www.ppfmy.com Forum Index www.ppfmy.com
Forum ini dibangunkan untuk memudahkan ahli-ahli PPFM berdiskusi dan mengadakan perbincangan sesama ahli
 
 FAQFAQ   SearchSearch   MemberlistMemberlist   UsergroupsUsergroups   RegisterRegister 
 ProfileProfile   Log in to check your private messagesLog in to check your private messages   Log inLog in 

PERSATUAN PEMBANTU FARMASI
Goto page 1, 2  Next
 
Post new topic   Reply to topic    www.ppfmy.com Forum Index -> Diskusi Ahli Forum
View previous topic :: View next topic  
Author Message
yangdipertua



Joined: 02 Sep 2006
Posts: 30

PostPosted: Sun Feb 24, 2008 1:09 pm    Post subject: PERSATUAN PEMBANTU FARMASI Reply with quote

Assalamulaikum dan salam bahagia, saya melihat didalam forum dan C/box ada rungutan dan ketidakpuasan dari ahli-ahli kaitan dengan makluman dan agenda Persatuan. Ingin saya maklumkan disini secara asasnya perkara-perkara besar yang hendak dilaksanakan oleh Persatuan adalah yang telah dibentangkan di dalam ucapan dasar Persatuan sewaktu mesyuarat agung. Dalam ucapan tersebut telah di terangkan agenda secara umum yang akan di perjuangkan oleh Persatuan. Perkara-perkara lain akan dibincangkan dan diteruskan tindakannya sehingga berjaya. Ucapan dasar akan di dimuatkan dalam buleting keluaran terdekat ini. Walaubagaimana pun kepada warga PbF yang ingin ucapan dasar tersebut boleh menghantarkan nama dan alamat Email melalui portal ini, ucapan tersebut akan di hantar. Kelewatan terbitnya buleting Persatuan memohon maaf. Dalam perjanjian buletin diterbitkan dua kali setahun tetapi saya telah di maklumkan oleh Ketua Pengarang Buleting, masalah tiada cukup bahan yang hendak dimuatkan. Selain dari bahan bahan rasmi dari Persatuan kita juga perlu berita, rencana, sumbangan tulisan dari ahli-ahli. Perkara ini telah pun dimaklumkan oleh Ketua Pengarang berkali-kali, dalam mesyuarat agong,perjumpaan dengan ahli, melalui wakil-wakil negeri minta ahli-ahli menyumbang tatapi tetap hampa. Semua sumbangan tersebut dibayar sagu hati mengikut kadarnya. Dalam hal ini ahli-ahli boleh main peranan. Kita kena tanya apa sumbangan kita untuk Persatuan. Pengurusan persatuan menyediakan semua platform untuk kemudahan sdra/sdra PbF tetapi tidak mampulah kita untuk mengarahkan bagaimana hendak melakukannya. Kita perlu memainkan peranan masing-masing. Pengurusan Persatuan boleh dipersoalkan jika Persatuan tidak menyediakan kemudahan untuk itu.

Mempersoalkan kewibawaan kempimpinan Persatuan tidak salah tetapi kalau menyalahkan itu tidak betul. Kita semua bersedia mengundurkan diri jika ada yang ingin meneruskan perjuangan ini. Bukannya mudah untuk Ahli Majlis mengorbankan masa bersama keluarga,wang, cuti dan lain-lian untuk kesana-kemari menyelesaikan masalah profesion ini. Penyelesaian tidak pernanh boleh didapati dari satu atau dua perjumpaan malahan berbulan dan bertahun. Oleh itu saya berharapa warga PbF kena faham. Gunakan C/box dan forum untuk kita berintraksi dan menimba pangalaman baru dan bertukar pendapat antara satu sama lain di dalam menyelesaikan masalah di tempat kerja dan lain. Jangan jadikan medium ini untuk tempat melemparkan kemarahan. Bertindaklah dengan bijaksana Terima kasih.
Back to top
View user's profile Send private message
hius2007



Joined: 29 Jul 2007
Posts: 90
Location: Perak

PostPosted: Sun Dec 14, 2008 11:26 am    Post subject: Reply with quote

PPFM telah tertubuh sejak 1972. Negeri Perak jadi tempat lahirnya. PPFM di tubuhkan sebab PPF pada masa tu merasakan diri mereka ketinggalan. Tetapi kini pada tahun 2008, semangat PPF pada tahun 1972 tu telah luput. Yg tinggal hanya PPF yg pentingkan diri sendiri, PPF yg pentingkan profesion masih terus menjadi ahli PPFM.

Pada tahun hadapan (2009), PPF akan terus maju di bawah pimpinan Ahli Majlis yg bijaksana dan dedikasi. Jika benar PPF semua sayangkan profesion ini, silalah jadi ahli PPFM. Bayaran ahli seumur hidup RM 100 tu tak lah banyak sangat. Hanya kira2 0.8% sahaja dari pendapatan tahunan PPF. Jika PPF masil berdegil utk jadi ahli PPFM, maka jadilah kita PPF ni sebagai mangsa jerung2 ganas di KKM tu. Tak dapat le nak tolong.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail AIM Address Yahoo Messenger MSN Messenger
awangmad



Joined: 25 Dec 2008
Posts: 1

PostPosted: Thu Dec 25, 2008 3:10 pm    Post subject: Pembantu Farmasi Reply with quote

Saya baru sahaja daftar kerana baru pandai komputer. Saya tertarik dengan kenyataan sdra HIUS, memang betul kata HIUS semua PPF mestilah menyokong Kesatuan dan Persatuan kerana dua organisasi ini sahajalah yang berdaftar dan diiktiraf oleh kerajaan sebagai penyampung lidah PPF lain dari pada ini tidak relevan. Saya dah lihat portal persatuan penuh dengan kenyataan berkaitan dengan penubuhan majlis perunding dan mesyuaratnya tetapi saya dulu orang union juga tetapi dah berhenti berniaga kecil-kecilan di rompin pahang. Saya rasa taraf majlis itu sama sahja dengan Majlis bersama kerajaan yang hanya boleh berbincang perkara servis sahaja tidak perkara dasar. Kerana perkara dasar ini keputsannya bukan pada peringkat Bahangian tetapi peringkat yang lebih tinggi. Mereka yang duduk dalam perunding itu tidak akan boleh berjumpa dengan pihak lain kerana mesti mendapat kelulusan ketuanya dahulu. Ahli kena faham bukan senang hendak mengubah sesautu dasar dia perlu berbulan-bulan dan bertahun-tahun. Oleh kita kena sabar dan sokong Kesatuan dan PPM. Saya lihat ada cita-cita nak buat pharmaceutical technicians workload sebagai kerja PPF. Untuk makluman yang muda-muda ini dasar keputusan berada pada peringkat yang lebih tinggi dan orang-orang yang boleh jumpa orang ini adalah Union dan PPM sahaja. Contohnya pakaian seragam kalu nak tukar mesti dapat keputusan dari bahangian istiadat yang diberi tanggungjawap berkiatanya. Bagaiman perunding boleh minta sedangkan mereka tidak mewakili sesiapa melainkan diri mereka sendiri. Ini yang muda-muda kena faham jangan marahkan nyamuk kelambu dibakar. Saya cuma boleh beri sokongan dari luar sahaja.
Back to top
View user's profile Send private message
hius2007



Joined: 29 Jul 2007
Posts: 90
Location: Perak

PostPosted: Sat Dec 27, 2008 10:52 am    Post subject: Reply with quote

Perkara yg baik tu selalunya benar dan akan diterima juga oleh PPF yg berfikiran positif. Jika PPF nak majukan profesion ini, perlulah melalui zaman yg berliku dahulu. Tetapi dgn kebijaksanaan yg kita miliki, kita boleh terus kehadapan. Yg penting jgn undur ke belakang.

Jika di lihat kejayaan kejururawatan, mereka bermula dengan Miss Florence Nightangle berjalan di waktu malam dgn lampu ditangan merawat pesakit . Tetapi pada 2008, semua jururawat dah naik kereta untuk pergi menjalankan tugas. Perkataan Jururawat kekal hingga hari ini walaupun mereka di letakkan dalam Kumpulan Sokongan dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional ( U29 - U52 ).

PPF pun boleh mencapai ini jika sentiasa berusaha memajukan diri sendiri dan profesion keseluruhannya. Oleh itu, ambil lah apa2 Ijazah di mana2 Universiti dan lepas tu kita bincangkan apakah tugas PPF yg terkini. Semasa di Universiti, semua pelajar akan di sediakan peluang dan ruang bagi memajukan diri sendiri dan kerjaya. Itulah sebabnya jika kita lihat cara berkerja pemegang Ijazah dan pemegang Diploma adalah berbeza. Itulah yg membezakan PPF dan Jururawat.

PPF juga perlu maklum bahawa setelah 6 tahun Grad, barulah pemegang Ijazah Kejururawatan ini di berikan tempat dgn di tawarkan Gred U41. Jika begitu, maksudnya pada 2016, barulah PPF akan maju. Apapun keajaiban boleh berlaku. Jika PPF mahukan ini , cara bertindak dengan penuh keajaiban juga di perlukan. he he he
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail AIM Address Yahoo Messenger MSN Messenger
En4CeR



Joined: 11 Jul 2007
Posts: 4
Location: Petaling Jaya

PostPosted: Sat Jan 24, 2009 1:04 pm    Post subject: Reply with quote

Saya berpendapat jika semua PPF ingin kemajuan, satu saja jalannya sekarang.

