www.ppfmy.com Forum Index www.ppfmy.com
Forum ini dibangunkan untuk memudahkan ahli-ahli PPFM berdiskusi dan mengadakan perbincangan sesama ahli
 
 FAQFAQ   SearchSearch   MemberlistMemberlist   UsergroupsUsergroups   RegisterRegister 
 ProfileProfile   Log in to check your private messagesLog in to check your private messages   Log inLog in 

NAK PENDAPAT KAWAN2 SEMUA

 
Post new topic   Reply to topic    www.ppfmy.com Forum Index -> Diskusi Ahli Forum
View previous topic :: View next topic  
Author Message
ZAHA



Joined: 16 Jul 2007
Posts: 11

PostPosted: Sun Mar 21, 2010 2:35 pm    Post subject: NAK PENDAPAT KAWAN2 SEMUA Reply with quote

Saya sekarang berada dalam dilema...tak reti nak buat keputusan.

Saya telah dinaikkan ke Gred U32KUP, dah ada surat dan gaji dah mula dibayar pada bulan ini (mac 10) bersama tunggakan. Kenaikan sebanyak RM117 sahaja.

Saya juga telah menerima surat tawaran jawatan baru dari SPA sbg Peg. Hidupan Liar G41 (Kem. Sumber Asli & Alam Sekitar). Temuduga pada 4.2.10 baru ni. Tarikh posting dan lokasi belum diterima dari pihak kem. tersebut. Kenaikan gaji tak banyak iaitu mata gaji terdekat saja yg ditawarkan. Kenaikan ketara cuma pada elaun EKA dan rumah. Tak banyak mana pun.

Dilema saya....kalau terima tawaran jawatan baru tersebut mungkin terpaksa berhijrah/keluar dari kelantan. Saya dah servis selama 18 tahun di hospital sekarang dan tak pernah bertukar ke mana2 hospital lain. Kt hospital ni jugaklah saya training dulu. Sayang sgt rasanya nak meninggalkan hospital ni.

APA PENDAPAT KAWAN2 SEMUA. BANTU SAYA UTK BUAT KEPUTUSAN YG TEPAT DAN TAK MENYESAL DEPAN HARI. TERIMAKASIH.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail
ppfkkp



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 26

PostPosted: Sat Jul 31, 2010 11:44 am    Post subject: Reply with quote

Selagi Kita Berusaha
Kita Akan Berjaya
Cuma Masa Dan Keadaan Je Yang Menentukan
Semua Kumpulan Pengurusan Dan Profesional
Telah Ada Halatuju Yang Jelas
Iaitu Perkembangan Kerjaya Baru
Di KKM Dr, Dr Gigi Dan PF Telah Membuktikan
Kerja 15 Tahun, Boleh Jawat Gred 54
PPF Kerja 15 Tahun, Baru U32
Semua PPF Perlu Rangka Hala Tuju
Peningkatan Mutu Perkhidmatan
Dan Perkembangan Kerjaya
Jika Tiada Halatuju, Tentu Tak Kan Maju
Back to top
View user's profile Send private message
nori



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 120

PostPosted: Sun Jan 23, 2011 11:56 am    Post subject: Reply with quote

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011


WAWASAN 2020

MENJELANG tahun 2020, Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang bersatu padu, masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjang oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah masyarakat yang demokratis, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya, progresif dan makmur, dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai daya ketahanan.

PPF pun akan terus berkhidmat untuk negara pada 2020. Lagi 9 tahun je.
Back to top
View user's profile Send private message
nori



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 120

PostPosted: Wed May 04, 2011 1:41 pm    Post subject: Reply with quote

PERSEDIAAN PPF MENGHARUNGI KEHIDUPAN SEHARIAN :

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Selamat bertugas kepada semua PPF.

Antara Biro PPF yan masih ada ialah :
Biro Pendidikan
Biro Multi Media
Biro Keahlian
Biro Kebajikan dan Sosial
Biro Kewangan

Tetapi, betapa sukarnya perjalanan dan perlaksanannya, hanya PPF tertentu sahaja yang tahu.

Tetapi di KKM, setiap persoalan perlu ada 3 JK, iaitu :

JK Pemandu
JK Pelaksanan
JK Teknikal

Jika PPF berjaya mengharungi kesemuanya, barulah kejayaan akan datang menjelma.

Kepada semua PPF Malaysia,

Sudah sampai masanya untuk kita mengatur langkah untuk melonjak ke satu paradigma baru dalam pembangunan profesion Penolong Pegawai Farmasi yang kita sayangi.

Perjuangan yang retorik oleh organisasi mewakili profesion ini sudah dimakan zaman. Tidak lagi sesuai untuk zaman sekarang yang penuh dengan teknologi tinggi dan tahap penyampaian kesihatan yang dinamik, sentiasa bergerak pantas dan desakan yang tinggi terhadap kualiti. Kita masih lagi dengan usaha-usaha lama dengan permohonan untuk kelulusan uniform, elaun-elaun, dan mengekori semua apa yang diperolehi oleh lain-lain paramedik anak emas kementerian.

Kita harus bersedia untuk berubah (ready for change). Ujudkan satu identiti baru yang kukuh dengan menjadikan profesion ini satu aset yang penting kepada perkhidmatan farmasi dan kementerian. Jangan sekali-kali hanya mengharapkan nasib dari usaha lain-lain paramedik sahaja. Bagaimana?
Inilah pertanyaan yang akan timbul dari kita semua...

Masalah kita yang paling besar ialah sokongan dari bahagian perkhidmatan farmasi sendiri. Sekiranya kita mendapat sokongan baik, profesion ini boleh meneruskan satu agenda baru dan 'transform' kepada tahap baru dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan bidang farmasi.

Wahai PPF sekelian, untuk meletakkan kita dalam peta seangkatan dengan lain-lain paramedik dan mengelakkan dari profesion ini pupus satu hari kelak dengan pembanjiran pegawai-pegawai farmasi di segenap sudut institusi kesihatan, semua PPF harus bersedia untuk belajar dan belajar. Tanamkan ilmu dalam aspek farmakologi, klinikal, QAP, inovasi, libatkan diri dalam pembangunan, sentiasa berfikiran positif, berkhidmat dengan kualiti dan yang paling penting melibatkan diri dalam kajian atau jalankan satu kajian dalam kumpulan setiap 1 atau 2 tahun sekali.

Dengan penglibatan dalam Health System Research, akan menaikkan martabat profesion ini ke tahap baru dalam sistem perkhidmatan kementerian kesihatan dan barulah profesion ini akan dipandang tinggi oleh ketua-ketua perkhidmatan di setiap PTJ. Buat masa sekarang kebanyakan aktiviti Inovasi, QAP, KMK dan lain-lain dijalankan oleh Jururawat, PPKP PPP, Jurupulih Anggota dll. Memang ada juga PPF yang jalankan aktiviti ini tetapi sangat sedikit.

Selain ini saya berpendapat satu perubahan besar perlu di lakukan kepada keseluruhan organisasi perkhidmatan farmasi untuk profesion kita dengan mengujudkan dua jawatan sokongan baru iaitu Pembantu Farmasi U3 (sama taraf seperti PPK U3) yang mana adalah sama dengan negara Ireland yang mempunyai Pharmacy Aides. Tugas mereka adalah seperti PPK dalam unit farmasi tetapi dengan kursus khas berkhaitan ubat yang basik sahaja selama 6 bulan.

Satu lagi jawatan yang perlu di ujudkan ialah Pharmacy Technologist U41 (Teknologis Farmasi) yang berkelulusan Ijazah teknologis Farmasi atau Ijazah Sains farmaseutikal(sama seperti di USA).
Dengan ini profesion kita tidak perlu di jadikan kumpulan bersepadu. Yang mempunyai diploma menjadi PPF, Ijazah menjadi Teknologis Farmasi, dan yang ada degree in Pharmacy menjadi Pharmacist.

Kewujudan Teknologis Farmasi yang memiliki kepakaran teknikal (TPN, CDR, TDM, Logistik Management) boleh meningkatkan kualiti perkhidmatan Jabatan Farmasi kerana para Pegawai Farmasi dapat menumpukan perhatian penuh kepada tugas klinikalkepada pesakit dan berganding bahu dengan doktor untuk membantu pesakit-pesakit dalam rawatan harian.

Ia terpulang kepada nama yang hendak diberikan untuk Teknologis Farmasi U41 samada Pegawai Teknikal Farmasi U41 atau Teknologis Farmasi U41. Dalam tahap ini sebagai sokongan kita kepada para Pegawai Farmasi, profesion mereka juga harus di naikkan kepada UF41 (sebagaimana para doktor naik kepada UD41) dan gred mula gaji juga harus dinaikkan supaya jawatan gred profesional mereka terpelihara juga. Mereka juga harus di naikkan taraf kepada "Clinical Specialist Pharmacist" dalam bidang-bidang yang berkaitan samada Onkologi Specialist, Cardiology Specialist dan sebagainya. (seperti di UK)

Dengan erti kata lain perkhidmatan farmasi akan mempunyai 4 jawatan utama iaitu Pegawai Farmasi UF41-Jusa A, Teknologis Farmasi U41-U54, Pen.Pegawai Farmasi U29-U40, Pembantu Farmasi U3-U14.

Sebagai expanded role untuk PPF, tugas-tugas di stor harus di berikan kepada kita dalam hal-hal perolehan ubat-ubatan dan Pen.Pegawai Tadbir (Stor) serta Pem.Tadbir hanya mengendalikan Non-Drug sahaja. Ketua unit di pejabat stor harus di serahkan kepada Teknologis Farmasi U41 yang mahir dalam hal-hal logistik kerana dalam ijazah mereka subjek logistik management adalah salah satu subjek penting. (lesen pemborong boleh di berikan kepada Ketua di unit stor ini atau sebaliknya mengikut undang-undang.

Dengan kaedah ini skop perkhidmatan Pen.Pegawai Farmasi boleh di kembangkan dan di hargai serta di hormati oleh semua pihak. Secara tak langsung ini juga akan menaikkan moral semua PPF amnya kerana peluang untuk naik ke gred U41 akan terbuka luas melalui pembelajaran ke Ijazah Sains Farmaseutikal dan Ijazah Teknologis Farmasi. (kursus ini ada di jalankan di UK dan USA).

* Artikel ini hanyalah satu nukilan serta sambungan "mimpi indah" yang direka oleh saya untuk tatapan semua semoga mendapat petunjuk yang positif untuk masa depan kita bersama. Sekian.

Ganesan G.Narayanan Klinik Kesihatan Taiping

Segala usul dan cadangan juga perlukan 3 JK tersebut, iaitu Pemandu, Pelaksanan dan Teknikal.

Usol yang sudah lama di hadapi PPF.

CADANGAN TUNGGAKAN GAJI DIPLOMA
PEMBANTU FARMASI MULAI 5 NOVEMBER 1993

Kertas kerja ini hanya mempunyai tiga lampiran sahaja iaitu :-

- Keputusan Tribunal Perkhidmatan Awam

- Surat KKM bertarikh 5 November 1993, Bahagian Perkhidmatan Farmasi bil ( 63 ) dlm. KKM-55 ( 36 ) menyatakan tentang Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Pembantu Farmasi Dalam Kementerian Kesihatan Malaysia.

- Senarai Tugas Generik PPF

1. PENDAHULUAN :

Pembantu Farmasi adalah satu skim perkhidmatan kumpulan sokongan di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia. Ianya sama taraf seperti lain-lain paramedic dan diletakkan pada tangga gaji permulaan U29.

Profesion Farmasi di negara ini telah wujud sejak tahun 50’an lagi. Sejak itu, profesion ini telah berkembang dengan begitu pesat sekali sehinggalah ke hari ini. Pada satu ketika, profesion ini telah berkembang dengan begitu pesat sehinggakan bilangan Ahli-Ahli Farmasi yang diperlukan bagi menjalankan tugas-tugas di hospital-hospital kerajaan adalah tidak mencukupi. Langkah utama yang diambil ketika itu ialah untuk mengujudkan tenaga pembantu bagi mengatasi kekurangan Ahli Farmasi di hospital-hospital kerajaan. Oleh itu, Sekolah Latihan Pembantu Farmasi yang pertama telah diwujudkan pada tahun 1957 di Pulau Pinang dan meminjam bangunan Sekolah Latihan Jururawat. Bilangan pelajar pada ketika itu ialah seramai 11 orang sahaja. dan pengajarnya adalah Pegawai Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Selepas itu Sekolah Latihan Pembantu Farmasi telah di bina di Petaling Jaya, Selangor.

Kini , setelah 51 tahun berlalu, Sekolah Latihan Pembantu Farmasi Petaling Jaya telah berpindah ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu ( KSKB ) Sungai Buloh, Selangor.

Perjawatan pada 30 Jun 2007 ialah terdapat sebanyak 3035 jawatan Pembantu Farmasi didalam Gred Jawatan U 40, U38, U36, U32 dan U29 dan pengisian jawatan hanyalah 86 % sahaja dan masih terdapat 14 % kekosongan.

Pada masa ini, tugas Pembantu Farmasi ialah :

Mengendalikan sumber perolehan bekalan drug dan iventori
Mengendalikan kaunter pesakit luar
Mengendalikan kaunter bekalan wad
Mengendalikan makmal persediaan.

Tugas tambahan Pembantu Farmasi :

Makmal TPN ( Total Parental Nutrition )
Makmal IV Admikstur
Makmal Sitotoksik
Makmal TDM ( Therapeutik Drug Monitoring )
Khidmat Nasihat Pendidikan Pesakit

Pembantu Farmasi juga bertugas di makmal-makmal di Biro Pengawalan Farmasiutikal Kebangsaan Petaling Jaya .

Mulai 1 Jun 2008, kerajaan telah bersetuju untuk menukar gelaran nama jawatan Pembantu Farmasi kepada Penolong Pegawai Farmasi .

2. LATAR BELAKANG MASAALAH :

Setelah SSB diperkenalkan pada 1992, Pembantu Farmasi telah diletakkan didalam kumpulan sokongan II iaitu gaji permulaan U29 P1T1 . Lain-lain paramedic yang mempunyai kelayakan diploma diletakkan pada matagaji U29 P1T6

Tetapi pada 5 November 1993, Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah mengeluarkan satu surat bil ( 63 ) dlm. KKM-55 ( 36 ) menyatakan tentang Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Pembantu Farmasi Dalam Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) telah mengiktiraf Diploma Farmasi KKM adalah setaraf dengan Diploma bagi tujuan perlantikan dalam Perkhidmatan Awam melalui surat bil. JPA ( L )S.130 / 1 Jld.2 ( 63 ) bertarikh 28 Ogos 1998

Program Diploma Pembantu Farmasi di KKM bermula Julai 2000 sebagaimana surat bahagian Latihan KKM bil ( 112 ) dlm.KKM-74 / INF / 91 Jld.2 bertarikh 23 Jun 2000

Skim Perkhidmatan Pembantu Farmasi telah dipinda mulai I Julai 2000 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2001 bertarikh 20 Disember 2001.

3. PERMOHONAN PPF :
Kesatuan / Persatuan Pembantu Farmasi Malaysia memohon agar Skim Diploma tersebut berkuatkuasa mulai 5 November 1993 sebagaimana perubahan Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Pembantu Farmasi dalam Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ini adalah kerana terdapat Ahli kesatuan / Persatuan iaitu batch latihan no 28 yang merasakan diri mereka terinaya kerana mereka tidak mendapat gaji diploma sedangkan mereka telah menamatkan latihan selama 3 tahun seperti yang diperlukan. Berbeza dengan lain-lain paramedic, mereka terus ke gaji diploma iaitu U29 P1T6.

4. LATARBELAKANG MASAALAH :
Pembantu Farmasi latihan batch no 28 telah mengisi borang permohonan latihan separa perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1996 dan menghadiri temuduga pada tahun yang sama. Pada tahun 1997 mereka ditawarkan tempat latihan di Sekolah Latihan Pembantu Farmasi Petaling Jaya dan mula melapor diri pada 1 Julai 1997. Setelah menamatkan latihan selama 3 tahun dan lulus semua peperiksaan, mereka telah mula ditawarkan berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1991. tetapi apabila SSB diumumkan, pada tahun 1992 gaji mereka hanyalah pada matagaji U29 P1T1, sedangkan lain-lain paramedik di KKM terus ke mata gaji P1T6.

