www.ppfmy.com Forum Index www.ppfmy.com
Forum ini dibangunkan untuk memudahkan ahli-ahli PPFM berdiskusi dan mengadakan perbincangan sesama ahli
 
 FAQFAQ   SearchSearch   MemberlistMemberlist   UsergroupsUsergroups   RegisterRegister 
 ProfileProfile   Log in to check your private messagesLog in to check your private messages   Log inLog in 

PIAGAM ATAU LEMBAGA UNTUK PROFESION PPF

 
Post new topic   Reply to topic    www.ppfmy.com Forum Index -> Diskusi Ahli Forum
View previous topic :: View next topic  
Author Message
kamalbahrin



Joined: 25 Nov 2006
Posts: 50

PostPosted: Thu Mar 26, 2009 6:32 pm    Post subject: PIAGAM ATAU LEMBAGA UNTUK PROFESION PPF Reply with quote

Assalamulaikum saya ingin berkongsi pandangan semua warga PPF berkaitan perkara di atas. Pembantu Farmasi alias PPF telah berusia lebih dari 50 tahun, saya kira sudah tiba masanya semua warga ppf memikirkan dan harapan hala tuju untuk profesion ini. JPA dan Kementerian Kesihatan dengan YB Menterinya sekali telah pun beberapa kali menyatakan yang profesion ini tidak akan dijumudkan. Apa yang berlaku pada profesion sekarang keadaan tidak kepastian di atas apa kah tugas dan descripsi kerja yang hendak diberikan kepada profesion ini. Saya ingin mencadangkan kepada semua warga ppf bertegas supaya diwujukan satu piagam atau lembaga untuk profesion ini. Walau pun telah ada cadangan untuk di masukkan ppf ini di dalam akta tapi belum ada kepastian. Saya kira sudah sampai masa ini semua warga ppf bersatu untuk berusaha supaya profesion ini boleh tubuh sebuah lembaga atau piagam untuk mengawalnya. Satu cadangakan hendaklah dikemukakan pada AGM ini dan usaha-usaha diteruskan tanpa jemu. Penubuhan lembaga adalah mustahak untuk masa depan profesion ini. Jika tidak tidak ingin menujuk kearah ini,lebih baik kita jemukan sahaja jawatan ini, jika ingin makan gaji sahaja. Fikirlah bersama.
Back to top
View user's profile Send private message
tantintin



Joined: 16 Jun 2008
Posts: 2
Location: KUALA LUMPUR

PostPosted: Sun May 10, 2009 3:29 pm    Post subject: Reply with quote

untuk makluman, buat masa ini ppf telah diletakkan di bawah akta farmasi, insyaallah ppf akan dikawal dari segi pendaftaran dan sebagainya setelah akta ini diluluskan.
Back to top
View user's profile Send private message
ppfkkp



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 26

PostPosted: Sat Jul 31, 2010 1:40 pm    Post subject: Reply with quote

Piagam Profesion Ini Telah D Rancang
Tetapi Ianya Di Anjurkan Oleh BPF KKM
Segala Keputusan Adalah Sulit
Tetapi Apabila Keluar Nanti
PPF Rasa Terkejut
Lebih Elok PPFM / Kesatuan Anjurkan Sendiri
Kita Boleh Rangka Bersama
Hasilnya Akan Memihak Kepada Kita
Tetapi Masa Masih Belum Mengizinkan
Tunggulah Segala Yang Telah di Takdirkan
No Komen
Back to top
View user's profile Send private message
nori



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 120

PostPosted: Mon Feb 07, 2011 7:21 pm    Post subject: Reply with quote

SELAMAT TAHUN BARU 2011 :


PPF telah memberikan perkhidmatan selama 53 tahun di negara ini, namun pada tahun 2011 ini, tenaga dan keringat PPF masih lagi diperlukan demi kelangsungan perkhidmatan farmasi kepada rakyat di negara ini. Tetapi ruang dan peluang bagi PPF mengecapi sedikit keistimewaan dan keserasian bekerja, pada masa ini masih jauh dari pencapaiannya. Jika di banding dengan Attandan Kesihatan, pada masa ini mereka telah jauh berubah dan di gelar PPK. PPK juga telah di anugerahkan elaun bagi bertugas di bilik mayat. Sejarahnya amat panjang dan berjela jela kerana bilik mayat tersebut hanya menerima 100 mayat sahaja setahun, sedangkan Rx yang perlu di layan oleh PPF setahun ialah 28,000 di sebuah KK.

Apabila bilangan mayat sedikit, maka PPK ada masa untuk memikirkan masa depan mereka sedangkan PPF memang tiada masa untuk memikirkannya. Pada mulanya hanya PPK sahaja yang dapat elaun bilik mayat. Selang beberapa tahun, MA pula memohon dan dapat, tetapi terhad kepada seorang PPK dan seorang MA sahaja. Tetapi dengan adanya penglibatan pihak atasan yang menyeluruh, 3 PPK dan 3 MA berjaya mendapatkannya kerana dengan alasan hospital beroperasi 3 shift dan 7 hari seminggu. Maka logik jugalah jika 3 PPK dan 3 MA dapat elaun tersebut dan sudah pastinya pada setiap shift akan ada petugas yang bertanggungjawab.

Tetapi pada 2011 ini, mungkin PPF ada masa bagi memikirkan agar PPF juga layak di beri elaun apabila bertugas di unit saitotoksid. Pada waktu awal begini, memang semua pihak akan merasakan ianya adalah tidak perlu kerana cukup dengan hanya di berikan cuti tambahan sahaja. Tetapi bagi jangka masa panjang, dan kelangsungan perkhidmatan farmasi, wajarlah pemberian elaun ini di pertimbangkan. Berapa ramai PPF yang layak dan berapa jumlahnya sebulan, adalah terpulang kepada kesesuaian dan keserasian perkhidmatan, dan yang penting sekali ianya akan membantu meningkatkan mutu perkhidmatan dan perkembangan kerjaya bagi semua PPF.


DERAFF PERMOHONAN ELAUN HAZARD
UNTUK KAKITANGAN PPF KKM TERLIBAT DIDALAM
PENGENDALIAN SEDIAAN UBAT UBAT SITO-TOKSIK
DI HOSPITAL HOSPITAL KERAJAAN (CYTOTOXIC DRUG RECONSTITUTION)

Keperluan pengrawatan pesakit kanser di negara kita amat ketara diwaktu ini. Ini jelas dapat dibuktikan dengan peningkatan kadar statistik kematian pesakit pesakit yang di sebabkan oleh pengidap penyakit kanser.KKM telah membelanjakan peruntukkan wang yang banyak untuk meningkatkan kualiti kesihatan kepada rakyat terutamanya didalam mengurangkankan kesengsaraan kepada pesakit pesakit yang mengidap penyakit kanser.


Bergagai bagai bentuk pengrawatan sedang di selidiki oleh para saintis dan pengamal pengamal perubatan samada cara tradisional dan cara moden di seluruh dunia. Namun masih tiada suatu penemuan yang sempurna ditemui untuk mengubati penyakit kanser.

Di dalam pengrawatan kepada pesakit kanser di negara kita , KKM telah memilih cara pengrawatan kepada pesakit kanser mengikut teknologi pengrawatan cara moden berpandukan teknologi barat yang telah dibuktikan terbaik, dan sehingga hari ini masih tiada lagi penemuan yang setanding atau terbukti lebih baik untuk di guna pakai di hospital hospital Kerajaan..

Walaupun Pihak KKM menyedari cara pengrawatan yang di pilih akan memberi kesan sampingan yang sangat merbahaya kepada pesakit di samping peratusan kesan pengubatan (penawar/sembuh) yang sedikit iaitu memusnah sel sel kanser sahaja bertujuan mengurangkan bebanan penderitaan/kesengsaraan pesakit, pilihan ini adalah difikirkan yang terbaik dan lebih berfaedah dari tiada usaha pengrawatan yang dilaksanakan .Usaha ini telah terbukti kejayaannya , dan telah dapat mengurangkan beban kesengsaraan dan penderitaan kepada ribuaan pesakit kanser.

Segala usaha untuk mengurangkan bebanan penderitaan dan kesengsaraan oleh pesakit kanser jelas telah terbukti dilaksanakan oleh pihak KKM dengan peningkatan kadar statistik permintaan penggunaan ubat ubat merbahaya / sito-tosik dari masa ke semasa oleh pengamal perubatan untuk merawat pesakit pesakit kanser. Berbagai bagai bentuk ubat ubat merbahaya/ sito-toksik dalam bentuk berlainan telah di impot untuk di simpan di stor stor hospital diseluruh tempat di negeri negeri di negara kita.untuk keperluan pengrawatan kepada pesakit kanser, berbagai bagai jenis penyakit kanser yang telah di kenal pasti. sehingga kini , ini termasuklah:Kanser payudara, kanser ovari,kanser servik kanser usus, kanser prostate, kanser paru paru dll.

Pihak kakitangan kumpulan sokongan adalah antara menjadi elemen sangat penting kepada seorang pesakit kanser kerana mereka adalah antara kakitangan KKM yang menjadi tulang belakang bagi rejim terapi pesakit kanser, ini termasuklah didalam tugas harian rasmi yang terlibat seperti di bawah:

Pharmacy assistant
Preparation & reconstitution
Daily & weekly cleaning of cleanroom & BSC
Drugs & disposable item level & storage
Involve in-house validation
Ongoing training

Di dalam penglibatan untuk pengendalian ubat ubat merbahaya sito-toksik kanser kakitangan kumpulan sokongan KKM juga tidak kurang hebatnya menerima satu fenomena kesan sampingan ubat ubat yang sangat merbahaya ini,segala risiko ini hanya dapat dirasai setelah kesan lamanya kakitangan yang terlibat mengendalikan ubat ubat merbahaya sito-toksik tampa latihan kemahiran, kelengkapan peralatan dan pengetahuan yang sempurna disedari . jika pesakit yang terbukti telah mengidap penyakit kanser terpaksa berhadapan dengan peratusan tinggi kesan sampingan penawar ubat yang beracun/merbahaya adalah menjadi lumrah terpaksa kerana tiada pilihan.

Bagaimana pula kakitangan yang mengendalikan penyediaan ubat ubat kanser ini, Di dalam proses untuk kesempurnaan cara pengendalian ubat ubat ini, suatu cara untuk memperolehi peratusan kesan sampingan/merbahaya ubat kepada tahap yang paling minimum sangat perlu, banyak kesilapan (medical error) telah lakukan oleh kakitangan sokongan yang terlibat, di dalam pengendalian ubat ubat ubat merbahaya ini.

Menyedari bahaya bahaya yang telah dilanggar, berbagai bagai langkah langkah telah diambil dengan peruntukkan yang amat banyak bertujuan untuk meminimumkan kesan kesan bahaya sampingan kakitangan terlibat namun bahaya dan risiko yang pasti dihadapi oleh kakitangan yang terlibat tetap sedia menanti. dan pasti dilalui,Kesan bahaya ini hanya akan dapat dirasai dalam jangka masa yang agak lama. Buat masa ini tiada ujian pemeriksaan yang boleh di percayai untuk mengesan kesan awal, tetapi penyelidikan yang giat sedang di buat untuk membangunkan pengesanan awal kesan sampingan bahaya ubat sito-toksik.

Jenis Jenis CytotoxicDrugs :

Alkylatig Agents
􀁺Cisplatin
􀁺Cyclophosphamide
􀁺Thiotepa
􀁺Chlorambucil

􀁼Antibiotics
􀁺Doxorubicin
􀁺Bleomycin
􀁺Mitomycin

􀁼Misc
􀁺Asparaginase

􀁼Antimetabolites
􀁺Cytarabine
􀁺Fluorouracil
􀁺Methotrexate
􀁺Azathioprine

􀁼Vincaalkaloids
􀁺Vincristine
􀁺Vinblastine
􀁺Etoposide

Criteria for Hazardous Drugs
􀁼Carcinogenicity
􀁼Teratogenicityor developmental toxicity
􀁼Reproductive toxicity
􀁼Organ toxicity at low dose
􀁼Genotoxicity
􀁼Structure or toxicity similar to drugs
classified as hazardous using above criteria
NIOSH, 2004

Route of Exposure to Hazardous Drugs
􀁼Inhalation of aerosolized drugs
􀁼Dermal absorption
􀁼Ingestion
􀁼Injection

Risk of Exposure
􀁼Liver damage (Sataniemiet al. 1983)
􀁼Fatal loss, spontaneous abortion, fetal malformation
(Selevan, 1985: Stuckeret al., 1990: Heminkiet al., 1985)
􀁼Acute symptoms: skin irritation, sore throat, cough, dizziness, headache, allergic reaction, diarrhea, N &V

􀁼Reproductive: fetal loss, congenital malformations & infertility
Harrisons, B.R.(2001)Risk of handling cytotoxicdrugs. In M.C.Perry (ed), The Chemotherapy Source Book (3rdEd.:566-582). Philadelphia, P.A. Lippincott, Williams & Wilkins
􀁼1970’s
􀁼Several chemotherapy agent were linked to secondary leukemia & other cancer in treated patient
􀁼Health risk might extend to persons exposed to the drugs
Ng, L.M. & Jaffe, N.(1970).Possible hazards of handling antineoplasticdrugs. Pediatric, 46(4):648-9
Donner,A.L.(1978).Possible risk of working with antineoplasticin horizontal laminar flow hoods. Am J Hosp Pharmacy,35:900
􀁼In small, but controlled study, mutagenic activity was found in the urine of patient who received chemotherapy as well as nurses who administered chemotherapy􀁼Cyclophosphamidewas present in the urine
Of health care workers on 11 of 12 studies, despite the use of precautions
Falcket al.(1979).Mutagenicity in urine of nurses handling cytostaticdrugs. Lancet, 1(12):1250-1
Sessink, P.J.M. & Bos, R.P.(1999).Drugs hazardous to health care workers: Evaluation of method for monitoring occupational exposure to cytostaticdrugs.Drug Safety, 20(4):347-359


Norma Perjawatan PPF :

Aktiviti / Perkhidmatan : Nisbah :

- Penguatkuasaan Farmasi 1 orang : setiap unit penguatkuasa
- Pesakit Luar 1 orang : 1 Unit
( Tambahan ) 1 orang setiap 50 pesakit tambahan
- Pesakit Dalam 1 orang : setiap 2 wad (28-30 katil)
- Khidmat TPN / IV Admix 1 orang : setiap 300 kes sebulan
- Khidmat Farmasi Onkologi 1 orang : setiap hospital
- Perkh. Pengeluaran Farmaseutikal 1 orang : setiap 300 pek sehari
- Gantian 1 orang : setiap 5 orang PPF


Mengikut norma perjawatan PPF tidak terlepas dari tanggungjawab didalam tugas pengendaliaan ubat ubat sito-oksik,tugas tugas ini telah dilaksanakan sejak sekian lama sehingga kini, tugas PPF yang terlibat dengan penyediaan pengendalian ubat sito-oksik sekarang lebih jelas dan sangat diperlukan di hospital hospital terpilih seperti di Hospital Kulim,Hospital Seremban,Hospital Likas, Hospital Queen Elizabeth, Hospital Seberang Jaya, Hospital Besar Kuala Lumpur , USM ,dan Hospital Ipoh serta Hospital Selayang.

Walaupun penempatan di unit unit ini tidaklah menarik, dan sangat merbahaya dari kesan sampingan kepada kakitangan PPF, komitmen yang di beri oleh kakitangan PPF sangat tinggi serta menggalakkan.

Beberapa Hospital terpilih telahpun dikenal pasti dan dalam pembinaan untuk meningkatkan lagi kelengkapan tempat penyediaan ubat ubat sitotoksik dan pusat latihan kepada kakitangan kementerian terlibat seperti Hospital Selayang,Hospital Manjung dan Hospital Teluk Intan.

Memandangkan peruntukkan perbelanjaan yang diagihkan amat lah besar di dalam penyediaan kelengkapan peralatan bangunan penyediaan ubat ubat sito-toksik serta latihan keyakinan keselamatan petugas kumpulan sokongan, imlikasi kewangan untuk menyelenggara juga sangat ketara demi memastikan kualiti peralatan ,produktiviti kekal terurus dan keadaan kesihatan petugas dinilai dan diambil perhatian sewajarnya.
Pemberian elaun sebanyak tiga ratus ringgit malaysia (RM300) sebulan kepada kakitangan kumpulan sokongan yang terlibat sangatlah rasional jika di nilai dari nisbah kakitangan yang terlibat amatlah sedikit, dalam masa yang sama pemberiaan elaun ini mendorong minat PPF untuk lebih berminat menceburi latihan latihan yang di sediakan, walaupun belum pastinya bersesuaian dengan tugas.dan kemampuan kesihatan.


Seorang kakitangan PPF perlu melalui beberapa proses program latihan ulangkaji dan latihan praktikal khas sebelum melibatkan tugas penyediaan ubat sito-toksik.

Skop Latihan Penyediaan Pengendalian ubat ubat saitotksik adalah meliputi sebelum, semasa dan selepas penyediaan. Kesemuanya akan di patuhi secara menyeluruh bagi mendapatkan hasil yang maksimun dan kesan sampingan yang minima. Kursus lanjutan ( pos basik ) dalam bidang ini amat di perlukan. Permasaalahan yang mungkin akan timbul ialah, di mana nak belajar, siapa yang akan mengajar dll. Namun kesemuanya akan dapat di capai apabila semua PPF berfikiran terbuka dalam persoalan ini.

Semua cadangan dan pandangan di atas adalah di lihat dari sudut akademik / ilmiah dan harus di lihat dari perspektif yang sama juga.

Tamat : 7 Februari 2011.
Back to top
View user's profile Send private message
nori



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 120

PostPosted: Sat Jul 16, 2011 12:32 pm    Post subject: Reply with quote

SELAMAT BERTUGAS KEPADA SEMUA PPF :

Piagam PPF ni mudah je, patuhi sahaja arahan peg atasan, pasti hujung tahun dapat markah tinggi, dan sampai masa dapat naik pangkat. Piagam yang sebenarnya sedang di usahakan oleh persatuan dan kesatuan, cuma perlu ada sedikit penambahbaikan dan ianya memakan masa sedikit untuk di keluarkan. Semasa PPF menjalankan tugas, jika timbul rungutan ataupun masaalah, rujuk terus ke peg atasan, dan jika melibatkan undang-undang, rujuk ke persatuan dan kesatuan. Pasti mereka boleh membantu. Pastikan dahulu PPF tersebut ada no ahli ( jadi ahli le )

Bagi latihan pertama PPF, sijil mereka ialah Sijil Pembancuh Ubat dan selepas itu ialah Sijil Pembantu Farmasi dan seterusnya kini Diploma Farmasi. Juga terdapat PPF pada hari ini yang memiliki Sijil Pembantu Makmal Kimia Ubat dan diserapka ke PPF dengan tambahan latihan dalam farmakologi selama 6 bulan. Tapi semua nya telah menjadi hari ini dalam sejarah. Jika di hitung memang banyak sejarah sejak PPF berada di Malaysia selama 50 tahun lebih.

Esok kita akan bincangkan pula perjalanan dan perlaksanan, pencapaian, kelebihan dan kekurangan serta cadangan- cadangan / usol bagi di majukan ke JK Teknikal PPF. Tetapi pastikan ianya tidak melebihi 10 muka surat, sebab web ini hanya menerima 10 muka surat sahaja, dan esok tu adalah hari ini. Sabar….

PPF alaf baru mempunyai banyak saluran bagi memperjuangkan hasrat PPF, antaranya ialah :

Mesyuarat JK Teknikal PPF
Usol semasa AGM persatuan
Usol semasa AGM kesatuan
Mesyuarat PPF Kanan bersama Pengarah Kanan BPF KKM
Mesyuarat PPF y/m peringkat negeri
Mesyuarat Pengurusan PTJ
Mesyuarat MBJ JKN
Mesyuarat Pre Council MBJ JKN
Mesyuarat MBJ PTJ
Mesyuarat Pre Council MBJ PTJ
Mesyuarat kedai kopi.

Dan sepekara lagi ialah, semasa ucapan dasar YDP persatuan dan Presiden kesatuan semasa AGM, kertas tersebut juga di majukan kepada pihak atasan untuk perhatian dan makluman mereka. Dan segalanya di rekodkan. Itulah sebabnya semua PPF perlu memberikan input semasa ucapan dasar YDP dan Presiden di sediakan. Selalunya mengambil masa 30 hari untuk di siapkan. Dan yang terkini, ucapan dasar Presiden kesatuan semasa AGM sedang diusahakan. PPF bolehlah memberikan input untuk dimasukkan dalam ucapan tersebut. Tetapi pastikan PPF tersebut telah menjadi ahli dan tiada yuran tertunggak, baru lah boleh memberikan input.

Dan sepatatutnya semua persoalan PPF telah di bawa ke pengetahuan pihak atasan dan telah di rangka dan di gariskankan jalan penyelesaiannya dan hanya menunggu saat dan ketikanya sahaja semua nya akan di atasi dan di selesaikan secara yang sepatutnya.


Maklumat terkini perjawatan PPF di KKM pada 31 Dis 2010 ialah :

Gred Jawatan Isi Kosong
U40 12 9 3
U38 37 32 5
U36 116 90 26
U32 459 397 62
U29/U32 2860 2784 76

Itulah bilangan PPF di KKM berbanding dengan 7046 bilangan PF di KKM

Berita dari BPF KKM ialah Konvensyen Inovasi dan kreativiti Farmasi 2011:
Tarikh : 30 Oktober 2011 – 2 November 2011
Tempat : Melaka
Tema : Inovasi Kreatif Penjana Transformasi Kecemerlangan Farmasi.

Selalunya sebelum itu, akan ada konvensyen peringkat negeri dan seterusnya peringkat kebangsaan. Dahulunya konvensyen ini di namakan KMK ( Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja ) Kini dah jadi KIK dan pastinya PPF juga terlibat dalam KIK bagi meningkatkan taraf perkhidmatan kepada Negara.

KIK ini adalak satu kumpulan PPF secara tetap dan bermesyuarat secara tetap. Tak boleh di tubuhkan secara Ad Hock sahaja. Dan ini juga menunjukkan bahawa PPF perlu bekerja secar berterusan, setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun, sehinggallah bersara wajib.