Ubah kepimpinan Persatuan dan Kesatuan yang orthodox dan lembab.
Mereka sendiri tahu keadaan ini. Ahli jawatankuasa mereka sendiri langsung tak efisien dan tidak menjalankan tugas dengan tanggungjawab. Asyik nak hadir mesyuarat dan tidur hotel mewah (kesatuan).

Cammana nak maju. Ubah sikap dahulu.
Back to top
View user's profile Send private message Yahoo Messenger
yangdipertua



Joined: 02 Sep 2006
Posts: 30

PostPosted: Wed Jan 28, 2009 8:58 am    Post subject: Mengganti ahli majlis Reply with quote

Assalamulaikum, terima kepada ahli forum yang mencadangkan. Bagi pihak ahli majlis persatuan kita tidak ada halangan kepada mana ahli yang ingin menjadi ahli majlis, malahan setiap kali pemilihan Setiausaha Kht akan menghatarkan borang pencalunan tanpa had. Saya berharap tidak ada lagi cakap-cakap untuk lagi ahli majlis tak buat kerja. Kemaskinikan alamat supaya semua surat dan borang pencalunan dapat sampai dengan selamat. Kita pun mahu orang muda yang tadbir tetapi setiap kali kertas calun yang dibuka tidak banyak seperti kita harapkan. Ahli juga boleh kempen tidak ada sekatan. Terima kasih. YDP
Back to top
View user's profile Send private message
paksitung



Joined: 24 Sep 2006
Posts: 14
Location: Narathiwat

PostPosted: Wed Jan 28, 2009 9:48 am    Post subject: persatuan Pembantu Farmasi Reply with quote

Selamat Bertanding Mr In4Cer. Jumpa di AGM 2009 Langkawi nanti..
Back to top
View user's profile Send private message
hius2007



Joined: 29 Jul 2007
Posts: 90
Location: Perak

PostPosted: Thu Jan 29, 2009 10:36 pm    Post subject: Reply with quote

Mr In4Cer, rasanya tiada PPF bertugas di Petaling Jaya. Tetapi apabila jawatan Pembantu Makmal Kimia Ubat di jumudkan dan di serap menjadi Pembantu Farmasi pada 1998 dan selepas Top Up farmakologi selama 6 bulan, barulah ada PPF di Petaling Jaya.

Itu cuma tekaan saya sahaja. Kalau terasa jgn marah kan nyamuk. Saya dah join PPFM/Union sejak hari pertama jadi PPF lagi. Banyak pahit dan manis yg saya rasai. Pada saya ianya adalah seimbang 50:50.

Isu yg terkini ialah PPF di Biro, byk ketinggalan dari beberapa segi. Masa nak jawab soalan PTK pun mereka tak tahu, sebab mereka hanya kerja di Biro dan tiada pesakit. Apa yg Mr In4Cer perlu buat ialah, adakan kursus bagi semua PPF di Biro utk menjawab soalan PTK. Kan ke tinggal kat PJ.

Pada saya MrIn4Cer ni ambitious orang nya. Beliau dah ada cara nak majukan PPF. Tu bagus sebenarnya. Tetapi jika kita down load ABM 8 Tahun 2009, Elaun2 di KKM dan Kerjaya Pegawai Farmasi di http://humanres.moh.gov.my pasti kita akan nampak PPF ni sebenarnya jauh ketinggalan kebelakang. Yg saya nampak ialah Elaun RM200 sebulan bagi PPF yg bertugas di Penguatkuasa. Tetapi berapa orang PPF yg dapat.

Oleh itu, jika kita semua nak maju jaya, jom pakat semua PPF bertugas di Penguatkuasa dan dapatkan elaun tu. Kaunter Farmasi, serah je ke U41 yg dah ramai tu.

Jika kita ubah kepimpinan PPFM/Union pun, hasilnya bukan dapat dlm masa setahun dua. Makan bertahun juga. Tetapi pada masa tu, para medik lain dah pun jadi Pengarah Hospital, Institusi dll. Apa2 pun kita bincang dahulu dlm AGM PPFM dan AGM Union 2009 nanti. he he he
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail AIM Address Yahoo Messenger MSN Messenger
hius2007



Joined: 29 Jul 2007
Posts: 90
Location: Perak

PostPosted: Thu Mar 12, 2009 7:11 pm    Post subject: Reply with quote

PERKEMBANGAN KKM PADA TAHUN 2009

Farmasi :
Pengarah Perkhidmatan Farmasi ( Jusa A )
Timbalan Pengarah Perkhidmatan Farmasi ( Jusa C )
Ketua Penolong Pengarah Kanan ( U54 )
Polisi Ubat Kebangsaan ( U52 )
Pengurusan Ubat & IT ( U52 )
Pembangunan Organisasi & Sumber Manusia ( U52 )
Pengurusan Kualiti ( U52 )

Amalan Farmasi Klinikal ( U48 )
Amalan Farmasi ( Hospital dan Kesihatan ) – ( U48 )
Pemonitoran Harga Ubat ( U48 )
Urusetia Senarai Ubat-Ubatan KKM ( U48 )
Keselamatan Pesakit dan Penggunaan Ubat ( U48 )
Maklumat Ubat dan Pendidikan Pengguna ( U48 )
Pengurusan Latihan dan CPD ( U48 )
Pembangunan Inter Organisasi dan Antarabangsa ( U48 )
Penyelidikan Pembangunan dan Perolehan Teknologi ( U48 )
Urusetia Lembaga Farmasi ( U48 )

Kepada semua PPF, sila siapkan satu kertas kerja agar PPF U32 di tempatkan di Bahagian Bahagian tersebut agar dapat membantu Peg dalam menjalankan tugas-tugas seharian mereka dengan lebih cekap dan effisien tampa meninggalkan kepentingan PPF

Lain-Lain Paramedik :
Semasa ABM8 2009 di keluarkan, amat jelas di perhatikan KKM telah berkembang maju. Di seretakan di sini di mana jawatan-jawatan baru dan tambahan yang telah di luluskan . Di bahagian tersebut terdapat juga Pakar Pakar KKM :

A KESIHATAN AWAM
Pengurusan Kesihatan Awam Ibu Pejabat / Negeri
- Pembangunan Kesihatan Keluarga
- Pendidikan Kesihatan

B RAWATAN PERUBATAN
- Pengurusan Perubatan Ibu Pejabat / Negeri
- Pengurusan Hospital

C FARMASI DAN BEKALAN
( kosong – tiada bahagian dan unit )

Unit-Unit Rawatan Perubatan:
Rawatan Kecemasan dan Pesakit Luar
Rawatan Am Pesakit Dalam
Perubatan Am
Pembedahan Am
O & G
Pediatrik
Orthopedik
Anastesiologi
ENT
Oftalmologi
Dermatologi
Neurologi
Pembedahan Neuro
Perubatan Transfusi
Perubatan Forensik
Urologi
Pembedahan Plastic
Radioterapi dan Onkologi
Pengimejan Diagnostik
Patologi
Pembedahan Kardiothorasik
Kardiologi
Perubatan Nuklear
Perubatan Respirotori
Psykiatrik dan Kesihatan Mental
Rehabilitasi

Jika PPF ingin terus maju, sejajar dgn perkembangan KKM, PPF perlulah berfikir apa kah tugas-tugas PPF di Unit-unit dan bahagian tersebut, dan mengaturkan strategi bagaimana ingin mencapainya.

Ini juga adalah sejajar dengan tugas-tugas utama PPF :
- Tugasan Penyelengaraan Setor
- Tugasan Pembantu Makmal Kimia Ubat
- Tugasan Penolong Pegawai Farmasi


he he he
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail AIM Address Yahoo Messenger MSN Messenger
hius2007



Joined: 29 Jul 2007
Posts: 90
Location: Perak

PostPosted: Wed Apr 08, 2009 12:56 pm    Post subject: Reply with quote

FORUM TERBUKA PENOLONG PEGAWAI FARMASI.

Salam muhibbah kepada semua PPF. Dah lama saya tidak mencoretkan sesuatu di sini kerana terlalu sebok dengan jadual kehidupan seharian. Sehingga kan nak talipon kawan-kawan pun tak ada masa. Maklumlah sejak di timpa kemalangan tempoh hari, diari kehidupan seharian juga telah berubah 100 %. Pada hari ini genap sudah 8 bulan saya kemalangan.

Saya ingin merujuk kepada Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembangan Kerjaya PPF. Perkara ini telah di umumkan oleh YB Dato’ M Mahalinggam, semasa AGM PPFM di Hotel Seri Malaysia, Ipoh, pada tahun1997. Bahagian ini adalah di bawah Amalan Perubatan KKM. Semua paramedik bergabung di bahagian tersebut kecuali PPF.

Bahagian tersebut juga membincangkan Expanded dan Extended Role bagi semua paramedik, kecuali PPF kerana PPF tiada wakil di bahagian tersebut. Alasan yang paling munasabah dengan ketiadaan PPF di sana ialah tiada kelepasan dari BPF KKM.

Tetapi kini pada tahun 2009, Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu telah di tubuhkan oleh KKM. Namun nasib PPF masih sama iaitu tiada wakil di sana bagi membincangkan Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembangan Kerjaya PPF.

Nama PF telah bertukar kepada PPF sejak 1 Jun 2008. Usia kita belumpun setahun. Apa yang pasti ialah pertukaran nama gelaran jawatan sahaja sedangkan Skim Perkhidmatan masih Pembantu Farmasi. Oleh itu janganlah semua PPF beranggapan kita pada masa ini adalah Penolong Pegawai Farmasi dari segi tugasan hakiki.