Masaalah yang sama juga timbul kepada Pembantu Farmasi Kanan sebelum SSB iaitu telah diletakkan ke Gred U29, tetapi masalah ini telah selesai apabila dirujuk kepada pihak Tribunal Perkhidmatan Awam

Tetapi pada 5 November 1993, Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah mengeluarkan satu surat bil ( 63 ) dlm. KKM-55 ( 36 ) menyatakan tentang Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Pembantu Farmasi Dalam Kementerian Kesihatan Malaysia. Dalam surat tersebut amat jelas dimaklumkan bahawa Jawatan Pembantu Makmal Kimia Ubat telah di assimilasikan dan tugasnya diambil alih oleh Pembantu Farmasi.

5. ALASAN PERMOHONAN :

Pembantu Farmasi yang terlibat merasakan diri mereka adalah paramedik kelas kedua kerana bekerja dibawah satu bumbung iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia , menjalani latihan yang sama iaitu tiga tahun, lulus semua peperiksaan tetapi apabila bertugas hanya diberi gaji sijil sahaja. Jururawat, Pembantu Perubatan, Juruteknologi Makmal Perubatan, Inspektor Kesihatan, Juru X Ray semuanya diberikan taraf Diploma pada masa itu.

Ditambah lagi pada awal 2008 ni, banyak paramedik di berikan Skim Bersepadu dan semua mereka mendapat dua kenaikan mata gaji. Pembantu Farmasi terus menjadi paramedik kelas kedua.


6. LAIN-LAIN ALASAN :


6.1 PENGAJAR SEKOLAH LATIHAN ADALAH PEMEGANG IJAZAH:

Semua Pembantu Farmasi di Sekolah Latihan Pembantu Farmasi Petaling Jaya adalah di ajar oleh, Pegawai Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia, berbeza dengan lain-lain paramedik yang mana pengajar mereka bukanlah pemegang ijazah dalam bidang mereka.

6.2 TIADA PERUBAHAN DALAM SKIM PEMBANTU FARMASI

Sejak dahulu lagi, Skim Perkhidmatan Pembantu Farmasi adalah terkebelakang dan tiada perubahan, berbanding dengan lain-lain paramedik KKM sendiri telah gagal memastikan Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembangan Kerjaya Pembantu Farmasi, walaupun ada Jawatankuasa Teknikal bagi setiap katogeri.

Disertakan disini perubahan lain-lain skim perkhidmatan didalam KKM:

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1999 -Pindaan Skim-Skim Jururawat Pergigian U 8 dan Juruteknik Pergigian U8.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2003 Pindaan Skim Jururawat Masyarakat

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2003 Pindaan Skim Attandan

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2004 Pindaan Skim-Skim Pembantu Perubatan ,Jururawat Pergigian , Juruteknik Pergigian , Juruteknologi Makmal Perubatan dan Pegawai Sains.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2005, Pindaan Skim Pembantu Pembedahan Pergigian.
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 tahun 2005 Pindaan Skim Pembantu Kesihatan Awam

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2005 Pindaan Skim Pengajar

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2005, Pindaan Skim Jururawat

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2005 Pindaan Skim
Juru X ray

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2005 Pindaan Skim Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 27 Tahun 2005, Pindaan Skim Jururawat, Juru X ray, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran / Pegawai Kesihatan Persekitaran.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2006 Pindaan Skim Jurupulih Perubatan

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2006 Pindaan Skim Pembantu Perubatan

6.3 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MENGENDALIKAN BANYAK SKIM

Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) mengendalikan melebihi 500 skim jawatan perkhidmatan awam kerajaan dan ada kemungkinan Skim Perkhidmatan Pembantu Farmasi telah terlepas pandang.


6.4 SEKOLAH LATIHAN PEMBANTU FARMASI KKM

Sekolah Latihan Pembantu Farmasi KKM Petaling Jaya pada masa dahulu adalah di bawah pengurusan Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM dan mereka memang tiada kemahiran tentang latihan dan ianya amat berbeza dengan lain-lain paramedik yang mana mereka di letakkan di bawah Bahagian Latihan KKM.

Mesyuarat Mengkaji Kurikulum Latihan Asas Pembantu Farmasi yang diadakan di Langkawi pada 6 – 11 September 1993, adalah mesyuarat yang julong kali di adakan dan hasilnya ialah keperluan perubahan yang terkini perlu dilakukan mengikut kehendak semasa, tetapi perubahan yang hendak dilakukan perlulah setimpal dengan ganjaran yanag akan diterima oleh semua Pembantu Farmasi.

Perubahan tersebut adalah dari segi Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Pembantu Farmasi.

Semasa Mesyuarat Pengarah Perkhidmatan Farmasi dengan Pengarah Makmal Ubat dan Stor / Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan Pegawai-pegawai farmasi Negeri Bil. 1/93 pada 21 – 22 Oktober 1993, perkara ini telah di bincangkan dan di persetujui.

Surat edaran Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM Ruj ( 63 ) dlm KKM-55(36) bertarikh 5 November 1993 di nyatakan dengan jelas Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Pembantu Farmasi dalam Kementerian Kesihatan.


6.5 KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU FARMASI :

Perjawatan pada 30 Jun 2007 ialah 3035 jawatan Pembantu Farmasi didalam Gred Jawatan U 40, U38, U36, U32 dan U29 dan pengisian jawatan hanyalah
86 % dan masih terdapat 14 % kekosongan. Dari statistik diatas, dapat dilihat dengan amat jelas bahawa bilangan Pembantu Farmasi amat sedikit jika dibandingkan dengan jawatan lain-lain paramedik.

Dengan bilangan jawatan sebanyak 3035 orang Pembantu Farmasi seluroh negara dan pengisian hanya 86 % beban tugas kami di hospital dan klinik kesihatan kerajaan adalah amat berat dan dengan pemberian taraf diploma ini di kebelakangkan, bebanan tersebut dapat dikurangkan.

6.6 KEPUTUSAN TRIBUNAL PERKHIDMATAN AWAM :

Keputusan Tribunal Perkhidmatan Awam amat jelas menyatakan Pembantu Farmasi Sebelum SSB dan selepas SSB adalah sama sahaja, maka wajarlah semua Pembantu Farmasi di bayar gaji diploma selepas SSB iaitu sama seperti lain-lain paramedik.

PENUTUP :

Kesatuan / Persatuan kami berasa kecewa kerana lain-lain paramedik mempunyai syarat kemasukan yang sama iaitu lulus SPM dan tiga kepujian , bekerja dalam organisasi yang sama , menjalani latihan yang sama iaitu selama tiga tahun, mendapat biasiswa yang sama semasa menjalani latihan, tetapi apabila bertugas di KKM, Pembantu Farmasi hanya di berikan gaji bertaraf sijil sahaja sedangkan lain-lain paramedik bertaraf Diploma.

Pembantu Farmasi merasakan diri mereka tidak dihargai di atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah diberikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, motivasi kerja juga sukar ditingkatkan, ini berlaku apabila ada perjumpaan dengan lain-lain kumpulan paramedik, mereka berasa diri mereka dipencilkan.

Pada 5 November 1993, kerajaan telah mengeluarkan satu senarai tugas yang baru bagi semua Pembantu Farmasi.Ini adalah selaras dengan assilimilasi skim Pembantu Makmal Kimia Ubat ( PMKU ) ke dalam skim Pembantu Farmasi.
Sehubungan dengan itu, persatuan kami berasa, gaji bertaraf Diploma sepatutnya di bayar mulai tarikh surat itu.

Perbicaraan kes Pambantu Farmasi Kanan di Mahkamah Tribunal Perkhidmatan Awam, juga telah memihak kepada kami.


Sekian.

31.12.2010

Kepada semua PPF yang mempunyai kemahiran dan kelayakan, sila up date kan kertas kerja ini dan majukan kepada YAB PM melalui saluran tertentu. ( boleh di copy and paste .) Sebab ianya masih belum pernah di bawa ke pengetahuan pihak atasan. Beza gaji PPF dan lain-lain paramedic pada masa itu ialah RM 220 sebulan. PPF jangan berfikiran negative iaitu, ianya tidak akan berjaya. Biar YAB PM yang buat kepurusan, selaku Menteri Kewangan.

Pada waktu lalu pun banyak gov staff membawa berbagai isu melalui Tribunal JPA. Ada yang berjaya dan ada yang gagal. Apa salahnya PPF juga mencuba nasib, dan belajar dari kesilapan masa lalu agar ianya tidak akan berlaku pada masa akan datang.

AGM persatuan PPF pada Jun 2011, masih ada masa lagi dan AGM kesatuan pada Julai. Selepas Julai, semua PPF perlu lupakan isu ini.

Kerajan pernah meluluskan tunggakan elaun pingat gagah berani, tunggakan elaun johan tilawah antarabangsa, dll. Dan mungkin juga tunggakan gaji PPF juga berjaya.

Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal.

Tamat : 4 Mei 2011
Back to top
View user's profile Send private message
nori



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 120

PostPosted: Wed Jun 08, 2011 10:30 pm    Post subject: Reply with quote

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Selamat bertugas kepada semua PPF

Nak pendapat kawan semua :

Sepatutnya setelah tamatnya kursus penyediaan dan pembentangan
Hasil kajian PPF tempoh hari, segala kesulitan dapat di atasi. Tetapi
Apa yang berlaku ialah kesukaran bertambah rumit, keserabutan
Bertambah liku dan jurang PPF dan rakyat bertambah jarak kerana
Setiap saat, pasti akan ada warganegara Malaysia yang di lahirkan.

Perkataan research itu sendiri telah menjelmakan berbagai persoalan
Sehinggakan PPF yang benar-benar ingin hadirpun, telah menguzurkan
Diri . Apa pun sebagai PPF alaf baru, dispensary perlu di lihat setiap
Hari agar pada hujung bulan akan ada gaji dan seterusnya menjalankan
Juga segala tugas tersebut tampa sempat memandang jauh ke hadapan.

Penyelesaian yang terbesar di capai pada hari tersebut ialah memastikan
Segala persoalan berkaitan research dapat di atasi dan memastikan ianya
Tidak berulang.

Jika PPF masih berminat untuk menyelesaikannya, disertakan jalannya,
Ianya mudah, ringan, tepat, konsisten, berketerampilan, boleh dipercayai,
Senang dipercayai, ringkas, efektif, kos yang berpatutan, penerimaan yang Berterusan, dll sifat-sifat positif dan juga berjaya menjauhkan sifat-sifat Negatif.

Cara penyelesaiannya ialah memecahkan research tersebut kepada
Beberapa komponen kecil. Dan hasilnya ialah R, E, S, E, A, R, C, H.
Kan mudah je.

Seterusnya perkataan research tidak akan di sebut selama-lamanya.
PPF alaf baru hanya menyebut SEARCH. Ianya lebih mudah, ringkat
Serta pernah ada beberapa album platinum dll.

SEARCH kali ini adalah, SEARCH versi antarabangsa dan bukan
Nya versi Malaysia, sebagaimana yang PPF fikirkan. Apabila perkataan
Antarabangsa di genggam kemas, pastinya ibu pejabatnya ialah di
Geneva. Tetapi perkataaan SEARCH ni ada kembarnya , dan kembar
Nya ialah RESCUE. Maka terjadilah perkataan SEARCH AND RESCUE
Apabila kedua-dua kembar ni bergabung. Dan nama ringkasnya ialah SAR. Macam NAVY SEAL USA, memang orang lain tak
boleh guna nama ni.

Tetapi apakah kemudahan SAR ni, tentulah banyak kerana selaras
Dengan beban tugas dan kesetian PPF dengan Dispensary.
Bagi SAR lain, mereka akan dapat elaun wing penerbangan RM 850 sebulan, Elaun komando RM 600 sebulan, elaun bahan letupan, elaun absailing, Elaun air tawar, elaun air masin dll, dan setiap satu elaun tersebut, min Adalah RM 400 sebulan, maka sebab itulah seorang Mejar SAR, berusia 31 tahun, dan masih bujang, bergaji bulanan RM7500 sebulan.

PPF pun akan dapat gaji macam tu jika kerja selama 40 tahun mengikut
Skim semasa dan mungkin 30 tahun jika mengikut laluan kerjaya baru yang Akan di SEARCH nanti. Rescue PPF akan belajar pada lain masa kerana Pada ini kita tumpukan kepada SEARCH.

Apabila SEARCH nak di mulakan, maka perlu kenal, siapa yang nak di SEARCH. Bagi lain-lain SAR tugasan mereka ialah mencari dan menyelamat dan bagi PPF tugas kita ialah mencari diri PPF. PPF perlu pergi mencari diri sendiri Yang telah lama hilang dan tidak dapat di kesan. Masaalah yang paling besar Ialah PPF sendiri pun tidak kenal kelebihan dan kekurangan diri PPF sendiri.

Jalan mudahnya ialah, semua PPF perlu belajar International Humanaterian Law (IHL). Kalau di Geneva tu, budak-budak baru grad je dah ada IHL. Tapi di Malaysia, dah dekat nak bersara pun masih tiada IHL.
IHL ni ialah Undang-Undang Kemanusian Antarabangsa.
Maksudnya mereka tahu apakah undang-undang yang melibatkan manusia. Juga apakah hak-hak mereka sebagai manusia.
Seterusnya mereka mengamalkan, mempromosikan, dan menguatkuasakan. Dan akhirnya tidak akan ada manusia yang akan menindas mereka Sebab mereka ada IHL.

Juga dengan adanya IHL ini, keamanan akan tercapai dan semua manusia
Mengikut peraturan yang sama, contohnya kena bayar gaji bila bekerja,
Kena bagi rehat 10 minit setiap 2 jam kerja secara terus menerus.
Dan kerana ini jugalah Penolong Pengawal Trafik Kawalan Udara
Mendapat elaun kritikal di Malaysia.

Bagi diri PPF, berbagai kemuskilan timbul kerana segalanya nampak
Macam tak ada harga diri sebab belum SEARCH lagi.
Belum SEARCH pun, dah timbul berbagai-bagai, ragam
Masa SEARCH pun timbul lagi beberapa topik,
Dan selepas itu timbul masalah lain,
Iaitu tak jumpa objek semasa SEARCH.
Walaupun dah bermula Sejak 1957.

Tetapi jika PPF terus dengan IHL, kenal diri, kelebihan diri, kekurangan diri Tentu SEARCH akan berjaya.

Bila dah berjaya SEARCH, baru boleh pergi ke RESCUE.
Bab ini mudah sikit, sebab PPF DAH ada semua ubat di farmasi
Kecuali yang satu tu sahaja.
Dan hasilnya juga mudah di perolehi sebab ramai PPF nak
RESCUE tetapi tak mahu SEARCH.

Dan konsep utama semasa SEARCH AND RESCUE ialah
Pastikan anda boleh pulang esoknya.
Jika PPF berjaya dalam SAR tetapi tidak pulang
Ini adalah tidak elok
Dua sebab mengapa PPF SAR tidak pulang
Pertama ialah sesat
Kedua masih sedang search, walaupun dah mula sejak 1957.


Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat
Dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat
Dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal.


Tamat : 8 Jun 2011
Back to top
View user's profile Send private message
nori



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 120

PostPosted: Mon Jul 18, 2011 7:29 pm    Post subject: Reply with quote

SELAMAT BERTUGAS KEPADA SEMUA PPF :

Pastinya semua rakyat di negara ini telah mendapat khidmat PPF samaada secara langsung dan tidak langsung. Bila mengandung ambil ante natal, bila kanak-kanak, kena cucuk dapat syr pcm, bila kena DM dan HPT lagi le kerap dapatkan bantuan PPF, samaada KKM ataupun lain-lain. Teruskan khidmat murni anda, sehinggalah anda bersara, lepastu ambil sahaja pencen yang telah di sediakan oleh JPA. Dan lima tahun sekali, pastikan anda mengundi, dan PRU 13 dah semakin hampir.

