reply with quote

masalah sekarng ni ap2 yang kita nk minta or tuntut kita kena melayu atasan. faham kan sape atasan kita tu.
so sbab tu susah..
ajil knal kamek x?
Back to top
View user's profile Send private message Visit poster's website
hius2007



Joined: 29 Jul 2007
Posts: 90
Location: Perak

PostPosted: Tue Dec 09, 2008 11:13 pm    Post subject: Reply with quote

Selama kita jadi PPF, memang banyak perasaan yg negatif dlm diri kita. Itulah kehidupannya. Jika kita jadi mcm lain2 paramedik pun, akan ada problem lain juga yg kita sendiri tak tahu. apa pun nasib mereka lebih terbela berbanding kita. Perjuanga PPFM/Union telah lama dan menempoh laluan yg berliku. Kita pun rasa pelik mengapa nasib kita belum berubah. Apa pun pada pandangan saya, kita warga PPF ni macam tak wujud je di kaca mata Peg. Cuma PPF je yg tak sedarkan diri.

Apa pun 2009, PPF semua perlu berubah. Kita perlu gunakan cara2 tradisional utk mencapai apa jua hajat,. Amat mudah je sebenarnya.
Pertama kita mesti tunjukkan yg kita wujud. Buat kerja secara tekun, dan tanamkan sifat2 positif dlm diri. Pada setiap musim perayaan, sila hantar kad ucapan ke Peg. Jgn lupa tulis daripada semua warga PPF Msia pada kat tu. Tentu Peg tak kan lupa punya. Pada hari lahir Peg, buat suprise adakan majlis , kalau Peg tak datang, kita PPF je yg makan. Jgn jemu. Kabel antara Peg dan PPF perlu di bina. Tengok apakah hobi beliau, dll. Tentu ok lepas tu.

Seperkara lagi, jika agak2 Peg tak layan dgn PPF, kita hantar je permohonan kita terus ke PM. Kita berkampong di Kepala Batas utk jumpa PM. Apa nak takut, PPFM/Union adalah organisasi yg halal. Bukan langgar undang2 pun. Apapun, pastikan setiap tindakan yg kita ambil adalah suara majoriti. Jika tak, akan ada sedikit masam muka dari Peg.

Rasanya saya dah banyak menulis dlm c box dan forum ni, rasa mcm nak pencen je. Jika semua PPF berfikiran positif, memang nasib kita akan berubah. Tapi semua perlu melakukan sesuatu, baru boleh berubah. Jika mengeloh je dlm forum ni, saya amat pasti PPF memang tak kan berubah. Dulu pernah saya syorkan agar semua PPF berdikari dan usaha sendiri jika nakkan sesuatu. Jika masih belum berjaya bolehkan usolkan ke PPFM/Union. Jika semua PPF jalankan seperti yg saya sarankan, mane ade problem, kan. Sebab semua problem dah selesai.

Harap 2009, semua PPF perlu bertindak lebih jauh lagi bagi mengelakkan kita terus ketinggalan. by by by

Dis 2008, ABM8 tahun 2010, Jan 2009, Pos basik. lepas tu, blh usolkan.
hius2008@yahoo.com
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail AIM Address Yahoo Messenger MSN Messenger
hius2007



Joined: 29 Jul 2007
Posts: 90
Location: Perak

PostPosted: Thu Mar 12, 2009 7:20 pm    Post subject: Reply with quote

PERKEMBANGAN KKM PADA TAHUN 2009

Farmasi :
Pengarah Perkhidmatan Farmasi ( Jusa A )
Timbalan Pengarah Perkhidmatan Farmasi ( Jusa C )
Ketua Penolong Pengarah Kanan ( U54 )
Polisi Ubat Kebangsaan ( U52 )
Pengurusan Ubat & IT ( U52 )
Pembangunan Organisasi & Sumber Manusia ( U52 )
Pengurusan Kualiti ( U52 )

Amalan Farmasi Klinikal ( U48 )
Amalan Farmasi ( Hospital dan Kesihatan ) – ( U48 )
Pemonitoran Harga Ubat ( U48 )
Urusetia Senarai Ubat-Ubatan KKM ( U48 )
Keselamatan Pesakit dan Penggunaan Ubat ( U48 )
Maklumat Ubat dan Pendidikan Pengguna ( U48 )
Pengurusan Latihan dan CPD ( U48 )
Pembangunan Inter Organisasi dan Antarabangsa ( U48 )
Penyelidikan Pembangunan dan Perolehan Teknologi ( U48 )
Urusetia Lembaga Farmasi ( U48 )

Kepada semua PPF, sila siapkan satu kertas kerja agar PPF U32 di tempatkan di Bahagian Bahagian tersebut agar dapat membantu Peg dalam menjalankan tugas-tugas seharian mereka dengan lebih cekap dan effisien tampa meninggalkan kepentingan PPF

Lain-Lain Paramedik :
Semasa ABM8 2009 di keluarkan, amat jelas di perhatikan KKM telah berkembang maju. Di seretakan di sini di mana jawatan-jawatan baru dan tambahan yang telah di luluskan . Di bahagian tersebut terdapat juga Pakar Pakar KKM :

A KESIHATAN AWAM
Pengurusan Kesihatan Awam Ibu Pejabat / Negeri
- Pembangunan Kesihatan Keluarga
- Pendidikan Kesihatan

B RAWATAN PERUBATAN
- Pengurusan Perubatan Ibu Pejabat / Negeri
- Pengurusan Hospital

C FARMASI DAN BEKALAN
( kosong – tiada bahagian dan unit )

Unit-Unit Rawatan Perubatan:
Rawatan Kecemasan dan Pesakit Luar
Rawatan Am Pesakit Dalam
Perubatan Am
Pembedahan Am
O & G
Pediatrik
Orthopedik
Anastesiologi
ENT
Oftalmologi
Dermatologi
Neurologi
Pembedahan Neuro
Perubatan Transfusi
Perubatan Forensik
Urologi
Pembedahan Plastic
Radioterapi dan Onkologi
Pengimejan Diagnostik
Patologi
Pembedahan Kardiothorasik
Kardiologi
Perubatan Nuklear
Perubatan Respirotori
Psykiatrik dan Kesihatan Mental
Rehabilitasi

Jika PPF ingin terus maju, sejajar dgn perkembangan KKM, PPF perlulah berfikir apa kah tugas-tugas PPF di Unit-unit dan bahagian tersebut, dan mengaturkan strategi bagaimana ingin mencapainya.

Ini juga adalah sejajar dengan tugas-tugas utama PPF :
- Tugasan Penyelengaraan Setor
- Tugasan Pembantu Makmal Kimia Ubat
- Tugasan Penolong Pegawai Farmasi


he he he
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail AIM Address Yahoo Messenger MSN Messenger
hius2007



Joined: 29 Jul 2007
Posts: 90
Location: Perak

PostPosted: Wed Apr 08, 2009 12:52 pm    Post subject: Reply with quote

FORUM TERBUKA PENOLONG PEGAWAI FARMASI.

Salam muhibbah kepada semua PPF. Dah lama saya tidak mencoretkan sesuatu di sini kerana terlalu sebok dengan jadual kehidupan seharian. Sehingga kan nak talipon kawan-kawan pun tak ada masa. Maklumlah sejak di timpa kemalangan tempoh hari, diari kehidupan seharian juga telah berubah 100 %. Pada hari ini genap sudah 8 bulan saya kemalangan.

Saya ingin merujuk kepada Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembangan Kerjaya PPF. Perkara ini telah di umumkan oleh YB Dato’ M Mahalinggam, semasa AGM PPFM di Hotel Seri Malaysia, Ipoh, pada tahun1997. Bahagian ini adalah di bawah Amalan Perubatan KKM. Semua paramedik bergabung di bahagian tersebut kecuali PPF.

Bahagian tersebut juga membincangkan Expanded dan Extended Role bagi semua paramedik, kecuali PPF kerana PPF tiada wakil di bahagian tersebut. Alasan yang paling munasabah dengan ketiadaan PPF di sana ialah tiada kelepasan dari BPF KKM.

Tetapi kini pada tahun 2009, Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu telah di tubuhkan oleh KKM. Namun nasib PPF masih sama iaitu tiada wakil di sana bagi membincangkan Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembangan Kerjaya PPF.

Nama PF telah bertukar kepada PPF sejak 1 Jun 2008. Usia kita belumpun setahun. Apa yang pasti ialah pertukaran nama gelaran jawatan sahaja sedangkan Skim Perkhidmatan masih Pembantu Farmasi. Oleh itu janganlah semua PPF beranggapan kita pada masa ini adalah Penolong Pegawai Farmasi dari segi tugasan hakiki.

Pada Januarai 2009, Bahagian Sumber Manusia KKM ada mengeluarkan senarai jawatan baru yang di luluskan pada tahun 2009. Dan apabila di semak adalah di dapati perkembangan perjawatan PPF adalah amat sedikit jika di bandingkan dengan lain2 para medik. Jika di bandingkan dengan Peg Far, lagi jauh, ibarat langit dengan bumi.

Tetapi ini bukanlah salah sesiapa, tetapi adalah salah diri PPF sendiri yang tidak peka dengan Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembangan Kerjaya. Pada Julai 2008, Negeri Perak ada mengadakan satu bengkel pengisian borang ABM 8 tahun 2010. Dan di harap pada tahun 2010 semua jawatan PPF tambahan akan dapat di luluskan oleh kerajaan. Sebenarnya oleh JPA setelah di sokong oleh KKM.

Jika di buka laman web Bahagian Farmasi KKM, akan didapati satu Dorektori Farmasi pada tahun 2007. Jika di semak, didapati Pegawai Farmasi bertugas di semua Hospital dan Klinik Kesihatan seluruh negara. Walaupun bilangan mereka ramai, tetapi tiap seorang Pegawai Farmasi tersebut telah ada Unit nya yang tersendiri bersama tugas dan tanggungjawabnya. Oleh itu jangan terkejut, jika sebuah hospital ibu negeri mempunyai 40 orang Peg sedangkan PPF hanya 21 orang. PPF sendiri memang tiada unit yang tersendiri dan sebab itulah di kumpulkan di OPD sebagai filling oficer. Oleh itu, masa depan PPF adalah di tangan PPF sendiri. Jika PPF rajin memperjuangkan nya, maka akan adalah sedikit peningkatan.
Berbalik kita kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi ( BPF KKM ). Tiga katogeri jawatan yang paling ramai di BPF KKM ialah Peg. Far, PPF dan Pembantu Tadbir
(Setor). Nasib Peg Far memang terbela sebab mereka lah yang berkuasa di BPF KKM dan di Ketuai oleh seorang Jusa A. Nasib Pembantu Tadbir ( Setor ) juga terbela kerana mereka berada di berbagai jabatan kerajaan dan tentu ada orang di JPA yang akan mempertahankan mereka. Tetapi bagaimana pula dengan nasib PPF. Hanya PPF yang tahu. Tetapi masih belum terlambat. Asalkan jangan terlajak, sudahlah.

BPF KKM adalah macam parent bagi PPF. Perkara ini telah di terapkan semasa di sekolah Latihan Pembantu Farmasi lagi dan amat sukar di kikis. Itulah sebabnya setiap perjuangan PPF akan menghadapi jalan buntu. Pada hari ini, semangat PPF yang tulen perlu datangnya dari PPF yang mendapat latihan Out Sourcing. Sebab PPF KKM dah terikat dengan fakta dan sejarah sejak dahulu. Contohnya pertukaran namapun memakan masa selama 6 tahun. Permohonan lain-lain mungkin 2020 akan tercapai (lagi 11 tahun) .

Kita imbau sejarah yang berlaku pada 1996. Pada masa itu pemimpin tertinggi PPF mempunyai semangat juang yang kental. Berbagai masaalah PPF di bawa ke pengetahuan pihak atasan KKM. Hasilnya ialah satu surat di keluarkan oleh BPF KKM. Surat tersebut telah berjaya mengunci mulut PPF hingga kini ( 13 tahun ).

Jika ingin tahu apakah maksud surat tersebut, sila rujuk surat bil. surat bil. KKM-55/160 Bhg.1 (47) bertarikh 25 Oktober 1996. dan surat bil KKM-55/160 Bhg.1 (4Cool bertarikh 28 Oktober 1996 . Banyak PPF sudah melupakan surat tersebut dan pejuang PPF pada masa itu, ramai yang telah bersara. Surat tersebut di tujukan kepada semua Pegawai Farmasi KKM dan di arahkan untuk memaklumkan kepada semua PPF di kawasan masing-masing. Tajuk surat tersebut ialah :Tohmahan-Tohmahan Terhadap Perkhidmatan Farmasi Yang Dianggap Tidak sensitif Terhadap Keperluan Pembantu Farmasi. Surat tersebut di tanda tangani oleh Pengarah Perkhidmatan Farmasi KKM dan SK kepada
Ketua Pengarah Kesihatan, Tim. Ketua Setiausaha ( Pengurusan ) KKM, Setiausaha Bahagian (P), Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembagunan Tenaga Manusia dan Latihan KKM , Penolong Pegawai Tadbir Cawangan Paramedik dan Auksiliari,

Kandungan surat tersebut ialah menyatakan BPF KKM di tuduh tidak sensitif kepada peluang kemajuan kerjaya dan masa depan Pembantu Farmasi. Dan BPF KKM memberi jawapan , Bhg BPF KKM ingin memberi maklumat yang benar untuk menghindarkan dari penyebaran maklumat yg tidak tepat dan berat sebelah oleh pihak-pihak tertentu.

2.1 Surat dari Setiausaha Agong Kesatuan

2.2 Keputusan Tribunal Perkhidmatan Awam PF Kanan dari U8 ke U 7

2.3 ... maka bahagian ini berpendapat bahawa kurikulum berkenaan perlu di ubahsuai mengikut keadaan semasa memandangkan peluang untuk Pembantu Farmasi melanjutkan pelajaran dalam bidang profesional farmasi lebih cerah dan terbuka. Atas dasar ini, kurikulum berkenaan telah di ubah suai dan di gubal sedemikian rupa agar graduan latihan ini bukan sahaja layak di beri sijil diploma, malah pelajar2 yang cemerlang seterusnya boleh menggunakan sijil diploma ini sebagai asas untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi di universiti-universiti tempatan yang menawarkan kursus ijazah farmasi. Jika masih gagal mendapatkan surat tersebut, sila rujuk Arkib Negara..