Pada Januarai 2009, Bahagian Sumber Manusia KKM ada mengeluarkan senarai jawatan baru yang di luluskan pada tahun 2009. Dan apabila di semak adalah di dapati perkembangan perjawatan PPF adalah amat sedikit jika di bandingkan dengan lain2 para medik. Jika di bandingkan dengan Peg Far, lagi jauh, ibarat langit dengan bumi.

Tetapi ini bukanlah salah sesiapa, tetapi adalah salah diri PPF sendiri yang tidak peka dengan Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembangan Kerjaya. Pada Julai 2008, Negeri Perak ada mengadakan satu bengkel pengisian borang ABM 8 tahun 2010. Dan di harap pada tahun 2010 semua jawatan PPF tambahan akan dapat di luluskan oleh kerajaan. Sebenarnya oleh JPA setelah di sokong oleh KKM.

Jika di buka laman web Bahagian Farmasi KKM, akan didapati satu Dorektori Farmasi pada tahun 2007. Jika di semak, didapati Pegawai Farmasi bertugas di semua Hospital dan Klinik Kesihatan seluruh negara. Walaupun bilangan mereka ramai, tetapi tiap seorang Pegawai Farmasi tersebut telah ada Unit nya yang tersendiri bersama tugas dan tanggungjawabnya. Oleh itu jangan terkejut, jika sebuah hospital ibu negeri mempunyai 40 orang Peg sedangkan PPF hanya 21 orang. PPF sendiri memang tiada unit yang tersendiri dan sebab itulah di kumpulkan di OPD sebagai filling oficer. Oleh itu, masa depan PPF adalah di tangan PPF sendiri. Jika PPF rajin memperjuangkan nya, maka akan adalah sedikit peningkatan.
Berbalik kita kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi ( BPF KKM ). Tiga katogeri jawatan yang paling ramai di BPF KKM ialah Peg. Far, PPF dan Pembantu Tadbir
(Setor). Nasib Peg Far memang terbela sebab mereka lah yang berkuasa di BPF KKM dan di Ketuai oleh seorang Jusa A. Nasib Pembantu Tadbir ( Setor ) juga terbela kerana mereka berada di berbagai jabatan kerajaan dan tentu ada orang di JPA yang akan mempertahankan mereka. Tetapi bagaimana pula dengan nasib PPF. Hanya PPF yang tahu. Tetapi masih belum terlambat. Asalkan jangan terlajak, sudahlah.

BPF KKM adalah macam parent bagi PPF. Perkara ini telah di terapkan semasa di sekolah Latihan Pembantu Farmasi lagi dan amat sukar di kikis. Itulah sebabnya setiap perjuangan PPF akan menghadapi jalan buntu. Pada hari ini, semangat PPF yang tulen perlu datangnya dari PPF yang mendapat latihan Out Sourcing. Sebab PPF KKM dah terikat dengan fakta dan sejarah sejak dahulu. Contohnya pertukaran namapun memakan masa selama 6 tahun. Permohonan lain-lain mungkin 2020 akan tercapai (lagi 11 tahun) .

Kita imbau sejarah yang berlaku pada 1996. Pada masa itu pemimpin tertinggi PPF mempunyai semangat juang yang kental. Berbagai masaalah PPF di bawa ke pengetahuan pihak atasan KKM. Hasilnya ialah satu surat di keluarkan oleh BPF KKM. Surat tersebut telah berjaya mengunci mulut PPF hingga kini ( 13 tahun ).

Jika ingin tahu apakah maksud surat tersebut, sila rujuk surat bil. surat bil. KKM-55/160 Bhg.1 (47) bertarikh 25 Oktober 1996. dan surat bil KKM-55/160 Bhg.1 (4Cool bertarikh 28 Oktober 1996 . Banyak PPF sudah melupakan surat tersebut dan pejuang PPF pada masa itu, ramai yang telah bersara. Surat tersebut di tujukan kepada semua Pegawai Farmasi KKM dan di arahkan untuk memaklumkan kepada semua PPF di kawasan masing-masing. Tajuk surat tersebut ialah :Tohmahan-Tohmahan Terhadap Perkhidmatan Farmasi Yang Dianggap Tidak sensitif Terhadap Keperluan Pembantu Farmasi. Surat tersebut di tanda tangani oleh Pengarah Perkhidmatan Farmasi KKM dan SK kepada
Ketua Pengarah Kesihatan, Tim. Ketua Setiausaha ( Pengurusan ) KKM, Setiausaha Bahagian (P), Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembagunan Tenaga Manusia dan Latihan KKM , Penolong Pegawai Tadbir Cawangan Paramedik dan Auksiliari,

Kandungan surat tersebut ialah menyatakan BPF KKM di tuduh tidak sensitif kepada peluang kemajuan kerjaya dan masa depan Pembantu Farmasi. Dan BPF KKM memberi jawapan , Bhg BPF KKM ingin memberi maklumat yang benar untuk menghindarkan dari penyebaran maklumat yg tidak tepat dan berat sebelah oleh pihak-pihak tertentu.

2.1 Surat dari Setiausaha Agong Kesatuan

2.2 Keputusan Tribunal Perkhidmatan Awam PF Kanan dari U8 ke U 7

2.3 ... maka bahagian ini berpendapat bahawa kurikulum berkenaan perlu di ubahsuai mengikut keadaan semasa memandangkan peluang untuk Pembantu Farmasi melanjutkan pelajaran dalam bidang profesional farmasi lebih cerah dan terbuka. Atas dasar ini, kurikulum berkenaan telah di ubah suai dan di gubal sedemikian rupa agar graduan latihan ini bukan sahaja layak di beri sijil diploma, malah pelajar2 yang cemerlang seterusnya boleh menggunakan sijil diploma ini sebagai asas untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi di universiti-universiti tempatan yang menawarkan kursus ijazah farmasi. Jika masih gagal mendapatkan surat tersebut, sila rujuk Arkib Negara..

Tetapi sejak surat tersebut keluar, semua PPF terkunci mulut dan tiada suara yang boleh keluar lagi. Diploma Farmasi di mulai pada 2003, sedangkan lain-lain paramedik sejak SSB iaitu 1992.( ketinggalan 11 tahun ). Lain-lain paramedik bila kerja terus ke P1T6 sedangkan PPF P1T1, beza gaji ialah RM220 sebulan . Gaji PPF yang dah bekerja 6 tahun sama dengan lain-lain paramedik yang baru melapor diri.

Tetapi semua PPF perlu berasa bangga sebab BPF KKM dah perjuangkan jawatan PPF
U38 dan U40 yang mana gaji mereka lebih tinggi dari U41. Sebab itulah semua PPF membisu dan bila tiba masanya dapat Promotion. Cuma nasib PPF U29 je yang belum terbela lagi. Saya suka mencadangkan agar pada masa hadapan, tiada lagi U29, sebab setelah bekerja selama 7 tahun, kita mohon agar PPF U29 secara KPSL terus ke U32.

Berbalik kepada taraf pemikiran PPF sendiri. Ramai PPF beranggapan membayar yuran Union RM2 sebulan dan yuran seumur hidup PPFM RM100 adalah membazir dan tiada berfaedah. Fikiran sebegini perlu di kikis. Jika benar PPF prihatin dengan profesion PPF, pejam mata dan bayar je yuran Union dan PPFM tu. Jangan tanya mereka buat apa dengan yuran yang kita bayar tu, tentu ada sesuatau yang bermunafaat daripadanya.
Nasib baik PPF bukan doktor pakar, jika tidak terpaksalah membayar RM 1000 bagi yuran Persatuan Doktor Pakar selama tiga tahun. Dan yuran ini wajib bagi semua doktor pakar. MMA jangan ceritalah, jika tak bayar yuran, pasti tak boleh jadi doktor.

Pendaftaran Pembantu Perubatan di bawah Akta Pembantu Perubatan telah di pinda mulai,1982. Bermaksud dah 27 tahun bersama Akta . Tetapi PPF pada 2009 pun masih belum mempunyai kesedaran untuk menjadi Ahli PPFM/Union. Harap semua PPF dapat berkumpul di Langkawi sempena AGM PPFM pada Julai nanti. Sambil tu bolehlah bercuti sambil shooping sakan. Jika naik Air Asia , murah je dari KL.

BPF KKM boleh mendaftarkan semua PPF melalui Arahan Jabatan. Dengan adanya pendaftaran, kerajaan boleh tahu berapakah bilangan sebenar PPF yang berada di Malaysia . Samaada berkhidmat dengan KKM, badan berkanun dan swasta. Tetapi KKM telah terlepas pandang semasa pindaan Akta Farmasi 2003. Pada 2003, semua lulusan Ijazah Farmasi perlu menjalani PRP dan FRP iaitu selama 4 tahun bersama KKM. Jabatan Bomba dan Penyelamat pernah mengeluarkan arahan jabatan agar semua alat pemadam api jenis ABC di periksa dan di luluskan oleh mereka. Semua rakyat Malaysia boleh pun mematuhi arahan tersebut. Walaupun tiada Akta yang mewajibkan pemeriksaan tersebut. Oleh itu secara ringkasnya, biarlah PPFM yang mendaftarkan semua PPF. Yuran seumur hidup Cuma RM 100 je. Union pulak, biarlah PPF yang bermasaalah je yang jadi ahli. Sebab salah satu tugas Union ialah menyelesaikan masaalah ahli dengan pihak majikan.