Apapun search dan research PPF amat perlu, sebab ianya berkait rapat dengan kemajuan dan kemunduran PPF.

Pertamanya ialah BIPK bagi lain paramedik telah lama berlalu, sebagai PPF alaf baru hanya perlu memohon BIPK sahaja sebab pihak atasan akan melayannya jika hanya mohon satu perkara sahaja. Jika mohon banyak perkara, perkara lain sahaja yang akan di berikan, sedangkan BIPK hanya tinggal kenangan. Tetapi perlu bersatu dahulu dalam persatuan dan kesatuan.

Antara tugas utama dan sampingan Biro Pendidikan PPF ialah :

Mengembeling tenaga dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran PPF mengenai bidang kefarmasian, keadaan semasa dan persediaan menyahut cabaran masa mendatang.

Dan antara tugas utama dan sampingan Biro Multimedia PPF ialah :

Menggunakan kemahiran dan kepakaran dalam bidang ICT dalam membantu PPF mencapai apa yang di hajati dan memastikan segala yang di gengam pada hari ini tidak terlepas begitu sahaja dengan menggunakan semua saluran komunikasi yang paling terkini, dan ini termasuklah usaha yang tampa mengira penat lelah dan jemu.

Dalam akhbar berita harian beberapa hari lalu, yang menarik perhatian PPF alaf baru ialah :

Universiti Teknologi MARA ( UiTM )
Program Perkembangan Pendidikan (InED)
Tawaran Meneruskan Pengajian Secara
Pendidikan Jarak Jauh (e-PJJ)
Sesi September 2011

Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian)
Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Hotel (Kepujian )
Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Pelancongan (Kepujian)
Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan (Kepujian)
Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat (Kepujian )
Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Sistem Maklumat (Kepujian)
Ijazah Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat (Kepujian (Pengurusan Rekod)
Ijazah Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat (Kepujian (Pengurusan Rekod)

Sarjana Kejurarawatan Perawatan Rapi
Sarjana Kejururawatan Kesihatan Wanita

Semua iklan tersebut boleh di lihat dalam Berita Minggu edisi 17 Julai 2011, dan seharusnya semua PPF perlu bangkit dari terlena sejenak, agar pada masa hadapan kursus yang berkaitan dengan PPF pula di iklankan. Inilah tugasan biro pendidikan dan biro multimedia yang masih belum selesai. Dan pastikan ianya boleh di rangka dan dimajukan ke pihak atasan sebelum PRU 13, sebab selepas PRU 13, banyak benda akan berubah. Apabila kerajaan berubah, lebih banyak perubahan akan berlaku dan yang pastinya menteri pelajaran dan menteri pengajian tinggi pasti akan ada perubahan dalam pelaksanan dan perancangannya. Iaitu bergantung kepada isu-isu yang dibangkitkan selama tempoh berkempen.

Sekilas pandang, dapat di lihat bahawa semua program ijazah tersebut di atas, telah di angkatkan martabatnya menjadi kursus ijazah dan sarjana, walhal pada masa dahulu, ianya adalah bertaraf sijil sahaja. Apabila IPTA yang mengiklankannya, semua PPF perlu akur sebab segalanya telah di dokumenkan, dan mungkin ianya bermula sejak 10 tahun yang lalu. Juga kelulusan dari sebuah negeri di USA pada 1991, ada mengeluarkan Bachelor in Science (Electric) dan apabila pemegangnya pulang ke Malaysia, ia boleh menjadi Jurutera di JKR. Tetapi segalanya telah menjadi hari ini dalam sejarah.

Bagi diri PPF pula, perjalanan bagi melanjutkan pengajian dalam bidang PPF, nampaknya masih samar dan jauh walaupun di Malaysia telah terdapat melebihi 50 IPTA dan IPTS. Jika PPF mahukan jalan ringkas, mudah sahaja, ambil Bac in Pharm (hons) dan selepas tu jadi PF, sebab semua PF di Malysia wajib berkhidmat dengan KKM selama 5 tahun. Selepas tu barulah boleh buka kilang ubat sendiri, sebab lesen hanya diberikan kepada yang telah menamatkan berkhidmat secara wajib dengan KKM.

Jika di lihat pula Dip in Pharm pada masa ini, kredit hournya ialah 90 point. Bagi kursus ijazah pula kredit hournya ialah 120 point. Tetapi PPF harus ingat iaitu kursus Bac in Pharm (Hons) adalah ijazah kepujian dan kredit pointnya ialah 141 minimum. Dan kos nya di IPTS ialah RM 101,000 yuran sahaja.

Seperkara lagi ialah, KKM hanya menggunakan sahaja tenaga PF yang di hasilkan oleh IPTA dan IPTS, sedangkan yang merancang kursus PF ialah Kementerian Pengajian Tinggi. Segalanya diluluskan pula ialah MQA.
Jika PPF ada hubungan baik dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan MQA, adalah tidak mustahil pada suatu hari nanti, semua PPF akan menjadi PF secara KPSL, macam program pengijazahan guru oleh Kementerian Pelajaran.

Juga yang pasti, pengambilan pelajar pengajian ijazah, perlulah di iklankan oleh semua IPTA dan IPTS, dan segalanya di rujuk ke Kementerian Pengajian Tinggi. Apa pun, masih ada jalan pintas bagi PPF membuat ijazah farmasi tampa perlu bersaing dengan pelajar matrikulasi, sains asasi dan lulusam STPM, iaitu saluran kedua.

Untuk makluman semua PPF,kemasukan melalui saluran kedua dan saluran khas oleh IPTA, adalah tidak tertakluk kepada syarat Kementerian Pengajian Tinggi. Ianya adalah hanya budi bicara IPTA itu sendiri sahaja. Dan tahniah kepada persatuan kerana telah membuka kemasukan laluan kedua kepada PPF bagi membuat ijazah farmasi di USM dengan syarat menjadi ahli persatuan. Kesatuan juga boleh membuat MOU dengan lain-lain IPTA bagi membuat ijazah farmasi bagi PPF melalui biro pendidikannya. Oleh sebab itulah, UiTM tidak pernah mengeluarkan iklan bagi program ijazah farmasinya, kerana ia hanya terbuka kepada colon-calon Dip Farmasi UiTM sahaja, melalui kemasukkan khas. PPF Perlu berfikir mendahului masa bagi mencapai kejayaan.


PPF juga pernah memohon agar PPF yang mempunyai ijazah selain ijazah Farmasi dipertimbangkan ke Gred U42/42 gunasama yang berkaitan dan tidak memilih untuk memohon lantikan ke jawatan lain.

Cadangan dari PPF ialah PPF yang memiliki ijazah selain dari ijazah Farmasi seperti Kaunseling, Management, Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dan lain-lain perlu dipertimbangkan terus ke naik pangkat PPF U42 dan bertugas di jabatan yang sama, contoh:

PPF (khas) U42 Kaunselor
PPF (khas) U42 OSH
PPF (khas) U42 Pengurusan.

Dan jawapan yang di terima dari Kementerian Kesihatan ialah jawatan kenaikan pangkat bagi Penolong Pegawai Farmasi hanyalah pada gred U32/U36/U38/U40. Memandangkan tiada jawatan PPF yang diujudkan di Gred U42, maka tiada peruntukan bagi PPF yang memiliki ijazah selain dari Ijazah Farmasi seperti Kaunseling, Management, Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dan lain-lain untuk dipertimbangkan terus ke gred naik pangkat. Walau bagaimanapun, PPF boleh memohon terus melalui Pihak Berkuasa Melantik iaitu SPA dll ke lain-lain jawatan kumpulan pengurusan dan profesional Gred 41 yang bersesuaian dengan kelayakan ijazah yang ada.


Seterusnya , marilah kita semak tangga gaji PPF pada Tahun 2011, iaitu seperti berikut :

U29 mulai gaji RM 928 – RM 2445 ( T27 )
U32 mulai gaji RM 1567 – RM 2925 ( T20 )
U36 mulai gaji RM 2445 – RM 3617 ( T11 )
U38 mulai gaji RM 3023 – RM 3954 ( T8 )
U40 mulai gaji RM 3555 – RM 4513 ( T7 )

Dari carta di atas, dapat dilihat PPF memerlukan banyak masa untuk mencapai gaji maksimum U40 dan jika PPF berminat untuk menjawat U40, hantar cadangan ke pihak atasan, iaitu, apabila gaji PPF U29 mencapai RM 1567, terus naik pangkat ke 32, dan begitulah seterusnya, sehinggalah gaji RM 3555, terus secara automatic ke PPF U40. Ini adalah kerana dalam Skim PPF 5 tingkat U29 – U40, tidak ramai PPF yang mendapat kenaikan pangkat sebanyak 4 kali dan baru dapat PPF U40. Dan amat malang juga mungkin pada satu hari nanti, gaji PPF U40 maksimum iaitu RM 4513, hanya atas kertas sahaja, kerana PPF memerlukan selama 7 tahun baru dapat gaji maksimum. Maksudnya ialah dapat PPF U40 pada umur 51. Apa yang berlaku pada hari ini ialah, dah berumur 52 baru dapat U 36.

PPF alaf baru, perlu membuat research ( search ) untuk mengetahui berapakah bilangan PPF yang pernah mendapat gaji maksimum PPF U40 iaitu RM 4513 sebulan. Jawapannya ialah kurang dari 10 PPF.

PPF alaf baru juga boleh mengorak langkah ke arah kemajuan dengan mengusulkan kertas kerja cadangan laluan kerjaya baru PPF agar memastikan bahawa semua PPF yang ingin di naikan pangkat ke PPF U 40, perlulah berumur tidak melebihi 51 tahun. Tentu PPF alaf baru boleh menyediakannya. Dan ini adalah selari dengan laluan kerjaya baru PF iaitu, selepas berkhidmat selama 14 tahun dengan KKM, akan terus dapat gaji hakiki U54, sedangkan PPF kena tunggu 15 tahun baru cuma KUP U32 sahaja. PPF sekali naik pangkat dalam masa 15 tahun sedangkan PF empat kali naik pangkat dan terus ke U54 dalam masa 14 tahun sahaja. PPF alaf baru, boleh terus berusaha untuk menjadi PF dengan menyambung pengajian, jika berminat dan ada kemampuan.


Seterusnya ialah maklumat terkini perjawatan PPF di KKM pada 31 Dis 2010 ialah seperti berikut :

Gred Jawatan Isi Kosong
U40 / 12 / 9 / 3
U38 / 37 / 32 / 5
U36 / 116 / 90 / 26
U32 / 459 / 397 / 62
U29/U32 2860 / 2784 / 76


Secara matematik nya nisbah semua PPF di KKM adalah seperti berikut :

Semua PPF di KKM ialah 3484 orang
Nisbah PPF U40 dan PPF U38 ialah 1:3.08
Nisbah PPF U38 dan PPF U36 ialah 1:3.13
Nisbah PPF U36 dan PPF U32 ialah 1:3.95
Nisbah PPF U29 / 32 ( KUP ) dan PPF U32 ( Hakiki ) ialah 1:6.23

Sepintas lalu, nisbah di atas adalah benar, tepat dan bersesuaian, tetapi masih terdapat kekurangan, berbanding dengan lain-lain paramedik. Sepatutnya nisbah PPF U32 ( Hakiki ) dan PPF U29 / 32 ( KUP ) ialah 1:3
Oleh sebab itu sebanyak 469 lagi PPF U32 ( Hakiki ) diperlukan.

Pengiraannya mudah sahaja :
Jawatan PPF U29 / U32 ( KUP ) ialah 2784
Nisbah ialah 1:3

Jumlah sepatutnya ialah 2784 bahagi tiga = 928

PPF U32 ( Hakiki ) sediada ialah 459

Oleh sebab itu tambahan sebanyak 469 PPF U32 ( Hakiki ) masih diperlukan.

Cadangan tambahan PPF U32 ( Hakiki ), penempatan dll, perlulah di pohon ke pihak atasan, Juga masukkan dimana penempatan tersebut, sebab nanti akan berkumpul seramai 5 PPF U32 ( Hakiki ) di sesebuah hospital, dan kesihatan awam, terus ketinggalan dalam menongkah arus perdana.


Segala pendapat, cadangan, pandangan, coretan dan pemerhatian di atas, adalah di lihat dari sudut akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat nya dari sudut perspektif yang sama agar ianya akan memberikan gambaran yang sama dan tidak tersasar, kerana sedikit perbezaan pendapat akan memberikan najitah yang berbeza, dan yang amat perlu ialah semua PPF mesti berfikiran positif setiap masa, sepanjang masa dan sebarang masa dan di mana jua.

Tamat : 18 Julai 2011
Back to top
View user's profile Send private message
nori



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 120

PostPosted: Wed Oct 12, 2011 9:56 am    Post subject: Reply with quote

FORUM 11 OKT 2011

Salam Satu Malaysia dan selamat bertugas kepada semua PPF. Keahlian PPF dalam persatuan dan kesatuan, masih belum mencapai 100%. Apa sebabnya, tiada seorang pun yang tahu, kecuali diri PPF itu sendiri.

Kepada PPF yang telah memiliki jawatan baru dengan ijazah yang ada, tahniah di ucapkan kerana PPF masih macam dahulu. Dan usaha seterusnya ialah memohon elaun kritikal. Tugasan ini hanyalah membantu PPF atasan dalam mengemuka permohonan baru.

Oktober 2011, marilah semua PPF bincangkan hal kritikal. Budget 2012 telah di bentangkan, dan bayaran kritikal PPF masih belum tersentuh. Pembentangan budget 2012, adalah satu persediaan yang rapi yang telah di mulai pada Mei 2011. Dan jika PPF masih ingin elaun kritikal mengikut jalan biasa, perlulah menyediakan kertas kerja yang terkini pada Mei 2012, bagi di masukkan dalam pembentangan budget 2013.

Elaun kritikal akan di semak setiap 5 tahun, dan ianya akan di semak pada 2013. Setelah 3 kali semakan iaitu 15 tahun, PPF masih tercicir. Surat terakhir dari JPA ialah pada 2002, yang menyatakan bahawa permohonan kesatuan adalah dalam tindakan jabatan ini. Semua jabatan kerajaan telah menjalnkan tugas mereka seperti yang di amanahkan. Cuma pada Oktober 2011 ini, giliran PPF pula menjalankan tugas yang perlu bagi tujuan maksud tersebut.

Pada masa lalu, sebelum AGM persatuan dan kesatuan, beberapa AJK akan hadir ke JPA bagi mengetahui status terkini permohonan PPF dan selepas AGM satu resolusi akan di hantar ke pihak berkenaan. Tetapi apabila tiada kunjungan hormat ke JPA dan tiada resolusi dihantar, maka setiap persoialan PPF, masih belum menemui jawapan yang amat pasti.

Oleh itu keadan ini perlulah di ubah agar setiap persoalan PPF mendapat kepastian. Dan bermula Oktober 2011, amatlah wajar persatuan dan kesatuan menghantar surat permohonan baru tentang elaun kritikal ini ke JPA , dan pastikan jawapannya adalah positif iaitu, samaada 2013 atau 2018, ataupun memang tidak diluluskan. Jika jawapan positif, PPF perlulah menunggu tarikh tersebut. Tetapi jika jawapannya negatif, iaitu PPF memang tidak layak mendapat BIPK, maka satu permohonan baru perlulah di buat ke JPA iaitu, pertukaran gelaran jawatan daripada PPF kepada Juruteknologi Farmasi. Tak guna jadi penolong, jika hanya pegawai sahaja yang menikmati elaun kritikal.