Kita terus je ke JK Teknikal :

Satu Jawatankuasa Teknikal PPF Malaysia telah ditubuhkan pada 16 November 2009? Jawatankuasa ini di pengerusikan oleh Timb.Pengarah Bhg.Pengurusan Perkhid.Farmasi KKM, Dr.Nour Hanah bt Othman dan dianggotai oleh :

5 Pegawai Kanan BPF KKM (Lembaga Farmasi, Bhg.A&P,Biro, Kesihatan, Hosp.)
4 Exco Kesatuan, En.Rohin Daud, En.Razalle Dollah, En.Zamri Arifin dan Tn.Hj.Mohd Noor b Adam.
3 Exco PPFM, En.Ganesan G.Narayanan, Hjh.Khamsiah bt Brahim, Tn.Hj.Sulaiman b Harun
4 wakil PPF , Puan Faridah Saidi, Hjh.Norhaini bt Othman, Puan Juriah bt Wakidi, En.Talib b Tawil,
1 wakil Sabah En.Johnson Chin Nyat Min.
1 wakil Sarawak. En.James Yiek Hua Kuong

Urusetia JK Teknikal : En.Muhammad B Awang PPF dan Tn Hj.Abd Ghani b Yusof

Isu-Isu PPF yang pernah dibincangkan oleh PPF untuk perhatian JK Teknikal PPF ialah :

Memberi Peluang PPF Melanjutkan Pelajaran Ijazah Pharmasi di IPTA
PPF Berdaftar Dengan Lembaga Farmasi Malaysia
PPF Berdaftar Dengan Akta Kesihatan Bersekutu
Mengadakan Kursus Pos Basik Bagi PPF
Pertukaran Nama Diploma Pembantu Farmasi KKM Kepada Diploma Farmasi
Pertukaran Nama Jawatan Yang Lebih Relevan Seperti Juruteknologi Farmasi
Pakaian Seragam PPF Yang Lebih Sesuai Dan Universal
Menyediakan Bilik Khas bagi PPF Kanan bagi Tugasan Pentadbiran PPF
Peruntukan Khas Kepada PPF Untuk Persidangan Peringkat Negeri / Kebangsaan
Expanded dan Extended Role PPF Yang Terkini
Penglibatan PPF Dalam Health System Research (HSR) KKM
Pembentangan Kertas Kerja, Scientific Meeting Dll Oleh PPF
Perlantikan Ketua PPF U40 Peringkat Kebangsaan Oleh KKM
Perlantikan Kordinator Negeri PPF U40 Oleh KKM
Jawatan Khas PPF Yang Ada Ijazah Bagi Mengajar Pos Basik PPF.
Team Work Antara PF Dan PPF Agar Lebih Sistematik Dan Effisyen
Penglibatan PPF Dalam Program Kemasyarakatan
Wujudkan JK Pembangunan Perkhidmatan Farmasi (PF,PPF, Storekeeper, PPK,PRA)
Meningkatkan Penglibatan PPF Dalam Kajian, KMK, Inovasi, 5S Dll.
Pengisian PPF U36 di Pejabat Kesihatan Daerah Seluruh Negara
Penambahan Kolej PPF Bagi Penyediaan Tenaga Kerja Yang Mencukupi
Penambahan Jawatan Pengajar PPF di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB)
Meningkatkan Penglibatan PPF Dlm AJK Kecil di PKD / Hospital
Pengisian Jawatan PPF Yang Kosong Atas Kadar Segera
Permohonan Elaun Kritikal Bagi PPF
Cadangan Skim Bersepadu PPF U29, U32, U36, U41, U44, U48, U52, U54
Cadangan Elaun Harzard Bagi PPF
Kajian Senarai Tugas PPF Yang Terkini U29 – U40
Cadangan Markah CPD Mengantikan Ujian PTK bagi PPF
Hala Tuju PPF Pada Masa Akan Datang
Kedudukan PPF DalamAkta Farmasi
Kedudukan PPF Dalam Akta Sains Kesihatan Bersekutu
Masa Depan PPF Berkaitan Kursus Bac Sc (Hons) Farmasiutical Technology UKM
Cadangan Penempatan PPF Di Unit Penguatkuasaan Farmasi
Cadangan Menempatkan Minima Dua Orang PPF Di Klinik Kesihatan Seluruh Negara
Cadangan Menempatkan PPF Di Farmasi Klinik Pakar
Cadangan Menempatkan PPF Di Unit Maklumat Drug Di Setiap Hospital Seluruh Negara
Cadangan Menempatkan PPF Di JKN Seluruh Negara.Melalui ABM8

Sebagaimana kebiasaannya ialah semuanya memerlukan kertas kerja yang lengkap sebelum sesuatu itu dapat di bawa ke pengetahuan JK Teknikal. Ada antaranya telah selesai berdasarkan kertas kerja lengkap yang telah di terima. PPF juga terlibat dalam usaha mengubah nama Diploma Pembantu Farmasi kepada Diploma Farmasi di KKM. Tetapi usaha PPF hanyalah sebagai pelengkap sahaja kerana kertas kerja yang sebenarnya ialah di sediakan oleh Bahagian Latihan KKM.

Forum PPF juga pernah menimbulkan beberapa persoalan, dan antaranya ialah :

BEBAN TUGAS PPF, MENGAPA DIAMBIL RINGAN – ytracis
TPN, TDM, CDR – topup, afiq82
DISPENSING SEPARATION – afiq82
TUGAS – TUGAS SEBENAR PPF –gurles
BELAJAR BUAT BLOG & BLOG PPF –jaya18, cheloski
SIAPA BERMINAT UTK MENGANGGOTAI KAJIAN / PROJEK – cheloski
TWO YRS TOP UP DEGREE IN PHARM. SC & TECH. – cheloski
BAGAIMANA DENGAN IMEJ PROFESYEN KITA- jaya18
MERAPATKAN SILARATULROHIM SESAMA KITA – jaya18
PENGUMUMAN PENTING UNTUK PARAMEDIK BERIJAZAH –aini
UBATAN YANG GUNA BAHAN RADIOAKTIF – awan_biru85
PPF SEMAKIN SEDIKIT – sherry
FARMAKOKINETIK – imzal82
SOFT SKILL YANG PERLU ADA SEBAGAI PPF – yasmin
MELANJUTKAN PELAJARAN DALAM BIDANG FARMASI – yasmin
LALUAN PPF UNTUK MENJADI PEGAWAI FARMASI – atokpencen
SENARAI TUGAS PPF – liza
TUGAS ATAU TANGGUNGJAWAB PPF – babeywanyda
JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN – sudahbagus
YANG BERACUN DI SEKELILING KITA – kainkapan
UBAT PRE PACK SEDIA ADA, APA KOMPLIKASINYA – akoizer
PPF DAH RAMAI MASUK KK – nustrule
PERSATUAN PPF – yangdipertua
POS BASIK PPF – hius2007
APA SUDAH JADI NASIB PPF – mamatwins
LUKA LAMA BERDARAH KEMBALI – zaha
PIAGAM / LEMBAGA UTK PPF – kamalbaharin
JANGAN TAKUT PADA BAYANG SENDIRI – arifhti
5S & ISO, MANA YG PATUT DI DAHULUKAN – ahmadmohgudang
SPUB – dhiyamirza
MENGAPA PERLU ADA JURANG ANTARA PPF / PF – mohdrashid
PERLUKAH ICT DI APLIKASIKAN DLM TUGAS PPF – mohdrashid
PERSIDANGAN PPF PERINGKAT KEBANGSAAN – mohdrashid
SELAIN PPFM / KKPFKMB, CARA LAIN MENYATUKAN PPF – mohdrashid
TEMPOH MASA MENUNGGU JADI KPI PPF – mohdrashid
PERLUKAH PPF BERADA DI UNIT PENGUATKUASAAN – mohdrashid
NAMA KOMERSIL VS NAMA GENERIK , MANA YANG BAIK – mohdrashid
PENGALAMAN PPF YG BLH JD PANDUAN N TAULADAN – mohdrashid
PERLUKAH PPF ADA UNIFORM – mohdrashid
HALATUJU PPF – hius2007
ELAUN KRITIKAL –faizal@33
ABM 8 PPF – faizal@33
RISIKO UBAT – rahitse
PPF DI BIDANG PENGUATKUASAAN – amru_asyraf

Tetapi sebagai PPF alaf baru, ada antaranya telah selesai dan tidak sesuai di bincangkan lagi kerana keadaan telah berubah dan jalan penyelesaiannya telah di temui. Sebab itulah PPF perlu sentiasa menimba ilmu dan mengikuti perkembangan semasa kerana setiap hari pasti akan ada berlaku perubahan terhadap bidang kefarmasian sama ada kecil atau pun besar.

Tetapi apa yang berlaku ialah pada 2008, AGM kesatuan di Terengganu, wakil BPF KKM merungut kerana semasa AGM tiada LCD Projector di sediakan, kerana beliau mempunyai beberapa maklumat untuk di terangkan dan di kongsi bersama. Tetapi sehingga kini pada 2011, power point tersebut masih gagal di tunjukkan kepada PPF, maka maklumat tersebut memang tidak dipanjangkan kepada pengetahuan semua PPF. PPF juga tidak menyediakan ruang dan peluang bagi berkongsi ilmu dan lain-lain pengetahuan dalam bidang kefarmasian, kecuali hanya sedikit sahaja yang telah di lakukan oleh biro pendidikan.


Kongres Profesor Malaysia juga telah lulus 14 resolusi jayakan transformasi pada 9 Julai 2011, berdasarkan setiap kluster ilmu untuk membantu kerajaan menjayakan usaha transformasi negara seperti berikut:

Mengukuhkan dasar, proses perancangan dan tadbir urus sektor sumber asli dan alam sekitar; transformasi ekonomi yang disokong sistem pelaksanaan, pemantauan dan pelaporan berasaskan sasaran keberhasilan konkrit dan jelas.
Kod tadbir urus sektor awam dan kaedah penguatkuasaan dibangunkan bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian dan pengurusan.

Pembangunan modal insan berpengetahuan dan kemahiran tinggi serta sistem keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dicadang bagi memastikan ICT menjadi pemacu utama transformasi.

Pengukuhan Polisi Inovasi Negara bagi memastikan kelestarian ekosistem inovasi tanpa sempadan iaitu membabitkan semua peringkat masyarakat bermula di sekolah hingga industri dan agensi kerajaan.

Bagi memastikan negara tidak terdedah kepada ancaman penyusutan sumber dan krisis tenaga, pembangunan kecekapan penggunaan tenaga, pengoperasian perkakasan, perancangan bandar dan pemerkasaan penjanaan tenaga daripada sumber boleh diperbaharui dicadangkan.

Sokongan padu terhadap penegasan dasar mengekalkan nisbah 60:40 bagi pelajar aliran sains berbanding pelajar bukan sains yang merosot pada tahap 20:80 ketika ini bagi mencapai sasaran sekurang-kurangnya 60 penyelidik, saintis dan jurutera bagi setiap 10,000 tenaga kerja.

Usaha menjana dan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains sosial disifatkan kritikal bagi membekalkan data sosial mencukupi untuk pelaksanaan transformasi negara.

Menekankan kepentingan sistem pendidikan diperkukuhkan menerusi pendekatan kesepaduan bermula pendidikan dasar hingga tertiari yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta berorientasikan bakat, bukan peperiksaan.

Akses perkhidmatan kesihatan secara saksama dengan memberi keutamaan kepada aspek pencegahan penyakit secara menyeluruh dan berkesan.

Menitikberatkan kesepaduan sosial sebagai prasyarat untuk menjamin transformasi negara yang seimbang.

Bagi memartabat industri farmaseutikal, kerajaan dicadang mewujudkan keupayaan sebagai pengeluar ubatan halal bagi mengelak kebergantungan terhadap pasaran luar yang diragui kesesuaiannya dan boleh mengancam kesihatan rakyat.

Turut diusul bagi bidang kesihatan adalah masalah ketagihan dadah dipertanggungjawabkan bersama Kementerian Kesihatan kerana ia dikenal pasti sebagai penyakit.

Meminta kerajaan memastikan inti pati pembangunan dikawal sistem nilai budaya yang murni untuk mengelak penyelewengan, mengekalkan moral tinggi serta menegakkan prinsip keadilan sosial.

Bagi memastikan sekuriti makanan, negara dicadang memberi perhatian khusus kepada isu penggunaan tanah, koordinasi antara pelbagai kementerian dan agensi, dasar insentif, kebergantungan kepada buruh asing, mekanisme pemasaran, pemindahan teknologi, perubahan iklim, sumber air dan dana pelaburan.


Sebanyak 14 resolusi tersebut memang melibatkan PPF samaada secara langsung dan secara tidak langsung dan bagi usaha seterusnya ialah PPF perlu melantik 14 PPF yang ada kemampuan, kemahiran dan keupayaan dalam menjayakan resolusi tersebut. Selepas itu, semua hasilnya perlulah di majukan kepada JK Teknikal bagi dijayakan.


Kita undur seketika terhadap persatuan PPF. Apabila di semak, sejak 1991, memang tiada sijil lantikan wakil negeri dan sijil lantikan Ahli Majlis telah dikeluarkan . Perkara ini boleh di rujuk kepada su persatuan yang lalu, kerana beliau adalah orang lama dalam persatuan. Tetapi perubahan boleh dilakukan pada sessi 2011 – 2013 dan berharap semua sijil lantikan boleh di keluarkan kepada wakil negeri dan Ahli Majlis.

Ini amat berbeza dengan kesatuan kerana semua exco yang tidak di lantik semula, akan di berikan sijil lantikan. Tetapi perubahan telah di lakukan iaitu setiap dua tahun, sijil lantikan kepada exco dan wakil negeri memang ada di keluarkan.

Dan akhir sekali ialah cuba kita renungkan sejenak kumpulan paramedic di KKM. PPF di kira masih bernasib baik jika dibandingkan dengan Jururawat Pergigian, Juruteknologi Pergigian, Pembantu Pembedahan Pergigian dan Juruteknik Pergigian. Kira PPF ni bukanlah golongan terakhir kerana masih ada lagi kumpulan paramedic lain yang belum menonjol. Cuma jika dibandingkan dengan jururawat, PPF masih ketinggalan sebab program Phd Kejururawatan telah di jalankan oleh IPT di Negara ini. Mereka maju sebab wujudnya Florence Nightangle yang membawa kampu pada waktu malam merawat pesakit.

Kesimpulan dari semua persoalan di atas ialah, patuhi sahaja
RESOLUTION OF DIRECTORS’ CONFERENCE 2000
Theme : “ Enhancing Patient Centred Service Through Teamwork “
7 – 9 September 2000, Genting Highlands, Pahang
Kerana jalan mencapainya telah di tunjukkan, iaitu;

The Conference having resolved and made the above recommendation, affirms: that the Medical Development Division shall be the secretariat to coordinate and implement these recommendations; and that the recommendations of the three workshop groups be reffered to in its implementations ( short and sharp ) Lainlah jika BPF KKM telah membuka pintu luas kepada PPF bagi memperkatakan sesuatu. Usol pertama apabila pintu di buka ialah bagaimana cara supaya PPF layak mendapat BIPK kritikal seperti PF.


Segala pendapat, cadangan, pandangan, coretan dan pemerhatian di atas, adalah di lihat dari sudut akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat nya dari sudut perspektif yang sama agar ianya akan memberikan gambaran yang sama dan tidak tersasar, kerana sedikit perbezaan pendapat akan memberikan najitah yang berbeza, dan yang amat perlu ialah semua PPF mesti berfikiran positif setiap masa, sepanjang masa dan sebarang masa.

Tamat : 16 Julai 2011
Back to top
View user's profile Send private message
nori



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 120

PostPosted: Tue Oct 11, 2011 9:43 am    Post subject: Reply with quote

FORUM 11 OKT 2011

Salam Satu Malaysia

Piagam PPF versi Malaysia, masih belum di wujudkan. Ini adalah kerana PPF y/m di negara ini amat sebok, sehinggakan masih tiada masa merangkanya. Apapun boleh rujuk Farmasi Teknisyen Canada, Alberta, APTUK dll. Mereka memang ada piagam, tetapi di usolkan oleh persatuan mereka dan di terima oleh kerajaan. Lebih baik kita perhatikan pembentangan budget 2012 tempoh hari.

Pembentangan Budget oleh YAB PM pada 7 Oktober yang lalu, telah membuka minda semua rakyat Malaysia. PPF juga tidak terkecuali. Banyak perancangan yang positif telah di bentangkan dan sepatutnya semua PPF perlu mengambil tahu akan setiap perkatan yang dibentangkan oleh YAB PM. Sebab biasalah pihak pengurusan dan professional telah dilatih agar meneliti setiap fakta dan rumusan. PPF juga perlu menyatakan fakta pada setiap persoalan yang ingin di utarakan. Sepintas lalu Budget 2012 ialah ;


KKM mendapat peruntukan perbelanjaan tambahan sebanyak 10 % pada tahun 2012, berbanding daripada pembentangan budget tahun 2011 dan seharusnya tambahan tersebut juga perlulah juga di nikmati oleh PPF.

Akan terdapat Klinik Satu Malaysia ( KSM ) tambahan sebanyak 50 buah dan
23 buah daripadanya akan beroperasi pada 1.1 .2012. PPF perlu mengatur gerak langkah agar semua KSM tersebut , terdapat perjawatan PPF disana. Tetapi jika PPF berfikir kehadapan, 50 buah KSM memerlukan 100 PPF sebagai staff dua shift dan tugas gantian sebanyak 20 PPF lagi. Maka jumlah PPF yang diperlukan bagi 50 buah KSM baru ialah 120 orang PPF , termasuk tugas gantian, bercuti, berkursus dll.

Sebanyak 81 buah Klinik Kesihatan juga akan di bina dan ini termasuk juga KD yang akan di naik taraf ke KK. Pada tahun 1995, KKM telah menempatkan SN di KD dan pada 2011, sudah terdapat PPP di KD. Tetapi rancangan menempatkan PPF di KD. Masih dalam perancangan yang hasilnya masih belum di ketahui bila akan berjaya. SN dan PPP di KD tu, hanyalah sebagai pilot projek sahaj, sebab 50% dari masa mereka bertugas adalah di KK yang berkenaan. Ini adalah kerana SN dan PPP di KK tersebut selalu pergi tugasan luar, dan SN dan PPP dari KD lah yang akan merawat pesakit di KK. Bagi PPF, pada 1995, 8,000 rx setahun, seorang PPF dan pada 2011 , 24,000 rx setahun pun masih seorang PPF di KK tersebut. Mengapakah mengambil masa yang terlalu lama bagi menambahkan bilangan PPF dari seorang ke dua orang. Sedangkan SN dah jadi 5 orang dan PPP dah jadi 3 orang.

Hos KL, Hos Putrajaya, Hos Queen Elizabert dan Hos Kangar akan di naik taraf dan sudah pasti PPF di tempat berkenan perlulah merangka dan mengatur strategi agar, PPF juga di naik tarafkan. Jika tiada perancangan yang rapi dan teliti, maka jadilah naik taraf hospital tersebut tampa melibatkan dan membabitkan PPF. Nanti beban kerja akan meningkat dan barulah kesannya akan di tanggung oleh PPF. Masa tu cakap pun dah tak guna.

Gaji naik 7-13 % minima RM 80 setahun dan maksima kepada RM 320 setahun. Oleh itu semua PPF perlu memiliki Ijazah Farmasi dan barulah boleh mendapat kenaikan tahunan RM 320 pada tahun ke 14 perkhidmatan. Jika sudah tidak mahu, didiklah anak sendiri dan anak bangsa agar meneruskan kesinambungan perkhidmatn farmasi yang tiada terputus separuh jalan. Laluan kerjaya baru PF dalam masa 14 tahun akan dapat U54 sedangkan laluan kerjaya lama PPF, dalam masa 15 tahun, baru dapat KUP 32.

Kerajaan telah mengiktiraf kerjaya perguruan dengan memberi kenaikan gaji Guru DGA29 ke DGA 32 dalam masa 8 tahun dan DGA32 ke DGA 34 juga dalam masa 8 tahun . Ini bermaksud selepas 16 tahun, gaji guru akan melompat ke DGA 34, berbanding dengan PPF, selepas 15 tahun , baru di skil U32 KUP. Skim PPF perlu di perbaiki agar tidak ketinggalan jauh berbanding guru.
Sepatutnya kena rancang U29, 4 tahun, U32 4 tahun, U36 4 tahun , U38 4 tahun dan seterusnya U40 4 tahun. Dan dalam masa 16 tahun akan dapat U40. Ini juga bermaksud, setiap 4 tahun, PPF tersebut perlu bertukar tempat kerja baru dan naik pangkat.


Hospital Baru di Bera, Dungun, Kuala Krai, Sri Aman dan Tuaran. PPF boleh membantu dalam menyediakan keperluan tenaga kerja bilangan PPF yang bersesuaian dengan bilangan pendiuduk di kawasan tersebut. Dan pastikan semasa merancang, sediakan rancangan 10 tahun kemajuan PPF di hospital tersebut, agar tidak terus ketinggalan.

Gaji Dua Paras akan di jadikan hanya satu paras sahaja dan PTK hanya dalam bertujuan naik pangkat sahaja tampa naik gaji ke P2. Tetapi jika PPF tidak bersedia, akan teruslah ketinggalan dengan lain-lain paramedic. Sediakan juga rancangan agar pemegang sijil pos basic PPF akan dapat elaun pos basic. PF perlulah menyokong usaha tersebut kerana jika PF menyokong, pastinya lain lain katogeri tidak boleh berkata apa-apa. Tetapi jika PF langsung tidak sudi untuk menyokong, kursus sijil pos basic, jadilah tempat makan angin sahaja selama 6 bulan., Bila gaji naik, elaun pos basic juga akan naik secara automatic.