Dah banyak yang tertulis, nanti habis idea pulak. Dan biarkan lain-lain PPF berikan pandangan mereka, sebab PPF ni bijak-bijak belaka. By.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail AIM Address Yahoo Messenger MSN Messenger
hius2007



Joined: 29 Jul 2007
Posts: 90
Location: Perak

PostPosted: Sun May 03, 2009 4:53 pm    Post subject: Reply with quote

MAKLUMAT PENOLONG PEGAWAI FARMASI ( PPF )

Semasa AGM PPF di Terengganu tempoh hari, sebanyak 10 Kertas kerja telah di bentangkan dan kesemua nya telah di majukan ke pihak atasan. Apa pun hubungan yang berterusan sesama PPF amatlah di perlukan dalam memberikan beberapa maklumat-maklumat tambahan . Ini adalah kerana ada antara maklumat-maklumat tersebut telah tidak relevan lagi pada masa ini. Kertas Kerja yang di bentangkan adalah seperti berikut :

Penempatan U38 di Hospital Kawasan ( Regional Hospital ) Seluruh Negara
Penempatan PPF di Unit Penguatkuasaan Farmasi JKN Seluroh Negara
Menempatkan Minima Dua PPF di Klinik Kesihatan KKM
Menempatkan PPF di Pusat Maklumat Ubat di semua Hospital KKM
Memohon Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal ( BIPP ) bagi PPF
Memohon Elaun Harzard bagi PPF Yang Bertugas di Unit CDR
Memohon Kajian Semula Senarai Tugas Jawatan PPF 40 / 38 /36 / 32 / 29
Memohon Diberi Tajaan Kepada Pelajar Diploma Farmasi di IPTA / IPTS
Memohon Pengiktirafan Diploma Farmasi Mulai 1993
Memohon PPF Dijadikan Skim Bersepadu 29 / 32 / 36 / 42 / 44 / 48 / 52 / 54

Mulai 1 Jun 2008, pertukaran nama jawatan telah dilaksanakan dan lahirlah gelaran jawatan Penolong Pegawai Farmasi di KKM. Semasa PPF memohon pertukaran nama jawatan tersebut, beberapa aspek telah tertinggal dan tidak di ambil kira, dan hasilnya ada pihak yang berasa hati dengan nama jawatan baru ini.Perkara ini boleh di atasi jika PPFM / Union mencari jalan damai bagaimana untuk mengatasinya.

Pada Jun 2009, genaplah setahun usia Jawatan Penolong Pegawai Farmasi. Sebenarnya masih banyak lagi jalan-jalan yang berliku yang perlu PPF hadapi untuk mencapai kegemilangan . Sejak jawatan Pembantu Farmasi di wujudkan, belum ada satu perubahan yang Universal bagi kemajuan PPF. PPF hanya melihat keadaan sekeliling. Apabila Paramedik KKM lain berubah, barulah PPF cuba mengekori mereka. Dan PPF semua perlu akur bahawa dah banyak Paramedik lain dalam KKM yang maju dan berdikari dengan sendirinya, sehingga boleh mengawal Akta Pendaftaran mereka sendiri.

PPF pun boleh juga macam tu. Kita boleh bina satu asas yang kukuh dan berusaha untuk membina beberapa kejayaan di atasnya. Satu cadangan yang boleh di buat ialah dengan menanamkan azam bahawa setelah PPF berusia genap setahun, kita perlu ubah cara kita bertindak. Mulai 1 Jun 2009 , suara PPF biarlah hanya keluar dari Setiausaha Kehormat PPFM dan Setiausaha Agong Union. Lain-lain PPF hanya berikan cadangan dan idea sahaja. Dengan itu kita akan mengujudkan Bank Idea PPF. Dengan ini, kita telah menaikkan martabat PPFM dan Union dalam menjaga Peningkatan Mutu Perkhidmatan dan Perkembang Kerjaya PPF.

Kalau semua PPF Malaysia tak bersetuju, mudah sahaja. PPFM dan Union hanya JAGA KEBAJIKAN AHLI sahaja. By.
Back to top
View user's profile Send private message Send e-mail AIM Address Yahoo Messenger MSN Messenger
ppfkkp



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 26

PostPosted: Sat Jul 31, 2010 1:49 pm    Post subject: Reply with quote

PPFM Adalah Nadi PPF
Sebab Mereka Mempunyai Ahli
Hingga Ke Sabah Dan Sarawak
Juga PPF Di Luar KKM dan Swasta
PPFM Juga Mempunyai Batasan
Jika Hanya AJK Je Yang Bekerja
Hasilnya Takkan Seberapa
Semua PPF Yang Mengaku Diri Mereka PPF
Perlu Menyokong PPFM
Jadilah Ahli
Atau Sumbangkanlah Idea Bernas Anda
Jika Tiada Idea Bernas
Berilah Sokongan Moral
Hadirlah AGM Dua Tahun S
Rajin Rajin Lah Buka Web
Banyak Maklumat Boleh Di Kongsi
Dll
Back to top
View user's profile Send private message
nori



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 120

PostPosted: Tue Jan 25, 2011 7:01 pm    Post subject: Reply with quote

SELAMAT BERTUGAS KEPADA SEMUA PPF

TONGGAK 12 JPA

1. Menghargai Masa
2. Ketekunan Membawa Kejayaan
3. Keseronokan Bekerja
4. Kemulian Kesederhanaan
5. Ketinggian Peribadi
6. Kekuatan Sifat Baik Hati
7. Pengaruh Teladan
8. Kewajipan Menjalankan Tugas
9.Kebijaksanaan Berhemat
10. Keutamaan Kesabaran
11. Peningkatan Bakat
12. Nikmat Mencipta


1. Menghargai Masa

Amalan Positif
Menepati Masa
Menyengerakan Tugas
Mempunyai Perancangan Waktu
Bijak Menguruskan Masa Yang Diberi
Menumpukan Masa kepada Kerja Produktif
Menetapkan Target Date
Menyelesaikan Tugas Dalam Masa Yang Ditetapkan


1. Menghargai Masa
Amalan Negatif
Berbual-bual Kosong
Tidak Menyenggarakan Tugas
Tidak Merancangkan Pekerjaan
Melayan Tetamu Yang Tidak Berkenaan
Tinggalkan Pejabat Untuk Urusan Peribadi
Berniaga di Waktu Pejabat
Ke Kantin Waktu Bertugas
Tiada Sence Of Urgency
Tidak Merancang Pekerjaan
Membuat Kerja Peribadi Di Pejabat
Tidak Peka Kepada Pembaziran Masa


2. Ketekunan Membawa Kejayaan
Amalan Positif
- Gigih, Rajin, Tekun, Sabar, Berdisiplin, Cekal dan bersemangat dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diarahkan walaupun menghadapi banyak rintangan.

- Bercita-cita tinggi

- Sanggup berkorban


2. Ketekunan Membawa Kejayaan
Amalan Negatif
-Mudah tersinggung
-Mudah putus asa
-Tidak bercita-cita tinggi
-Disuruh buat baru buat
-Kurang berdisiplin
-Tidak bersemangat
-Tiada inisiatif
-Suka bertangguh


3. Keseronokan Bekerja
Amalan Positif
-Menggap kerja sebagai ibadat
-Mempunyai Inisiatif sendiri
-Menghasilkan sesuatu yang berfaedah
-Sedia memberi kerjasama

Amalan Negatif
-Menganggap kerja sebagai beban
-Tidak diberi masa yang cukup
-Tidak diberi tanggungjawab yang mencabar
-Tidak dipercayai dan selalu dicurigai
-Hanya menunggu arahan sahaja.


4. Kemulian Kesederhanaan

Amalan Positif
-Tidak tamakkan pangkat dan kedudukan
-Tidak membazir dalam perbelanjaan pejabat
-Merendah diri
-Mesra dalam pergaulan
-Tidak memperagakan kemewahan
-Sedia menerima cadangan dan nasihat


4. Kemulian Kesederhanaan
Amalan Negatif
-Menonjol-nonjolkan diri
-Berlakuan mengada-ngada
-Berlebih-lebihan mengampu ketua
-Memperagakan kemewahan dan kedudukan
-Sombong dan meninggi diri
-Membesarkan perkara kecil


5. Ketinggian Peribadi
Amalan Positif
-Tertib dan baik budi bicara
-Berilmu dan berpengetahuan luas
-Berlumba-lumba membuat kebajikan
-Bersopan-santun dan sederhana dalam kelakuan
-Bekerjasama dan saling hormat-menghormati
-Bertanggungjawab
-Bersih dari sifat dengki


5. Ketinggian Peribadi
Amalan Negatif
-Sombong dan suka menunjuk-nunjuk
-Sukar untuk membuat kebajikan
-Mengumpat dan memfitnah rakan sejawat
-Tamak mengejar pangkat dan kedudukan
-Menghina dan merendahkan usaha orang lain
-Hasad dengki
-Berpura-pura dalam tindakan
-Pemarah dan tidak sabar


6. Kekuatan Sifat Baik Hati
Amalan positif
-Pemaaf dan berhemah tinggi
-Ikhlas dan bertimbang rasa
-Simpati kepada kesusahan dan masalah orang lain
-Pemurah dalam usaha kebajikan
-Ramah,berbudi mulia
-Dan berkerjasama
-Boleh menerime teguran