Permohonan PPF bagi tujuan kritikal:
1. Pendahuluan
2. Latarbelakang Masaalah
3. Permohonan Kesatuan
4. Alasan Permohonan
5. Lain-lain Alasan Permohonan :
5.1 Tiada Perubahan Dalam Skim PPF
5.2 JPA mengendalikan Banyak Skim
5.3 Kekosongan Jawatan Penolong Pegawai Farmasi
5.4 Perubahan Tugas Penolong Pegawai Farmasi
5.5 Hala Tuju Kerjaya PPF Pada Masa Hadapan

6. Penutup:

Lampiran : A
Peranan, Tugas Dan Tanggungjawab Penolong Pegawai Farmasi di Hospital dan Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia ( Rujukan : Bil ( 63 ) dlm.KKM-55 ( 36 ) Bertarikh : 5 Nov. 1993 ) :

Lampiran : B
Senarai Tugas Generik Penolong Pegawai Farmasi di Hospital dan Klinik Kesihatan. (Ruj : KKM-55/BPF/301/002/01/Jld.2 ( 2 ) Bertarikh : 24 March 2009)

Lampiran : C
Norma Perjawatan Penolong Pegawai Farmasi :

Lampiran : D
Perkhidmatan Farmasi Onkologi

Lampiran : E
Senarai Bahan Rujukan PPF Semasa Bertugas

Lampiran : F
Senarai Perkhidmatan Kritikal JPA (10 Oktober 2007)

Lampiran : G
Kriteria Perkhidmatan Kritikal


1. PENDAHULUAN :

Penolong Pegawai Farmasi adalah satu skim perkhidmatan kumpulan sokongan di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia. Ianya sama taraf seperti lain-lain paramedik dan diletakkan pada tangga gaji permulaan U29 P1 T6

Profesion Farmasi di negara ini telah wujud sejak tahun 50’an lagi. Sejak itu, profesion ini telah berkembang dengan begitu pesat sekali sehinggalah ke hari ini. Pada satu ketika, profesion ini telah berkembang dengan begitu pesat sehinggakan bilangan Ahli-Ahli Farmasi yang diperlukan bagi menjalankan tugas-tugas di hospital-hospital kerajaan adalah tidak mencukupi. Langkah utama yang diambil ketika itu ialah untuk mengujudkan tenaga pembantu bagi mengatasi kekurangan Ahli Farmasi di hospital-hospital kerajaan. Oleh itu, Sekolah Latihan Penolong Pegawai Farmasi yang pertama telah diwujudkan pada tahun 1957 di Pulau Pinang dengan meminjam bangunan Sekolah Latihan Jururawat. Bilangan pelajar pada ketika itu ialah seramai 11 orang sahaja. dan pengajarnya adalah Pegawai Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Selepas itu Sekolah Latihan Penolong Pegawai Farmasi telah di bina di Petaling Jaya, Selangor.

Kini , setelah 52 tahun berlalu, Sekolah Latihan Penolong Pegawai Farmasi Petaling Jaya telah berpindah ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu ( KSKB ) Sungai Buloh, Selangor.

Perjawatan pada 30 Jun 2007 ialah terdapat sebanyak 3035 jawatan Penolong Pegawai Farmasi didalam Gred Jawatan U 40, U38, U36, U32 dan U29 dan pengisian jawatan hanyalah 86 % sahaja dan masih terdapat 14 % kekosongan.

Pada masa ini, tugas Penolong Pegawai Farmasi ialah :
Mengendalikan sumber perolehan bekalan drug dan iventori
Mengendalikan kaunter pesakit luar
Mengendalikan kaunter bekalan wad
Mengendalikan makmal persediaan.

Tugas tambahan Penolong Pegawai Farmasi :
Makmal TPN ( Total Parental Nutrition )
Makmal IV Admikstur
Makmal Sitotoksik
Makmal TDM ( Therapeutik Drug Monitoring )
Khidmat Nasihat Pendidikan Pesakit

Penolong Pegawai Farmasi juga bertugas di makmal-makmal di Biro Pengawalan Farmasiutikal Kebangsaan Petaling Jaya .

Mulai 1 Jun 2008, kerajaan telah bersetuju untuk menukar gelaran nama jawatan Pembantu Farmasi kepada Penolong Pegawai Farmasi .

Semasa SSB diperkenalkan pada 1992, Penolong Pegawai Farmasi telah diletakkan didalam kumpulan sokongan II . Tetapi Jururawat lebih bermasib baik kerana telah menerima Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK). Ini diikuti pula oleh Pembantu Perubatan pada 1 Januari 2008. Walaupun menyumbang khidmat yang sama di Kementerian Kesihatan Malaysia, warga Penolong Pegawai Farmasi masih belum menerima BIPK , walaupun ianya telah diperkenalkan sejak 15 tahun yang lalu.

2. LATAR BELAKANG MASAALAH :

Penolong Pegawai Farmasi merasakan diri mereka tercicir dalam pembayaran BIPK tersebut sedangkan Pegawai Farmasi dengan deskripsi tugas yang hampir sama, telah lama menikmati BIPK tersebut.


3. PERMOHONAN PPF :

PPF memohon agar Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi di iktiraf sebagai Perkhidmatan Kritikal dan sekali gus layak mendapat Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) .

Ini adalah kerana Penolong Pegawai Farmasi juga telah menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan Negara dari segi kesihatan rakyat, walaupun masih belum menerima BIPK. Berbeza dengan Pegawai Farmasi, mereka telah lama menikmati BIPK tersebut. Ini menunjukkan terdapat kepincangan dari segi pembayaran tersebut kerana Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai Farmasi adalah bertugas di Jabatan yang sama.

4. ALASAN PERMOHONAN :

Penolong Pegawai Farmasi merasakan diri mereka adalah paramedik kelas kedua kerana bekerja dibawah satu bumbung iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia , dan dalam jabatan yang sama iaitu Jabatan Farmasi, tetapi kerajaan hanya membayar BIPK kepada Pegawai Farmasi sahaja.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan Mesyuarat Mengkaji Kurikulum Latihan Asas Penolong Pegawai Farmasi yang diadakan di Langkawi pada 6 – 11 September 1993, . Beberapa perubahan telah dibincangkan. Perubahan tersebut adalah dari segi Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Penolong Pegawai Farmasi.

Surat edaran Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM Ruj ( 63 ) dlm KKM-55(36) bertarikh 5 November 1993 di nyatakan dengan jelas Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Penolong Pegawai Farmasi dalam Kementerian Kesihatan.
Ini adalah selari dengan assimilasi Skim Perkhidmatan Pembantu Makmal Kimia Ubat ( PMKU ) ke dalam Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi, tugas PMKU di bidang pengeluaran ubat-ubatan dan kawalan mutu yang dahulunya
dilaksanakan oleh PMKU, kini di ambil alih oleh Penolong Pegawai Farmasi.

Lampiran A , menunjukkan dengan jelas Peranan, Tugas Dan Tanggungjawab Penolong Pegawai Farmasi di Hospital dan Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia sebagaimana pekeliling KKM bilangan ( Rujukan : Bil ( 63 ) dlm.KKM-55 ( 36 ) Bertarikh : 5 Nov. 1993 ) :

Lampiran B , juga menunjukkan dengan jelas senarai tugas dan tanggungjawab Penolong Pegawai Farmasi sebagaimana Senarai Tugas Generik Penolong Pegawai Farmasi di Hospital dan Klinik Kesihatan, sebagaimana pekeliling KKM bilangan (Ruj : KKM-55/BPF/301/002/01/Jld.2 ( 2 ) Bertarikh : 24 March 2009)

Lampiran C , menunjukkan dengan jelas, Penolong Pegawai Farmasi terlibat dalam semua aktiviti di jabatan farmasi , sebagaimana tercatat pada Norma Perjawatan Penolong Pegawai Farmasi.

Lampiran D , dengan jelas menunjukkan bahawa tugas Penolong Pegawai Farmasi memang mempunyai risiko kerana perlu bertugas di Unit Farmasi Onkologi. Berbeza dngan Pegawai Farmasi, kerana mereka telah menikmati BIPK. Semua Penolong Pegawai Farmasi adalah terlibat di dalam unit ini kerana program giliran tugas dijalankan terhadap semua Penolong Pegawai Farmasi.,

Lampiran E , menunjukkan senarai buku bahan rujukan bagi semua Penolong Pegawai Farmasi semasa menjalankan tugas seharian. Segala tugas Penolong Pegawai Farmasi adalah di pantau dan perlu mematuhi segala peraturan dan garis panduan yang telah di tetapkan. Pengetahuan yang mendalam serta kualiti kerja yang tinggi adalah diperlukan semasa menjalankan tugasan seharian.. Penolong Pegawai Farmasi juga perlu memahami serta melaksanakan segala peraturan tersebut dan ianya juga terkandung dalam silibus Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) Penolong Pegawai Farmasi.

Lampiran F, menunjukkan senarai perkhidmatan kritikal yang dikeluarkan oleh JPA. Amat jelas di lihat terdapat beberapa jawatan yang mempunyai perkaitan secara langsung, iaitu pembantu dan penolong pegawai, mereka semuanya layak mendapat BIPK. Tetapi bagi Penolong Pegawai Farmasi, hanya Pegawai Farmasi sahaja yang mendapat BIPK.

Lampiran G , menunjukkan kriteria perkhidmatan kritikal, Penolong Pegawai Farmasi Juga memenuhi kriteria tersebut. Apa yang boleh kami katakana ialah, Jabatan Farmasi KKM tidak akan berfungsi tampa penglibatan Penolong Pegawai Farmasi. Begitu juga semasa wabak H1N1, Penolong Pegawai Farmasi juga terlibat sama dalam menangani dan mengawalnya . Memang Penolong Pegawai Farmasi memenuhi semua kriteria tersebut seperti yang di di gariskan oleh JPA.

5. LAIN-LAIN ALASAN :

5.1 TIADA PERUBAHAN DALAM SKIM PENOLONG PEGAWAI FARMASI

Sejak dahulu lagi, Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi adalah terkebelakang dan tiada perubahan, berbanding dengan lain-lain paramedik . JPA sendiri telah gagal memastikan Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembangan Kerjaya Penolong Pegawai Farmasi,

Disertakan disini perubahan lain-lain skim perkhidmatan didalam KKM:

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1999 -Pindaan Skim-Skim Jururawat Pergigian U 8 dan Juruteknik Pergigian U8.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2003 Pindaan Skim Jururawat Masyarakat

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2003 Pindaan Skim Attandan

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2004 Pindaan Skim-Skim Pembantu Perubatan ,Jururawat Pergigian , Juruteknik Pergigian , Juruteknologi Makmal Perubatan dan Pegawai Sains.
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2005, Pindaan Skim Pembantu Pembedahan Pergigian.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 tahun 2005 Pindaan Skim Pembantu Kesihatan Awam

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2005 Pindaan Skim Pengajar

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2005, Pindaan Skim Jururawat

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2005 Pindaan Skim
Juru X ray

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2005 Pindaan Skim Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 27 Tahun 2005, Pindaan Skim Jururawat, Juru X ray, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran / Pegawai Kesihatan Persekitaran.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2006 Pindaan Skim Jurupulih Perubatan

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2006 Pindaan Skim Pembantu Perubatan

Bagi Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi, walaupun ianya telah berubah dan maju kehadapan, tetapi ganjaran dari pihak kerajaan seperti BIPK masih belum diterima.


5.2 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MENGENDALIKAN BANYAK SKIM :

Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) mengendalikan melebihi 500 skim jawatan perkhidmatan awam kerajaan dan ada kemungkinan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi telah terlepas pandang semasa membuat kajian semula pembayaran BIPK.

5.3 KEKOSONGAN JAWATAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI :

Perjawatan pada 31 Dis 2010, ialah 3035 jawatan Penolong Pegawai Farmasi didalam Gred Jawatan U 40, U38, U36, U32 dan U29 dan pengisian jawatan hanyalah 86 % dan masih terdapat 14 % kekosongan. Dari statistik diatas, dapat dilihat dengan amat jelas bahawa bilangan Penolong Pegawai Farmasi amat sedikit jika dibandingkan dengan jawatan lain-lain paramedik yang juga bersama-sama menjaga kesihatan rakyat.

Dengan bilangan jawatan sebanyak 3035 orang PPFi seluroh negara dan pengisian hanya 86 % beban tugas kami di hospital dan klinik kesihatan kerajaan seluruh negara adalah amat berat dan dengan pemberian elaun BIPK ini, ianya akan dapat meningkatkan motivasi Penolong Pegawai Farmasi.

Penolong Pegawai Farmasi merasakan diri mereka tidak dihargai di atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah diberikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan negara , motivasi kerja juga sukar ditingkatkan, ini berlaku apabila ada perjumpaan dengan lain-lain kumpulan paramedik, mereka berasa diri mereka dipencilkan.

5.4 PERUBAHAN TUGAS PENOLONG PEGAWAI FARMASI :

Pada Jun 2007, sebuah Universiti Awam ada mengeluarkan tawaran Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) dalam bidang-bidang farmasi seperti berikut
( Phd 38 Bidang dan Sarjana 17 Bidang ) :

Cardiopharmacology, Social Pharmacy, Pharmacy Education, Toxicology
( General & Target Organ Toxicology ), Pharmacy Practice, Radiopharmacy, Physiology, Pharmaceutics : Drug Delivery / Physical Pharmacy , Pharmacy Management, Pharmaceutical Biotechnology, Pharmacoinformatics, Pharmacognosy, Toxicogenomics, Pharmacogenomics, Evidence- Based Pharmacy Practices, Biocomputing, Pharmaceutical Bioprocessing, Neuropharmacology, Pharmaceutical Engineering, Neurotoxicology, Pharmacoeconomics, Forensic Pharmacy, Forensic Toxicology, Genetic Toxicology, Environmental Toxicology, Immunotoxicology, Pharmaceutical Chemistry: Drug Synthesis, Endocrine Pharmacology, Cancer Pharmacotherapeutics, Pathophysiology, Pharmaceutical Chemistry : Combinatorial Chemistry, Pharmaceutical Analysis, Cosmeceuticals, Nutraceuticals, Phytochemistry, Veterinary Pharmacy, Marine Biopharmaceuticals, Sport Pharmacy,

Ini menunjukkan dalam masa beberapa tahun akan datang ini, perkembangan yang amat pesat akan berlaku dalam bidang kefarmasian, dan semestinya bebanan tersebut akan di letakkan ke atas bahu Penolong Pegawai Farmasi.

5.5 HALA TUJU KERJAYA PADA MASA HADAPAN :

Mengikut keperluan negara maju, nisbah Penolong Pegawai Farmasi dan penduduk ialah 1:5000 dan pada 2020 Malaysia memerlukan tambahan 3000 Penolong Pegawai Farmasi.

Kertas Puteh Pengurusan Sumber Manusia Farmasi USA pada 1996 menyatakan Pharnacy Technician will have agrowing role as the pharmacist depend on them to facilitate expansion of the profession’s scope of practice.

Memang Penolong Pegawai Farmasi akan membantu Pegawai Farmasi dalam bidang bidang yg lebih spesifik seperti teknik aseptic,Total Perenteral Nutrition, Cytotoxic Drug Reconstitution, CDR, dan lain-lain.

PENUTUP :

PPF berasa sudah tiba masanya pihak kerajaan harus menimbang semula segala tugas dan tanggungjawab Penolong Pegawai Farmasi serta pengorbanan mereka selama 54 tahun ini, dan mengiktiraf jasa dan penat lelah mereka dengan memanjangkan pemberian BIPK ini kepada Penolong Pegawai Farmasi.

Penolong Pegawai Farmasi tentu akan berasa kecewa jika permohonan ini di tolak kerana lain-lain paramedik telahpun menikmati BIPK ini. TAMAT.

NORMA PERJAWATAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI :

Aktiviti / Perkhidmatan : Nisbah :

- Penguatkuasaan Farmasi 1 orang : setiap unit penguatkuasa
- Pesakit Luar 1 orang : 1 Unit
( Tambahan ) 1 orang setiap 50 pesakit tambahan
- Pesakit Dalam 1 orang : setiap 2 wad (28-30 katil)
- Khidmat TPN / IV Admix 1 orang : setiap 300 kes sebulan
- Khidmat Farmasi Onkologi 1 orang : setiap hospital
- Perkhidmatan Pengeluaran 1 orang : setiap 300 pek sehari
Farmaseutikal
- Gantian 1 orang : setiap 5 orang


PERKHIDMATAN FARMASI ONKOLOGI :

Perkhidmatan Farmasa Onkologi memainkan peranan penting dalam pengrawatan pesakit kanser dalam tugasan pembekalan dan pencampuran ubat-ubatan.