Maklumat terkini perjawatan PPF di KKM
pada 31 Dis 2010 ialah :


Gred Jawatan Isi Kosong
U40 12 9 3
U38 37 32 5
U36 116 90 26
U32 459 397 62
U29/U32 2860 2784 76

Jumlah bilangan PPF di KKM berbanding dengan 7046 bilangan PF di KKM



JADUAL GAJI PPF DAN
JADUAL GAJI SKIM BERSEPADU LAIN LAIN PARAMEDIK


JADUAL GAJI BARU: U29 :
P1T1 RM1160.69 – P1T27 RM3057.39
P2T1 RM1231.78 – P2T27 RM3279.74
P3T1 RM1305.89 - P3T27 RM3476.28

JADUAL GAJI BARU: U32 :
P1T1 RM1959.29 – P1T20 RM3656.38
P2T1 RM2104.49 – P2T20 RM4034.43


JADUAL GAJI BARU: U36 :
P1T1 RM3057.36 – P1T11 RM4521.51
P2T1 RM3270.62 – P2T11 RM4999.43

JADUAL GAJI BARU: U38 :
P1T1 RM3778.83 – P1T8 RM4943.49
P2T1 RM4131.25 – P2T8 RM5391.18

JADUAL GAJI BARU: U40 :
P1T1 RM4444.33 – P1T7 RM5642.23
P2T1 RM4866.32 – P2T7 RM6155.00

JADUAL GAJI BARU: U41 :
P1T1 RM1999.19 – P1T24 RM4723.81
P2 T1 RM2095.20 – P2T24 RM5022.83
P3 T1 RM2195.39 – P3T24 RM5317.92

JADUAL GAJI BARU: U42 :
P1T1 RM1999.19 – P1T14 RM4723.81
P2T2 RM2195.39 – P2T14 RM5317.92

JADUAL GAJI BARU: U44 :
P1T1 RM3028.90 – P1T14 RM5018.81
P2T1 RM3358.68 – P2T14 RM5547.49

JADUAL GAJI BARU: U48 :
P1T1 RM4431.54 – P1T8 RM5882.85
P2T1 RM4871.25 – P2T8 RM6439.46

JADUAL GAJI BARU: U52 :
P1T1 RM4992.31 – P1T8 RM6443.62
P2T1 RM5465.42 – P2T8 RM7033.63

JADUAL GAJI BARU: U54 :
P1T1 RM5258.09 – P1T8 RM6843.02
P2T1 RM5722.85 – P2T8 RM7466.41

Ini adalah senarai gaji lama dua aras, dan pada 2012 akan ada skil baru dan hanya satu aras sahaja. Bagi mendapat kenaikan gred gaji, tugas PPF perlulah lebih kompleks. Bila lebih kompleks, maka persatuan PPF perlulah memainkan peranan agar mengusulkan apakah silibus yang perlu di miliki oleh PPF sebelum dapat naik pangkat dan naik gaji. SN dah ada 23 kursus Pos basic dan kepakaran, tak kan PPF cuma ada dua sahaja iaitu Sterile dan Pengurusan.

Skim PPF amat jelas menyatakan KPSL PPF hanya ke dua jawatan sahaja iaitu PF dan Pengajar. PPF yang berfikir tepat dan pantas, perlulah memohon menwujudkan beberapa banyak jawatan baru U32, U36, U38 dan U40, kerana pada masa ini, PPF bersara pun hanya PPF U32 KUP. Sebab tak banyak jawatan kenaikan pangkat di wujudkan . Jika mulakan permohonan pada 2011, mungkin pada 2016, akan dapat, tetapi jika tidak mulakan, mungkin 2020 pun masih keadan yang sama.

Dengan penambahan bilangan Klinik satu Malaysia (KSM) menjadi 100 buah, sudahpasti bilangan PPF yang di perlukan ialah 200 orang. Pad masa ini bilangan jawatan kontrak PPF hanya 90 jawatan. Maka adalah wajar bilangan tersebut ditambah kerana keperluan yang mendesak. Maka pada masa hadapan, semua PPF yang bersara, akan di minta berkerja semula sebagai pekerja kontrak. Pencen dapat, gaji pun dapat, graduiti tambahan pun akan dapat. Juga boleh mohon PPF U32 di 100 KSM, dan secara automatic 100 orang PPF U29 akan dapat naik pangkat ke U32. Kalau tak mohon, PPP U32 yang akan monitor PPF di KSM. Lihatlah carta organissasi mereka di KSM.

Juga perjalanan budget ialah bermula pada bulan Mei setiap tahun. Dan ianya di mulai di Kementerian Kewangan. Bagi tempoh Mei hingga Oktober, beberapa dialog dan perbincangan akan di adakan bagi merumus dan menyediakan draff budget tersebut. Dan pada Oktober ianya akan di umumkan oleh YAB PM.

Dan mulai saat ini, semua PPF perlulah berpecah kepada dua golongan yang akan menyumbang kepada perjalanan dan kemajuan Negara. Golongan pertama ialah menyediakan draff budget 2013, untuk di hantar ke pihak atasan termasuk Kementerian Kewangan dan golongan kedua ialah merangka dan menjayakn isi kandungan budget 2012 yang telah di bentangkan. Segalanya bermula pada 1.1. 2012 dan cuma lagi 82 hari sahaja lagi.

Mesyuarat terakhir PPF ada menyatakan iaitu PPF menyokong sahaja segala perancangan dan persediaan yang telah di buat oleh PF, memandangkan PPF sendiri masih belum mempunyai buku biru ‘ Blue Print ‘. Dan antara keperluan perancangan PPF ialah, Rancangan Tahunan, Rancangan Lima Tahun, Rancangan 10 tahun dan Rancangan Khas Ad Hock .

Dan akhirnya pastikan semua PPF telah membuat persedian yang rapi bagi aktiviti jabatan yang terakhir tahun 2011

Mesyuarat Bulanan Jabatan / Unit / PTJ
Mesyuarat PPF Peringkat Negeri
Mesyuarat Pre Counsil dan Full Council MBJ
Mesyuarat PPF Peringkat Kebangsaan
Mesyuarat JK Teknikal PPF
Mesyuarat Persatuan / Kesatuan PPF.

Aktiviti akhir tahun PPF ialah Re Union pada Nov 2011 dan Mesyuarat Saintifik PPF pada Dis. 2011. Tahun 2012 pasti akan menjelma , tidak kira PPF bersedia menerimanya ataupun tidak.



BIRO PENDIDIKAN MEMANDANG KOMITMEN DARI AHLI KESATUAN DAN GENERASI BARU PPF MASA KINI, SEJAK PENUKARAN NAMA JAWATAN KE PPF (PENJENAMAAN BARU) RAMAI YANG BERMINAT UNTUK BERGANDING BAHU DENGAN BIRO PENDIDIKAN, OLEH ITU DISARANKAN KEPADA NEGERI NEGERI MENUBUHKAN BIRO PENDIDIKAN MASING MASING. LANGKAH INI DAPAT MENYEDIAKAN WADAH UNTUK MENCURAHKAN PANDANGAN DAN IDEA IDEA BARU DI DALAM
MENGIMBANGI PEMBANGUNAN KEFARMASIAN.

OLEH KERANA PENGGERAK KEPADA BIRO MEMERLUKAN MASA, PENGORBANAN DAN PERBELANJAAN MENGURUS BAGI MENDORONG AKTIVITI MEREKA SAMADA PERINGKAT NEGERI ATAU PUSAT, PERUNTUKKAN YANG MUNASABAH HARUSLAH DI AGIHKAN AGAR TIADA KETIDAK SEIMBANGAN PERBELANJAAN MENGURUS BERLAKU, PENGAGIHAN YANG SAKSAMA INI DAPAT LAGI MENYEMARAKKAN LAGI KEAHLIAN BARU YANG SANGAT GAIRAH INGIN LEBIH MENYUMBANGKAN TENAGA IDEA KEPADA PROFESION(PENYELIDIKAN,KURSUS SETEMPAT,LAWATAN DAN LAIN LAIN)

PENGAGIHAN PERBELANJAAN MENGURUS HARUSLAH DIKIRA DARI PERATUSAN KEAHLIAN BAGI TIAP NEGERI,INI DAPAT MENDORONG KEMPEN KEAHLIAN TERUS HIDUP SUBUR DAN AKHIRNYA KUANTITI BERTAMBAH DAN KUALITI MENINGKAT SERTA RASA TANGGUNGJAWAB BERSAMA AKAN WUJUD DI DALAM PROFESION PPF.

KETELUSAN ADALAH ASAS YANG PERLU DI PAPARKAN AGAR TIADA LAGI PERSOALAN YANG MERAGUKAN KERANA MASIH TIADA HALATUJU /KELEMAHAN MASALALU. KITA PERLU MENYEDIAKAN BERBAGAI RUANG DAN PELUANG AGAR SEGALA AKTIVITI DAPAT DI MANAFAATKAN BERTEPATAN DENGAN MATA CPD.BAGI PROSES PROFESONALISASI YANG KIAN KETARA AGAR KITA SEIRING DENGAN PARAMEDIK LAIN DI KKM. BIRO BIRO PENGGERAK DARI PERINGKAT NEGERI ADALAH PERLU DI RANGSANG ATAU DI LATIH.

KEPESATAN TARAF PENDIDIKAN TELAH MENAMPAKKAN JURANG PROFESION YANG KETARA ,MEMILIKI TANGGUNGJAWAB TUGAS MENGIKUT PROFESION PERLU DIKENAL PASTI AGAR HAK DAN KEUPAYAAN SEIRING DENGAN KELAYAKAN TIDAK MENCEMARKAN PROFESION MALAH DAPAT MEJAMIN KEWUJUDAN PROFESION ,,,,,,,
PERSOALANNYA SEKARANG APAKAH KITA BERUPAYA MENJAGA PROFESION KITA?

BAGAIMANA KITA PERLU MEJANA PROSES PROFESIONALISASI?
KETAHAP APAKAH PROSES YANG PERLU KITA JANA?
ADAKAH KETAHAP PROFESIONAL ITU MATLAMAT KITA?
ADAKAH PROFESIONAL YANG ADA KINI SAMA DENGAN YANG KITA NAK KITA JANA?

Antara tugasan PPF pada tahun 2012 ialah :

• Pendaftaran ahli secara on line PPF
• Membuat badge / kad keahlian PPF
• Mencetak buku perlembagaan dalam Bahasa Malaysia PPF
• Meminda buku perlembagaan berkaitan cara pemilihan AJK PPF
• Meminda cara mengira undi bagi menjimatkan masa
• Mesyuarat di hotel yang lebih ceria pada masa akan datang
• Buku mesyuarat perlu mempunyai muka surat yang bercetak
• Melantik Setiausaha Kerja / Setiausaha Eksekutif PPF
• Tugas penyelian PPF dan format
• Penyediaan bilik kepada PPF gred tertinggi
• Local preseptor PPF
• Extended & expanded role PPF
• Top-up degree Sains Farmaseutical / Teknologi Farmaseutical.
• One off biasiswa ijazah untuk calon pengajar KSKB
• Pengwujudan gelaran jawatan ketua PPF
• Cadangan ’ time base promotion ’ untuk semua PPF U29 – U40
• Cadangan cuti bersalin / cuti sakit untuk anak ke 6 dan seterusnya
• Penyatuan PPF dalam satu pertubuhan
• Mengembalikan kegemilangan perjuangan pertubuhan PPF
• Elaun Kritikal BIPK PPF
• Menjana pendapatan sendiri seperti memiliki bangunan sendiri PPF
• Mengadakan mesyuarat PPF peringkat negeri PPF
• Mengwujudkan laman web PPF
• Memberi cenderahati kepada setiap ahli yang hadir AGM PPF

Tugasan PPF Di Setor :
( Memesan / Penerimaan / Penyimpanan )

• Memeriksa baki stok dan keperluan ubat-ubatan / barangan yang digunakan berdasarkan penggunaan sebelumnya.
• Menganggar kuantiti ubat-ubatan / barangan untuk dipesan berdasarkan keperluan.
• Memesan ubat-abatan / barangan menggunakan kod-kod yang ditetapkan.
• Mengemukakan indent / pesanan untuk kelulusan dan tandatangani Pegawai Farmasi yang menjaga selaras dengan Akta Racun 1952.
• Menyerahkan indent yang telah ditandatangani ke Stor Farmasi / Pembekal untuk bekalan.
• Menerima dan memeriksa bekalan yang diterima dari Stor Farmasi / Pembekal berdasarkan pesanan bagi memastikan bekalan betul dan berkedaan baik.
• Menyimpan dan merekod ubat-ubatan / barangan yag diterima serta merta secara teratur.
• Melaksanakan pemeriksaan dari masa kesemasa untuk mengesan ubat-ubatan / barangan yang melewati tarikh luput, rosak, ubat-ubat lambat bergerak, ubat / bekalan dipanggil balik ( Recall Product ) atau tidak boleh digunakan dan mencatatkan keputusannya.
• Menyerahkan keputusan kepada Pegawai Farmasi yang menjaga dan membantu dalam menyediakan senarai ubat-ubatan untuk pelupusan mengikut prosedur – prosedur seperti yang digariskan dalam Arahan Perbendaharaan atau senarai Ubat-Ubat Yang Lambat Bergerak untuk diedarkan kepada pengguna-pengguna lain jika perlu.

Tugasan Bungkus Semula Ubat-Ubatan / Penjagaan Kebersihan :

• Membuat kerja-kerja bungkus semula ubat-ubatan .
• Bertanggungjawab keatas kebersihan dan kawasan kerja.
• Bertanggungjawab ke atas kebersihan dan kesihatan serta kebersihan seluruh kawasan selaras dengan ‘ Good Manufacturing Practice ‘

Misi dan Visi Kementerian Kesihatan Malaysia 2012:

Visi :
Negara mengembling tenaga kearah kesihatan yang lebih baik.

Misi :
Misi KKM adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama :
(i) Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat :
- mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
- menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
- mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka.

( ii ) untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu :
- mengutamakan pelanggan
- saksama
- tidak membebankan
- cekap
- wajar mengikut teknologi
- boleh disesuaikan mengikut persekitaran
- inovatif

(iii) dengan menekankan :
- sifat penyayang, profesionalisma dan kerja berpasukan
- sifat menghormati maruah insan
- pnglibatan masyarakat


Piagam Pelanggan :

Teras piagam :
Piagam ini di tujukan khas kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan KKM

1.) kemudahan untuk pelanggan :
1.1 Setiap pelanggan boleh mendapat perkhidmatan yang sewajarnya daripada kementerian ini tampa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf social.
1.2 Setiap pelanggan yang diiktirafkan sebagai dalam keadaan kecemasan akan di beri perkhidmatan yang segera .

2.) Taraf Perkhidmatan :
2.1) Setiap pelanggan akan di layan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
2.2) Setiap pelanggan akan di beri perkhidmatan sebaik mungkin secara professional.
2.3 ) Setiap pelanggan akan di sediakan dengan kemudahan persekitaran yang bersih dan sempurna.

3. Maklumat Perkhidmatan :
3.1 ) Setiap pelanggan boleh mendapat penjelasan dan nasihat mengenai perkhidmatan yang diberikan kepadanya.
3.2 ) Setiap pelanggan boleh mendapat laporan mengenai perkhidmatan yang di terimanya secepat mungkin setelah membuat permohonan mengikut peraturan yang ditetapkan.

4.) Pendidikan Kesihatan :
4.1) Setiap pelanggan akan diberikan maklumat mengenai aspek-aspek penting dari segi rawatan kesihatan dan pencegahan penyakit.

Kewajipan Pelanggan :
Untuk membolehkan KKM melaksanakan piagam ini dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajiban untuk :
(i) mematuhi semua undang-undang dan peraturan berkaitan.
(ii) Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup yang sihat, dan
(iii) Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.


DASAR KUALITI ISO 9001 : 2000
Kami adalah komited menjadikan PKD sebagai jabatan yang cemerlang dengan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tampa mengira budaya dan status pelanggan serta berusaha untuk membuat penambahbaikan secara berterusan melalui kaedah dan teknologi yang bersesuaian dan kepatuhan yang konsisten terhadap sistem kualiti bagi meningkatkan taraf kesihatan.

Visi Organisasi MS ISO 9001 : 2000
Malaysia akan menjadi sebuah negara yang terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat dari segi jasmani, rohani, mental, sosial dan persekitaran, melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap dan lengkap serta mampu disediakan bersesuaian dengan kehendak pelanggan dan pesekitaran . Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan serta menggalakkan tanggungjawab individu dan penyetaan masyarakat kearah peningkatan mutu kehidupan. Ini bertujuan untuk melahirkan individu, keluarga dan masyarakat yang prihatin dan sentiasa meningkatkan taraf kesihatan masing-masing.

Misi Organisasi MS ISO 9001 : 2000
Misi PKD ialah mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi merangsang dan memudahkan rakyat untuk mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka, menghargai kesihatan sebagai aset yang bernilai dan mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu.

PKD akan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkesan . Perkhidmatan ini diberikan melalui kerja berpasukan secara profesional, dedikasi dan bertanggungjawab serta mengamalkan nilai-nilai murni . Kehendak pelanggan dan penglibatan masyarakat dalam melaksanakan program kesihatan awam akan di beri keutamaan.

KLINIK INTERGRASI :

Objektif :
Menyediakan perkhidmatan kesihatan yang bersepadu kepada komuniti supaya memastikan keperluan kesihatan setiap pelanggan yang dating dikenal pasti dan dikendalikan secara komprehensif merangkumi aspek promotif pengesanan factor risiko ( preventif ), rawatan ( kuratif ) dan rehabilitatif kearah perkhidmatan ‘ holistic ‘ mengikut keperluan umur.

Perkhidmatan Kesihatan yang disediakan :
Klinik Ibu Hamil, Klinik Kanak-Kanak, Klinik Perancang Keluarga, Klinik Pap Smear, Klinik Diabetis, Klinik Hipertensi, Klinik Asthma, Klinik Warga Emas, Klinik HIV / STD , Klinik Berhenti Merokok, Klinik Mental, Klinik Remaja, Klinik Saringan Sepanjang Hayat.

Dan pastinya tugasan PPF pada 2012 akan meruntun hati dan perasaan PPF.

Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal.


Tamat : 11 Oktober 2011
Back to top
View user's profile Send private message
nori



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 120

PostPosted: Sat Oct 15, 2011 7:08 pm    Post subject: Reply with quote

FORUM 15 OKTOBER 2011

Salam Satu Malaysia dan selamat bertugas kepada semua PPF. Dengan pembentangan budget 2011, PPF akan mendapat kenaikan gaji , bonus dan lain-lain. PTK telah tidak di sentuh dalam budget tersebut. KKM sedang merancang agar kesemua 22 jawatan dalam KKM akan menjalani program CPD menggantikan PTK. Sejauh mana perjalanannya, hanya PPF senior sahaja yang tahu. DR, PF dan Peg Pergigian sudah diwajibkan. SN dan PPP sedang diusahakan secara gigih, PPF masih samar-samar.

Seminar mengenai perkara tersebut yang di anjurkan oleh Bahagian Kompentensi KKM, yang terakhir jelas menyatakan semua PPF perlu mengambil inisiatif bagi menjayakannya.

Perjalanan aktiviti PPF peringkat kebangsaan di anjurkan oleh Persatuan , Kesatuan dan JK Teknikal. Persatuan dan Kesatuan telah menjalankan segala usaha yang perlu bagi memajukan PPF. Dan jika PPF tidak berpuashati, maka setiap dua tahun semasa AGM, kepimpinan persatuan dan kesatuan akan berubah.

Apa yang ingin di nyatakan di sini ialah perjalanan JK Teknikal PPF yang masih belum begitu jitu lagi. JK Teknikal di wujudkan bagi mengatasi segala persoalan PPF. Sepatutrnya selepas bersidang, semua persoalan PPF akan di atasi. Tetapi apa yang berlaku ialah, perjalanan penyelesaian persoalan PPF adalah amat perlahan, umpama siput berlumba dengan arnab.

Walaubagaimanapun masaalah tersebut boleh di atasi dengan segera jika semua PPF berfikiran terbuka.

Pertama, PPF perlu menyokong perlantikan ahli ahli JK Teknikal PPF.

Kedua ialah membantu ahli JK Teknikal PPF dalam membawa isu-isu terkini PPF.

Ketiga pula ialah membantu Ahli JK Teknikal PPF dalam menyediakan kertas kerja yang berkaitan.

Keempat dan akhirnya ialah menambah keahlian JK Teknikal PPF. Ini adalah kerana dengan keahlian yang ada perjalanan umpama siput, memang tidak dapat di elakkan. Cadangan keahlian JK teknikal PPF ialah semua Ahli Majlis Persatuan PPF ( 10 orang ) dan semua Ahli Majlis Kesatuan PPF( 10 orang ) serta satu wakil PPF tertinggi ( U40 / U38 ) dari setiap negeri. Amat jelas daripada mesyuarat yang lalu, ada di nayatakn bahawa, sedikit peruntukan amat di perlukan bagi mengadakan bengkel dll. Masa amat mencemburui semua PPF. Semua masa yang ada telah di gunakan untuk berkhidmat untuk negara.

Keputusan dari tindakan di atas ialah, semua PPF yang akan hadir mesyuarat JK Teknikal yang akan datang, perlu datang sehari lebih awal dan mengadakan sessi pre mesyuarat JK Teknikal dan pembahagian tugas-tugas sesama PPF dapat di lakukan. Dan pada esoknya, segala yang telah di bincangkan pada sebelumnya akan di bawa dan dibentangkan kedalam mesyuarat JK Teknikal PPF. Dengan cara ini, penjimatan masa sebanyak 100% akan dapat dilakukan. Iaitu dengan sekali hadir ke KL, segalanya akan di selesaikan.

Piagam PPF versi Malaysia, masih belum di keluarkan, tetapi jika di rujuk piagam pharmacy technician di luar negara, ianya adalah menyaran kan agar semua PPF bekerja dengan rajin dan mengikut SOP senarai operasi standard, tampa melakukan kesilapan . Bagi versi PPF Malaysia, menjadi ahli persatuan dan kesatuan adalah lebih penting agar perjuangan PPF akan terlipat dalam sejarah yang tidak boleh di persoalkan. Kerana PPF bergabung dalam dua organisasi yang mantap iaitu persatuan dan kesatuan.

Dan seterusnya di sertakan di sini draff kretas kerja seterusnya.