6. Kekuatan Sifat Baik Hati
Amalan Negatif
-Kasar dan kurang sopan
-Berdendam
-Bermuka-muka
-Mudah buat kritikan tetapi tidak boleh menerima
kritikan
-Suka hina dan caci orang
-Sombong & penting diri sendiri
-Cepat menuduh dan menghukum tanpa siasatan


7. Pengaruh Teladan
Amalan Positif
-Bermoral dan berakhlak tinggi
-Tertib dan beradap sepanjang masa
-Rajin dan kuat kerja
-Amanah dan bertanggungjawab
-Berbudi mulia serta merendahkan diri
-Gemar da cintakan ilmu yang bermanafaat


7. Pengaruh Teladan
Amalan Negatif
-Buruk perangai
-Jahil dan tidak suka membaca
-Dengki dan buruk sangka
-Mempersendakan agama
-Kedekut
-Suka mencari helah untuk mengelak tanggungjawab
-Sensitif dan pemarah


8. Kewajipan Menjalankan Tugas
Amalan positif
-Sentiasa bertangungjawab terhadap tugas yang diberi
-Tekun dan sabar menjalankan tugas
-Boleh di harap untuk menyempurnakan tugas
-Mementingkan kualiti
-Bersikap profesional dan cekap
-Cepat,cermat dan berdisiplin
-Inisiatif


8. Kewajipan Menjalankan Tugas
Amalan Negatif
-Tidak boleh diharapkan
-Suka bangkang dan berdalih apabila diberi tugas
-Tidak bersungguh-sungguh
-Tidak peka kepada kualiti
-Tidak taat kepada arahan
-Selalu buat silap
-Tidak ikut peraturan
-Suka bertangguh


9.Kebijaksanaan Berhemat
Amalan Positif
-Berhati-hati apabila berbelanja
-Mengadakan sistem kewangan yang berkesan
-Tidak membazir harta kerajaan datangnya dari rakyat
-Bertanggungjawab keatas setiap perbelanjaan
-Tahu membezakan antara keperluan dengan kemewahan


9.Kebijaksanaan Berhemat
Amalan Negatif
-Boros dan suka menbazir
-Tidak cermat dengan harta kerajaan
-Kurang peka dan bakhil kepada keperluan awam
-Suka berbelanja besar tidak kena pada tempatnya
-Bermewah dengan harta kerajaan
-Memperaga kehebatan dan kemewahan


10. Keutamaan Kesabaran
Amalan Positif
 Tenang menghadapi masalah rumit
 Mempunyai perhitungan jauh
 Tahan menerima cabaran
 Tidak putus asa
 Pemaaf dan berhemah tinggi
 Cermat dalam tutur kata


10. Keutamaan Kesabaran
Amalan Negatif
 Cepat mengalah
 Berpandangan sempit
 Tidak tahan menghadapi kesusahan
 Tidak sanggup berkorban
 Takutkan cabaran
 Selalu mengubah pendirian dan keputusan


11. Peningkatan Bakat
Amalan Positif
-Memberi dorongan terhadap kreativiti
-Memberi pengiktirafan kepada usaha-usaha orginal
-Mengalakkan pencambahan fikiran
-Memberi galakan kepada pemikiran baru
-Berani mencuba idea-idea baru
-Mengenal dan memupuk bakat yang ada
-Menyediakan persekitaran yang dapat melahirkan idea-idea baru


11. Peningkatan Bakat
Amalan Negatif
 Tidak memberi galakan dan menyekat pemikiran baru
 Tidak menghargai bakat yang ada
 Memperkecilkan usaha orginal
 Berpuashati dengan tahap bakat yang ada


12. Nikmat Mencipta
Amalan Positif
 Berani mencuba
 Sentiasa mencari idea baru dalam menyelesaikan masalah
 Gembira melihat wujudnya idea dan kaedah baru dalam pentadbiran
 Sentiasa dalam cabaran intelektual
 Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan dimanafaatkan



12. Nikmat Mencipta
Amalan Negatif
 Takut menemui kegagalan
 Memandang remeh usaha orang lain
 Berpuashati dengan kedudukan yang sediada
 Pemikiran tidak dinamik
 Tidak suka pembaharuan
 Tidak sabar dalam penciptaan baru

Tonggak 12 yang ke 13 bagi PPF
ialah menjadi ahli persatuan / kesatuan .
Amalan Positif :
Ramai yang dah jadi ahli

Amalan Negatif :
Ramai juga yang masih belum jadi ahli.

Tahniah kepada PPF yang telah berjaya dalam peperiksaan PTK dan dapat naik gaji, sonang je tonggak 12 ni, yang ke 13 tu je payah sikit,


Di JPA terdapat bahagian yang mengendalikan Skim dan Perkhidmatan, tentunya di ketuai oleh PTD. PTD ni amat cepat naik pangkat dan bertukar serta segala permohonan akan di lihat oleh PTD yang baru.

Dibawah nya terdapat beberapa JK Kecil yang dilaksanakan oleh N17, N22 dan N36, mereka inilah yang akan menurut perintah peg atasan.

Pada 2010 PPF telah menyediakan satu draff kertas kerja iaitu seperti berikut.

DRAFT CADANGAN
GAJI BARU SKIM PERKHIDMATAN
PENOLONG PEGAWAI FARMASI .

1) PENDAHULUAN

a) Definisi Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi ….

b) Definisi Skim Perkhidmatan Pembantu Farmasi ……

c) Pelaksanaan nya

d) Kelemahan - pd Skim gaji Pembantu Farmasi semasa
SSB
Cth tertinggal 1 kenaikan - tarikh pemindahan gaji
Berbeza .
e) Kelemahan - pd Skim gaji Pembantu Farmasi semasa
SSM
Cth tertinggal 1 kenaikan - tarikh pemindahan gaji
Berbeza - kelulusan skim gaji diploma lambat berbanding
Paramedic lain .

Pelaksanaan skim bersepadu paramedic lain .
Contoh :
Rujukan :

2) Justifikasi Cadangan .

Rujuk a) kepentingan perkhidmatan ,
b) motivasi .kebajikan social ,
c) Peningkatan tahap perkhidmatan dan pencapaian ,
d) Kelayakan akademik
e) kelayakan Latihan
f) keadaan ekonomi semasa
g) dll.

Mengapa perlu skim baru ?
1.
2.
3.

- Perbandingan dengan Skim gaji Diploma lain
- Perbandingan dengan Skim Paramedik lain
- Perbandingan dengan skim gaji di luar Negara

3) Cadangan baru “ Skim Gaji Penolong Pegawai Farmasi “

1) Kategorikan dalam Skim Bersepadu – tapi kekalkan perjawatan U36 , U38 , U40 dan tambahan U42 .

2) Kategorikan dalam skim kumpulan mendapat elaun kritikal

3) Kenaikan Pangkat yang lebih cepat dan lebih mudah / mesra

4) Kekalkan kemudahan kejawatan U41 dan lebih mudah .

5) ……..

6) ………

7) ………

Cool - Lampiran

- pergerakan gaji semua kategori Penolong
Pegawai Farmasi .
- Gaji permulaan - Diploma paramedik /
- Kenaikan - lihat ada kumpulan yang tertinggal semasa
perubahan sistem saraan .

4) Tarikh kuat kuasa skim baru ;

Pada 2026 .

5) Lampiran Senarai tugas semua kategori

Semak senarai tugas - jawatan naik pangkat lebih professional .

6) Jumlah anggaran pertambahan perbelanjaan mengurus tahunan – banding %
- Pencapaian objektif perkhidmatan .

7) Rujukan sokongan

1) semakan gaji guru,
2) semakan gaji polis,
3) semakan gaji penghulu
4) lain lain

Cool Penutup

Jika PPF masih belum pernah lihat draff ini, maksudnya, PPF sendiri telah ketinggalan selama setahun.

Selalunya kertas kerja sebegini akan mengambil masa selama 15 tahun untuk dilaksanakan, dan jika 2011 PPF menyediakannya, mungkin pada 2026 baru hasilnya akan di nikmati,

Tetapi jangan lupa, kerajaan pernah membayar tunggakan penerima Elaun Pingat Gagah Berani (PGB) sebanyak RM300.00 sebulan mulai 1983

Ini adalah draff kertas kerja secara Ilmiah / akademik dan perlu di lihat secara ilmiah / akademik juga.

Tamat 25 Jan 2011
Back to top
View user's profile Send private message
nori



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 120

PostPosted: Sun May 08, 2011 3:44 pm    Post subject: Reply with quote

SELAMAT TAHUN BARU 2011 :

SELAMAT BERTUGAS KEPADA SEMUA PPF :

AGENDA SEMASA AGM PPF TAHUN 2011 PERSATUAN DAN KESATUAN :

Mulai tahun 2011, segala isu PPF, perlu lah di mulai dengan resolusi persidangan ini, sebab segalanya bermula dari sini.