Tetapi sejak surat tersebut keluar, semua PPF terkunci mulut dan tiada suara yang boleh keluar lagi. Diploma Farmasi di mulai pada 2003, sedangkan lain-lain paramedik sejak SSB iaitu 1992.( ketinggalan 11 tahun ). Lain-lain paramedik bila kerja terus ke P1T6 sedangkan PPF P1T1, beza gaji ialah RM220 sebulan . Gaji PPF yang dah bekerja 6 tahun sama dengan lain-lain paramedik yang baru melapor diri.

Tetapi semua PPF perlu berasa bangga sebab BPF KKM dah perjuangkan jawatan PPF
U38 dan U40 yang mana gaji mereka lebih tinggi dari U41. Sebab itulah semua PPF membisu dan bila tiba masanya dapat Promotion. Cuma nasib PPF U29 je yang belum terbela lagi. Saya suka mencadangkan agar pada masa hadapan, tiada lagi U29, sebab setelah bekerja selama 7 tahun, kita mohon agar PPF U29 secara KPSL terus ke U32.

Berbalik kepada taraf pemikiran PPF sendiri. Ramai PPF beranggapan membayar yuran Union RM2 sebulan dan yuran seumur hidup PPFM RM100 adalah membazir dan tiada berfaedah. Fikiran sebegini perlu di kikis. Jika benar PPF prihatin dengan profesion PPF, pejam mata dan bayar je yuran Union dan PPFM tu. Jangan tanya mereka buat apa dengan yuran yang kita bayar tu, tentu ada sesuatau yang bermunafaat daripadanya.
Nasib baik PPF bukan doktor pakar, jika tidak terpaksalah membayar RM 1000 bagi yuran Persatuan Doktor Pakar selama tiga tahun. Dan yuran ini wajib bagi semua doktor pakar. MMA jangan ceritalah, jika tak bayar yuran, pasti tak boleh jadi doktor.

Pendaftaran Pembantu Perubatan di bawah Akta Pembantu Perubatan telah di pinda mulai,1982. Bermaksud dah 27 tahun bersama Akta . Tetapi PPF pada 2009 pun masih belum mempunyai kesedaran untuk menjadi Ahli PPFM/Union. Harap semua PPF dapat berkumpul di Langkawi sempena AGM PPFM pada Julai nanti. Sambil tu bolehlah bercuti sambil shooping sakan. Jika naik Air Asia , murah je dari KL.

BPF KKM boleh mendaftarkan semua PPF melalui Arahan Jabatan. Dengan adanya pendaftaran, kerajaan boleh tahu berapakah bilangan sebenar PPF yang berada di Malaysia . Samaada berkhidmat dengan KKM, badan berkanun dan swasta. Tetapi KKM telah terlepas pandang semasa pindaan Akta Farmasi 2003. Pada 2003, semua lulusan Ijazah Farmasi perlu menjalani PRP dan FRP iaitu selama 4 tahun bersama KKM. Jabatan Bomba dan Penyelamat pernah mengeluarkan arahan jabatan agar semua alat pemadam api jenis ABC di periksa dan di luluskan oleh mereka. Semua rakyat Malaysia boleh pun mematuhi arahan tersebut. Walaupun tiada Akta yang mewajibkan pemeriksaan tersebut. Oleh itu secara ringkasnya, biarlah PPFM yang mendaftarkan semua PPF. Yuran seumur hidup Cuma RM 100 je. Union pulak, biarlah PPF yang bermasaalah je yang jadi ahli. Sebab salah satu tugas Union ialah menyelesaikan masaalah ahli dengan pihak majikan.

Dah banyak yang tertulis, nanti habis idea pulak. Dan biarkan lain-lain PPF berikan pandangan mereka, sebab PPF ni bijak-bijak belaka. By.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail AIM Address Yahoo Messenger MSN Messenger
hius2007



Joined: 29 Jul 2007
Posts: 90
Location: Perak

PostPosted: Sun May 03, 2009 4:56 pm    Post subject: Reply with quote

MAKLUMAT PENOLONG PEGAWAI FARMASI ( PPF )

Semasa AGM PPF di Terengganu tempoh hari, sebanyak 10 Kertas kerja telah di bentangkan dan kesemua nya telah di majukan ke pihak atasan. Apa pun hubungan yang berterusan sesama PPF amatlah di perlukan dalam memberikan beberapa maklumat-maklumat tambahan . Ini adalah kerana ada antara maklumat-maklumat tersebut telah tidak relevan lagi pada masa ini. Kertas Kerja yang di bentangkan adalah seperti berikut :

Penempatan U38 di Hospital Kawasan ( Regional Hospital ) Seluruh Negara
Penempatan PPF di Unit Penguatkuasaan Farmasi JKN Seluroh Negara
Menempatkan Minima Dua PPF di Klinik Kesihatan KKM
Menempatkan PPF di Pusat Maklumat Ubat di semua Hospital KKM
Memohon Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal ( BIPP ) bagi PPF
Memohon Elaun Harzard bagi PPF Yang Bertugas di Unit CDR
Memohon Kajian Semula Senarai Tugas Jawatan PPF 40 / 38 /36 / 32 / 29
Memohon Diberi Tajaan Kepada Pelajar Diploma Farmasi di IPTA / IPTS
Memohon Pengiktirafan Diploma Farmasi Mulai 1993
Memohon PPF Dijadikan Skim Bersepadu 29 / 32 / 36 / 42 / 44 / 48 / 52 / 54

Mulai 1 Jun 2008, pertukaran nama jawatan telah dilaksanakan dan lahirlah gelaran jawatan Penolong Pegawai Farmasi di KKM. Semasa PPF memohon pertukaran nama jawatan tersebut, beberapa aspek telah tertinggal dan tidak di ambil kira, dan hasilnya ada pihak yang berasa hati dengan nama jawatan baru ini.Perkara ini boleh di atasi jika PPFM / Union mencari jalan damai bagaimana untuk mengatasinya.

Pada Jun 2009, genaplah setahun usia Jawatan Penolong Pegawai Farmasi. Sebenarnya masih banyak lagi jalan-jalan yang berliku yang perlu PPF hadapi untuk mencapai kegemilangan . Sejak jawatan Pembantu Farmasi di wujudkan, belum ada satu perubahan yang Universal bagi kemajuan PPF. PPF hanya melihat keadaan sekeliling. Apabila Paramedik KKM lain berubah, barulah PPF cuba mengekori mereka. Dan PPF semua perlu akur bahawa dah banyak Paramedik lain dalam KKM yang maju dan berdikari dengan sendirinya, sehingga boleh mengawal Akta Pendaftaran mereka sendiri.

PPF pun boleh juga macam tu. Kita boleh bina satu asas yang kukuh dan berusaha untuk membina beberapa kejayaan di atasnya. Satu cadangan yang boleh di buat ialah dengan menanamkan azam bahawa setelah PPF berusia genap setahun, kita perlu ubah cara kita bertindak. Mulai 1 Jun 2009 , suara PPF biarlah hanya keluar dari Setiausaha Kehormat PPFM dan Setiausaha Agong Union. Lain-lain PPF hanya berikan cadangan dan idea sahaja. Dengan itu kita akan mengujudkan Bank Idea PPF. Dengan ini, kita telah menaikkan martabat PPFM dan Union dalam menjaga Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembang Kerjaya PPF.

Kalau semua PPF Malaysia tak bersetuju, mudah sahaja. PPFM dan Union hanya JAGA KEBAJIKAN AHLI sahaja. By.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail AIM Address Yahoo Messenger MSN Messenger
nori



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 120

PostPosted: Fri Nov 06, 2009 8:55 am    Post subject: Reply with quote

( wengyou64@yahoo.com )

PERUBAHAN DALAM SKIM PEMBANTU FARMASI / PPF :

Sejak dahulu lagi, Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi adalah terkebelakang dan tiada perubahan, berbanding dengan lain-lain paramedik KKM sendiri telah gagal memastikan Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembangan Kerjaya Penolong Pegawai Farmasi, walaupun ada Jawatankuasa Teknikal bagi setiap katogeri. Jawatankuasa Teknikal Penolong Pegawai Farmasi berada di awangan, sebab itulah amat sukar untuk bertemu mereka. Kena cipta roket dahulu.

Disertakan disini perubahan lain-lain skim perkhidmatan didalam KKM:

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1999
Pindaan Skim-Skim Jururawat Pergigian U 8 dan Juruteknik Pergigian U8.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2003
Pindaan Skim Jururawat Masyarakat

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2003
Pindaan Skim Attandan

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2004
Pindaan Skim-Skim Pembantu Perubatan ,Jururawat Pergigian , Juruteknik Pergigian , Juruteknologi Makmal Perubatan dan Pegawai Sains.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2005,
Pindaan Skim Pembantu Pembedahan Pergigian.
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 tahun 2005 Pindaan Skim Pembantu Kesihatan Awam

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2005
Pindaan Skim Pengajar

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2005,
Pindaan Skim Jururawat

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2005
Pindaan Skim
Juru X ray

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2005
Pindaan Skim Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 27 Tahun 2005,
Pindaan Skim Jururawat, Juru X ray, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran / Pegawai Kesihatan Persekitaran.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2006
Pindaan Skim Jurupulih Perubatan

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2006 Pindaan Skim Pembantu Perubatan

Dan lain lain pindaan sehingga terkini ( 6 Nov 2009 )

Tetapi bukan semua perubahan tersebut menjurus kepada penambahbaikan yang hakiki. Terdapat beberapa perubahan yang merugikan anggota jawatan tersebut. Apa yang pasti ialah, setiap perubahan, perlu ada kesinambungan. Jangan berhenti setakat itu sahaja. Ini bermaksud KAIZEN, iaitu senantiasa berubah ke arah yang lebih cemerlang. Dahulu gaji RM 1000 dah banyak, tetapi kini RM 1000 termasuk dalam golongan termiskin dan layak dapat PPRT ( Program Pembangunan Rakyat Termiskin ). PPF bernasib baik kerana pertukaran nama jawatan baru sahaja berlalu. Jika PPF amati, segala perubahan untuk kemajuan adalah terletak di tangan KKM. PPF telah di luluskan oleh KKM mulai 1 Jun 2008. Ini adalah melalui sepucuk surat dari KKM kepada KKPFKMB. Tetapi JPA mulai iktirafnya mulai 2009. Kan ke itu kejayaan namanya. Ada paramedik yang dahulunya di panggil IK, tetapi kini dah bertukar menjadi PPKP. Pada mulanya semua IK berasa bangga dengan gelaran nama jawatan tersebut. Tetapi pada 2009, ada desas desus PPKP ingin jadi IK semula. Ini adalah kerana rakyat Malaysia dah tak hormat PPKP kerana mereka lebih hormatkan Peg Kes Persekitaran. Ini adalah berpunca dah banyak IPTA dan IPTS mengadakan kursus ijazah sains persekitaran. Dan apabila mereka bekerja, outomatik jadi BOSS PPKP. Juruteknologi Makmal juga serupa. Sebab dah ramai pegawai sains yang tiada back ground medical, dah jadi BOSS mereka. Ada seorang pemegang ijazah geologi, tetapi kini jadi Peg Sain dan bekerja di makmal. KKM. MLT kata memang mereka tak boleh buat kerja, sebab bukan ada sains geologi di makmal KKM. Tapi arahan JPA, memang tak boleh nak sangkal.

Kebaikannya ialah semua IK dan MLT boleh sambung Ijazah dalam apa-apa bidang, dan akhirnya jadi Peg. MA juga dah ambil apa-apa ijazah dan jadi MA U41. SN jangan cerita le, sebab dah ada Phd dlm Nursing. PPF masih baru bertatih dalam bidang ini. Tetapi jika PPF ada usaha, memang kita pun boleh jadi Skim Bersepadu. Apa-apa ijazah di iktiraf serta jadi Peg Sain ( Farmasi ). Tapi kena buat kerja keras dahulu. Pihak yang mempertahankannya ialah seramai 7 orang U40. Sebab gaji mereka dah menyamai PF U52. Baki 3028 PPF dalam Kerinduan. Semua PPF ialah 3025 pada 30 Jun 2007. Masih berpeluang.

( wengyou64@yahoo.com )
Back to top
View user's profile Send private message
ppfkkp



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 26

PostPosted: Sat Jul 31, 2010 12:13 pm    Post subject: Reply with quote

Segala Kemajuan Dan Pencapaian
Adalah Tidak Datang Dengan Sendirinya
Perlukan Perancangan Yang Teliti
Juga Perlu Atur Strategi
Bagaimana Nak Mencapainya
Tapi Semua PPF Smart
Iaitu Menyerahkan Segala Permohonan
Untuk Di Jayakan Oleh PPF Yang Ada Ijazah
PPF Lain Jadi Sleeping Member Je
PPF Yang Ada Ijazah Pun Sebok
Sedang Mengintai Peluang Kerjaya Baru
Sebab KKM Sendiri Pun
Tidak Menghargai PPF Yang Ada Ijazah Ini
Marilah Bersatu Semua PPF Yang Ada Ijazah
Dalam Satu Tindakan Yang Drastik Dan Inovatif
Back to top
View user's profile Send private message
nori



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 120

PostPosted: Sat Jan 29, 2011 7:13 pm    Post subject: Reply with quote

SELAMAT TAHUN BARU 2011 :

ULANG TAHUN PPF KE 50
Tahun 2011 adalah tahun yang paling sesuai bagi PPF menyambut Sambutan Jubilee Emas 50 Tahun PPF di Malaysia. Kursus Pembantu Farmasi telah dijalan kan di Malaysia semenjak bulan September 1957 dan telah melatih 3258 orang Penolong Pegawai Farmasi dan seramai 162 orang Pembantu Makmal Kimia Ubat. Pada mulanya kursus ini dijalankan di premis Sekolah Latihan Kejururawatan, Pulau Pinang. Pada tahun 1964, kursus ini dipindahkan ke premis Makmal Ubat dan Stor, Petaling Jaya, Selangor yang sekarang ini dikenali sebagai Biro Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Kolej Pembantu Farmasi mula berpindah ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh, pada September 2004 di bawah sistem pentadbiran yang berintegrasikan secara bersepadu di bawah satu bumbung dengan lain-lain program sains kesihatan. Buat masa ini kolej ini menjalankan kursus peringkat Diploma berdasarkan kurikulum baru yang berpandukan system mata kredit (CGPA) dengan pengambilan dua kali dalam setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai.