Pada 2006 terdapat 15 hospital di seluruh Negara yang mempunyai Perkhidmatan Farmasi Onkologi iaitu seperti berikut :-

Kuala Lumpur
Pulau Pinang
Queen Elizabert, Kota Kinabalu
Melaka
Ipoh
Kulim
Kuala Terengganu
Seri Manjung
Tg Ampuan Rahimah, Klang
Selayang
Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
Likas, Kota Kinabalu
RPZ II, Kota Bharu
Sultan Ismail, Johor Bahru
Tuanku Jaafar, Seremban

Penolong Pegawai Farmasi yang bertugas di Perkhidmatan Farmasi Onkologi terdedah kepada beberapa risiko pekerjaan, tetapi Penolong Pegawai Farmasi tidak pernah mengelak untuk bertugas di unit berkenaan dan sentiasa berkhidmat dengan dengan penuh dedikasi dan komitmen yang tinggi.

Antara risiko yang terpaksa di tanggung oleh Penolong Pegawai Farmasi semasa bertugas di unit Perkhidmatan Farmasi Onkologi, ialah :

Liver damage (Sataniemiet al. 1983)

Fatal loss, spontaneous abortion, fetal malformation
(Selevan, 1985: Stuckeret al., 1990: Heminkiet al., 1985)

Acute symptoms: skin irritation, sore throat, cough, dizziness, headache, allergic reaction, diarrhea, N &V

Reproductive: fetal loss, congenital malformations & infertility
Harrisons, B.R.(2001)Risk of handling cytotoxicdrugs. In M.C.Perry (ed), The Chemotherapy Source Book (3rdEd.:566-582). Philadelphia, P.A. Lippincott, Williams & Wilkins, 1970’s

Several chemotherapy agent were linked to secondary leukemia & other cancer in treated patient. Health risk might extend to persons exposed to the drugs
Ng, L.M. & Jaffe, N.(1970).Possible hazards of handling antineoplasticdrugs. Pediatric, 46(4):648-9

Donner,A.L.(1978).Possible risk of working with antineoplasticin horizontal laminar flow hoods. Am J Hosp Pharmacy,35:900

In small, but controlled study, mutagenic activity was found in the urine of patient who received chemotherapy as well as nurses who administered chemotherapy
Cyclophosphamide was present in the urine Of health care workers on 11 of 12 studies, despite the use of precautions Falcket al.(1979).Mutagenicity in urine of nurses handling cytostaticdrugs. Lancet, 1(12):1250-1

Sessink, P.J.M. & Bos, R.P.(1999).Drugs hazardous to health care workers: Evaluation of method for monitoring occupational exposure to cytostaticdrugs.Drug Safety, 20(4):347-359

SENARAI PERKHIDMATAN KRITIKAL JPA ( 10 OKTOBER 2007 )

Arkitek
Arkitek Laut
Jururawat
Jurutera
Jurutera Laut
Juruterbang / Pemeriksa Juruterbang
Juruukur Bahan
Malim
Pegawai Ehwal Ekonomi (di MIDA dan MATRADE)
Pegawai Farmasi
Pegawai Laut
Pegawai Penyelidik
Pegawai Pergigian
Pegawai Perikanan (disiplin kejuruteraan)
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (disiplin kejuruteraan)
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (disiplin kejuruteraan)
Pegawai Pertanian (disiplin kejuruteraan)
Pegawai Perubatan
Pegawai Undang-Undang
Pembantu Pegawai Latihan Vokasional / Penolong Pegawai Latihan Vokasional / Pegawai Latihan Vokasional
Pemeriksa Kapal Terbang;
Pemeriksa Kilang dan Jentera;
Pengajar (disiplin kejururawatan);
Penjaga Jentera Letrik;
Penolong Jurutera Laut;
Penolong Pegawai Laut;
Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera;
Pensyarah Pergigian;
Pensyarah Perubatan;
Pensyarah UiTM (disiplin kejuruteraan, perundangan, kejururawatan, ukur bahan, seni bina dan farmasi) dan
Pensyarah Universiti (disiplin kejuruteraan, perundangan, kejururawatan, ukur bahan, seni bina dan farmasi)

KRITERIA PERKHIDMATAN KRITIKAL ( JPA ) :

peranan dan sumbangan perkhimatan kea rah pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara berdasarkan bidang-bidang yang telah di beri keutamaan di bawah rancangan-rancangan pembangunan negara.

kedudukan persaingan dalam pasaran buruh bagi tenaga anggota terlatih yang diperlukan, meliputi ke atas factor-faktor seperti kedudukan penawaran dan permintaan , kadar pusingan ganti dan kadar saran di pasaran bagi kategori tenaga kerja berkenaan.

Kelayakan dan kebolehan yang perlu ada pada perkhidmatan iaitu dari segi kelayakan dan latihan, pengalaman, kepakaran, kmahiran dan bakat; dan

Keadaan persekitaran tempat kerja yang dilihat dari segi kesan-kesan kepada kesihatan, pendedahan kepada risiko-risiko kemalangan dan system waktu kerja yang digunakan.

Pada PPF sama sahaja nama jawatan tersebut. Cuma jika Juruteknologi Farmasi di gunakan, PPF akan lebih berdikari. Jika JPA masih membisu tentang perkara ini, eloklah PPF lupakan sahaja elaun kritikal ini dan tumpukan kepada tugasan seharian yang lebih mencabar dan rumit. Boleh juga sambung belajar dan menjadi PF. Inilah lalun kerjaya baru yang menguntungkan. Dan selebihnya jadilah hari ini dalam sejarah.

Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal.


Tamat : 12 Oktober 2011
Back to top
View user's profile Send private message
nori



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 120

PostPosted: Mon Oct 17, 2011 10:25 am    Post subject: Reply with quote

FORUM 16 OKTOBER 2011

Bantuan dari semua PPF amat di perlukan bagi memperkasakan JK Teknikal PPF dan seterusnya memacu kejayaan bagi PPF.

Salam Satu Malaysia dan selamat bertugas kepada semua PPF. Hari Ahad dan cuti umum pun farmasi terpaksa di buka kerana permintaan yang tinggi dari masyarakat. Cuma PPF sahaja yang masih belum di beri pengiktirafan oleh kerajaaan dan sebab itulah elaun kritikal masih belum berjaya di perolehi.

PPF juga sebagai manusia biasa, sentiasa ada keinginan. Salah satu keinginan tersebut ialah meningkatkan profesyen PPF.

Secara jujur nya, keinginan PPF ialah meningkatkan mutu perkhidmatan dan meningkatkan perkembangan kerjaya PPF. Ianya sama juga dengan keinginan lain-lain insan di dunia ini.

Tetapi baru-baru ini PM ada menyarankan agar semua urusan kerajaan, perlulah menggunakan Bahasa Malaysia (BM) dan ini bertujuan memertabatkan BM.

PPF juga tidak terkecuali. Perlu menggunakan BM sepenuhnya. Pada masa lalu, PPF ada 50 masaalah, tetapi di tambah dengan penggunaan BM, ianya akan menjadi 100. Dan sebagai permulaan, marilah semua PPF alih bahasakan cita-cita PPF.

I have a dream,

"I have a dream that one day this nation will rise up and live out the true meaning of its creed: "We hold these truths to be self-evident: that all men are created equal."
- MARTIN LUTHER KING JR

In one of his last speeches, King reminded his audience that "in the final analysis, God does not judge us by the separate incidents or the separate mistakes that we make, but by the total bent of our lives."
(My most admired and respected Politician/Leader in this world... and its truely happen now!)

To all my Pharmacist Assistant brothers and sisters,

I have a dream too. That one day, God will open their heart and eyes.. we will be noticed, our cries will be heard...our hunger and thirst of getting further education in this field will be rewarded...we will sit in same par with other paramedics...given important role in patient care and pharmaceutical care together with Profesionals and other paramedics...our education system will be better and have more Pharmacy Collegeous...we will have enough lecturers and more students which will fill all the vacancy in Malaysia...that our welfare will be taken care by those with noble and good heart... Belief me.. one day it will happen.

Dear friends, by looking ahead and following the progress of Pharmacy Technologist /Technicians profesion developments in western and USA, there is a very positive momentums and scenarios.

We can see they already have
a Pharmacy Technician Board,
Code Of Ethics,
Registration Of Pharmacy Technician/
Technologist, Compulsory Competency Examination (every 2 years),
Post Basic Courses,
Technical Specialist Courses,
Certification Examinations with Badges - Certified Pharmacy Technician Badge.. Proper Uniforms with corporate image...etc.

This will happen one day. There are alot of very nice and good people in Management. So dont blame everyone just because of one or two blacksheeps. Good moment will arise for our profesion. Just be strong, patient as we always do...and belief.

Association and Union will play their part, so as our newly form PPF Council. Lets all give a full support to all this organisations and keep praying.

GOD BLESS ALL PPF MALAYSIA !

MY FAVOURATE QUOTES :

* Love begins by taking care of the closest ones
- Mother Theresa

* We ourselves feel that what we are doing is just a drop in the ocean. But the ocean would be less because of that missing drop
- Mother Theresa

* Anyone who has never made a mistake has never tried anything new - Albert Einstein

* Learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow. The important thing is not to stop questioning... Albert Einstein

Juga alihbahasakan :

RESOLUTION OF DIRECTORS’ CONFERENCE 2000

Theme : “ Enhancing Patient Centred Service Through Teamwork “
7 – 9 September 2000, Genting Highlands, Pahang

The Director’s Conference 200 after deliberating on the theme “ Enhancing Patient Centred Service Through Teamwork “ with the main objective of enhancing the role of Allied Health Professionals (AHP) in meeting the future health needs, acknowledges ;

• That the AHP is agroup of professionals with varying work functions in health care who share common objectives of providing quality health services to individuals, families and communities;

• That to be person centred, the future health system shall be guided by the eight health services goals viz.

i. Wellness focus
ii. Person focus
iii. Informed person
iv. Self help and self care
v. Care provided at home or close to home
vi. Seamless and continuous care
vii. Services tailored to need of individuals and groups
viii. Effective, efficient and affordable care;

• That the future health care system shall be geared towards faciliting and sustaining lifelong wellness to individual, families and communities;

• That there are shortfalls and gap in ensuring delivering of person centred services which include:

= non equitable distribution and shortage of human resource for health;
= compartmenttalisation and territoriality of professional groups;
= inappropriate organizational structure;
= inadequate information system and communication mechanism;
= poorly coordinated policies;
= poor career development opportunities;

• That the imformation and communication technology (ICT) as an enable, shall be optimally applied in health care delivery; and

• That there is a need to strengthen intergration of services through virtual, horizontal and vertical intergration and team work


Thereby resolves :

That the Ministry of Health shall accelerate the transformation of current health system which is provider centred into one that is person and community centred, built upon effective teamwork and to fully optimize the role of Allied Health Professionals (AHP),

The Conference hereby recommends :
i. that the role of Allied Health Professionals be enhanced to meet the needs of the future health services through empowerment and improved professional competency;

ii. that due considerations be given to address the legal, ethical and administrative implication arising from the empowerment and enhancement of AHP;

iii. for a reappraisal of current policies, organisational structure and work processes to facilite the transformation process;

iv. that opportunities be inentified for greater involvement of AHP in all areas of care especially with the introduction and availability of telehealth;

v. that professional proficiency be raised and sustained through structured programmes and activities that include short-term course, attachments and fellowships locally or abroad for continuing professional development;

vi. that a conductive work environment be created and natured through motivation, effective leadership, provision of physical and psychosocial support and flexibility thereby facilitating career development;

vii. for the creation of learning opportunities for AHP by optimizing usage of information and communication technology ICT) ;

viii. for the provision of conducive service environment through the redesigning and implementation of career pathways for AHP thus providing greater opportunities for career advancement in recognition of their enhance rples, duties and responsibilities; and

ix. that step be taken to address the problems of shortage, mix and non-equitable distribution of AHP to support their enhance role.

The Conference having resolved and made the above recommendation, affirms:
i. that the Medical Development Division shall be the secretariat to coordinate and implement these recommendations; and

ii. that the recommendations of the three workshop groups be reffered to in its implementations

EXISTING CAREER PATHWAY FOR ALLIED HEALTH PROFESSIONAL IN KKM

U 29 Diploma level


1 st Promotion

U 32 ( 8 to 10 years of service as U 29, 5 years service as U 29 minimum )

2 nd Promotion

U 36 ( 3 years service as U 32 minimum )

3 rd Promotion


U 38 ( 3 years service as U 36 minimum )


4 th Promotion


U 40 ( 3 years service as U 38 minimum )



JK TEKNIKAL PPF

JK Task Force PPF telah mengadakan mesyuarat yang di hadiri oleh En Mohd Rayya, Ketua Program Farmasi KSKB,Tn Haji Sulaiman Harun, En. Ganesan, En. Nazri Md Esa, Hj Harun Husin, Mr Jong, En Rohin B. Daud, Pengajar Farmasi KSKB, Pn Ong Bee Wah, En. Mohamad Bin Awang , dan Pn Faridah Binti Saidi. Hasil dari mesyuarat tersebut, JK Teknikal PPF telah di bentangkan.
Satu Jawatankuasa Teknikal PPF Malaysia telah ditubuhkan pada 16 November 2009. Jawatankuasa ini di pengerusikan oleh Timb.Pengarah Bhg.Pengurusan Perkhid.Farmasi KKM, Dr.Nour Hanah bt Othman dan dianggotai oleh :

5 Pegawai Kanan BPF KKM (Lembaga Farmasi, Bhg.A&P,Biro, Kesihatan, Hosp.)
4 Exco Kesatuan, En.Rohin Daud, En.Razalle Dollah, En.Zamri Arifin dan Tn.Hj.Mohd Noor b Adam.
3 Exco PPFM, En.Ganesan G.Narayanan, Hjh.Khamsiah bt Brahim, Tn.Hj.Sulaiman b Harun
4 wakil PPF , Puan Faridah Saidi, Hjh.Norhaini bt Othman, Puan Juriah bt Wakidi, En.Talib b Tawil,
1 wakil Sabah En.Johnson Chin Nyat Min.
1 wakil Sarawak. En.James Yiek Hua Kuong

Urusetia JK Teknikal : En.Muhammad B Awang PPF dan Tn Hj.Abd Ghani b Yusof

JK Teknikal perlu menyediakan
DRAFF TINDAKAN DAN DRAFF PERLAKSANAAN
Dan yang paling penting ialah mewujudkan JK Kecil bagi setiap isu.

Draff tindakan dan draff pelaksanaan juga perlulah mematuhi tujuan dan hasrat persatuan / kesatuan. Dan jika JK Teknikal PPF tiada idea, boleh salin sahaja tujuan dan objektif persatuan dan kesatuan PPF

Persatuan ini telah ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1974. Ianya didaftarkan di bawah akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftarannya 1717. Kelulusan pendaftara diperolehi pada 22 Oktober 1975. Keahliannya terbuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai Sijil Pembantu Farmasi (kini Diploma Pembantu Farmasi).
Pada Peringkat awal penubuhannya, persatuan ini menghadapi pelbagai masalah. Tahun 1980'an, ianya dipindahkan ke Ipoh, Perak dimana ianya hanya aktif dikalangan ahli di sekitar negeri tersebut. Di Ipoh juga persatuan menghadapi masalah akhirnya. Dengan baki akaun hanya RM5.50 ianya dipindahkan pula ke pantai timur papada tahun 1990 dimana ahli majlisnya terdiri dari mereka yang bertugas di Kelantan dan Terengganu.
Ahli Majlis telah mengadakan beberapa "Road Show" - Kempen untuk menambahkan ahli. Aktiviti ini dibuat dengan menggunakan perbelanjaan sendiri. Kini, persatuan boleh berbangga kerana ianya telah dapat diaktifkan kembali dan tabung persatuan telah meningkat hasil usaha Ahli Majlis.
Tujuan Penubuhan
1. Untuk menjaga dan meningkatkan nama baik dan kepentingan profesion Pembantu Farmasi.