• Pendaftaran ahli secara on line
• Membuat badge / kad keahlian PPF
• Mencetak buku perlembagaan dalam Bahasa Malaysia
• Meminda buku perlembagaan berkaitan cara pemilihan AJK
• Meminda cara mengira undi bagi menjimatkan masa
• Mesyuarat di hotel yang lebih ceria pada masa akan datang
• Buku mesyuarat perlu mempunyai muka surat yang bercetak
• Melantik Setiausaha Kerja / Setiausaha Eksekutif
• Tugas penyelian PPF dan format
• Penyediaan bilik kepada PPF gred tertinggi
• Local preseptor
• Extended & expanded role
• Top-up degree Sains Farmaseutical / Teknologi Farmaseutical.
• One off biasiswa ijazah untuk calon pengajar KSKB
• Pengwujudan gelaran jawatan ketua PPF
• Cadangan ’ time base promotion ’ untuk semua PPF
• Cadangan cuti bersalin / cuti sakit untuk anak ke 6 dan seterusnya
• Penyatuan PPF dalam satu pertubuhan
• Mengembalikan kegemilangan perjuangan pertubuhan
• Elaun Kritikal BIPK PPF
• Menjana pendapatan sendiri seperti memiliki bangunan sendiri
• Mengadakan mesyuarat PPF peringkat negeri
• Mengwujudkan laman web PPF
• Memberi cenderahati kepada setiap ahli yang hadir AGM

Banyak masa telah habis kerana menaip keputusan conference ini, sehinggakan sudah tiada masa lagi untuk mengalih bahasa kedalam Bahasa Malaysia.

Apa pun 3 jawatankuasa perlu di tubuhkan oleh semua PPF

JK Pemandu
JK Pelaksana
JK Teknikal

Dengan adanya 3 JK tersebut, adalah amat mudah untuk menyediakan 50 salinan kertas kerja bagi setiap isu yang di bangkitkan. Selamat bertugas kepada semua JK .

Pada masa ini hanya ada JK Teknikal di BPF KKM, tetapi PPF hanya jadi s/u sahaja.

Sila rujuk web Penolong Pegawai Perubatan. Mereka dah ada bangunan sendiri dan kesatuan serta persatuan tinggal bersama. Juga amat jelas dinyatakan KKM bersetuju untuk mengiktiraf PPP yang ada Ijazah Kejururawatan hanya dalam masa 10 hari sahaja setelah permohonan di buat.

Juga perkembangan dan hala tuju PPP bersama Universiti, hanya melibat 3 pihak sahaja iaituUniversiti, Persatuan dan Kesatuan. Memang KKM tidak terlibat di dalam perancangan pengajian ijazah oleh Universiti tersebut . Maka oleh sebab itulah sekarang ni, dah banyak Ijazah yang sudah di tawarkan kepada PPP.

(PROGRAM PERUBAHAN PARADIGMA PPF)

RESOLUTION OF DIRECTORS’ CONFERENCE 2000
Theme : “ Enhancing Patient Centred Service Through Teamwork “
7 – 9 September 2000, Genting Highlands, Pahang

The Director’s Conference 200 after deliberating on the theme “ Enhancing Patient Centred Service Through Teamwork “ with the main objective of enhancing the role of Allied Health Professionals (AHP) in meeting the future health needs, acknowledges ;

• That the AHP is agroup of professionals with varying work functions in health care who share common objectives of providing quality health services to individuals, families and communities;

• That to be person centred, the future health system shall be guided by the eight health services goals viz.

i. Wellness focus
ii. Person focus
iii. Informed person
iv. Self help and self care
v. Care provided at home or close to home
vi. Seamless and continuous care
vii. Services tailored to need of individuals and groups
viii. Effective, efficient and affordable care;

• That the future health care system shall be geared towards faciliting and sustaining lifelong wellness to individual, families and communities;

• That there are shortfalls and gap in ensuring delivering of person centred services which include:

= non equitable distribution and shortage of human resource for health;
= compartmenttalisation and territoriality of professional groups;
= inappropriate organizational structure;
= inadequate information system and communication mechanism;
= poorly coordinated policies;
= poor career development opportunities;

• That the imformation and communication technology (ICT) as an enable, shall be optimally applied in health care delivery; and

• That there is a need to strengthen intergration of services through virtual, horizontal and vertical intergration and team work


Thereby resolves :

That the Ministry of Health shall accelerate the transformation of current health system which is provider centred into one that is person and community centred, built upon effective teamwork and to fully optimize the role of Allied Health Professionals (AHP),

The Conference hereby recommends :
i. that the role of Allied Health Professionals be enhanced to meet the needs of the future health services through empowerment and improved professional competency;

ii. that due considerations be given to address the legal, ethical and administrative implication arising from the empowerment and enhancement of AHP;

iii. for a reappraisal of current policies, organisational structure and work processes to facilite the transformation process;

iv. that opportunities be inentified for greater involvement of AHP in all areas of care especially with the introduction and availability of telehealth;

v. that professional proficiency be raised and sustained through structured programmes and activities that include short-term course, attachments and fellowships locally or abroad for continuing professional development;

vi. that a conductive work environment be created and natured through motivation, effective leadership, provision of physical and psychosocial support and flexibility thereby facilitating career development;

vii. for the creation of learning opportunities for AHP by optimizing usage of information and communication technology ICT) ;

viii. for the provision of conducive service environment through the redesigning and implementation of career pathways for AHP thus providing greater opportunities for career advancement in recognition of their enhance rples, duties and responsibilities; and

ix. that step be taken to address the problems of shortage, mix and non-equitable distribution of AHP to support their enhance role.

The Conference having resolved and made the above recommendation, affirms:
i. that the Medical Development Division shall be the secretariat to coordinate and implement these recommendations; and

ii. that the recommendations of the three workshop groups be reffered to in its implementations

EXISTING CAREER PATHWAY FOR ALLIED HEALTH PROFESSIONAL IN KKM

U 29 Diploma level

1 st Promotion

U 32 ( 8 to 10 years of service as U 29, 5 years service as U 29 minimum )

2 nd Promotion

U 36 ( 3 years service as U 32 minimum )

3 rd Promotion

U 38 ( 3 years service as U 36 minimum )

4 th Promotion

U 40 ( 3 years service as U 38 minimum )

( versi bahasa Malaysia sedang di usahakan )

Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal.


Tamat : 5 May 2011.
Back to top
View user's profile Send private message
nori



Joined: 10 Oct 2009
Posts: 120

PostPosted: Mon Oct 10, 2011 11:19 am    Post subject: Reply with quote

FORUM 8 OKT 2011

Salam Satu Malaysia

Forum hari ini, hanyalah sebagai sambungan dari hari semalam. Forum sebenarnya ialah esok, sebab semua PPF perlu mengambil tahu pembentangan budget 2011 yang baru sahajadi umumkan oleh PM. Oleh itu bersedialah dengan fakta-fakta yang membina dan seterusnya mampu menjayakan apa yang telah di umumkan oleh PM.

Tajuk Minima Dua PPF Di KK KKM Seluruh Negara masih sedang berjalan dan berlangsung, kerana senarai tugasan PPF di KK KKM perlu di pertingkatkan dan di kemaskinikan. PPF Tahun 1957 dan PPF tahun 2011, memang berbeza 100%.

Sememangnya bilangan PPF di negara ini amat perlu di perbanyakkan kerana terdapat permintaan yang amat tinggi daripada pendudukdan rakyat bagi mendapatkan perkhidmatan farmasi yang komprehensif. Bilangan PPF di KK KKM juga perlulah dipastikan mempunyai minima dua orang kerana banyak tugas tambahan dan mendesak yang perlu dilakukan oleh PPF,
dan antaranya ialah.

INTERAKSI UBAT-UBATAN
( DRUG INTERACTION )

Interaksi ubat-ubatan dikatakan berlaku apabila kesan sesuatu ubat di dalam badan kita berubat di sebabkan kehadiran ubat lain , makanan , minuman atau sesuatu bahan kimia dan kesan keracunan akan terjadi. Betapa beratnya interaksi ubat haruslah di pandang secara serius oleh semua Pembantu PPF dan pesakit agar perawatan yang maksimum boleh dicapai. Tugas ini penting semasa pemberian ubat kepada pesakit di kaunter.

Pada masa dekad ini, terdapat berbagai-bagai jenis penyakit yang memerlukan rawatan. Jika pesakit mendapatkan rawatan untuk 2 jenis penyakit , kemungkinan berlakunya interaksi ubat tetap ada. Terdapat berbagai-bagai jenis ubat yang bertindak secara berlawanan dan jika di beri bersama akan menyebabkan keracunan ubat.

Bagi kejayaan perawatan, PPF perlu mempunyai banyak masa bersama pesakit bagi menilai kesan-kesan positif dan negatif interaksi ubat .

Faktor-faktor interaksi ubat :

 mekanisma penyerapan yang tidak sama
 perubahan pH gasterousus
 penyerapan berkurang disebabkan pengabungan ion
 perubahan kadar peristalsis
 perubahan tapak di lasma antara 2 ubat
 perubahan pada metabolisma ubat
 tindakan enzim dalam badan
 perubahan aliran darah
 perubahan pada buah pinggang dan air kencing
 interaksi berlawanan ( antagonis )
 dan lain-lain.


PENGELUARAN FARMASIUTIKAL MAKMAL FARMASI
( MANUFACTURING PHARMACY )

Dengan adanya dua orang PPF di Klinik Kesihatan , tugas-tugas semasa membuat kerja bungkus semula boleh dilakukan secara sistemetik serta teratur mengikut prosedur GMP. . Aspek-aspek GMP amat sukar dipraktikkan jika hanya seorang sahaja Pembantu Farmasi Gred U 29 bertugas di Klinik tersebut.

Objektif bahagian Pengeluaran Farmasi ialah :
- memberi perkhidmatan yang cekap
- perlaksanaan program kualiti ( Quality Assurance Program – QAP )
- memberi kefahaman tentang amalan pengilangan yang baik ( Good Manufacturing Practice – GMP )
- mendedahkan tentang kawalam mutu dalam proses.