DRAFF KERTAS KERJA PENEMPATAN PEMBANTU FARMASI
DI UNIT PENGUATKUASAAN FARMASI
JABATAN KESIHATAN NEGERI SELUROH NEGARA

1. Ringkasan Eksekutif :

Kertas kerja ini bertujuan untuk meningkatkan lagi perkhidmatan yang diberikan oleh Pembantu Farmasi di seluroh negara. Pada masa ini Perkhidmatan Pembantu Farmasi hanya terdapat di Hospital-Hospital Kerajaan dan di Klinik- Klinik Kesihatan Kerajaan. Pembantu Farmasi tiada ditempatkan di Unit Penguatkuasaan Farmasi . Memandangkan penguatkuasaan undang-undang adalah salah satu tugas dan aktiviti Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM, adalah wajar jika Pembantu Farmasi juga di beri peluang untuk terlibat sama di dalam aktiviti-aktiviti penguatkuasaan undang-undang. Dengan latarbelakang pendidikan kefarmasian yang lengkap, Pembantu Farmasi boleh memainkan peranan dalam membantu kejayaan Unit Penguatkuasaan Farmasi.

2. Rasional :

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM adalah salah satu bahagian yang terdapat di dalam organisasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Tiga katogeri perjawatan yang utama di dalam Perkhidmatan Farmasi ialah Pembantu Farmasi yang teramai sekali, diikuti dengan Pegawai Farmasi dan yang sedikit sekali bilangannya ialah Pembantu Tadbir
( Penyelenggara Setor ).

Perkhidmatan Pembantu Farmasi di KKM terbahagi kepada dua bidang tugas yang utama iaitu Perkhidmatan Pembantu Farmasi Hospital dan Perkhidmatan Pembantu Farmasi Kesihatan Awam.

Walaubagaimanapun, senarai tugas dan tanggungjawab Pembantu Farmasi KKM adalah membantu Pegawai Farmasi menjalankan aktiviti-aktiviti kefarmasian.

Pada masa ini Deskripsi tugas Pegawai Farmasi ialah :
- Berkhidmat di Hospital Kerajaan dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengurusan farmasi iaitu perolehan, bekalan,pendispensan produk-produk farmaseutikal dan farmasi klinikal.
- Berkhidmat di Unit Penguatkuasaan Farmasi Negeri-Negeri , menjalankan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan undang-undang farmasi termasuk urusan pentadbiran
- Berkhidmat di Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan , menjalankan aktiviti-aktiviti Regulatori iaitu menganalisa kandungan bahan-bahan ubat, kosmetik dan ubat tradisional dan pendaftarannya serta aktiviti pelesenan.

Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM mempunyai misinya yang tersendiri iaitu :-

Memastikan semua warga Malaysia memperolehi produk farmaseutikal dan produk pemeliharaan kesihatan yang berkualiti, selamat dan berkesan termasuklah nasihat mengenai penggunaannya scara rasional.


Bagi menjayakan misi tersebut, Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM terbahagi kepada tiga seksyen iaitu :-

Pengurusan Pengawalan Farmaseutikal yang objektifnya ialah memastikan bahawa keluaran farmaseutikal yang dibenarkan di pasaran tempatan adalah selamat, berkesan dan berkualiti, serta menentukan bahawa kosmetik-kosmetik yang dibenarkan dipasaran adalah selamat.

Pengurusan Pelesenan dan Penguatkuasaan yang objektifnya ialah menentukan bahawa pengilangan, pengimportan, penjualan, pengedaran, pengurusan dan kegunaan farmaseutikal, kosmetik dan produk pemeliharaan kesihatan dilaksanakan selaras dengan perundangan-perundangan farmasi yang berkuatkuasa dalam negara.

Pengurusan Farmasi yang objektifnya memastikan bahawa pesakit-pesakit yang menerima rawatan di bawah KKM memperolehi Perkhidmatan Farmasi yang berkonsepkan “ Total Pharmaceutical Care “ . dan memastikan pendidikan orang awam terhadap penggunaan ubat-ubatan secara rasional dipertingkatkan.

Sehubungan dengan itu, perkhidmatan Pembantu Farmasi mesti dilibatkan didalam semua aktiviti kefarmasian termasuklah di Unit Penguatkuasaan Farmasi.

Unit Penguatkuasaan Farmasi, pada kebiasaannya terletak di setiap ibu negeri di Malaysia. Pada masa ini tiada Pembantu Farmasi ditempatkan secara khusus dan tetap di unit berkenaan .

3. Senarai Tugas dan Tanggungjawab Pembantu Farmasi di
Unit Penguatkuasaan Farmasi

Apabila cadangan penempatan Pembantu Farmasi di Unit Penguatkuasaan Farmasi di luluskan, Senarai Tugas Pembantu Farmasi di Unit Penguatkuasaan Farmasi adalah seperti berikut :-
1. Bertanggungjawab kepada Pegawai Farmasi y/m
2. Membantu dalam kerja-kerja pengeluaran lesen.
3. Membantu dalam kerja-kerja pemeriksaan premis-premis
4. Membantu dalam kerja-kerja penguatkuasaan undang-undang
5. Membantu dalam kerja-kerja pendakwaan
6. Menjalankan tugas-tugas yang di arahkan .

4. Tempat-Tempat Penempatan :

Pada masa ini semua ibu negeri di Malaysia mempunyai Unit Penguatkuasaan Farmasi sendiri dan apabila cadangan menempatkan Pembantu Farmasi di Unit Penguatkuasaan Farmasi di luluskan, Pembantu Farmasi ( Penguatkuasaan ) akan di tempat di semua ibu negeri di Malaysia yang bilangannya hanya 15 orang sahaja.

5. Data Data Sokongan :

Sejajar dengan perkembangan dan kepesatan pembangunan negara, tahap kesihatan rakyat juga perlu ditingkatkan. Ini dapat dicapai dengan penjagaan kesihatan dan produk kesihatan yang selamat.

KKM mempunyai rancangan yang tersendiri didalam menambah anggota kesihatan . Ini dapat di lihat daripada Rancangan Malaysia Ke Sembilan ( RM 9 )

Apabila terdapat penambahan bilangan pegawai perubatan dan lain-lain paramedic, pengawalan produk farmaseutikal akan menjadi lebih rumit. Ditambah lagi dengan bertambahnya bilangan kilang-kilang pengeluaran farmasiutikal. Dengan adanya Pembantu Farmasi di Unit Penguatkuasaan Farmasi, segala aspek undang-undang kefarmasian akan lebih berkesan dengan penguatkuasaan undang-undang dengan lebih ketat lagi. Ianya adalah lebih terjamin sebelum semua produk farmaseutikal digunakan oleh pengguna.

Seterusnya Norma Perjawatan Pembantu Farmasi KKM Boleh di kemaskinikan :-

Norma Perjawatan Pembantu Farmasi :

Aktiviti / Perkhidmatan : Nisbah :

- Penguatkuasaan Farmasi 1 orang : setiap unit penguatkuasa
- Pesakit Luar 1 orang : 1 Unit
( Tambahan ) 1 orang setiap 50 pesakit tambahan
- Pesakit Dalam 1 orang : setiap 2 wad
- Khidmat TPN / IV Admix 1 orang : setiap 300 kes sebulan
- Khidmat Farmasi Onkologi 1 orang : setiap hospital
- Perkhidmatan Pengeluaran Farmaseutikal 1 orang : setiap 300 pek sehari
- Gantian 1 orang : setiap 5 orang Pembantu Farmasi

6. Implikasi Kewangan :

Aktiviti penguatkuasaan adalah salah satu sumber pendapatan negara. Bayaran lesen yang dikeluarkan akan menambahkan sumber kewangan negara. Penempatan Pembantu Farmasi seramai 15 orang di seluruh negara hanya melibatkan implikasi kewangan yang kecil sahaja jika didandingkan dengan jumlah pembelian ubat oleh KKM pada setiap tahun.

Tanggagaji Pembantu Farmasi Gred U 29 seramai 15 orang ialah :


U29P1T1 RM 830.50 - U8P1T26 RM 2137.30
U29P2T2 RM 883.20 - U8P2T26 RM 2295.70
U29P3T3 RM 936.10 - U8P3T3 RM 2435.40

7. Carta Organisasi Pembantu Farmasi di Unit Penguatkuasaan Farmasi :-


Pengarah Kesihatan Negeri


Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri ( Farmasi )


Ketua Penolong Pengarah Farmasi ( Pengurusan Farmasi )


Penolong Pengarah ( Penguatkuasaan )


Pembantu Farmasi Gred U 29


Pembantu Farmasi Gred U 29 akan menjalankan tugas seharian dibawah arahan Penolong Pengarah Farmasi ( Penguatkuasaan ) .


8. Lain-Lain Fakta dan Data :

Pengisian jawatan Pembantu Farmasi Gred U 29 di Unit Penguatkuasaan Farmasi akan membantu bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM mencapai objektifnya. Pembantu Farmasi juga dapat meningkatkan perkhidmatannya kepada warga Malaysia dan sekali gus menjayakan visi dan misi KKM.

Aspek perundangan adalah sesuatu yang rumit dan tidak boleh difahami oleh semua orang. Pembantu Farmasi mempunyai laktar belakang pendidikan di dalam bidang kefarmasian , mempunyai kebolehan serta kepakaran dalam menyebarkan maklumat yang tepat tentang undang-undang kefarmasian dan pendidikan atas tajuk :-

UNDANG – UNDANG KEFARMASIAN

Undang – undang memberikan tafsiran yang tepat mengenai Dadah, Ubat – Ubat, Racun Berjadual, Dadah Merbahaya dan lain-lain. Terdapat pebezaan dari segi pengendalian bagi setiap jenis ubat .

Terdapat beberapa undang-undang yang mengawalnya iaitu :-
 Akta Racun 1952 ( Semakan 1989 ) dan peraturan-peraturannya.
 Akta Dadah Merbahaya 1952 ( Semakan 1989 ) dan peraturan-peraturannya.
 Akta Jualan Dadah 1952 ( Semakan 1989 ) dan peraturan-peraturannya.
 Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984
 Akta Ubat Iklan dan Penjualan 1956 ( Semakan 1989 )

Aspek-aspek yang dikawal ialah :-
 pemilikan
 penyimpanan
 penjualan
 pengilangan
 pengangkutan
 penglabelan
 pengiklanan.

Cara-Cara pengawalan ialah :-
 memberi kuasa kepada Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Pegawai Veterinar
 mengeluarkan lesen
 penyimpanan
 rekod
 Buku Racun ( Poison Book )
 Buku Preskripsi ( Prescription Book )

Jenis Jenis Lesen : B, A , D dan E .

Mengetahui undang-undang adalah penting bagi semua pembekal sebelum membekalkan ubat tersebut .

Peraturan dadah dan Kosmetik 1984 ( Di wartakan Jun 1984 ) Tujuan peraturan ini ialah untuk memastikan semua ubat adalah berkesan, selamat dan kualiti yang baik untuk digunakan. Peraturan ini mensyaratkan semua ubat dan kosmetik mesti di daftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah ( PBKD ) dan diberikan nombor pendaftaran.

Semua pengedar mesti memastikan setiap ubat mempunyai nombor PBKD dan ini termasuk :-
 semua racun berjadual ( mulai Nov 1985 )
 semua racun tak disenaraikan dalam jadual ( mulai Ogos 1988 )
 ubat-ubat tradisional dan hemeopati ( mulai Jan 1992 )
 kosmetik ( akan di umumkan kemudian )

Semua ubat untuk kegunaan manusia mesti didaftarkan , ini termasuk :-
 perawatan penyakit
 diagnosa penyakit / keadaan penyakit
 pencegah hamil
 bius
 untuk mengubah keadaan fisiologi badan
 kawalan berat badan
 penjagaan kesihatan badan

Sementara itu keluaran yang tidak perlu di daftarkan ialah :-
 ubat-ubat vaterinar
 agen diagnostik dan test kit
 alat cegah hamil
 alat dressing
 alat-alat perubatan
 bahan-bahan pencuci
 pewarna makanan.

PENYALAHGUNAAN DADAH

Pembantu Farmasi ( Penguatkuasaan ) boleh membantu dalam aspek pencegahan dan penyalahgunaan dadah . Masyarakat perlu mengetahui isu-isu berkaitan dengan penyalahgunaan dadah, serta memahami dan menghargai usaha-usaha dan rancangan antidadah. Pembantu Farmasi ( Penguatkuasaan ) juga boleh membantu dalam usaha-usaha mencegah penyalahgunaan dadah secara berkesan , sistemetik serta teratur.

Jenis-jenis dadah yang sering disalahgunakan :
- heroin (77 % )
- morphin ( 8.7 % )
- ganja ( 3.27 % )
- candu ( 1.7 % )
- amphetamin ( 0.4 % )
- barbiturate ( 0.29 % )
- Dadah Dadah Lain ( 7.61 % )

( sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat )

Penyalahgunaan dadah akan memberi akibat buruk kepada negara dari segi ekonomi, politik dan sosial. Pengawalannya juga sukar jika tidak mendapat kerjasama semua rakyat serta agensi yang terlibat secara khusus tentang penggunaan , penguatkuasaan serta perlesenan.

Antara agensi kerajaan yang terlibat secara langsung tentang penyalahgunaan dadah ialah seperti berikut :-

Agensi-Agensi Pencegah : Bidang Tugas :

Jabatan Peguan Negara Perundangan
Polis, Kastam,UPP Penguatkuasa Undang-Undang
Bahagian Farmasi KKM Penguatkuasa Undang-Undang dan Pengawalan Bahan-Bahan Racun dan Psikotropik
Bahagian Rawatan dan Pemulihan Rawatan dan Pemulihan Penagih Dadah
Kementerian Dalam Negeri
Jabatan Penjara Rawatan dan Pemulihan Banduan Dadah
Hospital KKM Penentuan Penagih dan Rawatan Detoksifikasi
Jabatan Kebajikan Masyarakat Kemudahan Latihan Kaunseling
Kementerian Pendidikan Pendidikan Pencegahan
Kementerian Penerangan Penerangan dan Pencegahan umum
Kementerian Belia dan Sukan penerangan dan pencegahan Umum.
Pusat Dadah USM Penang Kajian-Kajian Epidemiologi dan Sosiologi
Pemadam dan lain-lain NGO Jagaan Lanjutan, Pencegahan dan Penerangan.

Dengan penempatan Pembantu Farmasi di Unit Penguatkuasaan Farmasi, pelajaran pendidikan dan pencegahan penyalahgunaan dadah dapat di sebarkan dan masyarakat dapat mengambil langkah awal terhadap pencegahan.





Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal.

SEKIAN.

Tamat : 15 Oktober 2011
Back to top
View user's profile Send private message
nori



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 120

PostPosted: Tue Oct 18, 2011 10:09 am    Post subject: Reply with quote

FORUM 18 OKTOBER 2011

Salam Satu Malaysia

Selamat Bertugas Kepada semua PPF.

Ahli JK Teknikal PPF boleh mula merangka piagam tersebut, sebab ramai cendikiawan di sana, dan PPF lain boleh membantu. 3500 PPF ada di negara ini, tentunya kerja ini menjadi mudah.

Segala pencapaian dan persediaan PPF bermula pada tahun 1991. Iaitu semasa keluarnya Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 1991 – Panduan Pengurusan Mesyuarat. Amat jelas dinyatakan bahawa setiap mesyuarat perlu menyediakan kertas kerja tidak lebih 15 muka surat. Jika melebihi 15 muka surat, satu ringkasan eksekutif perlulah di sediakan oleh s/u.

Pegawai Perubatan telah mengambil beberapa langkah yang perlu iaitu :
Menukar gelaran jawatan Pegawai Perubatan dan Kesihatan kepada Pegawai Perubatan sahaja
Menukar gelaran jawatan Pakar Kesihatan Keluarga ( FHS) kepada Pakar Perubatan Keluarga (FMS)
Menukar skim gaji dari U kepada UD

Segalanya bermula dengan kertas kerja , dibentangkan dalam mesyuarat, dan di luluskan.

Bagi diri PPF, perlulah memperkuatkan JK Teknikal bagi sebarang tujuan dan maksud.

JK TEKNIKAL PPF

Urusetia JK Teknikal PPF 2011/2012 :
En.Muhammad B Awang PPF dan Tn Hj.Abd Ghani b Yusof

JK Teknikal perlu menyediakan

DRAFF TINDAKAN DAN DRAFF PERLAKSANAAN
Dan yang paling penting ialah mewujudkan JK Kecil bagi setiap isu.

Draff tindakan dan draff pelaksanaan juga perlulah mematuhi tujuan dan hasrat persatuan / kesatuan. Dan jika JK Teknikal PPF tiada idea, boleh salin sahaja tujuan dan objektif persatuan dan kesatuan PPF


Tetapi baru-baru ini PM ada menyarankan agar semua urusan kerajaan, perlulah menggunakan Bahasa Malaysia (BM) dan ini bertujuan memertabatkan BM.

PPF juga tidak terkecuali. Perlu menggunakan BM sepenuhnya. Pada masa lalu, PPF ada 50 masaalah, tetapi di tambah dengan penggunaan BM, ianya akan menjadi 100. Dan sebagai permulaan, marilah semua PPF alih bahasakan cita-cita PPF. (Semua PPF perlu menghafal resolusi ini).


RESOLUTION OF DIRECTORS’ CONFERENCE 2000

Theme : “ Enhancing Patient Centred Service Through Teamwork “
7 – 9 September 2000, Genting Highlands, Pahang

The Director’s Conference 200 after deliberating on the theme “ Enhancing Patient Centred Service Through Teamwork “ with the main objective of enhancing the role of Allied Health Professionals (AHP) in meeting the future health needs, acknowledges ;

• That the AHP is agroup of professionals with varying work functions in health care who share common objectives of providing quality health services to individuals, families and communities;

• That to be person centred, the future health system shall be guided by the eight health services goals viz.

i. Wellness focus
ii. Person focus
iii. Informed person
iv. Self help and self care
v. Care provided at home or close to home
vi. Seamless and continuous care
vii. Services tailored to need of individuals and groups
viii. Effective, efficient and affordable care;

• That the future health care system shall be geared towards faciliting and sustaining lifelong wellness to individual, families and communities;

• That there are shortfalls and gap in ensuring delivering of person centred services which include:

= non equitable distribution and shortage of human resource for health;
= compartmenttalisation and territoriality of professional groups;
= inappropriate organizational structure;
= inadequate information system and communication mechanism;
= poorly coordinated policies;
= poor career development opportunities;

• That the imformation and communication technology (ICT) as an enable, shall be optimally applied in health care delivery; and

• That there is a need to strengthen intergration of services through virtual, horizontal and vertical intergration and team work


Thereby resolves :

That the Ministry of Health shall accelerate the transformation of current health system which is provider centred into one that is person and community centred, built upon effective teamwork and to fully optimize the role of Allied Health Professionals (AHP),

The Conference hereby recommends :
i. that the role of Allied Health Professionals be enhanced to meet the needs of the future health services through empowerment and improved professional competency;

ii. that due considerations be given to address the legal, ethical and administrative implication arising from the empowerment and enhancement of AHP;

iii. for a reappraisal of current policies, organisational structure and work processes to facilite the transformation process;

iv. that opportunities be inentified for greater involvement of AHP in all areas of care especially with the introduction and availability of telehealth;

v. that professional proficiency be raised and sustained through structured programmes and activities that include short-term course, attachments and fellowships locally or abroad for continuing professional development;

vi. that a conductive work environment be created and natured through motivation, effective leadership, provision of physical and psychosocial support and flexibility thereby facilitating career development;

vii. for the creation of learning opportunities for AHP by optimizing usage of information and communication technology ICT) ;

viii. for the provision of conducive service environment through the redesigning and implementation of career pathways for AHP thus providing greater opportunities for career advancement in recognition of their enhance rples, duties and responsibilities; and

ix. that step be taken to address the problems of shortage, mix and non-equitable distribution of AHP to support their enhance role.

The Conference having resolved and made the above recommendation, affirms:
i. that the Medical Development Division shall be the secretariat to coordinate and implement these recommendations; and

ii. that the recommendations of the three workshop groups be reffered to in its implementations

EXISTING CAREER PATHWAY FOR ALLIED HEALTH PROFESSIONAL IN KKM

U 29 Diploma level


1 st Promotion

U 32 ( 8 to 10 years of service as U 29, 5 years service as U 29 minimum )

2 nd Promotion

U 36 ( 3 years service as U 32 minimum )

3 rd Promotion


U 38 ( 3 years service as U 36 minimum )


4 th Promotion


U 40 ( 3 years service as U 38 minimum )

Keputusan dari resolusi di atas ialah : Bahagian Perkembangan Perubatan KKM akan menjadi seketariat bagi menjayakan cadangan pada tahun 2000 tersebut. Tetapi kehadiran PPF di sana, masih belum terasa lagi.


Maklumat terkini perjawatan PPF di KKM
pada 31 Dis 2010 ialah :


Gred Jawatan Isi Kosong
U40 12 9 3
U38 37 32 5
U36 116 90 26
U32 459 397 62
U29/U32 2860 2784 76

Jumlah bilangan PPF di KKM berbanding dengan 7046 bilangan PF di KKM

Dengan bilangan PPF yang ramai U40 / U38 / U36 / U32 / U29 U32KUP, pastinya tugasan ini menjadi mudah.

Langkah PPF seterusnya ialah menghantar semua ahli JK Teknikal PPF mengikuti Kursus Pengendalian Mesyuarat dan Penulisan Minit Yang Berkualiti anjuran INTAN. Boleh mohon melalui web. Selepas tu barulah akan lahir PPF berkarisma. Sebab jika tiada pengurusan mesyuarat yang berkuali dan tiada kertas kerja yang berkualiti, pastinya nasib PPF amat sukar untuk di pertahankan.


