 |
www.ppfmy.com Forum ini dibangunkan untuk memudahkan ahli-ahli PPFM berdiskusi dan mengadakan perbincangan sesama ahli
|
| View previous topic :: View next topic |
| Author |
Message |
hius2007
Joined: 29 Jul 2007 Posts: 90 Location: Perak
|
Posted: Wed Nov 19, 2008 3:00 pm Post subject: PPF 2009 |
|
|
Tahun 2009 semua PPF perlu menggunakan saluran yg betul bagi mengutarakan sesuatu isu.Hanya ada dua badan sahaja yg berdaftar iaitu PPFM dan Union.PPF akan gunakan kekuatan dua badan ini utk menyampaikan apa2 kepada kerajaan bergantung kepada pihak mana yg kita akan sampaikan.
Kordinator adalah penting bagi menyampaikan apa2 tuntutan. Disertakan disini kordinator bagi menyampaikan apa2 idea/cadangan.
Rohin Daud ( Hospital Setiu, Trg ) ( 012 4052808 ) ( rdrohi@yahoo.com)
Razalle Dollah ( H.Tanah Merah, Kltn ) ( 019 9339760 ( zalle@tm.net.my)
Zamri Ariffin ( HTAA, Ktn ) (013 9327969 ) (Zamriffin58@yahoo.com.my)
Hj Idris Uda Saidi (KK Bota Kiri, Pk)(013 5137991)( hius2008@yahoo.com)
Hj Anhar Sharifudin(Hos Tuanku Jaafar , Seremban,NS)(012 6129499)(anharsharifudin@yahoo.com)
Mahathir Saad (Hos Sultanah Nur Bahiyah, Alor Setar ) ( 019 4559552 )
( mazfina@streamyx.com)
Kamala Bai ( KK Jinjang, WP ) ( 012 9201004 )
Hj Mohd Nor Hj Adam ( Hos Serdang, Sel ) ( 012 3045545 )
Maison Hamat ( Hos Raja Perempuan Zainab II, KB, Kel ) ( 013 9556534 )
( maison@klt.moh.gov.my )
Bakeri Songep ( Hos Seri Manjung, Pk ) ( 012 5406917 )
( bakeri_songep@yahoo.com.my )
Hj Omar Baba ( KK Ampangan Seremban, NS )
Mohd Zaki Mutalib ( Hos Batu Pahat, Johor )
Zaila Mohd Zahibi ( Hos Sg Buloh, Sel ) ( 012 3468272 )
Rosmah Mahmud ( Hos Tk Intan, Perak )
Hj Mohd Dali K Mastan ( Hos Pulau Pinang )
Mohd Hassan Zaini Shafie ( Hos Sultan Abd Halim, Jitra , Kdh )
Pergas Cinnathamby ( KK Kangar, Perlis )
Hj Kamaruddin Md Zin ( Hos Tanah Merah, Kltn )
Dandan Zakaria ( KK Kuala Terengganu, Trg ) ( 013 9408456 )
Norhayati Mohd ( Hos Sultan Hj Ahmad Shah, Pahang )(012 9210649)
Ibrahim Suratman ( Hos Melaka )
Mohd Nazri Esa ( KK Jinjang, WP )( 012 4417906
Faridah Saidi ( HKL )( 017 3088385 / 012 3232098 )
Mior Zamri Mior Ahmad ( Biro, BPF , PJ ) ( 012 3365086 )
Rasanya, semua negeri ada kordinator. Semua PPF bincang dgn kordinator dulu, lepas tu baru hantar idea/cadangan yg power.
Sabah dan Sarawak juga boleh gunakan kordinator tersebut atas nama PPF.
Ada cadangan dari PPF dlm cat box utk jumudkan PPF dan KUP U42 . Pandangan tersebut baik jugak. Tapi ingin dijelaskan disini, semua cadangan tak boleh secara individu. Kalautak kita akan ada 2500 cadangan iaitu sebanyak PPF. Usolkan dlm AGM 2009, jika mendapat mandat majoriti, kita akan mohon kepada JPA. JPA akan pertimbangkannya.
Tapi kalau sepotong ayat mcm ni, pasti JPA akan tolak. Perlu ada justifikasi yg kukuh, perlu juga mengambil kira beban kewangan, dan perlu ada kebaikan utk negara.
PPF perlu jelas arah dan tujuan sebelum melangkah tahun baru 2009
he, he, he. |
|
| Back to top |
|
 |
hius2007
Joined: 29 Jul 2007 Posts: 90 Location: Perak
|
Posted: Sun Nov 23, 2008 4:18 pm Post subject: |
|
|
Untuk makluman semua PPF, pada masa ini masih terdapat paramedik yang tidak mempunyai persatuan/union, eg pengajar. Kita patut bangga sebab ada kekeduanya. Jika dibandingkan dgn jururawat pergigian, pembantu pembedahan pergigian, juruteknologi pergigian, PPFM / Union kita adalah lebih aktif. Itu adalah perbandingan yg diberikan oleh U40 kita. Tetapi pada 2009, sesuatu perlu berlaku dan PPFM / Union kita lebih aktif. Peg perlu menerima kita seadanya.
PPF jgn berkecil hati dgn keadaan semasa kerana Peg yg ada Master pun masih belum menerima elaun kepakaran, ini adalah berbeza dgn Doktor yg telah lama menikmati elaun tersebut.
PPF baru saja bermula pada 1.6.2008 dan usia kita baru 5 bulan lebih. Tetapi KKM masih belum bersedia tentang pembahagian tugas antara Peg dan PPF. Buktinya, masih belum ada mesyuarat bersama antara PPFM / Union dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi bagi membincangkan skop dan pembahagian tugas.
Setelah penukaran nama jawatan, semua Peg mendapat kejutan dan merasakan PPF akan ambil kerja mereka. PPF juga terkejut dan merasakan nama Juruteknologi Farmasi adalah yg paling sesuai.
Kita lupakan semua itu, PPFM / Union perlu berjumpa dengan Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM dan maklumkan bahawa kita hanya bertukar nama sedangkan Skim Perkhidmatan masih sama. Kita juga perlu memohon kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM agar membawa kita bersama di dalam setiap perancangan dan perkembangan KKM kerana kita adalah penolong mereka.
Perkhidmatan wajib Peg selama 4 tahun dgn kerajaan menyebabkan KKM dah tercicir utk menyertakan PPF bersama perkembangan mereka. Ada sebuah hospital di utara M,sia, Peg ada 9 dan PPF ada 4, how come.
ABM 2008, Peg ada 750 jawatan dan PPF ada 129 jawatan. lagi pening.
Apapun selamat bekerja keras di ucapkan kepada Setiausaha Kehormat PPFM dan Setiausaha Agong Union. Hanya anda berdua sahaja yg boleh menyelesaikan semua persoalan yg PPF hadapi kini.
Jika ada PPF yang ingin sambung belajar, MASHA kolej akan mengambil pelajar Ijazah Farmasi pada jan 2009. Sila mohon dan anda automatik akan mendapat elaun kritikal RM750 sebulan. Jika semua PPF sambung belajar, semua masaalah PPF akan selesai.
Setelah 18 tahun menjadi PPF saya masih tak nampak kertas kerja tentang Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembang Kerjaya PPF untuk masa akan datang. Yg ada ialah Farmasi Hospital 2010 oleh Peg.
PPF perlu siapkan kertas kerja PPF KKM 2015 dan tahun depan hantar.
Bagi pihak PPFM / Union pula, saya harap dapat menyelesaikan satu isu PPF sebulan dan pada 2010 , 24 isu telah diselesaikan. Jika PPFM / Union bersatu hati ( pembahagian isu ) 48 isu penting PPF boleh diselesaikan.
Satu perkara yg amat penting yg perlu dingati oleh semua PPF ialah nama keramat FARMASI di Malaysia. Jika nama Farmasi disebut di malaysia, itu adalah tanggung jawab Bahagian Perkhidmatan KKM. Menteri pun jika nak ulas perkataan farmasi, perlu rujuk Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM dahulu. Di KKM bila sebut perkataan Farmasi, semua orang akan mendiamkan diri sebab nama tersebut adalah eklusif untuk Bahagian Perkhidmatan Farmasi. Bahagian Perkhidmatan Farmasi juga adalah bahagian yang kurang memberikan kerjasama dalam setiap hal. Jika tidak, takkan Diploma in Pharmacy, 2003 baru lullus. Bahagian Latihan KKM pun tak boleh buat apa-apa.
Jika tak percaya, cuba tukar nama kita ke Juruteknologi Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM juga yang akan jadi bos kita.
Semua PPF, drafkan isu, catatkan jangka masa tempoh ianya perlu di selesaikan, susun dan hantar ke PPFM / Union. Nanti mereka akan panjangkan ke pihak berwajib. he he he |
|
| Back to top |
|
 |
hius2007
Joined: 29 Jul 2007 Posts: 90 Location: Perak
|
Posted: Tue Nov 25, 2008 2:47 pm Post subject: |
|
|
Banyak dah ditaip dan hantar ke Forum, tapi virus dah telan dan tak muncul2. Apapun semua PPF perlu isi ABM8 dan hantar ke KKM melalui ketua jabatan masing2. Bengkel mengenai ABM8 di Pengkalan Hulu tempoh hari adalah berkaitan.
Juga ditimbulkan dalam cat box, Web PPFM dan Web Union. Utk makluman semua PPF, KKM mempunyai bilangan PPF yg teramai sekali di Malaysia. Kalau nak harap PPF di IPTS/Badan Berkanun, hanya beberapa kerat je. PPF KKM juga adalah Ahli Seumur Hidup PPFM. Kalau nak tahu apa yg terjadi pada Web Union, tanyalah kepada Tuan Setiausaha Agong Kesatuan Kebangsaan Pembantu Farmasi Kerajaan Malaysia Barat. Rasanya dah jadi sejarah, macam jawatan Pembantu Farmasi. Hanya pengkaji sejarah je yg berminat.
Wellcome 2009. |
|
| Back to top |
|
 |
dhiyamirza
Joined: 29 Aug 2007 Posts: 20 Location: kayangan
|
Posted: Wed Nov 26, 2008 12:36 am Post subject: |
|
|
| saya amat bersetuju dengan kepelikan yang diutarakan oleh HIUS. kerananya kalau ikut teori pengurusan ppun, sepatutnya semakin tinggi sesuatu gred atau pangkat sesuatu organisasi itu, semakin kurang bilangannya...tapi kalau dah bos lebih ramai dari anak buah/orang bawahan memang peli...timbullah kecelaruan dalam pengurusan... |
|
| Back to top |
|
 |
hius2007
Joined: 29 Jul 2007 Posts: 90 Location: Perak
|
Posted: Fri Dec 05, 2008 6:46 pm Post subject: |
|
|
Kepada semua ahli forum, sila semak nama kordinator di atas, adakah mereka ni ahli PPFM dan Union. Kalau nak jadi kordinator yg bagus, kenalah join PPFM/Union. Mcm yg saya beritahu, semua negeri ada kordinator. Masaalah yg timbul ialah tak semua PPF kenal & rapat dgn kordinator. Biar saya jelaskan sesuatu, semua kordinator ni ada aura yg elegant. Mcm Tiger Lee kat Pahang.