Tujuan utama kursus ini adalah untuk member latihan di dalam bidang penjagaan Farmaseutik dan seterusnya bagi memenuhi keperluan perlaksanaan perkhidmatan kesihatan di Negara ini.
Dengan kemajuan penjagan kesihatan dan perkembangan perkhidmatan Farmasi, kursus yang dikendalikan diperingkat Diploma ini diharap dapat meningkatkan kemahiran anggota dalam memberi perkhidmatan kesihatan yang semakin mencabar.
System pengajian kursus ini yang menggunakan Penilaian Mata Kredit (CGPA) mengambil masa tiga tahun latihan yang merangkumi enam semester pengajian di mana dalam Tahun 1, Semester 1 dan 2 dan Tahun 2 Semester 1, kursus ini dikendalikan di Kolej Kesihatan Sains Bersekutu, Sungai Buloh dan untuk pengajian Tahun 2, Semester 2 dan Tahun 3, Semester 1, pelatih-pelatih ditempatkan menjalani latihan praktis di hospital-hospital kerajaan atau klinik-klinik kesihatan manakala untuk tahun 3 semester 2, pelatih-pelatih dikehendaki balik semula ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu untuk melengkapi semester akhir.
Kementerian Kesihatan Malaysia dalam perancangannya yang terdekat sedang berusaha untuk memperkembangkan kursus Diploma Farmasi di bawah Kolej Sains Kesihatan Bersekutu di negeri Perak dan Sabah untuk tahun-tahun akan datang.

KETUA PROGRAM FARMASI KSKB :
ENCIK ARIFFIN BIN SUTAN

TENAGA PENGAJAR PROGRAM FARMASI KSKB :
ENCIK MOHD SANI BIN NAWI
PUAN ZORAINA BINTI ABD. KADIR
CIK CHUAN LEE PHING
PUAN AYUZELITA BINTI OSMAN
ENCIK ALIODIN BIN DAMSAH
ENCIK TAUFIK SHAHIDI BIN JA’AFAR
PUAN JARAH BINTI MAT
PUAN SHANTY A/P SUPPLIMONYAN
PUAN FAIRULIZA BINTI SABRAN
CIK NIK HASNIDA BINTI NIK LEH
PUAN DAHLIA BINTI ABDUL WAHAB@DOL


SEJARAH KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU :

"Malaysia adalah sebuah Negara yang berkembang maju dengan pesatnya sejak kemerdekaan. Begitu juga dengan bidang kesihatannya. Ia telah menempuh era perubahan dengan begitu pantas dan kemajuan dalam bidang ini adalah amat membanggakan Negara."

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membina banyak hospital dan pusat kelengkapan moden yang dilengkapi dengan peralatan canggih bagi memastikan Negara tidak ketinggalan dalam arus perubahan dan kepesatan kemajuan bidang perubatan dan kesihatan. Di samping itu, tenaga pekerjanya yang terdiri dari kumpulan professional dan sokongan sentiasa dilatih dari semasa ke semasa agar berupaya memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti tinggi selaras dengan kehendak pelanggan.

Sedar akan keperluan perkhidmatan professional kesihatan yang semakin tinggi, kerajaan melalui KKM telah mewujudkan pusat-pusat latihan yang meliputi sebelas bidang dibawah rancangan Malaysia yang ke-7, kolej-kolej latihan tersebut disusun berkonsepkan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB). Konsep ini menjurus kepada pengurusan berpusat di mana segala kemudahan pengajaran, pembelajaran, pentadbiran, pengurusan keawangan dan kemudahan fizikal di bawah satu bumbung pentadbiran. Lima Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) telah diluluskan pembinaannya termasuklah di SG. Buloh, Kota Kinabalu, Kuching, Johor Bahru dan Hulu Kinta.

Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh merupakan kolej pertama yang dibina dengan kapasiti pelajar 3000 orang di atas tapak seluas 28 hektar. Kampus induknya yang tersergam indah mempunyai lapan blok asrama yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuklah riadah.

Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh mula beroperasi sepenuhnya pada penghujung tahun 2004. Kini terdapat lebih kurang 2700 orang pelatih yang terdiri dari enam program termasuklah Kejururawatan, Radiografi dan Radioterapi, Fisioterapi, Jurupulih Carakerja, Penolong Pegawai Farmasi dan Kesihatan Persekitaran. Wawasan kolej ini adalah untuk menjadi sebuah institusi latihan kesihatan yang moden, berintegrasi dan cemerlang, di samping berupaya menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang memenuhi keperluan semasa. Inilah objektif bersama yang mesti dicapai oleh semua warga Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh khususnya.


DRAFF KERTAS KERJA PENEMPATAN PPF
DI UNIT PENGUATKUASAAN FARMASI
JABATAN KESIHATAN NEGERI SELUROH NEGARA

1. Ringkasan Eksekutif :

Kertas kerja ini bertujuan untuk meningkatkan lagi perkhidmatan yang diberikan oleh PPF di seluroh negara. Pada masa ini Perkhidmatan PPF hanya terdapat di Hospital-Hospital Kerajaan dan di Klinik- Klinik Kesihatan Kerajaan. PPFi tiada ditempatkan di Unit Penguatkuasaan Farmasi . Memandangkan penguatkuasaan undang-undang adalah salah satu tugas dan aktiviti Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM, adalah wajar jika PPF juga di beri peluang untuk terlibat sama di dalam aktiviti-aktiviti penguatkuasaan undang-undang. Dengan latarbelakang pendidikan kefarmasian yang lengkap, PPF boleh memainkan peranan dalam membantu kejayaan Unit Penguatkuasaan Farmasi.

2. Rasional :

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM adalah salah satu bahagian yang terdapat di dalam organisasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Tiga katogeri perjawatan yang utama di dalam Perkhidmatan Farmasi ialah PPF yang teramai sekali, diikuti dengan Pegawai Farmasi dan yang sedikit sekali bilangannya ialah Pembantu Tadbir .
( Penyelenggara Setor ).

Perkhidmatan PPF di KKM terbahagi kepada dua bidang tugas yang utama iaitu Perkhidmatan PPF Hospital dan Perkhidmatan PPF Kesihatan Awam.

Walaubagaimanapun, senarai tugas dan tanggungjawab PPF KKM adalah membantu Pegawai Farmasi menjalankan aktiviti-aktiviti kefarmasian.

Pada masa ini Deskripsi tugas Pegawai Farmasi ialah :
- Berkhidmat di Hospital Kerajaan dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengurusan farmasi iaitu perolehan, bekalan,pendispensan produk-produk farmaseutikal dan farmasi klinikal.
- Berkhidmat di Unit Penguatkuasaan Farmasi Negeri-Negeri , menjalankan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan undang-undang farmasi termasuk urusan pentadbiran
- Berkhidmat di Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan , menjalankan aktiviti-aktiviti Regulatori iaitu menganalisa kandungan bahan-bahan ubat, kosmetik dan ubat tradisional dan pendaftarannya serta aktiviti pelesenan.

Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM mempunyai misinya yang tersendiri iaitu :-

Memastikan semua warga Malaysia memperolehi produk farmaseutikal dan produk pemeliharaan kesihatan yang berkualiti, selamat dan berkesan termasuklah nasihat mengenai penggunaannya scara rasional.

Bagi menjayakan misi tersebut, Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM terbahagi kepada tiga seksyen iaitu :-

Pengurusan Pengawalan Farmaseutikal yang objektifnya ialah memastikan bahawa keluaran farmaseutikal yang dibenarkan di pasaran tempatan adalah selamat, berkesan dan berkualiti, serta menentukan bahawa kosmetik-kosmetik yang dibenarkan dipasaran adalah selamat.

Pengurusan Pelesenan dan Penguatkuasaan yang objektifnya ialah menentukan bahawa pengilangan, pengimportan, penjualan, pengedaran, pengurusan dan kegunaan farmaseutikal, kosmetik dan produk pemeliharaan kesihatan dilaksanakan selaras dengan perundangan-perundangan farmasi yang berkuatkuasa dalam negara.

Pengurusan Farmasi yang objektifnya memastikan bahawa pesakit-pesakit yang menerima rawatan di bawah KKM memperolehi Perkhidmatan Farmasi yang berkonsepkan “ Total Pharmaceutical Care “ . dan memastikan pendidikan orang awam terhadap penggunaan ubat-ubatan secara rasional dipertingkatkan.

Sehubungan dengan itu, perkhidmatan PPF mesti dilibatkan didalam semua aktiviti kefarmasian termasuklah di Unit Penguatkuasaan Farmasi.

Unit Penguatkuasaan Farmasi, pada kebiasaannya terletak di setiap ibu negeri di Malaysia. Pada masa ini tiada PPF ditempatkan secara khusus dan tetap di unit berkenaan .


3. Senarai Tugas dan Tanggungjawab PPF di Unit Penguatkuasaan Farmasi

Apabila cadangan penempatan PPF di Unit Penguatkuasaan Farmasi di luluskan, Senarai Tugas PPF di Unit Penguatkuasaan Farmasi adalah seperti berikut :-
1. Bertanggungjawab kepada Pegawai Farmasi y/m
2. Membantu dalam kerja-kerja pengeluaran lesen.
3. Membantu dalam kerja-kerja pemeriksaan premis-premis
4. Membantu dalam kerja-kerja penguatkuasaan undang-undang
5. Membantu dalam kerja-kerja pendakwaan
6. Menjalankan tugas-tugas yang di arahkan .

4. Tempat-Tempat Penempatan :

Pada masa ini semua ibu negeri di Malaysia mempunyai Unit Penguatkuasaan Farmasi sendiri dan apabila cadangan menempatkan PPF di Unit Penguatkuasaan Farmasi di luluskan, PPF ( Penguatkuasaan ) akan di tempat di semua ibu negeri di Malaysia yang bilangannya hanya 15 orang sahaja.

5. Data Data Sokongan :

Sejajar dengan perkembangan dan kepesatan pembangunan negara, tahap kesihatan rakyat juga perlu ditingkatkan. Ini dapat dicapai dengan penjagaan kesihatan dan produk kesihatan yang selamat.

KKM mempunyai rancangan yang tersendiri didalam menambah anggota kesihatan . Ini dapat di lihat daripada Rancangan Malaysia Ke Sembilan ( RM 9 )

Apabila terdapat penambahan bilangan pegawai perubatan dan lain-lain paramedic, pengawalan produk farmaseutikal akan menjadi lebih rumit. Ditambah lagi dengan bertambahnya bilangan kilang-kilang pengeluaran farmasiutikal. Dengan adanya PPF di Unit Penguatkuasaan Farmasi, segala aspek undang-undang kefarmasian akan lebih berkesan dengan penguatkuasaan undang-undang dengan lebih ketat lagi. Ianya adalah lebih terjamin sebelum semua produk farmaseutikal digunakan oleh pengguna.

Seterusnya Norma Perjawatan PPF KKM Boleh di kemaskinikan :-

Norma Perjawatan PPF :

Aktiviti / Perkhidmatan : Nisbah :

- Penguatkuasaan Farmasi 1 orang : setiap unit penguatkuasa
- Pesakit Luar 1 orang : 1 Unit
( Tambahan ) 1 orang setiap 50 pesakit tambahan
- Pesakit Dalam 1 orang : setiap 2 wad
- Khidmat TPN / IV Admix 1 orang : setiap 300 kes sebulan
- Khidmat Farmasi Onkologi 1 orang : setiap hospital
- Perkhidmatan Pengeluaran Farmaseutikal 1 orang : setiap 300 pek sehari
- Gantian 1 orang : setiap 5 orang Pembantu Farmasi


6. Implikasi Kewangan :

Aktiviti penguatkuasaan adalah salah satu sumber pendapatan negara. Bayaran lesen yang dikeluarkan akan menambahkan sumber kewangan negara. Penempatan PPFseramai 15 orang di seluruh negara hanya melibatkan implikasi kewangan yang kecil sahaja jika dibandingkan dengan jumlah pembelian ubat oleh KKM pada setiap tahun.

Tanggagaji PPF Gred U29 seramai 15 orang ialah :


U29P1T1 RM 830.50 - U8P1T26 RM 2137.30
U29P2T2 RM 883.20 - U8P2T26 RM 2295.70
U29P3T3 RM 936.10 - U8P3T3 RM 2435.40

7. Carta Organisasi PPF di Unit Penguatkuasaan Farmasi :-


Pengarah Kesihatan Negeri


Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri ( Farmasi )


Ketua Penolong Pengarah Farmasi ( Pengurusan Farmasi )


Penolong Pengarah ( Penguatkuasaan )


PPF Gred U 29


PPF Gred U 29 akan menjalankan tugas seharian dibawah arahan Penolong Pengarah Farmasi ( Penguatkuasaan ) .


8. Lain-Lain Fakta dan Data :

Pengisian jawatan PPF U 29 di Unit Penguatkuasaan Farmasi akan membantu bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM mencapai objektifnya. PPF juga dapat meningkatkan perkhidmatannya kepada warga Malaysia dan sekali gus menjayakan visi dan misi KKM.