2. Mempertahankan dan meninggikan taraf dan etikaprofesion Pembantu Farmasi.

3. Untuk menggalakkan dan mengembangkan ilmu farmasi.

4. Memupuk hubungan professional dalaman dikalangan ahli.

5. Berhubung dan bekerjasama dengan mana-mana organisasi demi kemajuan profesion Pembantu Farmasi.

6. Menjadi wadah untuk ahli menyatakan pendapat dan pandangan dalam perkara yang menyentuh profesion Pembantu Farmasi.

Didalam Persatuan ini, terdapat beberapa perkara yang perlu dipatuhi oleh kesemua ahli. Perkara-perkara berikut termaktub didalam perlembagaan Persatuan ini. Setiap ahli wajib mengetahui dan mematuhi perlembagaan yang telah disediakan. Perkara-perkara tersebut ialah:

Meningkatkan dan menjaga nama baik profesion Pembantu Farmasi
2. Mengggalakan dan meningkatkan kemahiran ilmu kefarmasian dikalangan ahli.
3. Mempertahankan dan meningkatkan taraf profesion ini.
4. Bergabung dan bekerjasama dengan lain NGO yang sealiran perjuangan persatuan.
5. Penyebar maklumat dan candangan ahli-ahli untuk kepentingan profesionalisma ahli.

Apakah program yang dilaksanakan olih Persatuan untuk meningkatkan Profesionalisma PPF ?
Persatuan menerbit majalah ilmiah Suara Pembantu Farmasi. Terbitan dua kali setahu. Percuma untuk ahli.
2. Persatuan adakan mesyuarat dan roadshow dalaman.
3. Mengadakan kursus dengan kerjasama Pengarah Kesihatan Negeri ( Farmasi ) dari masa ke masa.
4.Ceramah Perubatan setiap kali mesyuarat agong di adakan.
5. Lain-lain program yang di adakan dengan kerjasama cawangan Negeri-Negeri bila di perlukan.

Dan langkah seterusnya ialah memperkasakan perjuangan PPF melalui tindakan yang berterusan dan tujuan kesatuan ialah :


1. Tujuan JK PPF ini ialah untuk:

(a) Mengorganisasikan pekerja-pekerja PPF yang disebut di bawah peraturan 3(1) sebagai ahli PPF dan memajukan kepentingan mereka dalam bidang perhubungan perusahaan, kemasyarakatan dan ilmu pengetahuan.

(b) Mengatur perhubungan di antara pekerja dengan majikan bagi maksud melaksanakan perhubungan perusahaan yang baik, meningkatkan daya pengeluaran dan memperolehi serta mengekalkan bagi ahli-ahlinya keselamatan pekerjaan, sukatan gaji yang adil dan sesuai serta syarat-syarat pekerjaan yang berpatutan.

(c) Mengatur perhubungan di antara
PPF dengan PPF atau
di antara PPF dengan pekerja-perkerja lain,
di antara PPF dan pihak atasan dalam menyelesaikan sebarang perselisihan atau pertikaian di antara mereka itu dengan cara aman dan bermuafakat atau melalui jentera penimbangtara menurut peraturan peraturan

(d) Memajukan kebajikan PPF dari segi sosial, ekonomi dan pendidikan dengan cara yang sah di sisi undang-undang.

(e) Memberi bantuan guaman kepada PPF berhubung dengan pekerjaan mereka jika dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja.


(f) Memberi bantuan seperti pembiayaan semasa teraniaya atau semasa pertikaian perusahaan jika dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja.

(g) Menganjurkan dan mengendalikan kursus, dialog, seminar dan sebagainya untuk faedah PPF khasnya dan para pekerja amnya.

(h) Mengendalikan urusan mengarang, menyunting, mencetak, menerbit dan mengedarkan sebarang jurnal, majalah, buletin atau penerbitan lain untuk menjayakan tujuan-tujuan PPF ini atau untuk kepentingan PPF jika dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja.



PPF dalam JK Teknikal juga perlu mahir dalam mewujudkan
JK Kerja
JK Pelaksana
JK Pemandu
JK Pemudahcara



Dan antara aktiviti yang pernah dijalankan oleh persatuan PPF ialah :

1. Memperbaiki perhubungan dua hala sesama PPF dalam usaha membantu PPF memahami sesuatu isu / masalah dan seterusnya membantu meningkatkan mutu perkhidmatan dan perkembangan kerjaya PPF.

2. Membantu warga PPF membuat pilihan (informed choices) dan membuat keputusan dalam usaha menambah keselesaaan warga PPF semasa menjalankan tugasan seharian mereka dan mengamalkan kaedah kerja yang sesuai dan efektif

3. Membantu PPF mengenali dan mengatasi isu-isu yang berkaitan dengan perkembangan dan perluasan aspek teknikal dan skop farmaceutical care sepanjang masa.

4. Memperbaiki salah tanggapan oleh PPF terhadap perkembangan semasa dan perancangan masa hadapan yang yang telah di sedialkan dan yang di perlukan oleh rakyat negara ini.

5. Menjalin perhubungan yang berkesan – ‘helping and trusting relationship’. Antara PPF dan PPF dan antara lain-lain perjawatan di farmasi.

Maklumat terkini perjawatan PPF di KKM
pada 31 Dis 2010 ialah :


Gred Jawatan Isi Kosong
U40 12 9 3
U38 37 32 5
U36 116 90 26
U32 459 397 62
U29/U32 2860 2784 76

Jumlah bilangan PPF di KKM berbanding dengan 7046 bilangan PF di KKM

Dengan bilangan PPF yang ramai U40 / U38 / U36 / U32 / U29 U32KUP, pastinya tugasan ini menjadi mudah.

Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal.

Tamat : 17 Oktober 2011
Back to top
View user's profile Send private message
nori



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 120

PostPosted: Thu Oct 20, 2011 11:14 am    Post subject: Reply with quote

FORUM 19 OKTOBER 2011

Salam Satu Malaysia dan selamat bertugas kepada semua PPF.

Nak pendapat kawan semua, patutkah JK Teknikal PPF di perkasakan. Sebab hanya itulah sahaja JK yang di taja oleh KKM bagi kemajuan PPF. Dan dengan mandat yang ada, semua PPF boleh memberikan input dan menghasilkan output. Dan di harap semua PPF tidak semput.

Setiap hari, akan ada sahaja perubahan kepada PPF. Pencen umur 60 pun akan terjadi. Dan semestinya semua PPF perlu bersedia dengan segala perubahan. Bagi tujuan membantu lain lain PPF, segala yang terdapat dalam forum PPF, ianya boleh di copy, paste dan di edit serta di kongsi bersama lain-lain PPF dalam ruangan forum ini. ICT akan mempercepatkan segala kemajuan PPF.

JK Teknikal PPF juga perlu berubah. Draffkan tujuan penubuhan nya. Dan lain lain PPF perlu membantu dalam menjayakan segala perancangan. Rujuk Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bil 2 Tahun 1991, Pengurusan Mesyuarat Berkualiti. Dan jika ada masa lapang, boleh hadir ke Intan, Kursus Pengurusan Mesyuarat dan Penulisan Minit Yang Berkualiti. Bagi PPF selebihnya, teruskan khidmat anda untuk Negara.

Pada hari ini YAB PM telah melancarkan satu program memperkasakan ICT. Semua PPF perlu mahir dalam kreativiti, inovasi dan produktiviti. Pada masa lalu, terma R&D amat popular, tetapi kini kreativiti, inovasi dan produktiviti pula popular.

TUGASAN PPF IALAH MEMPERKASAKAN JK TEKNIKAL PPF MELALUI KTEATIVITI DAN INOVASI:

JK Task Force PPF telah mengadakan mesyuarat yang di hadiri oleh En Mohd Rayya, Ketua Program Farmasi KSKB,Tn Haji Sulaiman Harun, En. Ganesan, En. Nazri Md Esa, Hj Harun Husin, Mr Jong, En Rohin B. Daud, Pengajar Farmasi KSKB, Pn Ong Bee Wah, En. Mohamad Bin Awang , dan Pn Faridah Binti Saidi. Hasil dari mesyuarat tersebut, JK Teknikal PPF telah di bentangkan.

Satu Jawatankuasa Teknikal PPF Malaysia telah ditubuhkan pada 16 November 2009. Jawatankuasa ini di pengerusikan oleh Timb.Pengarah Bhg.Pengurusan Perkhid.Farmasi KKM, Dr.Nour Hanah bt Othman dan dianggotai oleh :

5 Pegawai Kanan BPF KKM
(Lembaga Farmasi, Bhg.A&P,Biro, Kesihatan, Hosp.)

4 Exco Kesatuan,
En.Rohin Daud, En.Razalle Dollah, En.Zamri Arifin dan Tn.Hj.Mohd Noor b Adam.

3 Exco PPFM,
En.Ganesan G.Narayanan, Hjh.Khamsiah bt Brahim, Tn.Hj.Sulaiman b Harun

4 wakil PPF ,
Puan Faridah Saidi, Hjh.Norhaini bt Othman, Puan Juriah bt Wakidi, En.Talib b Tawil,

1 wakil Sabah En.Johnson Chin Nyat Min.

1 wakil Sarawak. En.James Yiek Hua Kuong

Urusetia JK Teknikal : En.Muhammad B Awang PPF dan Tn Hj.Abd Ghani b Yusof


JK Teknikal perlu mengadakan Pre Mesyuarat sehari sebelum Mesyuarat JK Teknikal.


DARFF TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JK TEKNIKAL PPF :

1. Untuk menjaga dan meningkatkan nama baik dan kepentingan profesion PPF

2. Mempertahankan dan meninggikan taraf dan etika profesion PPF

3. Untuk menggalakkan dan mengembangkan ilmu kefarmasian.

4. Memupuk hubungan professional dalaman dikalangan PPF

5. Berhubung dan bekerjasama dengan mana-mana organisasi demi kemajuan profesion PPF.

6. Menjadi wadah untuk PPF menyatakan pendapat dan pandangan dalam perkara yang menyentuh profesion PPF.

7. Mengorganisasikan aktiviti PPF dan memajukan kepentingan mereka dalam bidang perhubungan perusahaan, kemasyarakatan dan ilmu pengetahuan.

8. Mengatur perhubungan di antara pekerja dengan majikan bagi maksud melaksanakan perhubungan perusahaan yang baik, meningkatkan daya pengeluaran dan memperolehi serta mengekalkan bagi PPF keselamatan pekerjaan, sukatan gaji yang adil dan sesuai serta syarat-syarat pekerjaan yang berpatutan.

9. Mengatur perhubungan di antara PPF dengan PPF atau di antara PPF dengan pekerja-perkerja lain,
di antara PPF dan pihak atasan dalam menyelesaikan sebarang perselisihan atau pertikaian di antara mereka itu dengan cara aman dan bermuafakat atau melalui jentera penimbangtara menurut peraturan peraturan

10. Memajukan kebajikan PPF dari segi sosial, ekonomi dan pendidikan dengan cara yang sah di sisi undang-undang.

11. Memberi bantuan guaman kepada PPF berhubung dengan pekerjaan mereka .


12. Memberi bantuan seperti pembiayaan semasa teraniaya atau semasa pertikaian perusahaan .

13. Menganjurkan dan mengendalikan kursus, dialog, seminar dan sebagainya untuk faedah PPF khasnya dan para pekerja amnya.

14. Mengendalikan urusan mengarang, menyunting, mencetak, menerbit dan mengedarkan sebarang jurnal, majalah, buletin atau penerbitan lain untuk menjayakan tujuan-tujuan PPF ini atau untuk kepentingan PPF jika dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja.


Seterusnya JK Teknikal PPF perlu mendokumenkan tujuan penubuhan JK Teknikal PPF.
Seterusnya dalam tindakan JK Teknikal, semua PPF dalam JK Teknikal juga perlu mahir dalam mewujudkan
JK Kerja
JK Pelaksana
JK Pemandu
JK Pemudahcara

Draff Kertas Kerja PPF yang telah di sediakan :
Permohonan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal
Tunggakan gaji Diploma Sejak 1993
Penempatan U36 di Regional Hospital Seluruh Negara
Penempatan PPF Di Unit Penguatkuasaan
Menempatkan Minima 2 PPF Di Setiap KK Seluruh Negara
Penempatan PPF Di Pusat maklumat Ubat (PMD) Di Hospital Seluruh Negara
Permohonan Kursus Pos Basik Tambahan Bagi PPF
Permohonan Elaun Khas PPF Bertugas Di Unit Saitotoksid
( 8 Kertas Kerja yang perlu di pertingkatkan kualitinya )


Semua professional sains kesihatan bersekutu (AHP) telah melangkah jauh kerana sejak tahun 2000 mereka telah mengatur langkah, sebagaimana RESOLUTION OF DIRECTORS’ CONFERENCE 2000

Theme : “ Enhancing Patient Centred Service Through Teamwork “
7 – 9 September 2000, Genting Highlands, Pahang

The Director’s Conference 200 after deliberating on the theme “ Enhancing Patient Centred Service Through Teamwork “ with the main objective of enhancing the role of Allied Health Professionals (AHP) in meeting the future health needs, acknowledges ;

• That the AHP is agroup of professionals with varying work functions in health care who share common objectives of providing quality health services to individuals, families and communities;

• That to be person centred, the future health system shall be guided by the eight health services goals viz.

i. Wellness focus
ii. Person focus
iii. Informed person
iv. Self help and self care
v. Care provided at home or close to home
vi. Seamless and continuous care
vii. Services tailored to need of individuals and groups
viii. Effective, efficient and affordable care;

• That the future health care system shall be geared towards faciliting and sustaining lifelong wellness to individual, families and communities;

• That there are shortfalls and gap in ensuring delivering of person centred services which include:

= non equitable distribution and shortage of human resource for health;
= compartmenttalisation and territoriality of professional groups;
= inappropriate organizational structure;
= inadequate information system and communication mechanism;
= poorly coordinated policies;
= poor career development opportunities;

• That the imformation and communication technology (ICT) as an enable, shall be optimally applied in health care delivery; and

• That there is a need to strengthen intergration of services through virtual, horizontal and vertical intergration and team work


Thereby resolves :

That the Ministry of Health shall accelerate the transformation of current health system which is provider centred into one that is person and community centred, built upon effective teamwork and to fully optimize the role of Allied Health Professionals (AHP),

The Conference hereby recommends :
i. that the role of Allied Health Professionals be enhanced to meet the needs of the future health services through empowerment and improved professional competency;

ii. that due considerations be given to address the legal, ethical and administrative implication arising from the empowerment and enhancement of AHP;

iii. for a reappraisal of current policies, organisational structure and work processes to facilite the transformation process;

iv. that opportunities be inentified for greater involvement of AHP in all areas of care especially with the introduction and availability of telehealth;

v. that professional proficiency be raised and sustained through structured programmes and activities that include short-term course, attachments and fellowships locally or abroad for continuing professional development;

vi. that a conductive work environment be created and natured through motivation, effective leadership, provision of physical and psychosocial support and flexibility thereby facilitating career development;

vii. for the creation of learning opportunities for AHP by optimizing usage of information and communication technology ICT) ;

viii. for the provision of conducive service environment through the redesigning and implementation of career pathways for AHP thus providing greater opportunities for career advancement in recognition of their enhance rples, duties and responsibilities; and

ix. that step be taken to address the problems of shortage, mix and non-equitable distribution of AHP to support their enhance role.