DRAFF KERTAS KERJA PENEMPATAN PPF
DI PUSAT MAKLUMAT DRUG ( PMD ) DI SEMUA HOSPITAL KKM


1. RINGKASAN EKSEKUTIF :

Pada masa ini tiada PPF ditugaskan secara tetap di Pusat Maklumat Drug ( PMD ) di semua hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Apabila cadangan ini dipersetujui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, peranan serta fungsi Pusat Maklumat Drug ( PMD ) di semua Hospital akan ditingkatkan lagi dan ini akan memberi kesan yang tinggi dalam usaha merawat pesakit secara menyeluruh ( Total Farmaceutical Care )

2. RASIONAL :

Sebagaimana yang diketahui umum, semakin negera bertambah maju, jenis-jenis penyakit juga bertambah. Hospital akan sentiasa penuh sesak dengan pesakit yang ingin mendapatkan rawatan. Ini ditambah pula dengan peningkatan harga ubat-ubat baru yang berkualiti serta kesan sampingan yang minimum. , pesakit yang tidak mampu akan membanjiri perkhidmatan Hospital KKM. Kemelesetan ekonomi juga akan menyebabkan perkhidmatan Farmasi KKM akan digunakan sepenuhnya oleh rakyat negara ini. PPF di Pusat Maklumat Drug ( PMD ) ada peranan yang perlu dimainkan bagi membantu peningkatan taraf kesihatan rakyat negara ini .

Dengan adanya PPF di Pusat Maklumat Drug ( PMD ) , tugas PPF sedia ada di kaunter Pesakit Luar akan menjadi lebih ringkas dimana jika ada pesakit yang memerlukan maklumat tambahan dan nasihat tentang drug, pesakit tersebut boleh di rujuk kepada PPF yang bertugas di Pusat Maklumat Drug ( PMD ) .

Apabila cadangan penempatan PPF di Pusat Maklumat Drug
( PMD ) di persetujui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, semua Hospital akan mempunyai sistem maklumat drug yang lengkap serta bersepadu. Dan ini adalah setanding dengan negara maju.


Apabila cadangan penempatan PPF di Pusat Maklumat Drug
( PMD ) di semua hospital diseluruh negara dipersetujui, PPF di Kaunter Farmasi Pesakit Luar hospital berkenaan , dapat menumpukan sepenuh perhatian dan masa dalam tugas-tugas membekalkan ubat kepada pesakit. Amalan Dispensing Yang Baik ( Good Dispensing Practice ) boleh dipraktikkan sepenuhnya.


Takrif dispensing bagi ubat dan racun menurut undang-undang ialah

“ membekalkan ubat atau racun mengikut preskripsi yang di terima dari pengamal perubatan , doktor gigi atau doktor haiwan yang berdaftar “

Dalam praktis sebenar, aktiviti dispensing melangkaui lebih dari maksud perundangan dan melibatkan pembancuhan, pengbungkusan, penglabelan dan pembekalan.
Pada masa ini ubat-ubat lebih banyak terdapat dalam bentuk siap untuk digunakan yang tersedia untuk dibekalkan. Ubat-ubat yang perlu disediakan terlebih dahulu semakin berkurangan.

Pengetahuan yang mendalan perlu semasa menjalankan tugas mendispen drug kerana ianya bukan sekadar membekalkan ubat tetapi juga merangkumi pemberian maklumat dan nasihat kepada pesakit.
Matlamat dispensing ialah membekalkan ubat dengan cekap, tepat dan selamat. Ciri-ciri komunikasi yang baik mesti terjalin semasa dispensing. Disamping itu, keadaan fizikal juga perlu.

Antara aktiviti dispensing ialah :
- pembancuhan
- pembungkusan
- pengisian ubat
- melabel dengan sempurna
- membekalkan
- nasihat tentang drug.

PPF boleh mengamalkan amalan dispensing yang baik semasa membekalkan ubat kepada pesakit. Penempatan PPF tambahan akan membantu dalam pemberian ubat yang berhati-hati dan menumpukan perhatian kepada pesakit.

Aspek-aspek kaunseling dikaunter boleh dipraktkkan bagi pesakit yang menghadapi maaalah kepatuhan memakan ubat.

Kaunseling bertujuan memberi pendidikan kepada pesakit khasnya dan kaum keluarga pesakit amnya agar membolehkan beliau mengamalkan cara-cara tertentu dalam pengubatan dan perawatan dengan tujuan menyembuhkan dari penyakit serta mengelakkan komplikasi-komplikasi tertentu.

Objektif kaunseling ialah :
- mengekalkan status kesihatan pesakit
- menyebarkan maklumat di kaunter berkenaan penyakit dan ubatnya.
- membantu kaum keluarga pesakit agar memahami keadaan penyakit pesakit
- mengubah tingkahlaku terhadap kepentingan menjaga kesihatan
- membantu pesakit memahami dirinya sendiri
- membantu pesakit mengubah tabiat hidupnya untuk kepentingan perawatannya
- menekankan kepentingan pematuhan memakan ubat.

Tumpuan kaunseling :
- pesakit sendiri
- kaun keluarganya yang akan membantu
Pematuhan memakan ubat :
- nama ubat
- kegunaan ubat
- tempoh dimakan
- cara mengambil / menggunakan
- kesan sampingan
- penyimpanan
- dan lain-lain.


Komunikasi antara PPF dan pesakit amatlah penting dalam kejayaan sesuatu rawatan kerana Pembantu Farmasilah yang akan membekalkan semua maklumat yang diperlukan oleh pesakit. Dengan adanya PPF tambahan, semua pesakit akan dilayan dengan mesra dan jujur adil dan saksama memandangkan terdapat banyak masa untuk mendispen.

3. SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATAN :

PPF yang bertugas di Hospital , mempunyai peranan, tugas dan tanggungjawab terhadap penjagaan pesakit seperti mana yang telah di gariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu seperti di bawah:

Peranan, Tugas Dan Tanggungjawab PPF
Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia:

PPF berperanan sebagai kumpulan sokongan dalam memberi Perkhidmatan dan Farmasiutikal di bawah penyeliaan Pegawai Farmasi di dalam set up penjagaan kesihatan. Peranan PPF yang bertugas di hospital adalah tulang belakang kepada Perkhidmatan Farmasi Hospital.

Selari dengan assimilasi skim Pembantu Makmal Kimia Ubat ( PMKU ) ke dalam skim Perkhidmatan PPF tugas PMKU di bidang pengeluaran ubat-ubatan dan kawalan mutu yang dahulunya dilaksanakan oleh PMKU, kini di ambil alih oleh PPF.

Perkembangan yang pesat dalam Farmasi Klinikal dan Pemonitoran Program – Program Utilizasi ubat-ubatan telah mencetuskan keperluan kumpulan sokongan PPF yang mahir serta membolehkan membantu keberkesanan dalam pengurusan ubat-ubatan dan “Pharmaceutical Care “ .

Walaubagaimanapun pendispensan ubat-ubatan samaada ianya dalam konteks Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar mahupun Perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam, masih menjadi teras tugas dan tanggungjawab PPF



3.1 Perkhidmatan Maklumat Drug ( PMD ) – Pusat Penerangan Ubat-Ubatan :

- Penyusunan penerangan ubat-ubatan ( Compilation ) . Membantu Pegawai Farmasi yang menjaga di dalam pengumpulan dan menfailkan maklumat-maklumat mengenai ubat-ubatan, artikal/abstrak yang berkaitan selaras dengan sistem yang ada di pusat tersebut. Membantu dalam dokumentasi dan kemasukan data yang ada hubungkait dengan perkhidmatan maklumat ubat-ubatan. Membantu dalam pengumpulan dan pemprosesan data yang dikumpulkan semasa semakan utilisasi ubat-ubatan atau lain-lain kajian atas aktiviti yang bersangkutan dengan Perkhidmatan Farmasi.

- ‘ Retrieval ‘ maklumat ubat-ubatan . Membantu Pegawai Farmasi yang menjaga dalam pengeluaran dokumen / artikal / abstrak yang berkaiatan dengan permintaan dan mengemukakan kepada Pegawai Farmasi untuk penilaian dan pembentukan yang berpatutan dengan keperluan peminta.


- Percetakan Buletin , Newsletter dan lain-lain maklumat ubat-ubatan dan perkhidmatan pendua. Membantu Pegawai Farmasi dalam setting, artwork, pembacaan proof, mencetak dan menyampaikan maklumat ubat-ubatan melalui Buletin / berita yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Drug ( PMD ).

- Penjagaan iventori. Membantu Pegawai Farmasi dalam penjagaan iventori , alat-alat kelengkapan, alat-alat sumber, dan sebagainya di Pusat Maklumat Drug ( PMD )


4. TEMPAT-TEMPAT PENEMPATAN :

Apabila cadangan penempatan PPF di Pusat Maklumat Drug ( PMD ) diluluskan, bilangan jawatan yang diperlukan adalah tidak ramai iaitu sebanyak 14 jawatan sahaja ( seorang di setiap Hospital di Ibu Negeri ). Penempatan seorang PPF di Pusat Maklumat Drug ( PMD ) dapat meningkatkan lagi perkhidmatan yang diberikan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi.


5. DATA-DATA SOKONGAN .

Pada masa ini, jumlah jawatan PPF di seluruh negara ialah 2379 jawatan. Ini adalah termasuk PPF U40/38/36/32/29. Bilangan ini adalah amat sedikit sekali jika dibandingkan dengan lain-lain paramedik yang berhubung terus dengan pesakit. Dengan penempatan PPF di Pusat Maklumat Drug ( PMD ) Hospital-Hospital Utama di seluruh negara, aktiviti serta Perkhidmatan PPF akan ditingkatkan lagi. Ini adalah ke arah mencapai penjagaan Farmaseutikal yang menyeluroh ( Total Pharmaceutical care ) .

6. IMPLIKASI KEWANGAN

Penempatan PPF di Pusat Maklumat Drug ( PMD ) tidak melibatkan implikasi kewangan kerana pada masa ini maklumat drug diberikan di kaunter pesakit luar , manakala apabila jawatan ini di luluskan , satu jawatan PPF di kaunter pesakit luar akan di pindahkan ke Pusat Maklumat Drug dan kesan jangka panjang ialah kadar kesembuhan pesakit akan lebih tinggi dan akan menurunkan bilangan pesakit di pesakit luar.

7. CARTA ORGANISASI :


PEGAWAI FARMASI GRED U 41


PPF


8. LAIN-LAIN FAKTA.

Kajian Soalselidik Katogeri Spesifik Oleh Hospital Universiti Sains Malaysia ( HUSM ) Kubang Kerian Kelantan pada tahun 1996 mendapati sumber maklumat drug yang utama ialah :-

- 48 % maklumat daripada Buku Rujukan
- 29 % maklumat dari Product List / Insert
- 13 % maklumat melalui dan perkhidmatan yang boleh diberikan.
- memberi pengetahuan kepada Doktor / Paramedik tentang berbagai sumber rujukan, jenis maklumat drug rujukan kepada Doktor.
Tujuan Pusat Maklumat Drug ( PMD ) di ujudkan ialah :
- memberi pendedahan kepada Doktor / Paramedik / Pesakit tentang pusat tersebut, matlamat penubuhanya yang penting dan menerangkan bagaimana sumber-sumber ini dapat digunakan dalam melaksana tugas-tugas seharian.
- memberi satu rangkaian sumber terhadap racun dan ubat yang terdapat di Malaysia serta cara-cara sistem ini dapat di manfaatkan dalam usaha meningkatkan penjagaan kesihatan pesakit.

Sumber-sumber rujukan :
- rujukan umum seperti artikal-artikal dan monograf sesuatu ubat
- rujukan primer seperti Medline, Medicus, IOWA, laporan klinikal, laporan kes, penyelidikan farmakologi, laporan epidemiologi dan lain-lain.

Fungsi yang berguna bagi Pusat Maklumat Drug ( PMD )
- penilaian ubat dari segi penggunaan, kekerapan dan dos
- melaporkan kesan buruk drug
- mengedarkan formula standard
- pendidikan dan latihan mengenai PMD

Dengan adanya PPF Tambahan, perkhidmatan PMD ( DIS ) akan diperluas dan semua maklumat yang perlu akan disebarkan kepada pesakit / paramedik / Doktor.

Pusat Maklumat Drug ( PMD ) adalah salah satu tugas utama Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi peringkat Kementerian, Pusat tersebut terletak di Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan ( BPFK ) di Petaling Jaya. Pada peringkat Hospital ianya tidak dapat ditubuhkan secara teratur sepenuhnya kerana tiada PPF yang ditugaskan secara khusus dipusat tersebut.


VISI PERKHIDMATAN PEMBANTU FARMASI :

Visi Perkhidmatan Pembantu Farmasi ialah memberikan perawatan yang sempurna dengan cara pembekalan ubat-ubatan secara profesional , bekalan yang tepat, berkesan dan selamat serta mendidik masyarakat supaya mendapatkan ubat-ubatan daripada premis yang bertanggungjawab bagi menjamin perawatan yang optimum, penyembuhan yang segera serta kesan sampingan yang minimum.

MISI PERKHIDMATAN PEMBANTU FARMASI :

Misi Perkhidmatan Pembantu Farmasi ialah menjalankan tugas-tugas seharian dengan penuh beretika, berdedikasi, mengikut organisasi, menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab yang telah ditetapkan, dengan tujuan keyakinan pesakit akan bertambah dan seterusnya Perkhidmatan Pharmaceutical Care yang diberikan akan mencapai hasrat yang optimum seperti yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dengan adanya PPF di Pusat Maklumat Drug ( PMD ) perkhidmatan yang lebih lengkap boleh diberikan kepada penduduk di Negara ini. TAMAT.


Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal.


Tamat : 18 Oktober 2011
Back to top
View user's profile Send private message
nori



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 120

PostPosted: Fri Oct 21, 2011 11:10 am    Post subject: Reply with quote

FORUM 21 OKTOBER 2011

Salam Satu Malaysia dan selamat bertugas kepada semua PPF daripada norippf@yahoo.com

Kerajaan telah bersetuju untuk menubuhkan JK Teknikal PPF dan seharusnya tajuk ini diselesaikan oleh mereka dan lain lain PPF perlulah membantu semua ahli JK Teknikal PPF , kerana mereka juga adalah manusia biasa dan amat memerlukan sokongan, bantuan dan keperihatinan daripada semua PPF. Ianya tidak akan bergerak jika PPF sendiri tidak berusaha bagi memulakannya.

Rancangan Pembangunan Malaysia Ke 10 ( RMK10 ) sudah di bentangkan, tetapi tak ramai PPF yang mengikutinya secara terperinci. Ini adalah kerana segala perancangan dan perlaksanaannya akan di pantau oleh PEMANDU.
Jika tiada perancangan juga boleh berjaya, iaitu terdapat 1% daripada perbelanjaan luar jangka telah disediakan. Tetapi terpaksalah bersaing dengan seramai 28 juta penduduk Negara ini bagi mendapatkannya.

Teras strategik ke 4 dalam RMK10 ialah membangunkan dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.

Dalam tempoh rancangan RMK10, akan terdapat peningkatan yang signifikan dalam keupayan modal insan di sektor kesihatan.

Nisbah professional penjagaan kesihatan kepada penduduk :

Dr ( 2005, 1:1380 ) ( 2010, 1:920 ) ( 2015, 1:597 )
Dr Gigi ( 2005, 1:10,434 ) ( 2010, 1:8153 ) ( 2015, 1:5040 )
Ahli Farmasi ( 2005, 1:5227 ) ( 2010, 1:3550 ) ( 2015, 1:2419 )
Jururawat ( 2005, 1:592 ) ( 2010, 1:472 ) ( 2015, 1:200 )

PPF tiada maklumat kerana PPF tiada pendaftaran wajib untuk bertugas di Malaysia.

Oleh itu, semua pakar mathematik di kalangan PPF perlulah mengira sendiri.

Perkiraan tidak rasmi ialah :

PPF ( 2005, 1: 2613 ) ( 2010, 1:1775 ) ( 2015, 1: 1209 )

Tetapi PPF jangan lupa bahawa Dr dan PF juga boleh mendispen.
Maka jadinya nisbah PPF dan penduduk adalah sama dengan jururawat.
Masih belum terlambat.
Persatuan PPF perlu mewajibkan semua PPF menjadi ahli.
Jika tidak menjadi ahli, anggaplah mereka itu bukan PPF.
Walaupun memegang Dip in Pharmacy.

PPF di Malaysia pada tahun 2010 ( orang yang boleh mendispen )
Dr = 30,000 , PF = 7887 , PPF = 3484
Dan apabila dibahagikan dengan 28 juta penduduk, nisbahnya ialah 1: 669

Maklumat terkini perjawatan PPF di KKM
pada 31 Dis 2010 ialah :


Gred Jawatan Isi Kosong
U40 12 9 3
U38 37 32 5
U36 116 90 26
U32 459 397 62
U29/U32 2860 2784 76

Jumlah bilangan PPF di KKM berbanding dengan 7046 bilangan PF di KKM.


Dan Malaysia akan menjadi Negara Maju pada 2015 kerana standard antarabangsa Dr dan penduduk ialah 1:600 dan di Malaysia pada 2015 ialah 1:597. Negara Maju dalam aspek nisbah Dr dan penduduk sahaja.

Setiap hari, akan ada sahaja perubahan kepada PPF. Pencen umur 60 pun akan terjadi. Dan semestinya semua PPF perlu bersedia dengan segala perubahan. Bagi tujuan membantu lain lain PPF, segala yang terdapat dalam forum PPF, ianya boleh di copy, paste dan di edit serta di kongsi bersama lain-lain PPF dalam ruangan forum ini. ICT akan mempercepatkan segala kemajuan PPF.

JK Teknikal PPF juga perlu berubah. Draffkan tujuan penubuhan nya. Dan lain lain PPF perlu membantu dalam menjayakan segala perancangan. Rujuk Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bil 2 Tahun 1991, Pengurusan Mesyuarat Berkualiti. Dan jika ada masa lapang, boleh hadir ke Intan, Kursus Pengurusan Mesyuarat dan Penulisan Minit Yang Berkualiti. Bagi PPF selebihnya, teruskan khidmat anda untuk Negara.

Pada hari ini YAB PM telah melancarkan satu program memperkasakan ICT. Semua PPF perlu mahir dalam kreativiti, inovasi dan produktiviti. Pada masa lalu, terma R&D amat popular, tetapi kini kreativiti, inovasi dan produktiviti pula popular.

TUGASAN PPF IALAH MEMPERKASAKAN JK TEKNIKAL PPF MELALUI KTEATIVITI DAN INOVASI:

JK Task Force PPF telah mengadakan mesyuarat yang di hadiri oleh En Mohd Rayya, Ketua Program Farmasi KSKB,Tn Haji Sulaiman Harun, En. Ganesan, En. Nazri Md Esa, Hj Harun Husin, Mr Jong, En Rohin B. Daud, Pengajar Farmasi KSKB, Pn Ong Bee Wah, En. Mohamad Bin Awang , dan Pn Faridah Binti Saidi. Hasil dari mesyuarat tersebut, JK Teknikal PPF telah di bentangkan.

Satu Jawatankuasa Teknikal PPF Malaysia telah ditubuhkan pada 16 November 2009. Jawatankuasa ini di pengerusikan oleh Timb.Pengarah Bhg.Pengurusan Perkhid.Farmasi KKM, Dr.Nour Hanah bt Othman dan dianggotai oleh :

5 Pegawai Kanan BPF KKM
(Lembaga Farmasi, Bhg.A&P,Biro, Kesihatan, Hosp.)

4 Exco Kesatuan,
En.Rohin Daud, En.Razalle Dollah, En.Zamri Arifin dan Tn.Hj.Mohd Noor b Adam.

3 Exco PPFM,
En.Ganesan G.Narayanan, Hjh.Khamsiah bt Brahim, Tn.Hj.Sulaiman b Harun

4 wakil PPF ,
Puan Faridah Saidi, Hjh.Norhaini bt Othman, Puan Juriah bt Wakidi, En.Talib b Tawil,

1 wakil Sabah En.Johnson Chin Nyat Min.

1 wakil Sarawak. En.James Yiek Hua Kuong

Urusetia JK Teknikal : En.Muhammad B Awang PPF dan Tn Hj.Abd Ghani b Yusof

JK Teknikal perlu mengadakan Pre Mesyuarat sehari sebelum Mesyuarat JK Teknikal.

Bagi pihak PPF hanya dua perkara yang perlu di kemaskinikan iaitu :
Pertama : JK Teknikal PPF perlu menjadi sekateriat bagi semua aktiviti PPF
Kedua : PPF perlu merangka kertas kerja perkembangan kerjaya sebagaimana yang di bentangkan.

RE UNION PPF / ULANG TAHUN PPF KE 50 Jubilee Emas
DAN PERTEMUAN PPF PRA MESYUARAT SAINTIFIK PPF TAHUN 2011:

Semua PPF yang aktif dalam sukan, akan berkampong di negeri Sabah pada tahun 2012 sempena dengan Sukan Kebangsaan Kesihatan Malaysia. Seterusnya pada tahun 2011, semua PPF yang terlibat amat sebok sekali menjalani latihan , bagi mempersiapkan diri secara maksimum dan berusaha membawa pulang pingat emas. Pernah pada suatu masa dahulu PPF telah dilantik sebagai Chief De Mission kontigen negeri ke sukan tersebut. Tetapi PPF tersebut telah pun bersara wajib, tampa sempat menurunkan segala ilmu yang ia miliki, bagi diteruskan oleh lain-lain PPF.

Pada 12 November 2011 (Sabtu) semua kakitangan KKM Negeri Perak Darul Ridzuan akan berkumpul di Dataran Kedamaian Taman Tasik, Taiping, sempena Karnival Kesihatan Perak 2011 (Jogathon). Dan sudah semestinya juga PPF dari seluruh negeri juga akan terlibat. Dan sempena dengan pertemuan itu, satu perjumpaan semua PPF sedang di rangka atas tujuan Re Union semua PPF.

Tujuan Re Union bekas pelajar SLPPF MUSPJ / KSKB / dll Kolej adalah mengeratkan kembali hubungan yang terputus selepas menamatkan latihan. Bekas-bekas pelajar PPF dari Batch 1 hingga kini, semuanya di jemput. Majlis pertemuan ini juga sekali gus mengeratkan kembali hubungan. Ia juga sebagai platform rakan lama berkongsi pengalaman dan idea dalam suasana santai selain berpeluang memperkenalkan keluarga masing-,asing bagi memperluaskan lagi jaringan persahabatan.

Di harap perjumpaan ini akan membantu mengeratkan lagi hubungan sedia ada selain platform melihat kejayaan diraih selepas meninggalkan kolej latihan. Bagi bekas pelajar kolej MUSPJ / KSKB / dll datanglah memberikan sokongan kerana inilah masanya kita berjumpa semula untuk mengenang kembali kisah zaman belajar di kolej dahulu.