Aspek perundangan adalah sesuatu yang rumit dan tidak boleh difahami oleh semua orang. PPF mempunyai laktar belakang pendidikan di dalam bidang kefarmasian , mempunyai kebolehan serta kepakaran dalam menyebarkan maklumat yang tepat tentang undang-undang kefarmasian dan pendidikan atas tajuk :-


UNDANG – UNDANG KEFARMASIAN

Undang – undang memberikan tafsiran yang tepat mengenai Dadah, Ubat – Ubat, Racun Berjadual, Dadah Merbahaya dan lain-lain. Terdapat pebezaan dari segi pengendalian bagi setiap jenis ubat .

Terdapat beberapa undang-undang yang mengawalnya iaitu :-
 Akta Racun 1952 ( Semakan 1989 ) dan peraturan-peraturannya.
 Akta Dadah Merbahaya 1952 ( Semakan 1989 ) dan peraturan-peraturannya.
 Akta Jualan Dadah 1952 ( Semakan 1989 ) dan peraturan-peraturannya.
 Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984
 Akta Ubat Iklan dan Penjualan 1956 ( Semakan 1989 )

Aspek-aspek yang dikawal ialah :-
 pemilikan
 penyimpanan
 penjualan
 pengilangan
 pengangkutan
 penglabelan
 pengiklanan.

Cara-Cara pengawalan ialah :-
 memberi kuasa kepada Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Pegawai Veterinar
 mengeluarkan lesen
 penyimpanan
 rekod
 Buku Racun ( Poison Book )
 Buku Preskripsi ( Prescription Book )

Jenis Jenis Lesen : B, A , D dan E .

Mengetahui undang-undang adalah penting bagi semua pembekal sebelum membekalkan ubat tersebut .

Peraturan dadah dan Kosmetik 1984 ( Di wartakan Jun 1984 ) Tujuan peraturan ini ialah untuk memastikan semua ubat adalah berkesan, selamat dan kualiti yang baik untuk digunakan. Peraturan ini mensyaratkan semua ubat dan kosmetik mesti di daftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah ( PBKD ) dan diberikan nombor pendaftaran.

Semua pengedar mesti memastikan setiap ubat mempunyai nombor PBKD dan ini termasuk :-
 semua racun berjadual ( mulai Nov 1985 )
 semua racun tak disenaraikan dalam jadual ( mulai Ogos 1988 )
 ubat-ubat tradisional dan hemeopati ( mulai Jan 1992 )
 kosmetik ( akan di umumkan kemudian )

Semua ubat untuk kegunaan manusia mesti didaftarkan , ini termasuk :-
 perawatan penyakit
 diagnosa penyakit / keadaan penyakit
 pencegah hamil
 bius
 untuk mengubah keadaan fisiologi badan
 kawalan berat badan
 penjagaan kesihatan badan

Sementara itu keluaran yang tidak perlu di daftarkan ialah :-
 ubat-ubat vaterinar
 agen diagnostik dan test kit
 alat cegah hamil
 alat dressing
 alat-alat perubatan
 bahan-bahan pencuci
 pewarna makanan.

PENYALAHGUNAAN DADAH

PPF ( Penguatkuasaan ) boleh membantu dalam aspek pencegahan dan penyalahgunaan dadah . Masyarakat perlu mengetahui isu-isu berkaitan dengan penyalahgunaan dadah, serta memahami dan menghargai usaha-usaha dan rancangan antidadah. PPF ( Penguatkuasaan ) juga boleh membantu dalam usaha-usaha mencegah penyalahgunaan dadah secara berkesan , sistemetik serta teratur.

Jenis-jenis dadah yang sering disalahgunakan :
- heroin (77 % )
- morphin ( 8.7 % )
- ganja ( 3.27 % )
- candu ( 1.7 % )
- amphetamin ( 0.4 % )
- barbiturate ( 0.29 % )
- Dadah Dadah Lain ( 7.61 % )

( sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat )

Penyalahgunaan dadah akan memberi akibat buruk kepada negara dari segi ekonomi, politik dan sosial. Pengawalannya juga sukar jika tidak mendapat kerjasama semua rakyat serta agensi yang terlibat secara khusus tentang penggunaan , penguatkuasaan serta perlesenan.

Antara agensi kerajaan yang terlibat secara langsung tentang penyalahgunaan dadah ialah seperti berikut :-

Agensi-Agensi Pencegah : Bidang Tugas :

Jabatan Peguan Negara Perundangan
Polis, Kastam,UPP Penguatkuasa Undang-Undang
Bahagian Farmasi KKM Penguatkuasa Undang-Undang dan Pengawalan Bahan-Bahan Racun dan Psikotropik
Bahagian Rawatan dan Pemulihan Rawatan dan Pemulihan Penagih Dadah
Kementerian Dalam Negeri
Jabatan Penjara Rawatan dan Pemulihan Banduan Dadah
Hospital KKM Penentuan Penagih dan Rawatan Detoksifikasi
Jabatan Kebajikan Masyarakat Kemudahan Latihan Kaunseling
Kementerian Pendidikan Pendidikan Pencegahan
Kementerian Penerangan Penerangan dan Pencegahan umum
Kementerian Belia dan Sukan penerangan dan pencegahan Umum.
Pusat Dadah USM Penang Kajian-Kajian Epidemiologi dan Sosiologi
Pemadam dan lain-lain NGO Jagaan Lanjutan, Pencegahan dan Penerangan.

Dengan penempatan PPF di Unit Penguatkuasaan Farmasi, pelajaran pendidikan dan pencegahan penyalahgunaan dadah dapat di sebarkan dan masyarakat dapat mengambil langkah awal terhadap pencegahan.

Pandangan dan ulasan di atas, adalah secara akademik / ilmiah dan perlu juga di lihat dari segi akademik / ilmiah.

Tamat : 29 Januari 2011
Back to top
View user's profile Send private message
nori



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 120

PostPosted: Sat May 21, 2011 4:01 pm    Post subject: Reply with quote

SELAMAT TAHUN BARU 2011 :

SELAMAT BERTUGAS KEPADA SEMUA PPF :

27 Mei 2011, di Hotel Tower Regency Ipoh, akan berlangsung Persidangan PPF Kebangsaan kali ke 5, masa cuma ada lagi 6 hari sahaja, kepada semua PPF yang akan hadir, sudahkah anda semua menyediakan segala perrancangan yang rapi dan persediaan yang komprehensif bagi menjayakannya, jika sudah, tahniah kepada semua PPF, jika belum, masih ada masa lagi.

Sebagaimana yang semua PPF ketahui, bahawa PPF sendiri perlu ada 3 Jawatankuasa yang amat penting iaitu JK Pemandu, JK Pelaksana dan JK Teknikal, sebab lain2 paramedik pun mempunyai JK tersebut, maka sebab itulah mereka lebih maju dan terkehadapan, dalam semua bidang dan perkara.

Kita lupakan sejenak tentang perkara itu, mari kita lihat pembekalan ‘ medicine plastic bag ‘ kepada semua pesakit yang mendapatkan bekalan ubat di farmasi. Rata-rata banyak farmasi di KKM telah tidak menyediakan ‘ medicine plastic bag ‘ tersebut . Ada dua alasan mengapa perkara ini berlaku, pertama ialah menjimatkan RM dan kedua ialah menyokong usaha menyelamatkan alam sekitar. Kedua-dua alasan tersebut adalah logiK, praktikal, adil, saksama dan menyumbang, tetapi apabila PPF tertinggal kebelakang, tiada satu organisasi pun yang akan membantu, hanya ppfm dan kesatuan sahja.

Penglibatan PPF dalam pendidikan kesihatan, telah lama ketinggalan. JM, SN, PPP, IK dll paramedik, memang di benarkan melibatkan diri dalam aktiviti pendidikan kesihatan. Ada ceramah, demontrasi, khidmat nasihat, kaunseling, pameran dll, tetapi PPF hanya di bayangi oleh PF sahaja. Maka oleh itu, pada tahun 2011 ni, semua PPF perlu melibatkan diri dengan lebih aktif dalam aktiviti pendidikan kesihatan ini.

Dalam aktiviti pendidikan kesihatan, akan terdapat penyebaran majallah, booklet, pamphlet, dll tentang sesuatu tajuk kesihatan. PPF boleh memainkan peranan utama dengan mempengaruhi pihak atasan bahawa menyediakan ‘ medicine plastic bag ‘ kepada pesakit yang mengambil ubat, itu adalah sebahagian daripada aktiviti pendidikan kesihatan. Banyak maklumat yang boleh di cetak pada ‘ medicine plastic bag ‘ itu, yang akan merubah sikap dan komitment pesakit, dalam mengubati penyakit mereka. Seperti jangan lupa menghubungi PPF apabila berlaku sesuatu kesan ubat yang tidak di ingini semasa memakan ubat tersebut . Satu kejadian yang berlaku di negeri Kelantan iaitu, pesakit silap makan ubat, dan badannya bengkak, terpaksa melaporkan kepada polis, dengan mengatakan PPF silap beri ubat. Tetapi apa yang sebenarnya yang berlaku ialah, ia mengambil ubat yang di larang untuk di ambil bersama, dan kesannya ialah badan akan bengkak. Tetapi jika dia ambil pada sela masa yang sesuai, ianya tidak akan berlaku.

Dan seterusnya tugas dan tanggungjawab PPF dapat di tingkatkan. Ini selaras juga dengan peningkatan mutu perkhidmatan dan perkembangan kerjaya PPF.

Jika di teliti juga hasil conference pengarah2 KKM pada tahun 2000, ianya memang berkaitan.

Di sertakan RESOLUTION OF DIRECTORS’ CONFERENCE 2000
Theme : “ Enhancing Patient Centred Service Through Teamwork “
7 – 9 September 2000, Genting Highlands, Pahang

The Director’s Conference 200 after deliberating on the theme “ Enhancing Patient Centred Service Through Teamwork “ with the main objective of enhancing the role of Allied Health Professionals (AHP) in meeting the future health needs, acknowledges ;

• That the AHP is agroup of professionals with varying work functions in health care who share common objectives of providing quality health services to individuals, families and communities;

• That to be person centred, the future health system shall be guided by the eight health services goals viz.

i. Wellness focus
ii. Person focus
iii. Informed person
iv. Self help and self care
v. Care provided at home or close to home
vi. Seamless and continuous care
vii. Services tailored to need of individuals and groups
viii. Effective, efficient and affordable care;

• That the future health care system shall be geared towards faciliting and sustaining lifelong wellness to individual, families and communities;

• That there are shortfalls and gap in ensuring delivering of person centred services which include:

= non equitable distribution and shortage of human resource for health;
= compartmenttalisation and territoriality of professional groups;
= inappropriate organizational structure;
= inadequate information system and communication mechanism;
= poorly coordinated policies;
= poor career development opportunities;

• That the imformation and communication technology (ICT) as an enable, shall be optimally applied in health care delivery; and

• That there is a need to strengthen intergration of services through virtual, horizontal and vertical intergration and team work

Thereby resolves :

That the Ministry of Health shall accelerate the transformation of current health system which is provider centred into one that is person and community centred, built upon effective teamwork and to fully optimize the role of Allied Health Professionals (AHP),

The Conference hereby recommends :
i. that the role of Allied Health Professionals be enhanced to meet the needs of the future health services through empowerment and improved professional competency;

ii. that due considerations be given to address the legal, ethical and administrative implication arising from the empowerment and enhancement of AHP;

iii. for a reappraisal of current policies, organisational structure and work processes to facilite the transformation process;

iv. that opportunities be inentified for greater involvement of AHP in all areas of care especially with the introduction and availability of telehealth;

v. that professional proficiency be raised and sustained through structured programmes and activities that include short-term course, attachments and fellowships locally or abroad for continuing professional development;

vi. that a conductive work environment be created and natured through motivation, effective leadership, provision of physical and psychosocial support and flexibility thereby facilitating career development;

vii. for the creation of learning opportunities for AHP by optimizing usage of information and communication technology ICT) ;

viii. for the provision of conducive service environment through the redesigning and implementation of career pathways for AHP thus providing greater opportunities for career advancement in recognition of their enhance rples, duties and responsibilities; and

ix. that step be taken to address the problems of shortage, mix and non-equitable distribution of AHP to support their enhance role.

The Conference having resolved and made the above recommendation, affirms:
i. that the Medical Development Division shall be the secretariat to coordinate and implement these recommendations; and

ii. that the recommendations of the three workshop groups be reffered to in its implementations

EXISTING CAREER PATHWAY FOR ALLIED HEALTH PROFESSIONAL IN KKM

U 29 Diploma level

1 st Promotion

U 32 ( 8 to 10 years of service as U 29, 5 years service as U 29 minimum )

2 nd Promotion

U 36 ( 3 years service as U 32 minimum )

3 rd Promotion

U 38 ( 3 years service as U 36 minimum )

4 th Promotion

U 40 ( 3 years service as U 38 minimum )

( versi bahasa Malaysia sedang di usahakan )


Juga tentang PPF KUP U32, ianya telah 3 tahun berlalu, dan sepatutnya ada pihak dari kalangan PPF melalui persatuan dan kesatuan, membuat kertas kerja agar semua PPF KUP U32 akan dapat menikmati KUP U36 pula selepas genap 3 tahun berkhidmat sebagai KUP U32. Secara mathematiknya, semua PPF akan dapat gaji PPF U36 selepas 18 tahun berkhidmat. Ini juga bermaksud, telah dua kali kenaikan pangkat sepanjang bertugas. Dan kalau dalam pasokan pakaian seragam seperti polis dan tentera, pangkat PPF setelah 18 tahuin berkhidmat ialah Korperal.

Kembali kepada persidangan tahunan pada 27 Mei nanti. Semua PPF perlu bersedia dengan rangka kertas kerja yang terkini, padat, tepat dan berwibawa, kerana selepas tamatnya persidangan tersebut, pastinya satu resolusi akan di hantar kepada pihak atasan, dengan menyatakan hasil keputusan tersebut. Tentunya ianya mestilah dalam bentuk 50 set salinan lengkap, sebab banyak pihak yang akan terlibat dalam mengkaji dan meneliti hasil persidangan tersebut, dan yang paling utama ialah Kementerian Kewangan, kerana segalanya bermula dengn RM.