The Conference having resolved and made the above recommendation, affirms:
i. that the Medical Development Division shall be the secretariat to coordinate and implement these recommendations; and

ii. that the recommendations of the three workshop groups be reffered to in its implementations

EXISTING CAREER PATHWAY FOR ALLIED HEALTH PROFESSIONAL IN KKM

U 29 Diploma level


1 st Promotion

U 32 ( 8 to 10 years of service as U 29, 5 years service as U 29 minimum )

2 nd Promotion

U 36 ( 3 years service as U 32 minimum )

3 rd Promotion


U 38 ( 3 years service as U 36 minimum )


4 th Promotion


U 40 ( 3 years service as U 38 minimum )

Dari resolusi diatas, banyak perkara telah di sentuh dan ianya adalah bertujuan meningkatkan mutu perkhidmatan dan perkembangan kerjaya .

Bagi pihak PPF hanya dua perkara yang perlu di kemaskinikan iaitu :
Pertama : JK Teknikal PPF perlu menjadi sekateriat bagi semua aktiviti PPF
Kedua : PPF perlu merangka kertas kerja perkembangan kerjaya sebagaimana yang di bentangkan.

ULANG TAHUN PPF KE 50 Jubilee Emas

Kursus Pembantu Farmasi telah dijalankan di Malaysia semenjak bulan September 1957 dan telah melatih 3258 orang Penolong Pegawai Farmasi dan seramai 162 orang Pembantu Makmal Kimia Ubat. Pada mulanya kursus ini dijalankan di premis Sekolah Latihan Kejururawatan, Pulau Pinang. Pada tahun 1964, kursus ini dipindahkan ke premis Makmal Ubat dan Stor, Petaling Jaya, Selangor yang sekarang ini dikenali sebagai Biro Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Kolej Pembantu Farmasi mula berpindah ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh, pada September 2004 di bawah sistem pentadbiran yang berintegrasikan secara bersepadu di bawah satu bumbung dengan lain-lain program sains kesihatan. Buat masa ini kolej ini menjalankan kursus peringkat Diploma berdasarkan kurikulum baru yang berpandukan system mata kredit (CGPA) dengan pengambilan dua kali dalam setahun iaitu pada bulan Januari dan Julai.

Tujuan utama kursus ini adalah untuk member latihan di dalam bidang penjagaan Farmaseutik dan seterusnya bagi memenuhi keperluan perlaksanaan perkhidmatan kesihatan di Negara ini.

Dengan kemajuan penjagan kesihatan dan perkembangan perkhidmatan Farmasi, kursus yang dikendalikan diperingkat Diploma ini diharap dapat meningkatkan kemahiran anggota dalam memberi perkhidmatan kesihatan yang semakin mencabar.

System pengajian kursus ini yang menggunakan Penilaian Mata Kredit (CGPA) mengambil masa tiga tahun latihan yang merangkumi enam semester pengajian di mana dalam Tahun 1, Semester 1 dan 2 dan Tahun 2 Semester 1, kursus ini dikendalikan di Kolej Kesihatan Sains Bersekutu, Sungai Buloh dan untuk pengajian Tahun 2, Semester 2 dan Tahun 3, Semester 1, pelatih-pelatih ditempatkan menjalani latihan praktis di hospital-hospital kerajaan atau klinik-klinik kesihatan manakala untuk tahun 3 semester 2, pelatih-pelatih dikehendaki balik semula ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu untuk melengkapi semester akhir.

Kementerian Kesihatan Malaysia dalam perancangannya yang terdekat sedang beruasaha untuk memperkembangkan kursus Diploma Penolong Pegawai Farmasi di bawah Kolej Sains Kesihatan Bersekutu di negeri Perak dan Sabah untuk tahun-tahun akan datang.

KETUA PROGRAM : ENCIK ARIFFIN BIN SUTAN
TENAGA PENGAJAR:
ENCIK MOHD SANI BIN NAWI
PUAN ZORAINA BINTI ABD. KADIR
CIK CHUAN LEE PHING
PUAN AYUZELITA BINTI OSMAN
ENCIK ALIODIN BIN DAMSAH
ENCIK TAUFIK SHAHIDI BIN JA’AFAR
PUAN JARAH BINTI MAT
PUAN SHANTY A/P SUPPLIMONYAN
PUAN FAIRULIZA BINTI SABRAN
CIK NIK HASNIDA BINTI NIK LEH
PUAN DAHLIA BINTI ABDUL WAHAB@DOL

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU SUNGAI BULOH

"Malaysia adalah sebuah Negara yang berkembang maju dengan pesatnya sejak kemerdekaan. Begitu juga dengan bidang kesihatannya. Ia telah menempuh era perubahan dengan begitu pantas dan kemajuan dalam bidang ini adalah amat membanggakan Negara."

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membina banyak hospital dan pusat kelengkapan moden yang dilengkapi dengan peralatan canggih bagi memastikan Negara tidak ketinggalan dalam arus perubahan dan kepesatan kemajuan bidang perubatan dan kesihatan. Di samping itu, tenaga pekerjanya yang terdiri dari kumpulan professional dan sokongan sentiasa dilatih dari semasa ke semasa agar berupaya memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti tinggi selaras dengan kehendak pelanggan.

Sedar akan keperluan perkhidmatan professional kesihatan yang semakin tinggi, kerajaan melalui KKM telah mewujudkan pusat-pusat latihan yang meliputi sebelas bidang dibawah rancangan Malaysia yang ke-7, kolej-kolej latihan tersebut disusun berkonsepkan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB). Konsep ini menjurus kepada pengurusan berpusat di mana segala kemudahan pengajaran, pembelajaran, pentadbiran, pengurusan keawangan dan kemudahan fizikal di bawah satu bumbung pentadbiran. Lima Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) telah diluluskan pembinaannya termasuklah di SG. Buloh, Kota Kinabalu, Kuching, Johor Bahru dan Hulu Kinta.

Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh merupakan kolej pertama yang dibina dengan kapasiti pelajar 3000 orang di atas tapak seluas 28 hektar. Kampus induknya yang tersergam indah mempunyai lapan blok asrama yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuklah riadah.

Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh mula beroperasi sepenuhnya pada penghujung tahun 2004. Kini terdapat lebih kurang 2700 orang pelatih yang terdiri dari enam program termasuklah Kejururawatan, Radiografi dan Radioterapi, Fisioterapi, Jurupulih Carakerja, Penolong Pegawai Farmasi dan Kesihatan Persekitaran. Wawasan kolej ini adalah untuk menjadi sebuah institusi latihan kesihatan yang moden, berintegrasi dan cemerlang, di samping berupaya menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang memenuhi keperluan semasa. Inilah objektif bersama yang mesti dicapai oleh semua warga Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh khususnya.

Pada hari ini, YB Timbalan Menteri kesihatan telah mengumumkan bahawa Klinik Satu Malaysia Bergerak ( KSM-B) akan di wujudkan setiap radius 25 KM dari KK sedia ada, terutama di sabah dan Sarawak. Dan semestinya PPF juga bertugas di KSM-B, kerana 2 PPF bertugas di KSM sedia ada pun masih samar-samar. KSM di buka 365 hari setahun, dan tugasan PPF gantian amat perlu.


Juga dinyatakan dengan amat jelas pada masa ini nisbah Dr dan penduduk ialah 1:927 di semenanjung dan 1:2000 di Sabah dan Sarawak. Standard dunia nisbah Dr dan penduduk ialah 1:600. Dan ini bermaksud, Malaysia masih kekurangan Dr, dan peluang masih terbuka luas bagi pelajar perubatan. Ini juga telah menyumbang kepada perlancongan kesihatan di Malaysia dan pada 2010 43,000 orang telah datang ke Malaysia bagi tujuan tersebut dan menyumbang RM430 juta kepada pendapatan Negara.

Tetapi bagi nisbah PPF, PPF sendirilah kena kira dan bentangkan. Kerana tiada kajian di buat terhadapnya. Rujuk jadual di bawah dan bahagikan dengan 28 juta penduduk Negara ini. Tentu akan dapat nisbahnya. Dan seharusnya persatuan PPF perlu mengambil langkah pro aktif dalam mendaftarkan semua PPF di Negara ini, walaupun mereka tidak menjadi ahli. Dan selepas itu, barulah segala perancangan persatuan PPF akan menjadi. da)

Maklumat terkini perjawatan PPF di KKM
pada 31 Dis 2010 ialah :


Gred Jawatan Isi Kosong
U40 12 9 3
U38 37 32 5
U36 116 90 26
U32 459 397 62
U29/U32 2860 2784 76

Jumlah bilangan PPF di KKM berbanding dengan 7046 bilangan PF di KKM.

Dr adalah tidak terlatih dalam mendispen, tetapi mengapa undang-undang membenarkan mereka mendispen. Tetapi apabila bilangan PF dan PPF di Negara ini sudah mencukupi, mungkin hanya PF dan PPF sahaja di benarkan mendispen ubat dan Dr hanya menulkis preskripsi sahaja. Bila , hanya masa sahaja yang menentukan.


MESYUARAT SAINTIFIK PPF : 44 KERTAS KERJA
( Perancangan : Akhir Disember 2011 )

1. BEBAN TUGAS PPF, MENGAPA DIAMBIL RINGAN – ytracis
2. TPN, TDM, CDR – topup, afiq82
3. DISPENSING SEPARATION – afiq82
4. TUGAS – TUGAS SEBENAR PPF –gurles
5. BELAJAR BUAT BLOG & BLOG PPF –jaya18, cheloski
6. SIAPA BERMINAT UTK MENGANGGOTAI KAJIAN / PROJEK – cheloski
7. TWO YRS TOP UP DEGREE IN PHARM. SC & TECH. – cheloski
8. BAGAIMANA DENGAN IMEJ PROFESYEN KITA- jaya18
9. MERAPATKAN SILARATULROHIM SESAMA KITA – jaya18
10. PENGUMUMAN PENTING UNTUK PARAMEDIK BERIJAZAH –aini
11. UBATAN YANG GUNA BAHAN RADIOAKTIF – awan_biru85
12. PPF SEMAKIN SEDIKIT – sherry
13. FARMAKOKINETIK – imzal82
14. SOFT SKILL YANG PERLU ADA SEBAGAI PPF – yasmin
15. MELANJUTKAN PELAJARAN DALAM BIDANG FARMASI – yasmin
16. LALUAN PPF UNTUK MENJADI PEGAWAI FARMASI – atokpencen
17. SENARAI TUGAS PPF – liza
18. TUGAS ATAU TANGGUNGJAWAB PPF – babeywanyda
19. JADILAH AHLI PERSATUAN / KESATUAN – sudahbagus
20. YANG BERACUN DI SEKELILING KITA – kainkapan
21. UBAT PRE PACK SEDIA ADA, APA KOMPLIKASINYA – akoizer
22. PPF DAH RAMAI MASUK KK – nustrule
23. PERSATUAN PPF – yangdipertua
24. POS BASIK PPF – hius200
25. HALATUJU PPF 2010-2015 – hius2007
26. APA SUDAH JADI NASIB PPF – mamatwins
27. LUKA LAMA BERDARAH KEMBALI – zaha
28. PIAGAM / LEMBAGA UTK PPF – kamalbaharin
29. JANGAN TAKUT PADA BAYANG SENDIRI – arifhti
30. 5S & ISO, MANA YG PATUT DI DAHULUKAN – ahmadmohgudang
31. SPUB – dhiyamirza
32. MENGAPA PERLU ADA JURANG ANTARA PPF / PF – mohdrashid
33. PERLUKAH ICT DI APLIKASIKAN DLM TUGAS PPF – mohdrashid
34. PERSIDANGAN PPF PERINGKAT KEBANGSAAN – mohdrashid
35. SELAIN PPFM / KKPFKMB, CARA LAIN MENYATUKAN PPF – mohdrashid
36. TEMPOH MASA MENUNGGU JADI KPI PPF – mohdrashid
37. PERLUKAH PPF BERADA DI UNIT PENGUATKUASAAN – mohdrashid
38. NAMA KOMERSIL VS NAMA GENERIK , MANA YANG BAIK – mohdrashid
39. PENGALAMAN PPF YG BLH JD PANDUAN N TAULADAN – mohdrashid
40. PERLUKAH PPF ADA UNIFORM – mohdrashid
41. ELAUN KRITIKAL –faizal@33
42. ABM 8 PPF – faizal@33
43. RISIKO UBAT – rahitse
44. PPF DI BIDANG PENGUATKUASAAN – amru_asyraf

Pembentangan Kertas Kerja perlu mengandungi tajuk tajuk seperti berikut, dan lain-lain maklumat yang relevan,

• Pendahuluan
• Kronologi Masaalah
• Permohonan PPF
• Latarbelakang Masaalah
• Alasan Permohonan
• Lain-Lain Alasan
• Data-Data Sokongan
• Penutup

Penyediaan dan pembentangan kertas kerja yang terkini dan rapi amat diperlukan kerana segala maklumat dan fakta akan berubah setiap saat dan PPF perlu mengemaskinikannya sepanjang masa.

Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal.



Tamat : 19 Oktober 2011
Back to top
View user's profile Send private message
nori



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 120

PostPosted: Thu Nov 10, 2011 10:11 am    Post subject: Reply with quote

FORUM 10 NOVEMBER 2011

Salam Satu Malaysia dan selamat bertugas kepada semua PPF.

Nak pendapat kawan semua bagaimana mutu dan martabat PPF boleh ditingkatkan, kerana pada masa ini aktiviti tertinggi PPF ialah Mesyuarat JK Teknikal PPF. Segalanya bermula di sini dan berakhir di sini. Jika JK Teknikal pun masih belum berupaya melakukanya, maka semua PPF akan mendapat kesan daripadanya samaada positif dan negatif. Dan sewajarnyalah semua PPF membantu menjayakan aktiviti dan perlaksanaan segalanya nya daripada JK Teknikal PPF. Seterusnya,

Pertama, PPF alaf baru perlu berubah seiring dengan perubahan semasa, samaada secara sedar ataupun tidak sedar. PPF juga perlu memahat dalam diri agar terus berusaha sehinggalah bersara wajib pada usia 60 tahun. Perkara ini pasti menjadi kenyataan sebab apabila borang tawaran bersara pada 60 tahun diedarkan, semua PPF perlu menandatanganinya. Ini adalah kerana ianya dapat secara pakej. Naik gaji, tambah usia persaraan dll, datang secara sekaligus. Jika PPF tidak tandatanganinya, bermaksud kekal dalam sisitem SSM yang berkuatkuasa kini.

Kedua, tetapi apabila usia telah meningkat, tenaga menjadi lemah, rambut menjadi puteh, mata menjadi kabur dan pergerakkan menjadi perlahan, maka wajarlah semua PPF yang berumur 60 tahun di naikkan pangkat secara automatic ke PPF U40. Sebab kerja U40 ialah ……, tak macam U29/U32KUP yang kerjanya takkan habis sehinggalah jam 5.00 petang.

Ketiga, PPF y/m U32/U36/U38/U40, perlulah mengedarkan hasil setiap perbincangan, taklimat, mesyuarat dll melalui ICT kerana PPF U29/32KUP memang tidak pernah di jemput menghadiri aktiviti berkenaan. Tetapi jika PPF y/m tersebut tidak mahu berkongsi maklumat tersebut, maka jadilah PPF tersebut syok sendiri dan amat cerah dan berpeluang untuk di naikkan pangkat seterusnya. Ini adalah tradisi dalam PPF dan sebab itulah jika PPF tersebut mempunyai kelayakan tambahan, memang tak kan naik pangkat. Dan jika tiada pos basic pun, boleh naik pangkat jika mengamalkan tradisi tersebut. Sebab itulah semua bakal PPF U40 telah di kenalpasti terlebih awal sebelum iklan kekosongannya di edarkan.

Kempat, PPF juga perlu memperkasakan :
Mesyuarat Jabatan Farmasi
Mesyuarat MBJ peringkat PTJ
Mesyuarat Pengurusan PPF peringkat negeri
Mesyuarat MBJ Peringkat Negeri
Mesyuarat Pengurusan PPF peringkat kebangsaan
Mesyuarat PPF bersama KSU KKM
Mesyuarat JK Teknikal PPF
Dll.