Untuk maklumat lanjut : hubungi norippf@yahoo.com


Kursus Pembantu Farmasi telah dijalankan di Malaysia semenjak bulan September 1957 dan telah melatih 3258 orang Penolong Pegawai Farmasi dan seramai 162 orang Pembantu Makmal Kimia Ubat. Pada mulanya kursus ini dijalankan di premis Sekolah Latihan Kejururawatan, Pulau Pinang. Pada tahun 1964, kursus ini dipindahkan ke premis Makmal Ubat dan Stor, Petaling Jaya, Selangor yang sekarang ini dikenali sebagai Biro Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Kolej Pembantu Farmasi mula berpindah ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh, pada September 2004 di bawah sistem pentadbiran yang berintegrasikan secara bersepadu di bawah satu bumbung dengan lain-lain program sains kesihatan. Buat masa ini kolej ini menjalankan kursus peringkat Diploma berdasarkan kurikulum baru yang berpandukan system mata kredit (CGPA) dengan pengambilan dua kali dalam setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai.

Tujuan utama kursus ini adalah untuk member latihan di dalam bidang penjagaan Farmaseutik dan seterusnya bagi memenuhi keperluan perlaksanaan perkhidmatan kesihatan di Negara ini.

Dengan kemajuan penjagan kesihatan dan perkembangan perkhidmatan Farmasi, kursus yang dikendalikan diperingkat Diploma ini diharap dapat meningkatkan kemahiran anggota dalam memberi perkhidmatan kesihatan yang semakin mencabar.

System pengajian kursus ini yang menggunakan Penilaian Mata Kredit (CGPA) mengambil masa tiga tahun latihan yang merangkumi enam semester pengajian di mana dalam Tahun 1, Semester 1 dan 2 dan Tahun 2 Semester 1, kursus ini dikendalikan di Kolej Kesihatan Sains Bersekutu, Sungai Buloh dan untuk pengajian Tahun 2, Semester 2 dan Tahun 3, Semester 1, pelatih-pelatih ditempatkan menjalani latihan praktis di hospital-hospital kerajaan atau klinik-klinik kesihatan manakala untuk tahun 3 semester 2, pelatih-pelatih dikehendaki balik semula ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu untuk melengkapi semester akhir.

Kementerian Kesihatan Malaysia dalam perancangannya yang terdekat sedang beruasaha untuk memperkembangkan kursus Diploma Penolong Pegawai Farmasi di bawah Kolej Sains Kesihatan Bersekutu di negeri Perak dan Sabah untuk tahun-tahun akan datang.


Dr adalah tidak terlatih dalam mendispen, tetapi mengapa undang-undang membenarkan mereka mendispen. Tetapi apabila bilangan PF dan PPF di Negara ini sudah mencukupi, mungkin hanya PF dan PPF sahaja di benarkan mendispen ubat dan Dr hanya menulkis preskripsi sahaja. Bila , hanya masa sahaja yang menentukan.


CADANGAN 44 TAJUK MESYUARAT SAINTIFIK PPF.
( Perancangan : Akhir Disember 2011 )

1. BEBAN TUGAS PPF, MENGAPA DIAMBIL RINGAN – ytracis
2. TPN, TDM, CDR – topup, afiq82
3. DISPENSING SEPARATION – afiq82
4. TUGAS – TUGAS SEBENAR PPF –gurles
5. BELAJAR BUAT BLOG & BLOG PPF –jaya18, cheloski
6. SIAPA BERMINAT UTK MENGANGGOTAI KAJIAN / PROJEK – cheloski
7. TWO YRS TOP UP DEGREE IN PHARM. SC & TECH. – cheloski
8. BAGAIMANA DENGAN IMEJ PROFESYEN KITA- jaya18
9. MERAPATKAN SILARATULROHIM SESAMA KITA – jaya18
10. PENGUMUMAN PENTING UNTUK PARAMEDIK BERIJAZAH –aini
11. UBATAN YANG GUNA BAHAN RADIOAKTIF – awan_biru85
12. PPF SEMAKIN SEDIKIT – sherry
13. FARMAKOKINETIK – imzal82
14. SOFT SKILL YANG PERLU ADA SEBAGAI PPF – yasmin
15. MELANJUTKAN PELAJARAN DALAM BIDANG FARMASI – yasmin
16. LALUAN PPF UNTUK MENJADI PEGAWAI FARMASI – atokpencen
17. SENARAI TUGAS PPF – liza
18. TUGAS ATAU TANGGUNGJAWAB PPF – babeywanyda
19. JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN – sudahbagus
20. YANG BERACUN DI SEKELILING KITA – kainkapan
21. UBAT PRE PACK SEDIA ADA, APA KOMPLIKASINYA – akoizer
22. PPF DAH RAMAI MASUK KK – nustrule
23. PERSATUAN PPF – yangdipertua
24. POS BASIK PPF – hius200
25. HALATUJU PPF 2010-2015 – hius2007
26. APA SUDAH JADI NASIB PPF – mamatwins
27. LUKA LAMA BERDARAH KEMBALI – zaha
28. PIAGAM / LEMBAGA UTK PPF – kamalbaharin
29. JANGAN TAKUT PADA BAYANG SENDIRI – arifhti
30. 5S & ISO, MANA YG PATUT DI DAHULUKAN – ahmadmohgudang
31. SPUB – dhiyamirza
32. MENGAPA PERLU ADA JURANG ANTARA PPF / PF – mohdrashid
33. PERLUKAH ICT DI APLIKASIKAN DLM TUGAS PPF – mohdrashid
34. PERSIDANGAN PPF PERINGKAT KEBANGSAAN – mohdrashid
35. SELAIN PPFM / KKPFKMB, CARA LAIN MENYATUKAN PPF – mohdrashid
36. TEMPOH MASA MENUNGGU JADI KPI PPF – mohdrashid
37. PERLUKAH PPF BERADA DI UNIT PENGUATKUASAAN – mohdrashid
38. NAMA KOMERSIL VS NAMA GENERIK , MANA YANG BAIK – mohdrashid
39. PENGALAMAN PPF YG BLH JD PANDUAN N TAULADAN – mohdrashid
40. PERLUKAH PPF ADA UNIFORM – mohdrashid
41. ELAUN KRITIKAL –faizal@33
42. ABM 8 PPF – faizal@33
43. RISIKO UBAT – rahitse
44. PPF DI BIDANG PENGUATKUASAAN – amru_asyraf

Kebanyakkan kertas kerja PPF, ialah di sediakan pada tahun 2008, dan sepatutnya semuanya perlu di kemaskinikan dengan versi 2011. Dan di harap versi 2012 akan dapat di siapkan dan dimajukan ke pihak atasan, sebab pada 2012, setiap bulan akan ada satu aktiviti PPF dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dan perkembangan kerjaya PPF.

Pembentangan Kertas Kerja perlu mengandungi tajuk tajuk seperti berikut, dan lain-lain maklumat yang relevan,

• Pendahuluan
• Kronologi Masaalah
• Permohonan PPF
• Latarbelakang Masaalah
• Alasan Permohonan
• Lain-Lain Alasan
• Data-Data Sokongan
• Penutup

Penyediaan dan pembentangan kertas kerja yang terkini dan rapi amat diperlukan kerana segala maklumat dan fakta akan berubah setiap saat dan PPF perlu mengemaskinikannya sepanjang masa.

PF telah ramai berkhidmat di KKM dan sebahagian nya telah di tempatkan di KK. Masaalah mulai timbul kerana kehadiran PF di KK tersebut telah menambah beban tugas PPF. Kaunseling le, Medicationb Error Report le, Methadone le, dll. Tetapi apa yang sepatutnya yang di sarankan oleh PPF ialah menempatkan minima 2 PPF setiap KK. Dan sepatutnya semua PF perlu di tempatkan di semua KK yang berjumlah 850 buah KK. Dan lepas itu, barulah ciptalah apa apa pun kreativiti dan inovasi sebab, nasib PPF sudah terbela. PPF sendiri pun telah gagal merancang keperluan diri sendiri. Ini amat berbeza dengan lain-lain paramedic, yang mana KK yang sedang dalam pembinaannya pun telah dating staff yang terlibat melaporkan diri di KK yang berhampiran. Mereka lebih SMART dari PPF.

KSM juga di buka setiap hari, 365 hari setahun mulai 10 am hingga 10pm. Jika tidak cukup PPF, terpaksalah PPF mengorbankan cuti hujung minggu, bagi tugasan mengganti di KSM. PPF perlu rancang penambahan staff secara teratur dan sistemetik.

Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal.

Tamat : 21 Oktober 2011

norippf@yahoo.com
Back to top
View user's profile Send private message
nori



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 120

PostPosted: Tue Nov 01, 2011 12:51 pm    Post subject: Reply with quote

FORUM 16 OKTOBER 2011

Salam Satu Malaysia dan selamat bertugas kepada semua PPF.

Setelah sekian lama JK Teknikal PPF di wujudkan, maka tibalah masanya JK Teknikal PPF menerbitkan buku panduan dan buku rujukan bagi kegunaan semua PPF. Ini berbeza dengan lain-lain paramedik, dimana mereka memang mempunyai buku panduan dan rujukan tentang bidang tugas masing-masing. Lain-lain PPF boleh membantu. Seterusnya,

Pertama ialah penggunaan ICT dalam urusan seharian PPF. Kerajaan telah melaksanakan dasar agar urusan tampa kertas di perluaskan ke seluruh Negara dan pada 2012 adalah di harapkan 70% daripada urusan adalah menggunakan ICT. PPF juga perlu menyokong dasar tersebut agar selaras dengan wawasan Negara. P)ada masa dahulu mesyuarat PPF dan minit mesyuarat PPF ada di edarkan melalui ICT. Antara mesyuarat PPF ialah :

Mesyuarat Jabatan Farmasi
Mesyuarat MBJ peringkat PTJ
Mesyuarat Pengurusan PPF peringkat negeri
Mesyuarat MBJ Peringkat Negeri
Mesyuarat Pengurusan PPF peringkat kebangsaan
Mesyuarat PPF bersama KSU KKM
Mesyuarat JK Teknikal PPF
Dll.

Tetapi pengedaran minit mesyuarat dan hasil mesyuarat melalui ICT adalah amat perlahan di kalangan PPF. Masaalah yang timbul ialah, satu perkara yang pernah di bincangkan pada mesyuarat PPF peringkat satu negeri, akan di bincangkan semula oleh negeri lain, kerana maklumat tersebut telah tidak di kongsi bersama lain-lain PPF. Kebaikan dari persoalan ini ialah, PPF y/m akan terus menikmati kenaikan pangkat, sedangkan majoriti lain-lain PPF akan terus ketinggalan. Dan usaha ini hanya akan menguntungkan PPF y/m sahaja.

PPF juga harus di persalahkan kerana, walaupun telah berkhidmat selama 30 tahun, tetapi masih belum mempunyai alamat e mel. Ledakan ICT ini adalah teknologi baru dan seharusnya semua PPF wajib belajar ilmu baru, bagi meneruskan kesinambungan memberikan perkhidmatan kepada negara.

Biro multimedia persatuan PPF dan biro multimedia kesatuan PPF perlulah berganding bahu menjayakan harapan ini, kerana soal RM pastinya tidak timbul sebab gaji PPF tahun 2011 adalah amat berbeza dengan gaji PPF tahun 2000.

Kedua ialah memperkasakan JK TEKNIKAL PPF. JK Task Force PPF telah mengadakan mesyuarat yang di hadiri oleh En Mohd Rayya, Ketua Program Farmasi KSKB,Tn Haji Sulaiman Harun, En. Ganesan, En. Nazri Md Esa, Hj Harun Husin, Mr Jong, En Rohin B. Daud, Pengajar Farmasi KSKB, Pn Ong Bee Wah, En. Mohamad Bin Awang , dan Pn Faridah Binti Saidi. Hasil dari mesyuarat tersebut, JK Teknikal PPF telah di bentangkan.Satu Jawatankuasa Teknikal PPF Malaysia telah ditubuhkan pada 16 November 2009. Jawatankuasa ini di pengerusikan oleh Timb.Pengarah Bhg.Pengurusan Perkhid.Farmasi KKM, Dr.Nour Hanah bt Othman dan dianggotai oleh : 5 Pegawai Kanan BPF KKM (Lembaga Farmasi, Bhg.A&P,Biro, Kesihatan, Hosp.) 4 Exco Kesatuan,
En.Rohin Daud, En.Razalle Dollah, En.Zamri Arifin dan Tn.Hj.Mohd Noor b Adam.3 Exco PPFM, En.Ganesan G.Narayanan, Hjh.Khamsiah bt Brahim, Tn.Hj.Sulaiman b Harun 4 wakil PPF , Puan Faridah Saidi, Hjh.Norhaini bt Othman, Puan Juriah bt Wakidi, En.Talib b Tawil, 1 wakil Sabah En.Johnson Chin Nyat Min.1 wakil Sarawak. En.James Yiek Hua Kuong Urusetia JK Teknikal : En.Muhammad B Awang PPF dan Tn Hj.Abd Ghani b Yusof dan jika masih terdapat kekurangan keperihatinan KKM terhadap PPF, mereka inilah yang perlu membuka ruang dan peluang bagi mengatasinya. Dan lain-lain PPF di seluruh Negara, perlulah membantu.

JK Teknikal perlu menyediakan
DRAFF TINDAKAN DAN DRAFF PERLAKSANAAN
Dan yang paling penting ialah mewujudkan JK Kecil bagi setiap isu.

Draff tindakan dan draff pelaksanaan juga perlulah mematuhi tujuan dan hasrat persatuan / kesatuan. Dan jika JK Teknikal PPF tiada idea, boleh salin sahaja tujuan dan objektif persatuan dan kesatuan PPF

Tujuan Penubuhan JK Teknikal PPF dan seharusnya di cetak dan di edarkan kepada semua PPF.

1. Untuk menjaga dan meningkatkan nama baik dan kepentingan profesion Pembantu Farmasi.

2. Mempertahankan dan meninggikan taraf dan etika profesion PPF.

3. Untuk menggalakkan dan mengembangkan ilmu farmasi.

4. Memupuk hubungan professional dalaman dikalangan PPF

5. Berhubung dan bekerjasama dengan mana-mana organisasi demi kemajuan profesion PPF.

6. Menjadi wadah untuk ahli menyatakan pendapat dan pandangan dalam perkara yang menyentuh profesion PPF.

7.Meningkatkan dan menjaga nama baik profesion PPF.

8. Mengggalakan dan meningkatkan kemahiran ilmu kefarmasian dikalangan PPF.

9. Mempertahankan dan meningkatkan taraf profesion PPF

10. Bergabung dan bekerjasama dengan lain NGO yang sealiran perjuangan persatuan.

11. Penyebar maklumat dan pandangan ahli-ahli untuk kepentingan profesionalisma ahli.

12. Mengorganisasikan pekerja-pekerja PPF yang disebut di bawah peraturan 3(1) sebagai ahli PPF dan memajukan kepentingan mereka dalam bidang perhubungan perusahaan, kemasyarakatan dan ilmu pengetahuan.

13. Mengatur perhubungan di antara pekerja dengan majikan bagi maksud melaksanakan perhubungan perusahaan yang baik, meningkatkan daya pengeluaran dan memperolehi serta mengekalkan bagi ahli-ahlinya keselamatan pekerjaan, sukatan gaji yang adil dan sesuai serta syarat-syarat pekerjaan yang berpatutan.

14. Mengatur perhubungan di antara PPF dengan PPF atau di antara PPF dengan pekerja-perkerja lain,di antara PPF dan pihak atasan dalam menyelesaikan sebarang perselisihan atau pertikaian di antara mereka itu dengan cara aman dan bermuafakat atau melalui jentera penimbangtara menurut peraturan peraturan

15. Memajukan kebajikan PPF dari segi sosial, ekonomi dan pendidikan dengan cara yang sah di sisi undang-undang.

16. Memberi bantuan guaman kepada PPF berhubung dengan pekerjaan mereka jika dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja.

17. Memberi bantuan seperti pembiayaan semasa teraniaya atau semasa pertikaian perusahaan jika dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja.

18. Menganjurkan dan mengendalikan kursus, dialog, seminar dan sebagainya untuk faedah PPF khasnya dan para pekerja amnya.

19. Mengendalikan urusan mengarang, menyunting, mencetak, menerbit dan mengedarkan sebarang jurnal, majalah, buletin atau penerbitan lain untuk menjayakan tujuan-tujuan PPF ini atau untuk kepentingan PPF jika dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja.

20. Dan yang paling utama ialah PPF dalam JK Teknikal juga perlu mahir dalam mewujudkan JK Kerja, JK Pelaksana, JK Pemandudan JK Pemudahcara.

Dan antara aktiviti yang perlu dilakukan oleh JK teknikal ialah :

1. Memperbaiki perhubungan dua hala sesama PPF dalam usaha membantu PPF memahami sesuatu isu / masalah dan seterusnya membantu meningkatkan mutu perkhidmatan dan perkembangan kerjaya PPF.

2. Membantu warga PPF membuat pilihan (informed choices) dan membuat keputusan dalam usaha menambah keselesaaan warga PPF semasa menjalankan tugasan seharian mereka dan mengamalkan kaedah kerja yang sesuai dan efektif

3. Membantu PPF mengenali dan mengatasi isu-isu yang berkaitan dengan perkembangan dan perluasan aspek teknikal dan skop farmaceutical care sepanjang masa.

4. Memperbaiki salah tanggapan oleh PPF terhadap perkembangan semasa dan perancangan masa hadapan yang yang telah di sedialkan dan yang di perlukan oleh rakyat negara ini.

5. Menjalin perhubungan yang berkesan – ‘helping and trusting relationship’. Antara PPF dan PPF dan antara lain-lain perjawatan di farmasi.

Ketiga ialah maklumat terkini perjawatan PPF di KKM
pada 31 Dis 2010 ialah :


Gred Jawatan Isi Kosong
U40 12 9 3
U38 37 32 5
U36 116 90 26
U32 459 397 62
U29/U32 2860 2784 76

Jumlah bilangan PPF di KKM berbanding dengan 7046 bilangan PF di KKM

Dengan bilangan PPF yang ramai U40 / U38 / U36 / U32 / U29 U32KUP, pastinya tugasan ini menjadi mudah.

Dan perkembangan terkini PPF ialah terdapat pengurangan pengambilan pelatih PPF oleh KKM. Perkara ini memang akan menimbulkan keresahan di kalangan PPF sebab, bilangan PPF tidak bertambah secara semulajadi. Tetapi sebagaimana yang pernah di bincangkan di Hotel Brisdale tempoh hari ialah, semua PPF bersetuju mengikuti apa sahaja perancangan yang telah di buat oleh BPF KKM, kerana PPF sendiri masih belum mempunyai perancangan yang terkini.

Keempat ialah membuka peluang menambah kemahiran dan kelayakan PPF. Pada masa lalu semua pengajar di Politeknik adalah pemegang diploma. Maka perancangan telah di buat agar semua pengajar tersebut memiliki ijazah dengan menyediakan ruang pembelajaran, iaitu menubuhkan :
Pusat Latihan Staff Politeknik (PLSP)
Institiut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO)
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUITTHO)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Segalanya bermula dengan perancangan dan pada 2011, ianya bertaraf university.

PPF juga boleh merancangan mewujudkan pusat pembelajaran berterusan dan akhirnya semua PPF akan memperolehi ijazah. Tetapi perkataan teknologi farmasi perlulah di utamakan kerana jika perkataan farmasi sahaja digunakan, semestinya PF akan terlibat.

Kelima ialah perancangan kursus pos basic bagi PPF. Pengajar di KSKB perlu berpecah kepada dua iaitu separuh mengajar basic dan separuh mengajar pos basic. Tidak mustahil dalam masa 6 bulan, kursus pos basic tambahan PPF akan Berjaya kerana pengajar pos basic mohon dan pergilah berkursus 6 bulan di luar Negara, dan apabila balik, teruskan membuka kelas pos basic. Minima pelajar kursus pos basic ialah 12 peserta. Dan semua PPF yang ada ijazah dalam lain-lain bidang, mohonlah bertugas di KSKB sebagai klinikal instructor dan lepas tu dapatkan peluang latihan sangkutan di luar Negara. Dan apabila PPF yang ada ijazah mengajar sesuartu yang baharu kepada PPF, tentu lain-lain pihak tidak boleh mempertikaikannya. Tepuk dada tanya selera.

Keenam, sambutan ulangtahun PPF. SN ada hari jururawat, PPP ada hari MA, PPF masih kabur sebab JK penggerak masih belum di wujudkan. Tetapi jika nak mudah, ringkas, pantas, berupaya, dan berkarisma, sambutlah hari PPF pada 1 Januari setiap tahun, iaitu bersamaan dengan tahun baru, cuti dapat, rehat pun dapat.

Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal.


Tamat : 1 November 2011
Back to top
View user's profile Send private message
nori



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 120

PostPosted: Fri Nov 11, 2011 12:50 pm    Post subject: Reply with quote

FORUM 11 NOVEMBER 2011

Salam Satu Malaysia dan selamat bertugas kepada semua PPF.

Pertama, PPF alaf baru perlulah berubah seiring dengan perubahan semasa, dan sejajar dengan perkembangan dan kehendak pelanggan. Kerajaan telah berusaha secara bersungguh-sungguh dalam memajukan Negara dan wawasan 2020 hanya 9 tahun sahaja lagi untuk di capai. PPF perlu menjayakan wawasan tersebut dan cuba menangani segala cabarannya.

Piagam PPF bagi versi Malaysia, masih belum wujud, yang ada hanyalah :
Senarai tugas dan tanggungjawab PPF di KKM
Akta Farmasi
Akta Sains Kesihatan Bersekutu
Pekeliling KKM

Tetapi jika di kaji secara teliti, pasti ada had had tertentu tentang tugas dan tanggungjawab PPF, cuma masih belum di dokumenkan oleh persatuan dan kesatuan. Tetapi apa yang tidak boleh di elakkan ialah PPF perlu mematuhi arahan pegawai atasan, sepanjang masa, setiap masa dan sebarang masa.