Pastinya setiausaha persatuan PPF, selaku penganjur persidangan tersebut akan menjalankan tugas murninya iaitu menghantar laporan tersebut kepada pihak atasan pada hari pertama bekerja, selepas tamat persidangan tersebut. Dan inilah yang selalu di praktikan sejak 20 tahun yang lalu. Tetapi apa yang membezakannya ialah, bilangan kertas kerja yang di hantar. Jika ianya tidak sampai 50 set, iaitu Cuma 49 set sahaja, hasilnya memang menyedihkan.

Kembali semula pada tahun 2000, iaitu tahun pertama kesatuan PPF menghantar Permohonan Untuk Menyenaraikan Perkhidmatan Pembantu Farmasi di KKM Sebagai Perkhidmatan Kritikal. Kertas kerja ini telah di hantar pada 12 September 2000, dan di hantar kepada :

Pn Ramona Mohd. Razali
Bahagian Saraan JPA
Blok C, Aras 4,
Kompleks JPA
Jalan Tun Ismail
50510 KL

Dalam jawapannya surat bertarikh 19 Oktober 2000, beliau memaklumkan :

Dengan hormatnya saya merujuk kepada surat tuan bertarikh 12 September 2000 dan di maklumkan bahawa perkara tersebut adalah dalam tindakan jabatan ini.

Sekian, terima kasih.

( kertas kerja permohonan BIPK ini boleh copy and paste di forumyg lalu )

Amat jelas di lihat disini, iaitu, pihak JPA telah menjawab surat kesatuan selepas 37 hari. Dan ini tidak sepatutnya berlaku, kerana mengikut akta kesatuan sekerja, semua surat kesatuan perlu di jawab dalam masa yang lebih singkat daripada itu.

Tetapi pihak JPA sendiri telah mendapatkan laporan daripada pendaftar kesatuan sekerja, berapakah bilangan ahli kesatuan PPF di negara ini. Dan tentunya pendaftar akan mengikut laporan tahunan yang di hantar oleh kesatuan PPF setiap tahun, iaitu 67 % sahaja PPF yang jadi ahli kesatuan.

Dan seperkara lagi ialah, pada 2008, nama Pem Farmasi telah bertukar kepada PPF, dan pihak PPF masih belum menghantar permohonan baru, atas nama jawatan PPF. Di sinilah tugas JK Pemandu PPF, JK Pelaksanan PPF dan JK Teknikal akan memainkan peranannya, iaitu segalanya di sediakan mengikut tempoh masa yang telah di tetapkan.

Dan akhirnya pada 2011ini, semua PPF perlu mendapatkan surat sokongan daripada PF dan BPF KKM terutamanya, agar memaklumkan bahawa PF menyokong penuh 100% permohonan pemberian elaun Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) ini kepada PPF. Dengan surat sokongan tersebut, pastinya tidak akan ada pihak yang menghalang permohonan PPF ini. Ini adalah kerana hanya PF sahaja yang tahu tugasan PPF. Hatta YB Menteri Kesihatan pun akan tanya PF, berkaitan tugas PPF. Tetapi jika tiada surat sokongan, harapan PPF mendapat BIPK ini hanyalah pada 2013, iaitu setiap 5 tahun sekali di buat kajian semula.

Dan akhirnya, jika pada 2013 pun, PPF masih gagal mendapatkan BIPK ini, maksudnya ialah, memang PF tak sokong PPF dapatkan BIPK ini dan PF juga telah dan sedang mengembangkan tugasan mereka dan ianya merangkumi tugas yang di lakukan oleh PPF pada masa ini. Dan akhir sekali, PPF kena bersedia dengan senarai tugas baru pada 2013, yang menunjukkan bahawa PPF ini memang tidak kritikal.

Dan jalan pintas bagi PPF mendapatkan BIPK ialah, ambil cuti sambung belajar, jadi PF dan dapat BIPK serta laluan kerjaya baru PF di KKM.

Sekian.

Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal.


Tamat : 21 May 2011.
Back to top
View user's profile Send private message
nori



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 120

PostPosted: Wed Mar 28, 2012 10:03 pm    Post subject: Reply with quote

SELAMAT TAHUN BARU 2012 ,

Forum 28 Mac 2012.

Selamat Bertugas kepada semua PPF dan apa sudah jadi dengan nasib PPF. Nasib PPF sebenarnya ialah PPF yang tentukan sendiri dan langkah pertama ialah Lawatan Sambil Belajar Ke KSKB Sg Buloh Pada 19 April 2012, satu permulaan yang amat bererti bagi mencipta kecemerlangan di kalangan PPF sendiri.

Semua cadangan dan pendapat yang di utarakan di bawah, adalah di lihat dari sudut akademik / ilmiah dan seharusnya juga semua PPF melihat perkara berkenaan dari perspektif dan sudut yang sama juga agar ianya tidak menyimpang jauh dari tujuan dan matlamat asal serta mempunyai natijah yang sama.


Perkembangan Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM pada tahun 2012 adalah menunjukkan kesinambungan memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi kemakmoran dan kemajuan negara. PPF juga perlu berkerja sama dan berganding bahu bagi membantu dan menjayakan segalanya. Oleh kerana Bahagian Perkhidmatan PPF tiada wujud di KKM , maka adalah amat wajar PPF melantik sendiri individu yang layak dan sesuai bagi menjayakan segala perancangan dan perkembangan semasa dan perkembangan masa hadapan. Antara bahagian dan unit yang memerlukan penglibatan PPF ialah :


Pengarah Perkhidmatan Farmasi
Timbalan Pengarah Perkhidmatan Farmasi
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Polisi Ubat Kebangsaan
Pengurusan Ubat & IT
Pembangunan Organisasi & Sumber Manusia
Pengurusan Kualiti
Amalan Farmasi Klinikal
Amalan Farmasi ( Hospital dan Kesihatan )
Pemonitoran Harga Ubat
Urusetia Senarai Ubat-Ubatan KKM
Keselamatan Pesakit dan Penggunaan Ubat
Maklumat Ubat dan Pendidikan Pengguna
Pengurusan Latihan dan CPD
Pembangunan Inter Organisasi dan Antarabangsa
Penyelidikan Pembangunan dan Perolehan Teknologi
Urusetia Lembaga Farmasi

Dan sudah semestinya perkara ini adalah dalam makluman, tindakan, perhatian dan tindakan JK Teknikal PPF kerana salah satu tugas dan fungsi utama JK Teknikal PPF ialah meneruskan kesinambungan memberikan perkhidmatan PPF yang terbaik untuk Negara dan sekali gus menggalakkan peningkatan mutu perkhidmatan dan perkembangan kerjaya PPF, sepanjang masa, setiap masa dan sebarang masa.

Perjawatan PPF pada 31 Disember 2011 ialah seperti berikut :
U40 12 jawatan
U38 37 jawatan
U36 116 jawatan
U32 459 jawatan

Dan sebagai jalan penyelesaian cara mudah, ringkas, tepat, pantas, berintegriti dan tidak meminggirkan mana-mana pihak pembahagian semua jawatan PPF tersebut adalah seperti berikut :

Pengarah Perkhidmatan Farmasi
1 U40, 2 U38, 6 U36, 27 U32

Timbalan Pengarah Perkhidmatan Farmasi
1 U40, 2 U38, 6 U36, 27 U32

Ketua Penolong Pengarah Kanan
1 U40, 2 U38, 6 U36, 27 U32

Polisi Ubat Kebangsaan
1 U40, 2 U38, 6 U36, 27 U32

Pengurusan Ubat & IT
1 U40, 2 U38, 6 U36, 27 U32

Pembangunan Organisasi & Sumber Manusia
1 U40, 2 U38, 6 U36, 27 U32

Pengurusan Kualiti
1 U40, 2 U38, 6 U36, 27 U32

Amalan Farmasi Klinikal
1 U40, 2 U38, 6 U36, 27 U32

Amalan Farmasi ( Hospital dan Kesihatan )
1 U40, 2 U38, 6 U36, 27 U32

Pemonitoran Harga Ubat
1 U40, 2 U38, 6 U36, 27 U32

Urusetia Senarai Ubat-Ubatan KKM
1 U40, 2 U38, 6 U36, 27 U32

Keselamatan Pesakit dan Penggunaan Ubat
1 U40, 2 U38, 6 U36, 27 U32

Maklumat Ubat dan Pendidikan Pengguna
1 U40, 2 U38, 6 U36, 27 U32

Pengurusan Latihan dan CPD
1 U40, 2 U38, 6 U36, 27 U32

Pembangunan Inter Organisasi dan Antarabangsa
1 U40, 2 U38, 6 U36, 27 U32

Penyelidikan Pembangunan dan Perolehan Teknologi
1 U40, 2 U38, 6 U36, 27 U32

Urusetia Lembaga Farmasi
1 U40, 2 U38, 6 U36, 27 U32

Dan dari perkiraan di atas, semua PPF kenaikan pangkat telah di bahagikan secara adil, sama rata dan tidak ketinggalan. Tetapi segalanya adalah atas usaha PPF sendiri iaitu apabila PPF di jabatan / unit / bahagian tersebut tidak aktif, maka perkembangan PPF di sana adalah terbantut dan jika semua PPF berkenaan tidak aktif, maka keadaan PPF pada hari ini amat sukar untuk di ubah demi menjaga kebajikan dan kemajuan PPF sendiri dan hasilnya semua PPF di Negara ini akan menerima nasib yang sama sejak dahulu lagi.


NORMA PERJAWATAN PPF :

Norma perjawatan PPF adalah menjadi hak dan mutlak BPF KKM. PPF sememangnya ianya tidak di beritahu dan tidak di maklumkan tentang perkembangan terkini dan perkembangan semasa dan perkembangan pada masa hadapan. Tetapi sebagai tenaga penolong PF, PPF perlulah merangka sendiri tentang hal tersebut sebagai rujukan, panduan dan saranan dairpada PPF bagi PPF meneruskan Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembangan Kerjaya PPF. Norma yang di ketahui dan dimaklumkan pada tahun 2002 ialah seperti di bawah. PPF juga perlu mengambil pengajaran dan iktibar iaitu, norma tersebut bukanlah di berikan secara sukarela, tersusun, terancang dan teratur, tetapi ianya adalah di maklumkan oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatic (PTD) melalui permohonan yang di buat oleh PPF.


Norma Perjawatan PPF Tahun 2012 KKM :

Norma Perjawatan Penolong Pegawai Farmasi :

Aktiviti / Perkhidmatan : Nisbah :


- Pesakit Luar 1 orang : 1 Unit
( Tambahan ) 1 orang setiap 50 pesakit tambahan

- Pesakit Dalam 1 orang : setiap 2 wad

- Khidmat TPN / IV Admix 1 orang : setiap 300 kes sebulan

- Khidmat Farmasi Onkologi 1 orang : setiap Hospital

- Perkhidmatan Pengeluaran Farmaseutikal 1 orang : setiap 300 pek sehari

- Gantian 1 orang : setiap 5 orang Penolong Pegawai Farmasi


Norma tersebut telah digunakan sejak sekian lama dan sewajarnya pula pakar mathematic dari golongan PPF menampilkan diri dan menunjukkan kemahiran dan keterampilan dalam mengira secara tepat dan terperinci, berapakah norma perjawatan PPF bagi tahun 2013 iaitu setelah 11 tahun perubahan daripada norma yang di berikan oleh PTD tersebut. Sepatutnya ialah norma tersebut akan berubah mengikut perkembangan dan peredaran masa, waktu dan ketika.

Norma Perjawatan PPF yang baru juga perlu menjurus kepada tiga perkhidmatan utama PPF iaitu,

PPF Hospital,
PPF Kesihatan Awam
dan PPF Biro.

Pembahagian ini adalah amat perlu bagi meneruskan kemajuan dan perkembangan semasa PPF berbanding dengan lain-lain paramedic, yang mana mereka telah lama maju ke hadapan. Ianya juga amat mudah bagi meneruskan segala perjalanan PPF pada masa akan datang termasuk Silibus Pos Basik, Silibus Kursus Lanjutan, Peluang Kenaikan Pangkat dll.

Sekilas pandang daripada norma perjawatan PPF pada tahun 2002, ianya adalah menggambarkan tugasan PPF di hospital sahaja sebab jika PPF kesihatan awam di ambil kira, tugasan penyelenggara setor PPF pasti telah tercatat dengan tertib.

Disertakan pengiraan sebuah Klinik Kesihatan KKM :
Pencapaian bagi tahun 2011
Jumlah Rx yang di terima 29,247
Jumlah Perkara yang dibekalkan 101,136

Jika jumlah Rx dan jumlah item di bahagi dengan 52 dan di bahagi dengan 5 ( seminggu )
Hasilnya adalah seperti berikut :
Jumlah Rx sehari 112.4
Jumlah Item sehari 388.

Tetapi jika jumlah Rx dan item di bahagi dengasn jumlah hari bekerja bagi tahun 2011,
Hasilnya adalah seperti berikut :
Jumlah Rx sehari 119.3
Jumlah item sehari 412.8

Beza Rx ialah 6.3 % dan beza item 6.14 %
Maka oleh itu semua PPF boleh kira sendiri berapakah bilangan Rx dan item sehari menggunakan salah satu kaedah di atas.

Tetapi KK tersebut adalah amat bernasib baik kerana pada tahun 2002 hanya terdapat 2 PPF sahaja sedangkan pada 2012 terdapat 1 PF, 3 PPF dan seorang PRA. Iaitu peningkatan yang amat memberangsangkan. Lain lain KK, PPF terbabit kenalah kira sendiri.