Kebaikan GMP ialah memastikan hasil-hasil pengeluaran adalah tetap kepada satu tahap yang ditetapkan. Tetapi semasa ianya dikendalikan oleh semua paramedik, tahap tersebut haruslah dijaga supaya tidak tercemar. Kerosakan boleh berlaku apabila paramedik cuai semasa mengendalikan hasil pengeluaran tersebut.

Jenis-Jenis Hasil Pengeluaran Farmasi :
- ubat ubat cecair kegunaan luar dan dalam
- ubat titis ( persediaan steril )
- ubat kerin dll.


AMALAN DISPENSING YANG BAIK
( GOOD DISPENSING PRACTICE )

Apabila dua orang PPF di tempatkan di setiap KK KKM amalan dispensing yang baik boleh dipraktikkan sepenuhnya.

Takrif dispensing bagi ubat dan racun menurut undang-undang ialah

“ membekalkan ubat atau racun mengikut preskripsi yang di terima dari pengamal perubatan , doktor gigi atau doktor haiwan yang berdaftar “

Dalam praktis sebenar, aktiviti dispensing melangkaui lebih dari maksud perundangan dan melibatkan pembancuhan, pengbungkusan, penglabelan dan pembekalan.

Pada masa ini ubat-ubat lebih banyak terdapat dalam bentuk siap untuk digunakan yang tersedia untuk dibekalkan. Ubat-ubat yang perlu disediakan terlebih dahulu semakin berkurangan.

Pengetahuan yang mendalan perlu semasa menjalankan tugas mendispen drug kerana ianya bukan sekadar membekalkan ubat tetapi juga merangkumi pemberian maklumat dan nasihat kepada pesakit.
Matlamat dispensing ialah membekalkan ubat dengan cekap, tepat dan selamat. Ciri-ciri komunikasi yang baik mesti terjalin semasa dispensing. Disamping itu, keadaan fizikal juga perlu.

Antara aktiviti dispensing ialah :
- pembancuhan
- pembungkusan
- pengisian ubat
- melabel dengan sempurna
- membekalkan
- nasihat tentang drug.


UBAT-UBAT SAIKIATRIK
( PSYCHIATRIC DRUG )

Ubat saikiatric ialah ubat yang mengawal sisitem otak manusia. Ia di gunakan bagi mengurangkan kesan-kesan penyakit mental. Satu paras yang stabil ubat di dalam darah diperlukan sebelum kesan sesuatu ubat tersebut di peolehi. Amatlah penting bagi semua pesakit saikiatrik mengambil ubat dengan dos yang betul dan dalam kuantiti yang betul. Kadar pematuhan yang tinggi akan menyebabkan penyakit mental boleh di rawat.

Dalam keadaan biasa apabila pesakit tidak mengambil ubat tersebut, terdapat penurunan kepekatan ubat dalam darah yang mendadak dan akan menyebabkan perubahan dalam diri pesakit . PPF mesti mempunyai masa yang mencukupi semasa mendispen . Ubat saikiatrik juga adalah racun terkawal dan kefahaman tentang aspek undang-undang akan membantu PPF semasa menjalankan tugas seharian. Penyimpanan yang rapi dan rekod yang tepat perlu kerana ubat ini sering di salahgunakan.

Kesan yang lebih serius adalah akibat dari tidak mengambil ubat dan diantaranya ialah membunuh diri sendiri dan juga orang lain. Kebanyakan ubat saikiatrik juga adalah di bawah pengawasan Doktor Pakar dan ubatnya adalah mahal, sukar diperolehi dan mempunyai kuasa yang amat kuat. Pengetahuan yang mendalam serta tambahan PPF perlu bagi mengendalikan pesakit dan ubat berkenaan memandangkan semua pesakit tersebut perlu diberi perhatian yang lebih sedikit berbanding dengan pesakit-pesakit biasa.


PENGURUSAN SETOR
( STORE MANAGEMENT )

Setor peralatan dan setor perubatan mempunyai sistemnya yang tersendiri . Ini adalah kerana semua barang-barang nya adalah cepat rosak dan mempunyai tarikh luput .

Sepintas lalu organisasi setor adalah seperti berikut :
- Bahagian Kawalan Setok
- Bahagian Perolehan Barang-Barang
- Bahagian Iventori

Aktiviti bahagian penyimpanan ialah :
- Penerimaan Barang-barang
- Penyimpanan Barang-Barang
- Pengeluaran Barang-Barang
- Pengiraan Setok
- Pelupusan Barang-Barang.

Aktiviti Bahagian Perolehan Barang-Barang :
- Pembelian Runcit
- Pembelian Terus
- Sebut Harga
- Tender
- Kontrak Pusat

Aktiviti Bahagian Iventory
- Borang Pesanan Rasmi
- Buku Vot
- Buku Ledger
- Kad Kawalan Setok
- Kad Petak

Aktiviti Penerimaan barang-Barang :
- Pemeriksaan
- Bilangan Kotak
- Timbangan

Aktiviti Bahagian Penyimpanan :
- Suhu yang terkawal
- Bahan mudah terbakar
- Bahan mneghakis
- Mengikut Abjad, jenis, kelas , kegunaan, bentuk dan lain-lain.

Aktiviti Bahagian Pengeluaran :
- Masuk dahulu keluar dahulu


Aktiviti bahagian Pengiraan setok :
- Sekali Setahun
- Catitan dan Fizikal mesti sama

Aktiviti bahagian Pelupusan :
- Lembaga Pemeriksa
- Tampa Lembaga Pemeriksa
- Cara-cara pelupusan.

KAUNSELING
( COUNCELLING )

Kaunseling bertujuan memberi pendidikan kepada pesakit khasnya dan kaum keluarga pesakit amnya agar membolehkan beliau mengamalkan cara-cara tertentu dalam pengubatan dan perawatan dengan tujuan menyembuhkan dari penyakit serta mengelakkan komplikasi-komplikasi tertentu.

Objektif kaunseling ialah :
- mengekalkan status kesihatan pesakit
- menyebarkan maklumat di kaunter berkenaan penyakit dan ubatnya.
- membantu kaum keluarga pesakit agar memahami keadaan penyakit pesakit
- mengubah tingkahlaku terhadap kepentingan menjaga kesihatan
- membantu pesakit memahami dirinya sendiri
- membantu pesakit mengubah tabiat hidupnya untuk kepentingan perawatannya
- menekankan kepentingan pematuhan memakan ubat.

Tumpuan kaunseling :
- pesakit sendiri
- kaun keluarganya yang akan membantu

Pematuhan memakan ubat :
- nama ubat
- kegunaan ubat
- tempoh dimakan
- cara mengambil / menggunakan
- kesan sampingan
- penyimpanan
- dan lain-lain.

PENGGUNAAN UBAT SECARA RASIONAL
( RATIONAL USE OF DRUG )

WHO dalam konvensyennya di Nairobi Kenya pada 1985 menyatakan :

Penggunaan Ubat Secara Rasional ialah pesakit menerima ubat yang sepatutnya untuk tujuan klinikalnya, dalam dos yang sesuai pada dirinya, dalam jangka masa yang sepatutnya, pada kos yang rendah untuk dirinya sendiri dan masyarakat amnya.

Kriteria yang perlu ada pada penggunaan ubat secara rasional ialah :
- kegunaan yang sesuai dalam keadaan penyakitnya dan ubat tersebut selamat serta berkesan
- jenis ubat tersebut adalah sesuai pada dasar keberkesananya , keselamatan dan kos yang berpatutan.
- Ubat tersebut diberikan kepada pesakit yang tiada kontraindikasi , sesuai dan kesan sampingan yang minimum
- Memberikan maklumat yang secukupnya kepada pesakit tentang kepekatan dos, kestabilan ubat, cara penyimpanan dan kesan kepada perawatanya.
- Pemantauan yang secukupnya bagi mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini.

Kesalahan yang biasa dilakukan semasa memberikan ubat :
- pemberian ubat yang salah apabila tiada ubat diperlukan
- pemberian antibiotik kepada kanak-kanak yang tidak perlu
- pemberian ubat yang tahap kesannya tidak diketahui
- pemberian ubat yang tahap keselamatanya tidak diperolehi
- gagal memberikan ubat yang paling berkesan yang boleh diperolehi
- memberikan ubat yang betul dalam persediaan yang salah

Sebab berlakunya penggunaan ubat yang tidak rasional :
- kurang latihan dan pengetahuan
- role model yang tidak mencukupi
- tiada maklumat ubat yang terkini
- pesakit yang terlalu ramai dan beban tugas tinggi
- kurang pengalaman dan pengetahuan yang silap tentang keberkesanan ubat

Kesan penggunaan ubat yang tidak rasional :
- mengurangkan kualiti rawatan
- ubat yang berkesan kurang digunakan dan berlaku pembaziran
- menambahkan kesan sampingan ubat
- menambahkan kekebalan kuman terhadap ubat

Cara meningkatkan penggunaan ubat secara rasional :
- komunikasi antara paramedik dan pesakit akan membantu pesakit mematuhi pengambilan ubat.
- Pembungkusan ubat yang sesuai bagi memudahkan pesakit mengambilnya
- Label yang terang, lengkap serta penerangan yang jelas kepada pesakit.