Dan yang terkini ialah semua PPF perlu merujuk persatuan / kesatuan apabila terdapat sebarang ketidakpastian tentang apa apa pun hal yang berkaitan dengan farmasi dan PPF. Tetapi sudikah persatuan dan kesatuan melayan 3500 PPF di Malaysia ini. Dan jalan mudahnya ialah, jangan timbulkan masaalah, ikut sahaja arus perdana.

Forum PPF pada masa kini dan masa akan datang ialah bertujuan MEMARTABATKAN PROFESYEN PPF dan MEMPERKASAKAN JK TEKNIKAL PPF. Dari apa yang telah dilalui sekian lama, tidak ramai PPF menyertai forum secara ICT bagi tujuan tersebut. Mungkin kerana skop forum tersebut terlalu luas sehinggakan PPF tidak dapat menyesuaikan diri bagi menghadapinya. PPF bertugas 8.00 am hingga 5.00 pm dan masa tersebut telah di gunakan 100% bagi memberikan perkhidmatan. Bagi tempoh 5.01 pm dan 7.59 am pula, semua PPF perlu melaksanakan tugasan yang lain bagi memenuhi kehendak rohani dan jasmani PPF. Tetapi perlulah di ketahui bahawa, semua PPF juga mempunyai masa yang sama iaitu 24 jam sehari. Tetapi mengapa lain-lain paramedic boleh maju, dan melangkah jauh kehadapan, meninggalkan PPF. Sedar tak sedar, PPF telah ketinggalan sedikit berbanding mereka.

Tetapi dengan MEMARTABATKAN PROFESYEN PPF dan MEMPERKASAKAN JK TEKNIKAL PPF, segalanya akan pasti berubah, walaupun sedikit demi sedikit. Oleh itu wajarlah semua PPF di Malaysia, menyumbang sesuatu dalam menjayakannya.

Semua PPF perlulah merangka , apakah perancangan bagi tahun 2012.
Draffkan perancangan tersebut.
Edarkan kepada semua PPF melaui ICT
Apapun aktiviti PPF pada tahun 2012 perlulah menyeluruh, meliputi :-

Mesyuarat Jabatan Farmasi
Mesyuarat Pre Counsil dan Full Counsil MBJ
Mesyuarat Ahli Majlis persatuan dan kesatuan
Mesyuarat Pengurusan PPF peringkat negeri dan kebangsaan
Mesyuarat Bersama KSU KKM
Mesyuarat JK Teknikal PPF.

Dengan segala perancangan yang jitu dan rapi, pastinya semua persoalan PPF akan di bawa ke pengetahuan pihak atasan.

Tetapi bagi PPF senior, ada masa lagi 51 hari bagi merancang perkembangan terkini perkhidmatan PPF. Ini adalah sebahagian daripada pembentangan budget tahun 2012 yang lalu iaitu, semua penjawat awam akan di berikan pilihan agar bersara pada usia 60 tahun.

Kita mulakan forum PPF atas tajuk ini.

Pembayaran gaji bagi perlanjutan umur bersara, tiada masaalah kerana ianya telah di persetujui semasa budget tempoh hari. Bagi diri PPF, ini bermaksud dalam masa dua tahun ini akan terdapat peningkatan bilangan PPF kerana tiada yang besara, sedangkan pengambilan PPF baru masih berterusan. Jika PPF telah bersedia, cuba kembangkan perkhidmatan baru kepada rakyat dengan memperkenalkan inisiatif-inisiatif baru. Jika tiada inovasi baru, secara langsung, bilangan PPF telah bertambah, dan mulalah pihak PF merangka sesuatu yang akan membuatkan PPF tak tidur lena memjayakannya, tetapi yang dapat nama ialah PF. Juga jika bilangan PPF bertambah, tampa penambahan perkhidmatan, tentu nya apapun permohonan PPF akan di tolak. Antara permohonan PPF :

Menempatkan PPF Gred U 36 di hospital KKM yang mempunyai pakar
( Regional Hospital ) seluruh negara.

Menempatkan PPF di Unit Penguatkuasaan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri
( JKN ) seluroh negara.

Menempatkan minima dua orang PPF di Klinik Kesihatan KKM seluroh negara.

Menempatkan PPF di Pusat Maklumat Ubat ( PMD ) di semua hospital KKM seluroh negara.

Memohon Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal ( BIPK ) bagi jawatan PPF

Memohon Elaun Harzard bagi PPF

Memohon Senarai Tugas Jawatan Hakiki terkini PPF Gred U 40 / 38 / 36 / 32 / 29 yang terkini.

Memohon ditawarkan penajaan bagi pelajar Diploma Farmasi di IPTA / kolej swasta bagi mengisi kekosongan perjawatan PPF di KKM.

Memohon pengiktirafan Diploma Pembantu Farmasi mulai tahun 1993 sebagaimana Pindaan Senarai Tugas Pembantu Farmasi yang dikeluarkan oleh KKM pada 5 Nov 1993.

Memohon agar PPF di jadikan Skim Bersepadu U29 / 32 / 36 / 41 / 44 / 48 / 52 / 54 pada masa akan datang.




Memohon penambahan jawatan naik pangkat U36 di PKD dan di setiap 4 Klinik Kesihatan ada seorang U36 dan di Hospital U36 di setiap unit

Memohon pengisian kekosongan jawatan PPF atas U29 atas kadar segera.

Memohon pertukaran pakaian seragam PPF semua gred.

Memohon penjelasan program CPD menggantikan PTK.

Memohon penempatan PPF U38 dan U40 di JKN seluruh negara.

Memohon agar PPF di senaraikan di bawah Akta Allied Health

Memohon kursus Pos Basik tambahan bagi PPF.

Seterusnya semua PPF perlu membantu dalam menyediakan rencana yang bermunafaat bagi rujukan lain-lain PPF. Antara tajuknya ialah :

BEBAN TUGAS PPF, MENGAPA DIAMBIL RINGAN

TPN, TDM, CDR

DISPENSING SEPARATION

TUGAS – TUGAS SEBENAR PPF

BELAJAR BUAT BLOG & BLOG PPF

SIAPA BERMINAT UTK MENGANGGOTAI KAJIAN / PROJEK

TWO YRS TOP UP DEGREE IN PHARM. SC & TECH.

BAGAIMANA DENGAN IMEJ PROFESYEN KITA

MERAPATKAN SILARATULROHIM SESAMA KITA

PENGUMUMAN PENTING UNTUK PARAMEDIK BERIJAZAH

UBATAN YANG GUNA BAHAN RADIOAKTIF

PPF SEMAKIN SEDIKIT

FARMAKOKINETIK

SOFT SKILL YANG PERLU ADA SEBAGAI PPF

MELANJUTKAN PELAJARAN DALAM BIDANG FARMASI

LALUAN PPF UNTUK MENJADI PEGAWAI FARMASI

SENARAI TUGAS PPF

TUGAS ATAU TANGGUNGJAWAB PPF

JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN

YANG BERACUN DI SEKELILING KITA

UBAT PRE PACK SEDIA ADA, APA KOMPLIKASINYA

PPF DAH RAMAI MASUK KK

POS BASIK PPF

HALATUJU PPF – RANCANGAN 5 TAHUN / RANCANGAN 10 TAHUN

PIAGAM / LEMBAGA UTK PPF

5S & ISO, MANA YG PATUT DI DAHULUKAN

SPUB

MENGAPA PERLU ADA JURANG ANTARA PPF / PF

PERLUKAH ICT DI APLIKASIKAN DLM TUGAS PPF

PERSIDANGAN PPF PERINGKAT NEGERI / KEBANGSAAN

CARA BAGAIMANA NAK MENYATUKAN PPF

TEMPOH MASA MENUNGGU JADI KPI PPF

PERLUKAH PPF BERADA DI UNIT PENGUATKUASAAN

NAMA KOMERSIL VS NAMA GENERIK , MANA YANG BAIK

PENGALAMAN PPF YG BLH JD PANDUAN N TAULADAN

PERLUKAH PPF ADA UNIFORM

ELAUN KRITIKAL
RISIKO UBAT

Walaupun persediaan yang amat rapi, pemantauan yang berterusan dan lain-lain usaha yang tampa penat jemu, sesuatu itu pun tidak mustahil mengalami kegagalan. Lihat sahaja PPSMI. Tetapi sebagai persediaan dari pihak PPF yang inginkan perubahan yang menjurus kepada kebaikan, perkara berikut perlulah di berikan keutamaan yang tinggi.

Mewujukkan JK Teknikal
Mewujudkan JK Pelaksana
Mewujudkan JK Pemandu
Mewujudkan JK Pemantau
Memberikan Penghargaan kepada PPF yang berjaya mengharunginya.


Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal.



Tamat : 11 November 2011
Back to top
View user's profile Send private message
nori



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 120

PostPosted: Wed Feb 29, 2012 6:06 pm    Post subject: Reply with quote

SELAMAT TAHUN BARU 2012 ,

Forum 29 Feb 2012.

Semua cadangan dan pendapat yang di utarakan di bawah, adalah di lihat dari sudut akademik / ilmiah dan seharusnya juga semua PPF melihat perkara di atas dari perspektif dan sudut yang sama juga agar ianya tidak menyimpang dari tujuan dan matlamat asal serta mempunyai natijah yang sama.

Selamat Bertugas kepada semua PPF dan urusetia PPF memainkan peranan amat penting dalam menjayakan apa sahaja persoalan yang membabitkan PPF. Perlantikan urusetia ini selalunya di buat oleh pihak atasan.

Perjalanan PPF pada tahun 2012 adalah seperti biasa sahaja dan sila pastikan bahawa setiap bulan akan terdapat aktiviti PPF dan semua PPF perlu menghadirinya. Mengikut KMK dan KIK, Plan, Do, Check and Action (PDCA). Hanya PPF yang tentukan.

Antara mesyurat PPF tahun 2012 ialah Mesyuarat MBJ, Mesyuarat Jabatan Farmasi, Mesyuarat JK Teknikal PPF , Mesyuarat Exco Persatuan PPF dan Mesyuarat Exco Kesatuan PPF. Dan yang paling utama ialah semua minit mesyuarat MBJ perlu di majukan ke JPA dalam masa 2 minggu. Maksudnya apa yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut, akan di baca oleh JPA.

Januari-
Februari-
Mac-
April -
Mei
Jun
Julai –
Ogos
September
Oktober
November
Disember

Mesyuarat Exco Persatuan dan Kesatuan, PPF Scientific Meeting, Persidangan PPF Perak, Mesyuarat MBJ, Dll.


3 Mac 2012 Persidangan PPF Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan, di Dewan Bahagia, Hospital Bahagia, Hulu Kinta, 32950 Tanjong Rambutan Perak. Semua PPF yang ingin menambahkan ilmu, bolehlah menghadirkan diri. Sijil kehadiran bagi mata cpd akan diberikan 20 markah bagi persidangan dan 5 markah bagi ahli kesatuan PPF. Jumlahnya 25 markah. Juga PPF perlu berubah kepada menyediakan usol dan memorandum bagi di bincangkjan dan di majukan pada persidangan tersebut. Presiden juga perlu menyediakan teks ucapan, yang akan di majukan kepada pihak atasan. Fact and figure adalah amat perlu bagi PPF pada tahun 2012 ini. Negeri Perak mempunyai 16 Buah Hospital dan 9 Pejabat Kesihatan Daerah. Juga PPF perlu pastikan semua 25 wakil PPF tersebut hadir dan membawa usol dari PPF setempat bagi di bincangkan pada persidangan tersebut. Ianya juga adalah berkaitan rapat dengan Pekeliling Bil 2 Tahun 1991 iaitu persediaan sebelum, semasa dan selepas mesyuarat.



Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 1991
Panduan Pengurusan Mesyuarat

Tujuan

Latarbelakang

Tanggungjawab Urusetia

Tindakan-tindakan Pra Mesyuarat

Timdakan-tindakan Semasa Mesyuarat

Tindakan-tindakan selepas Mesyuarat

Dll.

Jika ada kelapangan, semua PPF perlu mengikuti kursus ini di Intan. Ianya boleh di pohon secara on line. Dan selepas itu, barulah nasib dan masa depan PPF terbela.

Antara mesyuarat yang melibatkan PPF ialah

Mesyuarat JK Teknikal PPF bersama Ketua Profesyen.

Tetapi sehingga kini, ramai PPF masih belum menerima minit mesyuarat tersebut ataupun segala maklumat apa yang di bincangkan.

Maka itulah betapa pentingnya Urusetia setiap mesyuarat.

Biro Pendidikan PPF telah berusaha dan berkerja keras bagi membina tahap kefahaman dan tahap kesedaran di kalangan PPF dan konsep merubah sikap telah di laksanakan. Pada masa ini, segalanya berjalan dengan berkesan. Langkah seterusnya ialah mengatur strategi bagi mencapai kejayaan yang gemilang. Pada tahap ini, keberkesanan urusetia dan jawatankuasa kecil PPF dalam menjayakan segala perjalanan mesyuarat amatlah di harapkan. Dengan segala persiapan yang rapi oleh urusetia jk kecil PPF, segalanya kn Berjaya di majukan ke pada pihak atasan. Dan antara persoalan yang masih berjalan ialah :

PPF sangat mengharapkan sekiranya KKM / JPA memberi peluang-peluang dan memperbaiki kedudukan semua PPF dalam hal-hal seperti dibawah.

1. Memberi peluang PPF melanjutkan pelajaran ke Ijazah Farmasi di IPTA
2. Berdaftar dengan Lembaga Farmasi atau Akta Allied Health
3. Mengadakan kursus2 pos basik yang boleh dihadiri oleh semua PPF dari BIRO Farmaseutikal Kebangsaan, Hospital2, Kesihatan, Institusi2 dengan sekurang2nya 5 kursus pos basik di sediakan
4. Diploma di tukar ke Diploma Farmasi dari Diploma Pembantu Farmasi
5. Nama Skim yang lebih relevan dan versatile kepada kepakaran iaitu Teknologis Farmasi.
6. Uniform yang sesuai dan standard untuk bidang kefarmasian.
7. Bilik-bilik khas kepada semua Pegawai Kanan PPF.
8. Peruntukkan khas untuk persidangan tahunan di tiap negeri dan Kebangsaan.
9. Expanded dan Extended Role yang baru.
10.Penglibatan dalam Health System Research (HSR) dan pembentangan dalam konferens atau scientific meeting.
11.Organisasi PPF baru dengan pelantikan seorang ketua PPF U40 Kebangsaan dengan gelaran Ketua Pen.Pegawai Farmasi Kanan Malaysia dengan bantuan 2 PPF U38 (Timb.Ketua PPFK)yang menjaga bahagian Kesihatan Primer dan Hospital/Biro selain pos-pos yang diperlukan mengikut program-program di Bhg.Perkhidmatan Farmasi KKM,Petaling Jaya.
12.Pelantikan kordinator PPF yang juga U40 di tiap negeri dan diletakkan di pejabat TPKN(F) atau JKN untuk menguruskan hal-hal perkhidmatan PPF,kursus-kursus,pertukaran dan penempatan dll.
13.Mengujudkan pos-pos baru specialist dalam bidang masing-masing selepas kursus pos basik serta mereka benar-benar bertugas di bidang berkaitan. (sebagai contoh di kanada dan UK mereka mempunyai post "Pharmacy Technician Specialist in Community Pharmacy,Pre-operative Drug Mx, Supply Chain, cardiovascular Medications etc).
14.Melahirkan satu TEAM WORK yang positif diantara Pegawai Farmasi dan Pen.Pegawai Farmasi dalam suasana yang harmoni dan mesra.
15.Memberi peluang PPF terlibat sama dalam program-program kemasyarakatan.
16.Mengujudkan satu Jawatankuasa Pembangunan Perkhidmatan Farmasi yang di anggotai oleh Pegawai, PPF, Pemb.Tadbir Stor, Pen.Peg.Tadbir Stor, Atendan dan PRA. (memudahkan dalam projek kajian, inovasi, KMK, ISO,5's dll)
17.Mengujudkan satu post U36 di tiap daerah di Pejabat Kesihatan untuk tugas penyeliaan dan pemantauan PPF
18.Mengujudkan lebih banyak Kolej-Kolej Farmasi bagi menampung keperluan.
19.Menawarkan semula Post Tenaga Pengajar kepada mereka yang sedang berkhidmat untuk menampung keperluan di Kolej Farmasi serta penambahan kolej-kolej.
20.Menaikkan imej PPF dikalangan semua paramedik dengan meletakkan mereka dalam apa2 JK di Hospital dan Klinik supaya mereka tidak lagi di pandang rendah oleh lain-lain paramedik.

Segalanya perlulah di usahakan oleh urusetia jk kecil PPF. Ianya bermula dari idea yang bernas dan strategi yang jitu. Segalanya perlulah di majukan melalui jalan yang tepat dan komprenhensif kepada pihak yang berkaitan. Ianya bermula dengan memohon Bayaran Insentif Perkhidmatn Kritikal ( BIPK ). Dan pada tahun 2012 ini, PPF perlu beri satu sebab sahaja iaitu Jika PF dapat BIPK, maka PPF juga sepatutnya dapat BIPK. BIPK akan di semak setiap 5 tahun iaitu pada 2013.


DRAFF PERMOHONAN BAYARAN INSENTIF PERKHIDMATAN
KRITIKAL (BIPP) UNTUK PENOLONG PEGAWAI FARMASI
YANG BERTUGAS DI HOSPITAL DAN KLINIK KESIHATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


1. PENDAHULUAN :

Penolong Pegawai Farmasi adalah satu skim perkhidmatan kumpulan sokongan di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia. Ianya sama taraf seperti lain-lain paramedik dan diletakkan pada tangga gaji permulaan SSM U29 P1 T6

Profesion Farmasi di negara ini telah wujud sejak tahun 50’an lagi. Sejak itu, profesion ini telah berkembang dengan begitu pesat sekali sehinggalah ke hari ini. Pada satu ketika, profesion ini telah berkembang dengan begitu pesat sehinggakan bilangan Ahli-Ahli Farmasi yang diperlukan bagi menjalankan tugas-tugas di hospital-hospital kerajaan adalah tidak mencukupi. Langkah utama yang diambil ketika itu ialah untuk mengujudkan tenaga pembantu bagi mengatasi kekurangan Ahli Farmasi di hospital-hospital kerajaan. Oleh itu, Sekolah Latihan Penolong Pegawai Farmasi yang pertama telah diwujudkan pada tahun 1957 di Pulau Pinang dengan meminjam bangunan Sekolah Latihan Jururawat. Bilangan pelajar pada ketika itu ialah seramai 11 orang sahaja. dan pengajarnya adalah Pegawai Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Selepas itu Sekolah Latihan Penolong Pegawai Farmasi telah di bina di Petaling Jaya, Selangor.

Kini , setelah 55 tahun berlalu, Sekolah Latihan Penolong Pegawai Farmasi Petaling Jaya telah berpindah ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu ( KSKB ) Sungai Buloh, Selangor.

Perjawatan pada 1 Jan 2011 ialah terdapat sebanyak 3035 jawatan Penolong Pegawai Farmasi didalam Gred Jawatan U 40, U38, U36, U32 dan U29 dan pengisian jawatan hanyalah 86 % sahaja dan masih terdapat 14 % kekosongan.

Pada masa ini, tugas Penolong Pegawai Farmasi ialah :
Mengendalikan sumber perolehan bekalan drug dan iventori
Mengendalikan kaunter pesakit luar
Mengendalikan kaunter bekalan wad
Mengendalikan makmal persediaan.

Tugas tambahan Penolong Pegawai Farmasi :
Makmal TPN ( Total Parental Nutrition )
Makmal IV Admikstur
Makmal Sitotoksik
Makmal TDM ( Therapeutik Drug Monitoring )
Khidmat Nasihat Pendidikan Pesakit

Penolong Pegawai Farmasi juga bertugas di makmal-makmal di Biro Pengawalan Farmasiutikal Kebangsaan Petaling Jaya .

Mulai 1 Jun 2008, kerajaan telah bersetuju untuk menukar gelaran nama jawatan Pembantu Farmasi kepada Penolong Pegawai Farmasi .

Semasa SSB diperkenalkan pada 1992, Penolong Pegawai Farmasi telah diletakkan didalam kumpulan sokongan II . Tetapi Jururawat lebih bermasib baik kerana telah menerima Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK). Ini diikuti pula oleh Pembantu Perubatan pada 1 Januari 2008. Walaupun menyumbang khidmat yang sama di Kementerian Kesihatan Malaysia, warga Penolong Pegawai Farmasi masih belum menerima BIPK , walaupun ianya telah diperkenalkan sejak 15 tahun yang lalu.

2. LATAR BELAKANG MASAALAH :

Penolong Pegawai Farmasi merasakan diri mereka tercicir dalam pembayaran BIPK tersebut sedangkan Pegawai Farmasi dengan deskripsi tugas yang hampir sama, telah lama menikmati BIPK tersebut.


3. PERMOHONAN AHLI KESATUAN :

Ahli Kesatuan Kebangsaan Pembantu Farmasi Kerajaan Malaysia Barat memohon agar Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi di iktiraf sebagai Perkhidmatan Kritikal dan sekali gus layak mendapat Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) .

Ini adalah kerana Penolong Pegawai Farmasi juga telah menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan Negara dari segi kesihatan rakyat, walaupun masih belum menerima BIPK. Berbeza dengan Pegawai Farmasi, mereka telah lama menikmati BIPK tersebut. Ini menunjukkan terdapat kepincangan dari segi pembayaran tersebut kerana Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai Farmasi adalah bertugas di Jabatan yang sama.


4. ALASAN PERMOHONAN :

Penolong Pegawai Farmasi merasakan diri mereka adalah paramedik kelas kedua kerana bekerja dibawah satu bumbung iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia , dan dalam jabatan yang sama iaitu Jabatan Farmasi, tetapi kerajaan hanya membayar BIPK kepada Pegawai Farmasi sahaja.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan Mesyuarat Mengkaji Kurikulum Latihan Asas Penolong Pegawai Farmasi yang diadakan di Langkawi pada 6 – 11 September 1993, . Beberapa perubahan telah dibincangkan. Perubahan tersebut adalah dari segi Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Penolong Pegawai Farmasi.