Pohonlah kepada semua PPF, rendahkanlah diri anda,hubungilah kordinator tersebut, mintalah apa2 perkembangan PPF dan berikanlah apa2 maklumat PPF kepada beliau. Juga dimaklumkan, beberapa kordinator tersebut adalah ahli JK perkembangan profesyen PPF. Khabarnya mereka akan bermesyuarat pada 19 Dis di KSKB Sg Buloh.Kalau tak ada yg di bawa, mereka nanti hanya akan memanaskan kerusi dan menghabiskan kueh je. Lepas ni jgn kata PPF dipinggirkan, hanya PPF sendiri yg meminggirkan diri.
PPF 2009 perlu pandai membawa diri sendiri. |
|
| Back to top |
|
 |
hius2007
Joined: 29 Jul 2007 Posts: 90 Location: Perak
|
Posted: Thu Mar 12, 2009 7:27 pm Post subject: |
|
|
PERKEMBANGAN KKM PADA TAHUN 2009
Farmasi :
Pengarah Perkhidmatan Farmasi ( Jusa A )
Timbalan Pengarah Perkhidmatan Farmasi ( Jusa C )
Ketua Penolong Pengarah Kanan ( U54 )
Polisi Ubat Kebangsaan ( U52 )
Pengurusan Ubat & IT ( U52 )
Pembangunan Organisasi & Sumber Manusia ( U52 )
Pengurusan Kualiti ( U52 )
Amalan Farmasi Klinikal ( U48 )
Amalan Farmasi ( Hospital dan Kesihatan ) – ( U48 )
Pemonitoran Harga Ubat ( U48 )
Urusetia Senarai Ubat-Ubatan KKM ( U48 )
Keselamatan Pesakit dan Penggunaan Ubat ( U48 )
Maklumat Ubat dan Pendidikan Pengguna ( U48 )
Pengurusan Latihan dan CPD ( U48 )
Pembangunan Inter Organisasi dan Antarabangsa ( U48 )
Penyelidikan Pembangunan dan Perolehan Teknologi ( U48 )
Urusetia Lembaga Farmasi ( U48 )
Kepada semua PPF, sila siapkan satu kertas kerja agar PPF U32 di tempatkan di Bahagian Bahagian tersebut agar dapat membantu Peg dalam menjalankan tugas-tugas seharian mereka dengan lebih cekap dan effisien tampa meninggalkan kepentingan PPF
Lain-Lain Paramedik :
Semasa ABM8 2009 di keluarkan, amat jelas di perhatikan KKM telah berkembang maju. Di seretakan di sini di mana jawatan-jawatan baru dan tambahan yang telah di luluskan . Di bahagian tersebut terdapat juga Pakar Pakar KKM :
A KESIHATAN AWAM
Pengurusan Kesihatan Awam Ibu Pejabat / Negeri
- Pembangunan Kesihatan Keluarga
- Pendidikan Kesihatan
B RAWATAN PERUBATAN
- Pengurusan Perubatan Ibu Pejabat / Negeri
- Pengurusan Hospital
C FARMASI DAN BEKALAN
( kosong – tiada bahagian dan unit )
Unit-Unit Rawatan Perubatan:
Rawatan Kecemasan dan Pesakit Luar
Rawatan Am Pesakit Dalam
Perubatan Am
Pembedahan Am
O & G
Pediatrik
Orthopedik
Anastesiologi
ENT
Oftalmologi
Dermatologi
Neurologi
Pembedahan Neuro
Perubatan Transfusi
Perubatan Forensik
Urologi
Pembedahan Plastic
Radioterapi dan Onkologi
Pengimejan Diagnostik
Patologi
Pembedahan Kardiothorasik
Kardiologi
Perubatan Nuklear
Perubatan Respirotori
Psykiatrik dan Kesihatan Mental
Rehabilitasi
Jika PPF ingin terus maju, sejajar dgn perkembangan KKM, PPF perlulah berfikir apa kah tugas-tugas PPF di Unit-unit dan bahagian tersebut, dan mengaturkan strategi bagaimana ingin mencapainya.
Ini juga adalah sejajar dengan tugas-tugas utama PPF :
- Tugasan Penyelengaraan Setor
- Tugasan Pembantu Makmal Kimia Ubat
- Tugasan Penolong Pegawai Farmasi
he he he |
|
| Back to top |
|
 |
hius2007
Joined: 29 Jul 2007 Posts: 90 Location: Perak
|
Posted: Wed Apr 08, 2009 12:46 pm Post subject: |
|
|
FORUM TERBUKA PENOLONG PEGAWAI FARMASI.
Salam muhibbah kepada semua PPF. Dah lama saya tidak mencoretkan sesuatu di sini kerana terlalu sebok dengan jadual kehidupan seharian. Sehingga kan nak talipon kawan-kawan pun tak ada masa. Maklumlah sejak di timpa kemalangan tempoh hari, diari kehidupan seharian juga telah berubah 100 %. Pada hari ini genap sudah 8 bulan saya kemalangan.
Saya ingin merujuk kepada Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembangan Kerjaya PPF. Perkara ini telah di umumkan oleh YB Dato’ M Mahalinggam, semasa AGM PPFM di Hotel Seri Malaysia, Ipoh, pada tahun1997. Bahagian ini adalah di bawah Amalan Perubatan KKM. Semua paramedik bergabung di bahagian tersebut kecuali PPF.
Bahagian tersebut juga membincangkan Expanded dan Extended Role bagi semua paramedik, kecuali PPF kerana PPF tiada wakil di bahagian tersebut. Alasan yang paling munasabah dengan ketiadaan PPF di sana ialah tiada kelepasan dari BPF KKM.
Tetapi kini pada tahun 2009, Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu telah di tubuhkan oleh KKM. Namun nasib PPF masih sama iaitu tiada wakil di sana bagi membincangkan Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembangan Kerjaya PPF.
Nama PF telah bertukar kepada PPF sejak 1 Jun 2008. Usia kita belumpun setahun. Apa yang pasti ialah pertukaran nama gelaran jawatan sahaja sedangkan Skim Perkhidmatan masih Pembantu Farmasi. Oleh itu janganlah semua PPF beranggapan kita pada masa ini adalah Penolong Pegawai Farmasi dari segi tugasan hakiki.
Pada Januarai 2009, Bahagian Sumber Manusia KKM ada mengeluarkan senarai jawatan baru yang di luluskan pada tahun 2009. Dan apabila di semak adalah di dapati perkembangan perjawatan PPF adalah amat sedikit jika di bandingkan dengan lain2 para medik. Jika di bandingkan dengan Peg Far, lagi jauh, ibarat langit dengan bumi.
Tetapi ini bukanlah salah sesiapa, tetapi adalah salah diri PPF sendiri yang tidak peka dengan Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembangan Kerjaya. Pada Julai 2008, Negeri Perak ada mengadakan satu bengkel pengisian borang ABM 8 tahun 2010. Dan di harap pada tahun 2010 semua jawatan PPF tambahan akan dapat di luluskan oleh kerajaan. Sebenarnya oleh JPA setelah di sokong oleh KKM.
Jika di buka laman web Bahagian Farmasi KKM, akan didapati satu Dorektori Farmasi pada tahun 2007. Jika di semak, didapati Pegawai Farmasi bertugas di semua Hospital dan Klinik Kesihatan seluruh negara. Walaupun bilangan mereka ramai, tetapi tiap seorang Pegawai Farmasi tersebut telah ada Unit nya yang tersendiri bersama tugas dan tanggungjawabnya. Oleh itu jangan terkejut, jika sebuah hospital ibu negeri mempunyai 40 orang Peg sedangkan PPF hanya 21 orang. PPF sendiri memang tiada unit yang tersendiri dan sebab itulah di kumpulkan di OPD sebagai filling oficer. Oleh itu, masa depan PPF adalah di tangan PPF sendiri. Jika PPF rajin memperjuangkan nya, maka akan adalah sedikit peningkatan.
Berbalik kita kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi ( BPF KKM ). Tiga katogeri jawatan yang paling ramai di BPF KKM ialah Peg. Far, PPF dan Pembantu Tadbir
(Setor). Nasib Peg Far memang terbela sebab mereka lah yang berkuasa di BPF KKM dan di Ketuai oleh seorang Jusa A. Nasib Pembantu Tadbir ( Setor ) juga terbela kerana mereka berada di berbagai jabatan kerajaan dan tentu ada orang di JPA yang akan mempertahankan mereka. Tetapi bagaimana pula dengan nasib PPF. Hanya PPF yang tahu. Tetapi masih belum terlambat. Asalkan jangan terlajak, sudahlah.
BPF KKM adalah macam parent bagi PPF. Perkara ini telah di terapkan semasa di sekolah Latihan Pembantu Farmasi lagi dan amat sukar di kikis. Itulah sebabnya setiap perjuangan PPF akan menghadapi jalan buntu. Pada hari ini, semangat PPF yang tulen perlu datangnya dari PPF yang mendapat latihan Out Sourcing. Sebab PPF KKM dah terikat dengan fakta dan sejarah sejak dahulu. Contohnya pertukaran namapun memakan masa selama 6 tahun. Permohonan lain-lain mungkin 2020 akan tercapai (lagi 11 tahun) .
Kita imbau sejarah yang berlaku pada 1996. Pada masa itu pemimpin tertinggi PPF mempunyai semangat juang yang kental. Berbagai masaalah PPF di bawa ke pengetahuan pihak atasan KKM. Hasilnya ialah satu surat di keluarkan oleh BPF KKM. Surat tersebut telah berjaya mengunci mulut PPF hingga kini ( 13 tahun ).
Jika ingin tahu apakah maksud surat tersebut, sila rujuk surat bil. surat bil. KKM-55/160 Bhg.1 (47) bertarikh 25 Oktober 1996. dan surat bil KKM-55/160 Bhg.1 (4 bertarikh 28 Oktober 1996 . Banyak PPF sudah melupakan surat tersebut dan pejuang PPF pada masa itu, ramai yang telah bersara. Surat tersebut di tujukan kepada semua Pegawai Farmasi KKM dan di arahkan untuk memaklumkan kepada semua PPF di kawasan masing-masing. Tajuk surat tersebut ialah :Tohmahan-Tohmahan Terhadap Perkhidmatan Farmasi Yang Dianggap Tidak sensitif Terhadap Keperluan Pembantu Farmasi. Surat tersebut di tanda tangani oleh Pengarah Perkhidmatan Farmasi KKM dan SK kepada
Ketua Pengarah Kesihatan, Tim. Ketua Setiausaha ( Pengurusan ) KKM, Setiausaha Bahagian (P), Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembagunan Tenaga Manusia dan Latihan KKM , Penolong Pegawai Tadbir Cawangan Paramedik dan Auksiliari,
Kandungan surat tersebut ialah menyatakan BPF KKM di tuduh tidak sensitif kepada peluang kemajuan kerjaya dan masa depan Pembantu Farmasi. Dan BPF KKM memberi jawapan , Bhg BPF KKM ingin memberi maklumat yang benar untuk menghindarkan dari penyebaran maklumat yg tidak tepat dan berat sebelah oleh pihak-pihak tertentu.