Bagi tugasan PPF di setor farmasi pula, kiraan RM adalah amat perlu. DI KK tersebut sebanyak RM 300,000 telah di belanjakan bagi tujuan pembelian ubat. Dan seorang PPF di tempatkan secara tetap bagi tugasan tersebut. BPF KKM telah membuatkan perkiraan yang amat terperinci tentang hal tersebut. Tetapi bukan bagi kegunaan meningkatkan mutu perkhidmatan dan perkembangan kerjaya PPF, sebalkiknya ialah bagi menempatkan PF U54 di sana. Dalam perkiraan PF apabila jumlah pembelian tahunan adalah RM 1 juta, maka PF U 54 perlu di letakkan di sana. Walau bagaimana pun sebagai PPF yang sentiasa membantu PF, norma perjawatan yang sesuai adalah perlu di cadangkan kepada pihak atasan oleh PPF sendiri. Semasa AGM PPF tahun 2008 di Kuala Terengganu, terdapat PPF yang telah berkongsi tentang hala tuju dan masa depan perkhidmatan farmasi di KKM.


CADANGAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KSKB 19 APRIL 2012 11.00 AM – 2.00 PM
( MASIH BELUM MENERIMA LAMPU HIJAU )

Salah satu tujuannya ialah mengumpulkan semua PPF Pos Basik Holder bagi menyumbang sesuatu kepada perkhidmatan PPF.
Di akhir lawatan tersebut satu cadangan, nukilan, saranan, usol, permerhatian, cetusan dan pandangan daripada semua PPF Pos Basik Holder, akan diserahkan kepada pengajar PPF, bagi mereka membuat penambahbaikan di mana yang perlu.

Setiap kertas kerja PPFdari PPF Pos Basik Holder, perlulah mempunyai fact and figure yang lengkap dan teratur, ianya juga perlu mengandungi tajuk tajuk seperti berikut, dan lain-lain yang relevan, Pendahuluan, Kronologi Masaalah, Permohonan PPF, Latarbelakang Masaalah, Alasan Permohonan, Lain-Lain Alasan, Data-Data Sokongan dan Penutup. Satu salinan kertas kerja tersebut akan di serahkan ke KSKB pada akhir lawatan tersebut.

PPF juga perlu menyusun semua permohonan, iaitu setiap permohonan PPF perlulah melalui penyediaan Kertas Kerja yang lengkap dan teratur, ianya juga perlu mengandungi tajuk tajuk seperti berikut, dan lain-lain yang relevan,

Pendahuluan,
Kronologi Masaalah / Isu
Permohonan / Cadangan / Saranan PPF,
Latarbelakang Masaalah / Isu
Alasan Permohonan / Cadangan / Saranan PPF
Lain-Lain Alasan
Data-Data Sokongan
Penutup.


ANTARA CADANGAN / USOL / PEMERHATIAN / CETUSAN / NUKILAN
DAN PENAMBAHBAIKAN PPF OLEH POS BASIC PPF KEPADA PENGAJAR PPF KSKB :

MEMBERI PELUANG PPF MELANJUTKAN PELAJARAN KE IJAZAH FARMASI DI IPTA : Deskripsi : PPF perlu mencari ruang dan peluang bagaimana membolehkan PPF melanjutkan pelajaran ke Ijazah Farmasi di IPTA. USM telah membuka pintu luas bagi PPF memasuki USM melalui kemasukan saluran kedua. Segalanya adalah bermula atas usaha PPF sendiri kerana hanya PPF yang tahu kelebihan dan kekurangan PPF dan pihak lain hanya memerhatikannya sahaja dari jauh. Perbincangan bersama lain-lain IPTA ? IPTS dan mengadakan kerjasama MOU memang tidak boleh di nafikan dan ianya akan membantu.

PPENDAFTARAN PPF : Deskripsi : PPF perlu membuka jalan dan merintis jalan baharu bagi membolehkan semua PPF berdaftar dengan Lembaga Farmasi atau Akta Allied Health. Persekitaran sedia ada hanya menyumbang 60% sahaja kepada pendaftaran PPF untuk menjadi ahli kesatuan dan persatuan. Apabila akta baru di gubal ataupun akta lama di buat penambahbaikan, mungkin nama PPF akan wajib berdaftar di Negara ini, kerana permohonan menjadi ahli persatuan dan kesatuan PPF secara sukarela telah tidak dapat di terima oleh 100% PPF di Negara ini.

POS BASIK PPF : Deskripsi : Perkembangan terkini dalam bidang kefarmasian memerlukan PPF menghadiri kursus pos basik yang lebih spesifik dan teknikal bagi membantu Ahli Farmasi dalam memberikan perkhidmatan yang lebih efisyen. Menambah beberapa kursus pos basik yang boleh dihadiri oleh semua PPF dari BIRO Farmaseutikal Kebangsaan, Hospital, Kesihatan Awam dan lain-lain Institusi boleh membantu PF dalam menjayakan visi dan misi mereka. Mengujudkan tugas-tugas baru yang specialist dalam bidang masing-masing selepas kursus pos basik serta mereka benar-benar bertugas di bidang berkaitan, juga turut membantu.


NAMA DIPLOMA FARMASI : Deskripsi : Pertukaran nama ini adalah usaha berterusan dan berketepatan dengan pengiktirafan dan perkembangan bidang pendidikan di Negara ini. Nama Diploma perlu di tukar ke Diploma Farmasi dari Diploma Pembantu Farmasi. Perkara ini pernah berlaku semasa ITM di naiktaraf ke UiTM. Semasa ITM, mereka hanya boleh mengeluarkan Advance Diploma dan apabila di naik taraf ke UiTM, mereka boleh mengeluarkan ijazah. Seterusnya semua pemegang Advance Diploma ITM telah di tawarkan untuk di tukar ke Ijazah. Ianya berbeza dengan KSKB, yang mana perancangan yang amat rapi di perlukan bagi mengeluarkan Diploma Farmasi ( Diploma in Pharmacy )

JURUTEKNOGIS FARMASI : Deskripsi : Perubahan nama skim, skop tugas dan lain-lain isu yang berkaitan adalah sejajar dengan perkembangan semasa dan keperluan Negara serta kehendak pelanggan. PPF perlu memikirkan satu nama yang lebih sesuai dan dinamik seperti Nama Skim yang lebih relevan dan versatile kepada kepakaran iaitu Teknologis Farmasi. Juruteknologis Farmasi adalah satu bidang yang spesifik dan standard dan ianya memerlukan semua PPF menambah ilmu pengetahuan dan akhirnya akan terdapat ijazah dalam bidang juruteknologi farmasi.

PAKAIAN SERAGAM PPF : Deskripsi : Perkembangan semasa memerlukan PPF mempunyai Uniform yang sesuai dan standard untuk bidang kefarmasian. Pakaian seragam ini akan melambangkan keterampilan PPF. Corak, warna, reka bentuk dan patten akan di ambil kira dan apa yang perlu ialah ianya tidak mempunyai persamaan dari segi warna dan corak dengan lain-lain katogeri.

PENYEDIAAN BILIK KHAS BAGI PPF : Deskripsi :Bilik-bilik khas kepada semua Pegawai Kanan PPF ada amat perlu bagi meneruskan tugasan seharian kerana akan terdapat kerja-kerja yang memerlukan ketenangan dan kerahsiaan yang tinggi akan dapat di pelihara.

PERSIDANGAN PPF :Deskripsi : Salah satu kekangan dalam usaha PPF bagi mengadakan persidangan / kursus / seminar dll ialah peruntukan kewangan dan PPF amat berharap peruntukkan khas untuk persidangan tahunan di tiap negeri dan kebangsaan dapat di perolehi secara mudah, teratur, tersusun dan berterusan demi bagi PPF meningkatkan mutu perkhidmatan dan perkambangan kerjaya PPF.

EXTENDED ROLE DAN EXPANDED ROLE PPF : Deskripsi : Expanded dan Extended Role PPF yang baru perlu lah di rangka , di rancang, di bahaskan dan di praktikkan oleh semua PPF kerana permintaan dan kehendak pelanggan akan sentiasa berubah mengikut keadaan dan situasi. Kemajuan Negara juga akan membantu kepada perkembangan PPFv dalam usaha menyahut cabaran dan dugaan terkini dan akan dating.

HEALTH SYSTEM RESEARCH : Deskripsi : PPF perlu bersaing dan merebut peluang dalam usaha tersebut kerana pada masa ini penglibatan PPF amat terhad. Penglibatan PPF dalam Health System Research (HSR) dan pembentangan dalam konferens atau scientific meeting mengenai perkara=perkara yang melibatkan PPF adalah amat perlu dan ianya patutlah di mulakan dari peringkat awal lagi.

Organisasi PPF baru dengan pelantikan seorang ketua PPF U40 Kebangsaan dengan gelaran Ketua Pen.Pegawai Farmasi Kanan Malaysia dengan bantuan 2 PPF U38 (Timb.Ketua PPFK)yang menjaga bahagian Kesihatan Primer dan Hospital/Biro selain pos-pos yang diperlukan mengikut program-program di Bhg.Perkhidmatan Farmasi KKM,Petaling Jaya.

KORDINATOR PPF SETIAP NEGERI : Deskripsi :Pelantikan kordinator PPF yang juga U40 di tiap negeri dan diletakkan di pejabat TPKN(F) atau JKN untuk menguruskan hal-hal perkhidmatan PPF,kursus-kursus,pertukaran dan penempatan dll.Penempatan ini adalah relevan dengan perkembangan terkini dan semasa. Bahagian Kesihatan Bersekutu KKM telah mengwujudkan garis panduan bagi usaha tersebut. Sejajar dengan perkhidmatan awam yang kejat, penempatan semula semua PPF U40 tersebut perlulah di persetujui dan di halusi oleh semua pihak sebagai usaha penambahbaikan yang berterusan kepoada profesyen PPF.


TEAM WORK : Deskripsi : Perkembangan Farmasi di Negara ini amat pesat dan memerlukan staff yang komited dan berprestasi tinggi. Ianya juga telah menyebabkan terdapat pertukaran dan penambahan jawatan di kalangan PF dan PPF. Satu usaha team work yang kukuh dan padu perlu di terapkan antara PF dan PPF bagi mengelakkan segalanya berubah apabila terdapat staff berpindah keluar dan masuk dalam Susana kerja yang sama. Melahirkan satu TEAM WORK yang positif diantara Pegawai Farmasi dan Pen.Pegawai Farmasi dalam suasana yang harmoni dan mesra adalah amt di perlukan bagi mencapai harapan dan hasrat Negara.

FARMASI KOMUNITI : Deskripsi : Perkembangan farmasi terkini memerlukan PPF melibatkan tugasan bersama masyarkat setempat dan komuniti. Ianya akn dapat menyumbang kepada masyarkat yang lebih sihat dengan usaha menjaga kesihatn mereka secara berterusan Peluang PPF terlibat sama dalam program-program kemasyarakatan perlulah di tingkatkan di lipat gandakan selari dengan harapan KKM sihat sepanjang hayat.

PEMBANGUNAN PERKHIDMATAN PPF : Deskripsi : PPF perlu berusaha dalam mengujudkan satu Jawatankuasa Pembangunan Perkhidmatan Farmasi yang di anggotai oleh Pegawai Farmasi, PPF, Pemb.Tadbir Stor, kerana apabila segala pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam perkhidmaan farmasi bekerja sama dalam mencari dan membuat usaha penambahbaikan perkhidmatan yang cemerlang, pastinya pesakit yang akan mendapat faedah dari usaha permuafakatan ini.

INOVASI, ISO, KMK, 5S DLL : Deskripsi : Penglibatan PPF dalam aktiviti tersebut perlu lah di pertingkatkan kerana telah terbukti bahawa kesemua aktiviti tersebut akan menyumbang kepada kepuasan pelanggan. PPF juga perlu bekerjasama dengan. Pem Tadbir Stor, PPK dan PRA. Dalam usaha memudahkan dan mempercepatkan kemajuan dalam projek kajian, inovasi, KMK, ISO,5's dll.

PENINGKATAN PERKHIDMATAN PPF DI PKD : Deskripsi : Pada masa lalu, semua perkhidmatan kesihatan adalah bertumpu di hospital sahaja Dengan pengisian jawatan Pakar Perubatan Keluarga (FMS) di Kesihatan Awam, scenario tersebut telah berubah 100%. Separuh dari ubat-ubat pakar telah tersimpan di kesihatan awam bagi kegunaan FMS tersebut.Mengujudkan satu post U36 di tiap-tiap Pejabat Kesihatan Daerah untuk tugas penyeliaan dan pemantauan PPF, akan dapat membantu meningkat mutu perkhidmatan dan perkembangan kerjaya PPF.

MEMBINA KOLEJ FARMASI BARU : Deskripsi : Keperluan Negara pada masa ini dan masa hadapan perlu lah di seimbangkan dengan jumlah PPF yang berkhidmat. Pengenalan kepada skop dan tugas-tugas baharu juga memerlukan tambahan bilangan PPF. Mengujudkan lebih banyak Kolej-Kolej Farmasi bagi menampung keperluan tersebut adalah amat perlu. Banyak kemajuan Negara akn dapat di capai apabila bilangan PPF di negar ini di tambah kepada satu angka yang lebih munasabah dan berketepatan dengan hasrat menuju ke Negara maju pada 2020.

PENAMBAHAN PPF DI KSKB :Deskripsi : Pada masa lalu memang terdapat PPF di kolej dan sekolah latihan. Tugasan mereka bukanlah mengajar, tetapi hanyalah sebagi pembantu kepada pengajar sahaja. KSKB perlulah menawarkan semula Post Tenaga Pembantu kepada mereka yang sedang berkhidmat sebagai PPF, sebagi untuk menampung keperluan di Kolej Farmasi serta penambahan kolej-kolej baharu. Apabila tenaga kerja yang mencukupi di KSKB, penumpuan pengajar kepada tugasan harian akan lebih tinggi, kerana segala masaalah sama ada kecil dan besar, boleh di bantu untuk di atasi bersama oleh PPF tambahan tersebut.