Surat edaran Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM Ruj ( 63 ) dlm KKM-55(36) bertarikh 5 November 1993 di nyatakan dengan jelas Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Penolong Pegawai Farmasi dalam Kementerian Kesihatan.
Ini adalah selari dengan assimilasi Skim Perkhidmatan Pembantu Makmal Kimia Ubat ( PMKU ) ke dalam Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi, tugas PMKU di bidang pengeluaran ubat-ubatan dan kawalan mutu yang dahulunya
dilaksanakan oleh PMKU, kini di ambil alih oleh Penolong Pegawai Farmasi.

Lampiran A , menunjukkan dengan jelas Peranan, Tugas Dan Tanggungjawab Penolong Pegawai Farmasi di Hospital dan Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia sebagaimana pekeliling KKM bilangan ( Rujukan : Bil ( 63 ) dlm.KKM-55 ( 36 ) Bertarikh : 5 Nov. 1993 ) :

Lampiran B , juga menunjukkan dengan jelas senarai tugas dan tanggungjawab Penolong Pegawai Farmasi sebagaimana Senarai Tugas Generik Penolong Pegawai Farmasi di Hospital dan Klinik Kesihatan, sebagaimana pekeliling KKM bilangan (Ruj : KKM-55/BPF/301/002/01/Jld.2 ( 2 ) Bertarikh : 24 March 2009)

Lampiran C , menunjukkan dengan jelas, Penolong Pegawai Farmasi terlibat dalam semua aktiviti di jabatan farmasi , sebagaimana tercatat pada Norma Perjawatan Penolong Pegawai Farmasi.

Lampiran D , dengan jelas menunjukkan bahawa tugas Penolong Pegawai Farmasi memang mempunyai risiko kerana perlu bertugas di Unit Farmasi Onkologi. Berbeza dengan Pegawai Farmasi, kerana mereka telah menikmati BIPK. Semua Penolong Pegawai Farmasi adalah terlibat di dalam unit ini kerana program giliran tugas dijalankan terhadap semua Penolong Pegawai Farmasi.,

Lampiran E , menunjukkan senarai buku bahan rujukan bagi semua Penolong Pegawai Farmasi semasa menjalankan tugas seharian. Segala tugas Penolong Pegawai Farmasi adalah di pantau dan perlu mematuhi segala peraturan dan garis panduan yang telah di tetapkan. Pengetahuan yang mendalam serta kualiti kerja yang tinggi adalah diperlukan semasa menjalankan tugasan seharian.. Penolong Pegawai Farmasi juga perlu memahami serta melaksanakan segala peraturan tersebut dan ianya juga terkandung dalam silibus Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) Penolong Pegawai Farmasi.

Lampiran F, menunjukkan senarai perkhidmatan kritikal yang dikeluarkan oleh JPA. Amat jelas di lihat terdapat beberapa jawatan yang mempunyai perkaitan secara langsung, iaitu pembantu dan penolong pegawai, mereka semuanya layak mendapat BIPK. Tetapi bagi Penolong Pegawai Farmasi, hanya Pegawai Farmasi sahaja yang mendapat BIPK.

Lampiran G , menunjukkan kriteria perkhidmatan kritikal, Penolong Pegawai Farmasi Juga memenuhi kriteria tersebut. Apa yang boleh kami katakana ialah, Jabatan Farmasi KKM tidak akan berfungsi tampa penglibatan Penolong Pegawai Farmasi. Begitu juga semasa wabak H1N1, Penolong Pegawai Farmasi juga terlibat sama dalam menangani dan mengawalnya . Memang Penolong Pegawai Farmasi memenuhi semua kriteria tersebut seperti yang di di gariskan oleh JPA.


5. LAIN-LAIN ALASAN :

5.1 TIADA PERUBAHAN DALAM SKIM PENOLONG PEGAWAI FARMASI

Sejak dahulu lagi, Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi adalah terkebelakang dan tiada perubahan, berbanding dengan lain-lain paramedik . JPA sendiri telah gagal memastikan Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembangan Kerjaya Penolong Pegawai Farmasi,

Disertakan disini perubahan lain-lain skim perkhidmatan didalam KKM:

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1999 -Pindaan Skim-Skim Jururawat Pergigian U 8 dan Juruteknik Pergigian U8.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2003 Pindaan Skim Jururawat Masyarakat
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2003 Pindaan Skim Attandan
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2004 Pindaan Skim-Skim Pembantu Perubatan ,Jururawat Pergigian , Juruteknik Pergigian , Juruteknologi Makmal Perubatan dan Pegawai Sains.
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2005, Pindaan Skim Pembantu Pembedahan Pergigian.
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 tahun 2005 Pindaan Skim Pembantu Kesihatan Awam
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2005 Pindaan Skim Pengajar
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2005, Pindaan Skim Jururawat
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2005 Pindaan Skim Juru X ray
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2005 Pindaan Skim Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 27 Tahun 2005, Pindaan Skim Jururawat, Juru X ray, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran / Pegawai Kesihatan Persekitaran.
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2006 Pindaan Skim Jurupulih Perubatan
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2006 Pindaan Skim Pembantu Perubatan
Dll pekeliling sehingga 28 Dis 2011


Bagi Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi, walaupun ianya telah berubah dan maju kehadapan, tetapi ganjaran dari pihak kerajaan seperti BIPK masih belum diterima.


5.2 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MENGENDALIKAN BANYAK SKIM :

Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) mengendalikan melebihi 500 skim jawatan perkhidmatan awam kerajaan dan ada kemungkinan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi telah terlepas pandang semasa membuat kajian semula pembayaran BIPK iaitu setiap lima tahun sekali.

5.3 KEKOSONGAN JAWATAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI :

Perjawatan pada 30 Jun 2007 ialah 3035 jawatan Penolong Pegawai Farmasi didalam Gred Jawatan U 40, U38, U36, U32 dan U29 dan pengisian jawatan hanyalah 86 % dan masih terdapat 14 % kekosongan. Dari statistik diatas, dapat dilihat dengan amat jelas bahawa bilangan Penolong Pegawai Farmasi amat sedikit jika dibandingkan dengan jawatan lain-lain paramedik yang juga bersama-sama menjaga kesihatan rakyat.

Dengan bilangan jawatan sebanyak 3035 orang Pembantu Farmasi seluroh negara dan pengisian hanya 86 % beban tugas kami di hospital dan klinik kesihatan kerajaan seluruh negara adalah amat berat dan dengan pemberian elaun BIPK ini, ianya akan dapat meningkatkan motivasi Penolong Pegawai Farmasi.


Penolong Pegawai Farmasi merasakan diri mereka tidak dihargai di atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah diberikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan negara , motivasi kerja juga sukar ditingkatkan, ini berlaku apabila ada perjumpaan dengan lain-lain kumpulan paramedik, mereka berasa diri mereka dipencilkan.

5.4 PERUBAHAN TUGAS PENOLONG PEGAWAI FARMASI :

Pada Jun 2007, sebuah Universiti Awam ada mengeluarkan tawaran Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) dalam bidang-bidang farmasi seperti berikut
( Phd 38 Bidang dan Sarjana 17 Bidang ) :

Cardiopharmacology, Social Pharmacy, Pharmacy Education, Toxicology
( General & Target Organ Toxicology ), Pharmacy Practice, Radiopharmacy, Physiology, Pharmaceutics : Drug Delivery / Physical Pharmacy , Pharmacy Management, Pharmaceutical Biotechnology, Pharmacoinformatics, Pharmacognosy, Toxicogenomics, Pharmacogenomics, Evidence- Based Pharmacy Practices, Biocomputing, Pharmaceutical Bioprocessing, Neuropharmacology, Pharmaceutical Engineering, Neurotoxicology, Pharmacoeconomics, Forensic Pharmacy, Forensic Toxicology, Genetic Toxicology, Environmental Toxicology, Immunotoxicology, Pharmaceutical Chemistry: Drug Synthesis, Endocrine Pharmacology, Cancer Pharmacotherapeutics, Pathophysiology, Pharmaceutical Chemistry : Combinatorial Chemistry, Pharmaceutical Analysis, Cosmeceuticals, Nutraceuticals, Phytochemistry, Veterinary Pharmacy, Marine Biopharmaceuticals, Sport Pharmacy,

Ini menunjukkan dalam masa beberapa tahun akan datang ini, perkembangan yang amat pesat akan berlaku dalam bidang kefarmasian, dan semestinya bebanan tersebut akan di letakkan ke atas bahu Penolong Pegawai Farmasi.

5.5 HALA TUJU KERJAYA PPF PADA MASA HADAPAN :

Mengikut keperluan negara maju, nisbah Penolong Pegawai Farmasi dan penduduk ialah 1:5000 dan pada 2020 Malaysia memerlukan tambahan 3000 Penolong Pegawai Farmasi.

Kertas Puteh Pengurusan Sumber Manusia Farmasi USA pada 1996 menyatakan Pharnacy Technician will have agrowing role as the pharmacist depend on them to facilitate expansion of the profession’s scope of practice.

Memang Penolong Pegawai Farmasi akan membantu Pegawai Farmasi dalam bidang bidang yg lebih spesifik seperti teknik aseptic,Total Perenteral Nutrition, Cytotoxic Drug Reconstitution, CDR, dan lain-lain.


PENUTUP :

Ahli Kesatuan kami berasa sudah tiba masanya pihak kerajaan harus menimbang semula segala tugas dan tanggungjawab Penolong Pegawai Farmasi serta pengorbanan mereka selama 55 tahun ini, dan mengiktiraf jasa dan penat lelah mereka dengan memanjangkan pemberian BIPK ini kepada Penolong Pegawai Farmasi.

Penolong Pegawai Farmasi tentu akan berasa kecewa jika permohonan ini di tolak kerana lain-lain paramedik telahpun menikmati BIPK ini. Dan langkah pertama sebelum memajukan permohonan ini kepada JPA ialah memohon surat sokongan daripada Pengarah Kanan, Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM. Dan semestinya JPA akan membuka mata apabila BPF KKM sendiri menyokong usaha ini. Tetapi jika ianya tidak Berjaya, pastikan semua PPF bekerja mengikut norma perjawatan yang terkini, dan yang lain-lain hal serahkan je kepada PF KKM, kerana hanya PF sahaja yang layak mendapat BIPK.


LAMPIRAN : F


SENARAI PERKHIDMATAN KRITIKAL JPA ( 10 OKTOBER 2007 )

Arkitek
Arkitek Laut
Jururawat
Jurutera
Jurutera Laut
Juruterbang / Pemeriksa Juruterbang
Juruukur Bahan
Malim
Pegawai Ehwal Ekonomi (di MIDA dan MATRADE)
Pegawai Farmasi
Pegawai Laut
Pegawai Penyelidik
Pegawai Pergigian
Pegawai Perikanan (disiplin kejuruteraan)
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (disiplin kejuruteraan)
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (disiplin kejuruteraan)
Pegawai Pertanian (disiplin kejuruteraan)
Pegawai Perubatan
Pegawai Undang-Undang
Pembantu Pegawai Latihan Vokasional / Penolong Pegawai Latihan Vokasional / Pegawai Latihan Vokasional
Pemeriksa Kapal Terbang;
Pemeriksa Kilang dan Jentera;
Pengajar (disiplin kejururawatan);
Penjaga Jentera Letrik;
Penolong Jurutera Laut;
Penolong Pegawai Laut;
Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera;
Pensyarah Pergigian;
Pensyarah Perubatan;
Pensyarah UiTM (disiplin kejuruteraan, perundangan, kejururawatan, ukur bahan, seni bina dan farmasi) dan
Pensyarah Universiti (disiplin kejuruteraan, perundangan, kejururawatan, ukur bahan, seni bina dan farmasi)


LAMPIRAN : G


KRITERIA PERKHIDMATAN KRITIKAL ( JPA ) :



peranan dan sumbangan perkhimatan kea rah pe4rtumbuhan dan perkembangan ekonomi negara berdasarkan bidang-bidang yang telah di beri keutamaan di bawah rancangan-rancangan pembangunan negara.

kedudukan persaingan dalam pasaran buruh bagi tenaga anggota terlatih yang diperlukan, meliputi ke atas factor-faktor seperti kedudukan penawaran dan permintaan , kadar pusingan ganti dan kadar saran di pasaran bagi kategori tenaga kerja berkenaan.

Kelayakan dan kebolehan yang perlu ada pada perkhidmatan iaitu dari segi kelayakan dan latihan, pengalaman, kepakaran, kmahiran dan bakat; dan

Keadaan persekitaran tempat kerja yang dilihat dari segi kesan-kesan kepada kesihatan, pendedahan kepada risiko-risiko kemalangan dan system waktu kerja yang digunakan. DRAFF MEMOHON BIPK TAMAT :

Lampiran bagi permohonan BIPK ini ialah sehelai surat dari JPA kepada kesatuan PPF memaklumkan bahawa permohonan bagi BIPK ini adalah dalam pertimbangan JPA. Kini setelah 15 tahun menunggu, masih mendapat jawapan NO dari JPA.



PPF juga perlu menyokong dasar keraajan iaitu perkhidmatan awam yang kejat ( lean civil service ) Tiada perjawatan baharu di luluskan, tetapi pertukaran taraf jawatan adalah di benarkan. Tugasan urusetia bagi setiap mesyuarat PPF adalah amat penting.

Semua cadangan dan pendapat yang di utarakan di atas, Adalah di lihat dari sudut akademik / ilmiah dan seharusnya juga semua PPF melihat perkara di atas dari perspektif dan sudut yang sama juga agar ianya tidak menyimpang dari tujuan dan matlamat asal serta mempunyai natijah yang sama. PPF perlu meningkat IQ, EQ dan SQ . Selamat Maju Jaya PPF.

Tamat : 29 Feb 2012
Back to top
View user's profile Send private message
nori



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 120

PostPosted: Tue Jul 10, 2012 9:29 pm    Post subject: Reply with quote

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Selamat Bertugas kepada semua PPF.

Segala cadangan, persoalan, coretan, nukilan, permerhatian, saranan dan pandangan berikut, adalah di lihat dari sudut akademik / ilmiah dan semua PPF juga melihatnya dari sudut perspektif yang sama juga, agar ianya memberikan natijah yang sama, tampa terdapat perbezaan dari perpektif ergonomik .

Pendaftaran PPF hanyalah permulaan sahaja, lepas ni, segalanya akan di dokumenkan.


USOL AGM PPF TAHUN 2012 DI IPOH PERAK : 15 JULAI 2012

KESATUAN PPF PERLU MENYALURKAN SEGALA PERJUANGAN PPF SECARA BIJAKSANA, BERHEMAH, BERPRINSIP DAN BERTERUSAN KEPADA PIHAK YANG BERKAITAN, IAITU JK TEKNIKAL PPF, DAN DIRI PPF SENDIRI JUGA PERLU BERUBAH KE ARAH KEMAJUAN DAN KEMAKMURAN NEGARA.


LATAR BELAKANG SUARA PPF:

EXCO KEBANGSAAN KESATUAN PPF 2010 - 15 JULAI 2012

Presiden : Encik Rohin bin Daud
Naib Presiden : Encik Razalle bin Dollah
Setiausaha Agong : Encik Zamri bin Ariffin
Penolong Setiausaha : Pn Norhayati binti Mohamad
Bendahari : Tuan Haji Zulfakhar bin Abd Malek

Ahli Jawatankuasa :
Encik Bakeri bin Songep
Haji Mohamad Nor bin Haji Adam
Puan Maisom binti Hamat
Tn Hj Harun bin Hussin
YM Ku Ngah bin Ku Long

Juru Odit Dalam :
En Velayuzam a/l Muniandy
En Gunasegaran a/l Maruthammuthoo

Wakil Negeri Kesatuan PPF 2010 – 2012 :
Melaka : Pn Marzimah bt Ramli
Negeri Sembilan : Pn Ng Bee Wah
Johor : En Mohd Zaki bin Mutalib
Selangor : Tn Hj Jamhari bin Warmat
Perak : Pn Rosmah bt Mahmud
Pulau Pinang : Tn Hj Mohd Dali bin Mastan
Kedah : Tn Hj Rosli bin Napiah
Perlis : Tn Hj Rahmat bin Amin
Kelantan : En Abdul Rahim bin Abdullah
Terengganu : En Fauzi bin Omar
Pahang : En Zakaria bin Ahmad
Wilayah Persekutuan (Hospital) : Pn Sh Roshadah bt Sd Mustaffa Endruss
Wilayah Persekutuan (Kesihatan) : Pn Hjh Che Su bt Mohd Yusof
Biro : Pn Yam Chow Yit


SENARAI AHLI MAJLIS PERSATUAN PPF 2011 / 2013

Penasihat

YBhg.Tan Sri Prof Dzulkifli Abdul Razak
Mantan Naib Canselor
Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang

Yang Dipertua : Encik Ganesan A/L G.Narayanan
Naib Yang Dipertua : Puan Khamsiah bt Brahim
Setiausaha Kehormat : Haji Ab. Manan Kechik
Penolong Setiausaha Kehormat : En. Mohamad Nazri b Mohd Esa
Bendahari Kehormat : Haji Sulaiman Harun

Ahli-Ahli :
Puan Samidah Binti Rahmat
Puan Hjh. Rohana bt Musa
Puan Siti Hanisah bt Md.Said
En. Asrul Effendi Bin Jamaludin
En.Suhaimi b Esa

Juruaudit Persatuan PPF :
Puan Lau Swee Gim
Puan Hjh. Rahani bt Awang

Perjawatan PPF di KKM pada 31 Dis :
PF=7048, PPF = 3502 ( 2.7% kosong )

U40 mempunyai 12 jawatan
U38 mempunyai 37jawatan
U36 mempunyai 116 jawatan
U32 mempunyai 459 jawatan
U29/U32KUP mempunyai 2870 jawatan

Semua PPF yang telah di lantik ke jawatan tersebut di atas, adalah seorang pakar dalam bidang masing-masing dan berpengalaman luas. Dan terpulanglah kepada lain-lain PPF bagaimana jika ingin
memperkasakan profesyen PPF dan memartabatkan kerjaya PPF.

Objektif Kesatuan PPF :

To secure the complete organisation of all PPF employ in the KKM, Peninsular Malaysia and to promote the industrial, social, and intellectual interests of its member.

To regulate relations between employer, and employee, between member and member, and between members and other workers to endeavour to adjust any difference between them by amicable and conciliatory.

To promote the material, social, and educational welfare of the members in any laful manner hich a general meeting or Executive Council may deem expedient.

To undertake, if decided upon by general meeting, the editing, printing, publication and circulation of any journal, magazine, news sheet or other printed literature for the advancement of the objects of the Union or promotion of the interest of its members.


Tujuan Persatuan PPF ( Matlamat )

Untuk meningkatkan dan menjaga nama baik dan kepentingan profesyen PPF.

Untuk menggalak dan mengembangkan kemajuan tentang dispensing dan yang berkaitan dengan pendidikan farmasi serta memupuk hubungan profesesional dalaman di kalangan ahli-ahli.

Untuk memperbaiki kemahiran farmasi bagi kebajikan awam umumnya dengan menyebarkan maklumat tentang amalan mengenai medical dispensing technique dan subjek-subjek yang ada kaitan dengannya.

Untuk mempertahankan dan meninggikan taraf dan etika profesion ini.

Untuk bergabung dan bekerjasama dengan mana-mana organisasi yang boleh dianggap memerlukan oleh majlis untuk menyebarkan tujuan-tujuan persatuan ini.

Untuk menerangkan pandangan ahli-ahli dalam perkara-perkara yang menyentuh kepentingan bersama profesion ini.

JK Teknikal PPF :

Satu Jawatankuasa Teknikal PPF Malaysia telah ditubuhkan pada 16 November 2009? Jawatankuasa ini di pengerusikan oleh Timb.Pengarah Bhg.Pengurusan Perkhid.Farmasi KKM, Dr.Nour Hanah bt Othman dan dianggotai oleh 5 Pegawai Kanan BPF KKM (Lembaga Farmasi, Bhg.A&P,Biro, Kesihatan, Hosp.) dan 4 Exco Kesatuan, 3 Exco PPFM, 4 wakil PPF , 1 wakil Sabah dan 1 wakil Sarawak. Wakil PPFM ialah En.Ganesan G.Narayanan, Hjh.Khamsiah bt Brahim, Tn.Hj.Sulaiman b Harun dan wakil utk Kesatuan pula ialah En.Rohin Daud, En.Razalle Dollah, En.Zamri Arifin dan Tn.Hj.Mohd Noor b Adam. Wakil PPF ialah Puan Faridah Saidi(CPD-PTK), Hjh.Norhaini bt Othman(HKL), Puan Juriah bt Wakidi(Labuan), En.Talib b Tawil(Biro). Wakil Sarawak ialah En.James Yiek Hua Kuong dan wakil Sabah ialah En.Johnson Chin Nyat Min. Urusetia JK ini ialah Ketua Profesion En.Muhammad B Awang PPF U40 dan juga Tn Hj.Abd Ghani b Yusof, PPF U38 BPF KKM. Semoga dengan penubuhan JK ini, PPF akan lebih cemerlang dan maju kehadapan ! Jika ada sebarang masalah yang perlu di bangkitkan, sila hubungi nama-nama seperti yang tertera diatas dalam Jawatankuasa ini.

Tu belum masuk lagi pendaftaran PPF di bawah Akta Kesihatan Bersekutu, borang pendaftaran juga telah di isi, ketua profesyen juga telah di lantik, ketua profesyen peringkat negeri juga telah di lantik, tetapi perkembangan dan perjalanannya hanya mereka yang tahu.


Biro Pendidikan telah berusaha agar segalanya di munafaatkan oleh PPF dan Biro Multimedia pula perlu meneruskan usaha dalam menghubungkan semua PPF yang tersebut.


Segala cadangan, persoalan, coretan, nukilan, permerhatian, saranan dan pandangan diatas, adalah di lihat dari sudut akademik / ilmiah dan semua PPF juga harus melihat perkara yang sama dari sudut perspektif yang sama juga, agar ianya tidak memberikan natijah yang berbeza dari beberapa sudut dan ergonomic.



TAMAT



10 Julai 2012
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    www.ppfmy.com Forum Index -> Diskusi Ahli Forum All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 1

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum


Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group