2.1 Surat dari Setiausaha Agong Kesatuan
2.2 Keputusan Tribunal Perkhidmatan Awam PF Kanan dari U8 ke U 7
2.3 ... maka bahagian ini berpendapat bahawa kurikulum berkenaan perlu di ubahsuai mengikut keadaan semasa memandangkan peluang untuk Pembantu Farmasi melanjutkan pelajaran dalam bidang profesional farmasi lebih cerah dan terbuka. Atas dasar ini, kurikulum berkenaan telah di ubah suai dan di gubal sedemikian rupa agar graduan latihan ini bukan sahaja layak di beri sijil diploma, malah pelajar2 yang cemerlang seterusnya boleh menggunakan sijil diploma ini sebagai asas untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi di universiti-universiti tempatan yang menawarkan kursus ijazah farmasi. Jika masih gagal mendapatkan surat tersebut, sila rujuk Arkib Negara..
Tetapi sejak surat tersebut keluar, semua PPF terkunci mulut dan tiada suara yang boleh keluar lagi. Diploma Farmasi di mulai pada 2003, sedangkan lain-lain paramedik sejak SSB iaitu 1992.( ketinggalan 11 tahun ). Lain-lain paramedik bila kerja terus ke P1T6 sedangkan PPF P1T1, beza gaji ialah RM220 sebulan . Gaji PPF yang dah bekerja 6 tahun sama dengan lain-lain paramedik yang baru melapor diri.
Tetapi semua PPF perlu berasa bangga sebab BPF KKM dah perjuangkan jawatan PPF
U38 dan U40 yang mana gaji mereka lebih tinggi dari U41. Sebab itulah semua PPF membisu dan bila tiba masanya dapat Promotion. Cuma nasib PPF U29 je yang belum terbela lagi. Saya suka mencadangkan agar pada masa hadapan, tiada lagi U29, sebab setelah bekerja selama 7 tahun, kita mohon agar PPF U29 secara KPSL terus ke U32.
Berbalik kepada taraf pemikiran PPF sendiri. Ramai PPF beranggapan membayar yuran Union RM2 sebulan dan yuran seumur hidup PPFM RM100 adalah membazir dan tiada berfaedah. Fikiran sebegini perlu di kikis. Jika benar PPF prihatin dengan profesion PPF, pejam mata dan bayar je yuran Union dan PPFM tu. Jangan tanya mereka buat apa dengan yuran yang kita bayar tu, tentu ada sesuatau yang bermunafaat daripadanya.
Nasib baik PPF bukan doktor pakar, jika tidak terpaksalah membayar RM 1000 bagi yuran Persatuan Doktor Pakar selama tiga tahun. Dan yuran ini wajib bagi semua doktor pakar. MMA jangan ceritalah, jika tak bayar yuran, pasti tak boleh jadi doktor.
Pendaftaran Pembantu Perubatan di bawah Akta Pembantu Perubatan telah di pinda mulai,1982. Bermaksud dah 27 tahun bersama Akta . Tetapi PPF pada 2009 pun masih belum mempunyai kesedaran untuk menjadi Ahli PPFM/Union. Harap semua PPF dapat berkumpul di Langkawi sempena AGM PPFM pada Julai nanti. Sambil tu bolehlah bercuti sambil shooping sakan. Jika naik Air Asia , murah je dari KL.
BPF KKM boleh mendaftarkan semua PPF melalui Arahan Jabatan. Dengan adanya pendaftaran, kerajaan boleh tahu berapakah bilangan sebenar PPF yang berada di Malaysia . Samaada berkhidmat dengan KKM, badan berkanun dan swasta. Tetapi KKM telah terlepas pandang semasa pindaan Akta Farmasi 2003. Pada 2003, semua lulusan Ijazah Farmasi perlu menjalani PRP dan FRP iaitu selama 4 tahun bersama KKM. Jabatan Bomba dan Penyelamat pernah mengeluarkan arahan jabatan agar semua alat pemadam api jenis ABC di periksa dan di luluskan oleh mereka. Semua rakyat Malaysia boleh pun mematuhi arahan tersebut. Walaupun tiada Akta yang mewajibkan pemeriksaan tersebut. Oleh itu secara ringkasnya, biarlah PPFM yang mendaftarkan semua PPF. Yuran seumur hidup Cuma RM 100 je. Union pulak, biarlah PPF yang bermasaalah je yang jadi ahli. Sebab salah satu tugas Union ialah menyelesaikan masaalah ahli dengan pihak majikan.
Dah banyak yang tertulis, nanti habis idea pulak. Dan biarkan lain-lain PPF berikan pandangan mereka, sebab PPF ni bijak-bijak belaka. By. |
|
| Back to top |
|
 |
hius2007
Joined: 29 Jul 2007 Posts: 90 Location: Perak
|
Posted: Tue Apr 14, 2009 12:17 pm Post subject: |
|
|
FORUM PPF
Berbalik kepada kejayaan PPF semasa Perbicaraan di Tribunal Perkhidmatan Awam. Memang PPF menang masa tu. Hakim yang mendengar kes PPF memutuskan bahawa memang terdapat Anamoli terhadap jawatan PPF.
Oleh sebab itu beliau mengarahkan kerajaan menaikkan pangkat PPF kanan U8 pada masa tu ke U7 secara automatik. PPF pada masa tu masih tercari-cari identiti sehinggakan telah melupakan perkara-perkara lain yang lebih penting.
Jika di tinjau sejarah mengapa PPF tercicir semasa berpindah ke gaji SSB. Jawapannya ialah kegagalan Sekolah Latihan Pembantu Farmasi Petaling Jaya dalam merombak silibus PPF. Lain-lain paramedik dah belajar silibus Diploma, sedangkan PPF masih belajar silibus Sijil. Silibus berubah sebab usaha Pengajar. Pengajar PPF 2009 kenalah pikirkan sesuatu untuk berubah lagi.
Bagi PPF baru, perkara ini adalah sedikit keliru kerana baru sahaja jadi PPF. Semua paramedik menjalani latihan selama tiga tahun. Elaun belajar juga sama. Tetapi lain-lain kolej sudah mengubah silibus mengikut peredaran semasa, sedangkan PPF masih belajar silibus tahun 1965. Iaitu Sijil Pembantu Farmasi.
Apabila Skim Saraan Baru (SSB) di perkenalkan pada 1991, semua paramedik mendapat gaji diploma dengan gaji U8P1T6 sedangkan PPF masih bergaji sijil U8P1T1. Juga terlibat ialah PPF kanan pada masa tu yang turut dapat gaji U8 ( SSM U29 )
Berbeza dengan lain-lain paramedik, jawatan kanan mereka di pindahkan ke U7 ( SSM U32 ). Apa lagi, peninglah semua PPF kanan pada masa tu. Terus buat perjumpaan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ). Dalam pertemuan tersebut JPA telah maklumkan bahawa, KKM sendiri iaitu Bahagian Perkhidmatan Farmasi boleh selesaikan perkara ini. Tetapi BPF KKM tak mahu selesaikannya dan PPF mengambil keputusan agar perkara ini di bawa ke Mahkamah Tribunal Perkhidmatan Awam. PPF ambil peguam dan bayar sedikit kepadanya. Hasilnya kita menang.
Semua PPF kanan semasa SSB dah pun dapat U7 ( U32 SSM ). Sedangkan lain-lain paramedik dah buat kurikulum bersepadu dan semua paramedik yang di masukkan ke dalam Skim Bersepadu telah mendapat dua kenaikan gaji. Percuma je dapat dua kenaikan gaji. PPF masih terkial-kial lagi ketinggalan. Ada usaha memohon tunggakan gaji diploma PPF mulai 1998, dan bukannya 2003 sebab pada 1998, senarai tugas dan tanggungjawab PPF telah berubah. Tapi nampaknya berjalan macam siput je.
Kita lupakan itu semua. PPF dah ramai yang ambil kursus pos basik. Harap semasa AGM di Langkawi nanti, semua PPF yang ada Pos Basik tu, sila bentangkan satu kertas kerja mereka untuk meningkatkan PPF. Jika tak dapat hadir pun, melkan aje. Kita ubah AGM 2009 dan jadikannya Persidangan Dwi Tahunan PPFM.
Ah Chum. |
|
| Back to top |
|
 |
hius2007
Joined: 29 Jul 2007 Posts: 90 Location: Perak
|
Posted: Wed Apr 15, 2009 7:24 pm Post subject: |
|
|
PPF SATU HARAPAN DAN MIMPI INDAH ( 23 Sept 2008 )
Perjawatan Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM Tahun 2007
( seperti dlm direktori pharmacy.moh.gov.my )
Pharmacy Practice & Development
Jusa C 1
U54 22
U52 42
U48 131
U44 415
U41 2014
U40 7
U38 30
U36 70
U32 358
U29 2474
Pharmacy Regulation ( NPCB )
Jusa C 1
U54 3
U52 8
U48 33
U44 9
U41 100
U36 2
U32 8
U29 67
Pharmacy Enforcement
Jusa C 1
U54 2
U52 3
U48 37
U44 67
U41 263
U36 3
U32 9
U29 8
Pengisian Jawatan Pegawai adalah 73 % dan pengisian jawatan PPF adalah 86 %.
Banyak persoalan yang membelengu PPF pada masa ini adalah kerana semua Peg Atasan y/m terlalu sebok menjalankan tugas-tugas seharian dan juga nak menjaga periuk nasi sendiri. Lain-lain PPF boleh juga membantu dengan menyediakan kertas kerja yang berupa cadangan dan idea untuk di bincangkan semasa AGM PPFM/Union nanti. Pegawai atasan kita telah BLANK, sebab tu masih tak nampak jalan penyelesaiannya.Sebahagian dari isu tersebut telah pun di ketengahkan oleh PPFM/Union tetapi oleh kerana kurangnya alasan yang munasabah dan justifakasi yang kukuh, maka hasilnya masih belum di kecapi.Setiap tahun alasan berubah dan begitu juga justifikasi. Jika PPF boleh memberikan Kertas Kerja dengan perkembangan terkini, mungkin pihak atasan berasakan ada kewajaran dalam mempercepatkan setiap permohonan.
ANTARA PROBLEM TERKINI PPF:
Memberi Peluang PPF Melanjutkan Pelajaran Ijazah Pharmasi di IPTA
PPF Berdaftar Dengan Lembaga Farmasi Malaysia
PPF Berdaftar Dengan Akta Kesihatan Bersekutu
Mengadakan Kursus Pos Basik Bagi PPF
Pertukaran Nama Diploma Pembantu Farmasi KKM Kepada Diploma Farmasi
Pertukaran Nama Jawatan Yang Lebih Relevan Seperti Juruteknologi Farmasi
Pakaian Seragam PPF Yang Lebih Sesuai Dan Universal
Menyediakan Bilik Khas bagi PPF Kanan bagi Tugasan Pentadbiran PPF
Peruntukan Khas Kepada PPF Untuk Persidangan Peringkat Negeri / Kebangsaan
Expanded dan Extended Role PPF Yang Terkini
Penglibatan PPF Dalam Health System Research (HSR) KKM
Pembentangan Kertas Kerja, Scientific Meeting Dll Oleh PPF
Perlantikan Ketua PPF U40 Peringkat Kebangsaan Oleh KKM
Perlantikan Kordinator Negeri PPF U40 Oleh KKM
Jawatan Khas PPF Yang Ada Ijazah Bagi Mengajar Pos Basik PPF.