KOMUNIKASI
( COMMUNICATION )

Terdapat dua jenis kominikasi iaitu :
- komunikasi massa ( maklumbalas berbeza , penyebaran luas )
- komunikasi bersemuka ( maklumbalas baik, penyebaran terhad )

Komunikasi massa amat sesuai bagi maklumat-maklumat ternyata ( factual imformation ) manakala komunikasi bersemuka lebih berkesan dalam mempengaruhi perubahan sikap, pemikiran dan amalan.

Kandungan dan mesej komunikasi :
- banyaknya komunikasi
- kekerapan komunikasi
- penglibatan satu pihak atau dua pihak

Komunikasi antara PPF dan pesakit amatlah penting dalam kejayaan sesuatu rawatan kerana PPF lah yang akan membekalkan semua maklumat yang diperlukan oleh pesakit. Dengan adanya PPF tambahan, semua pesakit akan dilayan dengan mesra dan jujur adil dan saksama memandangkan terdapat banyak masa untuk mendispen.

KESELAMATAN SETOR
( SECURITY OF STORE )

Sebuah setor samaada setor perubatan ataupun setor barang-barang mesti dijaga keselamatannya agar perkara yang buruk boleh di elakkan.

Ciri-ciri keselamatan setor :
- menyediakan sistem pengawasan dan penyimpanan kunci-kunci.
- mengadakan peraturan memeriksa setor pada akhir waktu pejabat.
- menyediakan senarai semak tentang keselamatan setor

Menyediakan sistem keselamatan setor yang lengkap dan teratur :
- lokasi setor tersebut
- penggunaan ruang ang maksimum
- rak yang boleh diubah-ubah bentuknya serta rak yang teguh
- penyimpanan barang-barang berat
- penyimpanan barang-barang dalam bekas standard
- penyimpanan barang-barang tercerai, berharga dan menarik.
- penyimpanan cecair mudah terbakar, gas, asid, bahan kimia dan lain-lain.
- pemeriksaan keluar masuk pegawai dan kakitangan
- sistem pencegahan dan melawan kebakaran.



PROGRAM JAMINAN KUALITI
( QUALITY ASSURANCE PROGRAM – QAP )

Qap Bahagian Perkhidmatan Farmasi mula diperkenalkan pada tahun 1987 dan dilancarkan secara rasminya pada tahun 1990. Pada peringkat awalnya , kualiti yang dititikberatkan ialah :

- purata bilangan perkara bagi setiap preskripsi
- bilangan pesakit yang faham cara pengambilan ubat setiap 1000 preskripsi

Memandangkan Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah berkembang, beberapa indikator baru telah diperkenalkan dan dijadikan indikator kebangsaan, antaranya ialah :

- maksima bilangan perkara yang di tulis atas preskripsi ( 3 )
- kesalahan semasa mendispen ( 0 % )
- kadar ‘ turn over ‘ jumlah nilai stok di setor perubatan ( antara 3-6 )
- kadar nilai lupus dari setor ( kurang dari 0.5 % )


PERKHIDMATAN MAKLUMAT DRUG
( DRUG IMFORMATION SERVICES – DIS )

Tujuan DIS di ujudkan ialah :
- memberi pendedahan kepada paramedik tentang pusat tersebut, matlamat penubuhanya dan perkhidmatan yang boleh diberikan.
- memberi pengetahuan kepada paramedik tentang berbagai sumber rujukan, jenis maklumat drug yang penting dan menerangkan bagaimana sumber-sumber ini dapat digunakan dalam melaksana tugas-tugas seharian.
- memberi satu rangkaian sumber terhadap racun dan ubat yang terdapat di Malaysia serta cara-cara sistem ini dapat di manfaatkan dalam usaha meningkatkan penjagaan kesihatan pesakit.

Sumber-sumber rujukan :
- rujukan umum seperti artikal-artikal dan monograf sesuatu ubat
- rujukan primer seperti Medline, Medicus, IOWA, laporan klinikal, laporan kes, penyelidikan farmakologi, laporan epidemiologi dan lain-lain.

Fungsi yang berguna bagi DIS :
- penilaian ubat dari segi penggunaan, kekerapan dan dos
- melaporkan kesan buruk drug
- mengedarkan formula standard
- pendidikan dan latihan mengenai DIS


PENGLABELAN UBAT-UBATAN DENGAN NAMA GENERIK
( WRITING PRESCRIPTION IN GENERIC )

Peraturan ini bertujuan bagi melatih semua paramedik / Doktor agar membiasakan diri dengan penulisan secara generik. Nama generik sesuatu ubat itu tidak akan berubah walau di negara manapun ianya di gunakan . Ianya adalah tetap. Sedangkan nama perdagangan adalah sentiasa berubah mengikut syarikat yang mengeluarkan ubat tersebut.
Contoh yang paling jelas ialah PANADOL;
Nama Generik ialah PARACETAMOL

Nama Synonim ialah ACETAMENOPHANE

Nama Perdagangan Nama Syarikat
Panadol Smith Kline Beecham Sdn Bhd
Setamol Hovid Pharmacy Sdn Bhd
Uphamol Upha Pharmaciutical Sdn Bhd

Banyak kekeliruan yang timbul jika nama perdagangan yang digunakan. Ketua Pengarah Kesihatan juga telah mengeluarkan perkeliling pada tahun 1992 mengarahkan penulisan dengan nama generik.

Pemantauan yang dilakukan pada tahun 2000 mendapati hanya 40 % sahaja paramedik / Doktor mematuhi arahan ini. Pengetahuan tentang penulisan generik ini perlu dipelajari oleh semua paramedik / Doktor agar perlaksanaannya serta kebaikannya boleh diperolehi bersama.


PENYALAHGUNAAN DADAH
( DRUG ABUSE )

Masyarakat perlu mengetahui isu-isu berkaitan dengan penyalahgunaan dadah, serta memahami dan menghargai usaha-usaha dan rancangan antidadah. Masyarakat juga boleh membantu dalam usaha-usaha mencegah penyalahgunaan dadah.

Jenis-jenis dadah yang sering disalahgunakan :
- heroin (77 % )
- morphin ( 8.7 % )
- ganja ( 3.27 % )
- candu ( 1.7 % )
- amphetamin ( 0.4 % )
- barbiturate ( 0.29 % )
- Dadah Dadah Lain ( 7.61 % ) ( sumber : JKM )

Penyalahgunaan dadah akan memberi akibat buruk kepada negara dari segi ekonomi, politik dan sosial. Pengawalannya juga sukar jika tidak mendapat kerjasama semua lapisan masyarakat.

Agensi-Agensi Pencegah Bidang Kuasa
Jabatan Peguan Negara perundangan
Polis, Kastam,UPP penguatkuasa undang-undang
Bahagian Farmasi KKM penguatkuasa undang-undang dan pengawalan bahan-bahan racun dan psikotropik
Bahagian Rawatan dan Pemulihan rawatan dan pemulihan penagih dadah
Kementerian Dalam Negeri
Jabatan Penjara rawatan dan pemulihan banduan dadah
Hospital KKM penentuan penagih dan rawatan detoksifikasi
Jabatan Kebajikan Masyarakat kemudahan latihan kaunseling
Kementerian Pendidikan pendidikan pencegahan
Kementerian Penerangan penerangan dan pencegahan umum
Kementerian Belia dan Sukan penerangan dan pencegahan umum.
Pusat Dadah USM Penang kajian-kajian epidemiologi dan sosiologi
Pemadam dan lain-lain NGO jagaan lajutan, pencegahan dan penerangan.



YB Menteri Kesihatan juga ada menyatakan bahawa semua Klinik Desa di seluruh negar akan di naik taraf dan di bekalkan dengan PPP. Dan sudah semestinya beban tugas PPF dalam membekalkan barangan ubat dan bukan ubat ke KD akan meningkat. Persediaan yang rapi amat perlu bagi memastikan semuanya berjalan lancer.

Juga YB Menteri Kesihatan ada menyatakan bahawa penyakit Tidak berjangkit NCD telah menjadi isu penting di Negara ini. Semua rakyat ada peluang untuk mendapat penyakit tersebut. Dan sebagai PPF, perkhidmatan pencegahan dan perawatan yang sempurna boleh di berikan bagi mengelakkan kemudaratan penyakit ini terhadap kesihatan dan mengganggu taraf kehidupan pengidapnya dan mengurangkan produktiviti Negara.

Dan segala usaha tersebut akan dilaksanakan pada dua sessi terakhir aktiviti PPF tahun ini iaitu Reunion PPF pada November 2011 (bersamaan dengan sambutan maal hijrah tahun baru dan azam baru PPF) dan Mesyuarat Saintifik PPF pada Disember 2011.

Dan akhirnya pastikan semua PPF telah membuat persedian yang rapi bagi aktiviti jabatan yang terakhir tahun 2011

Mesyuarat Bulanan Jabatan / Unit / PTJ
Mesyuarat PPF Peringkat Negeri
Mesyuarat Pre Counsil dan Full Council MBJ
Mesyuarat PPF Peringkat Kebangsaan
Mesyuarat JK Teknikal PPF
Mesyuarat Persatuan / Kesatuan PPF.


Segala cadangan, nukilan dan pandangan di atas, adalah di lihat dari perspektif akademik / ilmiah dan semua PPF juga perlu melihat dari sudut yang sama agar ianya tidak tersasar jauh dari matlamat asal.


Tamat : 10 Oktober 2011
Back to top
View user's profile Send private message
Display posts from previous:   
Post new topic   Reply to topic    www.ppfmy.com Forum Index -> Diskusi Ahli Forum All times are GMT + 8 Hours
Goto page 1, 2  Next
Page 1 of 2

 
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum


Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group