Kelima, maklumat terkini perjawatan PPF di KKM
pada 31 Dis 2010 ialah sebagaimana pada muka surat 31 Bahagian Sumber Manusia KKM – Perjawatan Pada Dis 2010:


Gred Jawatan Isi Kosong
U40 12 9 3
U38 37 32 5
U36 116 90 26
U32 459 397 62
U29/U32 2860 2784 76

Jumlah jawatan kosong PPF di KKM = 172

Jumlah bilangan jawatan PPF di KKM ialah 3484 jawatan berbanding dengan 7046 bilangan PF di KKM

Dengan bilangan PPF yang ramai U40 / U38 / U36 / U32 / U29 U32KUP, pastinya tugasan JK Teknikal menjadi mudah.

Keenam, pakar mathematic dalam PPF masih belum menonjol. Ini adalah kerana jika di lihat mukasurat xxi ( 21 pada pendahuluan BSM KKM )
Bilangan Jawatan PPF = 3502
Jawatan PPF Yang Diisi = 3315
Jawatan Kosong PPF = 187

Terdapat perbezaan sebanyak 15 orang PPF yang hilang iaitu perbezaan antara muka surat xxi dan muka surat 31.

Ketujuh, dan seharusnya, bilangan PPF di KKM pada 31 Dis 2011, perlulah dikira secara teliti oleh PPF sendiri, sebab pengiraan dari lain-lain staff, akan mempunyai jawapan yang tersendiri.

Kelapan, memang ada usaha dari persatuan dan kesatuan bagi menambah bilangan PPF di Negara ini, tetapi bilangan yang ada pun masih tercicir dalam menjadi keahlian persatuan dan kesatuan. Jika ramai, lagi lah haru biru.

Kesembilan, sambutan ulangtahun PPF. SN ada hari jururawat, PPP ada hari MA, PPF masih kabur sebab JK penggerak masih belum di wujudkan. Tetapi jika nak mudah, ringkas, pantas, berupaya, dan berkarisma, sambutlah hari PPF pada 1 Januari setiap tahun, iaitu bersamaan dengan tahun baru, cuti dapat, rehat pun dapat.

Kesepuloh, terdapat beberapa jenis Kliniik Kesihatan (KK) di KKM, dan pembahagian tugas serta pengagihan jawatan PPF antara KK tersebut perlulah di rancang agar ianya bertepatan dengan kehendak terkini pelanggan. Perkara ini pernah di bincangkan semasa mesyuarat JK teknikal PPF tempoh hari dan perkembangan yang terperinci masih belum di siapkan maka wajarlah semua PPF memberikan bantuan dan sokongan dalam menjayakanya. Pembahagian nya adalah seperti berikut :-

KK Jenis 1 ( 32 PPF + 2 )
KK Jenis 2 ( 26 PPF + 2 )
KK Jenis 3 ( 20 PPF + 2 )
KK Jenis 4 ( 12 PPF + 1 )
KK Jenis 5 ( 4 PPF + 1 )
KK Jenis 6 ( 3 PPF + 1 )

Kesebelas, juga terdapat beberapa katogeri hospital KKM di Negara ini, dan sudah semestinya ianya di katogerikan oleh Dr. Seharusnya PPF berkerja rapat dan bekerjasama dengan Dr dalam menyediakan perkhidmatan PPF yang komprehensif dan sejajar dengan perkembangan lain-lain perkhidmatan di KKM.
Antara jenis hospital yang telah di kenalpasti ialah :-

Hospital Besar
Hospital Pakar Utama
Hospital Pakar Kecil
Hospital Daerah Tampa Pakar

Keduabelas, semasa permohonan projek baru oleh KKM, kerajaan telah menetapkan kadar keluasan tapak projek tersebut, iaitu seperti berikut:-

Klinik Desa ( Luas 1-2 ekar )
Klinik Kesihatan Jenis 3 ( Luas 3 ekar )
Klinik Kesihatan Jenis 2 ( Luas 5 Ekar )
Hospital kurang dari 100 katil ( Luas 25-30 ekar )
Hospital lebih dari 100 katil luas ( 30-50 ekar. )

Dan seharusnya PPF juga boleh merancang agar bangunan farmasi di sediakan secara teratur dan berkesan. Ini termasuklah perkhidmatan pandu lalu farmasi.

Ketigabelas ialah berkaitan dengan pembekalan plastic bekas ubat ( medicine plastic bag ) kepada semua pesakit di pesakit luar. Pada masa ini terdapat hospital / KK yang tiada membekalkan plastic tersebut dengan berbagai alasan yang kukuh dan berpatutan. Usaha membekalkan plastic bag kepada pesakit semasa mengambil ubat adalah satu usaha murni. Ini dapat mengelakkan ubat tersebut rosak, tercicir dan bercampur, apabila dua pesakit adik beradik mendapatkan bekalan ubat ubatan. Semua alasan untuk tidak membekalkan plastic bag adalah wajar tetapi jika alasan RM yang dikemukakan, jalan penyelesaian yang mudah telah tersedia. Iaitu gunakan RM dari program promosi kesihatan . Cetaklah apa-apa pun maklumat pada plastic bag tersebut. Pada masa kini kempen Kenali Ubat Anda di gunakan. Pada masa hadapan, gunalah apa-apa pun kempen, yang penting ialah semua pesakit akan mendapat plastic bag bagi mengisi ubat untuk di bawa pulang. Pastinya PPF tidak terlibat dalam promosi kesihatan. Oleh itu, bekerjasama lah dengan Dr, SN, PPP , dll staff dalam mendapat peruntukan bagi membeli plastic bag tersebut.

Keempatbelas dan yang terakhir, memandangkan usia persaraan akan di naikkan ke pada 60 tahun, maka sewajarnyalah semua PPF bersedia dari segi fizikal dan mental dalam menghadapinya. Justeru itu, amatlah diharapkan agar semua PPF menjadi ahli persatuan dan kesatuan demi masa depan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.


Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal.



Tamat : 10 November 2011
Back to top
View user's profile Send private message
nori



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 120

PostPosted: Wed Feb 22, 2012 10:40 pm    Post subject: Reply with quote

SELAMAT TAHUN BARU 2012 ,

Forum 22 Feb 2012.

Semua cadangan dan pendapat yang di utarakan di bawah, adalah di lihat dari sudut akademik / ilmiah dan seharusnya juga semua PPF melihat perkara di atas dari perspektif dan sudut yang sama juga agar ianya tidak menyimpang dari tujuan dan matlamat asal serta mempunyai natijah yang sama.

Selamat Bertugas kepada semua PPF :

Perjalanan PPF pada tahun 2012 adalah seperti biasa sahaja dan sila pastikan setiap bulan terdapat aktiviti PPF dan semua PPF perlu menghadirinya. Mengikut KMK dan KIK, Plan, Do, Check and Action. Hanya PPF yang tentukan.

Apa pun menuntut ilmu adalah penting, teruskan en Zaha, jangan undur.

Aktiviti PPF Tahun 2012 :

Januari
Februari
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
September
Oktober
November
Disember

3 Mac 2012 Persidangan PPF Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan, di Dewan Bahagia, Hospital Bahagia, Hulu Kinta, 32950 Tanjong Rambutan Perak. Semua PPF yang ingin menambahkan ilmu, bolehlah menghadirkan diri. Sijil kehadiran bagi mata cpd akan diberikan 20 markah bagi persidangan dan 5 markah bagi ahli kesatuan PPF. Jumlahnya 25 markah you.

Permohonan PPF dalam SBPA agar semua PPF U32 Hakiki dan KUP di pindahkan ke matagaji T6 dalam SBPA telah mendapat maklumbalas dari MOHD FAUZI MOHD ISA – SBPA.JPA. dan di harap semua PPF yang berkenaan boleh menarik nafas lega . Keputusan muktamad adalah terserah kepada Jabatan Peguam Negara, Jabatan Akauntan Negara dan JPA.

PPF perlu meneruskan perjuangan yang masih belum selesai. Antaranya ialah kursus pos basic dan Advance Diploma dan setaraf dengan Ijazah. Di mana nak belajar dan apakah kursusnya , tyerserah kepada budi bicara bijak pandai PPF . Kesatuan dan persatuan hanya membantu sahaja. Mengikut maklumat terkini, Diploma in Pharmacy PPF telah mencapai 93 kredit hour. Sedangkan ijazah memerlukan minima 120 kredit hour. Oleh itu semua PPF kena tambah lagi 27 kredit hour dan selepas tu, boleh terus di iktiraf sebagai Ijazah. Antara bidang yang boleh di pelajari bagi baki 27 kredit hour ialah di UiTM, seperti berikut :


Pada Jun 2007, sebuah UiTM ada mengeluarkan tawaran Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) dalam bidang-bidang farmasi seperti berikut

( Phd 38 Bidang dan Sarjana 17 Bidang ) :

Cardiopharmacology,
Social Pharmacy,
Pharmacy Education,
Toxicology ( General & Target Organ Toxicology ),
Pharmacy Practice,
Radiopharmacy, Physiology,
Pharmaceutics : Drug Delivery / Physical Pharmacy ,
Pharmacy Management,
Pharmaceutical Biotechnology,
Pharmacoinformatics,
Pharmacognosy,
Toxicogenomics,
Pharmacogenomics,
Evidence- Based Pharmacy Practices,
Biocomputing,
Pharmaceutical Bioprocessing
Neuropharmacology,
Pharmaceutical Engineering,
Neurotoxicology,
Pharmacoeconomics,
Forensic Pharmacy,
Forensic Toxicology,
Genetic Toxicology,
Environmental Toxicology,
Immunotoxicology,
Pharmaceutical Chemistry: Drug Synthesis,
Endocrine Pharmacology,
Cancer Pharmacotherapeutics,
Pathophysiology,
Pharmaceutical Chemistry : Combinatorial Chemistry,
Pharmaceutical Analysis,
Cosmeceuticals,
Nutraceuticals,
Phytochemistry,
Veterinary Pharmacy,
Marine Biopharmaceuticals,
Sport Pharmacy,

Sememangnya Negara ini memerlukan PPF yang berdaya saing, berilmu dan kompetant. Oleh itu dapatkan Advance Diploma dan Pos Basik. Jika perlu, semua PPF sambung belajar dan jadi pengajar PPF basic dan pos basic.

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 1991
Panduan Pengurusan Mesyuarat

Tujuan

Latarbelakang

Tanggungjawab Urusetia

Tindakan-tindakan Pra Mesyuarat

Timdakan-tindakan Semasa Mesyuarat

Tindakan-tindakan selepas Mesyuarat

Dll.

Jika ada kelapangan, semua PPF perlu mengikuti kursus ini di Intan. Ianya boleh di pohon secara on line. Dan selepas itu, barulah nasib dan masa depan PPF terbela.

Antara mesyuarat yang melibatkan PPF ialah

Mesyuarat JK Teknikal PPF bersama Ketua Profesyen.

Tetapi sehingga kini, ramai PPF masih belum menerima minit mesyuarat tersebut ataupun segala maklumat apa yang di bincangkan.

Maka itulah betapa pentingnya Urusetia setiap mesyuarat.


Semua cadangan dan pendapat yang di utarakan di atas, Adalah di lihat dari sudut akademik / ilmiah dan seharusnya juga semua PPF melihat perkara di atas dari perspektif dan sudut yang sama juga agar ianya tidak menyimpang dari tujuan dan matlamat asal serta mempunyai natijah yang sama. PPF perlu meningkat IQ, EQ dan SQ . Selamat Maju Jaya PPF.

Tamat : 22 Feb 2012
Back to top
View user's profile Send private message
nori



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 120

PostPosted: Sun Jul 08, 2012 11:08 pm    Post subject: Reply with quote

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Salam Satu Malaysia dan Selamat Bertugas kepada semua PPF

Segala cadangan, persoalan, coretan, nukilan, permerhatian, saranan dan pandangan berikut, adalah di lihat dari sudut akademik / ilmiah dan semua PPF juga melihatnya dari sudut perspektif yang sama juga, agar ianya memberikan natijah yang sama, tampa terdapat perbezaan dari perpektif ergonomik .


USOL AGM KESATUAN PPF TAHUN 2012 DI IPOH PERAK ( 13 JULAI 2012 – 15 JULAI 2012 )

KESATUAN PPF PERLU MENYALURKAN SEGALA PERJUANGAN PPF SECARA BIJAKSANA, BERHEMAH, BERPRINSIP DAN BERTERUSAN KEPADA PIHAK YANG BERKAITAN, IAITU JK TEKNIKAL PPF.

Satu Jawatankuasa Teknikal PPF Malaysia telah ditubuhkan pada 16 November 2009? Jawatankuasa ini di pengerusikan oleh Timb.Pengarah Bhg.Pengurusan Perkhid.Farmasi KKM, Dr.Nour Hanah bt Othman dan dianggotai oleh 5 Pegawai Kanan BPF KKM (Lembaga Farmasi, Bhg.A&P,Biro, Kesihatan, Hosp.) dan 4 Exco Kesatuan, 3 Exco PPFM, 4 wakil PPF , 1 wakil Sabah dan 1 wakil Sarawak. Wakil PPFM ialah En.Ganesan G.Narayanan, Hjh.Khamsiah bt Brahim, Tn.Hj.Sulaiman b Harun dan wakil utk Kesatuan pula ialah En.Rohin Daud, En.Razalle Dollah, En.Zamri Arifin dan Tn.Hj.Mohd Noor b Adam. Wakil PPF ialah Puan Faridah Saidi(CPD-PTK), Hjh.Norhaini bt Othman(HKL), Puan Juriah bt Wakidi(Labuan), En.Talib b Tawil(Biro). Wakil Sarawak ialah En.James Yiek Hua Kuong dan wakil Sabah ialah En.Johnson Chin Nyat Min. Urusetia JK ini ialah Ketua Profesion En.Muhammad B Awang PPF U40 dan juga Tn Hj.Abd Ghani b Yusof, PPF U38 BPF KKM. Semoga dengan penubuhan JK ini, PPF akan lebih cemerlang dan maju kehadapan ! Jika ada sebarang masalah yang perlu di bangkitkan, sila hubungi nama-nama seperti yang tertera diatas dalam Jawatankuasa ini.


Pekeliling dari Lembaga Farmasi Malaysia KKM-55/BPF/101/004/05 JLD. (14) bertarikh 14 Jun 2012 telah pun diedarkan bersama borang pendaftaran. Pendaftaran ini adalah pendaftaran secara ADMINISTRATIF. Tuan/puan dikehendaki menyediakan perkara-perkara seperti berikut: 1. Maklumat Perkhidmatan. 2. Salinan Sijil/Diploma masing-masing yang telah disahkan oleh Pegawai y/m tempat bertugas. 3. 2 keping gambar berwarna (terkini) yang ditulis nama dan ic dibelakang gambar. Bagi lelaki sama ada beruniform atau baju berkolar dan bertali leher, bagi perempuan sama ada beruniform atau berpakaian sopan. Bagi mereka yang kehilangan atau rosak sijil/diploma sila membuat satu salinan surat sumpah dan memohon kembali sijil masing-masing dengan membuat satu surat kepada Kolej Sains Kesihatan Bersekutu.

Segalanya bermula pada 13 Julai 2012 dan setelah segalanya di kumpulkan, ianya akan di bincangkan semasa seminar pada 14 Julai 2012 dan seterusnya ianya akan di majukan semasa AGM pada 15 Julai 2012, dan selepas 365 hari, segala hasil dari usol dan usaha tersebut akan di bentangkan. Seterusnya semua PPF perlu bersedia bagi AGM tahun 2013 pula dan tuan rumah yang terpilih ada masa selama 365 hari bagi membuat persediaan.


Segala cadangan, persoalan, coretan, nukilan, permerhatian, saranan dan pandangan diatas, adalah di lihat dari sudut akademik / ilmiah dan semua PPF juga harus melihat perkara yang sama dari sudut perspektif yang sama juga, agar ianya tidak memberikan natijah yang berbeza dari beberapa sudut dan ergonomic.


Selamat Maju Jaya PPF.


Tamat : 8 Julai 2012
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    www.ppfmy.com Forum Index -> Diskusi Ahli Forum All times are GMT + 8 Hours
Page 1 of 1

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum


Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group