Team Work Antara PF Dan PPF Agar Lebih Sistematik Dan Effisyen
Penglibatan PPF Dalam Program Kemasyarakatan
Wujudkan JK Pembangunan Perkhidmatan Farmasi (PF,PPF, Storekeeper, PPK,PRA)
Meningkatkan Penglibatan PPF Dalam Kajian, KMK, Inovasi, 5S Dll.
Pengisian PPF U36 di Pejabat Kesihatan Daerah Seluruh Negara
Penambahan Kolej PPF Bagi Penyediaan Tenaga Kerja Yang Mencukupi
Penambahan Jawatan Pengajar PPF di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB)
Meningkatkan Penglibatan PPF Dlm AJK Kecil di PKD / Hospital
Pengisian Jawatan PPF Yang Kosong Atas Kadar Segera
Permohonan Elaun Kritikal Bagi PPF
Cadangan Skim Bersepadu PPF U29, U32, U36, U41, U44, U48, U52, U54
Cadangan Elaun Harzard Bagi PPF
Kajian Senarai Tugas PPF Yang Terkini U29 – U40
Cadangan Markah CPD Mengantikan Ujian PTK bagi PPF
Hala Tuju PPF Pada Masa Akan Datang
Kedudukan PPF DalamAkta Farmasi
Kedudukan PPF Dalam Akta Sains Kesihatan Bersekutu
Masa Depan PPF Berkaitan Kursus Bac Sc (Hons) Farmasiutical Technology UKM
Cadangan Penempatan PPF Di Unit Penguatkuasaan Farmasi
Cadangan Menempatkan Minima Dua Orang PPF Di Klinik Kesihatan Seluruh Negara
Cadangan Menempatkan PPF Di Farmasi Klinik Pakar
Cadangan Menempatkan PPF Di Unit Maklumat Drug Di Setiap Hospital Seluruh Negara
Cadangan Menempatkan PPF Di JKN Seluruh Negara.Melalui ABM8
Kertas kerja yang baik dan terpilih, akan di majukan ke pihak atasan.
Mel kan kertas kerja anda ke : hius2009@yahoo.com.my
Sekian dahulu, terima kasih. |
|
| Back to top |
|
 |
hius2007
Joined: 29 Jul 2007 Posts: 90 Location: Perak
|
Posted: Sun May 03, 2009 4:46 pm Post subject: |
|
|
MAKLUMAT PENOLONG PEGAWAI FARMASI ( PPF )
Semasa AGM PPF di Terengganu tempoh hari, sebanyak 10 Kertas kerja telah di bentangkan dan kesemua nya telah di majukan ke pihak atasan. Apa pun hubungan yang berterusan sesama PPF amatlah di perlukan dalam memberikan beberapa maklumat-maklumat tambahan . Ini adalah kerana ada antara maklumat-maklumat tersebut telah tidak relevan lagi pada masa ini. Kertas Kerja yang di bentangkan adalah seperti berikut :
-Penempatan U38 di Hospital Kawasan ( Regional Hospital ) Seluruh Negara
-Penempatan PPF di Unit Penguatkuasaan Farmasi JKN Seluroh Negara
-Menempatkan Minima Dua PPF di Klinik Kesihatan KKM
-Menempatkan PPF di Pusat Maklumat Ubat di semua Hospital KKM
-Memohon Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal ( BIPP ) bagi PPF
-Memohon Elaun Harzard bagi PPF Yang Bertugas di Unit CDR
-Memohon Kajian Semula Senarai Tugas Jawatan PPF 40 / 38 /36 / 32 / 29
-Memohon Diberi Tajaan Kepada Pelajar Diploma Farmasi di IPTA / IPTS
-Memohon Pengiktirafan Diploma Farmasi Mulai 1993
-Memohon PPF Dijadikan Skim Bersepadu 29 / 32 / 36 / 42 / 44 / 48 / 52 / 54
Mulai 1 Jun 2008, pertukaran nama jawatan telah dilaksanakan dan lahirlah gelaran jawatan Penolong Pegawai Farmasi di KKM. Semasa PPF memohon pertukaran nama jawatan tersebut, beberapa aspek telah tertinggal dan tidak di ambil kira, dan hasilnya ada pihak yang berasa hati dengan nama jawatan baru ini.Perkara ini boleh di atasi jika PPFM / Union mencari jalan damai bagaimana untuk mengatasinya.
Pada Jun 2009, genaplah setahun usia Jawatan Penolong Pegawai Farmasi. Sebenarnya masih banyak lagi jalan-jalan yang berliku yang perlu PPF hadapi untuk mencapai kegemilangan . Sejak jawatan Pembantu Farmasi di wujudkan, belum ada satu perubahan yang Universal bagi kemajuan PPF. PPF hanya melihat keadaan sekeliling. Apabila Paramedik KKM lain berubah, barulah PPF cuba mengekori mereka. Dan PPF semua perlu akur bahawa dah banyak Paramedik lain dalam KKM yang maju dan berdikari dengan sendirinya, sehingga boleh mengawal Akta Pendaftaran mereka sendiri.
PPF pun boleh juga macam tu. Kita boleh bina satu asas yang kukuh dan berusaha untuk membina beberapa kejayaan di atasnya. Satu cadangan yang boleh di buat ialah dengan menanamkan azam bahawa setelah PPF berusia genap setahun, kita perlu ubah cara kita bertindak. Mulai 1 Jun 2009 , suara PPF biarlah hanya keluar dari Setiausaha Kehormat PPFM dan Setiausaha Agong Union. Lain-lain PPF hanya berikan cadangan dan idea sahaja. Dengan itu kita akan mengujudkan Bank Idea PPF. Dengan ini, kita telah menaikkan martabat PPFM dan Union dalam menjaga Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembang Kerjaya PPF.
Kalau semua PPF Malaysia tak bersetuju, mudah sahaja. PPFM dan Union hanya JAGA KEBAJIKAN AHLI sahaja. By. |
|
| Back to top |
|
 |
hius2007
Joined: 29 Jul 2007 Posts: 90 Location: Perak
|
Posted: Mon May 11, 2009 12:46 pm Post subject: |
|
|
ANJAKAN PARADIGMA PPF 2009.
Salam semua PPF Malaysia. Dengan seramai 3500 orang PPF di Malaysia, di harap kita semua dapat membantu dalam memajukan negara. Berbeza dengan Jururawat, mereka semua ada 57,000 orang yang berkhidmat dengan KKM. Ibarat langit dengan bumi jika di bandingkan dengan PPF. Tapi konsepnya sama sahaja iaitu memastikan setiap warga negara Malaysia mendapat penjagaan kesihatan yang lengkap dan menyeluruh serta dapat berfungsi sebagai warga Malaysia yang produktif.
Kerajaan telah banyak menjimatkan duit rakyat dengan mengaji PPF yang sedikit bilangannya, tetapi duit tersebut telah berpindah ke tangan Paramedik lain kerana mereka telah melakukan Anjakan Paradigma. Jika di lihat kepada Jururawat dan dengan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal ( BIPP ) sebanyak 15 %, kerajaan terpaksa membayar gaji Jururawat sebanyak 63,000 staff. Tetapi itulah yang dikatakan hasil perjuangan.
Lagi satu perkara yang PPF perlu maklum, walaupun Jururawat ada 57,000 jawatan, yang bekerja hanyalah 50,000 orang kerana lagi 7,000 orang sedang mengikuti Kursus Pos Basik KKM selama 6 bulan. Cuti Belajar Bergaji Penuh Beserta Elaun. Tetapi Elaun Kritikal kena pulang balik sebab, mereka tidak berkhidmat kepada masyarakat. Lepas tu mereka dapat pula Elaun Pos Basik. Begitulah bertuahnya nasib Jururawat.
PPF pun boleh merubah nasib diri sendiri. Saya telah melalui kepimpinan PPF bermula denganTn Hj Ghafar, En Arumugam, Tn Hj Kamaruddin Abd Rahim, Tn Hj Sofian Yahya, Tn Hj Sabirin Mohamad, Tn Hj Zakaria Embi dan kini En Rohin Daud. Semua mereka telah berusaha untuk memajukan PPF. Kita perlu berbangga kerana masih ada lain kumpulan paramedik yang masih ketinggalan dan terus tenggelam.
Bagi tujuan anjakan paradigma, semua PPF perlu berubah. Sikap kita yang lama telah memakan diri kita sendiri.Pada 2009 semua PPF kenalah berusaha dengan lebih gigih lagi. Kita kurangkan bercakap, tetapi kita lebihkan tindakan. Sesuai dengan usia PPF yang memasuki setahun pada Jun nanti, marilah kita sama-sama gunakan ICT secara TOTAL dalam memajukan PPF. Dengan ICT, dunia tampa sempadan akan kita rasai. Kepada PPF yang masih belum ada alamat email tu, silalah dapatkan bantuan dari rakan-rakan senior untuk buatkan satu alamat email dan selepas ini, segala urusan PPF, kita akan gunakan secara ICT sahaja. Cepat, Mudah, Pantas dan Berwibawa.
Sejak menjadi PPF, banyak kenangan manis yang yang telah saya lalui. Ada antaranya sehinggakan tak dapat dilupakan. Iaitu semasa Mesyuarat JK Teknikal Pem Farmasi Memohon PF Kanan JKK Kabinet Tukar Ke U7 SSB, terpaksa tidur di Pudu Raya jam 4 Pagi dan Mesyuarat di HKL jam 9.00 pagi.Balik pada hari yang sama. Hasilnya semua PF Kanan pada masa tu dapat ke U7. Sehinggakan Kerajaan terpaksa membayar balik Bayaran Cuti Gantian sebab U8 cuti 25 hari, U7 cuti 30 hari setahun.
Kejayaan usaha pada masa itu ialah kerana semua PPF telah di pohon untuk menghulurkan sumbangan sebanyak RM 10.00 seorang.
Pada Jun 2007, UiTM ada menawarkan peluang Pembelajaran dalam bidang:- Cardiopharmacology, Social Pharmacy, Pharmacy Education, Toxicology ( General & Target Organ Toxicology ), Pharmacy Practice, Radiopharmacy, Physiology, Pharmaceutics : Drug Delivery / Physical Pharmacy , Pharmacy Management, Pharmaceutical Biotechnology, Pharmacoinformatics, Pharmacognosy, Toxicogenomics, Pharmacogenomics, Evidence- Based Pharmacy Practices, Biocomputing, Pharmaceutical Bioprocessing, Neuropharmacology, Pharmaceutical Engineering, Neurotoxicology, Pharmacoeconomics, Forensic Pharmacy, Forensic Toxicology, Genetic Toxicology, Environmental Toxicology, Immunotoxicology, Pharmaceutical Chemistry: Drug Synthesis, Endocrine Pharmacology, Cancer Pharmacotherapeutics, Pathophysiology, Pharmaceutical Chemistry : Combinatorial Chemistry, Pharmaceutical Analysis, Cosmeceuticals, Nutraceuticals, Phytochemistry, Veterinary Pharmacy, Marine Biopharmaceuticals, Sport Pharmacy, Mungkin kini, ada yang dah Grad. dalam bidang tersebut. Itu juga bermaksud Pakar dalam bidang tersebut telah wujud di Malaysia.