MENAIKTARAFKAN IMEJ PPF : Deskripsi : PPF perlu berusaha dalam usaha menaikkan imej PPF dikalangan semua paramedik dengan meletakkan mereka dalam apa-apa JK Kecil dan JK Pelaksana di Hospital dan Klinik Kesihatan supaya mereka tidak lagi di pandang rendah oleh lain-lain paramedik. Usaha ini perlu di lakukan berterusan kerana ianya memang memerlukan komitmen yang tinggi dan penumpuan yang tidak berbelah bahagi terhadap kejayaan sesuatu aktiviti itu. Tugasan harian PPF juga perlu di kira secar sistemetik tentang norma-norma perjawatan yang standard dan perlulah di ikuti dan di patuhi. Warga PPF selalu ketinggalan pada ini dan pada masa lalu kerana permintaan tugasan hakiki adalah lebih memerlukan PPF berada di farmasi tampa dapat melibatkan diri dengan lain-lain aktiviti. Pembukaan farmasi sehingga jam 10.00 malam , hari cuti Sabtu dan Ahad dan hari cuti khas juga, menyumbang kepada kurangnya PPF terlibat dalam lain-lain aktiviti PTJ masing-masing.


BEBAN TUGAS PPF, MENGAPA DIAMBIL RINGAN : Deskripsi : Menerangkan betapa tingginya beban tugas yang terpaksa di tanggung oleh PPF semasa bertugas setiap masa. Peningkatan berlaku bermula dari tahun PPF mula di wujudkan sehinggalah ke hari ini. Di tambah pula dengan kehadiran PF di kaunter, ianya pasti menambahkan kejituan tugasan PPF.


TPN, TDM, CDR : Deskripsi : Tugasan PPF di unit berkenaan memang tidak dapat di elakkan. Ini kerana tugas penyediaan peralatan semasa pra-proses adalah sama penting dengan tugasan in-proses yang di jalankan oleh PF.


DISPENSING SEPARATION : Deskripsi : Pengasingan tugasan menulis preskripsi oleh doctor dan tugasan mendispen, oleh Ahli Farmasi / PPF adalah amat perlu kerana para doctor boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada perawatan pesakit dan Ahli Farmasi /PPF boleh menumpukan kepada tugasan mendispen.

TUGAS – TUGAS SEBENAR PPF : Deskripsi : PPF yang masih baru bertugas mengalami kejutan budaya kerja kerana mereka keliru apakah tugas-tugas sebenar PPF. Pada keadaan mereka, amat sukar untuk memahami dan membezakan tugas hakiki dan tugas yang di arahkan oleh pegawai atasan.


BELAJAR BUAT BLOG & BLOG PPF : Deskripsi : PPF kurang mahir dalam penggunaan ICT. Keadaan ni berlaku kerana semasa di kolej, tiada pendedahan dalam ICT dan apabila bertugas, 100 % masa mereka di gunakan untuk tugasan di dispensary.


SIAPA BERMINAT UTK MENGANGGOTAI KAJIAN / PROJEK : Deskripsi : Pada ketika ini amat kurang PPF terlibat dalam projek inovasi, KMK, ISO dan lain-lain. Selalunya setiap kajian / projek itu pasti akan menyumbang kepada penambahbaikan mutu perkhidmatan kepada pelanggan.


2 YRS TOP UP DEGREE IN PHARM. SC & TECH. : Deskripsi : PPF perlu seiring dengan lain-lain paramedic dalam usaha menambah ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat. Penambahan ilmu akan membuka ruang dan peluang kepada PPF dalam meningkatan mutu perkhidmatan dan perkembangan kerjaya PPF. Semuanya bermula dengan penambahan ilmu pengetahuan terhadap warga PPF .


BAGAIMANA DENGAN IMEJ PROFESYEN KITA : Deskripsi : PPF telah mula memberikan perkhidmatan di negara ini sejak 1952. Perkembangan bidang kefarmasian yang amat pesat telah menyebabkan terdapat ruang-ruang dan bidang-bidang baharu yang perlu di terokai. Pada masa ini amat sukar untuk membezakan perkhidmatan PPF lama dan PPF baharu kerana, semuanya adalah sama sahaja. Perubahan besar terhadap imej masih belum berlaku.


MERAPATKAN SILARATULROHIM SESAMA KITA : Deskripsi : Silaratulrohim sesama PPF perlu di tingkatkan lagi bagi menjiwai semangat berpasukan dan menyelesaikan segala masaalah sesama PPF. Pada masa ini ikatan tersebut amat longgar dan rapuh. Banyak kebaikan yang PPF akan terima apabila ikatan ukhwah ini berjaya di perkukuhkan.


PENGUMUMAN PENTING UNTUK PARAMEDIK BERIJAZAH : Deskripsi : Pada masa ini banyak IPTA / IPTS menganjurkan program PJJ. Ruang bagi PPF memperolehi ijazah adalah terbuka luas. Terdapat PPF yang masih sayangkan profesion ini, walaupun telah menggengam segulung ijazah. PPF berijazah ini boleh menyumbang terhadap perkhidmatan farmasi dengan mengadakan beberapa pengubahsuaian terhadap bidang tugas dan mengimplementasikan segala yang telah di pelajari di universiti.


UBATAN YANG GUNA BAHAN RADIOAKTIF : Deskripsi : Perkembangan dalam bidang perubatan, menyebabkan terdapat bahan kimia / substans yang pada masa dahulunya di anggap sebagai toksid, kini telah di gunakan sebagai ubat-ubatan. Perkembangan ini memerlukan pemahaman dan pengetahuan yang mendalam dalam bidangnya. PPF terlibat secara langsung atau tidak langsung kerana bertugas di jabatan farmasi.


PPF SEMAKIN SEDIKIT : Deskripsi : Secara sedar atau tidak sedar, bilangan PPF semakin hari semakin berkurangan. Kolej PPF hanya mampu menampong bilangan PPF yang bersara sahaja. Telah banyak diperkatakan tentang ini oleh doctor dan Ahli Farmasi. Tetapi pandangan dari PPF sendiri amat berkurangan.

FARMAKOKINETIK : Deskripsi : Farmakokinetik adalah dari dua perkataan asas iaitu Farma bermaksud farmaseutikal dan Kinetik bermaksud pergerakan. Secara amnya bidang ini ialah pergerakan dan pertukaran bentuk setiap ubat-ubatan yang di ambil. Selaras dengan perkembangan bidang kefarmasian , bidang ini telah di perkembangkan bagi tujuan mendapatkan suasana perawatan yang sempurna dan berkesan.


SOFT SKILL YANG PERLU ADA SEBAGAI PPF : Deskripsi : Tugasan PPF adalah berhadapan dengan orang ramai setiap masa . Pada masa dahulu kemahiran soft skill ini adalah di pandang ringan. Dengan meningkatnya tahap pendidikan penduduk dan pelanggan yang mendapatkan ubat di farmasi, kemahiran ini adalah di anggap penting bagi mencapai kepuasan pelanggan yang tinggi.


MELANJUTKAN PELAJARAN DALAM BIDANG FARMASI : Deskripsi : Bidang kefarmasian sentiasa berkembang dan setiap hari akan ada sesuatu pembaharuan yang di cipta dan tercipta. Suasana, harapan dan kehendak pembangunan negara memerlukan lebih ramai Ahli Farmasi memberikan perkhidmatan. PPF juga perlu menyahut saranan ini dengan menyambungkan pelajaran di dalam bidang kefarmasian.


LALUAN PPF UNTUK MENJADI PEGAWAI FARMASI : Deskripsi : PPF pada mulanya di kenali sebagai Pembancuh Ubat. Kemudian bertukar nama kepada Pembantu Farmasi dan akhir sekali bertukar nama kepada Penolong Pegawai Farmasi. Perubahan seterusnya ialah semua Penolong Pegawai Farmasi akan bertukar menjadi Ahli Farmasi. Laluannya amat sukar, tetapi adalah tidak mustahil untuk mencapainya.


SENARAI TUGAS PPF : Deskripsi : Senarai tugas PPF adalah di tetapkan semasa menubuhkan kolej Pembancuh Ubat di Pulau Pinang pada tahun 1952. Sebab itulah program Diploma Farmasi amat sukar untuk di laksanakan pada 1993. Selepas itu, barulah tercipta senarai tugas dan tanggungjawab PPF di KKM dan Diploma Farmasi pun menjadi kenyataan . Apa pun dengan tersiarnya senarai tugas generik PPF, perkara ini telah menjadi lebih mudah. Tetapi bagi pihak PPF sendiri, masih belum mampu menghasilkan satu senarai tugas PPF yang terkini, kerana tugas generik tersebut , tidak menyentuh langsung PPF yang bertugas di BIRO.


TUGAS ATAU TANGGUNGJAWAB PPF : Deskripsi : Segala tugas dan tanggungjawab PPF memang ada di senaraikan. Persoalan mulai timbul apabila ramai PPF yang masih baru berkhidmat , tidak dapat membezakan antara tugas dan tanggungjawab hakiki. Juga ramai PPF yang baru ini mempunyai kelayakan akademik yang tinggi.


JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN : Deskripsi : Persatuan Pembantu Farmasi Malaysia ( PPFM ) dan Kesatuan Kebangsaan Pembantu Farmasi Kerajaan Malaysia Barat ( KKPFKMB ) telah lama wujud bagi menjaga kebajikan dan keharmonian PPF. Masih terdapat ramai PPF yang belum menyertai PPFM / KKPFKMB dengan alasan yang tersendiri.Ini juga akan menghalang PPFM dan KKPFKMB dalam menjalankan tugas mereka.


YANG BERACUN DI SEKELILING KITA : Deskripsi : Pusat Racun Negara ( PRN ) terletak di USM Pulau Pinang. Tak ramai rakyat Malaysia yang boleh mendapatkan maklumat dari sana. Bilangan PPF yang seramai 3500 orang, boleh membantu menerangkan aspek racun kepada rakyat. Malaysia.


UBAT PRE PACK SEDIA ADA, APA KOMPLIKASINYA : Deskripsi : Terdapat ubat sedia ada secara individu ‘ individual pack ‘ . Ini menunjukkan terdapat penambahbaikan terhadap perkhidmatan farmasi KKM. PPF sentiasa menyokong usaha-usaha murni pihak KKM. Tetapi terdapat beberapa komplikasinya secara sedar dan tidak sedar. PPF sebagai warga yang mengendalikan produk berkenaan, tentu ada banyak perkara yang boleh di kongsi bersama.


PPF DAH RAMAI MASUK KK : Deskripsi : Perkhidmatan Farmasi di KKM boleh di bahagikan kepada dua kelompok utama iaitu Perkhidmatan Farmasi Hospital dan Perkhidmatan Farmasi Kesihatan Awam. Pada masa ini telah ramai Ahli Farmasi di Hospital dan akibatnya, lebih ramai PPF di Kesihatan Awam. Tentu ada sesuatu kebaikannya, maka berduyun-duyun PPF berhijrah ke Kesihatan Awam. Pro dank on perkara ini boleh di kongsi bersama.


PERSATUAN PPF : Deskripsi : PPFM telah lama wujud bagi menjaga kepentingan dan kemajuan PPF. Kewujudan nya masih belum di rasai oleh ramai PPF. Segala tindakan dan perjalanan PPFM adalah berpandukan perlembagaan.


HALATUJU PPF : Deskripsi : Pembangunan Negara adalah di tetapkan setiap 5 tahun dan di kenali sebagai Rancangan Malaysis ( RM ) . Pada tahun hadapan 2010 , Rancangan Malaysia Ke 10 (RM 10) akan di lancarkan. PPF perlu menetapkan sendiri perkembangan dan halatuju bagi tempoh masa lima tahun yang akan datang. Ini adalah bagi mengelakkan PPF ketinggalan sekali lagi.


APA SUDAH JADI NASIB PPF : Deskripsi : Sebenarnya nasib PPF adalah di tentukan oleh PPF sendiri, kerana peribahasa Inggeris mengatakan ‘ you fail to plan, you plan to fail ‘ . Nasib bergantung kepada dua keadaan iaitu Ketetapan dan Pelaksanaan ( Qada’ dan Qadar ) . PPF Cuma boleh ubah pelaksanaan sahaja kerana apa yang telah di tetapkan, memang tidak akan berubah.


LUKA LAMA BERDARAH KEMBALI : Deskripsi : Sepanjang masa PPF sudah terluka kerana sejak kewujudan jawatan ini, bermacam halangan dan kekangan telah di terima. Begitu juga apabila terdapat apa-apa perubahan / peningkatan kerjaya dan pengumuman oleh Kerajaan, maka PPF merasakan diri mereka terluka. Jika PPF boleh mengenalpasti apakah kekurangan PPF berbanding dengan lain-lain paramedic, maka kelebihannya pula boleh di perincikan.


PIAGAM / LEMBAGA UTK PPF : Deskripsi : Perkara ini memang terdapat pada lain-lain bidang kerjaya.Tujuan piagam ini ialah bagi menjaga dan mengawal profesion ini ke landasan yang betul. Juga sebagai badan perundingan dan panduan kepada kerajaan bagi membincangkan apa-apa tentang dasar-dasar perubahan dan penambahbaikan.


JANGAN TAKUT PADA BAYANG SENDIRI : Deskripsi : PPF sendiri perlu ada keyakinan terhadap diri sendiri. Keupayaan PPFM / KKPFKMB perlu di perkasakan. Penerimaan keduanya terhadap golongan PPF perlu menyeluruh. Segala pembaharuan dan perancangan perlu teratur dan jelas agar penerimaanya dapat di jayakan oleh semua PPF. PPF perlu mengatur diri sendiri.


5S & ISO, MANA YG PATUT DI DAHULUKAN : Deskripsi : Keduanya mempunyai aura yang amat baik. Pelaksanaannya perlu mempunyai perancangan yang teliti dan penerimaannya daripada akar umbi PPF dapat di terima semua dan bimbingan perlu di galakkan kepada yang ingin mencapainya.