UiTM juga akan menubuhkan Pusat Perubatan UiTM di Hadapan Hospital Sungai Buloh Selangor beserta Fakulti Perubatan . Nanti akan ada Doktor Pelatih dari UiTM.
Mulai 1 Jun 2008, pertukaran nama jawatan telah dilaksanakan dan lahirlah gelaran jawatan Penolong Pegawai Farmasi di KKM. Pada Jun 2009, genaplah setahun usia Jawatan Penolong Pegawai Farmasi. Sebenarnya masih banyak lagi jalan-jalan yang berliku yang perlu PPF hadapi untuk mencapai kegemilangan . Sejak jawatan Pembantu Farmasi di wujudkan, belum ada satu perubahan yang Universal bagi kemajuan PPF. PPF hanya melihat keadaan sekeliling. Apabila Paramedik KKM lain berubah, barulah PPF cuba mengekori mereka. Dan PPF semua perlu akur bahawa dah banyak Paramedik lain dalam KKM yang maju dan berdikari dengan sendirinya, sehingga boleh mengawal Akta Pendaftaran mereka sendiri.
Semasa AGM PPF di Terengganu pada Jun 2008, sebanyak 10 Kertas kerja telah di bentangkan dan kesemua nya telah di majukan ke pihak atasan. Apa pun hubungan yang berterusan sesama PPF amatlah di perlukan dalam memberikan beberapa maklumat-maklumat tambahan . Ini adalah kerana ada antara maklumat-maklumat tersebut telah tidak relevan lagi pada masa ini. Kertas Kerja yang di bentangkan adalah seperti berikut :
- Memohon Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal ( BIPP ) bagi PPF
- Menempatkan Minima Dua PPF di Klinik Kesihatan KKM
- Penempatan U38 di Hospital Kawasan ( Regional Hospital ) Seluruh Negara
- Penempatan PPF di Unit Penguatkuasaan Farmasi JKN Seluroh Negara
- Menempatkan PPF di Pusat Maklumat Ubat di Semua Hospital KKM
- Memohon Elaun Harzard bagi PPF Yang Bertugas di Unit CDR
- Memohon Kajian Semula Senarai Tugas Jawatan PPF 40 / 38 /36 / 32 / 29
- Memohon Diberi Tajaan Kepada Pelajar Diploma Farmasi di IPTA / IPTS
- Memohon Pengiktirafan Diploma Farmasi Mulai 1993
- Memohon PPF Dijadikan Skim Bersepadu 29 / 32 / 36 / 42 / 44 / 48 / 52 / 54
Dan lagi, pada 23 September 2008, terdapat masaalah baru dan tambahan yang di bawa oleh PPF, iaitu seperti berikut :-
Mengadakan Kursus Pos Basik Bagi PPF
Memberi Peluang PPF Melanjutkan Pelajaran Ijazah Pharmasi di IPTA
PPF Berdaftar Dengan Lembaga Farmasi Malaysia
PPF Berdaftar Dengan Akta Kesihatan Bersekutu
Pertukaran Nama Diploma Pembantu Farmasi KKM Kepada Diploma Farmasi
Pertukaran Nama Jawatan Yang Lebih Relevan Seperti Juruteknologi Farmasi
Pakaian Seragam PPF Yang Lebih Sesuai Dan Universal
Menyediakan Bilik Khas bagi PPF Kanan bagi Tugasan Pentadbiran PPF
Peruntukan Khas Kepada PPF Untuk Persidangan Peringkat Negeri / Kebangsaan
Expanded dan Extended Role PPF Yang Terkini
Penglibatan PPF Dalam Health System Research (HSR) KKM
Pembentangan Kertas Kerja, Scientific Meeting Dll Oleh PPF
Perlantikan Ketua PPF U40 Peringkat Kebangsaan Oleh KKM
Perlantikan Kordinator Negeri PPF U40 Oleh KKM
Jawatan Khas PPF Yang Ada Ijazah Bagi Mengajar Pos Basik PPF.
Team Work Antara PF Dan PPF Agar Lebih Sistematik Dan Effisyen
Penglibatan PPF Dalam Program Kemasyarakatan
Wujudkan JK Pembangunan Perkhidmatan Farmasi (PF,PPF, Storekeeper, PPK,PRA)
Meningkatkan Penglibatan PPF Dalam Kajian, KMK, Inovasi, 5S Dll.
Pengisian PPF U36 di Pejabat Kesihatan Daerah Seluruh Negara
Penambahan Kolej PPF Bagi Penyediaan Tenaga Kerja Yang Mencukupi
Penambahan Jawatan Pengajar PPF di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB)
Meningkatkan Penglibatan PPF Dlm AJK Kecil di PKD / Hospital
Pengisian Jawatan PPF Yang Kosong Atas Kadar Segera ( 14 % kekosongan )
Cadangan Markah CPD Mengantikan Ujian PTK bagi PPF
Hala Tuju PPF Pada Masa Akan Datang
Kedudukan PPF DalamAkta Farmasi
Kedudukan PPF Dalam Akta Sains Kesihatan Bersekutu
Masa Depan PPF Berkaitan Kursus Bac Sc (Hons) Farmasiutical Technology UKM
Cadangan Menempatkan PPF Di Farmasi Klinik Pakar
Cadangan Menempatkan PPF Di JKN Seluruh Negara.Melalui ABM8
Ada antara persoalan tersebut telah di tolak mentah-mentah oleh KKM, walaupun kertas kerjanya belum di hantar. Tugas PPF kini ialah terus memohon dengan menyertakan Kertas Kerja yang kukuh, alasan yang munasabah beserta dokumen-dokumen sokongan.
Semua persoalan tersebut boleh di selesaikan oleh Jawatankuasa Teknikal PPF dengan menyediakan Kertas Kerja yang Lengkap, Menyeluruh, Terkini dan sokongan dari lain-lain pihak yang berkaitan dan berkelayakan.
Pada pandangan saya, isu yang amat penting ialah Elaun Kritikal. Belanjawan 2010 akan di bentangkan pada tahun ni. Semua perbelanjaan negara perlu di pohon sebelum Budget. PPF boleh atur starategi untuk capainya.
1. Pertemuan dengan BPF KKM
2. Pertemuan dengan Timbalan Menteri Kesihatan
3. Pertemuan dengan Menteri Kesihatan
4. Pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri
5. Pertemuan dengan Perdana Menteri.
Jika nak tunggu kelulusan JPA, hanya pada 2013 ( Selepas Lima tahun )
Jika PM berpuashati dan bersetuju dengan permohonan PPF, maka tiada alasan JPA akan tolak permohonan PPF. Ini adalah kerana kerajaan pernah luluskan elaun kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Gaji Baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Dan tidak mustahil juga PPF akan dapat Elaun Kritikal sebelum 2013.
Juga di maklumkan bahawa pada Sabtu 16 Mei 2009, Jawatankuasa Teknikal PPF akan bermesyuarat di Kuala Lumpur. Katogeri Paramedik lain telah lama mewujudkan Jawatankuasa Teknikal jawatan masing-masing dan ianya adalah di bawah Bahagian Amalan Perubatan KKM. Oleh kerana PPF di bawah Bahagian Perkhidmatan Farmasi, maka Jawatankuasa Teknikal Jawatan tersebut masih samar bayangan. Apa pun atas inisiatif PPF sendiri, kita sendiri akan wujudkan JK Teknikal kita sendiri. Pada waktu ini, PPF Cuma ada Majlis Permuafakatan PPF yang selalu bermesyuarat di KSKB Sg Buloh.
Satu contoh yang nyata kekurangan PPF ialah Cadangan Menempatkan Minima 2 Orang PPF di Klinik Kesihatan di Seluroh Negara. Kertas kerja tersebut telah di sediakan pada tahun 2001 oleh PPF Klinik Kesihatan Batu Rakit, Terengganu. Kertas Kerja tersebut adalah lengkap dan termasuk kajian masa mendispen bagi setiap pesakit. Tetapi kenapa pada tahun 2009, masih ada KK yang masih mempunyai seorang PPF dan susah nak bercuti. Di tambah pula dengan Wajib kursus 7 hari setahun dan pengumpulan mata CPD. Alamat selalu lah kena tinggal Klinik.
Juga dari satu sumber terdekat, mungkin nama PPF akan di masukkan di Bawah Akta Farmasi dan sekali gus menyebabkan tak boleh berdaftar dengan Akta Kesihatan Bersekutu kerana pertindihan tugas dan tanggungjawab. PPF perlu lebih bersedia dengan situasi ini kerana Lembaga Farmasi dan Malaysian Pharmaceutical Society ( MPS ) adalah kawan baik, sedangkan PPF sesama PPF pun masih tak bertegur sapa.
JK Teknikal pada mesyuaratnya Sabtu ini akan menyelesaikan semua permasaalahan PPF dan akan menyediakan Kertas Kerja yang lengkap untuk di majukan ke pihak atasan.
Banyak persoalan yang membelengu PPF pada masa ini adalah kerana semua Peg Atasan y/m terlalu sebok menjalankan tugas-tugas seharian dan juga nak menjaga periuk nasi sendiri. Lain-lain PPF boleh juga membantu dengan menyediakan kertas kerja yang berupa cadangan dan idea untuk di maju kan ke Bank Idea PPF. Pegawai atasan kita telah BLANK, sebab tu masih tak nampak jalan penyelesaiannya.Sebahagian dari isu tersebut telah pun di majukan ke pihak atasan, tetapi oleh kerana kurangnya alasan yang munasabah dan justifakasi yang kukuh, maka hasilnya masih belum di kecapi.Setiap tahun alasan berubah dan begitu juga justifikasi. Jika PPF boleh memberikan Kertas Kerja dengan perkembangan terkini, mungkin pihak atasan berasakan ada kewajaran dalam mempercepatkan setiap permohonan.
PPF pun boleh juga macam lain-lain paramedik. Kita boleh bina satu asas yang kukuh dan berusaha untuk membina beberapa kejayaan di atasnya. Satu cadangan yang boleh di buat ialah dengan menanamkan azam bahawa setelah PPF berusia genap setahun, kita perlu ubah cara kita bertindak. Mulai 1 Jun 2009 , suara PPF biarlah hanya keluar dari Setiausaha Kehormat PPFM dan Setiausaha Agong Union. Lain-lain PPF hanya berikan cadangan dan idea sahaja. Dengan itu kita akan mengujudkan Bank Idea PPF. Dengan ini, kita telah menaikkan martabat PPFM dan Union dalam menjaga Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembang Kerjaya PPF.
Jika semua PPF inginkan masa hadapan yang lebih gemilang, kita perlu lupakan perkara yang telah berlalu. Kita perlu terus melangkah. Tetapi apabila nak melangkah, kita perlukan RM. Cadangan saya ialah semua PPF di Negara Malaysia, hendaklah memberi sumbangan / tajaan RM 10.00 seorang bagi menyediakan Kertas Kerja Yang Power.
Perkara ini boleh dilakukan dengan usaha sama semua PPF U32. Semua PPF U32 hendaklah mengira berapakah bilangan PPF di Jabatan / Unit / Kawasan masing-masing. Gunakan RM sendiri dahulu dan lepas tu kutip semula daripada PPF U29 yang berkenaan. Masukkan sumbangan / tajaan tersebut kedalam akaun :
( BANK SIMPANAN NASIONAL : 0010029898073989 )
Akaun ini di buka pada 2006 dan hingga kini hanya ada RM 10.00 di dalamnya.
Nanti pada Sabtu 16 Mei 2009 jam 9.00 am, jumlah kutipan dlm akaun ini akan di pamerkan c box di web.ppfmy.com. Nanti kita akan tahu berapakah Speed Anjakan Paradigma semua PPF di Malaysia. Para Pelatih PPF juga boleh membantu, kerana RM 10.00 seumur hidup, bukannya banyak pun. Itupun bergantung kepada Inisiatif Pengajar.
Sila panjangkan maklumat ini dan kongsi bersama lain-lain PPF yang seramai 3500 orang di Malaysia tu. Dengan ICT segalanya akan menjadi lebih mudah.
Sekian dahulu, terima kasih banyak-banyak. |
|
| Back to top |
|
 |
paksitung
Joined: 24 Sep 2006 Posts: 14 Location: Narathiwat
|
Posted: Tue May 12, 2009 10:21 am Post subject: ppf 2009 |
|
|
Cadangan Tuan HIUS adalah baik demi pro kita yang amat disayangi ini.
Sebelum kutipan rm yang diperlukan ( Tak ada yang tak perlukan benda ini) - Elok rasanya kutipan ini dibawa kepengetahuan Majlis PPFM secara resmi (Bertulis). Adakah penggunaan web PPFM untuk dapat rm ini betul atau pun salah dari segi perundangan kita tak pasti>>>>> Bye |
|
| Back to top |
|
 |
ppfkkp
Joined: 10 Oct 2009 Posts: 26
|
Posted: Sat Jul 31, 2010 1:36 pm Post subject: |
|
|
PPF Perlu Lebih Bersedia
Kerana Jawatan Baru Tahun 2010
PF 700 Jawatan
PPF 136 Jawatan
Juruteknologi Makmal Pun Dapat 200 Jawatan
Nampak Sangat PPF Tidak Banyak Perkembangan Pada 2010
Semua Ini Ada Dalam Pengetahuan BPF KKM
Segalanya Telah Di Rancang Dengan baik
Jika PPF Ingin Berubah
Mohon Jawatan Baru ABM 8 Tahun 2013
Sebanyak 1000 Jawatan
Segala Permohonan Perlu Mengikut Peraturan
Senarai Tugas
Pusat Tanggungjawab
Penempatan
Dll
Selamat Mencuba
Dll
Selamat Mencuba Mrngisi Borang ABM 8 Tahun 2013 |
|
| Back to top |
|
 |
nori
Joined: 10 Oct 2009 Posts: 89
|
Posted: Thu Feb 03, 2011 4:29 pm Post subject: |
|
|
SELAMAT TAHUN BARU 2011 :
Perkhidmatan PPF telah berlangsung selama 50 tahun di Malaysia. Pihak kerajaan telah memberikan beberapa insentif kepada PPF sepanjang 50 tahun tersebut. Insentif dan kemudahan tersebut adalah secara kebetulan ataupun atas usaha PPF sendiri melaui ppfm / kesatuan, tiada siapa yang tahu. Tetapi pada masa dahulu elaun pelatih PPF memang kurang sedikit daripada elaun lain-lain paramedik, tetapi kini semuanya adalah sama sahaja. Juga pada tahun 1990, PPF telah berusaha agar PPF di berikan status diploma melalui satu kursus di Melaka, Cuma pada tahun 2003 barulah usaha tersebut berjaya, sedangkan lain-lain paramedik telah mendapat status diploma sejak 1992.
Usaha terkini PPF ialah mendapatkan Bayaran Insentif Perhidmatan Kritikal (BIPK) sebanyak 10% dari gaji pokok. Usaha awal telah di buat, tetapi masih belum menampakkan hasilnya. Berbagai persoalan yang timbul iaitu, apakah PPF benar-benar kritikal dan siapakah pihak yang bertanggungjawab bagi menyatakan PPF adalah kritikal. Tentunya pihak tersebut bukan lah Menteri Kesihatan, sebab beliau memang tidak tahu tugas sebenar PPF, dan hanya mendapat maklumat dari pihak yang menjaga PPF. Dari segi bahasanya , memang PPF kritikal, tetapi ianya adalah jawatan yang kritikal yang tidak layak mendapat BIPK.
Semasa BIPK mula-mula diberi kepada jururawat, tugas menghantar pesakit dari wad ke lain-lain unit di hospital adalah tugas jururawat. Alasan mereka amat mudah sekali iaitu, jika pesakit berhenti pernafasan, merekalah yang akan memberikan CPR kepada pesakit. Pada 2011 keadaan telah berubah, jika pesakit memerlukan rujukan, hanya PPK sahaja yang mengkhantarnya, sedangkan jururawat masih berhak dapat BIPK 15% dari gaji pokok mereka.
Setiap tahun terdapat perubahan yang amat ketara di dalam sistem pemberian perkhidmatan dan penjagaan kesihatan asas rakyat Malaysia. Ianya boleh di lihat semasa pembentangan budget tahunan oleh Menteri Kewangan setiap tahun. Juga ianya juga terlibat semasa pembentangan rancangan lima tahun pembangunan Malaysia. Ada jawatan yang di jumudkan, ada jawatan yang di naik taraf dan terdapat juga laluan kerjaya baru bagi kakitangan kerajaan. Yang paling menonjol di KKM ialah laluan kerjaya baru Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi.
Bagi PPF rasanya eloklah tumpukan kepada pemberian BIPK. PPF perlu menyediakan satu kertas kerja yang terkini bagi membuka mata pihak atasan dalam pemberian BIPK ini. Kertas kerja yang dahulu perlu di perbaiki dengan fakta-fakta baru dan justifikasi yang kukuh dan munasabah serta di sokong oleh pihak yang berkenaan.
Jika dilihat dari segi perkhidmatan farmasi, adalah amat wajar pemberian BIPK kepada PF di panjangkan kepada PPF. Setiap lima tahun baru perubahan akan berlaku dan PPF ada masa selama 60 bulan bagi menjayakannya.
SENARAI PERKHIDMATAN KRITIKAL JPA ( 10 OKTOBER 2007 )
1. Arkitek
2. Arkitek Laut
3. Jururawat
4. Jurutera
5. Jurutera Laut
6. Juruterbang / Pemeriksa Juruterbang
7. Juruukur Bahan
8. Malim
9. Pegawai Ehwal Ekonomi (di MIDA dan MATRADE)
10. Pegawai Farmasi
11. Pegawai Laut
12. Pegawai Penyelidik
13. Pegawai Pergigian
14. Pegawai Perikanan (disiplin kejuruteraan)
15. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (disiplin kejuruteraan)
16. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (disiplin kejuruteraan)
17. Pegawai Pertanian (disiplin kejuruteraan)
18. Pegawai Perubatan
19. Pegawai Undang-Undang
20. Pembantu Pegawai Latihan Vokasional / Penolong Pegawai Latihan Vokasional / Pegawai Latihan Vokasional
21. Pemeriksa Kapal Terbang;
22. Pemeriksa Kilang dan Jentera;
23. Pengajar (disiplin kejururawatan);
24. Penjaga Jentera Letrik;
25. Penolong Jurutera Laut;
26. Penolong Pegawai Laut;
27. Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera;
28. Pensyarah Pergigian;
29. Pensyarah Perubatan;
30. Pensyarah UiTM (disiplin kejuruteraan, perundangan, kejururawatan, ukur bahan, seni bina dan farmasi) dan
31. Pensyarah Universiti (disiplin kejuruteraan, perundangan, kejururawatan, ukur bahan, seni bina dan farmasi)
KRITERIA PERKHIDMATAN KRITIKAL ( JPA ) :
a. peranan dan sumbangan perkhidmatan kearah pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara berdasarkan bidang-bidang yang telah di beri keutamaan di bawah rancangan-rancangan pembangunan negara.
b. kedudukan persaingan dalam pasaran buruh bagi tenaga anggota terlatih yang diperlukan, meliputi ke atas factor-faktor seperti kedudukan penawaran dan permintaan , kadar pusingan ganti dan kadar saraan di pasaran bagi kategori tenaga kerja berkenaan.
c. Kelayakan dan kebolehan yang perlu ada pada perkhidmatan iaitu dari segi kelayakan dan latihan, pengalaman, kepakaran, kemahiran dan bakat; dan
d. Keadaan persekitaran tempat kerja yang dilihat dari segi kesan-kesan kepada kesihatan, pendedahan kepada risiko-risiko kemalangan dan sistem waktu kerja yang digunakan.
Pandangan dan cadangan di atas adalah hanya dari sudut akademik / ilmiah dan perlu juga di lihat dari segi akademik / ilmiah.
Tamat : 3 Februari 2011. |
|
| Back to top |
|
 |
nori
Joined: 10 Oct 2009 Posts: 89
|
Posted: Thu Jul 14, 2011 1:20 pm Post subject: |
|
|
SELAMAT BERTUGAS KEPADA SEMUA PPF.
Dan yakinlah bahawa dengan bertugas untuk negara, PPF juga ada sumbangan yang besar bagi kemakmuran dan kemajuan Negara. Tampa PPF pasti kesihatan rakyat akan terjejas.
Satu Jawatankuasa Teknikal PPF Malaysia telah ditubuhkan pada 16 November 2009? Jawatankuasa ini di pengerusikan oleh Timb.Pengarah Bhg.Pengurusan Perkhid.Farmasi KKM, Dr.Nour Hanah bt Othman dan dianggotai oleh 5 Pegawai Kanan BPF KKM (Lembaga Farmasi, Bhg.A&P,Biro, Kesihatan, Hosp.) dan 4 Exco Kesatuan, 3 Exco PPFM, 4 wakil PPF , 1 wakil Sabah dan 1 wakil Sarawak. Wakil PPFM ialah En.Ganesan G.Narayanan, Hjh.Khamsiah bt Brahim, Tn.Hj.Sulaiman b Harun dan wakil utk Kesatuan pula ialah En.Rohin Daud, En.Razalle Dollah, En.Zamri Arifin dan Tn.Hj.Mohd Noor b Adam. Wakil PPF ialah Puan Faridah Saidi(CPD-PTK), Hjh.Norhaini bt Othman(HKL), Puan Juriah bt Wakidi(Labuan), En.Talib b Tawil(Biro). Wakil Sarawak ialah En.James Yiek Hua Kuong dan wakil Sabah ialah En.Johnson Chin Nyat Min. Urusetia JK ini ialah Ketua Profesion En.Muhammad B Awang PPF U40 dan juga Tn Hj.Abd Ghani b Yusof, PPF U38 BPF KKM. Semoga dengan penubuhan JK ini, PPF akan lebih cemerlang dan maju kehadapan ! Jika ada sebarang masalah yang perlu di bangkitkan, sila hubungi nama-nama seperti yang tertera diatas dalam Jawatankuasa ini. Sekian, terima kasih. YDP
( JK Teknikal ini di kendalikan oleh PF dan sebagai PPF kita perlu mengwujudkan JK Pemandu dan JK Pelaksana, iaitu JK Kecil di bawah JK Teknikal, barulah segala yang dirancang akan dapat di dilaksanakan.