PPF DI BIDANG PENGUATKUASAAN : Deskripsi : Keperluan PPF di bidang ini adalah perlu di perjelaskan. Keperluannya adalah meliputi tugasan yang mencabar dan perancangan yang amat teliti. Keadaan akan berubah mengikut masa. Peranan PPF dalam merancang pembangunan pada masa hadapan amat di galakkan dan akan menyumbang kepada perkhidmatan yang baik untuk Negara. Kejayaan adalah inisiatif PPF sendiri dan penerimaan pihak atasan.


MENGAPA PERLU ADA JURANG ANTARA PPF / PF : Deskripsi : Jurang antara dua profesyen yang berbeza ini memang ada. PPF merasakan jurang ini perlu di rapatkan demi kebaikan semua. Pihak Pegawai juga perlu mengimbangi antara tugasan dan kehendak aspek perundangan agar ianya selari . PPF perlu mencari bidang-bidang yang ingin di rapatkan jurangnya dan sekaligus membawa kepada penerimaan masyarakat dan lain-lain agar tiada kekangan dalam pelaksanaannya.

.
PERLUKAH ICT DI APLIKASIKAN DLM TUGAS PPF : Deskripsi : Dunia ICT mempunyai masa hadapan yang amat cerah. PPF juga ingin bersama mengecapi perkembangan arus perdana . Penggunaan ICT adalah tidak dapat di elakkan lagi kerana tuntutan persekitaran yang amat mendesak.


PERSIDANGAN PPF PERINGKAT KEBANGSAAN : Deskripsi : PPF merasakan adalah amat perlu bagi semua PPF berkumpul dan menyuarakan segala pendapat dan cadangan ke peringkat yang lebih tinggi. Asam garam dan latar belakang tugasan PPF seluruh Negara adalah amat berbeza antara satu sama lain. Persidangan akan dapat menambah kualiti perkhidmatan dengan bertukar-tukar fikiran, meneroka bidang-bidang baru dan peningkatan motivasi PPF.


SELAIN PPFM / KKPFKMB, CARA LAIN MENYATUKAN PPF : Deskripsi : Akibat tugasan yang amat mendesak dan kekurangan peluang, PPF perlu mencari kaedah baru bagi mencapai hasrat dan harapan.


TEMPOH MASA MENUNGGU JADI KPI PPF : Deskripsi : Pembaziran masa adalah satu kerugian terhadap sesetiap individu dan Negara. Dengan dapat menjimatkan masa, banyak kebaikan akan diperolehi. PPF akan menyumbang tenaga dan idea dalam proses ini. Kejayaannya adalah harapan seluruh PPF dan akan menyumbang kepada kemajuan Negara.


PERLUKAH PPF BERADA DI UNIT PENGUATKUASAAN : Deskripsi : Pada masa ini tiada PPF yang secara khusus bertugas di unit penguatkuasaan farmasi. PPF memang berhasrat untuk menyumbang usaha dan tenaga di unit ini bagi mencapai slogan PPF. Kebaikan dan keburukannya akan membuka mata pihak atasan bagi mencari jalan penyelesaian kepada isu ini. Jika kebaikannya melebihi segala dari berbagai sudut, rasanya tiada masaalah PPF untuk berkhidmat di sini.


NAMA KOMERSIL VS NAMA GENERIK , MANA YANG BAIK : Deskripsi : Nama komersil memang sudah komersil dan mempunyai tanda perdagangan berdaftar. Media cetak dan elektronik akan menyumbang terhadap kejayaan sesuatu nama komersil. PPF mempunyai pandangan sendiri tentang isu ini. Yang baik adalah yang paling mudah dan di fahami oleh segenap lapisan masyarakat. PPF boleh menyumbang terhadap isu ini.


PENGALAMAN MENDISPEN YANG BOLEH MENJADI PANDUAN DAN TAULADAN : Deskripsi : Mendispen ubat adalah pengalaman yang amat berharga bagi PPF. Terdapat juga ramai bekas PPF mencurahkan ilmu dan menjadi pensyarah. Dengan berkongsi pengetahuan dan pengalaman, PPF berharap proses kerja mendispen akan menjadi lebih mudah dan efektif.


PERLUKAH PPF ADA UNIFORM : Deskripsi : Sejak profesion PPB bermula, memang uniform telah di perkenalkan. Pada suatu masa, uniform PPF adalah sama dengan Attandan. Selepas perubahan ke warna dan potongan yang terkini, persoalan uniform masih belum terjawab. Pandangan dan sokongan dari warga PPF amat di perlukan bagi menyokong perubahan tersebut.


ELAUN KRITIKAL : Deskripsi : Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal ( BIPK ) telah di perkenalkan sejak 1993 dan golongan jururawat telah memulakan langkah sebagai penerima pertama. Kini setelah 19 tahun berlalu, PPF juga merasakan mereka juga patut menerima BIPK.


ABM 8 PPF : Deskripsi : Permohonan jawatan baru adalah satu proses berterusan. Ianya dilakukan semasa menyediakan anggaran belanja mengurus dan mengunakan borang ABM 8. Permohonan perlulah di hantar dua tahun lebih awal. PPF masih kurang melibatkan diri dalam proses ini dan akibatnya penambahan jawatan asas dan jawatan kenaikan pangkat PPF adalah amat berkurangan berbanding dengan lain-lain paramedic. Tetapi perkembangan terkini iaitu perkhidmatn awam yang kejat perlulah di ikuti dan di patuhi, iaitu tiada jawatan baru di wujudkan dan Cuma pertukaran jawatan sahaja di benarkan.


RISIKO UBAT : Deskripsi : Setiap ubat yang di makan dan digunakan oleh masyarakat di Malaysia, memang mempunyai kesan sampingan. Kewajaran penggunaannya dan nasihat penggunaan yang rasional adalah amat perlu. Penglibatan PPF dalam proses ini akan menambah kadar penyembuhan dan mengurangkan risiko ubat-ubatan.


SPUB : Deskripsi : SPUB telah diperkenalkan sejak 2003 dan ianya bermula dengan kertas konsep dan cadangan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM. Selepas ianya di laksanakan di beberapa fasiliti terpilih dan di dapati amat memuaskan, ianya telah di perkenalkan ke seluruh negara. Pro dan kontranya tetap ada, dan wajarlah PPF membincangkanisu ini kerana mereka adalah barisan hadapan dalam memngendalikan SPUB ini.

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PPF PADA MASA HADAPAN : Deskripsi : PPf perlu melihat ruang dan peluang bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan perkembangan kerjaya melalui peningkatan tahap pendidikan dan akademik. Jika BPF KKM terlalu amat sukar bagi memenuhi serta menyediakan kursus-kursus pos basic bagi PPF, maka adalah amat wajar jika PPF sendiri mengusolkan agar tajuk dan subjek-subjek tambahan dalam kemajuan di bidang farmasi di masukkan dalam korikulum Diploma Farmasi PPF, iaitu latihan asas PPF. Antara tajuk-tajuk yang boleh di beri perhatian ialah Cardiopharmacology,
Social Pharmacy, Pharmacy Education, Toxicology ( General & Target Organ Toxicology ), Pharmacy Practice, Radiopharmacy, Physiology, Pharmaceutics : Drug Delivery / Physical Pharmacy , Pharmacy Management, Pharmaceutical Biotechnology,
Pharmacoinformatics,Pharmacognosy, Toxicogenomics, Pharmacogenomics, Evidence- Based Pharmacy Practices,Biocomputing,
Pharmaceutical Bioprocessing, Neuropharmacology, Pharmaceutical Engineering, Neurotoxicology, Pharmacoeconomics, Forensic Pharmacy, Forensic Toxicology, Genetic Toxicology, Environmental Toxicology,Immunotoxicology, Pharmaceutical Chemistry: Drug Synthesis, Endocrine Pharmacology, Cancer Pharmacotherapeutics, Pathophysiology, Pharmaceutical Chemistry : Combinatorial Chemistry, Pharmaceutical Analysis, Cosmeceuticals, Nutraceuticals, Phytochemistry, Veterinary Pharmacy, Marine Biopharmaceuticals dan Sport Pharmacy, UiTM telah merintis jalan baginya dengan menghantar pensyarah farmasi mereka ke luar Negara bagi mendapatkan master dan phd dalam bidang tersebut.


MAJLIS MAKAN TENGAHARI PPF : Deskripsi : Mengumpul semua PPF dan melakarkan sejarah dahulu dan kini bagi rujukan dan panduan semua PPF. Pada 1 Julai 2012 jam 10.30 pagi satu majlis pertemuan semua PPF seluruh Negara akan dirancang untuk di adakan. Majlis Sambutan Jubilee Emas PPF di Malaysia dan Majlis Makan Tengahari. Semua PPF di jemput hadir.

MEMARTABATKAN JK TEKNIKAL : Deskripsi :Perkembangan PPF adalah berterusan dan ianya boleh di mulai dengan memartabatkan JK Teknikal PPF Satu Jawatankuasa Teknikal PPF Malaysia telah ditubuhkan pada 16 November 2009. Jawatankuasa ini di pengerusikan oleh Timb.Pengarah Bhg.Pengurusan Perkhid.Farmasi KKM, Dr.Nour Hanah bt Othman dan dianggotai oleh 5 Pegawai Kanan BPF KKM (Lembaga Farmasi, Bhg.A&P,Biro, Kesihatan, Hosp.) dan 4 Exco Kesatuan, 3 Exco PPFM, 4 wakil PPF , 1 wakil Sabah dan 1 wakil Sarawak. Wakil PPFM ialah En.Ganesan G.Narayanan, Hjh.Khamsiah bt Brahim, Tn.Hj.Sulaiman b Harun dan wakil utk Kesatuan pula ialah En.Rohin Daud, En.Razalle Dollah, En.Zamri Arifin dan Tn.Hj.Mohd Noor b Adam. Wakil PPF ialah Puan Faridah Saidi(CPD-PTK), Hjh.Norhaini bt Othman(HKL), Puan Juriah bt Wakidi(Labuan), En.Talib b Tawil(Biro). Wakil Sarawak ialah En.James Yiek Hua Kuong dan wakil Sabah ialah En.Johnson Chin Nyat Min. Urusetia JK ini ialah Ketua Profesion En.Muhammad B Awang PPF U40 dan juga Tn Hj.Abd Ghani b Yusof, PPF U38 BPF KKM. Semoga dengan penubuhan JK ini, PPF akan lebih cemerlang dan maju kehadapan ! Jika ada sebarang masalah yang perlu di bangkitkan, sila hubungi nama-nama seperti yang tertera diatas dalam Jawatankuasa ini. JK Teknikal ini di kendalikan oleh PF dan sebagai PPF kita perlu mengwujudkan JK Pemandu dan JK Pelaksana, iaitu JK Kecil di bawah JK Teknikal, barulah segala yang dirancang akan dapat di dilaksanakan. Begitulah perlaksanaan semua JK Teknikal lain-lain paramedik . Dan ianya memerlukan komitmen yang tinggi dari semua PPF. Semua PPF seluruh Negara perlu membantu agar ianya berjalan seperti yang di harapkan.

PPF POS BASIK HOLDER : Deskripsi : Semua pemegang sijil pos basic PPF perlulah bersatu dan berkumpul bagi membantu meningkatkan mutu perkhidmatan dan perkembangan kerjaya PPF. Dengan kelayakan tambahan yang ada, pastinya ada sesuatu untuk di sumbangkan kepada perkhidmatan PPF.Semua PPF Pos Basik Holder, perlu menulis artikal tentang mana-mana tajuk di atas, dan ianya bolehlah di kumpulkan melalui emel ke persatuan dan kesatuan dan akhirnya ianya akan di hantar ke KSKB pada 19 April 2012. Jika tiada nukilan, sijil pos basic tersebut perlulah di gantungkan di dinding, agar ianya boleh di lihat setiap hari.

Seperkara lagi yang penting ialah semua Minit Mesyuarat MBJ setiap PTJ, akan di hantar ke JPA dan di baca oleh Peg JPA yang berkaitan. PPF juga perlu aktif dalam menghadirkan diri dalam messyuarat Pre Council setiap MBJ. Dan akhir sekali PPF sendiri perlu mengwujudkan Pusat Kecermerlangan “ CENTRE OF EXELLENT “. Bagi masa depan PPF yang berkesinambungan. Dan semua PPF berharap tahun 2013 pastinya JPA akan menilai semula senarai penerima Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal ( BIPK ).


Semua cadangan dan pendapat yang di utarakan di atas, adalah di lihat dari sudut akademik / ilmiah dan seharusnya juga semua PPF melihat perkara di atas dari perspektif dan sudut yang sama juga agar ianya tidak menyimpang dari tujuan dan matlamat asal serta mempunyai natijah yang sama. PPF perlu meningkat IQ, EQ dan SQ . Selamat Maju Jaya PPF. Dan segala salah dan silap semasa menaip haruslah di maafkan, maklumlah teknologi ICT terkini memungkinkan segalanya.


Tamat : 28 Mac 2012
Back to top
View user's profile Send private message
nori



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 120

PostPosted: Fri Sep 14, 2012 5:01 pm    Post subject: Reply with quote

Selamat bertugas kepada semua PPF

Salam Satu Malaysia

Tahun 2013 akan bermula pada 1 Jan
dan tahun 2012 akan berakhir pada 31 Dis
Tahun 2012 masih ada kesempatan bagi penyelesaian
segala kerumitan PPF, melalui

1. Mesyuarat Ketua Unit ( setiap bulan )
2. Mesyuarat ketua Jabatan ( setiap bulan )
3. Mesyuarat MBJ PTJ ( setiap 3 bulan )
4. Mesyuarat MBJ JKN ( setiap 3 bulan )
5. Mesyuarat Exco persatuan ( setiap 3 bulan )
6. Mesyuarat Exco kesatuan. ( setiap 3 bulan )
7. dll.

Dan perancangan yang teliti serta rapi bagi tahun 2013 amatlah diperlukan sebab banyak halangan dan rintangan sedang menunggu.


Tamat

14 Sept 2012
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    www.ppfmy.com Forum Index -> Diskusi Ahli Forum All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 1

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum


Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group