Begitulah perlaksanaan semua JK Teknikal lain-lain paramedik . Dan ianya memerlukan komitmen yang tinggi dari semua PPF. )
Kongres Profesor lulus 14 resolusi jayakan transformasi 9 Julai 2011, KUALA LUMPUR: Kongres Profesor Negara yang berakhir semalam meluluskan 14 resolusi berdasarkan setiap kluster ilmu untuk membantu kerajaan menjayakan usaha transformasi negara seperti berikut:
• Mengukuhkan dasar, proses perancangan dan tadbir urus sektor sumber asli dan alam sekitar; transformasi ekonomi yang disokong sistem pelaksanaan, pemantauan dan pelaporan berasaskan sasaran keberhasilan konkrit dan jelas.
• Kod tadbir urus sektor awam dan kaedah penguatkuasaan dibangunkan bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian dan pengurusan.
• Pembangunan modal insan berpengetahuan dan kemahiran tinggi serta sistem keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dicadang bagi memastikan ICT menjadi pemacu utama transformasi.
• Pengukuhan Polisi Inovasi Negara bagi memastikan kelestarian ekosistem inovasi tanpa sempadan iaitu membabitkan semua peringkat masyarakat bermula di sekolah hingga industri dan agensi kerajaan.
• Bagi memastikan negara tidak terdedah kepada ancaman penyusutan sumber dan krisis tenaga, pembangunan kecekapan penggunaan tenaga, pengoperasian perkakasan, perancangan bandar dan pemerkasaan penjanaan tenaga daripada sumber boleh diperbaharui dicadangkan.
• Sokongan padu terhadap penegasan dasar mengekalkan nisbah 60:40 bagi pelajar aliran sains berbanding pelajar bukan sains yang merosot pada tahap 20:80 ketika ini bagi mencapai sasaran sekurang-kurangnya 60 penyelidik, saintis dan jurutera bagi setiap 10,000 tenaga kerja.
• Usaha menjana dan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains sosial disifatkan kritikal bagi membekalkan data sosial mencukupi untuk pelaksanaan transformasi negara.
• Menekankan kepentingan sistem pendidikan diperkukuhkan menerusi pendekatan kesepaduan bermula pendidikan dasar hingga tertiari yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta berorientasikan bakat, bukan peperiksaan.
• Akses perkhidmatan kesihatan secara saksama dengan memberi keutamaan kepada aspek pencegahan penyakit secara menyeluruh dan berkesan.
• Menitikberatkan kesepaduan sosial sebagai prasyarat untuk menjamin transformasi negara yang seimbang.
• Bagi memartabat industri farmaseutikal, kerajaan dicadang mewujudkan keupayaan sebagai pengeluar ubatan halal bagi mengelak kebergantungan terhadap pasaran luar yang diragui kesesuaiannya dan boleh mengancam kesihatan rakyat.
• Turut diusul bagi bidang kesihatan adalah masalah ketagihan dadah dipertanggungjawabkan bersama Kementerian Kesihatan kerana ia dikenal pasti sebagai penyakit.
• Meminta kerajaan memastikan inti pati pembangunan dikawal sistem nilai budaya yang murni untuk mengelak penyelewengan, mengekalkan moral tinggi serta menegakkan prinsip keadilan sosial.
• Bagi memastikan sekuriti makanan, negara dicadang memberi perhatian khusus kepada isu penggunaan tanah, koordinasi antara pelbagai kementerian dan agensi, dasar insentif, kebergantungan kepada buruh asing, mekanisme pemasaran, pemindahan teknologi, perubahan iklim, sumber air dan dana pelaburan.
( PPF juga terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam resolusi tersebut, tetapi terpulanglah kepada kebijaksanaan dan kemampuan PPF dalam menjayakannya )
WAKIL-WAKIL NEGERI
KESATUAN KEBANGSAAN PEMBANTU FARMASI KERAJAAN
MALAYSIA BARAT TAHUN 2008 – 2010
Negeri Sembilan : Tuan Haji Omar bin Baba
( Klinik Kesihatan Ampangan, Seremban, N. Sembilan )
Selangor : Puan Zaila bt Mohammad Zahibi
( Hospital sungai Buluh, Selangor )
Perak : Puan Rosmah bt Mahmud
( Hospital Teluk Intan )
Pulau Pinang : Tuan Haji Mohd. Dali bin K. Mastan P.J.K.
( Hospital Pulau Pinang )
Kedah : Encik Mohd Hassan Zaini bin Shafie
( Hospital Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah )
Perlis : Encik Pergas Cinnathamby
( Klinik Kesihatan Kangar, Perlis )
Kelantan : Tuan Haji Kamaruddin bin Mohd. Zin
( Hospital Tanah Merah, Kelantan )
Terengganu : Encik Dandan bin Zakaria
( KK Kuala Terengganu )
Pahang : Puan Norhayati bt Mohamed
( Hospital Sultan Haji Ahmad Shah )
Melaka : Encik Ibrahim bin Suratman
( Hospital Melaka )
Wilayah Persekutuan : Encik Mohd Nazri bin Esa
( Kesaihatan/Hos Putra Jaya) ( Klinik Kesihatan Jinjang, Wilayah Persekutuan )
Wilayah Persekutuan : Puan Faridah bt Saidi
(HKL ) ( Hospital Kuala Lumpur )
( Semua wakil-wakil tersebut boleh di hubungi apabila terdapat keperluan dan keutamaan )
Persatuan PPF telah ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1974. Ianya didaftarkan di bawah akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftarannya 1717. Kelulusan pendaftara diperolehi pada 22 Oktober 1975. Keahliannya terbuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai Sijil Pembantu Farmasi (kini Diploma Pembantu Farmasi).
Pada peringkat awal penubuhannya, persatuan ini menghadapi pelbagai masalah.
Tahun 1980'an, ianya dipindahkan ke Ipoh, Perak dimana ianya hanya aktif dikalangan ahli di sekitar negeri tersebut. Di Ipoh juga persatuan menghadapi masalah akhirnya. Dengan baki akaun hanya RM5.50 ianya dipindahkan pula ke pantai timur pada tahun 1990 dimana ahli majlisnya terdiri dari mereka yang bertugas di Kelantan dan Terengganu.
Ahli Majlis telah mengadakan beberapa "Road Show" - Kempen untuk menambahkan ahli. Aktiviti ini dibuat dengan menggunakan perbelanjaan sendiri. Kini, persatuan boleh berbangga kerana ianya telah dapat diaktifkan kembali dan tabung persatuan telah meningkat hasil usaha Ahli Majlis.
Tujuan Penubuhan
1. Untuk menjaga dan meningkatkan nama baik dan kepentingan profesion Pembantu Farmasi.
2. Mempertahankan dan meninggikan taraf dan etikaprofesion Pembantu Farmasi.
3. Untuk menggalakkan dan mengembangkan ilmu farmasi.
4. Memupuk hubungan professional dalaman dikalangan ahli.
5. Berhubung dan bekerjasama dengan mana-mana organisasi demi kemajuan profesion Pembantu Farmasi.
6. Menjadi wadah untuk ahli menyatakan pendapat dan pandangan dalam perkara yang menyentuh profesion Pembantu Farmasi.
Didalam Persatuan ini, terdapat beberapa perkara yang perlu dipatuhi oleh kesemua ahli. Perkara-perkara berikut termaktub didalam perlembagaan Persatuan ini. Setiap ahli wajib mengetahui dan mematuhi perlembagaan yang telah disediakan. Perkara-perkara tersebut ialah:
FASAL 1 & FASAL 3
FASAL 1 : NAMA, ALAMAT, TEMPAT MESYUARAT, COGANKATA;
o Persatuan ini hendaklah dinamakan PERSATUAN PENOLONG PEGAWAI FARMASI MALAYSIA dan selepas ini disebut sebagai "PERSATUAN"
o Alamat berdaftar dan tempat mesyuarat persatuan ini hendaklah di Lot 512, Belakang Taman Norwina, Demit, 16150 Kubang Kerian, Kelantan. Alamat berdaftar persatuan ini tidak boleh diubah tanpa mendapat kebenaran dari Pendaftar Pertubuhan.
o Cogankata Persatuan ini ialah “Sepakat mencapai Hasrat”
Cogankata Persatuan ini ialah “Sepakat mencapai Hasrat”
Definasi logo PPFM adalah:
1. Tiga warna iaitu merah, kuning dan biru, melambangkan warna bendera Malaysia. Persatuan ini meliputi seluruh Malaysia.
2. Tiga bulatan mengelilingi cogankata (motto) Persatuan bermakna bersepadu dan beriltizam tanpa berbelah bagi demi kejayaan bersama.
3. lambang segi tiga diilhamkan dari bentuk piramid yang memberi erti kecekalan dan ketegasan pendirian dalam menempuh apa jua keadaan.
4. Neraca melambangkan keseimbangan, prihatin dan ketepatan maklumat serta tujuan.
5. Lambang buku memberi maksud pentingnya ilmu pengetahuan dan pembelajaran yang sentiasa berterusan untuk mencapai tujuan setiap sasaran.
6. Ular dan staf melambangkan kesihatan
7. Cogankata (motto) ‘Sepakat Mencapai Hasrat’ bermaksud usaha dan pakatan yang utuh beserta dengan ketabahan dan kecekalan akan pasti membuahkan hasil.
FASAL 3 : WILAYAH
1. Wilayah yang diliputi oleh persatuan ini hendaklah yang di ketahui sebagai Malaysia.
FASAL 2
TUJUAN-TUJUAN (MATLAMAT)
Tujuan-tujuan persatuan ini hendaklah:
1. Untuk meningkat dan menjaga nama baik Penolong Pegawai Farmasi.
2. Untuk menggalakkan dan mengembangkan kemajuan tentang ‘dispensing’ dan berkaitan dengan pendidikan farmasi serta memupuk hubungan profesional dalaman dikalangan ahli.
3. Untuk memperbaiki ‘kemahiran farmasi’ bagi kebajikan awam umumnya dengan menyebarkan maklumat tentang amalan mengenai ‘medical dispensing technique’ dan subjek-subjek yang ada kaitan dengannya.
4. Untuk mempertahankan dan meninggikan taraf dan etika profesion ini.
5. Untuk bergabung dan bekerjasama dengan mana-mana organisasi yang boleh dianggap memerlukan oleh Majlis untuk menyebar tujuan-tujuan persatuan ini.
6. Untuk menerangkan pandangan ahli dalam perkara yang menyentuh kepentingan bersama profesion ini.
FASAL 4
KEAHLIAN
1. Ahli Biasa:
- Ahli biasa hendaklah terbuka kepada setiap Penolong Pegawai Farmasi yang pada tarikh permohonannya didaftar tanpa sebarang sekatan apa-apa pun di bawah undang-undang Malaysia yang ada. Ahli biasa hendaklah menikmati segala keistimewaan, kuasa dan hak mengundi persatuan ini.
2. Ahli Bersekutu:
- Ahli bersekutu hendaklah terbuka kepada pelatih-pelatih dari Program Diploma Farmasi, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia, atau dari mana-mana kolej yang diiktiraf dibawah Undang-undang Malaysia yang ada. Tertakluk kepada Fasal 4 (iv), ahli bersekutu hendaklah menikmati hak-hak yang sama seperti Ahli Biasa.
3. Ahli Kehormat:
- Persatuan ini boleh menganugerah keahlian sebagai Ahli Kehormat kepada seseorang tidak kira samaada ianya seorang Penolong Pegawai Farmasi atau tidak. Beliau hendaklah pada pendapat persatuan telah memberikan khitmat yang terisitimewa dan cemerlang dalam bidang farmasi atau pun kepada persatuan ini. Mereka ini boleh dicalunkan oleh majlis tertakluk kepada kelulusan melalui resolusi di suatu mesyuarat agong. Tertakluk kepada fasal 4 (iv) Ahli Kehormat hendaklah menikmati hak-hak yang sama seperti ahli biasa.
4. Walau apa pun yang terkandung yang menyatakan sebaliknya didalam Perlembagaan, Ahli Kehormat dan Ahli Bersekutu tidaklah berhak mengundi dimana-mana mesyuarat atau dipilih menduduki didalam Majlis.
5. Permohonan untuk menjadi Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu hendaklah dibuat keatas borang yang dikhaskan yang akan diisi lengkap oleh pemohon.
Penasihat :
YBhg.Tan Sri Prof Dzulkifli Abdul Razak
Naib Canselor
Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang
Yang Dipertua :
Encik Ganesan A/L G.Narayanan
Penolong Pegawai Farmasi U32
Klinik Kesihatan Taiping
Perak
Naib Yang Dipertua :
Puan Khamsiah bt Brahim
Penolong Pegawai Farmasi U36
Hospital Sg.Buloh
Selangor
Setiausaha Kehormat :
Haji Ab. Manan Kechik
Penolong Pegawai Farmasi U38
Hospital USM, Kubang Kerian, Kelantan.
Penolong Setiausaha Kehormat :
En. Mohamad Nazri b Mohd Esa
Penolong Pegawai Farmasi U38
Jab.Farmasi
Hospital Kuala Lumpur
Bendahari Kehormat :
Haji Sulaiman Harun
Penolong Pegawai Farmasi U36
Hospital Kuala Krai
18000 Kuala Krai, Kelantan
Ahli-ahli :
Puan Samidah Binti Rahmat
Penolong Pegawai Farmasi U40
Hospital Sultanah Bahiyah
Alor Setar
Puan Hjh. Rohana bt Musa
Penolong Pegawai Farmasi U36
Hospital Sg.Buloh
Selangor
Puan Siti Hanisah bt Md.Said
Penolong Pegawai Farmasi
KPJ Johor Specialist
Johor
En. Asrul Effendi Bin Jamaludin
Penolong Pegawai Farmasi U32
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia,
Cheras, Kuala Lumpur
En.Suhaimi b Esa
Penolong Pegawai Farmasi U29
Hospital USM, Kubang Kerian
Kelantan
Juruaudit :
Puan Lau Swee Gim
Penolong Pegawai Farmasi U32
Hospital USM, Kubang Kerian
Kelantan
Puan Hjh. Rahani bt Awang
Penolong Pegawai Farmasi U36
Hospital Selayang
Selangor
( Semua PPF sepatutnya menjadi ahli persatuan dan barulah persatuan boleh menjana peningkatan laluan kerjaya yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang )
Untuk makluman semua, satu Kursus Pemantapan Penolong Pegawai Farmasi Peringkat Negeri Kedah akan di adakan pada 14-16 Julai 2011 di INTAN Wilayah Utara anjuran Bhg.Perkhidmatan Farmasi Negeri Kedah. Peserta seramai 90 orang. PIHAK PERSATUAN MENGUCAPKAN SELAMAT BERKURSUS KEPADA SEMUA PESERTA!
LATIHAN SANGKUTAN PENDISPENSAN METHADONE
Untuk makluman semua PPF, susulan dari Kursus Pendispensan Methadone yang diadakan di International Youth Centre,Cheras bulan lepas, Latihan Sangkutan (Attachment) Pendispensan Methadone akan dijalankan serentak seluruh Malaysia di Lokaliti terpilih sehari untuk setiap peserta sepanjang bulan Julai mulai 11-28 Julai 2011. Kepada yang terpilih, diucapkan Tahniah dan syabas! Sila rujuk Ketua Unit masing-masing. Selamat Berkursus ! ( Perak- 23 peserta, Terengganu-6, Kedah-5, Pahang-6, JKWPKL-3, Johor-4 dan Kelantan-1)
KEPADA SEMUA PPF INSTITUSI SWASTA, DIMINTA KERJASAMA MEMBERI SENARAI PPF DI TEMPAT ANDA UTK TUJUAN PENYENARAIAN PPF MSIA DAN PENDAFTARAN DALAM AKTA BARU NANTI. URGENT !!! SILA EMAIL KPD SAYA- GANESAN (email: pfganesh@gmail.com)
Dalam email, sertakan- 1.Nama penuh; 2. No KP; Alamat Surat Menyurat; Tempat Bertugas; Kolej Latihan; Tahun masuk kolej dan tamat, Batch No (Jika KSKB); Nama & Alamat Majika
NO. AKAUN PERSATUAN PPF :
No akaun Persatuan Pembantu Farmasi Malaysia: AFFIN BANK 100180003775. Untuk membayar yuran atau apa-saja bayaran tuan/puan boleh menggunakan CASH DEPOSIT MACHINE di AFFIN BANK yang berdekatan tempat tuan/puan, buat salinan fotostat dan kembarkan bersama borang dihantar kepada saya dialamat:
PT 201 TAMAN DESA WANGI,
PASIR TUMBOH,
16150 KOTA BHARU, KELANTAN.
Anda Boleh Menghubungi kami melalui alamat surat:
Jabatan Farmasi,
Hospital USM Kubang Kerian
16150 Kota Bharu
Kelantan, Malaysia
No. telefon: 09-7664675 (P) , 013-9060880, 09-7654567 (R)
Anda juga boleh menghantar e-mail ke :admin@ppfmy.com
Untuk panduan ringkas sila klik di sini : Frequently Asked Questions (FAQ)
Siapakah yang layak menjadi ahli Persatuan Pembantu Farmasi Malaysia?
Terdapat 3 katogeri ahli persatuan:
1. Ahli biasa/ Ahli seumur hidup.
Keahlian untuk katogeri ini terbuka kepada semua Pembatu Farmasi di Malaysia Barat dan Malaysia Timur yang mempunyai Sijil Pembantu Farmasi atau Diploma Farmasi, samada sedang berkhidmat dengan kerajaan, swasta atau persendirian. Ahli dari katogeri ini layak untuk hadir mesyuarat agong, dipilih sebagai Ahli Majis Persatuan,dan mengundi.
2. Ahli bersekutu.
Keahlian kategori ini terbuka kepada yang tidak memiliki Sijil/Diploma Pembantu Farmasi tetapi bekerja dalam bidang kefarmasian seperti di Premis – premis yang menjalankan perniagaan yang ada kaitan dengan Farmasi contohnya kedai farmasi, klinik-klinik, pusat SPA dan
lain-lain. Pelatih Pembantu Farmasi dalam Latihan juga diterima sebagai ahli bersekutu. Keahlian ini boleh menghadiri mesyuarat
tiada hak mengundi dan dipilih sebagai Ahli Majlis Persatuan.
3 . Ahli Kehormat
Keahlian ini dianugerahkan oleh Persatuan Pembantu Farmasi Malaysia kepada sesiapa sahaja warga Negara Malaysia yang telah memberi sumbangan dan kerjasama kepada persatuan.
Bagaimana cara untuk menjadi ahli ?
Isikan borang keahlian dan hantarkan kepada urusetia Persatuan. Borang keahlian juga boleh didapati dalam Buleting Pembantu Farmasi yang diterbitkan dua kali setahun. Borang boleh di muaturun (download ) dari laman web
Berapakah yuran keahlian ?
1. Ahli biasa RM20.00
2. Ahli bersekutu RM5.00 setahun
3. Yuran Pendaftaran RM5.00 (bayaran sekali sahaja )
Apakah keistimewaan menjadi ahli persatuan?
Semua ahli yang berhak kecuali ahli bersekutu / ahli kehormat layak Untuk mengundi / dipilih sebagai Ahli Majlis Persatuan. Semua ahli
Berhak menggunakan kemudahan dan mendapat khidmat dari Persatuan.
Apakah yang dimaksudkan dengan ahli yang tidak berhak?
Maksudnya :
1. Ahli yang telah diberhentikan olih sebab-sebab dispilin Seperti termaktub dalam perlembagaan Persatuan.
2. Ahli yang yurannya tertunggak selama 12 bulan.
Apakah dia ahli seumur hidup?
Ahli yang menjelaskan yuran sebanyak RM100 (seratus ringgit ) berserta RM5.00 yuran pendaftaran sekaligus sewaktu beliau mendaftar.
Bolehkah saya menjadi kekal menjadi ahli Persatuan jika saya bertukar Ke jawatan lain?
Anda layak menjadi ahli Persatuan Pembantu Farmasi Malaysia Walaupun ada telah bertukar jawatan asalkan pada satu ketika anda
Adalah Pembantu Farmasi yang terlatih.
Kenapa saya perlu menjadi Ahli Persatuan Pembantu Farmasi Malaysia?
Piagam persatuan menggariskan matlamat berikut:
1. Meningkatkan dan menjaga nama baik profesion Pembantu Farmasi
2. Mengggalakan dan meningkatkan kemahiran ilmu kefarmasian dikalangan ahli.
3. Mempertahankan dan meningkatkan taraf profesion ini.
4. Bergabung dan bekerjasama dengan lain NGO yang sealiran perjuangan persatuan.
5. Penyebar maklumat dan candangan ahli-ahli untuk kepentingan profesionalisma ahli.
Apakah program yang dilaksanakan olih Persatuan untuk meningkatkan
Profesionalisma Pembantu Farmasi ?
1. Persatuan membantu menerbitkan majalah ilmiah Suara Pembantu Farmasi. Terbitan dua kali setahu. Percuma untuk ahli.
2. Persatuan adakan mesyuarat dan roadshow dalaman.
3. Mengadakan kursus dengan kerjasama Pengarah Kesihatan Negeri ( Farmasi ) dari masa ke masa.
4.Ceramah Perubatan setiap kali mesyuarat agong di adakan.
5. Lain-lain program yang di adakan dengan kerjasama cawangan Negeri-Negeri bila di perlukan.
( semua maklumat berkaitan PPF adalah berkaitan kepada semua PPF kerana ianya menunjukkan betapa penting dan perlunya PPF bergerak sejajar dengan perkembangan semasa dan cabaran masa kini dan cabaran yang paling besar ialah dari dalam diri PPF sendiri )
Segala pendapat, cadangan, pandangan, coretan dan pemerhatian di atas, adalah di lihat dari sudut akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat nya dari sudut perspektif yang sama agar ianya akan memberikan gambaran yang sama dan tidak tersasar, kerana sedikit perbezaan pendapat akan memberikan najitah yang berbeza, dan yang amat perlu ialah semua PPF mesti berfikiran positif setiap masa, sepanjang masa dan sebarang masa.
Tamat : 14 Julai 2011 |
|
| Back to top |
|
 |
|
|
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum
|
Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group
|